Assalamualaikum dan Hai!
Entry kali ini aku akan berkongsi tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang korang WAJIB lawati. Actually it was my first time going to Cameron Highlands. Dah lama teringin nak pergi sini and Alhamdulillah my dream comes true (even it takes many years until it finally happened). Sebelum aku mula menaip, I just want to remind you guys that if you guys nak pergi sini, make sure you go on WEEKDAYS. Kalau korang rasa korang dah cukup kental nak hadap traffic jam dan nak tempah hotel yang murah dengan harga yang mahal, pergilah on weekends or public holidays.
Bagi aku, Cameron Highlands ni antara tempat yang senang juga untuk korang pergi since tempat-tempat menarik dia semua berdekatan. Maksud aku, you can go there without knowing anything about the place but you indirectly know where to go or what to do bila sampai sana. Aku pergi sana tanpa buat research apa pun but we managed to go to a lot of interesting places. Another thing to expect bila korang pergi sini ialah "fee entrance". Since tempat ni kan macam banyak ladang-ladang, so kau kena expect la untuk bayar duit nak masuk. Takkan semua tempat nak free kan? Mereka pun perlukan duit untuk mantain mereka punya farm and stuff so don't complain.
1) LADANG TEH
Boh Tea Centre Sungei Palas
Actually banyak ladang teh yang ada dekat Cameron Highlands tapi one of the famous tea plantations ialah Boh Tea Centre Sungei Palas. Ladang dia ni terletak dekat Brinchang. Aku tahu tentang ladang ni pun bila tanya akak dekat restoran yang ada dekat Brinchang tu haha. Tempat ni seriously sangat cantik! Sepanjang jalan korang lalu untuk sampai ke ladang ni mesti tak kelip mata pun tengok kehijauan alam. Cuma, jalan nak ke ladang ni agak sempit. Kalau korang pergi time weekend boleh sesak kot dekat atas tu. Bila berselisih jadi agak sukar sebab ada certain tempat memang sangat sempit and it can only fit a car. Kena give and take lah bila berselisih lepastu sabar banyak sikit.
Ladang Teh BOH ni juga ada sediakan cafe untuk korang semua bersantai sambil menikmati pemandangan indah. Memang lawa dia punya view dari atas ni. Cuma pada pendapat aku makanan dia agak overpriced so aku tak makan lah dekat sini. Selain itu, korang juga boleh membeli belah dekat kedai BOH yang terletak bersebelahan dengan cafe. Ada beberapa teh yang hanya boleh didapati di Cameron Highlands sahaja dan ada juga yang harganya lebih murah berbanding di kedai-kedai biasa. Ladang ni sangat recommended untuk korang pergi sebab view memang memuaskan! Selain dari Sg. Palas, korang juga boleh pergi dekat ladang BOH di Ringlet (jalan ke Kuala Lipis) tapi lain lah sikit landskapnya.
Cameron Valley Tea
Selain dari ladang teh BOH, aku juga berkesempatan untuk singgah di ladang Cameron Valley (2 kali kot pergi sini). Kalau korang nak tahu, ladang teh ni antara yang paling dekat kalau nak dibandingkan dengan BOH tu. Korang sampai sahaja di Brinchang, ladang ni antara salah satu tempat yang kau nampak dulu. Ladang dia tak sebesar dan secantik BOH aku rasa. Ladang teh BOH jauh lagi cantik tapi disebabkan aku suka Cameron Valley ni punya teh, aku singgah lah sini! hehe. Korang kalau pergi ladang ni boleh naik kereta dia untuk round ladang. Boleh main ATV juga dekat sini (tapi kena bayar la okay? banyak cantik nak free?)
Kedua-dua ladang ni takda bayaran masuk. Korang boleh masuk banyak kali dari pagi sampai malam pun tak kisah okay? Kalau nak tidur situ pun boleh aku rasa, itupun kalau tak kena halau lah haha.
Secara jujurnya aku suka teh Cameron Valley lagi berbanding Teh BOH. Kenapa? Sebab dia ada flavour Strawberry, Lemon, Blackcurrant, Mint dan Oren. Paling aku suka perisa Strawberry dengan Blackcurrant lah. Korang juga boleh minum teh dan makan dekat cafe Tea House dia. Cafe dia aku recommend sebab harga reasonable dan portion pun macam banyak! cuma aku still tak makan dekat cafe dia sebab kena beratur panjang dan aku tak cukup gigih untuk benda macamni. Lagi satu Tea House Cameron Valley ni ada dekat Ringlet juga. Tapi yang tu macam hambar sikit aku rasa entahlah haha.
