Tuesday, February 28, 2017

4 JENIS PERSONALITI DIRI DAN UJIAN PERSONALITI DIRI

Jenis-jenis Personaliti Diri dan Ujian Personaliti

Salam and hi!

Entry kali ini akan membincangkan mengenai personaliti diri. Umum mengetahui bahawa setiap individu mempunyai personaliti mereka tersendiri. Sebelum aku mula mengulas lebih lanjut mengenai personaliti diri, ingin aku ingatkan bahawa aku bukannya doktor psikologi ke apa. Apa yang aku tulis ni berdsarkan pengalaman aku dan hasil dari pembacaan dan perkongsian ilmu dengan kawan aku. Actually kawan aku yang mula perkenalkan aku kepada personaliti diri ni. Lepastu aku rasa macam menarik pula bila dapat kenal personaliti diri kita sendiri dan juga orang lain. Banyak advantage yang boleh kita dapat bila kita tahu apa personaliti kita dan orang sekeliling.

Terdapat 4 jenis personaliti diri;

- Sanguine
- Phlegmatic 
- Melancholy
- Choleric

Sebenarnya dalam diri kita ni memang ada keempat-empat personaliti ni. Tapi yang membezakan kita dengan orang lain ialah personaliti yang mana dominan dalam diri kita. Setiap personaliti tu ada penjelasan dan ciri-ciri mereka yang tersendiri. Untuk tahu personaliti mana yang dominan dalam diri kita, kena ambil test dan test tu akan decide kita punya personaliti. Ada banyak test yang boleh kita ambil dekat internet. Sebelum aku share test tersebut, better aku explain dulu satu-satu apa yang ada dalam setiap personaliti di atas.
1) SANGUINE

Personaliti Diri Anda : Sanguine
Extrovert

Macam yang kita tahu, orang yang extrovert ni memang jenis yang banyak cakap, senang dibuat kawan, sentiasa "happy-go-lucky", suka buat lawak dan sangat expressive. Kalau kita perhati kawan-kawan kita time dalam kelas tu sorang-sorang, dapat sangat kenal siapa yang sanguine ni sebab orang yang sanguine ni dia sukakan publisiti. Selain sukakan publisiti, mereka yang sanguine ni juga seorang yang popular (yelah jenis yang kepoh kan siapa yang tak kenal kahkah). Kalau kau bersembang dengan orang yang sanguine ni memang takda masalah sebab diorang ni memang sejenis "talker" tak payah peningkan diri nak fikir topik apa nak sembang.

Spontaneous


Mereka lebih gemar sesuatu yang spontan. Maksudnya kalau nak pergi mana-mana tu, tak payah ada plan yang detail semua. Since orang yang berpersonaliti sanguine ni bukan seorang yang analytical, so dia tak suka nak peningkan kepala untuk buat proper plan. Mereka ni juga bukan jenis yang suka terikat dengan undang-undang. Contohnya, kalau cikgu suruh dia selang 5 baris, dia tak kisah sangat pun nak selang atau tidak asalkan kerja yang cikgu tu bagi siap. Mereka yang sanguine ni juga memang jenis yang suka cuba benda yang baru atau erti kata lain "adventurous". Sebab itu diorang akan kata "YES" untuk any random plans yang dia tak pernah cuba. 

Sanguine ni kalau dia jadi leader, kau akan rasa enjoy bekerja dengan dia. Sebab dia ni bukan jenis yang detail yang kena ikut semua procedure. As long as kau tahu jalankan tanggungjawab kau, kira dah okay lah tu haha. Tapi kadang-kadang tak bagus juga sebab sanguine ni seorang yang pelupa dan kelam kabut. Nanti cara dia bagi kau kerja pun tak teratur so ada positive dan negative dia kat situ.
2) PHLEGMATIC 
Personaliti Diri Anda : Phlegmatic

Introvert

Berlainan dengan Sanguine, Phlegmatic ni pula merupakan seorang yang introvert. Mereka yang phlegmatic ni biasanya susah nak approach orang dulu. Dia akan tunggu orang lain untuk approach dia then baru dia sembang dengan orang. Phlegmatic ni yang bestnya dia jenis yang sangat humble and down-to-earth. Dah la pendiam, humble pula tu. Kiranya, kalau kau kawan dengan orang yang jenis phlegmatic ni, kau kira beruntunglah sebab diorang jenis yang boleh diharap. Walaupun phlegmatic ni introvert, tapi dia masih mudah didekati and orang jenis ni dia relax sahaja. Mereka ni juga bukan jenis yang suka menyakiti hati orang lain, senang cerita bila dia bercakap tu dia akan consider dahulu perasaan orang lain. 

Suka pendam perasaan

Mereka yang phlegmatic ni lebih suka memendam perasaan kepada diri mereka sendiri. Berlainan dengan Sanguine, kalau sanguine dia sentiasa perlukan orang untuk bercerita masalah dia. Orang yang phlegmatic ni memang dia simpan perasaan dia. Bahaya sebenarnya jenis macamni sebab walaupun dia nampak relaks, tapi kita tak tahu dalam diri dia macam mana. Susah kita nak predict orang yang jenis phlegmatic berbanding dengan Sanguine. Kalau Sanguine lebih predictable sebab dia jenis extrovert tetapi tidak boleh apply untuk phlegmatic. Orang yang jenis Phlegmatic ni memang jenis yang bijak, dan tak suka konflik. Mereka lebih suka hidup dalam ketenangan sebab itu kalau boleh diorang ni cuba hindar dari sebarang konflik. Kalau nak cari pasangan, bolehlah ambil dari golongan ni haha.
3) CHOLERIC
Kenali Personaliti Diri Anda : Choleric

Born to be a leader

Orang yang personaliti dia choleric ni memang dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Sejujurnya sebagai seorang yang berpersonaliti Sanguine, aku tak suka bekerja dengan orang yang jenis choleric ni. Sebab apa? Sebab dia ada kepala dia sendiri dan jenis yang authoritative. Orang jenis choleric ni memang bossy. Suka mengarah orang buat itu-ini dan tak consider perasaan orang lain. Sebab mereka ni seorang yang tegas, jadi bila beri arahan tu memang direct dan takda berkias-kias. Choleric ni juga seorang yang well-organized. Kalau dia memimpin sesuatu organisasi tu dia dah siap-siap bahagi tugas dekat orang bawah dia and mereka juga jenis yang cepat bertindak. Sebagai seorang Sanguine yang selalu procrastinate kerja, aku tak boleh bekerja dengan orang macamni. Orang choleric ni tak faham cara bekerja sanguine ni macam mana. Memang aku jenis tak organize tapi aku akan pastikan kerja tu siap. Aku menyampah betul kalau kerja dengan orang choleric rasa tertekan macamtu.

Sebagai seorang kawan

Choleric ni jenis tak jaga perasaan orang. Kalau dia rasa dia betul, dia akan direct terus cakap kat kau. Takda nak selindung bagai. Choleric juga seorang yang short-tempered, jenis yang mudah marah. Kalau nak buat aktiviti dengan kawan ke apa, haaa time ni memang choleric ni diperlukan sebab dia pandai bahagi kerja. Kalau sanguine and phleg memang jadi juga aktiviti tu tapi tak secemerlang choleric la sebab orang choleric ni dia dah ada gambaran and goals dia sendiri bila buat sesuatu tu. Sebab itu jugalah mereka yang choleric ni sangat cemerlang apabila kecemasan. Dia dah tahu nak buat apa bila kecemasan and dah sediakan plan lain pun. Kalau kau seorang yang sanguine memang gelabah la bila emergency haha.
4) MELANCHOLY
Kenali Personaliti Diri Anda : Melancholy

Analitikal

Orang yang berpersonaliti melancholy ni memang seorang yang analitikal. Maksudnya sebelum buat sesuatu benda tu dia akan analyze dulu apa consequences dia semua. Mereka ni jenis yang banyak berfikir kebiasaannya. Mereka ni akan pastikan yang mereka buat perkara yang betul. Tak macam sanguine yang sentiasa cuai dalam urusan mereka. Mereka yang melancholy ni memang seorang yang bagus dengan nombor. Sebab diorang ni memang jenis yang teratur dan analitikal, tak dinafikan la mereka boleh jadi seorang yang perfectionist. Setiap sesuatu benda yang nak dibuat tu mesti perfect dan mengikut perancangan asal. Kalau macam Sanguine, kau boleh sahaja nak skip procedure apa pun as long as dia punya outcome siap. Tapi orang yang melancholy ni dia sangat rigid dan kau kena ikut juga step yang dah dibuat dari awal tu. Basically, orang Melancholy ni memang seorang yang sangat berdisplin.

