Thursday, May 24, 2018

RAMADHAN LAUNCHING | CERIAKAN ANAK-ANAK KURANG BERNASIB BAIK - ANCASA ROYALE, PEKAN


Assalamualaikum and Hello!

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, tanggal 19 Mei 2018 (Ramadhan ke-3) Seorang Syed telah dijemput untuk menghadiri Ramadhan Launching berserta majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana. Majlis berlangsung dengan suasana yang penuh meriah serta keinsafan pada hari tersebut. I'm glad to be invited as one of the bloggers for the event.

Majlis yang telah diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan, Pahang bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan serta penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Di samping itu, ia juga salah satu cara untuk mereka mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding baju memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong mereka sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan ASET UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan Ancasa Hotels telah menyampaikan sumbangan berbentuk duit dan baju raya kepada 50 orang anak yatim. Pada masa yang sama, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan Ramadhan.

Anak-anak SK. Sri Maulana menerima sumbangan daripada Ancasa Royale, Pekan

Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan yang lain kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mengeratkan kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat", ujar beliau


Usai sahaja azan Maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampong Boy" yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. 
PENCUCI MULUT
KERABU, TAHU SUMBAT, BERGEDIL
KAMBING BAKAR
IKAN MASIN, PAPADOM DAN BERANEKA JENIS KEROPOK
 BUAH-BUAHAN
LAUK-PAUK
 MURTABAK, ROTI CANAI & MEE GORENG PANAS
 SHELLOUT
 SATAY AYAM DAN DAGING

Berikut merupakan beberapa juadah yang mampu aku sajikan buat tatapan mata anda semua haha. Sorry, if I'm not mistaken banyak lagi gambar-gambar makanan yang takda dekat sini. Antaranya ialah ikan patin masak tempoyak, daging opor, pita, segala jenis air dan beberapa juadah yang lain. Aku tak sempat nak ambil semua gambar sebab aku bila jumpa makanan ni dah tak ingat nak tangkap gambar dah. Tak sabar nak makan ja sebenarnya! hahaha. 

Antara juadah yang memang favourite aku waktu berbuka puasa haritu ialah kambing bakar (of course) dan Shell out! Shell out dia sedap gila Ya Allah. Aku sampai tambah berkali-kali. Seafood yang dia guna tu memang fresh. Udang, ketam semua rasa manis. Aku menulis ni pun masih lagi terbayang-bayang kesedapan makanan laut tu. Haaaa, bayangkanlah. Memang tak rugi lah kalau korang semua berbuka dekat sini.


Disebabkan dress code haritu katanya tradisional atau formal, aku pun gigih la pakai baju melayu berserta dengan samping dah macam YB dah tu. Lepastu boleh la feeling-feeling model dekat depan lobby hotel tu. Kemudahan dan dekorasi dekat hotel ni memang menarik. Kalau korang semua berbuka dekat sini, memang berbaloi dengan duit yang kau bayar. Sebarang tawaran untuk menjadi model sila email saya di syedhakimalyahya@gmail.com. HAHA.


Kepada yang berminat untuk merasai masakan persis air tangan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, hubungi;

09-4246600
atau layari

Monday, May 21, 2018

NOWHERE HOSTEL BANGSAR | I MADE A NEW FRIEND


Assalamualaikum dan Hi!

Untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi tentang pengalaman aku tidur dekat hostel (acah-acah backpacker camtu) di Bangsar. Aku ni memang tak pernah tidur tempat macamni. Biasanya gigih juga cari hotel yang affordable tapi memandangkan waktu ni aku nak ke Sabah, so aku fikir memang tak berbaloi kalau nak habiskan banyak sangat duit untuk hotel. Aku pun decide untuk browse mana-mana hostel yang murah area KL menggunakan booking.com. Tiba-tiba, "pooooffff!" keluar suggestion nama "Nowhere Hostel".

