Wednesday, May 6, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI


Assalamualaikum and Hello!

Blog aku sejak bulan Ramadan ni dah macam blog mak-mak ya. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempoh PKP haha. Aku harap korang semua hadap jelah dengan segala juadah yang aku nak buat ni. Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal resipi donat gebu!
Actually aku ada terbaca dekat satu blog (tapi tak ingat blog siapa) pasal resipi donat ni. Aku tak save pula link blog dia. Cuma ingat dalam otak ja. Lepas baca post dia, aku jadi macam nak try la sebab ada bahan dia yang "rare" sedikit hehe.
RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
 BAHAN-BAHAN

- Yis (15 gram)
- Fresh Milk
- Susu Pekat Manis (2 sudu)
- Marjerin/Butter (2-3 sudu)
- Gula kastor
- Tepung Gandum (500gram)
- Garam (secubit)
CARA-CARA
1) Masukkan yis serbuk ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan air. Biarkan selama beberapa minit (jangan biar lama sangat okay?). Kacaukan yis sehingga ia hancur.

2) Kemudian, masukkan 500gram tepung gandum ke dalam bekas (bekas ambil yang besar sedikit supaya memudahkan proses menguli doh) diikuti marjerin, susu pekat, garam dan juga fresh milk. 

3) Bila dah campurkan semua bahan yang disenaraikan, uli semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Jika adunan keras, tambahkan fresh milk ke dalam adunan. 

4) Setelah selesai menguli doh, biarkan doh selama 30 minit (benda ni actually depends on yis kau. Kalau yis elok, sekejap ja doh akan kembang. Kalau tak elok, biar sejam pun doh tak nak naik)

Hasilnya apabila doh sudah kembang dan sedia untuk diacukan
5) Seterusnya, bulat-bulatkan doh tersebut sebelum kita tekap menggunakan acuan donat

Untuk tak nak bagi doh melekat di acuan, golekkan doh ke atas tepung dan tekapkan dengan acuan
6) Selesai diacukan, tunggu dalam 5 ke 10 minit sebelum menggoreng.

Donat yang telah selesai diacukan. Adunan ni dianggarkan boleh menghasilkan 30-40 biji donat kot?
Donat harus digoreng dengan api yang sederhana besar. Sambil tu rajinlah balik-balik kan donat tu kalau tidak warna dia gelap la sikit hehe


Gaulkan bersama gula kastor apabila sudah selesai! Kalau nak letak topping coklat pun boleh. Ikutlah masing-masing punya selera hehe. Tapi aku akui la resipi ni memang menjadi sebab donat ni LEMBUT SESANGAT. Aku buat ni untuk berbuka puasa, now dah pukul 2 PAGI still lembut. Aku rasa sebab kandungan fresh milk tu dia menjadikan donat ni lembut. Aku sangat berpuas hati dengan donat aku harini hehe. Sebab donat ni banyak sangat, aku dah sedekahkan kepada jiran-jiran dan juga sedara aku yang duduk satu taman perumahan dengan aku ni. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca dan Selamat mencuba! 

Tuesday, May 5, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI ROTI JOHN PALING SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi!

Bila bulan Ramadan tiba, ada dua juadah yang kita memang tak boleh miss. Kedua juadah itu ialah Murtabak (Resipi Murtabak Daging) dan juga Roti John. Aku dah cuba untuk buat murtabak pada entry yang lalu (boleh la check dekat sidebar tu). Kali ini aku nak cuba untuk buat Roti John pula. Yang menariknya, Roti John aku kali ini memang aku tak refer dekat mana-mana resipi. Aku buat ikut citarasa aku sendiri dan hasilnya memang sedap! 

RESIPI ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN

- Roti (kalau ada roti panjang yang besar tu lagi bagus)
- Bawang Holland (setengah biji) *dipotong dadu*
- Bawang Putih (4 ulas) *dipotong dadu*
- Lada (depends on level kepedasan kau)
- Daun sup 
- Burger Daging (pastikan Ramly! baru beli)
- Seasoning 
- Telur (5 biji)
- Daging Cincang (200g)
- Kobis 
- Mayonnaise (mayonis lah tu)
- Sos Cili
PENYEDIAAN INTI DAGING

1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. (minyak tak perlu banyak sebab nanti minyak dari daging cincang akan keluar ya)

2) Kacaukan sehingga bawang-bawang tersebut layu dan berubah warna. (kau kena rilek ja masa ni, jangan terus masuk daging, tunggu ja sampai dia warna coklat sikit)

3) Kemudian, masukkan daging cincang ke dalam kuali dan juga hirisan lada merah. Kacau sehingga tekstur daging dan warnanya berubah.

4) Masukkan juga sedikit garam dan perasa (in this case aku guna Maggi cukup rasa) secukup rasa. Kemudian kita sprinkle kan sikit dengan lada hitam.

5) Bila rasanya telah sempurna, boleh diangkat daripada dapur.