Introvert

Bagi aku, orang yang jenis melancholy ni paling senang kau nak detect. Satu, sebab diorang memang tak suka bersosial. Mereka ni lebih gemar untuk bersendirian dan akan tunggu orang yang approach dia. Sebab macam yang aku cakap tadi, diorang ni memang rajin berfikir. Duduk sorang-sorang pun boleh berfikir macam-macam. Personaliti dia bukan macam Sanguine yang "gila-gila" di public, tapi orang melancholy ni lebih "reserved" dan dia tak suka attention dari orang ramai. Dia banyak diam tetapi at the same time banyak berfikir. Melancholy ni bagus juga sebab dia creative and cara dia atasi masalah pun berbeza. Kerjaya yang sesuai untuk orang melancholy ni ialah accountant, ataupun dalam bidang administration. Sebab kalau diorang yang menjadi admin, mesti semua kerja-kerja lebih teratur dan ada pendokumentasian yang baik.
UJIAN PERSONALITI DIRI
Kalau aku nak explain pasal personaliti tu sebenarnya panjang lagi, sampai esok tak habis haha. So, dekat sini aku nak share cara nak ambil ujian personaliti diri ni. Banyak sebenarnya websites yang boleh kau guna untuk buat personality test ni. Kau taip sahaja personality test dekat google memang banyak tapi tak tahu la sama ada valid ataupun tidak. Tapi pada pandangan aku, website yang kawan aku recommend ni memang setakat ni accurate. Aku dah ambil banyak kali and result aku still sama, so reliable lah kan?

Ujian Personaliti Diri
(click gambar untuk ke website tersebut)

Ujian Personaliti Diri : Sanguine

Okay aku punya personaliti yang dominan ialah Sanguine dan Phlegmatic. Aku dah buat banyak kali memang ini lah keputusan dia. For your information, kita punya personaliti ni boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan tempat. So, kadang-kadang memang peratus dia berbeza-beza cuma yang dominan tu still sama dari dulu. Sanguine-Phleg. Dalam keputusan ni yang pertama dan yang kedua tertinggi tu yang decide kau punya personaliti macam mana. Nanti bila kau baca explanation kedua-dua personaliti tu kau akan boleh relate dengan diri kau sendiri. Setakat ni aku rasa memang 90% betul pasal aku. 

Ujian Personaliti Diri

Kalau yang atas ni aku jawab dekat website INI. Tapi still personaliti aku tak lari jauh either Sanguine and Phlegmatic sahaja. Bagi aku test ni sangat berkesan dan reliable untuk kau kenal diri kau dan orang sekeliling kau. Kalau nak kenal dengan orang yang baru, kau bagi test ni dekat dia dahulu untuk kau tahu dia punya personaliti macam mana and betul tak expectation kau dekat dia. Aku boleh baca dah perangai orang sikit-sikit hahaha.

Harap artikel ini membantu anda untuk mengenali diri anda dan mohon pergi ke website INI untuk mengambil ujian personaliti kalau anda rajin dan boleh komen di bawah apa personaliti anda :)

Sunday, February 26, 2017

TERLEPAS PELUANG BERCUTI DI PULAU TIOMAN

Peluang Bercuti di Pulau Tioman

Salam dan selamat berhujung minggu semua

Aku tak tahu la apa yang aku patut rasa sekarang ni. Ingat tak aku pernah update pasal aku kena interview guna video call through whatsapp? Kalau tak ingat aku ada update dekat entry INI. Yeah, aku memang dapat kerja tu di Pulau Tioman. Kerja yang aku apply tu actually kerja jadi receptionist untuk one of the resorts there. Aku memang tiada pengalaman langsung dalam bidang hospitality ni. Tapi masa aku apply tu aku banyak buat ayat golden words like "I'm eager to learn new things, I am a fast learner etc" maybe dia tertarik lah kot and offered me the job lepas interview tu. Supposedly aku kena lapor diri on 25th February (semalam) but something happened that I decided to turn down the job offer.

Mula-mula memang aku excited nak kerja dekat Pulau Tioman tu sebab resort yang aku akan kerja tu memang Mat Saleh punya resort. Mostly, tourist yang stay dekat situ pun semua Europeans punya orang weh. Aku ada baca reviews dekat tripadvisor. Memang ramai orang recommend untuk stay dekat resort tu. Dalam banyak-banyak review tu aku jumpa seorang sahaja Melayu yang menginap dekat situ. Masa dia call aku tu, actually dia tak bagi aku jadi receptionist terus tapi dia suruh aku duduk dekat cafe diorang. Aku pun mula-mula macam okay lah kan, tapi bila aku tanya skop kerja apa, dia cakap kena serve beer juga kalau ada yang minta. So, I said no, memang dalam religion tak boleh serve beer (even kerja dekat tempat yang ada beer pun tak boleh kan?).

Then, dia cakap dia akan berbincang dulu dengan manager lain dan dia bersetuju untuk letakkan aku terus dekat receptionist lepas dia consider aku punya kelayakan and experience lain lol. Aku pun macam happy lah sebab dah dapat kerja plus meal and hostel are provided. Tak payah fikir benda lain dah, so I agreed. Minggu lepas aku ada dapat whatsapp dari pihak mereka katanya excited nak jumpa aku etc and aku pun tanyalah apa etika pemakaian semua. Dia cakap, sebab bekerja dekat beach, aku kena pakai short dengan baju kerja yang dia bagi. Aku dah mula rasa tawar hati dah bila kena pakai short ni. Aku bukannya suka pakai seluar pendek. In fact, aku takda seluar pendek pun. Dia cakap memang kena pakai short sebab nanti nak sambut tetamu takut seluar basah etc. nanti tak selesa. Aku pun fikir aku nak cari short yang labuh sampai lutut sebab macam awkward ja pakai seluar pendek dah la kaki buruk lol.

Nak dipendekkan cerita, minggu lepas kawan aku offer untuk ganti tempat dia kerja sebagai guru tuisyen merangkap kerani. Tempat dia dekat Puchong and katanya boss dia suruh cari pekerja baru secepat mungkin sebab dia memang nak pakai orang. So, aku ada dua pilihan sekarang either to work in Tioman or Puchong. Lepas aku fikir semua consequences aku rasa better aku kerja dekat Puchong tu. Lagipun aku takkan buat keputusan sorang, aku siap consult mak aku dengan kakak aku. Semua suggest aku untuk kerja dekat Puchong. Aku pun macam tertarik juga nak kerja dekat Puchong sebab tak jauh dan tak menyusahkan mak aku kalau nak pergi sana. Aku boleh drive sendiri sahaja macamtu. Alhamdulillah, aku fikir rezeki aku dah ni nak kerja.

Namun, tiba-tiba pula ada beberapa halangan yang membuatkan aku memang tak boleh nak kerja dekat Puchong. Dah la aku dah tolak tawaran kerja dekat Tioman. Lepastu tak dapat pula nak kerja dekat Puchong. Entah lah, aku tak tahu apa hikmah disebalik semua ni. Aku tak salahkan sesiapa pun sebab aku tak dapat kerja sana. Tapi rasa sedih sikit sebab terlepas semua kerja. Sedih kot tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin kalau aku pergi Tioman tu pun aku tak yakin macam mana situasi dekat sana and apa yang bakal terjadi dekat aku. Mungkin belum sampai waktunya untuk aku betul-betul bekerja, so tengoklah macam mana nanti. Aku dah rasa give up dah nak cari kerja sementara ni. Aku jangka posting paling awal pun bulan 4. Nak cari kerja yang takda contract ni susah juga. Mostly kalau kerja swasta memang dia nak more than 3 months of service baru boleh berhenti. InshaAllah mungkin ada rezeki lain :)
Maka, betullah kata pepatah yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran. Sedih pula bunyinya

Sepupu Syed Kahwin

Semalam aku tak update blog sebab pergi wedding cousin dekat Bentong. Cousin aku yang ni umur sama dengan aku, 24 tahun. Semua sepupu-sepupu aku yang sebaya dengan aku dah menamatkan zaman bujang mereka. Takpa, rezeki masing-masing dapat kahwin awal kan. Aku pula banyak benda yang lebih penting lagi aku kena fikirkan. Orang kata apa, kalau ada jodoh kita kahwin takda jodoh kita travel hahahaha tapi nak travel pun duit takda masalahnya lol

Friday, February 24, 2017

SEBAB KENAPA ANDA PERLU TONTON DRAMA SUAMIKU PALING SWEET

Suamiku Paling Sweet
Jangan lupa tonton setiap hari Isnin - Khamis pada jam 7 - 8 petang. Semestinya di TV3
Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua pembaca,

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk merepek di blog ni pada hari ini. Sebenarnya aku tak tahu sangat nak tulis pasal apa hari ini. Disebabkan aku takda idea nak tulis pasal apa, tiba-tiba pula teringat cerita Suamiku Paling Sweet ni, so apa kata aku cuba untuk review drama yang baru ditayangkan di TV3 ni.  