Aku tengok location hostel ni macam farmiliar! It's in Bangsar guys. Memang tengah-tengah Bangsar tu tapi aku takda idea dekat mana hostelnya. Disebabkan aku dulu memang study area tu, tapi tak pernah pula aku dengar nama hostel ni. Waktu tu harga yang ditawarkan ialah RM25. Memang murah tahap tak tahu nak cakap apa ni.Then, I booked the date (yang bestnya tak payah upfront payment ke apa). Sampai dekat Bangsar, aku pun melilau mencari hostelnya dekat mana.


Kalau korang semua tahu Klinik Mediviron Bangsar, Hostel ni memang betul-betul tepi klinik tu. Then kau akan nampak la pintu masuk dia dekat sini. Kau kena tekan butang tu nanti orang dekat atas tu bagi keizinan untuk kau masuk, baru boleh masuk haha. Aku tengok dia punya hostel mula-mula macam fishy wei. Dah la nama nowhere lepastu tengok pula tempat macamni. Waktu tu aku rasa macam nak cari hotel lain sebab macam tak percaya pula ada hostel tempat ni (punyalah takut scam ke apa kan). The moment I stepped into the hostel kan, I was shocked sebab ramai gila foreigners lepak dekat lounge hostel tu weh! 


Gambar dekat atas ni merupakan owner kepada Nowhere Hostel yang aku duduk ni. Aku disambut oleh dia la mula-mula. Rasa awkward sebab he and his "friends" macam ramai-ramai duduk dekat depan tu. Aku tak sangka sebenarnya dia ni owner hostel ni, sampailah aku tahu bahawa dia buka hostel ni dengan isteri dia. They manage the hostel together and wife dia orang Malaysia. She's very nice and friendly, Kak ida namanya hehe.


Bagi aku hostel ni best la dengan harga yang ditawarkan iaitu RM25 memang berbaloi. Aku paling suka dia punya katil sebab lembut dia lain macam. Bila kau baring atau lepak-lepak atas katil tu dah rasa macam tak nak angkat bontot dah. Aircond pula memang sejuk dan puas hati. Tandas dekat sini shared la yang pasti. Tapi tak jadi masalah la kalau kau cuma perlukan tandas untuk salin pakaian dan mandi. Kalau bawa family apa semua mungkin tak berapa sesuai tapi kalau kau sorang-sorang memang terbaik. Dalam toilet pula dah disediakan shower gel, shampoo apa benda semua tu. So, korang akan keluar daripada toilet dengan keadaan yang wangi don't worry.

Lepastu dia punya dapur pun best weh! ada peti, microwave semua. Makanan untuk breakfast juga PERCUMA. Okay lah kau dapat makan Coco Crunch semua percuma. Kalau kau nak letak barang kau dalam peti pun boleh (tapi kena label nama kau lah nanti habis kena makan dengan orang lain padan muka kau). Memang bagi aku satu malam yang berbaloi la dekat hostel ni. Aku puas hati teruk weh. Dengan keadaan bilik yang baru lagilah bertambah selesa. For your information, hostel ni baru beroperasi dalam masa 2 bulan macamtu. So kebanyakan barang-barang dalam tu memang masih lagi dalam keadaan yang sangat baik.
I MADE A NEW FRIEND
 (Ampunnnn muka aku hodoh sangat rambut pendek macamni you gais buat-buat tak nampak k?)

Masa aku duduk hostel ni haritu, aku sebilik dengan orang Netherlands, Taiwan dan Japan. Aku pun apa lagi pum pang pum pang la membawang dalam English. Seriously rasa seronok gila sebab dah lama tak jumpa orang luar since duduk dekat Gunung Senyum ni kan, bila dapat jumpa foreigners and sembang dengan depa rasa Ya Allah finally aku ada kawan. Tapi orang Taiwan yang sebilik dengan aku tu dia macam snobbish sikit. Dia kata Malaysia tak best semua tapi datang juga melancong dekat sini. I cannot brain. This guy from Japan memang baik dan sopan santun kalah perempuan melayu terakhir (aku exaggerate ja ni).