6) Bila dah selesai buat inti daging tadi, ambil beberapa keping daging burger dan masakkan terlebih dahulu.  Pastikan kau letak sedikit marjerin di atas kuali. Semasa memasak daging, letakkan sedikit seasoning di atas setiap daging dan juga sprinkle sedikit black pepper supaya rasanya lebih sedap (aku selalu perhati orang jual burger and that's how they do it!)

7) Pastikan kau memasak dengan api yang sederhana supaya tekstur dan warna daging masih dalam keadaan yang cantik (manusia kan suka yang cantik-cantik. heh.)
PENYEDIAAN ROTI JOHN

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti daging yang telah disediakan, perasakan dengan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam. Turut dimasukkan juga daun sup yang telah dihiris halus dan kacau bancuhan sehingga sebati.


2) Menggunakan kuali leper, letak sedikit marjerin di atas kuali. Apabila marjerin telah cair, tuangkan bancuhan telur bersama inti daging di atas kuali

3) Potong roti panjang kepada separuh (pastikan tidak putus ya) dan telekupkan roti tersebut di atas bancuhan telur sebentar tadi (boleh rujuk gambar di atas). Tekan sedikit roti supaya ia mesra dengan bancuhan inti daging tersebut.

4) Tunggu selama 2 ke 3 minit, sapu sedikit marjerin di bahagian atas roti. 


5) Terbalikkan roti ke bahagian yang lain pula. Pastikan anda tidak membiarkan roti tersebut terlalu lama. Bahagian atas dia tu cepat masak, kalau biar lama sikit nanti hangus la jawabnya haha (actually aku pun overcooked sebab aku busy sangat multi-tasking! hahaha)


6) Seterusnya, kau boleh letak sos cili, mayonis, kobis dan sayur-sayur yang diminati ke dalam roti yang telah siap dimasak. Macam aku, aku tak berapa gemar sangat tomato dan timun. So, untuk sayur aku cuma letak kobis haha. Letakkan juga daging burger yang telah dimasak tadi. Jika anda penggemar cheese, boleh juga untuk letakkan bersama.
ROTI JOHN TERSEDAP DI DUNIA SEDIA DIHIDANG! 

Walaupun presentation OUT sikit sebab aku overcooked (tulah, busy sangat tengok phone) tapi SERIOUSLY RASA DIA SEDAP. Menyesal pula terbiar lama atas dapur. Dah hitam sikit rotinya tu. Kalau beli dekat kedai biasanya dia akan guna kari tapi aku tak suka kari dalam Roti John sebab nanti dia akan rasa macam murtabak. That's why aku come up dengan resipi ni and it turned out GREAT! 

Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba!

Monday, May 4, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI POPIA CARBONARA CHEESE SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi! 

Okay first of all, mula-mula aku quite confused nak eja popia ni as popia or popiah. Nasib baik aku macam bijak sikit harini so aku Google la dulu untuk tahu ejaan yang sebenar. Menurut kamus dewan edisi ONLINE (HAHA), ejaan yang sebenar ialah POPIA yang membawa maksud "kuih yang berinti sayur-sayuran". Tapi sekarang ni kan zaman dah moden, we don't need SAYUR anymore! ALL WE WANT IS CHEESE! Nasi Lemak Cheese contohnya hahah gurau ja.

Entry aku kali ini aku akan membebel sikit la pasal cara nak buat Popia Carbonara Cheese. Resipi ni sangat simple dan cepat untuk disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Boleh ambil buku nota dan catat resipi ni sekarang! haha
BAHAN-BAHAN

 - Kulit Popia
- Bawang Holland (1 biji dipotong dadu)
- Bawang Putih (4 ulas dipotong dadu juga)
- Sosej Daging (pastikan jenama Ramly!)
- Isi Ayam (ataupun boleh masukkan daging/ayam cincang)
- Sos Carbonara 
- Cheese Slice (2 ja, jangan letak semua pula)
- Lada (aku letak lada tapi takda la dalam gambar ni haha)
CARA-CARA
1) Panaskan minyak dalam kuali dan setelah panas, masukkan hirisan bawang besar, lada dan bawang putih. Tumiskan sehingga bawang tu bertukar warna dan layu sedikit.

2) Kemudian masukkan isi ayam yang telah dipotong halus. Kalau kau nak guna daging cincang atau ayam cincang pun okay. Next time kalau aku buat aku nak guna daging cincang pula.

3) Setelah isi ayam bertukar warna dan tekstur, masukkan pula potongan sosej daging Ramly tadi dan kacau selama beberapa minit. To be honest, Ramly punya sosej ni sedap gila. Rasa dia tak sama macam kita makan sosej jenama lain. Memang agak mahal la tapi rasa dia okay and I guess dia macam sihat la sikit kot? hehe.

4) Setelah semuanya telah masak dan bertukar warna, masukkan Sos Carbonara. Oh ya, aku salah beli tu! aku terbeli sos Mac and Cheese! HAHA tapi okay la sedap juga rasa dia. Kacau selama beberapa minit.

5) Masukkan pula Cheese Slice ke dalam kuali dan kacau sehingga cheese tersebut cair.

