Friday, March 31, 2017

PHOTOGRAPHER DIBAYAR MURAH DAN TIDAK BERBALOI?

Photographer Dibayar Murah dah Tidak Berbaloi

Assalamualaikum dan Hai

Zaman sekarang ni kebanyakan orang semua mengambil khidmat photographer bila nak buat apa-apa majlis seperti majlis kenduri kesyukuran, konvokesyen, family day atau birthday party. Kalau dulu, kita hanya menggunakan khidmat photographer hanya untuk majlis-majlis penting dalam hidup kita macam perkahwinan sahaja. Tetapi sekarang ni macam dah jadi trend, kau buat lah majlis apa sekalipun wajib kena panggil official photographer sebab nak simpan gambar untuk buat kenangan. Tak kisah pun kalau kau nak ikut trend as long as kau mampu nak bayar harga photographer dan tak complain pasal harga yang dikenakan, bagi aku itu dah cukup baik.

Actually aku ni bukannya seorang photographer pun but I believe you don't need to be a photographer to appreciate people's work. Kerja tangkap gambar ni sebenarnya bukan satu kerja mudah. Banyak yang kau kena belajar dan improve dari pelbagai aspek (itu akan aku kupaskan selepas ini). Perkara yang buat aku annoyed sekali bila orang complain katanya charge yang dikenakan "mahal" padahal cuma tekan-tekan kamera sahaja!

Mahalnya bayaran photographer!

Aku jumpa gambar ni dekat twitter semalam. Aku rasa macam panas sikit ah walaupun kalau nak ikutkan takda kaitan pun dengan aku sebab aku bukan photographer pun. Photographer ni bagi harga RM1750 untuk Nikah + Sanding Outdoor lagi! lepastu siap free untuk gambar pre wedding kot? Dengan harga tu aku rasa dah cukup murah dah. Kalau kau sebagai customer sekali pun, jadilah customer yang bijak. Boleh je kau nak cari photographer lain dan compare harga yang dikenakan. Aku rasa mostly range harga takda jauh beza sangat, still dalam range yang sama. Bila kau comment cakap "picit-picit je kamera tu jadi dah gambar", bagi aku itu agak menunjukkan tahap intelektual kau setakat mana lah.

Firstly, kalau kau rasa macam tangkap gambar tu senang, just picit-picit kamera dan jadi gambar, kenapa kau still nak hire photographer? Kenapa tak suruh adib-beradik kau atau kawan-kawan kau ke yang tangkapkan gambar untuk majlis kau? Bukan susah pun, just tekan-tekan je kan? Tak pun apa kata kau sendiri duduk atas pelamin tu sambil tekan kamera tu? Jimat sikit kos untuk majlis kau, since kau dah berhabis banyak untuk baju 10 persalinan kau tapi nak bayar murah untuk khidmat photographer. Secondly, kau ingat photographer ni bila dia tangkap gambar, terus print masuk album ke? Tak payah nak edit, pilih gambar semua tu? untuk pengetahuan mereka yang masih tidak mengerti, banyak proses-proses yang perlu dilakukan sebelum dapat end product yang meletup! Thirdly, kau ingat photographer ni bukan manusia ke? tak payah nak guna duit untuk bagi makan anak bini semua? mereka pun ada kos yang mereka kena tanggung. Itu belum masuk kos equipment mereka lagi. 
BUKAN MUDAH JADI PHOTOGRAPHER

1) Kau perlu belajar dan terus belajar

Photographer bukannya lahir-lahir ke dunia terus pandai tangkap gambar. Sama juga macam kerja-kerja yang lain. Kau kena belajar banyak benda sebelum boleh tangkap gambar dengan baik. Kau kena tahu apa itu aperture, shutter speed, ISO, temperature dan sebagainya. Lepastu setiap tempat tu kau kena menggunakan setting yang berbeza untuk hasil gambar yang menarik. Itu baru cakap pasal setting dekat camera. Belum lagi nak cerita pasal simetri, angle, perspective atau positioning. Kalau nak tangkap gambar kena tengok juga susunan orang dalam gambar tu macam mana ataupun seimbang atau tidak objek yang ada dalam gambar. Aku rasa, photographer yang professional dia dah ada bayangan dah dalam otak dia nak susun dan tangkap gambar yang macam mana. Ada yang memang ambil jurusan tu di universiti dan juga ada yang menghadiri bengkel-bengkel untuk tambah ilmu. Siapa yang nak tanggung kos belajar mereka kalau mereka dibayar dengan harga yang murah?