To be honest kan, aku ni bukannya senang sangat approach strangers and I am glad la bila aku approach and sembang dengan dia ni, dia layan elok ja and tunjukkan minat untuk bersembang dengan lebih lanjut. Tak silap aku, waktu malam  tu pukul 2 pagi macamtu baru kitorang semua tutup lampu and tidur sebab banyak sangat benda yang nak dibualkan. Mula-mula aku macam clueless juga tak tahu nak sembang apa dengan dia. Aku ni dah la tak minat sangat anime ke apa. Thank god la aku tahu juga culture and baju-baju diorang semua so itulah aku buat modal nak berborak. Kalau masuk anime tu aku boleh sembang pasal Doraemon dengan Shin Chan jelah. Dia tak expect yang dua kartun tu memang famous dekat Malaysia ni.


Lepastu keesokan harinya, dia hantar aku ke KL Sentral sebab aku nak pergi ke KLIA2. Before that we had lunch together lah. I asked him what he wanted to eat for lunch and he said "I want to eat halal food". Haha aku pun bawalah dia makan Ayam Penyet sebab benda tu nampak lah macam Malaysian food sikit. Aku order ayam penyet tapi dia order Keli Penyet. He's so excited to eat that catfish sebab dia kata dekat sana ikan keli mana ada orang makan. Orang Jepun diorang pelihara ikan keli. Alhamdulillah lah he liked it a lot.


Lepas dah kenyang melantak ayam penyet, kami pun pergi ke Sangkaya pula untuk makan aiskrim kelapa. Aiskrim ni pun dia cakap sedap cuma dia pelik sebab aku makan aiskrim tu letak topping jagung. Dia cakap macam pelik and tak masuk. Lepastu waktu tu dah pukul 2 petang. Bas aku pukul 2.30, dia dah risau takut aku terlepas bas. Nampaklah budaya ketepatan masa orang Jepun ni. Memang respect la cuma biasalah kita orang Malaysia ni rilek rilek jelah kan hahaha.

Aku sangat respect dengan dia sebab dia sanggup berhenti kerja setelah kerja selama 5 tahun untuk pergi travel around the world. Dia pergi mana-mana sorang weh! macam cool gila. Masa dia hantar aku pergi KL Sentral ni, esoknya dia akan ke Sri Lanka. Lepas ke Sri Lanka dia akan pergi ke South Africa. Cool gila, saving 5 tahun boleh keliling dunia. Aku dah kerja setahun duit saving nak beli baju raya boleh la hahaha.

And yeah! dia ajak aku pergi Japan weh. Aku memang teringin nak pergi travel oversea ni. Since dia dah pelawa ni maybe aku kena fikirkan dulu tawaran dia. It's quite interesting yknow since he got the experience and he can bring me around the town. Aku ni bukan yakin sangat kalau nak pergi sorang-sorang ni haha tapi it's a good start la kalau aku pergi Japan ni. Tunggulah aku kumpul duit dulu, cuma tahun ni mungkin I couldn't make it kot sebab macam tak mampu nak simpan duit dalam jangka masa yang pendek ni haha.

Okaylah aku rasa cukup sampai di sini sahaja cerita Seorang Syed kali ini. Entry ni sebenarnya dah tulis beberapa bulan tapi baru bulan 5 berjaya nak post! 

Tuesday, February 13, 2018

SEORANGSYED DOT COM TURNS ONE!

Assalamualaikum and hello everyone!

Yes! Akhirnya aku berjaya jugaklah melawan segala perasaan malas nak arwah untuk menulis beberapa coretan dekat blog buruk aku ni. Selepas beberapa ketika aku berfikir untuk mengetuk papan kekunci aku, so here I am. Pejam celik dah masuk setahun sebenarnya aku buka blog ni. I started this blog on the 1st February 2017. Sekarang dah 13 February rupanya haha (pura-pura tak tahu padahal from the very first day of February dah kalut nak update blog tapi still hangat-hangat tahi unta). Actually aku pun tak tahu nak tulis apa dekat post kali ni. Mungkin aku just akan buat beberapa throwback yang bermakna sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ni sejak February tahun lalu. So kalau kau rasa penting untuk hidup kau, bacalah. Kalau kau rasa it's just a big waste of time, pergi baca buku (kalau kau student) or pergi tanda buku budak-budak! (kalau kau cikgu lah) haha.