6) Seterusnya, masukkan garam dan gula serta perasa tambahan sehingga secukup rasa. Kacau sehingga campuran garam tadi larut and we're done!

7) Tunggu sehingga inti tersebut sejuk, dah sejuk sikit baru boleh kita gulung.
MENGGULUNG DAN MENGGORENG

Part nak menggulung tak lah aku tunjuk sebab aku rasa semua orang tahu kot nak gulung popia? haha. Kalau tak tahu, ikut la kau nak gulung cara macam mana asalkan nampak bentuk popia tu kira halal lah okay? Lepastu lekatkan dia dengan telur. Kalau buat banyak-banyak boleh letak dalam peti, bila nak makan kita ambik ja dari peti and goreng. Ataupun bila tetamu datang rumah dan kau tak tahu nak hidang apa, buka ja peti ais dan gorenglah popia tersedap ni! confirm tetamu kau datang rumah tiap hari lepasni kahkah.

Actually benda ni senang sangat nak buat, cuma part nak menggulung tu ja maybe leceh la bagi sesetengah orang. Kalau dah expert, sambil pejam mata pun boleh siap okay! haha. Bahan-bahan tu semua kau boleh adjust ikut citarasa kau. Mudah bukan?

TADAAAAA! SEDIA UNTUK DIHIDANG KEPADA MAKWE, PAKWE, TUNANG, SUAMI ATAU ISTERI ORANG KORANG 



Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba! :) 

Saturday, May 2, 2020

TUTORIAL MEMBUAT SOALAN SENDIRI DI QUIZIZZ


Assalamualaikum dan Hello!

Bagi guru-guru yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan Quizizz, mai sini sekejap saya nak cerita serba ringkas. Quizizz ialah satu website di mana kita boleh bermain kuiz secara interaktif bersama murid-murid. Pada pendapat saya, ia sangat mudah digunakan dan diakses oleh murid-murid dan apa yang penting ia sangat menyeronokkan! Membuat soalan di Quizizz ini sebenarnya jauh lebih mudah kerana penggunaan grafik dan interface websitenya yang menarik.

Entry kali ini saya akan ajar anda langkah-langkah dan cara-cara untuk membina atau membuat soalan anda sendiri di Quizizz. Jangan risau, saya akan pastikan saya menulis secara terang dan jelas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pembacaan anda. Saya akan bahagikan penulisan saya mengikut langkah-langkah supaya lebih teratur dan senang untuk dibaca.
LANGKAH 1

Terlebih dahulu, anda perlu membuka akaun baru di https://quizizz.com/


Selepas itu, click "create a new quiz" seperti dalam gambar di atas. Anda boleh click antara dua kotak merah di atas. Pilih la yang mana berkenan di hati cikgu.
LANGKAH 2

Berikan nama kuiz anda contohnya seperti gambar di atas yang diberi nama "Grammar lesson" dan pilih subjek berkaitan dengan kuiz yang ingin dibuat. Kemudian klik "Next"


Kita ada 5 pilihan untuk pilih kaedah apa yang kita nak. Nanti saya akan tunjukkan contoh bagi setiap satu kaedah di atas.
1) MULTIPLE CHOICE

Soalan berbentuk multiple choice amat sesuai digunakan kalau anda ingin membuat soalan-soalan berbentuk soalan peperiksaan. Soalan boleh dibuat berdasarkan pilihan anda. Anda boleh memilih untuk memasukkan gambar pada soalan dan pilihan jawapan. Selain itu, anda juga boleh tetapkan masa menjawab bagi setiap soalan. Click "save" jika anda telah selesai
2) CHECKBOX

Antara Checkbox dan Multiple Choice actually lebih kurang sama sahaja. Untuk kepelbagaian bentuk soalan boleh la anda selang-selikan penggunaan antara dua format ni.
3) FILL IN THE BLANK

Untuk soalan berbentuk "Fill in the blank", murid-murid perlu mengisi/menulis jawapan mereka sendiri pada ruangan yang disediakan. Guru pula boleh tulis jawapan yang betul dan alternatif jawapan (sebab ada certain jawapan yang boleh diterima)
4) POLL

Untuk soalan berbentuk poll, soalan ini tidak akan digredkan. Dia akan appear sebagai "correct" di bahagian laporan permainan nanti. Bentuk soalan ini sesuai untuk kita gunakan jika ingin membuat tinjauan pada murid-murid. Contohnya soalan saya di atas bertanyakan sama ada murid-murid suka kuiz yang disediakan atau tidak. Murid-murid boleh memilih ya atau tidak. Tiada jawapan yang betul dan tiada jawapan yang salah.
5) OPEN ENDED

Bagi soalan yang berbentuk open ended pula, ia lebih sesuai digunakan oleh anda jika hendak bertanyakan soalan yang berdasarkan pendapat. Jawapan yang diberikan oleh murid tidak akan digredkan. Murid bebas untuk memberi jawapan mereka masing-masing. Kebiasannya, masa untuk menjawab soalan berbentuk open ended ini perlu disetkan lama sedikit kerana murid memerlukan masa untuk berfikir.
LANGKAH 3