2) Berhujan panas semasa majlis

Kadang-kadang kesian tengok photographer, kena berpanas ke sana sini bawa equipment dia untuk tangkap gambar pengantin kadang-kadang siap mandi peluh. Memanglah itu kerja dia, tapi kalau kita berada di tempat dia sanggup ke kita nak dibayar dengan murah? Kalau dia ada assistant tu takpa lagi lah, at least boleh bergilir-gilir untuk cover majlis pengantin. Aku jadi kesian bila tengok photographer tu sorang-sorang sahaja cover majlis dan kadang-kadang tak sempat makan pun weh (aku pernah juga jadi assistant photographer so aku tahu macam mana busynya photographer). Lepastu boleh pula ada orang datang yang acah-acah dia photographer power siap "tunjuk ajar" photographer tu untuk tangkap gambar macam mana. Bila korang dah hire photographer untuk majlis korang, silalah jaga kebajikan dia. Taknaklah orang mengata pasal majlis kita dekat belakang kita kan?

3) Banyak saingan

Sekarang ni dah ramai yang ada camera DSLR. Kau tak perlukan segulung ijazah pun dah boleh bergelar sebagai photographer. Bila semua orang nak jadi photographer, makin banyak pilihan yang pelanggan ada. So, dekat sini kau sebagai pengguna kena bijak memilih. Kalau kau nak murah, memang kau akan dapat yang murah tapi kau dah tengok ke hasil kerja dia? Kau percaya ke dia boleh siapkan gambar kau ikut tarikh yang ditetapkan? Kualiti gambar dia pulak kau yakin ke akan dapat setanding dengan gambar-gambar dari photographer hebat yang lain? Kalau tak yakin, better kau dapatkan khidmat photographer yang dah establish. Photographer yang tawarkan harga murah dan tak masuk akal ni biasanya hasil kerja dia setanding lah dengan harga yang kau bayar tu.

Makin lama makin unik trend orang tangkap gambar masa kini. Pada pendapat aku, seorang photographer harus sentiasa up-to-date dengan trend bergambar masa kini. Ada orang yang suka tangkap gambar berkonsepkan vintage. Ada juga yang suka menggunakan photo manipulation dalam gambar dia. Cabaran bagi seorang photographer ialah untuk muncul dengan satu idea atau konsep yang fresh untuk dijadikan sebagai identiti. Bila pelanggan tengok kebolehan photographer yang lain dari yang lain, inshaAllah ramai yang tertarik.

4) Banyak kerja

Siapa cakap kerja photographer ni mudah? bagi aku yang bukan seorang photographer pun aku tahu bahawa kerja sebagai photographer ni sangat banyak. Banyak proses-proses yang perlu dilalui sebelum dapat print gambar yang dah ditangkap tu. Kau bayangkan photographer kena hadap 500 keping gambar wedding client (contoh sahaja) dan pilih gambar-gambar yang terbaik. Kalau aku dah mati dah tu nak tengok satu-satu gambar tu hahaha. Lepas dah pilih gambar-gambar yang terbaik tu, kau kena edit pulak gambar-gambar tu. Nak edit tu bukannya senang akak-akak dan abang-abang sekalian. Nak dapatkan tone dan warna yang cantik tu bagi aku sangat menduga kesabaran. Kadang-kadang kita nampak dah lawa dah tapi bila save ternampak pula ada cacat cela sikit. Lepastu kena edit balik. Bayangkanlah berapa keping gambar photographer kena edit untuk siapkan album kau.

Nak edit gambar-gambar tu pakai apa? Of course pakai masa yang panjang. Bila dah siap edit gambar kau semua untuk dijadikan album, kena hantar pergi print pula dekat kedai (kalau ada kedai sendiri kira okaylah). Lepas dah hantar print tu photographer kena deal dengan tokey kedai pula untuk tunggu tempoh masa album tu siap. Kalau lambat nanti customer marah dah la duit untuk album tak bayar lagi, lepastu photographer juga yang kena dahulukan duit dia. Bila album dah siap, ada juga customer yang hilang entah kemana padahal duit tak bayar lagi untuk ambil album dia
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bagi aku kalau kau nak pilih photographer, pilih yang betul-betul kau rasa percaya dengan dia punya servis. Since sekarang ni memang ramai sangat orang buat khidmat ni, aku takut kalau hasilnya tak sama dengan apa yang kau expect. Aku dah baca banyak kes dah mengenai kualiti gambar yang mengecewakan daripada photographer. Ada juga yang dah kahwin 2 tahun album kahwin tak dapat-dapat padahal dak beranak sorang dah. Kalau kau rasa kedekut nak spend ribu-ribu untuk khidmat photographer, kau suruh lah kawan-kawan kau tangkapkan gambar. Memang hasilnya jauh beza dengan professional photographer tapi kalau dah rasa membazir sangat, macamtu jelah caranya. Tak salah pun berbelanja sikit untuk album yang kau akan tengok sepanjang hayat kau.