Aku memang dah jarang sangat tengok drama petang-petang dekat TV3 especially bila aku dah ada blog ni. Seharian memang duduk menghadap laptop jelah kalau boleh nak tidur pun kena depan laptop sekali kahkah okay tu tipu. Drama-drama sebelum ni macam "7 Hari Mencintaimu" dan "Biar Aku Jadi Penunggu" pun aku tak tengok sangat. Aku cuma tengok biar aku jadi penunggu tu sikit-sikit itu pun dah episod akhir. Tapi kalau 7 hari tu memang aku tak tengok langsung sebab dah banyak miss jalan cerita dia. Tapi aku tahu la ada buntat yang berlakon. Eh, buntat berlakon dalam drama mana satu entah? hahaha okay tak tahu. kalau dia tak viral mesti aku tak tahu cerita tu.

Lepastu aku try lah tengok cerita "Suamiku Paling Sweet" ni. Memanglah daripada tajuk drama pun dah dapat agak dah ni mesti drama melayu tipikal ni. Aku tengok drama ni dari episod satu kot. Sekarang ni dah dua minggu dah bersiaran. Bila aku tengok cerita ni aku macam tertarik dengan Qisha tu. Aku suka dengan character dia yang manja, selalu kena usik dengan abang dia and ego sikit haha. Aku tanya mak aku siapa yang berlakon jadi Qisha ni? Mak aku cakap pelakon baru. Aku pun macam siapa entah pelakon baru ni kenapa aku tak kenal. Rupa-rupanya yang berlakon sebagai Qisha tu ialah Mawar Rashid! Patutlah muka macam familiar sebab Mawar Rashid ni actually dulu seorang viner kan? Aku selalu layan video-video dekat vine waktu dulu. Patutlah macam familiar sahaja muka dia and one thing, sekarang memang dia dah pakai tudung ke? Alhamdulillah, kalau betul harap terus istiqomah ya. 

Siapa tak kenal Mawar Rashid ni macam bohong lah kot. Dulu kan pernah heboh pasal dia bagi pendapat pasal GST tu haaaa. Macam-macam netizens kecam dia time tu. Tapi dia tabah sahaja dan teruskan hidup seperti biasa. Kalau ada yang tak kenal, ni serba sedikit pasal dia

Tentang Mawar Rashid

Nama Penuh : Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid
Nama Glamour: Mawar Rashid
Tarikh Lahir : 3 April 1995
Asal : Kelantan

Qisha dalam cerita ni sangatlah sopan weh. Lemah lembut je tengok dia layan si Haffiey tu. Kalau tengok betul-betul dah memang macam anak beranak kot. Cuma kelemahan dia tak boleh masak sahaja. Bila dia duduk rumah Iz (Syafiq Kyle) mak dia la selalu ajar Qisha ni memasak. 
KENAPA CERITA NI BEST
Cerita ni best sebab aku rasa jalan cerita dia best (at least bagi aku la). Aku dah dapat baca dah dia punya storyline ni macam mana. Mesti ada dengki-dengki punya lepasni. Aku syak minggu depan ni nanti diorang semua terpaksa kahwin sebab kena tangkap basah. Aku rasa yang perangkap diorang ni mungkin makwe kepada adik Syafiq Kyle ni sebab dia kan cemburu dengan Qisha? Dalam cerita ni aku benci betul dengan Deena tu (aku tak tahu nama dia apa). Dah la orang tak nak dia tapi still terhegeh-hegeh kejar cinta orang yang tak sudi. Dah la tak tahu malu, nak ambil hati Izz tapi tak nak ambil hati anak dia sekali. Mana boleh macamtu, dah tahu kan yang Izz tu sayang gila dekat anak dia. 

Pandai pilih pelakon. Lagi satu aku suka barisan pelakon yang ada dalam drama ni. Walaupun ramai pelakon baru tapi watak yang dia bagi untuk setiap pelakon tu macam sesuai dengan karakter pelakon tu sendiri. Aku suka juga budak kecil Nik Adam tu berlakon. Suara dia kelakar hahaa okay. Lagipun budak tu takda nampak kekok sangat pun berlakon. Aku kalau boleh nak Mami Qisha tu jadi mak dia! Please kahwin dengan daddy dia cepat next episode nanti okay Qisha? haha. Aku rasa drama macam ni sesuai la untuk yang suka berfantasi.

Okay dah habis part review drama ni. Aku rasa aku tak boleh lah nak review drama ni sebab aku rasa macam tak menarik hahaha. Dah la nama pelakon pun susah betul nak ingat :(
DAPAT HADIAH DARI BLOGGER
Hadiah daripada blogger

Okay harini sebenarnya aku dapat hadiah dari rakan blogger. Terima kasih Mek sudi bagi book tag corner ni dekat Syed! Benda ni kira macam penanda buku la. Haaa tengok dekat buku tu ada ladybird yang comel di hujung hehe. Walaupun pemberian yang ringkas seperti ni tapi sumpah aku rasa bermakna sangat. Bukan senang nak buat benda ni + nak pos lagi tu. Thanks sangat-sangat syed sangat menghargainya. Saya doakan supaya akak sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dan juga selamat melahirkan baby yang comel hehehe :) Jom terjah blog mek ni,


Sekian, terima kasih (tak nak review drama dah lah susah takda idea hahahaha)

Thursday, February 23, 2017

5 CARA UNTUK MEMULAKAN PERBUALAN DENGAN ORANG LAIN

5 Langkah Untuk Memulakan Perbualan Dengan Orang Lain Atau Strangers

Salam and Hi! dear readers, 

Aku yakin ramai di antara kita ni menghadapi kesukaran untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Terutamanya dengan mereka yang kita tidak kenali ataupun yang jarang sekali kita bertegur sapa. Tak dinafikan ada diantara kita ni memang jenis yang "introvert". Mereka yang introvert ni lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan sukar untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Lebih teruk lagi kalau memang dia takda tunjuk minat pun nak berbual dengan kita dan hanya jawab sepatah bila kita tanya dia soalan.

Bagi aku, aku ni bukanlah seorang yang introvert sangat pun. Tapi memang aku lebih prefer kalau orang yang initiate conversation dulu dengan aku hahaha. Antara sebabnya ialah sebab aku rasa tak confident nak mulakan perbualan dengan orang lain. Bila nak tegur tu kadang-kadang ada perasaan takut tak dilayan, hambar dan juga takut tak kena dengan mood seseorang tu. Bila berhadapan dengan orang yang baru pula, aku memang akan senyum macamtu sahaja. Kalau aku rasa dia menarik dan mudah didekati so aku akan initiate conversation. Lagi satu, kalau aku rasa waktu tu macam sunyi dan boleh dengar bunyi cengkerik tambahan pula orang tu masih tak tegur aku, aku tahu aku kena mulakan perbualan. Siapa je yang suka duduk dalam situasi yang "awkward" kan?.

