Thursday, March 23, 2017

ADAB BERKUNJUNG KE RUMAH ORANG LAIN

Adab-Adab Berkunjung Ke Rumah Orang Lain

Salam dan hi!

Kalau tengok my previous entries, semuanya berkisarkan education kan? haha. So, bila aku nak tulis entry baru ni aku rasa macam something wrong somewhere. Susah sangat rasanya nak mula menulis pasal benda lain. Tapi kalau aku tak mula menulis harini, maknanya blog aku akan terbengkalai untuk harini tanpa sebarang entry. Memang takda siapa kisah pun, tapi aku rasa tak puas lah kalau terlepas update entry dekat blog! (padahal entry ni aku dah mula taip semalam tapi still tergendala sebab kerja haih apalah nasib).

Entry aku pada hari ini akan membincangkan tentang adab berkunjung ke rumah orang lain. Yes, kalau ada yang tak tahu, mana-mana tempat yang kau pergi pun ada adab yang kau perlu jaga. Entahlah, bagi aku benda ni macam common sense yang sesetengah orang tak mampu nak laksanakan. Tapi tak boleh salahkan mereka juga sebab common sense ni benda yang kau tak boleh belajar dekat sekolah dan kau hanya boleh develop common sense through experience and the way you were brought up. Berikut merupakan apa yang kau perlu lakukan apabila berkunjung ke rumah orang lain;
#1 KEMAS TEMPAT TIDUR KAU
Kemas Tempat Tidur

Kalau kau bermalam dekat rumah orang, please jangan bawa perangai malas nak kemas tempat tidur kau dekat rumah orang. Takkanlah kita expect tuan rumah yang nak kemaskan katil untuk kita kan? Apa salahnya kita sebagai tetamu untuk kemas kita punya tempat tidur sendiri. Perkara macamni pun akan memberi persepsi yang berbeza dekat tuan rumah. Contohnya kalau kau kemas katil kau elok-elok lepas guna, mesti tuan rumah fikir "ehhh bagusnya budak ni, boleh buat jadi menantu ni". Dan kalau kau tak mampu nak kemas tempat tidur kau sendiri mesti tuan rumah akan fikir "budak ni memang kat rumah tak pernah kemas tempat tidur sendiri ke? Anak siapa lah ni?"

Aku seboleh-bolehnya cuba untuk kemas tempat tidur aku kalau pergi rumah orang. Kalau boleh, susunan semua tu 100% ikut yang sebelumnya kadang-kadang siap double check lagi untuk make sure dah kemas ke belum haha. (kan bagus kalau kat rumah, aku buat macamni kahkah)
#2 HORMAT HARTA BENDA TUAN RUMAH
Hormat Harta Benda Tuan Rumah

Memanglah kalau pergi rumah orang kau akan dapat ayat "buatlah macam rumah sendiri ya?". Tapi itu bukan satu tiket untuk kau buat rumah dia betul-betul macam rumah kau sendiri! there's a limit. Orang kita ni kan memang suka berbahasa, padahal nak cakap "janganlah malu-malu walaupun kau duduk rumah orang lain". Apa yang aku maksudkan dengan hormat harta benda tuan rumah ialah jangan simply guna barang-barang tuan rumah without permission. Bagi aku, even kau nak guna shower gel dalam toilet pun kau kena bagitahu tuan rumah! hahaha entahlah aku sorang je ke atau semua orang buat macam tu. Dia ada rasa yang tak selesa kalau kau pakai guna sahaja barang-barang dekat rumah orang.

Lagi satu, kalau kau buka peti ais dia ke apa, janganlah simply ambil sahaja semua benda yang kau nak. Kalau dia tak pelawa, kau try lah bagi hint hahahaha mungkin kadang-kadang tuan rumah lupa ada makanan dalam peti ais (okay ni tak boleh blah).
#3 TOLONG APA YANG PERLU
Tolong Tuan Rumah Apa Yang Perlu

Kau kena ingat, kau pergi rumah orang kot bukannya kau duduk hotel. Jadi, bila kau pergi rumah orang, janganlah kau duduk dalam bilik tu 24 jam dan hanya keluar bila time makan sahaja. Ingat kau puteri ke apa nak orang serve untuk kau semua? Especially for the girls. Memang kadang-kadang tuan rumah cakap "takpalah, tak payah susah-susah nak tolong", tapi sebenarnya kalau kau tolong pun tuan rumah sangat menghargai kau punya pertolongan kot. Kalau yang perempuan ni nak pergi rumah bakal mertua, keluarkan sikit segala skill memasak kau tu. Mana tahu dapat tambat hati bakal mak mertua nanti dapatlah jadi menantu kesayangan! hehe. *Mak aku nak menantu pandai masak kot macam mana?
#4 HORMAT TUAN RUMAH
(lol baru perasan point ni lebih kurang dengan nombor 2 hahaha k fine) 