Siapa Photographer?
Di sini, aku tinggalkan gambar ni untuk kau baca dan renung-renungkan. 
Apa pandangan anda?
Terima kasih :)

70 comments :

  1. 'picit-pict kamera tu dah jadi gambar'

    w
    h
    a
    t
    !

    just like you said I'm still pissed even though I'm not a photographer. if you can't afford one then don't buy their service.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. Photographer pun bukannya main tekan je butang tu. Banyak aspek lain yang dia ambil kira sebelum tekan butang tu. Lepastu nak edit bagai ingat senang ke hmm..

      Delete
    2. If "picit-picit kamera tu dah jadi gambar" I guess the photographer won't charge you any cent. It really pissed me off.

      Delete
    3. Betul tu Farhanah. bukannya edit tu macam conteng-conteng atas ketas lukisan ja. Nak cari angle untuk tangkap gambar tu ingat senang ke kan. haih.

      Delete
  2. Baru jumpa gmbr tu kat twitter td. Mmg habis kena hentam lah kan. Entri ni memang tepat pada masanya. Sy nk edit gmbr guna kamera phone pun susah. Huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha syed jumpa gambar ni semalam. tu pasal terus tulis entry tu hahaha. Tahu takpa, saya pun tak berapa pandai edit pakai phone. pakai laptop juga the best.

      Delete
  3. betul tu syed. busyra stuju dgn pendapat syed.. kalau rasa mahal sngt, tangkap gmbar sndiri ja jgn upah photographer.. haaaa tetiba busyra pulak yg emo.. hehe. tak da la.. jgn la ingat photographer tu kerja yg mudah.. ada tu lepas snap pic dorang edit lg. sbb tu la harga tu agak mahal. normal la kan. kalau nak gmbar cntik. bayar pun cntik la kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, nak gambar cantik dan hasilnya gempak tapi tak nak berkorban sikit. Bukannya orang tu buat kerja sambil pejam mata. Banyak kot benda dia kena buat. haha.

      Delete
  4. Itulah kalau tak mampu tak payah guna service photographer.

    Snap aje gambar sendiri pinjam camera kawan/ adik/ abang ke pastu suruh arr... kawan ke adik ke abang ke yang ambilkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak betul tu. kalau rasa memang membazir dan tak mampu sangat cukuplah sekadar pinjam kamera orang suruh ja dia tangkapkan. jangan bising pula kalau hasilnya tak se'gah' mana.

      Delete
  5. kawan saya seorang blogger..

    pun sangat meminati photographer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia minat photographer mana tu? hehehe.
      Photography ke atau photographer ni.

      Delete
  6. Sangat kesian kalau dapat client jenis tak faham harga market.. Fikir nak murah je.. Sekarang ni semua benda mahal kot.. Kalau nak harga murah, patutnya pergilah dapatkan servis yang bagi murah tu.. Ni duk merayu kat photographer yang bagi servis professional..

    Husniey pun bukan photographer dan takde kena mengena pun. Tapi geram juga baca kes kes gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram kan? dah memang harga market dia macamtu. survey la kot mana pun lebih kurang ja. kalau berbeza pun, tengok pula dia punya portfolio and hasil-hasil gambar dia. Nak servis photographer professional memang mahal la kan.

      Delete
  7. Ayat dia yang picit2 jadi gambar tu, terdetik dalam hati, asal kau tak snap sendiri je.. Ehhh Panas pulak... -.-
    Dia tak fikir ke nak edit2 bagi gambar kau cantik, Ink nak print lagi, ingat murah...? Ehh.. Gerammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerammmmmm kan? boleh pula dia cakap "picit2 jadi gambar". kalau macamtu punya senang suruh la adik beradik je tangkapkan.

