Sunday, April 30, 2017

CARA DAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA DARIPADA GSC

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Assalamualaikum dan Hi!

Sekarang ni aku dalam fasa bermalas-malasan untuk update blog. Kalau kau dapat baca entry ni dekat blog, means aku dah berjaya melawan segala sifat malas yang bersarang dalam diri aku harini. Aku rasa mungkin kerisauan nak masuk ke alam pekerjaan yang membuatkan aku banyak berfikir. Antaranya ialah nak pack apa, dapat sekolah mana, nak sewa rumah mana and so on. Tapi yang menariknya, aku risau pasal banyak benda and aku tak settlekan apa-apa pun lagi padahal esok dah nak pergi Kuantan! haha. Itulah perangai Seorang Syed yang sebenar, sobs.

Entry kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk korang dapatkan tiket wayang percuma daripada GSC! Tolonglah excited! haha. Bila sebut sahaja barang free, siapa yang tak nak kan? Bila dapat merasa benda-benda free ni nikmat dia lain macam sikit. Contohnya kalau kawan belanja makan, makanan tu tiba-tiba rasa macam sedap daripada biasa. Kalau GSC bagi tiket movie pula, walaupun kau kecewa dengan movie yang kau tengok, takdalah rasa kecewa sangat BECAUSE IT'S FREE
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN TIKET WAYANG PERCUMA
1) Daftar sebagai ahli GSC di [sini] 

2) Dah ada akaun senang lah nak beli tiket wayang secara online. Tak payah la kau nak beratur panjang-panjang especially during weekends. Berjanggut jugalah nak tunggu turn kau kan

3) Wait for your birthday

4) Chek your e-mail

Sebenarnya benda yang paling penting ialah yang ke-3 sahaja! hahaha (sebab kalau tak birthday kau, tak dapatlah tiket free). Untuk setiap ahli GSC, mereka akan memberi 2 tiket wayang percuma kepada korang yang mendaftar. Movies yang korang boleh tengok hanyalah movies yang bertanda (*) sahaja. Tapi banyak juga pilihan movies yang baru bukannya movies yang ketinggalan zaman. Aku tak tahu pun boleh dapat tiket wayang percuma bila daftar sebagai ahli GSC. Sampailah aku check email aku baru-baru ni,

Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

Bila baca sahaja email ni, memang excited habis lah! At least kalau kau seorang yang forever alone, takda orang nak celebrate birthday kau, this would be perfect. Dapat juga merasa hadiah daripada takda kan? (kenapa rasa macam loser sangat ni). Nasib baik aku tergerak hati nak check aku punya email, kalau tidak memang goodbye lah free tickets ni. Tempoh kau boleh redeem free tickets ni ialah sepanjang bulan kelahiran kau. Contohnya kalau kau lahir 12 April, kau boleh redeem sampai 30 April. Lama juga masa yang dia bagi untuk kau fikir nak tengok cerita apa, nak tengok dengan siapa dan so on. It's quite cool isn't it?
MOVIE PILIHAN SEORANG SYED?
Free Movie Tickets From Golden Screen Cinemas

I went to GSC last Wednesday dan movie yang ada (*) waktu itu ialah Smurf sahaja! I don't really like to watch cartoon at cinema, but since it's free why not? Aku pergi cinema dengan cousin aku ya, bukan dengan awek okay sebab aku terlampau hot untuk diorang and they can't handle me hahaha padahal tak laku. Movie lain ada, tapi kena datang hari lain. Disebabkan aku malas nak ulang banyak kali pergi mall tu, so hadap sahaja apa yang ada.

Smurfs : The Lost Village

Bagi aku cerita ni best gila. Walaupun cerita kartun, tetapi banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagi aku ini bukan antara cerita kartun yang bosanlah. Aku suka idea dia dimana setiap smurf ni ada nama dia sendiri contohnya "Clumsy, Hefty, Brainy". Setiap nama itu melambangkan karakter smurf tu sendiri. Kalau smurf yang clumsy tu memang clumsy habis la rasa nak lempang pula kalau ada depan aku tu. Kalau Brainy pula memang antara smurf yang bijak, semua benda kena refer buku dan dia ada gadget (iaitu kumbang) yang boleh tangkap gambar. It's cool. Lastly, Hefty pula smurf yang sado, kuat dan berani unlike the other smurfs.