Kedua-dua ladang ni takda bayaran masuk. Korang boleh masuk banyak kali dari pagi sampai malam pun tak kisah okay? Kalau nak tidur situ pun boleh aku rasa, itupun kalau tak kena halau lah haha.
2) ORCHID AND ROSE GARDEN
Bagi aku tempat ni antara tempat yang wajib dilawati untuk korang yang pertama kali singgah Cameron Highlands. Walaupun nama tempat ni kebun orkid dan bunga ros, tapi bila korang masuk dalam tu macam-macam jenis bunga ada. Bayaran yang dikenakan kalau korang nak masuk sini ialah sebanyak RM6 sahaja (if I'm not mistaken). Mula-mula ingatkan macam takda apa pun dalam tu, tapi bila melangkah masuk ke dalam, Ya Allah cantiknya bunga-bunga dekat sini! Kalau biasanya kita tengok bunga ros, susah nak jumpa yang betul-betul segar. Tapi dekat sini, semua bunga ros dia segar bugar dan bau wangi. Bau dia macam air sirap tu, kalau aku dahaga aku boleh telan terus bunga-bunga dekat sini.
Antara bunga-bunga cinta layu di pusara yang berjaya aku abadikan dalam gambar. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar bunga yang lain, tapi macam kena main treasure hunt pula nak cari gambar dalam gallery. So, ini sahaja yang mampu aku tunjukkan! tapi serious ah bunga-bunga dekat sini memang cantik-cantik! :)
Selain dari pokok-pokok bunga yang korang dah biasa nampak, dekat sini juga ada pokok yang agak "rare" bagi aku. Sebab apa? Sebab aku tak pernah tengok pun lagi pokok macamni seumur hidup aku haha. Pokok ni bentuk dia bulat and bila kau tekan macam kosong lepastu rasa macam ada angin dekat dalam. Sebelah kanan tu merupakan rupa pokok/buah ni apabila dia meletup. Ya Allah unik betul. Tak pernah lagi aku jumpa pokok macamni dekat tempat lain.
Okay pokok yang ni pun antara yang pelik juga bagi aku. It looks like a plastic fruit macamtu tapi bukan buah pun and IT'S REAL. Itu memang pokok tapi aku tak tahu buah apa. Bentuk dia nampak macam terung tapi bila kau picit-picit benda tu, takda isi pun dekat dalam. Ada angin je weh! aku ingatkan itu pokok hiasan mula-mula. Rupanya pokok betul.
Selain itu, korang juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan haiwan-haiwan yang ada di sini seperti ayam belanda, itik, kambing, arnab dan ikan. Kira okaylah kan korang masuk taman bunga lepastu tiba-tiba dapat beramah mesra dengan haiwan? lepastu dekat taman bunga ni juga ada kebun sayur. Korang boleh tengok pekerja dia petik kobis secara live! Best gila bila kau pegang kobis yang baru dipotong dari pokok dia, sejuk macam kena air batu.
3) LAVENDER GARDEN
Destinasi kita seterusnya ialah Lavender Garden. Untuk pengetahuan semua, lavender ialah sejenis bunga yang berwarna ungu dan sering kali dijadikan wangian-wangian seperti shower gel, pewangi kereta, almari dan sebagainya. Aku rasa tempat ni baru lagi dibuka dan mendapat perhatian ramai netizens (lol). Harga untuk tiket masuk kalau tak silap aku dalam RM10 seorang ataupun lebih? Disebabkan jakun tak pernah tengok lavender, so kita bayar jelah untuk masuk ke dalam. Tempat ini terletak di Brinchang. tempat parking susah sikit nak dapat yang dekat. Korang kena jalan jauh sikit la sebab taman lavender ni tepi jalan and parking space dia jauh sikit dengan tempat dia. So, exercise sikit okay?
ini dia punya entrance, ada fountain and tempat lepak-lepak dekat situ. Sesuai untuk ambil gambar dan duduk sebentar bagi menghilangkan penat dan mengah didada selepas mendaki bukit.
