Saturday, March 18, 2017

DISKUSI: TAK PERLU BELAJAR TINGGI PUN BOLEH BERJAYA

Tidak Perlu Belajar Tinggi Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan Hai,

Untuk entry kali ini, kita actually akan berdiskusi tentang satu perkara yang aku rasa tidak lagi asing buat kita semua. Aku letakkan "diskusi" di sini kerana, perkara yang bakal dibincangkan agak subjektif dan aku yakin setiap orang tu dia ada pandangan dia sendiri tentang isu ini. So why not you drop your opinion or thoughts in the comment section? nak komen panjang mana pun tak kisah kalau kau rajin. Aku sendiri pun akan tulis pendapat aku dalam post ni dan kalau kau rasa kau tak setuju dengan apa yang aku tulis, no worries. Bagitahu sahaja di bawah ya?

Pada pendapat aku, education merupakan satu benda yang penting. Kalau kau tanya benda apa yang aku akan tengok pada seseorang, aku akan tengok dia punya education dulu. It just that people with education appear to be really catchy and interesting in my eyes. Namun begitu, aku takdalah cakap yang aku tak suka atau pandang rendah dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi. Malahan, aku siap respect lagi orang yang tidak berpelajaran tinggi tapi berjaya pergi sejauh mungkin dalam hidup beliau.

Selalu dengar orang cakap "Eleh, tak payah belajar tinggi pun boleh berjaya la". Memang betul, aku akui kalau kau tak belajar tinggi sampai universiti pun kau BOLEH berjaya. Semua orang boleh berjaya even tanpa education background yang bagus pun kalau kau rajin berusaha dan ada X factor dalam diri kau. Contoh yang dah pun berjaya ialah Steve Jobs (pemilik Apple) dan juga Bill Gates (yang buat microsoft tu lah). Kejayaan dua tokoh ni bagi aku memang sangat memberi inspirasi kepada orang ramai. Tetapi bagi aku, bila kau gunakan alasan macamni sebagai tiket kau malas belajar, benda tu jadi macam parah la. Lagi teruk lagi bila kau malas belajar tapi takda pun nampak matlamat dan usaha apa yang kau nak buat untuk jadi BERJAYA dimasa akan datang.

Kau tak perlukan pelajaran yang tinggi untuk berjaya kalau...

1) Kau lahir dalam keluarga yang kaya raya dan ada bisnes sendiri

Kalau kau lahir dalam keluarga yang lengkap serba serbi, memang kau tak payah ada pelajaran yang tinggi pun. Cukuplah kau take over syarikat atau bisnes keluarga kau. Tapi aku still rasa kalau kau ada pelajaran yang tinggi, benda tu jadi macam bonus untuk diri kau sebenarnya. Sebab pelajaran itulah yang akan tentukan kau punya bisnes macam mana. Bila kau belajar lebih tinggi, kau akan jumpa dengan ramai orang dan kau akan belajar how to deal with people. Dalam masa yang sama, di universiti kau akan develop banyak kau punya soft skill. Tapi, sebab kau memang dari keluarga yang kaya, boleh kot nak attend short course macam Azizan Osman punya talk. Itu pun still dikira sebagai satu proses menuntut ilmu juga (nampak tak pelajaran tu penting?)

2) Kau dah cukup selesa dengan hidup kau

Lain orang lain dia punya tahap keselesaan, ada orang yang as long as dia cukup makan pakai semua pun dah cukup selesa dah. Tapi still pada pendapat aku, kalau dia usaha lebih dalam kerja yang dia ada sekarang, dia boleh berjaya. On the other hand, kalau dia ditahap yang sama sahaja sampai bila-bila, memang susah sikit la dia nak survive pada masa akan datang. We don't really know what might happen in the future. Tengoklah macam sekarang, kos sara hidup pun makin lama makin meningkat, barang pun makin lama makin mahal. Yang belajar tinggi-tinggi pun kerja untuk bayar PTPTN sahaja. *merenung nasib sendiri.