Entry kali ini aku nak berkongsi tips macam mana nak mulakan perbualan dengan orang lain. Tips ni mengikut apa yang aku selalu praktikkan dalam kehidupan seharian. Kalau kau rasa benda tu relevan dan boleh diambil sebagai contoh, teruskan. Kalau rasa macam tak berguna sahaja cara aku ni, maybe you can suggest me a better way? :) . Berikut merupakan 5 cara untuk memulakan perbualan dengan orang lain. 
#1 START WITH SOMETHING BASIC
Perkara pertama sekali yang penting untuk kita memulakan perbualan ialah dengan menyapa orang tersebut dengan "Hi, Good Morning" ataupun dengan senyuman semanis gula. Who knows a simple "Hi" may lead to many beautiful things? Selain daripada itu, anda juga boleh mulakan perbualan dengan bertanya khabar seperti contoh "Okay tak harini?" "Macam lama tak jumpa kau, kau kerja mana sekarang?" "Amboi, makin bergaya pula kau ni sekarang". Yang last tu boleh apply untuk tarik minat orang bercakap dengan kita. Bila dah puji sikit-sikit tu mesti mood dia baik, lepastu boleh la proceed kepada topik yang seterusnya. It's important to get their attention and interest.
#2 TAHU DIA PUNYA MINAT
Pada pendapat aku, kalau kita nak ada conversation yang bagus, mesti kita kena tahu minat seseorang tu. Takkanlah dia minat main bola tapi kita ajak bersembang pasal masak-masak. Mesti jadi awkward dan tak menarik hahaha. Ini memang merupakan satu masalah bagi aku. Kalau takda minat yang sama aku akan banyak diam dan tak tahu nak cakap apa. Unless kalau orang tu tanya pasal aku, dan kalau soalan dia tu menarik bolehlah aku cerita panjang lebar dan buat conversation tu menarik. Kadang-kadang walupun minat tu tak sama, tapi kita boleh tunjuk yang kita berminat nak tahu lebih lanjut tentang minat dia tu. So, get them to tell their grandfather stories to you. Ikut sahaja rentak dia, kalau dia memang jenis yang minat bercerita, okay lah.
#3 CAKAP MENGENAI ISU SEMASA
Benda ni selalu terjadi kalau kau dengan strangers. Kau tak tahu background dia, tak tahu nama dia and tak tahu minat dia. Pendek kata, semuanya pasal dia kau tak tahu. Commonly kau akan hadapi situasi ni bila kau naik Uber atau Grab Car sebagai contoh. Aku tak boleh duduk diam sebelah driver without any conversation. So, here's the trick. Boleh la mula tanya dia macam mana pengalaman bawa uber ni? customer ramai yang pelik-pelik tak? Nak tanya pasal income pun boleh. tapi tengok la kalau orang tu berminat nak cerita. Kena ikut situasi juga. Banyak actually benda yang korang boleh belajar daripada pemandu-pemandu uber ataupun teksi ni. Sebabnya diorang dah jumpa with many kinds of people jadi banyak isu semasa yang diorang boleh kongsikan dengan kau. Aku ada naik teksi dulu, lepas dia dapat tahu aku ni bakal cikgu terus dia share pandangan dia tentang perguruan and isu-isu pendidikan yang berlaku. Surprisingly, he knows a lot!
#4 ELAKKAN SYOK SENDIRI
Aku paling pantang sekali bila orang syok sendiri ni. Syok sendiri dekat sini bererti, kalau bercerita tu nak cerita pasal dia sahaja. Habis dari awal sampai habis nak bagitahu yang dia sahaja yang bagus, dia sahaja yang boleh buat semua benda. Dia ingat dia nak melobi untuk jawatan Perdana Menteri ke apa? Tak salah nak introduce diri kita bila approach orang, tapi pastikan kita ni tak syok sendiri. Meaning, kena bagi equal opportunity for everyone to speak. Macam mana nak bagi sesuatu conversation tu effective kalau sebelah pihak sahaja yang mendominasi? orang pun tak nak layan lama-lama.
#5 CARI MASA YANG SESUAI
Sebelum memulakan perbualan dengan orang lain, pastikan kita tahu bila masa yang sesuai untuk kita approach dia. Kalau kita tegur dia, tapi dia nak tak nak sahaja layan, mungkin mood dia tak baik waktu tu. Kalau kau rasa kau mampu untuk buat mood dia baik, teruskan. Kalau kau rasa dia perlukan space untuk dia berseorangan, excuse yourself. Mungkin kau boleh tanya 2 3 soalan dulu untuk tahu respon dia. Kalau kau rasa sesuai then boleh teruskan dengan sesi story telling. Eh hahaha. Kena pandai baca riak muka orang dan juga respon yang dia bagi. 
APA KATA NETIZENS
Aku sempat juga membuat kajian dekat twitter, dengan bertanyakan pendapat masing-masing tentang macam mana diorang ni approach orang lain? so here's the replies.
Cara-Cara Untuk Memulakan Perbualan Dengan Orang Lain

Mostly ramai yang akan start conversation diorang dengan something yang basic seperti Hi, how are you, how was your day and things like that. Lepastu kalau orang tu just jawab sepatah, ada cara dia macam mana kita nak tackle dia and reply (boleh rujuk gambar di atas). Bagi aku cadangan yang diorang bagi ni semua merupakan satu contoh yang bagus. Kalau aku, orang jawab sepatah ni aku akan tanya balik "balas tu je ke?" ataupun "ohhhhh okay". Kalau aku rasa nak panjangkan conversation tu baru aku usaha sikit nak reply lain hahahaha. Thanks guys for your opinions :)

Cara-Cara Untuk Memulakan Perbualan Dengan Orang Lain
Bagi Bella Zahir, dia akan mulakan conversation dia pasal makanan hahaha. Katanya topik pasal makanan ni topik yang paling berkesan sekali untuk memulakan conversation. Siapa je tak suka makan weh? Semua orang suka makan! lepastu korang mungkin boleh kongsi resipi atau buat partner food hunting ke kan. bagus juga idea ni.
KONKLUSI
Apa-apa pun ia bergantung kepada diri anda sendiri. Kalau anda rasa lebih selesa untuk menggunakan cara anda sendiri, why not? Aku kat sini hanya bagi cadangan sahaja and aku sendiri pun tulis untuk peringatan aku sendiri. Mana tahu since dah lama mengangur tak jumpa orang luar ni tiba-tiba aku tak reti nak bercakap, so nanti aku boleh refer blog aku sendiri hahahaha okay. Harap tips yang aku kongsikan ni sedikit sebanyak membantu anda untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Terima kasih :) 

Wednesday, February 22, 2017

GUNA DUIT BR1M UNTUK TRAVEL

Semakan Status Permohanan BR1M

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!

Bantuan Rakyat 1 Malaysia ataupun BR1M telah mula diagihkan ke akaun anda pada hari ini. Untuk menyemak sama ada permohanan anda berjaya ataupun tidak, anda boleh rujuk link [SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017]. Kalau status permohonan anda ialah "sedang diproses" itu bermakna anda tidak tergolong dalam kelompok 1. Mungkin nama anda tersenarai dalam kelompok 2 dan tunggu sahaja sampai status BR1M anda bertukar kepada LULUS.

Alhamdulillah. Ini merupakan tahun pertama seorang Syed dapat BR1M. Kalau tahun sebelum-sebelum ni dapat baucer buku sahaja. Ingatkan dah tak lulus dah sebab baru graduate kan. Mana tahu nama masih ada dalam senarai yang menerima baucer buku hehe. Aku sangat teruja tunggu BR1M masuk ni sebab sebagai seorang penganggur berjaya yang berjaya memetik anggur mencecah 5 angka setiap hari, syed perlukan kewangan lebih untuk pergi travel. Alhamdulillah, pagi tadi terus check akaun bank dan bertambah sikit angka dalam akaun bank tu. Perasaan dia rasa boleh bernafas dan seperti mati hidup semula (hiperbola betul). 

Tengah malam semalam ada blogwalking dekat blog Miss Obsesi ni lepastu terbaca satu entry dia yang bertajuk Apa Aku Nak Buat Selepas dapat BR1M Bujang 2017 (panjang betul tajuk sampai tak sempat nak bernafas syed baca haha). Lepas tu aku macam "aah kan cool juga buat entry macam ni. Aku ni dah la fun, mesti semua orang nak tahu apa aku nak buat dengan duit BR1M ni"(confident). So dari entry tu la aku terinspirasi nak menghasilkan satu entry tentang hala tuju duit BR1M aku, ataupun Bajet BR1M 2017. Actually, aku akan gunakan duit BR1M yang aku dapat ni untuk tujuan travel. Best kot travel, siapa tak nak travel kan? Antara tempat yang aku akan kunjungi ialah,
CAPPADOCIA
Hot Air Balloon in Cappadocia, Turkey

Ya Allah, aku kalau tengok pemandangan dekat Cappadocia ni macam Subhanallah cantiknya! Sebab tu aku nak sangat pergi sini. Kalau ada yang masih tak tahu akan kewujudan tempat ini, Cappadocia merupakan salah satu tempat bersejarah di Turkey. Tempat ni terkenal sebab keunikan batu-batu dia kat sana. Batu-batu dekat sana dia ada bentuk macam kon (tengok contoh dalam gambar) unik kan? Lepastu Cappadocia ni dah diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 1985.

Selain dari tempat yang cantik, yang turut menjadi tarikan di sini ialah hot air balloon. Boleh search nama tempat ni di Google memang banyak gambar belon udara panas ni cantik-cantik! rasa macam nak pergi sana harini juga. Aku rasa mesti cool duduk dalam tu sambil terbang keudara menikmati pemandangan Turkey. Kalau aku pergi sana surely I'll take a lot of photos every second takda masa dah nak bersembang ke nak tidur ke apa haha. Dengar cerita dia punya charge kalau nak naik, convert ke dalam Ringgit Malaysia mencecah beribu juga kot.

Travel

Namun begitu, setelah aku cuba berpijak di bumi yang nyata, baru aku sedar bahawa angan-angan di atas hanyalah sekadar "Angan-angan Mat Jenin" yang tidak mungkin boleh dilaksanakan dengan menggunakan duit BR1M hahaha. Aku redha dan bersyukur kerana walaupun tidak mampu untuk travel jauh ke Cappadocia tetapi mungkin aku akan travel ke tempat yang lebih menjimatkan. Travel ke tandas awam jelah macamtu, kena bayar 20 sen je kot. 

Okay-okay, here's the REAL story. Aku berkemungkinan akan kerja sementara di Puchong. So, I need to travel there and rent a room maybe? Setakat ni aku tiada tempat tinggal lagi dekat sana. Tengah cuba cari bilik sewa area Puchong if possible. Since aku memang takda duit langsung melainkan duit BR1M yang baru dapat tu, aku akan gunakan sebaiknya untuk perbelanjaan aku sebelum dapat gaji pertama. Tak tahu la possible atau tak nak bertahan sebulan dengan duit tu. Nak cari bilik sewa pun sekarang ni memang dia minta deposit and bayaran satu bulan. Aku dalam dilema ni tak tahu mana nak tinggal. Sedihnya kena merantau tapi tak cukup budget untuk teruskan kehidupan sebagai perantau.