      Delete
  8. aduii senang ckp. sy pon sllu jd phtgrphr kawen ni. penat nya Allah je tahu. dengan perangai pengantin lgi. dengan panas lg, berpeluh tetiak kau. pengantin bukan semua sporting klau dah sporting nak sngt naya jugak nak kena layan amik gmbr smpai ke petang. byr ciput 400 600 ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat kan kehulu kehilir nak cover majlis diorang huhu. Lain client lain ragamnya. Sabar jelah haha, nak layan gambar sampai ke petang tu sepatutnya consider juga la waktu photographer tu.

      Delete
  9. elsa pun jumpa je gambar conversation tu. lepastu elsa terus baca dekat komen2 gambar tu huhu memang teruk lah customer tu kena hentam. yang tidak tidak dimintaknya ishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tahu takpa, memang padan muka lah kena hentam. tak logik betul alasan "picit-picit kamera" tu ha.

      Delete
  10. Replies
    1. haaa biarlah dibayar dengan harga yang berbaloi dengan usaha photographer tu.

      Delete
  11. hihi. tulah susah kowt nak dapat gamba lawa2. setiap photographer kena ada skills selain pekakas yg digunakan juga kamera yg mahal. gamba cantik sume bergantung pada skill. if skill takda tapi caj mahal mmg patut marahlah tp if kualiti sume okay kenalah bersyukur. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dan nak dapat skills yang power tu bukannya mudah. Kena banyak praktis dan belajar. Mana boleh tetiba terus hebat kan haih.

      Delete
  12. Terjumpa dkt Wechat, haha clients ni ckp kurang cerdik marah. Ingat photographer ni picit² jadi gambar je ke? Edit? Masa? Kamera? Free?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, takkan lah client ni tak terfikir langsung pasal tu? tak faham juga kadang2 manusia ni haha.

      Delete
  13. Amboi kalau tak sanggup bayar suruh je tetamu buat hashtag kat instagram, takpayah hire photographer. Kalau nak murah tanggunglah akibatnya, kekeke. Tapi kita as pelanggan tu, kalau rasa mahal jangan la cakap macam tu, usha la dulu beberapa photographer lain. Jaga sama hati orang.

    Photographer ni lagi satu cabarannya, nak deal dengan pengantin kayu. Nak kena ajar posing lagi. Fuhh cabaran tu. Jumpa pula pelanggan tak photogenic, lagi la pening.

    Bertabahlah photographer sekalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! buat hashtag lepastu save je gambar yang keluar daripada hashtag tu hahahaha. kalau buruk kau hadap jelah gambar tu seumur hidup.

      Setuju sangat tu mai haha. kayu, lepastu malu-malu lagi tu nak pose last2 banyak membazir masa untuk tangkap gambar yang menarik. Photogenic tu pun satu hmmm, betul juga tu mai.

      Delete
  14. Ada jugak baru ni baca kisah photographer kena tipu lah apa semua. Memang nampak macam kerja dia orang senang hakikatnya payah kot. Memang padanlah dengan harga yang dia orang charge kan. Kalau tak mampu tak payah hire photographer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada kawan photographer, client tu janji nak bayar duit album dia. Last2 sampai setahun takda dengar berita pun. Merata jugalah kawan saya contact dia untuk bayar. Bila dah viral, baru dapat bayaran penuh.

      Delete
  15. orang muda memang ramai involve this career kan. mmg boleh buat duit kalau rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupppp, ramai juga yang buat kerja ni sebagai part time.

      Delete
  16. wah.....ramai orng jadikan kerjaya photographer ni kerja part time kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sebab ramai orang perlukan khidmat photographer sekarang ni. rezeki tu sentiasa ada.

      Delete
  17. ada jugak baca pasal benda nie kat fb. setuju ngan syed, dia ingat senang ke nak ambik gambar cantik2. hahahhaa. cuba ambik gambar sendiri je macam tu, takpun mintak tolong family sendiri je ambilkan. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn complain banyak tapi still nak hire photographer. Kalau senang sangat macam yang dikata kenapa tak minta family sendiri sahaja yang tangkapkan. tu pelik tu haha.

      Delete
  18. Kalau kerja fotographer ni setakat picit-picit kamera je, senang la gitu. semua orang pun boleh jadi photographer kalau macam tu.
    Customer macam ni memang tak boleh layan sangat. Ingat nak jimat dia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tak payah ambil kursus and belajar bab kamera pun takpa kan. Kita pun boleh je tangkap gambar sendiri kalau macamtu. Betul tu, jangan dilayan sangat customer macamni haha.