3) Kau rajin berusaha

Usaha ni antara benda yang paling penting sekali nak berjaya tak kisah la kalau kau ada pelajaran ataupun tidak. Allah akan bagi rezeki kepada mereka yang rajin berusaha. Aku ambil contoh orang-orang yang buat bisnes yang dah jadi jutawan sekarang ni. Diorang punya perjalanan dalam bisnes memang sangat aku kagumi. Ada yang dah mula berniaga sejak dibangku sekolah lagi bermula dengan jadi agen dropship. Ada juga yang jual alat-alat kecantikan di pasar malam, tetapi tengoklah ditahap mana mereka berada sekarang. That's the power of hard work. Jangan mudah putus asa, kalau kita tengok mereka boleh berjaya, kenapa kita tidak?

Kesimpulannya, jangan pandang rendah terhadap orang lain walaupun dia tidak berpelajaran tinggi macam kau. We don't know what future holds, mungkin satu hari nanti dia akan lebih berjaya dari kau? Walaubagaimanapun, jangan gunakan alasan "tak perlu belajar tinggi untuk berjaya" sebagai satu tiket untuk kau malas belajar. Untuk adik-adik lepasan SPM, teruskanlah menuntut ilmu, nak buat bisnes ke apa boleh, tetapi dengan pelajaran yang tinggi aku yakin korang semua boleh pergi lagi jauh. Setiap orang dilahirkan untuk berjaya! :)

Terima kasih kerana sudi membaca. Boleh komen di bawah apa pendapat anda mengenai isu yang diketengahkan kali ini. Mungkin pendapat kita berbeza? would love to read your take in this issue :) 

87 comments :

  1. Tak nak comment panjang, sebab mmg stuju apa yang dikatakan tu.. hehe and 1 more thing, mmg semua pendapat tu sama, haha and always tunggu you punya coretan tulisan kat blog nih. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading my two cents. btw siapa ni? lain kali mohon letak nama ya hahahha alahai.

      Delete
  2. Well said syed...sesetengah tak suka sambung belajar dan nak stay ditempat yang sama...but even WORST, sesetengah orang kita yang suka kritik orang yang sambung belajar tinggi...memang ilmu boleh datang dari pengalaman tapi tidakkah elok jikalau ilmu yang kita ada dikembangkan lagi untuk tingkatkan potensi diri kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mimpi aria. Saya setuju tu, lagipun pembelajaran dari pengalaman dan secara formal ni lain, kita tak boleh samakan dua benda tu. Apa salahnya orang nak sambung belajar tinggi untuk cari ilmu kan?

      Delete
  3. betul tue syed . tak semestinya kalau dah ada segulung ijazah dalam genggaman tak semestinya akan dapat kerja yang bagus , ada sesetengah tue ,,bila dah grad tanam anggur ja kat umah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. kena pandai pilih course dan pastikan diri tu ada soft skills yang lain. Company ni biasanya dia akan hire someone yang stand out dari calon lain.

      Delete
  4. Setuju dengan ayat terakhir Syed, bagi pendapat Ira sendiri tak cemerlang dalam pelajaran bukan bermakna berakhir segala kehidupan. Lagi lah dengan keputusan SPM yang baru keluar baru ni, mesti ada yang terkena judgemental lebih dan Ira cukup benci dengan manusia "mulut longkang" begini sebab Ira sendiri pernah alami situasi begitu (sorry to be rude). Rezeki Allah dah tetapkan cepat atau lambat tapi macam Syed kata, bukan tiket untuk malas dan takde kejayaan yang datang bergolek kan. Huhuhu. Sekian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ira, dapat sambung belajar, kerja semua tu bergantung kepada rezeki juga. Allah dah tetapkan rezeki kita tang mana. Samada cepat atau lambat. Kalau result teruk pun, tapi rajin berusaha inshaAllah kita akan dapat apa yang kita nak yang penting jangan give up dan malas hehe. Thanks bagi pendapat ira :)

      Delete
  5. ada pros and cons sebenarnya. tak belajar tinggi utk berjaya bkn utk semua org. ada yg tak nak belajar tinggi tapi gigih berusaha utk capai matlamat sendiri. tapi kalau malas belajar then malas jugak nak berusaha, mmg apa pun tak dapat lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi yang penting kalau kita usaha tak kisahlah samada kita berpelajaran tinggi ataupun tidak, kita akan dapat apa yang kita nak. Cuma education is a bonus lah.