Kalau ikutkan aku, if memang betul-betul susah sangat better tak payah kerja lah senang. Duduk rumah sahaja dan tunggu sehingga dapat penempatan. Tapi masalah lain pula, bila dah dapat penempatan nanti mesti nak kena duit juga sebab nanti 3 bulan tak bergaji. Mana nak cari duit bayar rumah sewa, kereta etc. So, nak tak nak still kena kerja juga dan tengoklah kot-kot ada jumpa orang yang boleh nego tentang bayaran bilik sewa ni. Bukannya nak duduk lama pun, dalam sebulan dua sahaja tapi mostly memang penyewa tak nak ambil yang short-term ni. Kalau boleh dia nak penyewa tu duduk sampai tua dan beranak pinak kat situ (huh emosi).

Sedikit pesanan buat semua, gunakan duit BR1M anda untuk kegunaan yang baik. Jangan duk kalut pergi beli iPhone. Banyak lagi kegunaan lain selain dari beli phone baru. Dengan ekonomi sekarang ni semua benda pun mahal. RM450 tu memanglah jumlah dia tak banyak mana tapi siapa yang nak bagi kita RM450? Kalau tak reti manage dan boros berbelanja memang sekejap sahaja habis tak nampak hasil pun kan? Tiba-tiba aku rasa aku dah macam perunding kewangan dan ejen jualan insurans hahaha maybe boleh apply kot aku rasa.

Okay, konklusinya memang duit BR1M tak boleh nak buat pergi travel overseas. hahahaha

Tuesday, February 21, 2017

TEMPAT MAKAN MURAH, SEDAP DAN PORTION YANG BANYAK DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Tempat Makan Murah, Sedap dan Berbaloi di Kuala Lumpur
Anda mencari tempat makan yang murah, sedap dan portion yang banyak di Kuala Lumpur?
Anda nak makan banyak tapi tak nak bayar mahal?
Tak tahu nak makan dimana dan sukar membuat keputusan?

Pada hari ini aku nak perkenalkan satu restoran yang agak famous di sekitar Kuala Lumpur ni
 iaitu Restoran Murni Discovery

Sebagai seorang pelanggan, sudah pasti kita hendak mencari yang terbaik untuk diri sendiri kan? Terutamanya bila bab-bab makanan ni. Aku ni takdalah cerewet mana pun bab makan ni (adalah sikit) tapi yang pasti bila aku makan tu portion mestilah kena yang berbaloi dengan harga. Tak nak lah makan sandwich satu tapi kena charge RM10. Padahal sandwich je pun? Mula-mula belajar dekat KL dulu aku terkejut juga bila pergi restoran-restoran makan mahal tapi portion sikit. Time tu aku baru nak membesar so kalau makan mesti kena makan banyak. Bila makan sikit tu rasa macam akan lapar balik malam tu.

Aku tak tahu macam mana aku boleh discover tempat makan ni. Aku rasa through twitter or blogs kot? aku tak ingat. Zaman foundation aku dulu kalau nak pergi restoran ni punyalah payah sebab takda orang yang bawa kereta. So we had to go there with our seniors or sometimes with rented cars. punyalah nak sangat pergi kan haha. Bila dah masuk degree sahaja, memang tempat ni akan selalu jadi restoran pilihan aku bila orang tanya "nak makan mana ni?" ataupun bila elaun dah masuk. Yelah, bila elaun masuk sahaja boleh makan sedap-sedap dan keluarkan duit sikit. Kalau elaun tak masuk nak makan sini memang makan pasir lah kau sampai hujung bulan. Bukan sebab harga makanan sini mahal, tapi sebab rasa nak order semua benda sebab tengok menu semua sedap! 
KEISTIMEWAAN RESTORAN MURNI DISCOVERY
SS2 Murni

1) Portion yang banyak

Kalau tengok gambar kat atas ni memang nampak banyak kan? Hakikatnya memang portion dekat restoran ni sangat banyak! Pinggan dia sangat besar dan kau boleh kongsi satu kampung aku rasa. Menu kat atas ni aku order Mee Raja Tomyam . Kalau nak tahu, Mee Raja ni kira macam dia punya signature la. Memang orang yang pergi restoran ni wajib try dia punya Mee Raja. Kalau Mee Raja biasa RM8.00 sahaja. Kalau yang macam kat atas ni RM10. Tapi serius, dah la portion dia besar lepastu isi dia pun tak kedekut. Selak je mee tu penuh dengan isi. So, jangan risau kalau nak cuba confirm berbaloi dengan harga yang dibayar dan takkan menyesal.

Berdasarkan pengalaman aku makan dekat restoran ni, kalau pergi dengan kawan-kawan perempuan, memang diorang tak boleh habis satu plate tu. Wajib bawa balik bungkus untuk kawan-kawan yang ada diasrama. Senang cerita, satu tu kau boleh makan untuk dua hingga tiga orang. Tapi sebab masa zaman aku nak membesar tu aku pelahap sangat, satu pinggan tu aku bantai makan sorang sahaja hahaha lepastu tak larat nak bangun macam paus terdampar atas kerusi dah rupanya.

Murni Discovery Restaurant
Credit to Google
                                                                  2) Orang yang sentiasa ramai

Serious setiap kali aku pergi sini memang aku kena beratur untuk dapat tempat duduk. Aku selalu pergi dekat cawangan restoran di SS2. Kalau kau pergi situ, dia buka meja sampai kaki 5 kedai pun still orang beratur juga. Dulu dia ada satu je restoran dekat ss2 tu. Tahun 2015 tak silap aku dia dah buka lagi satu tempat makan dekat sebelah tu. Boleh tahan selesa dan cantik! tapi kalau kau pergi lambat memang kau kena beratur lah jawabnya. Dah macam nak ambil BR1M pula. EH. Jadi pada pendapat aku, kalau orang ramai beratur tu mesti ada benda yang special dekat restoran tu. Kalau tak sedap takdalah orang beratur panjang kan? hehehe.

3) Spaghetti yang sedap!

Besy Spaghetti Ever

Aku bukan jenis yang gemar makan spaghetti sebenarnya. Dulu aku selalu pelik macam mana depa semua ni boleh telan spaghetti. Tapi, lepas aku try makan spaghetti dekat sini memang rasa macam nak makan spaghetti tiap hari weh! Kalau kedai western yang lain biasanya nak makan spaghetti ni mesti mahal. Tapi kalau dekat sini siap ada tambahan chicken chop lagi tak sampai RM20 pun! RM12 sahaja. Kalau macam yang dekat atas ni mahal sikit. Sebab dia aku tak tahu hahaha tapi nama dia Arabiatta something. Datang dari Arab kot? tu pasal mahal sikit lol.


Restoran SS2 Murni Discovery

Okay kalau yang macam ni nama dia Spaghetti Seafood. Nampak tak dia punya isi dalam tu banyak kan? Ada onion ring, ada oyster ada isi ketam tu. Memang sedap ni aku tak tipu. Harga dia around RM12 macamtu sahaja. Still affordable untuk makan sekali sekala kan?

Tempat Makan Sedap

Sekarang ni aku perasan dia nak jadi hipster sikit restoran ni. Dah mula serve makanan dalam pan dah. hahahaha walaupun nampak macam tak senonoh kan makan dalam kuali. Tapi  memang syarat nak jadi hipster kena buat kelainan. So, aku terpaksa makan dalam kuali sebab tu aku hitam macam kuali juga huhuhu ok takda kaitan sebab aku memang hitam. Nasib baik boleh process masuk photoshop dulu fuh. Kalau menu macam kat atas ni Spaghetti apa entah nama dia aku tak ingat. haa! Spaghetti Benzema. This one agak mahal sikit dalam RM15 something kot? sebab apa mahal aku tak sure. Guna minyak berkualiti tinggi mungkin (haha suka hati aku je). Tapi sedapppppp.

Okay aku rasa aku dah cerita panjang lebar dah pasal tempat ni, nampak sangat aku memang regular customer dekat sini selama 5 tahun setengah ada dekat kl tu. SERIUS ANDA SEMUA KENA SERBU RESTORAN NI SEBAB MEMANG ANDA TAKKAN MENYESAL. lepastu nanti kalau dia perasan aku punya entry ni kot-kot lah aku dapat tajaan free makan selama setahun ke? mana tahu kan hahahahaha okay berangan kot kau syed.
In case kalau korang nak datang dekat Restoran Murni Discovery ni tapi tak tahu dekat mana restoran dia ada, boleh rujuk details di bawah:

SS2
Aman Suria
USJ
Sunway Mentari
Kepong
Bukit Jalil
Bandar Sri Permaisuri
Shah Alam 




Monday, February 20, 2017

JANGAN MINUM NESCAFE DAN KOPI

kesan buruk minum kopi dan nescafe

Jangan minum kopi ataupun nescafe! dua-dua ni sangat bahaya untuk diri aku. Aku sebenarnya tak tahu apa beza kopi dan nescafe ni hahaha. Sebenarnya, hasil daripada menuntut ilmu di Google, Kopi ini ialah hasil daripada tuaian biji kopi yang diekstrak menjadi serbuk. Lepas tu, serbuk tu pula kita kacau dengan air panas dan terhasil lah air kopi. Nescafe ni pulak sama sahaja dengan kopi. Benda yang sama, cuma Nescafe ni merupakan brand keluaran syarikat Nestle yang merujuk kepada kopi segera atau instant coffee. Sebab itulah nama produk tu Nescafe (Nestle + Caffeine). Sumpah aku rasa aku bijak bila dapat merungkai misteri perbezaan antara kopi dengan nescafe ni ahahhaha! lama juga aku fikir beza dua minuman ni. Akhirnya terungkai juga. Disebabkan brand tu famous, semua instant coffee dipanggil nescafe.

