Thursday, September 20, 2018

RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON (CAMERON'S BEST STEAMBOAT AND GRILL RESTAURANT)


Assalamualaikum and hi everyone!

Alhamdulillah pada cuti hari Malaysia yang lalu, aku berkesempatan untuk makan angin. Actually benda ni unplanned. Dah la budak sibuk nak UPSR aku pulak boleh pergi bercuti haha (tapi serious weh, kalau korang seorang cikgu, korang pergi bercuti pun wajib akan fikirkan tentang budak-budak). Trip kali ini aku berkunjung ke Cameron Highlands guys! Dah lama nak pergi Cameron Highlands tapi bila fikirkan dia punya jem tu, selalunya akan terbantut hasrat murni aku. Tapi this time around, aku gagahkan juga diri aku untuk pergi bercuti selama 2 hari 1 malam. Kalau korang dari Pahang, aku suggestkan korang untuk ikut jalan Sungai Koyan dan bergerak awal pagi. Trafik sangat lancar dan tak banyak kereta. 

Aku ni kalau pergi jalan, mesti cari tempat makan yang menarik. Yelah, makanan dengan aku mana boleh dipisahkan (patutlah gemuk huhu). So, untuk percutian kali ini aku tertarik untuk mencuba makanan di Restoran Taman Apple Cameron. Kebetulan pula aku punya hotel berdekatan dengan restoran ni, maka lagi senang lah aku memulakan "Misi Menternak Lemak di Cameron". Kalau korang nak tahu, restoran ni dulu dikenali sebagai Taman Abang dan lokasinya memang terletak di tengah-tengah pekan Tanah Rata. Pada pendapat aku, restoran ni antara yang terkenal la dekat sini sebab waktu aku pergi pun memang pagi-pagi dah penuh orang

Entry kali ini aku akan berkongsi sebab-sebab kenapa korang kena terjah restoran ni. Seriously, aku dah pergi dan aku boleh kata yang aku tak menyesal langsung makan dekat sini. Worth every penny you spend. Kalau nak tahu apa yang menarik tentang restoran ni, boleh teruskan membaca! (hehe)
KENAPA KORANG KENA BERKUNJUNG KE RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON?

 1) LANDSKAP RESTORAN YANG MENARIK

Antara perkara yang aku paling suka dekat Restoran TAC ni ialah dia punya landskap. Mula-mula korang datang, korang akan nampak banner besar gedabak tu (memang dari jauh dah boleh cam). Banner pun cantik dan nampak menyelerakan! Lepastu, dekat entrance restoran tu pun dah cukup buat aku terpukau dengan bunga-bunga yang cantik dan segar. Oh ya, restoran ini juga mesra wheelchair sebab memang ada laluan for those yang memerlukan. Di luar pintu masuk restoran pula memang ada spot yang sangat menarik sesuai untuk bergambar seisi keluarga dekat situ (sebab pihak restoran ada menyediakan bench dan hiasan bunga yang sangat menarik)


Mak aku ni sebenarnya penggemar bunga. Dia excited sangat masuk restoran ni nampak pokok-pokok dan bunga-bunga yang segar bugar. Dekat luar restoran tu juga korang akan nampak pokok tomato yang digantung. Sangat tersusun dan kemas.


Ini pula pemandangan bahagian dalam restoran. Seriously, aku suka gila mereka punya idea masukkan ciri-ciri moden dengan alam semulajadi. Biasanya payung-payung macamtu kita akan dapat tengok dekat cafe-cafe hipster sahaja kan? Tetapi di sini, dia punya arrangement payung dengan daun-daun menjalar dekat atas dan tepi tu sangat cantik. Tepi meja makan tu pula macam ada small garden dah aku tengok. Korang boleh nampak ada pokok kaktus (dan sebagainya sebab aku tak tahu nama pokok haha sorry). Selain itu, korang juga boleh pilih tempat duduk yang sesuai. Kalau korang nak makan bersila boleh duduk di bahagian atas yang disediakan. Sangat selesa dan santai!