      Delete
  6. Mrk yg berilmu brpelajaran tinggi miliki kelebihan tersendiri walau kelihatan xbegitu berjaya dlm kecapaian ekonomi...apapun perlu bljr setinggi mungkin soal rezki ketentuan-Nya dgn usaha tiada jemu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, belajar tinggi-tinggi dan selebihnya kita biar Allah yang tentukan rezeki. InshaAllah kalau kita dah berusaha, dapatlah apa kita nak kan?

      Delete
  7. sedikit perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Belajar tinggi2 kalau tak diamalkan ilmu yg ada pun tak berguna juga. Kalau belajar universiti terbaik dunia kalau pemikiran masih cetek pun tak berguna juga. Ilmu itu ada di mana2 saja. Yang penting hargainya walaupun tak tinggi mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jia. Ilmu itu memang ada dimana-mana, cuma kita sahaja yang kena rajin dan berusaha untuk mencari. Walaubagaimanapun, pendidikan secara formal bagi saya sangat penting bagi semua orang.

      Delete
  9. Good sharing..
    Selagi ada peluang utk belajar, go for it...
    Kalau yg tiada peluang utk belajar, it is ok, as long as find way to improve knowledge...
    jgn pandang rendah pada org yg kurang berpendidikan...yg berpendidikan pun tidak semua hebat..pendek kata, respect each other...
    But still, pendidikan itu penting...
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak, kalau ada ruang untuk belajar tolong jangan sia-siakan kan kak? Education is a must, don't left out.

      Delete
  10. Sngt setuju... Somehow kite kene equip diri kite dgn education... Biarlah org nk kata.. Ada degree to xdpt keje or dpt keje lmbt ke or even dpt keje xsetimpal dgn ijazah yg ada...sbnrnya level of education tu kdg2 or I can say most of the time yg influence cara kita befikir, buat keputusan, bergaul dgn org laim,etc.Iam not trying to say yg org yg belajar x tinggi xbgus, berfikirkn cetek me apa,mybe
    Diorg belajar melalui pengalamn or pdndikn xformal. For me,level of education is somehow added value to yourself.Bukan utk dpandang tinggi.to xlevel org berilmu diaku lebih tinggi Dr org yg berharta, ada emphasize dlm Al Quran pon. Just my 2cent.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said! your comment perfectly describe what I'm trying to say. Kita bukannya nak downgrade orang yang tak belajar tinggi, tapi memang there's a difference between them. Mungkin sebab bila kita belajar tinggi-tinggi kita banyak jumpa dengan ramai orang dan networking kita lebih luas so, added value dia kat situ kita boleh develop soft skills kita. Nice comment from you! :)

      Delete
  11. nah....saya kongsikan tips atau rahsia kejayaan pelajar KISAS yang merupakan sekolah ke 2 terbaik SPM 2016 dalam kalangan SBP...
    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/03/pengalaman-di-kolej-islam-sultan-abdul.html

    ReplyDelete
  12. setuju dengan post nie. kalau ada usaha adalah hasilnya. rezeki orang lain2. :)

    kalau ada peluang kejar la ilmu selagi mampu, bukan setakat nak dapatkan title 'belajar tinggi2' :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BV. Belajar tinggi-tinggi bukan untuk dipandang tinggi, tapi bagi saya untuk mencapai kepuasan diri. Rasa tak cukup lagi ilmu didada ni.