Tadaaa! inilah dia pokok lavender kalau nak tahu. Rupanya lavender ni ada banyak jenis, ada yang purple pekat dan ada yang tak berapa pekat. Ada yang berbunga lebat ada yang tak berbunga lebat. So, bila korang singgah sini you'll see different kind of lavenders. Dekat bawah ni you cannot touch la sebab berpagar but you can go upstairs ada banyak lagi lavender! :)
Lavender Ice Cream merupakan salah satu tarikan di Taman Lavender ini. Ramai juga yang beratur semata-mata nak beli aiskrim ni. Harga bagi satu aiskrim ni bukan seringgit dua okay! Kalau tak silap aku dalam RM7 juga satu aiskrim. Kalau korang teringin sangat nak rasa, belilah. Bagi aku rasa aiskrim dia biasa sahaja. Sama sahaja rasa macam aiskrim biasa tu. Cuma this one rasa sabun la sebab buat daripada bunga lavender kan? Boleh tahan pekat juga rasa lavender ni. Ada sorang budak ni aku perasan dia tanya abang dia "Abang, kenapa aiskrim abang rasa sabun?" hahahaha lawak pula conversation budak-budak tu.
Actually ada banyak lagi tempat-tempat menarik untuk korang semua bergambar di sekitar Lavender Garden ni. Memang berbaloi korang bayar mahal-mahal sebab bunga-bunga dia semua nice wei! lepastu kalau korang nak petik bunga daisy, korang boleh petik dengan harga serendah RM2 sekuntum. Selain itu, korang juga berpeluang untuk memetik Strawberry di sini. Itupun kalau waktu tu musim dia lah. Waktu aku pergi sini haritu memang tak dapat petik Strawberry pun sebab buah tak banyak. So, dia tutup tempat Strawberry :(
4) BIG RED STRAWBERRY FARM
Big Red Strawberry farm antara ladang strawberry terbesar lah dekat sini. Waktu aku datang sini, it's a bit late. Dah petang, sampai sahaja dekat sini dah macam takda apa yang tinggal. Aku rasa highlight tempat ni ialah dia punya cafe kot. Aku tengok cafe dia boleh tahan menarik and bila tengok gambar-gambar orang yang datang ke Cameron Highlands, most of them akan singgah di sini. Malangnya, aku tak dapat nak bagi review pun sebab waktu aku sampai sini cafe pun dah nak tutup. Tempat petik strawberry pula tak dibuka sebab bukan musim dia. Tapi disebabkan aku rasa tempat ni best, aku senaraikan sekali dekat sini untuk rujukan korang semua.
Dekat sini juga ada banyak bunga kaktus yang korang semua boleh beli. (okay dah tak tahu nak describe tempat ni sebab waktu aku pergi haritu tak best!) Yang penting masuk dekat sini ialah PERCUMA. Disebabkan percuma, tak payah nak complain sangat lah kahkah.
5) PASAR KEA FARM
Kea's Farm ni actually dekat Brinchang. Kalau korang book hotel area Kea's Farm ni, korang boleh pergi pasar malam dia dengan hanya berjalan kaki sahaja. Dekat situ juga ada kebun strawberry semua, kira macam lengkap lah. Kalau kau nak berjalan kaki untuk gerak ke mana-mana, aku cadangkan untuk korang book hotel dekat sini. Tetapi, perkara yang agak tidak menarik ialah tempat ni terlalu crowded. Since tempat dia kira jadi tumpuan orang ramai juga so parking space agak limited.
Pasar Kea's Farm ni sebenarnya waktu aku pergi haritu memang terlampau padat (kebetulan dalam gambar ni nampak lengang pula). Kau nak parking kereta pun susah dekat sini kecuali kalau kau bernasib baik tiba-tiba ada kereta yang nak keluar. Kebiasaannya dekat sini jalan akan sesak especially kalau waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Aku suka singgah sini sebab barang-barang yang dia jual best. Korang boleh dapatkan cenderamata, strawberry and yang paling best ialah makanan! Aku pergi mana-mana memang tak sah kalau tak beli makanan (patutlah gemuk). Korang boleh beli cendawan goreng segar dan sweet corn in a cup kot.
Kalau nak beli sayur pula, pastikan korang tahu la harga semasa sayur. Kadang-kadang semacam ja peniaga letak harga mahal. Murah lagi sayur kita beli dekat Giant. Kena survey banyak kedai, tapi yang bestnya sayur dekat sini segar dan memang manis je rasa. Aku yang tak berapa gemar sayur pun boleh telan apa lagi yang suka makan sayur. Tempat ni sangat recommended cuma kena bersabar sikit lah untuk cari tempat parking. Kalau salah parking nanti kena saman so kalau nak parking tepi jalan make sure ada yang tunggu dalam kereta.
Thanks for reading. Selamat bercuti! Rancanglah percutian anda dengan baik :)