Hormat Tuan Rumah


Sebagai tetamu, kau kenalah hormat tuan rumah bila datang rumah dia. Banyak aspek hormat yang kau kena patuhi. Satu, bila nak datang rumah orang make sure time tu tuan rumah dah sedia maklum dan dia dah bersedia nak terima kedatangan kau. Janganlah datang tak bagitahu lepastu bila sampai rumah tuan rumah dah pukul 11 malam. Orang nak tidur dah kot, kita kenalah hormat waktu dia. Kalau bagitahu awal-awal at least boleh tuan rumah kemas apa yang patut and get ready with drinks or food. Pada pendapat aku, kalau kau memang rapat dengan orang tu macam adik-beradik kau ke, okaylah nak buat macamtu. Kalau dengan orang lain tak proper kot.

Kedua, jangan aibkan tuan rumah di atas segala kekurangan dan layanan. Kita kena sedia maklum lah, kadang-kadang memang ada kekurangan bila berkunjung ke rumah orang. Tapi jangan lah kita cerita dekat orang lain, rumah si polan tu kotor, masak tak sedap lepastu anak-anak bising, tak selesa dan sebagainya. Tak elok lah macamtu, kena jagalah aib dia. Itu antara kau dengan tuan rumah sahaja lah. Kalau orang datang rumah kita pun, kita taknak kan orang mengata belakang kita? . Jadi, hormat satu sama lain, jangan buat benda yang kita tak nak orang buat kat kita.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jagalah adab kita bila kita berkunjung ke rumah orang lain. Benda ni semua bagi aku common sense. Aku dari kecil lagi mak aku dah ajar kalau pergi rumah orang jangan buat sekian sekian. Kalau buat mesti kena habuannya haha. Kadang2 time makan ambil lauk yang jauh sikit dari aku, kena cubit dekat kaki secara sorok-sorok. lawak pula bila ingat balik. Tapi Alhamdulillah bila besar ni ingat dekat kepala apa yang kena buat bila pergi rumah orang. Dalam Islam pun ada mention bab adab-adab menjadi tetamu ni. Benda ni nampak macam simple tapi besar impaknya. Semoga bermanfaat ya.

62 comments :

  1. Adab tu dekat mana2 pun perlu di jaga. Lagi2 kalau kita ni sebagai tetamu. Kena sensitive dengan keadaan tuan rumah. Jangan hentam kromo je. Sesetengah org mungkin boleh terima, tp ada sesetengah lagi sgt sensitive. Silap hari bulan, kita kena black list dah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, mana-mana kita pergi pun even rumah orang yang kita dah biasa, still kena jaga adab kan. hahaha kena black list tu.

      Delete
  2. Bila sebut adab..sedia maklum memang mesti ada dan dipelajari serta diamalkan..walau kita sudah kenal betahun pun..adab tetap perlu ada..kerana adab lambang akhlak..lagi-lagi bila pergi ke rumah orang..tertib perlu jaga jangan sampai tuan rumah rasa tidak selesa..jangan sampai tuan rumah rasa eh aku tetamu atau dia tetamu..ini boleh berlaku bila tetamu lagaknya seperti tuan rumah..apa pun hormatilah tuan rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan apa kak PC komen ni. Adab lambang akhlak. Jangan buat sampai tuan rumah rasa tak selesa dengan kedatangan kita kan? :)

      Delete
  3. Betul tuu.. Paling tak suka orang takde adab, datang umah orang tu jangan tak malu nak geledah atau nak cuba masuk ke kawasan privasi (dengan alasan nak tengok deco ke apa) hmm kadang kadang orang tua pun ada juga yang takde adab T_T

    Satu lagi adab, kalau dah selalu datang tu.. Bawalah buah tangan juga.. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu husniey, janganlah sampai mengganggu privasi orang. Melainkan kalau tuan rumah tu yang bagi so takpa lah kan.

      Yang tu pun saya setuju! Mak saya selalu buat macamtu hehe.

      Delete
  4. lagi jangan duduk terlampau lama kat rumah tetamu...hahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sampaikan tuan rumah pun macam "bila lah dia ni nak balik. aku nak tidur ni" haha.

      Delete
  5. The part yang duduk dalam bilik tu, betul sangat!!!!! Pelik rasanya how people could remain in other people's house without helping any.. Kadang tu kita pulak yang kena ajak dia tolong... Macam anis, kalau orang ajak pergi rumah, mesti jadi gelisah kalau tak tolong pape.. Rasa mcm org tu fikir, "Pemalas punya budak..!" =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa. padahal pergi rumah orang kot. Pandai-pandailah tolong apa yang perlu. At least tolong kemaskan pinggan mangkuk ke jadilah kan. Tak faham juga macam mana orang boleh selesa tak buat apa2 duk rumah orang.