      Delete
  13. Setuju, dengan azam dan akhlak yang mulia serta gigih seseorang boleh berjaya dalam hidup.

    ReplyDelete
  14. Zaman skrg ni ramai yang kurang berpelajaran lebih berjaya dari yang berpelajaran. Sebab mereka usaha dan tekad utk ubah nasib mereka. Manakala si pandai ni dah selesa dgn diri mereka dan susah untuk berubah ke arah lebih baik. Itu selalu yang berlaku dan kak ana dah nampak beberapa kes mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. itupun saya setuju juga. Bila dah selesa sampai tak nak ubah diri untuk lebih maju tu susah juga kan? saya pun banyak tengok macamtu. Last2 rugi ja belajar tinggi2.

      Delete
  15. So far, takda bangkangan with your points.. haha.. To me, it's all about your efforts and how you manage your life.. Kalau kaya, tapi tak berusaha nak majukan diri, macam mana nak maju.. kan? I do respect those yang takda pelajaran but yet, they manage to achieve a success in life.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh thanks Anis. Betul tu, usaha kita yang menentukan kejayaan kita. Kalau tak berusaha macam mana nak berjaya kan? Saya pun respect juga orang yang boleh berjaya walaupun tanpa pendidikan yang tinggi.

      Delete
  16. betul. asalkan kita tahu jalan yang nak dituju

    ReplyDelete
  17. For me, kita belajar bukanlah semata utk dapat kerja bagus. Yg tak belajar tinggi2 pun blh berjaya jugak. Cuma yg memilih utk belajar ke peringkat lebih tinggi tu, sebab nak tambah ilmu & pengetahuan. Yela, ilmu ni luas. Kadang2 lg byk kita blaja, lg byk yg kita taktau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, belajar tinggi-tinggi bukannya untuk dipandang tinggi. Bagi saya, bila kita ada pelajaran yang tinggi, ilmu kita lebih luas and they way kita tengok dekat sesuatu perkara tu pun lain.

      Delete
  18. betul.. kalau allah nak bagi rezeki, dia tak tengok spm, degree atu phd..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Allah tengok apa? Usaha. Sebab itu pentingnya kita berusaha untuk dapat apa yang kita nak.

      Delete
  19. Setuju 100% pokok pngkl pd usaha Kita... Cuba tgk skunk ni brpe ramai pemegang ijazah yg m'anggur gara2 m'gejar pekerjaaan setanding dgn apa yg diaorg ada ... USAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cikna. Saya tak pasti la sama ada peluang kerja memang betul2 tiada ataupun graduan yang memilih kerja.

      Delete
  20. My personal opinion ,, win -win situation laa. BETUL apa syed bagi tahu tu... tapi rasanya nak kata kalau tak ngaji tinggi pun boleh berjaya kena tengok EFFORT seseorang tu macam mana.. .. TAK NGAJI TINNGI tapi dia ada effort untuk meneruskan pada tahap achivement paling tinggi .. macam jugak yang belajar sampai habis degrre, master or phd.. pun ada effort jugak kan..

    Masing - masing dah rezeki Allah tetapkan... yang penting dont underestimate each other

    Jangan yg x ngaji tinggi condemn yg ngaji tinggi.. yg ngaji tinggi2 pon 2 x 5 dok condemn hahah.. nanti 2 dua dah tak betul otak jugak hihi


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, usaha sahaja yang membezakan kita ni. tapi still bagi saya orang yang ada education lebih tinggi ni dia punya cara melihat sesuatu perkara tu berlainan. Cuma janganlah nak pandang rendah dekat orang yang tak belajar tinggi kan hehe.