Anda perlu click "New Question" untuk menambah soalan. Kalau nak ada 20 soalan dalam kuiz tersebut, maka anda perlu repeat setiap kali selesai menulis soalan. Once dah siap merangka semua soalan yang dikehendaki, click "Done"


Seterusnya masukkan gambar yang dikehendaki, pilih grade sasaran (untuk tahun berapa), setkan kepada public dan tekan "save"


Setelah selesai, click "practice" untuk review kuiz yang telah kita buat sebentar tadi. 
LANGKAH 4

Apabila anda telah berpuas hati dengan kuiz yang telah dibuat sebentar tadi, anda boleh memberi kerja rumah kepada murid-murid/pelajar dengan menekan butang "Assign HW". Seterusnya masukkan tarikh dan masa tugasan untuk dilengkapkan


Paparan seterusnya, anda dikehendaki untuk copy link yang diberikan dan masukkan ke dalam group whatsapp atau telegram sebagai makluman kerja rumah pada hari tersebut. Guru-guru juga boleh memilih untuk share kuiz yang telah dibuat sebentar tadi ke dalam Google Classroom.
KESIMPULAN


Kesimpulannya, Quizizz ni pada saya satu website yang sangat menarik sebab dia very interactive. Selain dari mudah diakses, grafik dan interface yang menarik membuatkan pelajar lebih tertarik untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Selain itu, setiap kali selepas selesai menjawab kuiz, murid-murid akan dapat performance stats untuk menunjukkan prestasi mereka. It's really motivating! Saya lebih prefer untuk menggunakan Quizizz selain Google Form kerana lebih mudah dan menarik untuk pelajar. Saya harap perkongsian saya pada harini membawa manfaat kepada guru-guru lain. Sekian, terima kasih.

PANDUAN TEMUDUGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) SECARA DALAM TALIAN


Assalamualaikum and Hi!

Pada pendapat saya, Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar bagi pelajar lepasan SPM Tahun 2019. Mereka sedang sibuk menyiapkan diri bagi menduduki temuduga UPU dan juga Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Kali ini pengendalian temuduga IPG agak berbeza kerana ia dijalankan secara dalam talian. Sebagai seorang alumni IPG, saya terpanggil untuk berkongsi panduan atau tips bagi menduduki temuduga IPG secara dalam talian. Perkongsian ini saya kongsikan daripada saudara Zulqarnain

Untuk memudahkan pembacaan anda, saya akan bahagikan penulisan saya kepada 3 bahagian iaitu:
1) UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)
a. Ujian UKCG ini adalah dilaksanakan secara online di portal yang telah ditetapkan. Para pelajar diminta untuk bersiap sedia 30 minit awal di hadapan komputer atau laptop sebelum peperiksaan online bermula.

b. Soalan-soalan yang kebiasaannya di tanya adalah soalan inventori sahsiah keguruan yang lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggangugjawab , ikhlas, amanah dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.

c. Para calon diminta untuk menjawab soalan ini secara terus menerus tanpa perlu memikir panjang kerana ia melibatkan penilaian kendiri diri masing-masing. Pastikan calon dapat menjawab sehingga habis tanpa meninggalkan sebarang soalan.

d. Selain itu, calon diminta untuk juga bersiap sedia membaca tentang pengetahuan am dalam bidang pendidikan dan isu-isu semasa berkaitan. Contohnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM), Isu PPSMI, nama-nama Menteri dan jawatan-jawatan utama dalam Pendidikan, cabaran guru, teknologi terkini dalam bidang Pendidikan, dasar-dasar Pendidikan yang terkini, isu-isu guru yang berlaku di Malaysia, kemahiran-kemahiran Pendidikan, isu-isu murid yang terkini, kehendak kemenjadian Pendidikan yang terkini dan pelbagai lagi.

e. Paling utama adalah nilai-nilai sahsiah dan etika keguruan yang para calon perlu kuasai dengan sebaiknya untuk dinilai di dalam peperiksaan ini.
2. PENGHASILAN VIDEO PENGAJARAN
Penghasilan video ini adalah batu asas yang paling utama dan penting untuk para panel menilai calon-calon yang layak untuk diterima masuk dalam IPG ini. Video mestilah dihasilkan dengan paling baik dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Para calon dikehendaki untuk menghasilkan video mengikut keperluan yang diminta sahaja tanpa berlebih-lebihan. Perkara utama yang harus difokus adalah content atau isi yang ingin di sampaikan. Para calon perlu memanfaatkan 8 minit yang diberi sebaik-baiknya untuk diberikan penyampaian yang mudah diterima dan faham oleh para panel. 