Cerita ini mengajar penonton untuk menerima sesiapa seadanya tak kisahlah background dia macam mana sekali pun. Kalau kau nak tahu, Smurf perempuan dalam cerita ni (Smurfette) merupakan smurf jadian yang dicipta oleh ahli sihir. Ahli sihir tu kira nak gunakan dia untuk menculik semua smurfs yang ada sebab dia tak jumpa lagi kampung smurfs ni dekat mana. Unfortunately, it doesn't work. Plan tu tak berhasil, walaupun dia dicipta oleh ahli sihir yang jahat. Apa yang penting ialah hati. She has a kind heart unlike her creator. Dia yang menyelamatkan semua smurfs yang ada. She even willing to sacrifice herself sebab dia percaya, benda yang berlaku tu semua berpunca daripada dia. Okay aku suka gila ending cerita ni :')

Nak tahu lebih lanjut? itu kau kena tengok sendiri lah sebab kalau ikut aku review nanti kau tak larat nak baca haha. Tak sia-sia aku pilih untuk tengok movie Smurf ni. Thanks GSC for the free tickets and happy birthday to you too! :)

54 comments :

  1. Alhamdulillah..rezeki tu tiket free..sekurang-kurangnya setiap tahun Cikgu dah tahu hadiah apa bila hari lahir...hihi..

    ReplyDelete
  2. ala MBO xde ke dapat tiket free.. hahahhaha.. kak ekin baru lepas tengok cerita smurf ni memang best terhibur tengok walaupun cerita kartun suka watak2 dalam tu siap ada nama.. lagi menarik smurf perempuan pndai mcm2 hihihihi..

    ReplyDelete
  3. Penipu. Bro Syed Tipu! Tipu cakap tak ade Awek. Orang hot macam bro syed mana boleh tak ada awek. hahahahah..

    Suspen eh?? kekekekek

    ReplyDelete
  4. Waaaaa dapat free tickets? Untunglah...

    Cikgu Syed tahu perangai relax dan x buat persediaan bila ada benda penting sama dengan perangai sis.. Ntah mungkin serabut sebab tu malas nak fikir dan malas nak buat apa2..

    Selalu camtu. Last minute baru tergopoh-gapah.. 😐

    ReplyDelete
  5. Alaaaaaaa.... Akak terus check email. Pelik nape tade. Rupanya dalam spam folder. Takder rezeki LA... Esok dah May. Melepassssss.. Sobssss!

    ReplyDelete
  6. wahh tengok smurf eh..best kan..eh akak ternangis time smurffet vaor jadi tanah liat..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Syed tak excited ke nervous ni sampai tak pack lagi barang2?

    Akak dulu sebab homesick je tu malas nak packing 😆

    ReplyDelete
  8. besday tahun lepas dapat jugak.. tapi x tebus pon..xdan nk p tgk wyg

    ReplyDelete
  9. Airah dh 2,3 kali jgk la dpt free tiket hehe tp terhad cerita dia kan yg bleh plih.klau bln tu xde cite best nsib ah

    ReplyDelete
  10. Alaaaa...birthday dah lepas..huk..huk..

    ReplyDelete
  11. Okay dah sign up.. hehehe boleh buli cikmai lerr nnt, bday yana bulan lima ni jngan lupa wish. tak wish siap ><

    ReplyDelete
  12. Saya sejak kanak2 lagi tak minat masuk panggun sebab masa yg terluang pada masa tu diguna tolong bapa cari nafkah. Bila dah besar hati makin tawar nak ke panggung. Panggung saya sekarang kat rumah, either tv or lappy.

    ReplyDelete
  13. syed nanti tengok guardian of the galaxy 2 tau...dari mula sampai abes ketawa jer hahahah...best giler

    ReplyDelete
  14. Kalau birthday aku 29 aribulan camne..tak sempat la nak redeem haha.

    ReplyDelete
  15. Dah daftar dah.. TIap2 tahun dapat tiket free dan tiap2 tahun tak dapat tebus.. GSC jauh sangat..

    ReplyDelete
  16. Bestnye dapat free tickets hehe i am planning to watch cerita Guardians of the Galaxy

    ReplyDelete
  17. ehhh baguihnya sharing benda ni. tapi bfday dah lepas. huhue

    ReplyDelete
  18. Untunglaaa hot sangaatttt... Uuu, panas pulak tetibe bahang sampai sini. 😝
    Ala best erk rupanya smurf ni, kenapalah tak pernah terbukak hati nak layan cerita smurf dari mula lagi. Takpelah, yang penting dah berjaya tengok FF8. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You've been tagged! http://fairuzaqilah-official.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag.html

      Tapi takpelah, yang penting fokus nak start mengajar ni dulu. All the best!

      Delete
  19. bestnya dpt tiket wayang free!
    nasib baik pegi dgn cousin, ada jugak kawan. kalau tak, mungkin saya tergelak sikit kot bila tengok seorang syed ni tengok kartun sorang2 kat wayang HAHA!

    nnti reviewla cite smurf ni, klau

    ReplyDelete
  20. dah daftar jugak tp sampai tarikh luput tak tertebus...bz sokmo..hehe

    ReplyDelete
  21. IQ nak buat dulu, memang IQ tengok wayang lepas kena masa befday IQ tapi nak kena print mendalah tu plak, so, xterbuat, dah expired dah...huhuh

    ReplyDelete
  22. cehhh awatla tak jadi member gsc... melepas tiket wayang free wuwu