      Delete
  21. Betullah apa Syed tulis.. Sangat terkesan sebab pernah dengar orang kata begitu. Zaman sekarang tuntutan kos sara hidup tinggi, bila nak belajar hingga ke menara gading perlu kos tinggi tambahan pula asal dari keluarga susah. Jadi ramai yang tercicir sebab x sanggup tengok keluarga hidup susah. Apa yang penting usaha, pelajaran penting untuk perbaiki kehidupan dan cara hidup. Ada yg berpelajaran tapi perangai macam x belajar itu pun x guna. Pelajaran dah jadi sinonim utk dapat kerja bagus, tapi itu dulu bukan sekarang. Jadi kena pandai bawa diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak, sekarang ni kalau ada pelajaran tinggi pun macam tak kemana juga kalau takda usaha. Dah banyak orang yang berkelulusan tinggi tapi still menganggur. So, belajar just for the sake of getting knowledge and kalau usaha lebih inshaAllah dapat kerja yang diidam-idamkan sesuai dengan kelayakan yang kita ada.

      Delete
  22. boleh dah syed jadi counselor ne hehe

    ReplyDelete
  23. Sangat setuju dengan Syed.

    Honestly, sangat kagum dengan kawan-kawan yang berjaya dalam bidang masing-masing dengan/tanpa segulung pengiktirafan dari Ipta/ipst.

    Yang penting berjaya kan. dan untuk berjaya kena usaha, tak ada kejayaan datang bergolek untuk pemalas, kalau ada pun sebagai ujian je.

    Tapi sangat menyedihkan apabila segelintir yang berjaya tanpa perlu berhempas pulas kat ipta/ipts menyindir seperti "apa guna ada ijazah, habiskan duit mak bapak, kerja kilang juga..." yada yada yada.

    Tolonglahhh berhenti... kita tak tahu apa yang Tuhan aturkan pada masa depan. Dunia kan bulat.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak perlu memperkecilkan orang lain pun kalau kau kita dah berjaya. Mana tahu di masa akan datang orang yg kita kecilkan tu jauh lagi berjaya daripada kita. So, konklusinya respect each other regardless of what certificate you have.

      Delete
  24. betul ! setuju !

    Tapi, sebenarnya nak berjaya tu pun kena ada ilmu.. even tak belajar sampai masuk U, still kena belajar.. belajar dalam bidang where you are in it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sebab itu saya cakap pelajaran itu penting. Kalau belajar lagi tinggi, itu bonus lah untuk kita hehe.

      Delete
  25. yep, saya setuju. jangan jadikan "tak perlu belajar tinggi pun boleh berjaya" lesen untuk ponteng sekolah, tidur dalam kelas, sakitkan hati cikgu dan bla bla bla

    ReplyDelete
  26. Pada pemerhatian saya, berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akademik tidak semestinya boleh berjaya dalam hidup kerana kelulusan tinggi itu tidak dapat di memanfaatkan. Contoh nya mereka yang kurang pengalaman kerja walau pun ada master atau phd belum tentu boleh berjaya dan hidup senang. Bagi mereka yang hanya mempunyai diploma atau first degree sahaja yang banyak pengalaman kerja kemudian mengambil peperiksaan kecekapan atau menduduki professional exam akan lebih berjaya.
    Pelajaran tinggi itu penting tetapi tengoklah belajar apa, kelulusan bidang apa.Kalau berderet sijil tetapi tidak laku mana boleh berjaya dalam hidup.
    Dari sekolah lagi pelajar kena ada visi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat! Memang yang kurang pengalaman kerja susah company nak hire. Belajar tinggi2 ni lebih kepada mencari ilmu dan meningkatkan kita punya skills dalam sesuatu bidang itu. Soal rezeki ke atau apa-apa, inshaAllah ada bahagian kita kalau dah usaha.

      Delete
  27. wah good sharing...suka baca pendapat anda syed

    ReplyDelete
  28. Betull.. setuju.. tak payah belajar tinggi kalau dah keluarga kaya raya, semua harta benda dah ada 😭😭

    Tapi pada Husniey pelajaran sebenarnya sangat penting.. Kalau kita tak berilmu kota akan diperbodohkan oleh orang orang 'pandai'

    Belajar ni luas.. Belajar aje setakat mana kita mampu.. Tentang kerjaya, usahalah sebaiknya. Tak dapat kerja best pun akan ada banyak lagi kerja lain yang halal. Usaha doa dan tawakkal tu penting 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berpendapat yang sama. Pelajaran penting bukan untuk kerjaya sahaja. Tapi membantu kita dari segi macam mana kita berhadapan dengan dunia sekarang. Soal rezeki tu kita serahkan kepada Allah. Kan?