Jangan sesekali mencacamerbakan video anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan meleweh-leweh sehinggakan penyampaian isi tidak tercapai dan tidak difahami oleh para panel. Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian mengikut tertib video yang perlu dihasilkan.
2.1 PERSEDIAAN RAKAMAN VIDEO
a. Pastikan calon menyediakan peranti kamera yang terbaik dan berkualiti mengikut kemampuan masing-masing.

b. Calon diminta untuk berpakaian formal dan yang bersesuaian dengan profesion perguruan. Bagi pelajar lelaki, pastikan memakai kemeja berwarna cerah dan tie yang bersesuaian. Cadangan yang terbaik adalah pakaian kemeja berwarna putih, tie berwarna merah, bertali pinggang, memakai name tag (amat digalakkan), berseluar hitam dan berkasut hitam. Pastikan juga rambut bagi pelajar lelaki pendek dan bersisir dengan kemas dan berminyak. 

Bagi calon wanita pula, pakaian yang menutup aurat dan sesuai, kebiasaanya adalah baju kurung dan tudung yang sesuai. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan tidak sopan. Pastikan bajunya juga tidak terlalu “heavy” warnanya dan bercorak yang banyak. Di elakkan juga memakai baju yang mengerlip-ngerlip labucinya, kurang tarikan baju yang dipakai. Pastikan juga tidak memakai aksesori yang terlalu banyak di baju dan tudung kerana ia mengganggu konsentrasi panel. Elak memakai kerongsang yang besar-besar dan berkilat-kilat. Begitu juga, tidak digalakkan calon perempuan memakai makeup yang terlalu tebal persis model dan pengantin.

c. Calon di minta untuk membuat demonstrasi pengajaran ATAU bercerita cerita kanak-kanak. Anggaplah seoalah-olah berhadapan dengan sekumpulan murid. Tunjukkan bahawa anda mampu menjadi seorang guru yang baik dan mempunyai teknik mengajar serta lontaran suara yang bagus.

d. Rakaman mestilah dibuat secara audio dan visual. Calon melakukan aktiviti dalam keadaan berdiri dengan memperlihatkan keseluruhan badan dari kepala hingga kaki. Pastikan rakaman tersebut juga nampak kasut kaki.

e. Rakaman video TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum, politik, agama dan menghina mana-mana individu lain.

f. Rakaman video hendaklah jelas, berterusan dan tidak diubahsuai. Elemen tambahan multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah TIDAK DIBENARKAN.

g. Format video yang ditetapkan adalah MP4, MOV, AVI, WMV dan FLV. Manakala resolusi video yang dibenarkan untuk dimuat naik adalah 720p: 1280x720 (16:9) atau 1080p: 1920x1080 (16:9). Hal ini bermaksud calon diminta untuk merakam secara melintang. Jangan menegak. Calon juga diminta tidak set kan rakaman tersebut secara mirror. Rakam secara biasa. Jika rakam secara mirror nanti menyukarkan panel kerana perkataan dalam video akan jadi terbalik. Hal ini menyukarkan pihak panel untuk membaca.Perkara ini akan berlaku ketika calon menunjukkan atau menayangkan sijil-sijil mereka nanti.
2.2 PENGISIAN RAKAMAN VIDEO
Mengenai pengisian rakaman video pula, calon telah diberi dua pilihan iaitu “mengajar” atau “bercerita”. Calon-calon perlu kenalpasti dan memilih dengan bijak. Jangan tersilap memilih pilihan ini. Kebiasaanya bagi calon yang mempunayi subjek asas khusus, sesuai untuk memilih pengajaran. Manakala bagi calon yang tidak mempunyai subjek khusus seperti bimbingan kaunseling dan Pendidikan awal kanak-kanak sesuai untuk bercerita. Pastikan calon tidak terperangkap dengan pemilihan ini. PILIH mengikut kesesuaian subjek masing-masing kerana pengajaran melibatkan subjek yang diperoleh. Saya akan pecahkan kepada tiga bahagian juga dalam segmen ini :-

a. Komponen Pengenalan Diri dan Pernyataan hasrat (3 minit)

Dalam komponen ini, calon dikehendaki untuk memperkenalkan diri serta Nombor IC. Pastikan calon menyebut dengan suara yang jelas dan lantang. Selepas itu, calon perlu menyatakan hasrat calon (Kenapa pilih bidang ini? Kalau saya terpilih apa akan saya buat? Kalau saya dah jadi seorang guru, apa yang saya berikan?) Kemudian di cadangkan juga untuk masing-masing melobi diri masing. Kenapa perlu pilih saya?..kerana saya merupakan ………….(nyatakan pencapaian tertinggi dan terbaik calon pernah dapat). Bagi calon Pendidikan Islam, sebelum menyatakan hasrat, di minta untuk membaca ayat Al-Quran. Letakan meja kecil dan kerusi disebalah anda untuk membaca ayat al-quran tersebut. Pelajar Pendidikan islam perlu memperkenalkan diri dalam Bahasa Arab.

b. Komponen Demonstrasi Pengajaran (4 minit)