2) MAKANAN YANG SEDAP DAN BERBALOI

Okay here comes my favourite part. Bila nak cerita pasal makanan ni of course it would be lengthy kan? So untuk elakkan karangan yang panjang berjela daripada aku (risau korang tak baca ja kalau panjang sangat kan?), I'll try my best to organize my points. Aku akan bahagikan ikut kategori makanan ok? for example; breakfast, lunch, dinner, and desserts
- BREAKFAST

Okay, antara juadah yang famous untuk sarapan pagi di Restoran Taman Apple Cameron ialah Nasi Lemak Serunding Strawberi dan juga Nasi Kukus Serunding Strawberi. Ayam berempah dia sangat sedap, rasa rempah-rempah dan lembut isinya. Waktu dia hidangkan dekat aku, makanan tu masih lagi panas. Sebenarnya, inilah kali pertama aku makan serunding strawberi. Mula-mula aku macam tak nak la order sebab macam pelik bila buah strawberi yang masam manis dijadikan serunding yang sepatutnya masin dan pedas. Tetapi sangkaan aku salah! Serunding strawberi dia sangat sedap. Gandingan rasa dia tu sedap pula bila kita makan dengan nasi lemak dan nasi kukus. Serious tak rugi aku cuba. KORANG KENA TRY SEBAB RESTORAN NI SAHAJA YANG ADA JUAL SERUNDING STRAWBERI NI! (Okay tak marah, saja ja hehe)

Harga bagi kedua-dua makanan ni sama sahaja. Cuma RM 8.90 untuk sepinggan. Bagi aku harga dia sangat reasonable sebab portion dia banyak lepastu ayam dia besar.


Untuk breakfast hari kedua di Cameron Highlands, aku masih stick lagi dengan Nasi Lemak Serunding Strawberi tapi mak aku nak cuba sesuatu yang lain. This time my mom order Soto Nasi Impit. Satu mangkuk ni harganya RM6.90. Kalau korang tengok gambar di atas, dah boleh bayangkan tak rasa dia? Tengoklah dia punya isi banyak mana dia letak. Kalau kacang tu memang banyak dia letak dalam soto tu. Since I'm not a big fan of nasi impit, I don't know what to comment about it. Tapi mak aku cakap "puas hati makan macamni kalau RM6.90 ja". Agaknya berbaloi dan sedaplah tu! 

Selain daripada juadah yang aku order ni, Restoran TAC juga ada menu lain untuk breakfast seperti Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Lemak Rendang Daging, Mee rebus, Laksa Johor, Bihun Soto dan Mee Soto. Mereka juga menyediakan pelbagai jenis Nasi Impit yang enak dimakan bersama serunding strawberi.
- LUNCH

Untuk lunch, menu pilihan dihati ialah Nasi Kambing Bakar dan Nasi Ayam bakar (mak). Untuk lunch korang ada pilihan nak order ala carte ataupun set. Kalau set sekali dengan air, harganya cuma RM18.90 untuk kambing bakar dan RM13.90 untuk ayam bakar. Pada pendapat aku, kambing dia memang sedap sebab daging dia lembut dan aku suka perapan dia. Memang rasa rempah ratus yang digunakan. Waktu tu dah la hujan, makan panas-panas memang sangat menyelerakan! Rasa nak tambah lagi hehehe.

Selain daripada 2 menu ni, ada banyak lagi menu lunch yang korang boleh order. Antaranya ialah Nasi Sotong Bakar, Nasi Ikan Keli bakar, Nasi Ikan Pari Bakar, Set Ikan Asam Pedas, Set Kari Kambing, Set Ikan Patin Pais dan Set Ikan Patin Masak Tempoyak. Set Nasi Beriyani juga ada guys! Kalau ikutkan nak try kesemuanya tapi apakan daya. Hari pertama aku dekat Cameron pun aku dah skip lunch sebab kenyang lagi waktu tu makan breakfast dekat Restoran TAC ni
- DINNER

Di Restoran Taman Apple Cameron, hidangan buffet steamboat dan grill akan dihidangkan kepada pelanggan pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam pada setiap hari. Pelbagai pilihan juadah yang menarik dihidangkan! Sebagai seorang penggemar makanan, aku memang tidak akan terlepas untuk merasai sendiri keenakan makanan yang disediakan. Rambang mata jugaklah aku nak pilih lauk mana satu untuk dimakan.