      Delete
    2. Ya Syed betul tu. Apa pun usaha dulu. Ilmu tu sampai liang lahad kena cari ~
      Tak semestinya ilmu dunia 😊

      Delete
  29. Ilmu ALLAH ni kalau dakwat pen tu ibarat air lautan ni takkan pernah habis. :) For me, EDUCATION is very important. Usaha dulu, doa dan bertawakkal. Kalau tak penting, takkan lah ada ayat di dalam Al-Quran dari yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W.

    IQRA' - Bacalah
    Bi ismi rabbi kallazi kholak - Dengan nama tuhanmu yang menciptakan

    Akak pernah discuss issue ni dengan husband- Bill Gates tak belajar tinggi, business berjaya sebab memang lahir dari family loaded dah. Tak aciii! hahahah~

    Tapi tuhlah, kadang ada orang dah belajar rajin-rajin tapi rezeki belum berpihak kat dia kan. Mungkin, ALLAH nak bagi lagi terbaik untuk dia. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan kata-kata akak ni! Sangat bernas. Memang kita digalakkan untuk menuntut ilmu kan. Itulah kak yg saya cakap, kalau memang keluarga kaya tak payah nak belajar tinggi2 pun. Ada usaha dan matlamat boleh la. Tapi kalau ada education, itu bonuslah bagi dia. Agak tak aci juga disitu hehehe.

      Betul tu kak. Kadang2 belajar sampai master tapi masih takda peluang lagi nak bekerja menggunakan kelayakan yang dia ada.

      Delete
  30. Setuju sangat-sangat. Kita tak boleh pandang rendah pada orang hanya kerana dia tidak/kurang berilmu. Pada masa yang sama, tak bolehlah guna alasan'tak payah belajar tinggi-tinggi' dan simply berharap kejayaan datang bergolek pada kita.

    Lagipun, bila buat sesuatu perkara dengan ada ilmu lebih sedikit,...lebih baik kan...Malah agama kita menganjurkan kita untuk menuntut ilmu, cari ilmu dan akan diberi beberapa ketinggian darjat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said Farah. Kalau ada ilmu lebih sikit tu lagi baik la sebab dgn adanya ilmu yang tinggi, banyak membantu kita dalam pelbagai perkara. Cara kita bekerja, bercakap dan bersemuka dengan orang pun berbeza kalau kita ni jenis yg berilmu tinggi. Tapi yang jenis bongkak tu memang tak tahu nak kata apa.

      Delete
  31. Sama jugak macam orang dulu-dulu punya ayat gila diskriminasi, "orang perempuan tak payahlaaa nak belajat tinggi-tinggi, nanti kat dapur juga tempatnya". Noooo! Tak betul tu. Dengan ilmu lah base untuk kita bentuk diri dan peribadi. Memasak pun kalau tak ada ilmu dapur nih, mampu ke nak mask sedap-sedap? Kalau amik dari konteks yang tak berpelajaran tu pun boleh berjaya, mereka tu semua pun mesti terdedah dengan pembelajaran secara tak langsung juga. Mustahil lah terus-terus berjaya je tanpa tempuh susah-susah dulu. Dari susah tu lah develop semangat, positivity, amik iktibar (pengajaran). Haa... Logik kan kat situ. Huhu.. Lagipun, sepanjang hayat kita memang akan sentiasa belajar belajar dan belajar. Tak kira dari aspek apa sekalipun. Teringat juga satu kata-kata ni dari Imam Syafie, "bila kamu tak tahan penat lelahnya belajar, maka kamu akan tanggung peritnya kebodohan". Jadi, hidup kita dengan ilmu memang berpisah tiada. Sampai akhir hayat. ❤