      Delete
  19. macam2 peel orang.. kalo terasa dah mahal sangat tak payah ambik terus.. kan dah ada phone canggih ala2 dslr.. gunalah phone sendiri ..sekian.. :D

    pasal lazada tu kan ..nanti nak iklan tu kena tempek jugak kat blog .. macam blog akak .. ada jugak orang tak tepek apa pun .. :D.. kadang2 sampai iklan dah 6 bulan lepas tak tukar2. kat blog orang lain bukan blog akak ya .:D

    depend la, ada orang rajin buat entri.. promote kan.. bab commision tu akak pun tak reti nak cakap sebab income tak berapa sangat syed.. tak tahu jugak camner..hanya sebab orang klik ke atau apa.. maaf syed tertulis kat sini .. takut syed tertanya -tanya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak, kalau rasa mahal dan tak berbaloi tangkap je gambar sendiri. tak payah susah-susah fikir nak hire photographer.

      Ohhhh macamtu eh kak? sebab kalau akak pernah dengar involve asia, dia affiliate juga tapi dibayar kalau ada orang beli sahaja saya rasa. memang affiliate macamtu kot saya rasa. Takpa kak, thanks di atas pencerahan! :)

      Delete
  20. Nak gambar cantik-cantik.. bila bagi harga katanya mahal.. sedangkan kerja picit-picit je..
    Habis kos minyak dia ke majlis tak kira.. kos peralatan kamera yang dia bawa tak kira.. tu belum kira dia nak edit gambar bagi cantik lagi.. adoi ai.. bikin panas betul.. nie yang bercakap nie mesti masa sekolah dulu main je.. sivik mana sivik.. terus emo akak.. 😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa kak. kena fikir banyak kos yang photographer tu kena tanggung. Bukan fikir kos yang kita kena bayar sahaja. Memang bikin panas kak bila baca haha.

      Delete
  21. amboi marah nau syed pasal photographer ni hihi. tapi I 100% setuju. Kalau rasa mahal, boleh je decline secara elok dan cari yang lebih murah instead of cakap "takkan mahal sangat kot" macam lah diri sendiri tu faham sangat skop kerja photographer ni. Jenis kerja bidang seni ni memang dugaannya macam ni la. Orang tau nak persoal je 'kenapa mahal sangat' tanpa fikir penat lelah belajar benda tu untuk jadi mahir berapa lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha memang emo la baca tu. Geram je rasa haih. Tahu takpa, tak kisah la kerja apa2 pun dalam bidang seni ni. tak habis2 orang persoalkan harga. Kalau grafik designer pun lagilah kesian. Dia tak fikir orang belajar kot benda tu.

      Delete
  22. Ey geram pulak baca part picit picit dah jadi gambar

    ReplyDelete
  23. Alahai berkira sangat laaa .. nak yang best2 tmyg terbaik tapi berkira..susah la camtu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. tak boleh la berkira sangat. Benda tu kita akan simpan dan tengok seumur hidup kita kot.

      Delete
  24. Hahahha first impression masa terbaca conversation tu tak tahu nak gelak ke nak marah ke nak nangis. Rasa offer dah habis murah kot tu siap full pakej lagi. Aduh kelakar betul kan orang malaysia ni hehe (nasib identiti diri si komen ni orang dari istabul hahahahha) πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha itulah. rasanya dah murah dah tu tapi boleh pula dia komen macam tu. Memang buat orang emo betul la. Kalau tak dirahsiakan identiti mesti kena kecam dah tu.

      Delete
  25. bagaimana dengan blogger pula syed?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger pun lebih kurang ja senario dia tapi sebab syed tak pernah dibayar lagi untuk pergi event semua so I cannot comment much haha.

      Delete
  26. airah kahwin haritu pn compare bnyak juga la photographer.cuma kalau xsesuai dgn bajet xpyh la komen mcm2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, padahal boleh ja pergi survey untuk cari photographer yang bertepatan dengan budget dia.

      Delete
  27. ya, betul la tu 'picit2 je kamera dah jadi gambar'. tapi, kalau main picit2 hentam keromo ja kdg2 hasil gmbr tu tergegar, ada gmbr hasil mcm bygn hantu dll, sudut angle x cantik. kalau rasa mahal, suh ja la adik beradik, sepupu sepapat yg amik gmbr. jimat. mustahillah dorg x pandai picit2 kamera tu πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mana boleh main picit2 ja tanpa tahu angle yang sesuai semua. tah apa dia fikir tak tahu la haha. setuju sangat yang tu kahkah.

