Assalamualaikum dan Hai
Zaman sekarang ni kebanyakan orang semua mengambil khidmat photographer bila nak buat apa-apa majlis seperti majlis kenduri kesyukuran, konvokesyen, family day atau birthday party. Kalau dulu, kita hanya menggunakan khidmat photographer hanya untuk majlis-majlis penting dalam hidup kita macam perkahwinan sahaja. Tetapi sekarang ni macam dah jadi trend, kau buat lah majlis apa sekalipun wajib kena panggil official photographer sebab nak simpan gambar untuk buat kenangan. Tak kisah pun kalau kau nak ikut trend as long as kau mampu nak bayar harga photographer dan tak complain pasal harga yang dikenakan, bagi aku itu dah cukup baik.
Actually aku ni bukannya seorang photographer pun but I believe you don't need to be a photographer to appreciate people's work. Kerja tangkap gambar ni sebenarnya bukan satu kerja mudah. Banyak yang kau kena belajar dan improve dari pelbagai aspek (itu akan aku kupaskan selepas ini). Perkara yang buat aku annoyed sekali bila orang complain katanya charge yang dikenakan "mahal" padahal cuma tekan-tekan kamera sahaja!
Aku jumpa gambar ni dekat twitter semalam. Aku rasa macam panas sikit ah walaupun kalau nak ikutkan takda kaitan pun dengan aku sebab aku bukan photographer pun. Photographer ni bagi harga RM1750 untuk Nikah + Sanding Outdoor lagi! lepastu siap free untuk gambar pre wedding kot? Dengan harga tu aku rasa dah cukup murah dah. Kalau kau sebagai customer sekali pun, jadilah customer yang bijak. Boleh je kau nak cari photographer lain dan compare harga yang dikenakan. Aku rasa mostly range harga takda jauh beza sangat, still dalam range yang sama. Bila kau comment cakap "picit-picit je kamera tu jadi dah gambar", bagi aku itu agak menunjukkan tahap intelektual kau setakat mana lah.
Firstly, kalau kau rasa macam tangkap gambar tu senang, just picit-picit kamera dan jadi gambar, kenapa kau still nak hire photographer? Kenapa tak suruh adib-beradik kau atau kawan-kawan kau ke yang tangkapkan gambar untuk majlis kau? Bukan susah pun, just tekan-tekan je kan? Tak pun apa kata kau sendiri duduk atas pelamin tu sambil tekan kamera tu? Jimat sikit kos untuk majlis kau, since kau dah berhabis banyak untuk baju 10 persalinan kau tapi nak bayar murah untuk khidmat photographer. Secondly, kau ingat photographer ni bila dia tangkap gambar, terus print masuk album ke? Tak payah nak edit, pilih gambar semua tu? untuk pengetahuan mereka yang masih tidak mengerti, banyak proses-proses yang perlu dilakukan sebelum dapat end product yang meletup! Thirdly, kau ingat photographer ni bukan manusia ke? tak payah nak guna duit untuk bagi makan anak bini semua? mereka pun ada kos yang mereka kena tanggung. Itu belum masuk kos equipment mereka lagi.
BUKAN MUDAH JADI PHOTOGRAPHER
1) Kau perlu belajar dan terus belajar
Photographer bukannya lahir-lahir ke dunia terus pandai tangkap gambar. Sama juga macam kerja-kerja yang lain. Kau kena belajar banyak benda sebelum boleh tangkap gambar dengan baik. Kau kena tahu apa itu aperture, shutter speed, ISO, temperature dan sebagainya. Lepastu setiap tempat tu kau kena menggunakan setting yang berbeza untuk hasil gambar yang menarik. Itu baru cakap pasal setting dekat camera. Belum lagi nak cerita pasal simetri, angle, perspective atau positioning. Kalau nak tangkap gambar kena tengok juga susunan orang dalam gambar tu macam mana ataupun seimbang atau tidak objek yang ada dalam gambar. Aku rasa, photographer yang professional dia dah ada bayangan dah dalam otak dia nak susun dan tangkap gambar yang macam mana. Ada yang memang ambil jurusan tu di universiti dan juga ada yang menghadiri bengkel-bengkel untuk tambah ilmu. Siapa yang nak tanggung kos belajar mereka kalau mereka dibayar dengan harga yang murah?