Bahaya atau tidak pengambilan kopi dan nescafe ni tadi? Pada pandangan aku sendiri, bahaya atau tidak itu bergantung kepada diri sendiri. Kalau macam aku, aku tak tahu apa masalah aku sampai aku tak boleh minum nescafe. Kalau minum sahaja mesti perut aku akan menggelegak dan kentut tak berhenti sampai beberapa waktu yang tertentu. Masalahnya kalau kentut tu wangi takpa, ni kentut bau kopi + apa benda aku tak tahu lah. Hasil dia sampai sekarang memang aku tak berani nak ambil nescafe. Kalau aku ambil juga minuman ni waktu perut aku kosong, aku akan sakit perut yang teramat sangat sampai satu tahap tu dalam masa 3 hari dia sakit.

Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah atau universiti suka ambil nescafe ni terutama waktu assignment menimbun hasil dari buat kerja last minute. Last-last semua benda kau kena siapkan dalam satu malam. So,  nak tak nak terpaksa juga stay up burning the midnight oil. Aku dulu pernah juga ambil nescafe ni konon nak stay up, lepas tu bila aku discover penyakit sakit perut dan masuk angin yang teruk, aku stop dari ambil benda ni. Mungkin perut aku tak boleh terima caffeine yang tinggi sangat kandungan dia kot? 

Daripada pengalaman aku, walaupun aku ambil nescafe, kadang-kadang tu bukannya tak mengantuk. Semacam juga mengantuk. Kalau tak mengantuk pun, otak aku tak boleh berfikir. Kiranya, even kau tak mengantuk tapi penjanaan idea kau takdak juga. Still takda guna nak stay up sampai lewat malam kalau kau akan end up scroll facebook dan twitter. Tapi memang kalau terpaksa ambil nescafe tu aku akan menderita dengan perut aku menggelegak dengan kentut non stop. Lepastu bila buang air tu bau dia MasyaAllah tak menyenangkan! 

Disebabkan kau tak minum coffee, kau akan hadapi kesukaran bila member kau nak belanja minum kopi hahaha. Lepastu haritu dekat sekolah ada budak bagi nescafe dekat aku. Tak nak ambil macam tak elok pula kan sebab dia bagi dengan penuh keikhlasan terpancar dari mata dia. So, aku terpaksa ambil dan balik tu bagi dekat orang. Lagi satu masalah, bila kawan kau ajak pergi kedai kopi macam Starbucks dengan San Francisco coffee.

San Francisco Coffee

Nasib baik San Francisco coffee ni ada coklat punya! Not bad juga rasa dia weh! sedap kot. Dekat SFC ni kau boleh dapat buy one free one kot. Tapi dengan satu syarat, dua-dua coffee tu mesti flavour yang sama. So, kalau aku beli yang chocolate punya flavour, kawan aku pun kena ambil chocolate juga. Aku tak ingat how much untuk 2 cup ni. Aku rasa dalam RM10 for two kot? ataupun lebih sikit. Tapi serius ah sedap juga rasa dia.

Starbucks Green Tea Frappucino

Disebabkan aku tak boleh minum coffee, kalau pergi Starbucks, aku punya favorite frap would be green tea frappucino. Dulu aku tak berkenan juga dengan rasa green tea ni. Lama-lama aku macam suka sangat dengan green tea! tapi kalau beli dekat Starbucks kena minta less sweet sebab dia punya manis tu tahap kau boleh potong kaki kau terus. Lagi satu, kalau kau pergi Nu Sentral ada satu kedai ni nama dia Chill Chill. Sedap juga dia punya air green tea. Tapi banyak sangat ais. Aku sedut 4 5 kali macamtu dah sampai dasar dah. Rasa macam tak puas lagi menyedut tapi ais ada separuh lagi haih.

Tempat-tempat macam Starbucks ni aku akan pergi kalau ada promotion sahaja. Kalau takda promotion memang tidak la aku nak beli satu cup tu RM18! baik lah aku buat air sirap atau air tembikai ke kat rumah. Harga tembikai baru berapa kan? So lagi kenyang and menguntungkan hahaha. Cuma kalau kau nak rasa jadi orang lain, boleh la pergi Starbucks. Aku dulu bagi nama aku John sebab aku tahu kalau nama aku Syed, nanti orang susah nak sebut. Why not kita jadi mat salleh kejap kan? hehe.
So, konklusinya aku tak tahu minum kopi ni betul-betul bahaya ataupun tidak. Sebab aku tahu ramai yang ketagih sangat minum kopi dekat luar sana. Mungkin bagi aku seorang sahaja kot yang bahaya. Tapi yang aku perasan, kalau aku minum kopi Starbucks, takda rasa sakit perut pun macam aku minum Nescafe 3 in 1 tu. Kalau minum yang Nescafe confirm memang akan masuk angin teruk. 
 Ada tak yang ada pengalaman sama macam aku? Ataupun aku sorang sahaja yang macamni?

Sunday, February 19, 2017

BERUBAH

Tips Untuk Berubah

Tak, ini bukan novel keluaran FIXI yang terbaru. Mampu pulak aku nak menulis sebuah novel kan. Tulis blog pun bahasa tunggang langgang, jalan cerita tak menarik, ending pula tergantung haha. Harini aku nak tulis pasal berubah atau perubahan. Berubah ni banyak maksud dia, either kau berubah dari yang baik kepada yang buruk atau dari yang buruk kepada yang baik. Terpulang kepada kau untuk mencorak perubahan diri kau sendiri. Aku percaya ramai diantara kita yang mahu berubah. Tetapi berapa ramai diantara kita yang mampu berubah dan juga terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukan? Bukan senang untuk kita laksanakan.

Aku juga seorang manusia, pendosa yang banyak cacat cela. Kalau nak tulis balik satu-satu dosa aku it'll be a long list to be written. Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang, selalu tertanya sampai bila aku nak jadi macamni? sampai bila aku nak buat dosa macamni? Manusia, mana boleh lari daripada dosa. Setiap orang tu cara dia buat dosa lain-lain. Ada yang pakai tudung tapi mengumpat, jaja cerita sana sini. Ada yang tak pakai tudung tapi baik, jaga hubungan dengan masyarakat semua. Nampak tak perbezaan dia? Kita bukan tuhan. Tak layak pun nak judge dosa, pahala orang lain. Jangan rasa diri tu mulia sangat hanya kerana kau tak buat perkara yang dia buat. Tapi sedar tak kau juga buat dosa yang dia tak pernah buat? Kita ni nampak mulia sebab Allah tutup kita punya aib.

Manusia, suka ganti kerja tuhan. Kadang-kadang naik jelik juga tengok di media sosial. Duk mengata orang sana sini, tapi tak pernah cermin diri sendiri? Aku pun bukannya baik mana sangat pun. Tengah cuba nak perbaiki diri. Bila nak berubah tu, banyak sangat halangan yang kau kena lalui.

Jangan Mengejek Orang Lain

Ini antara sebab kenapa orang susah nak berubah. Sebab manusia suka sangat menghukum. Nak berubah ni bukannya kau boleh buka dan pejam mata macam tu and you're a new person. Tak, it doesn't work like that. Orang yang nak berubah ni dia perlukan banyak sokongan orang sekeliling. Kalau orang sekeliling dia pun duk mengata dia and perli dia setiap hari, kau rasa boleh atau tidak untuk dia berubah 100%?. Boleh, tapi kalau dia punyai semangat yang kuat. Kalau dia istqimah dan memang berazam untuk berubah.

Sesungguhnya kita ni hanya musafir di dunia ni. Bukannya kita selama-lamanya duduk dekat dunia. Apa salahnya menyokong antara satu sama lain. Kalau dia terlajak sikit buat benda tak elok, tegur sahaja dalam cara yang baik bukannya dengan cara perli sana sini. Kita ni tak tahu pengakhiran kita macam mana. Mana boleh kita nak tentukan syurga neraka hidup orang lain sedangkan kita sendiri pun tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana kan?. Saling ingat mengingati antara satu sama lain tu kan lagi bagus.


Sekadar muhasabah diri. Betulkan jika salah.