      Delete
  28. muja pernah habiskan duit RM1350 untuk photographer for my wedding. honestly, kecewa sangat dengan gambar, jerawat bertempek, warna pun, tak macam muja harapkan. tapi muja tak salahkan dia 100% sebab mmg mekap hari tu horror giler. gambar yang dia framekan, tersimpan je dalam almari. malu nak gantung. nasib baik dia baik. and i know dia baru. hajatnya, nak tulis review untuk servis dia. tak jadi. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm mesti sedih rasa kan muja. RM1350 kot invest. muja tak tengok dia punya hasil kerja dulu ka? biasanya kalau make up horror pun photographer ni boleh adjust kasi cantik tone gambar dia hehe. sedihnya simpan dalam almari ja, kalau tulis review yang tak elok karang kesian pulak sebab dia masih baru kan.

      Delete
  29. Well said syed.
    Bukan mudah untuk jadi photographer, byk kerja..
    Kalau rm1.7k tu dah kira murah la tu..
    Kat sini dgn pakej mcm tu nak juga rm2k...
    Kalau tak mampu, better no need la hire jurugambar,
    Nak hire, tapi semua nak murah..
    Kang bagi gambar low class, jurugambar pula disalahkan...
    Huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss kak, setuju sangat.
      apa-apa pun nanti photographer juga yang disalahkan huhuhu.

      Delete
  30. Nampak senang tapi semua tu nak kena ada kemahiran dan kretiviti... soh dia amek sendiri kalau nak murah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa. kalau takda kreativiti tak jadi juga gambar cantik2 tu kan.

      Delete
  31. Sampai ke harini, sangat sangat suka dengan hasil-hasil cst production, cst breed. Tapi itu mungkin lebih kepada video lah kot kan. Cumanya, nak cakap kat sini, memang betul kita kena tengok juga hasil-hasil n kualiti gambar photographer tertentu yang kita suka. Pastu keluarkan belanja sikit untuk gambar-gambar yang kita boleh tengok sampai tujuh keturunan pun! Kalau rasa bazir, baik tak payah hire langsung photographer and suruh je sedara-mara tangkapkan. Bukannya senang kerja photographer ni walaupun 'ketik-ketik butang kamera je' ey ehhhhh memandaiii je buat andaian. Tak baik tau! Orang tu (photographer) pun cari rezeki nak sara diri dengan family juga. Beragaklah sikit... Peace! ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes fairuz! Syed pun suka CST production bermula dengan video wedding dalam air tu. zaman 2010 dulu hehehe. hasil kerja diorang memang best la. kena tengok hasil kerja orang tu, and kalau worth it dengan harga yang dia tawarkan proceed jelah terus. Betul tu, kalau tak mampu suruh je adik beradik sedara mara yang tangkapkan. tetiba rasa macam fariuz sambung emo untuk syed kahkah!

      Delete
  32. bagi aida, kita jgn sesekali underestimate profesionalisme org lain.
    dia dgn bakat dan usaha.
    dgn masa dan tenaga. takkan la kita nak suruh dia caj murah.
    itu adalah kerjaya dia.
    hormat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. respect each other kan, kalau tak tahu skop kerja orang tu macam mana tak perlu sampai nak komplen itu ini.

      Delete
  33. Well said Syed! Betul kerja photographer tak mudah. Bukan setakat klik2 dan siap. Banyak benda dorang kena fikir nanye. Huhu. Belum lagi videographer. Lagi payah eh. Kalau bidang kreatif, siqah sanggup juga bayar asal kemampuan itu ada dan yang penting hasilnya bagus.

    Suami Siqah photoG dan videoG tapi kecil2an jela masa kerja. Tapi lebih kepada videoG. Siqah tengok dia buat kerja pun dah tak sanggup. Penat tu.. Tak tidur malam kalau nak kerja deadline πŸ˜” apapun dah kerja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Siqah, memang banyak sangat kerja. boleh tak tidur malam kot nak edit gambar semua tu. tapi malangnya dekat Malaysia ni orang ingat industri kreatif ni murah-murah dan senang kerja agaknya. semua nak bayar murah2 je.

      Delete
  34. Picit-picit memang jadi gambar tapi hasilnya.. Cam senang je menaip kan huhu

    ReplyDelete
  35. kalau nk murah pakai hp je selpie sendiri... tu bkn tkt murah FOC lg lawa ke x lawa x de sapa komplen... eee panas laaa pulak sy bc screenshot tuu

    ReplyDelete