      Delete
  6. eee teruknya kalau sampai tempat tidur pun malas nak kemas. malu jelaa tuan rumah tengok. nasib baik laa setakat nie tetamu yang datang rumah takde yang tunjuk sangat pemalasnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau ada mesti elsa dah halau keluar dah diorang kan ehhhh.

      Delete
  7. Tuan rumah lupe ada makanan dalam peti ais tuh mmg takleh blah..haha. dia memang soroklah sebab nk makan time tetamu dah balik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha pernah buat macamtu ke luqman kahkah.

      Delete
  8. Point #3 tu teringat satu kes my friend, si B. Kwn B ni, A, tumpang rumah B. Konon nak meringankan beban tuan rumah, habes kain baju dilipatnya termasuk baju kotor. Habes barang dapur dikemas termasuk buang bawang yang baru beli. Hahahahahaha.

    Anyway setuju dengan apa yg Syed kata. Tuan rumah memang akan cakap "buatlah macam rumah sendiri" tapi maksudnya tu, bawak perangai yang baik jela kanz. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah what lya. Serious ah? lawak kot part lipat baju kotor dengan buang bawang yang baru dibeli tu kahkahkah aduhhhh. kenapa dia buat macamtu.

      Yeahhhh, takkanlah pergi rumah orang nak bawa perangai buruk kat rumah kan?

      Delete
  9. kalau jenis pemalas pun kalau pergi rumah orang kena tunjuk rajin sikit kalau tidak sebakul tuan rumah mengutuk dalam hati..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu! kalau kutuk dalam hati je takpa lah, kalau kutuk depan2 haaa padan muka.

      Delete
  10. Setuju dengan Syed, tapi so far tak pernah duduk rumah orang lagi, haahahahha bapak tak bagi. Kalau nak sleepover pun panggil kawan2 ke rumah sendiri. Alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed dah masuk belajar baru mak bagi tidur rumah orang tau mai. time sekolah apa semua memang tak pernah diberi. Itu rasa awkward mula2 tu nak duduk rumah orang.

      Delete
  11. Akk even blk rumah mak sendiri, jaga adab, jaga ank2 supaya jgn smp memeningkan kepala mereka. Tapi bila mak dah takde, makcik yg jaga rumah tu, bila nak tinggalkan, segala sampah buang dulu, pinggan mangkuk yg kita guna kemas balik, sapu bersih, lap dapur, pendek kata tinggalkan dlm keadaan bersih. Lagi kalo balik rumah mentua, berdabel2 kena jaga, malu weyh kalo kena kata kt belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Macamtu lah bagus, budak2 pun kena diajar dari kecil lagi benda ni kan? kalau tidak susah la dah besar nanti. Orang kata dan bercerita kat orang lain belakang kita, memang tak sanggup la.

      Delete
  12. betul tu, tp kadang ada je dah tua pun tak tahu adab juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YESSS totally agreed. Tak tahu la nak cakap macam mana kan.

      Delete
  13. setuju pasal semua. hahhahaha, pandai2 la beradab. saling hormat menghormati dah tau rumah orang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh betul! hormat menghormati tu kan amalan mulia hehehe (macam iklan pulak)

      Delete
  14. Zaman kita dulu, selagi orang tua tak minum air or makan apa yg dihidang.. kita hanya boleh pandang je.. kalau amik juga memang kena cubitlah.. Tu belum lagi buat perkara lain.. Tapi sekarang dah lain.. Bebudak zaman la, tak macam dulu.. Adab.. Adab kat mana??
    Semoga kita semua dapat mendidik anak2 kita dengan adab yang sama kita di didik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak, dulu memang takut sangat kalau bab makan ramai-ramai. hahahah kadang2 kecik2 tak sabar juga nak makan. Lepastu kena cubit dengan mak. Budak sekarang ni tak tahu la. Makin terhakis pula adabnya. Mak ayah kena didik sejak kecik kan kan?

      Delete
  15. Pabila seorang syed memberi kuliah hehehe...

    Check out my new bloglist review post! Maybe you are the one :P
    || https://ameridzuan.blogspot.my/2017/03/amerzing-bloglist-review.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kuliah percuma ni tak payah bayar pun lol.
      WAAAAAA CURIOUSNYA NAK TAHU HAHA SAT LAGI I'LL CHECK IT OUT.