Saturday, February 18, 2017

RUTIN HARIAN SEORANG PENGANGGUR

Assalamualaikum and Hi! 
(sebenarnya rutin harian seorang Syed hahaha k)

Penganggur ni sebenarnya ada dua jenis. Satu jenis tu yang ada life dan satu jenis lagi dia menganggur dan takda life haha. Aku sifatkan penganggur macam aku ni sebagai jenis yang takda life lah. Kenapa? sebab memang takda benda yang menarik pun yang berlaku tiap hari sepanjang aku menganggur ni. Hampir tiap hari ulang alik buat benda yang sama. Lainlah kalau kau menganggur tapi kau juga boleh pergi lepak cafe hipster beli itu ini semua. Itulah contoh penganggur yang ada life, ada yang siap boleh travel lagi hahaha. Tak, aku bukan macamtu sebab mak aku bukan kerja cop duit pun dan bukan juga dari keluarga orang yang "ada-ada". Tapi, Alhamdulillah bersyukur walaupun tak kaya, cukup makan dan pakai. 

Mak aku seorang peniaga. Dulu ada buka warung jual makanan pagi dekat kawasan perumahan tempat aku ni. Tapi since sekarang ni makin ramai yang berniaga di segala pelusuk dan juga mak aku pun dah tak larat, mak aku stop jual dekat warung. Mak aku cuma hantar nasi-nasi berlauk dekat warung-warung orang pula. Lagipun barang dah naik dan mahal sekarang, kalau nak bayar kos sewa tapak lagi dengan untungnya yang sikit tak berbaloi untuk mak aku berniaga sendiri. Alhamdulillah, Allah bagi mak aku rezeki cara lain untuk cari duit sementara nak tunggu anak-anak semua ada pekerjaan tetap. Aku kesian tengok mak aku buat kerja bertungkus lumus cari duit ni and kalau boleh aku nak mak aku berhenti once aku dah posting ke sekolah nanti (tetiba emosi part ni). 
PAGI
Bungkus Ayam Masak Merah

Waktu pagi aku akan bangun untuk tolong bungkus lauk-pauk untuk dihantar ke warung orang. Mak aku hantar nasi-nasi ni dekat dua warung. So basically tiap-tiap hari memang akan hantar dekat 100 bungkus nasi juga. Kecuali hari Sabtu dan Ahad, satu warung sahaja sebab lagi satu warung tu dia cuti. Antara menu yang mak aku masak tiap hari ialah Ayam Masak Merah, Ayam Kari, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Kicap, Nasi Minyak. Kadang-kadang mak aku tukar-tukar juga menu tu sebab tak nak kasi orang bosan. Tugas aku pagi-pagi ialah tolong packing lauk-lauk ni, lepastu nanti masuk dalam polisterin. Lepas dah masuk dalam tu, kena tulis pula dengan marker supaya senang customer nak pilih nasi kan.

Aku ingat nak buat sticker senang sikit nak tampal dekat atas polisterin tu. Tapi since nak buat sticker pun cost a lot of money better tulis sahaja pakai marker pen. Mudah sikit. Kalau ikut marketing strategy memang bagus buat sticker kan, sebab kalau orang nak order ke apa senang boleh refer dekat label makanan tu sahaja. Tapi takpalah, Alhamdulillah setakat ni habis juga jualan. Cuma kadang-kadang biasalah tak habis sikit. Berniaga ni ada naik ada turun, serius bila part tak habis banyak tu kau akan rasa down. Cuma percaya sahaja rezeki tu Allah yang bagi.

Hantar Makanan

Bila dah habis bungkus semua nasi, get ready untuk hantar dekat warung. Ni gambar harini punya. Disebabkan harini hari sabtu, mak aku tak banyak sangat hantar nasi sebab orang cuti kan harini. Nanti hantar banyak tak habis pula. Kalau hari orang bekerja tu biasanya lebih sikit sebab budak-budak balik sekolah and parents balik kerja dia singgah beli nasi dulu. Lagi satu, harini hantar dekat satu warung sahaja so banyak ni jelah. Lepas dah hantar semua nasi-nasi ni dekat warung, aku pun balik rumah dan buat kerja lain.
TENGAH HARI
Laptop ASUS Cantik

Waktu tengah hari ni waktu aku menghadap blog ataupun apa-apa sahaja yang aku nak buat hahaha. Sebab waktu ni memang free. Sebelum aku ada blog ni aku asyik tweet 24 jam. Lepastu aku dapat rasa macam annoyingnya kalau asyik muka aku keluar dekat timeline diorang semua 24 jam. Ingat twitter tu 7E ke!? so, aku pun dapat idea buat blog. Since then, aku dah tak layan sangat dah twitter. Cuma kadang-kadang bila rasa nak tweet, baru aku tweet. Aku dah mula leka sikit dengan dunia blog ni at least terisi masa aku dengan aktiviti yang berfaedah. Daripada aku pergi merempit ke mana kan? Baik aku duduk depan laptop! hahaha tengok belakang tu kain baju pun tak reti nak lipat lagi.
PETANG
Membeli-belah di Pasaraya BS

Petang pula, macam biasa aku akan teman mak aku pergi beli barang-barang untuk niaga esok hari pula. Banyak juga la yang dibeli macam Ayam, Timun, Santan, Beras dan sebagainya (nak listkan satu satu sampai esok pun tak habis). Kedai ni takda jauh sangat dengan rumah aku dalam 10 minit macamtu ja sampailah. Barang dia murah sikit dekat sini, ramai peniaga yang beli barang dekat kedai ni termasuklah mak aku. Cuma baru-baru ni ayam dia RM8 sekilo mahal nak mampus so kena cari kedai lain.

Berbelanja di Tunas Manja

Kalau kedai BS tu mahal sikit dia punya ayam, pasaraya Tunas Manja ni pula jadi mangsa. Kalau dekat kedai tadi dia punya ayam RM8 sekilo. Tapi dekat Tunas Manja ni baru 7.80. Walaupun beza dia sikit sahaja, tapi bila kau beli banyak-banyak terasa juga dia punya kesan tu. Banyak juga lari sebenarnya. Tapi aku pergi kedai tu semalam, harga ayam dah jadi RM7.60 dah dekat kedai biasa tu. Agaknya dia tahu pelanggan dia ramai beli dekat Tunas Manja, so dia turunkan harga balik. hehehe nampak tak permainan harga di antara mereka?

Dairy Section in Supermarket
My favorite spot kalau pergi pasaraya! setakat ni hanya mampu jeling jeling je sebab takda duit nak beli! hahaha
Waktu malam pula memang aku kembali menghadap laptop tak buat apa. Benda ni sahaja yang aku akan hadap tiap hari. Benda yang paling produktif aku buat sepanjang aku menganggur ni ialah pergi pasaraya sebab tu sahaja the only time aku keluar dari bilik. Takpelah yang penting dapat tolong mak sikit-sikit dan gunakan masa yang ada ni untuk bersama dengan keluarga. Nanti dah kerja semua dah jauh dah dengan mak huaaa. Bosan kan hidup seorang Syed? sobs.

Friday, February 17, 2017

KENAPA BERAT UNTUK KITA KATAKAN "TIDAK"?

Kenapa Sukar untuk Katakan "TIDAK"

Aku merupakan salah seorang daripada seribu manusia yang susah untuk katakan "tidak". Aku tak tahu kenapa susah sangat nak cakap tak nak atau tak boleh dekat orang. Nak pula bila orang lain minta bantuan kita untuk tolong mereka. Kalau nak tolong karang, kita ada kerja lain juga dan kalau tak nak tolong pula nanti apa pula yang dikata. Most of the time I have this difficulty whether to say yes or no. Nampak mudah, tapi bagi sesetengah orang yang agak indecisive memang sangat susah nak decide. Aku rasa aku ni baik sangat kot, kalau boleh nak tolong semua orang hahaha (okay perasan). Itu pasal bila tak dapat tolong orang rasa macam bersalah sangat. Sebenarnya apa punca dan sebab kenapa kita susah sangat nak cakap "tidak" atau "no" bila orang minta tolong kita ni?

Pada pandangan aku sendiri, ada beberapa sebab kenapa susah nak cakap tidak dekat orang ni. Berikut merupakan sebab-sebab yang aku rasa relevan sekali bagi aku;
TIDAK MAHU MENGECEWAKAN ORANG
Salah satu sebab kenapa susah untuk kita katakan tidak dekat orang ni ialah sebab kita tak nak kecewakan orang. Aku sendiri tak suka bila orang cakap tidak atau tak nak bila aku ajak diorang semua pergi mana-mana. Bila aku sendiri tak suka benda tu, aku cuba sehabis baik untuk tidak berbuat perkara yang sama dekat orang lain. Memang kadang tu kita sendiri ada banyak kerja lain yang perlu disettlekan, tapi disebabkan taknak kecewakan orang lain dan juga atas dasar kesian, kita tolong juga dia. Bagus sebenarnya kita tolong orang lain ni, tetapi kalau sampai kita stress and kerja kita sendiri terganggu hanya kerana niat "menolong" orang lain tu, agak-agaknya bagus tak? Disebabkan aku selalu tak nak mengecewakan orang lain, aku selalu bersetuju untuk menolong. Depends pada benda yang diminta dan juga waktu haha. Tapi most of the time memang aku struggle sangat nak cakap "NO".  
TIDAK MAHU ADA KONFLIK
Dalam dunia ni siapa sahaja yang suka konflik? Serius tiada manusia di dunia ni yang mahu hidup dipenuhi konflik. Kita ni hidup dalam satu komuniti. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Orang yang kita kenal pun berlainan perangainya. That's the color of life: to deal with different type of people.  Salah satu sebab kenapa aku susah sangat nak cakap tidak kepada orang ialah sebab tak nak ada konflik. Aku tak suka kalau orang cakap belakang (memang  orang akan cakap belakang pun no matter what) tapi tak best la kalau sebab kita tak tolong dia atau tolak pelawaan dia, hubungan dengan dia jadi renggang. 