    P/s:- Habis dah komen panjang lebar si tukang karut. Bhahaha 😂✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said fairuz! Memang orang dulu-dulu cakap macamtu kan? Tapi sebenarnya dengan education tu lah yang menentukan size dapur kita tu besar mana. Betul tu, memang dunia tempat kita belajar. Setiap hari pun kita akan belajar satu perkara baru walaupun secara tak langsung. Perbezaan dia, kalau kita ada formal education, kita akan belajar dari aspek yg berbeza dan lebih mendalam. So, selagi ada masa belajar, teruskan belajar dan soal rezeki dan kerjaya tu inshaAllah ada rezeki kita sekiranya kita berusaha.

      Delete
  32. Well said!
    Pendek kata nak berjaya perlu rajin berusaha x kira berpelajaran tinggi atau tidak. Takda pelajaran tinggipun kalau tak rajin berusaha utk berjaya atau mahu kehidupan yg senang takkan ke mana. Begitu juga dgn ssorg yg berpelajaran tinggi, malas berusaha tetap takkan mampu gapai kejayaan.

    Good sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, memang kalau ada usaha pun boleh berjaya tapi kalau ada usaha plus ada pelajaran yang tinggi itu satu bonus buat seseorang individu tu. :)

      Delete
  33. Ada satu kata-kata like "tak semestinya pointer tinggi tu kerja bagus dan rajin" ini pon diskriminasi and alasan untuk tak perlu rajin belajar and skor pointer tinggi. Honestly lah kan, budak pointer tinggi ni memang belajar rajin, that's why boleh skor pointer tinggi and kerja pon bersungguh. Siapa je yang nak sia siakan pointer yang tinggi tu kan? So stop stop la mengata yang pointer tinggi tu tak bermakna kerja bagus because mostly, diorang memang bagus. Dan tipulah employer tak tengok pointer for first impression masa tengok resume. So dah belajar tu, belajar bersungguh and stop having mind set yang "tak perlu pointer tinggi pon boleh dapat kerja"

    ReplyDelete
    Replies
    1. They give such excuse to make them feel good. Dah la sendiri malas belajar, lepastu bila orang lain pointer tinggi dia nak perkecilkan usaha orang tu pulak. Tak tahu juga orang macamni apa masalah dia sebenarnya. Employer memang akan tengok personaliti, soft skills, working experience kita semua. tapi having a good pointer reflect yourselves as well. Setuju sangat dengan Lya! :)

      Delete
  34. Totally agreed! Betul jangan pandang rendah dengan orang yang tak ada academic background sebab boleh jadi nanti dia akan lebih bagus pada kita. Cuma zaman sekarang, mostly nak tengok kelulusan akademik bila nak apply kerja. Semua orang boleh berjaya sebenarnya, asalkan ada kemahuan nak ke arah itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ada kemahuan and usaha semua orang boleh berjaya. Cuma bagi syed kalau ada education yang tinggi, itu satu plus point untuk kita.

      Delete
  35. sebenarnya apa yg paling penting adalah usaha.. masuk la universiti skali pun kalau tak berusaha tak berjaya jgk.. dan biarpun hnya ada segulung spm tp kalau usaha tak pernah berhenti, pasti akan ada ganjarannya nnti.. dan selalulah berdoa.. ingat satu benda, yang allah tak akan biarkan hambaNYA menadah tangan begitu lama dan dibiarkan tangan itu kosong tanpa ada isinya kelak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said busyra, yesss memang usaha tu sangat-sangatlah penting kalau nak berjaya. Tapi at the same kalau ada education yang tinggi + usaha, itu merupakan satu bonus untuk seseorang individu.

      Delete
  36. setuju dgn tajuk & keseluruhan isi entry ni. tapi skrg ni; belajar utk dapat keja, keja utk bayar hutang bljr 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hahaha. dah nak pencen barulah hutang belajar tu habis.