      Delete
  16. setuju sesangat hihi..salam jumaat

    ReplyDelete
  17. Nak tambah juga, kalau boleh jangan lah berlama sangat di rumah orang kan. Lainlah kalau family members atau teman rapat. Yang dah berkahwin tuh kena tanye dulu suami, boleh ke jemput kawan-kawan uni ker sekolah ker datang rumah. Takut dia tak selesa. Anyways, tetamu yang datang itu bawak rezeki dan rahmat. Raikan tetamu dengan apa yang termampu. Owh yer , lagi satu..kalau boleh. Jangan lupa bawa buah tangan untuk tuan rumah juga. Tak kisah la pape pun. Buah ke, pisang goreng ke..esp yang ada anak2 kecik. Belikan air yakult sorang sebotol ke, air kotak susu ke..haaaa! confirm derang suka. HAHAHAH..panjang akak ko membebel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat-sangat tu kak! kenalah ada give and take kan. apa salahnya pergi rumah orang bawa buah tangan sikit-sikit untuk tuan rumah. Tuan rumah takdalah harap sangat pun tapi common courtesy kan. Orang berbudi, kita berbahasa la. gitu. (betul ke penggunaan tu)

      Delete
  18. Sebagai tetamu,perlulah tahu adab-adab tetamu...untuk keselesaan tuan rumah juga
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mar, kalau taknak orang mengata kita ikut lah adab-adab yang dah ditetapkan.

      Delete
  19. Komen akak seperti biasa - Suka entry Cikgu Syed 😄

    Akak sangat particular bab2 di atas jika akak menjadi tetamu.. Jadi secara tak langsung akak jugak harapkan tetamu buat perkara yang sama..

    Perkara ni sangat basic, semoga dapat dimanfaatkan bersama 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh betul tu kak. Mak saya pun macamtu hehe. Senoga bermanfaat la hendaknya. Thanks kak 😄

      Delete
  20. Setuju sangat adab sopan ini bukannya benda yang boleh ditunjuk ajar kat sekolah ianya common sense dan cara bagaimana kau telah dibesarkan.

    Bercerita tentang adab sopan ini teringat pulak petang semalam kawan-kawan anak Mrs. A yang lepak dekat depan rumah Mrs. A yang perempuan naik motor laju-laju pastu hari hujan mereka selamba aje main hujan depan rumah Mrs. A bukannya nak balik rumah pun.

    Mrs. A pun tak tahu nak kata apa nak marahkan anak orang nak suruh balik dah besar-besar dah sekolah menengah dah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Kadang2 kita yang rasa bersalah kan? Nak tegur karang anak orang. Kalau parents dia pun tak kisah, kita pulak nak menyibuk kan. Serba salah buatnya.

      Delete
  21. rUMAH ORANG TETAPLAH RUMAH ORANG XBOLEH DIBUAT RUMAH SENDIRI MESTI BLJR ADABNYA TU.

    ReplyDelete
  22. sis selalu pesan pada anak-anak, nnati sampai umah orang jangan nak buat perangai. duduk elok elok. Kadang2 siap kasi ugutan. klau buat perangai balik nanti mama rotan soarang-sorang Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahaha samalah macam mak saya masa saya kecik2 dulu.

      Delete
  23. Rumah orang tetap rumah orang..sekalipun rumah makanan mertua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tetap tak boleh buat perangai macam dekat rumah sendiri kan? 😊

      Delete
  24. Kalau pegi rumah kawan and kita cuba nak tolong apa yg perlu kat dapur depan mak dia, sekali kena sound. "Eh, tetiba je rajin. Biasanyaa tak macamni pun..."

    Ceh, kurang asam punya kawan. Jatuh sahamku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha itulah, kekadang saja je kan nak kenakan kita.

      Delete
  25. adab & akhlak tu la cerminan diri kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat, kena pandai bawa diri la bila ke rumah orang.

      Delete
  26. Replies
    1. Betul tu, memang adab satu benda yang penting.

      Delete
  27. lain kli xbleh kt macam buat la rumh sndr. sbb kadang ada orang bila kt gitu ja mmg betoi2 dibuat macam rumah sndrnya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa itulah yang tak patut tu kan. kalau pergi rumah orang buat perangai yang elok ja sudah la hehe.

      Delete
  28. "Make yourself at home erh!" sekali habis licin jajan aku kau makan, plastik je tinggal? Hahahahahahahahaha nasib baik iolls tak berkira soal makan. Nanti iols beli lagi. Apa merepek kat komen orang ni. 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha berpengalaman ke macamtu. serius ah tetamu tu memang betul2 make yourself at home macamtu.

      Delete
  29. pd sy laa kan kalau nak tgk mcm mn didikan ibu bapa terhadapa anak2 dia, tgk sj gelagat si anak bila bertandang ke rumah org... tp kalau anak yg jenis hyperaktif tu mmg x leh nk kata apa laa...

    ReplyDelete
  30. Betul tu syed, pigi rumah org ni perlu ada adab.
    Kalau yg bermalam, dah tuan rumah bg tempat tidur, kemaslah bila dah bangun pagi, and bantu2 lah tuan rumah apa2 yg patut...
    Nice sharing ...

    ReplyDelete