    ReplyDelete
  23. wahhh.. untungnya.. dpt tiket free.. nk jugakkk

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah dapat tiket free...citer smurf best apa, akak suka tau, comel je smurf ty.

    so macammana hari ni, dah tau kat mana ditempatkan? jangan malas2 update ye, apapu akak ucapkan semoga berjaya cikgu syed.

    ala..tak lama lagi ada awek la yang syok kat syed tu..cuma belum muncul lagi tu hehehe

    ReplyDelete
  25. fuh fuh. laju laju nak daftar ahli ni. hehehe. tapi birtday bulan 1. kena tnggu tahun depan ler jawabnya

    ReplyDelete
  26. dulu daftar takde pun tiket free.. huhu.. mencik.. skrg tumpang akaun tgv tunang je... hakhakhak

    ReplyDelete
  27. Cerita cartoon lebih baik dari cerita zombies

    ReplyDelete
  28. birthday dah lepas, melepaslah

    ReplyDelete
  29. Bestnyaa dapat tiket free tu 😍

    ReplyDelete
  30. tak sure plak kat jb ade GSC ke tak.. selalu tengok kat tgv je.. time belum ade anak laa.. hihi

    ReplyDelete
  31. sAYA DAH DAFTAR....KINI KENA TUNGGU BIRTHDAY SAYA UNTUK DAPAT TIKET PERCUMA.

    ReplyDelete
  32. you've been tagged!

    http://messarah.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-11-of-me.html

    ReplyDelete
  33. bestnye, tiket free...smurf....rietta layan je.....

    ReplyDelete
  34. aida x gi tgk smurf ni.
    ada lagi ke kat panggung?
    bwk anak2, citer gini lah yg gi tgk, syed :) ha ha...

    ReplyDelete
  35. Baru tahu pasal benda ni. Haha. Lepas ni nak daftar lah 😂

    ReplyDelete
  36. birthday dah lepas, hahahaha rugi laaaa syed kenapa bagitahu lambat nihhh :-p

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  37. Alamakkk..ruginya. ..sy slalu bwk ank tgk wyg.. Tp x dftr ahli.. Kna dftr jgk la ..



    Mmm. Samalah ..dlm fasa xtau nk kata mcmana... Nk update blog, punyalah lemau..

    ReplyDelete
  38. movie ni macam menarik, den taktengok sangat animation sebab selalu end up tidur :') tapi adik-adik suka lak ._.

    den selalu dapat tiket free (gsc/tgv) bila beli catridge printer HP dekat Harvey Norman ._.

    ReplyDelete
  39. Berita yang best ni utk si kaki wayang. Thanks for sharing syed

    ReplyDelete
  40. Haha, selalu diabaikan saja tiket percuma ni...
    Sukarnya nak bawa dua askar kecil ni...
    Tunggu budak2 ni matang sikit kot :)

    ReplyDelete
  41. Haha, selalu diabaikan saja tiket percuma ni...
    Sukarnya nak bawa dua askar kecil ni...
    Tunggu budak2 ni matang sikit kot :)

    ReplyDelete
  42. sedihnyaaaa kat sini mana ada gsc. hahahhaha
    kalau ada memang layang wayang je la kerjanya :D

    ReplyDelete
  43. Taktau pulak boleh dapat tiket free from GSC. GSC ni memang favourite cinema sebab sound and seating paling best bagi I.
    Syed kena tunjuk bukti la pergi wayang tu dengan cousin, bukan dengan awek *evilgrin

    ReplyDelete
  44. Lol, daftar sekarang jugak. yg "kenapa rasa macam loser sangat ni" mmg seyes tak boleh blah but seronok gak dapat hadiah time birthdayy

    ReplyDelete
  45. Syoknya cerita ni syed..enjoy sgt baca entry ni..hihi

    ReplyDelete
  46. Nak jugak tiket freeeee!!!! Mace aci camni.. Takpe tnggu anis sign up.. hahaa

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum...

    Actually dah banyak kali claim tengok wayang free bila time birthday...Anyway nice blog...Mana beli domain ni cikgu?..Hehehe :)

    ReplyDelete
  48. Tak pernah merasa lagi tiket free. Ok jugak nih! Birthday Mrs. A bulan 5 nanti.
    Syed busy sesangat ke dah mula kerja tu? Dah seminggu takde up-date ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  49. Jarang dah tengok wayang di panggung 😂 Lebih suka buat panggung sendiri di rumah 😏

    ReplyDelete
  50. nak kena tunggu birthday tu yang sedih tu, lambat lagi bulan 12 haha

    ReplyDelete
  51. Kalau kaki movie wajib buat ni kan... ;-)

    ReplyDelete
  52. Thank you perkenalkan, hahahaha, dua bulan berturut kami enjoy wayang free ni, memula May birthday yana, so mai pegi free, yang june ni birthday mai pulak,kekeke

    ReplyDelete