Ini antara pilihan steamboat. Macam-macam jenis bebola ada. Ada bebola daging, ayam, sayur, ketam dan sebagainya. Aku tak sempat lah nak rasa semua (yelah tangki takdalah besar mana. karang tak pasal-pasal ada yang tak lepas bangun sebab kekenyangan). Bebola dia sangat sedap masukkan dalam tomyam. Nak nangis rasa bila ingat balik rasa tomyam dia huaaaa. nak lagi!


Selain itu, korang juga boleh pilih sayur sebagai pelengkap kepada juadah steamboat korang. Banyak juga pilihan sayur yang ada. Antaranya ialah jagung, tomato ceri, salad, cendawan dan taugeh. Aku paling suka dia punya cendawan la. Masukkan dalam tomyam tu Ya Allah memang nikmat sebab sayur dah la sayur fresh. Nikmat mana lagi kau nak dustakan? 

Untuk pilihan grill pula, kita ada udang, lala, ikan dori, sotong, ayam kunyit, ayam blackpaper, ayam BBQ, kambing blackpaper dan kambing BBQ. I've tried most of it and yang paling aku suka ialah kambing BBQ and kambing blackpaper. I could finish two plates of them within 30 minutes kot.


Those are all mine! semua yang aku tu hahaha dan aku habiskan sorang-sorang so jangan peliklah kenapa aku balik dari Cameron aku gained weight sebanyak 3 kg.


Hidangan seperti nasi goreng, mihun goreng dan nasi lemak juga turut disediakan. Korang juga boleh makan mee maggi dan juga mihun dengan sup tom yam yang disediakan. Pasti menambat hati! Aku suka gila makan megi tu dengan tomyam sebab rasa tom yam dia tu pedas (but not too spicy lah). Kiranya memang ngam lah makan megi ni and campur pula dengan cendawan serta seafood yang disediakan. Aku taip ni pun dah meleleh dah terbayang makan haritu haha. Untuk pilihan buah pula mereka ada Tembikai dan Oren.



 THAT'S HOW I ENJOYED MY TOM YAM NOODLE :')


Aku ni sejenis yang tak minum sangat air manis. Aku suka manis but not too sweet. Cukuplah kalau minum tu ada rasa gula sikit-sikit. Di Taman Apple Cameron, aku cukup berkenan dengan air strawberi. Rasa dia tidak terlampau manis. Ada banyak pilihan air di sini, selain dari air sejuk, korang juga boleh ambil air panas seperti Teh O berdekatan dengan air sejuk (aku tak ambil gambar sebab dah biasa lah kan. Korang takkan tak pernah minum air teh o panas haha)

Kalau korang teringin nak buat ABC buatan sendiri pun boleh buat dekat sini! InshaAllah boleh buat ikut citarasa sendiri. Kalau aku buat wajiblah letak jagung tu lebih haha.


Last but not least, aiskrim dengan bubur jagung. Actually dekat sini pun ada Aiskrim Malaysia yang batang-batang tu. Tapi aku lupa nak tangkap gambar haha. Dapat ja aiskrim terus masuk mulut so tak boleh nak buat apa lah. Bubur jagung dia sedap, tak manis sangat lepastu rasa manis dan lemak jagung tu. Kalau ikutkan hati nak tambah 2 3 kali tapi lepastu memang dah bloated sangat so just lupakan sahaja niat tu kan.
- DESSERTS

Aku memang fall in love dengan dia punya cakes dekat sini. The first picture is pavlova. To be honest, it's my first time eating pavlova. I have no idea how pavlova should taste like. Aku tak tahu pavlova sepatutnya rasa macam mana haha. Tapi aku tahulah pavlova dia ni macam unik sikit. Usually bentuk dia lain daripada yang ni. This one recommended by the staff sebenarnya. Aku pun ambil la nak rasa. Bagi aku pavlova ni okay ja rasa dia tapi bukan aku punya favorite la. Aku prefer brownies with ice cream. Brownies dia sedap! banyak kacang dan sangat chewy