Kita sejak dari kecil lagi memang dah diajar untuk hormat orang yang lebih tua kan? Even di universiti atau sekolah pun kena respect dekat seniors. Berani tak kita nak kata "tidak" bila kita disuruh oleh senior untuk buat itu ini? Lagipun as a new comer, memang kita kena blendkan diri kita dengan orang-orang sekeliling kita. Maka, atas dasar hormat dan sebagai junior, kita pun takda pilihan lain untuk mengatakan tidak. Sebabnya kita tak nak bila kita tolak sesuatu tu, akan ada konflik lain pula yang tiba dikemudian hari. Ini bukan hal buli, buli tu lain cerita dia. 

Lagi satu, dalam psychology pun ada menyatakan bahawa manusia ni dia ada keperluan-keperluan yang perlu dia penuhi (Maslow's theory: hierarchy of needs). Salah satunya adalah untuk rasa "sense of belonging". Kadang-kadang kita tak nak tolong pun orang tu, tapi sebab nak rasa macam kita belong to the community, takpalah kita pun tolong dia (okay aku tak macam ni haha). Ni biasanya banyak berlaku dekat budak-budak sekolah. Budak sekolah kan banyak berpuak-puak, so untuk memenuhi syarat kerakyatan group tersebut, kau terpaksa juga buat benda tu even kau tak nak. Kalau tak nanti siapa nak kawan dengan kau, tak nak lah rasa loser takda kawan betul tak?
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN
Sejujurnya aku pun masih tak tahu macam mana nak mengatakan tidak in most polite way yang boleh orang terima. Tapi aku cadangkan salah satunya ialah bagi backup plan dekat dia. Contohnya kalau someone minta kita tolong hantarkan dia pergi KL sentral tapi pada masa yang sama, kita ada kelas. So, mungkin kita boleh minta maaf dekat dia cakap tak boleh hantarkan dia dan bagi nombor teksi atau call kan Uber untuk dia. At least walaupun kita tak dapat membantu dia, ada alternative lain yang boleh kita bagi. Takdalah kita rasa bersalah sangat sebab tak dapat bantu dia. 

Ikhlaskan diri. Sebaiknya, kalau kita memang tak boleh nak katakan tidak kepada orang lain, kita ikhlaskan diri kita dalam membantu dia. Memang susah nak ikhlaskan diri terutamanya bila kita tolong orang, tapi takda pun orang ucap "terima kasih" dekat kita. Kadang-kadang tak mengharapkan balasan apa-apa pun, cuma kalau orang cakap terima kasih ke apa at least rasa dihargai lah sikit. Walaubagaimanapun, aku percaya kalau kita ikhlas tolong orang dan mudahkan urusan orang lain, InshaAllah urusan kita Allah akan permudahkan
KESIMPULAN
Kita kena ada pendirian yang tetap. Kalau memang betul-betul kita sibuk dan tak dapat tolong, cakap terus maaf. Jangan bagi alasan macam "tengoklah dulu, boleh kot". Jangan. Kalau kau cakap macamtu dekat orang, seolah-olah kau menunjukkan yang kau boleh consider permintaan dia dan kau dah bagi harapan dekat dia. Macam bercinta jugalah. Kalau tak nak, terus cakap tak nak. jangan main tarik tali. Kesian dekat pihak yang menaruh harapan. Sekian saja untuk kali ini, terima kasih :)

Thursday, February 16, 2017

BLOG SEORANG SYED MENJADI SUMBER INSPIRASI

Best blog of 2017

Before you start reading the whole post let me remind you that this post is kinda "masuk bakal angkat sendiri". You can obviously tell from the title itself hahaha. 

Aku dah lama tak tulis entry merepek dekat blog ni. So, since aku rasa dah lama tak merepek, harini rasa macam tergerak hati nak melampiaskan segala kemerepekan ini di dalam blog ku yang tercinta ini. Betul ke blog seorang Syed ni menjadi sumber inspirasi? Menurut kamus dewan edisi keempat, inspirasi bermaksud ilham ataupun bisikan hati. Jadi ada kaitan tak sebenarnya blog aku ni dengan sumber inspirasi? 
Header Untuk Blog

Cerita dia macamni, last few days macamtu ada yang message aku dekat facebook bertanyakan tentang template. Katanya nak minta tolong designkan untuk blog dia. Aku dengan berat hatinya terpaksa menolak sebab aku sendiri pun pening nak menghadap HTML code ni. Aku pun tak teringat dah macam mana boleh terhasilnya template yang aku guna sekarang ni. Tapi yang penting hasil aku bertapa 3 hari 3 malam kot dekat depan laptop baru boleh dapat rupa yang macamni. Kalau sehari sahaja memang tak jadi apa. Aku teringin juga nak cuba designkan tetapi malangnya aku tahu kebolehan aku setakat mana. Limited gila kalau bab-bab design blog ni. Aku boleh terus gila agaknya kalau menghadap code tu lama-lama. Lalu adik ni pun terima dengan rela hati.

Lepastu, aku terharu bila terbaca satu post dekat blog Sis Hawa

Beautiful Templates for Bloggers

Mula-mula aku saja lah blogwalking dekat blog sis hawa ni. tapi secara tidak sengaja ternampak macam ada nampak aku punya blog dekat situ! lalu, tangan aku pun laju je menekan entry tersebut. Punya lah terharu tak tahu nak cakap apa weh. Tak sangka ada juga orang suka dengan blog seorang Syed ni. Aku rasa ni design yang paling mudah dan plain yang pernah orang buat haha. 

Blog yang cantik


Memang kembang kempis lah hidung aku time tu nasib baik tak masuk lalat.

Aku memang mudah terharu kalau benda macamni. Even benda ni nampak biasa sahaja bagi sesetengah orang, tapi bagi aku it's a big appreciation. Bukan senang orang nak puji kita ni. Sekali orang puji tu, kita kena cerita dekat 1000 keturunan kita! (hahaha okay over lagi syed ni). Sebenarnya nak cakap yang aku sebenarnya bersyukur sebab finally adik Faiq Najmi jumpa orang yang betul untuk designkan blog dia. Thanks sis Hawa merealisasikan impian adik Faiq hehe.

Blog yang cantik dan menarik
Click gambar untuk meninjau blog adik Faiq ni
Cantik kan hasil tangan Sis Hawa ni? Kalau korang semua berkenan nak pakaikan baju baru dekat blog korang, boleh terus contact sis Hawa sendiri okay? 

Motivational Blog
Selepas tu owner blog thekaellaaaa.blogspot.com pun ada mention dekat twitter katanya blog seorang Syed memberi motivasi. Kalau betul Alhamdulillah hehehe.

Bukan nak berbangga ke apa tapi seriously aku terharu bila dapat kata-kata macamni. Seolah-olah kau rasa dihargai. Aku selalu ada perasaan "betul ke apa aku tulis ni?" "orang faham ke apa aku tulis ni?" "berminat ke orang nak baca entry aku?". Soalan-soalan ni sangat bermain dikepala otak aku setiap kali aku tengah tulis entry. It feels great to know that people read your blog. Reading all the comments and feedback sometimes would make me on cloud nine. 

Kadang-kadang kita tak pernah tahu apa sahaja yang kita buat, apa sahaja yang kita cakap semuanya meninggalkan kesan dekat orang. Even benda tu kadang-kadang kecil je bagi kita, tapi kita tak pernah tahu bagi orang lain macam mana. Sebab tu kita kena sentiasa jaga apa yang kita cakap, apa yang kita buat. Seboleh-bolehnya jangan sampai menyakiti hati orang lain. Tapi aku sedar, banyak perkara yang aku perlu improve dalam blog ni. Dari segi entry, penulisan dan sebagainya. Dengan adanya post macam ni bukannya bermaksud aku dah rasa selesa dah. No, bukan macamtu. Lebih kepada nak meluahkan apa yang aku rasa. Jangan salah tafsir ya?. Terima kasih kerana sudi membaca catatan ini :)
Kalau anda ada simptom-simptom seperti muntah hijau, demam panas secara tiba-tiba setelah membaca entry ni, penulis blog tidak akan bertanggungjawab. Sebarang kecederaan serius adalah di bawah tanggungan anda sendiri hahaha!