REASONS WHY I'M BLOGGING

#1 Mengisi masa lapang

Aku rasa dulu lagi aku dah pernah mention bahawa aku berblog ni hanya sekadar untuk mengisi masa lapang. Waktu aku buka blog ni tahun lepas, aku mana ada kerja lagi, waktu tu pishang gila beb nak tunggu posting. Duduk rumah macam takda kerja dan hala tuju. So dengan adanya blog ni at least terisi sedikit masa lapang aku dengan perkara-perkara yang berfaedah (at least for me). THIS IS THE MAIN REASON WHY I STARTED THIS BLOG.

#2 Berkongsi cerita

Kedua, blog ni juga aku gunakan untuk berkongsi cerita-cerita merepek aku. Kalau kau perasan, banyak cerita-cerita dalam blog aku ni semua berkaitan dengan hidup aku. Even though kadang-kadang aku share tips ke apa, mesti tips tu bersangkut paut dengan kehidupan aku. Aku rasa bercerita tentang diri sendiri lagi mudah (bukan narcissist okay). 

Aku rasa kedua-dua sebab ni sahaja dah cukup membuatkan aku sangat "aktif" berblog sebelum aku ditempatkan disekolah tahun lepas. Lepas sahaja aku masuk sekolah, semuanya terkubur. Blog dibiarkan bersarang, dashboard dibiarkan sepi tanpa kata-kata, comments diabaikan tanpa sebarang balasan (melainkan kalau aku rajin nak reply haha). AKU TAK TAHU AKU NI TAK BOLEH MULTITASKING KE APA, TAPI SERIOUS BILA DAH KERJA TERUS RASA MALAS NAK MENAIP. I actually have so many things to share but the thing is MALASNYA NAK TULIS. Laptop aku sekadar digunakan untuk menaip lesson plan. Tak bernafsu dah nak tengok movie ke apa (I'm that workaholic huh?). 

VISITORS IN A WEEK


Here are some things that I'm grateful for. Walaupun aku tak update blog aku setelah berkurun lama, but still traffic blog aku dalam keadaan yang memuaskan la untuk aku (mungkin salah satu sebab kenapa aku tak update blog kot?). Setiap hari 250 ke atas unique visitors yang singgah blog aku walaupun aku tak tahu apa yang diorang baca but hey thanks for reading my crappy stories here. Pageviews pula setiap hari memang atas daripada 1000. Alhamdulillah, I don't even know how I could do that. Sebelum ni aku pernah ada blog lain juga, tapi kalau tak update memang takda traffic la jawabnya but this time it's different. Aku tak tahu la blog aku mesra google ke apa. Most of the traffics are coming from Google. 

ALEXA RANK

Surprisingly, blog aku punya ranking dalam Alexa pun kira not bad la. Yelah, dah la tak update lepastu takkan kau nak expect ranking tinggi pula dekat Alexa. Dapat banyak ni pun dah cukup bersyukur. Aku bukannya nak bertanding sebagai calon blogger paling popular haha. Cukuplah blog aku hanya dikenali oleh rakan-rakan blogger yang lain (which I bet no one remembers me already). 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tahun ni aku nak cuba buat yang terbaik untuk update beberapa entry dalam masa sebulan haha. Tapi tak janji la sebab aku ni selalunya awal-awal sahaja yang semangat. Bila tiba waktu nak update tu, selalunya ada ja alasan aku (aku tulis panjang-panjang ni actually ada yang baca ke tak?). Okay aku rasa cukup sampai di sini sahaja sebab lagipun esok sekolah. Aku dah sepatutnya tidur ni sebab dah pukul satu pagi kot. Thanks for reading guys dan terima kasih juga yang comment entry-entry lama walaupun Seorang Syed takda update apa-apa entry selama beberapa bulan. I will hit you back soon (again, if I have the time). Till we meet again.