Pastikan calon memilih topik atau tajuk yang mudah bagi subjek masing-masing. Jangan sesekali perangkapkan diri dengan tajuk-tajuk yang sukar. Pastikan pengajaran yang ingin diajar mempunyai perancangan pengajaran yang ringkas. Misalnya, wujudkan 3 step mudah pengajaran iaitu set induksi, sesi pengajaran dan penutup. Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Kreatifkan pengajaran anda sebaik mungkin. Gunakan masa yang diberikan sebaik-baiknya. Banyakkan pemudah cara pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar(BBM). Pastikan calon menggunakan suara yang jelas dan lantang. Elakkan rakam yang tersasul-sasul. Membuat simulasi pengajaran yang terbaik seoalah-olah calon sedang mengajar di dalam kelas. Di situlah kayu ukur pertama panel melihat bagaimana calon mempunyai potensi untuk jadi seorang guru. Elakkan terlalu over atau berlebih-lebih. Kawal gaya dan gerak geri tubuh ketika mengajar.

c. Komponen Paparan Dokumen (1 minit)

Dalam komponen ini, calon di minta untuk menunjukkan dokumen-dokumen rasmi di dalam video tersebut. Di sini yang saya katakan, elakkan menggunakan setting mirror di rakaman anda. Calon diminta untuk paparkan Sijil SPM dan Sijil Anugerah Pencapaian Tertinggi. Pastikan anda menunjukkan aturan dokumen rasmi yang tertib seperti berikut :-

1.Sijil SPM
2.Sijil Pencapaian Peringkat Antarabangsa
3.Sijil Pencapaian Peringkat kebangsaan
4.Sijil Pencapaian Peringkat Negeri
5.Sijil Pencapaian Peringkat Daerah

Pastikan setiap tonjolan sijil perlu disebut oleh calon bagi memudahkan para penilai melihat dan mendengar. 
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Semasa tempoh penilaian rakaman video dibuat, calon juga boleh dihubungi oleh panel penilai menerusi panggilan video/Skype/panggilan telefon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut tentang calon.

2. Calon dikehendaki bersedia dengan gajet dan aplikasi yang bersesuaian (telefon pintar/komputer riba/PC/Skype) dan kemudahan internet bagi melancarkan perbualan menerusi kaedah tersebut.

3. Calon yang menggunakan Skype atau panggilan video, akan dihubungi terlebih dahulu supaya calon bersedia. Tarikh dan masa perbualan akan dimaklumkan kepada calon.

4. Panel boleh menghubungi calon bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan/lanjut dari 5 hingga 7 Mei 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
KESIMPULAN
Saya percaya bahawa pemilihan untuk kemasukan ke IPG ini adalah sangat mencabar. Justeru, anda digalakkan untuk melakukan yang terbaik jika anda bersungguh-sungguh mahu bergelar seorang guru. Akhir kata, saya doakan supaya semua calon temuduga IPG berjaya menempuhi cabaran ini. Sekian, terima kasih.
ARTIKEL INI DIKONGSIKAN OLEH
Mohd Zulqarnain bin Abdol Rahman
Guru Muda Negeri Melaka
Penulis Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia
Panel Penilai Buku Teks & Pembangunan Kurikulum

Friday, May 1, 2020

5 CARA TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI


Salam and Hello everyone!

Aku percaya bahawa bukan semua orang dikurniakan dengan keyakinan diri yang tinggi. Aku sendiri pun bukan tergolong dengan orang yang sangat yakin dengan diri, but I always try to be better. Ramai orang diluar sana yang masih struggle untuk menaikkan keyakinan diri masing-masing. Benda ni mungkin nampak remeh pada sesetengah orang tapi dalam kita tak sedar, keyakinan diri ni memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau kita takda keyakinan diri yang tinggi, kita akan selalu rasa "insecure" terhadap diri kita sekaligus "self-esteem" kita pun akan terjejas. 

Disebabkan aku aware dengan isu ini, aku ambil peluang yang ada untuk aku kongsikan tentang cara-cara untuk meningkatkan keyakinan diri kita. Ada banyak cara dan jalan yang boleh diambil actually tapi apa yang akan aku share ialah antara cara-cara yang paling relevant dan berkesan untuk kita amalkan bersama. Dah ready? Okay ambil buku nota cepat!
1) JAGA CARA BERINTERAKSI DAN PENAMPILAN DIRI
Perkara ni aku rasa antara benda yang paling basic sekali. Kenapa aku galakkan untuk kita ubah diri kita dari segi penampilan dan cara kita berinteraksi? Sebab manusia akan ada first impression bila dia tengok someone. Bila kita jumpa someone, mesti kita akan nilai dia berdasarkan penampilan dia kan? contohnya baju apa dia pakai, handphone apa yang dia guna, kereta apa dia pandu dan sebagainya. Selain itu, kita juga akan perhatikan cara mereka berinteraksi dengan kita sebagai contoh bahasa yang digunakan, body language dan cara seseorang itu bercakap. 