      Delete
  37. Belajar tu penting.. setinggi mana kau mampu, kau pergi.. Namun dalam masa yang sama, ada juga yang tak berkemampuan dan juga tak berapa nak pandai, maka janganlah kau berputus asa.. rajin kan diri untuk berusaha pasti berjaya.. Kejayaan bukanlah diukur melalui kekayaan tetapi bagaimana kau berusaha untuk berjaya.. kalau kau rajin, gigih dan tidak berputus asa maka kau adalah orang yang berjaya.. just pandangan akak.. ilmu tu datang dalam banyak bentuk, nak dengan tak nak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said kak! saya setuju sangat dengan apa akak cakap. Kalau tak mampu dah nak belajar, yes teruskan usaha. Depends pada seseorang individu lah kan :)

      Delete
  38. Setiap orang mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Setiap orang jugak punya rezeki yg telah Allah tetapkan dengan syarat kita berusaha. Ilmu tak akan habis, harta lama kelamaan akan habis kecuali dibuat jariah. Apa pun semoga kita menjadi hamba yg bersyukur dan sentiasa diberkati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice one kak, suka part harta makin lama makin habis tetapi ilmu tu tak akan habis. Itulah menunjukkan kepentingan ilmu. So, teruskan mencari ilmu. InshaAllah boleh berjaya.

      Delete
  39. ada ijazah ni bukan penentu. ramai yg keluar dgn ijazah tp kerja lain2 lari dr course yg diambil tu... dan tak nafikan jg ramai yg berjaya wpn x belajar tinggi. billionaire dunia ramai yg mcm tu... yg penting usaha dan kesungguhan di mana ada jln di situ ada highway..eh eh... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul sangat tu anies. Tapi kalau pergi bidang lain pun, ada usaha nak majukan diri dia dalam bidang tu inshaAllah boleh berjaya kan? :)

      Delete
  40. betul sgt tu syed oiiii.. dah ramai yg tak berpelajaran tinggi dah pown berjaya.. berjaya lebih dari yg berpelajaran tinggi..

    Pape pown semoga cikgu syed kite ni terus berjaya dalam hidup didunia dan diakhirat.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  41. Ilmu tu bukan kat buku je...nk wat apepun kne ade ilmu.tapi beza gile kalau orang tu kurang berilmu dgn berilmu.yg penting kite jdi org yg baik terhadap kawan ngan keluarga.kite hidup xlame bro...bende2 tu sume degree nk selamatkan kite bile time susah nnti.

    ReplyDelete
  42. Pada pendapat saya niat semasa kita menuntut ilmu tu penting, kalau masa kita ke Universiti tu target nak ada degree dll, sahaja supaya orang pandang tinggi, individu tu akan guna pelbagai cara (walaupun menipu) janji dapat apa yang dia nak. Tapi kalau kita niat Belajar tinggi nak jadi berilmu supaya boleh tolong orang supaya boleh keluar dari kejahilan supaya boleh berukhwah, InsyaAllah ilmu tu akan meresap dan kita rasa sangat menghargainya. Mungkin orang yang berpelajaran Tinggi tapi kita tengok dia tak kaya, tak popular tapi disebalik tu kita tau ke apa sumbangan dia pada masyarakat..sesetengah doktor sanggup berkorban menyertai misi kemanusiaan di negara bergolak dan miskin, beliau tidak kaya tidak popular di mata manusia , tapi Allah memandang tinggi pada jihadnya. Lihat juga ilmuwan yang tidak kaya tapi hasil pendapat dan pemikirannya wujud sebuah badan yang memberi manfaat kepada ramai manusia..Itulah gunanya Pendidikan tinggi. Bukan untuk senang didunia semata tapi juga senang diakhirat.
    Anak beruk di tepi pantai
    Pandai melompat Pandai berlari
    Biar buruk kain dipakai
    Asal hidup pandai berbudi

    ReplyDelete