Strawberry Cheesecake & Air Batu Strawberry

These two pun sedap gila especially Strawberry Cheesecake! Selama dua hari aku dekat Cameron Highlands, wajib order cheesecake ni setiap kali datang sini. Weh serious kalau korang pergi sana, trylah cheesecake dia. Memang tak rugi. 100% recommended! Air batu Strawberi pun sedap juga. Gabungan strawberi dan juga laici lepastu ada pulak aiskrim aiskrim strawberi on top. Tapi kalau dia letak roasted punya peanuts tu mesti lagi sedap sebab ada tambah rasa masin (aku syak aku dah boleh jadi juri dalam masterchef dah ni huhu).


There are many choices of cake also. Korang boleh pilih nak yang mana satu. Ada chocolate indulgence, scones, strawberry layered cake dan lain-lain. Yang penting harga dia semua bawah RM10. Tak perlu risau sebab memang berbaloi dengan duit yang korang belanjakan. 
KESIMPULAN

Kesimpulannya for my whole eating experience, aku rate restoran ni 4.8/5.0. Makanan sangat puas hati. Sedap dan portion banyak lepastu harga berpatutan. Kebersihan pun dijaga. Ruang toilet pun bersih. Tempat ni pun sangat ramai orang waktu malam. Kalau korang nak makan steamboat, please do come early kalau tak korang kena ambil turn sebab selalu full house. Foreigners pun ramai juga makan dekat sini. Bagi aku stay dekat Tanah Rata ni lebih mudah sebab parking lebih senang. Kalau dekat Brinchang korang akan stuck dengan jem sebab banyak sangat kereta dan nak parking pun susah. Kalau korang nak pergi Cameron Highlands, jangan lupa berkunjung ke Taman Apple Cameron, Tanah Rata. Lepastu ajaklah aku sekali! hahaha


Jangan lupa dapatkan Serunding Strawberi Cameron Highlands 

RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON
Alamat : 891-A, Persiaran Dayang Indah,
39000 Tanah Rata, Pahang.

Waktu Dibuka : Isnin - Jumaat (Tutup pada hari Rabu)
8.00 pagi - 12.00 pagi

  

15 comments :

  1. JALAN2 DI TEMPAT INDAH N DPT MNJAMU SELERA DGN HIDANGAN LAZAT MAVELES TU

    ReplyDelete
  2. Akhirnyaaa..! hahahahaha
    Tapi kan, menyesal jugak la baca entri kali ni.. Telan air liur kat semua gambar makanan.. Q_Q

    ReplyDelete
  3. syed ni saje nak bg mek terliurrrrr.. kang ade jugak yang pegi kanggg. masuk list

    ReplyDelete
  4. salam singgah. baca preview dan tengok gambar yg saudara syed ambil, terus terasa macam nak guna pintu doraemon nak ke sana terus. hahahahhaha :P

    ReplyDelete
  5. hi cikgu lama tak nampak hehehhee goodluck budak budak nak upsr! eee geramlah asyik tengok orang gi cameron, nak kena pi jugak ni!

    ReplyDelete
  6. makanan makanan pun nampak segar2 haa seafood tu

    ReplyDelete
  7. Meriahnya makanan tu cikgu. Buat kak ana rasa lapar pulak haa. Tetiba rindu nak cuti ke Cameron. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. best oihhhh, kemain steambot dia....

    ReplyDelete
  9. Banyak pilihan...nampak sedap2 semua makanan tu. Tempat pun cantik.

    ReplyDelete
  10. Hi there, I check your blog like every week. Your writing style is awesome,
    keep doing what you're doing!

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam.sedappnya..ramai blogger makan kt sini dah.rabia pun lama dah tak pergi cameron ni.next time boleh try makan kt restoran ni

    ReplyDelete
  12. Memang menarik sangat tuan..hebatnya

    ReplyDelete
  13. Wah! meriahnya food dia. Tengok Syed yang makan lagilah terasa lapar huhuhu...

    ReplyDelete
  14. bln lps ke sini lg.. staf tu ingat lg muka 🤣🤣

    ReplyDelete
  15. Sedapnya makanan dia.. Lama tak ke Cameron Highlands nie..

    ReplyDelete