Apabila kita hendak bercakap dengan seseorang, pastikan kita buat eye-contact dengan orang tersebut. Put a smile on your face untuk buatkan orang tersebut lebih selesa dengan kita. Orang yang kurang keyakinan diri akan selalu avoid daripada buat eye-contact. Serious! (it happened to me back then, so I could relate). Jangan bercakap terlalu laju. Orang yang cakap laju ni actually dia menggambarkan yang dia nervous which maksudnya kurang keyakinan diri la tu. Sebaliknya, cuba gambarkan diri kita seorang yang berkeyakinan dengan bercakap secara jelas dan tenang



Selain itu, penampilan diri juga amatlah penting untuk dijaga. Macam aku sendiri, aku seorang yang suka jaga penampilan diri sebab benda tu buat aku lebih berkeyakinan (tapi takdalah stylo and handsome pun aku ni kahkah). Perkara yang paling penting untuk dijaga dari segi penampilan ialah kau punya grooming la. Sebelum keluar atau pergi kerja, make sure rambut tu sikat elok-elok. I can't live my day without my pomade. Baju pula sila iron dengan kemas tanpa ada sebarang kedut. Yes, I am that particular with how I appear in public. Kalau baju aku tak iron, mesti aku rasa akulah insan paling serabut hari tu haha. Last sekali, wear perfume. Some people yang ada body odor dia akan rasa kurang yakin dengan diri dia. Hence, wear perfume helps you a lot! trust me. Bagi aku, perfume ni macam menaikkan semangat kau untuk melalui hidup kau seperti biasa. That's how important it is!
2) STAY AWAY FROM NEGATIVITY

Pernah dengar kata-kata di atas ni? Aku selalu juga dengar waktu sekolah dulu haha. I hate to agree on this tapi itulah realitinya. Kawan kita ni ada macam-macam perangai and jenis. Tanpa kita sedar, kawan-kawan kita main peranan dalam membentuk diri kita. Pernah tak kau rasa macam nak buat sesuatu tapi kawan-kawan kau bangkang dengan mengatakan bahawa kau tidak mampu melakukan perkara tersebut? Kau pun terus tak yakin sama ada kau mampu melakukan perkara tu ataupun tidak. Nampak tak implikasi dia? Kawan sepatutnya yang mendorong kau dan yang memberi semangat untuk kau supaya lebih berjaya dan yakin dengan diri kau sendiri. Bukannya yang menjatuhkan semangat kau.

Ambil masa untuk "evaluate" semula kau punya circle. Dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita berkongsi masalah, dengan siapa kita rapat semuanya perlu diambil kira. Orang yang kurang keyakinan diri usually akan telan sahaja apa yang orang lain kata dan terus meragui dengan kebolehan diri sendiri. Aku bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan dan circle yang sangat supportive masa zaman aku belajar dulu. At times aku rasa aku ni bodoh tak macam kawan yang lain, tapi they'll never say things that could bring me down. Pada aku, biarlah circle of friends kita ni kecil sahaja tak besar mana tapi kawan-kawan yang kita ada itu ialah yang ada pada masa susah dan senang kita. Kawan-kawan aku jugalah (waktu di IPG) yang banyak membentuk aku supaya jadi lebih yakin dengan diri sendiri.
3) UBAH PERSEPSI DIRI KITA 

 "Don't be too hard on yourself

Salah satu punca kenapa kita kurang keyakinan diri ialah kita selalu ada persepsi yang buruk dkat diri sendiri dan selalu fikir negatif dalam kepala kita. Contohnya sebelum nak buat sesuatu mesti selalu fikir "boleh ke aku ni?" "macam mana kalau aku gagal eh?" "aku tak rasa aku boleh buat benda ni". Benda ni selalu terjadi dekat diri aku, selalu rasa yang aku ni tak cukup bagus dan tak mampu untuk buat sesuatu benda tu. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya dah membenarkan benda-benda tu semua berlaku terhadap diri kita. All the negative thoughts yang kita fikirkan akan slowly menjadikan siapa diri kita pada hari ini. It seems scary enough kan?


Jangan biarkan perkara tersebut bersarang terlalu lama dalam kepala kita. Setiap kali kita nak fikirkan benda buruk, terus buang jauh-jauh! Sometimes bila aku sendiri pun ragu-ragu dengan diri sendiri, aku selalu fikirkan kalau orang lain boleh buat, kenapa bukan aku? It takes a lot of time. Bukan sehari dua, tapi benda ni berterusan. Kita kena selalu setkan diri kita supaya berfikiran positif. Lama-lama, we'll be okay. To be honest, benda ni banyak mengubah diri aku. Kalau aku tak ubah cara aku berfikir dulu, aku rasa mustahil untuk aku jadi siapa diri aku pada hari ini.
4) KELUAR DARI ZON SELESA

This is nothing but the truth. In order to gain you self confidence, you must be willing to get out of your comfort zone (eh speaking pulak). Ada satu tahap dalam hidup kita ni dimana kita dah terlampau selesa dengan everything sampai rasa tak nak cuba sesuatu yang diluar kebiasaan kita. Contohnya, kita dah tahu kita takda keyakinan diri yang tinggi tapi kita tak buat apa pun untuk ubah diri kita. Kalau macam tu, sampai bila pun hidup kita memang takat tu sahaja. 