2) Berhujan panas semasa majlis
Kadang-kadang kesian tengok photographer, kena berpanas ke sana sini bawa equipment dia untuk tangkap gambar pengantin kadang-kadang siap mandi peluh. Memanglah itu kerja dia, tapi kalau kita berada di tempat dia sanggup ke kita nak dibayar dengan murah? Kalau dia ada assistant tu takpa lagi lah, at least boleh bergilir-gilir untuk cover majlis pengantin. Aku jadi kesian bila tengok photographer tu sorang-sorang sahaja cover majlis dan kadang-kadang tak sempat makan pun weh (aku pernah juga jadi assistant photographer so aku tahu macam mana busynya photographer). Lepastu boleh pula ada orang datang yang acah-acah dia photographer power siap "tunjuk ajar" photographer tu untuk tangkap gambar macam mana. Bila korang dah hire photographer untuk majlis korang, silalah jaga kebajikan dia. Taknaklah orang mengata pasal majlis kita dekat belakang kita kan?
3) Banyak saingan
Sekarang ni dah ramai yang ada camera DSLR. Kau tak perlukan segulung ijazah pun dah boleh bergelar sebagai photographer. Bila semua orang nak jadi photographer, makin banyak pilihan yang pelanggan ada. So, dekat sini kau sebagai pengguna kena bijak memilih. Kalau kau nak murah, memang kau akan dapat yang murah tapi kau dah tengok ke hasil kerja dia? Kau percaya ke dia boleh siapkan gambar kau ikut tarikh yang ditetapkan? Kualiti gambar dia pulak kau yakin ke akan dapat setanding dengan gambar-gambar dari photographer hebat yang lain? Kalau tak yakin, better kau dapatkan khidmat photographer yang dah establish. Photographer yang tawarkan harga murah dan tak masuk akal ni biasanya hasil kerja dia setanding lah dengan harga yang kau bayar tu.
Makin lama makin unik trend orang tangkap gambar masa kini. Pada pendapat aku, seorang photographer harus sentiasa up-to-date dengan trend bergambar masa kini. Ada orang yang suka tangkap gambar berkonsepkan vintage. Ada juga yang suka menggunakan photo manipulation dalam gambar dia. Cabaran bagi seorang photographer ialah untuk muncul dengan satu idea atau konsep yang fresh untuk dijadikan sebagai identiti. Bila pelanggan tengok kebolehan photographer yang lain dari yang lain, inshaAllah ramai yang tertarik.
4) Banyak kerja
Siapa cakap kerja photographer ni mudah? bagi aku yang bukan seorang photographer pun aku tahu bahawa kerja sebagai photographer ni sangat banyak. Banyak proses-proses yang perlu dilalui sebelum dapat print gambar yang dah ditangkap tu. Kau bayangkan photographer kena hadap 500 keping gambar wedding client (contoh sahaja) dan pilih gambar-gambar yang terbaik. Kalau aku dah mati dah tu nak tengok satu-satu gambar tu hahaha. Lepas dah pilih gambar-gambar yang terbaik tu, kau kena edit pulak gambar-gambar tu. Nak edit tu bukannya senang akak-akak dan abang-abang sekalian. Nak dapatkan tone dan warna yang cantik tu bagi aku sangat menduga kesabaran. Kadang-kadang kita nampak dah lawa dah tapi bila save ternampak pula ada cacat cela sikit. Lepastu kena edit balik. Bayangkanlah berapa keping gambar photographer kena edit untuk siapkan album kau.
Nak edit gambar-gambar tu pakai apa? Of course pakai masa yang panjang. Bila dah siap edit gambar kau semua untuk dijadikan album, kena hantar pergi print pula dekat kedai (kalau ada kedai sendiri kira okaylah). Lepas dah hantar print tu photographer kena deal dengan tokey kedai pula untuk tunggu tempoh masa album tu siap. Kalau lambat nanti customer marah dah la duit untuk album tak bayar lagi, lepastu photographer juga yang kena dahulukan duit dia. Bila album dah siap, ada juga customer yang hilang entah kemana padahal duit tak bayar lagi untuk ambil album dia.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bagi aku kalau kau nak pilih photographer, pilih yang betul-betul kau rasa percaya dengan dia punya servis. Since sekarang ni memang ramai sangat orang buat khidmat ni, aku takut kalau hasilnya tak sama dengan apa yang kau expect. Aku dah baca banyak kes dah mengenai kualiti gambar yang mengecewakan daripada photographer. Ada juga yang dah kahwin 2 tahun album kahwin tak dapat-dapat padahal dak beranak sorang dah. Kalau kau rasa kedekut nak spend ribu-ribu untuk khidmat photographer, kau suruh lah kawan-kawan kau tangkapkan gambar. Memang hasilnya jauh beza dengan professional photographer tapi kalau dah rasa membazir sangat, macamtu jelah caranya. Tak salah pun berbelanja sikit untuk album yang kau akan tengok sepanjang hayat kau.
Di sini, aku tinggalkan gambar ni untuk kau baca dan renung-renungkan.
Apa pandangan anda?
Terima kasih :)