Orang yang berjaya dalam hidup ni semua bermula dengan satu keputusan berani yang mereka buat. Bukannya mereka lahir ke dunia dan terus berjaya. It takes a lot of effort! ketahui kelemahan diri kita sendiri and try your best to fix it. Don't wait for magic to happen (because sometimes it won't happen anyway). Bila kita dah try sesuatu yang baru, we will eventually learn from it and dari situlah kita dapat kita punya keyakinan diri. Kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu kita mampu ke tidak. Betul tak?
5) JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Last but not least, kita kena stop bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Bila kita mula bandingkan diri kita dengan orang lain, automatik kita akan rasa macam kita tak cukup bagus. Perkara tu akan buatkan kita kurang yakin dengan diri kita. Kenapa kena bandingkan diri kita dengan orang lain? Sedangkan kita sendiri pun boleh jadi a better version of ourselves. 

Hidup ni bukan satu pertandingan ya adik-adik. Kita takda masa nak tengok siapa lagi cantik, lagi laya, lagi pandai, lagi cepat kahwin. NO. Akhirnya, apa yang orang tengok ialah apa yang kau dah achieve dalam hidup ni. Kita kena yakin sahaja dengan apa yang kita dah rancang dalam hidup kita sendiri. Jangan terlampau fokuskan kekurangan yang kita ada, but instead selalu fokus dengan kita punya kekuatan dan keistimewaan yang orang lain tiada. You will be fine!

Thanks for reading! :)

Thursday, April 30, 2020

THINGS I BOUGHT FROM SHOPEE DURING RMO (PART 1)


Assalamualaikum and Hi everyone! 

First of all aku nak minta maaf la tulis tajuk dalam Bahasa Inggeris tapi content dalam Bahasa Malaysia hahaha. Aku actually penat dah fikir tajuk entri dalam BM tapi tak menarik. Akhirnya aku ambil keputusan nak guna BI sahaja untuk tajuk entri aku pada kali ini. Korang cool ja kan? Tak marah aku kan? Kot lah marah, takut juga aku hehe. 

Entry aku pada kali ini aku nak share tentang barang-barang yang aku beli di Shopee sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tak sedar, kita dah masuk Fasa ke 4 PKP kan? Aku tak sangka aku boleh survive selama ni dalam rumah haha (okay over). Sebelum ni aku dah lama stop beli barang secara rakus di Shopee tapi sejak PKP ni, aku dah mula beli macam-macam barang dari sana. Walaubagaimanapun, barang yang aku beli takda la dikira sebagai membazir pun sebab aku memang agak memerlukan la barang-barang yang dibeli tersebut. Nak tahu barang apa? Okay jom kita tengok! 
1) 30 DAYS MIRACLE TONER BY SOMEBYMI
Price : RM42.64 (lepas apply promo code)

Sebelum ni aku pakai toner Simple. Aku tak tahu kenapa aku beli toner ni. Oh ya! I guess sebab aku dah bosan pakai toner from Simple tu. Kadang-kadang rasa macam tak berkesan pun ada. Kulit aku ni jenis oily and aku ada clogged pores (kot hahaha). Aku pernah terbaca from twitter rasanya, ada yang kata toner ni boleh unclog pores kita sebab ada kandungan AHA-BHA-PHA tu. Aku pun tak tahu benda apa tu, tapi from the review semua orang cakap macam berkesan. Kiranya ni first time la aku try untuk tengok keberkesanan dia. 

Selepas beberapa minggu aku pakai toner ni, aku boleh recommend la dekat korang untuk try sebab it suits my skin very well! but bear in mind that tak semestinya produk tu berkesan dekat aku dia akan berkesan juga dekat korang. It doesn't work like that. Kalau nak try, boleh la cuba sebab pada aku toner ni memang berkesan la dekat aku.
2) OKURA MODERN COMPUTER/LAPTOP DESK  
Price : RM140.46 (include shipping tapi dapat 1290 Shopee coins)

To be honest, aku bukan sejenis yang suka duduk dalam bilik sambil menghadap komputer dan buat kerja. Aku jarang spend masa yang lama dalam bilik untuk buat kerja. For me, rumah bukan tempat untuk aku buat kerja haha. Aku lebih prefer pergi sekolah waktu cuti hujung minggu tu untuk siapkan kerja aku. Bilik tidur aku ni exclusively untuk aku TIDUR dan MAIN PHONE jika tak nak diganggu. So, bilik aku memang takda meja study lah. Biasanya kalau aku on laptop pun aku literally meniarap atas lantai sambil main laptop.

Bila dah PKP ni, terpaksa aku work from home. Rupanya memang susah nak buat kerja kalau takda meja dalam bilik. Ada satu hari ni aku scroll twitter nampak orang share pasal meja ni, aku pun terpengaruh la nak beli sebab pada aku harga dia murah and tengok review pun macam ramai yang suggest untuk beli

Bila dah dapat meja ni, aku memang puas hati sangat. First, delivery dia boleh tahan cepat. Second, senang gila nak pasang. Dalam kotak dia tu dah disediakan semua benda yang diperlukan, kau cuma baca ja buku manual tu untuk pasang. For me meja ni kukuh ja tapi takdalah kukuh sangat sebab kaki dia ni besi dia tak cukup besar cuma WORTH THE PRICE. Kau bayar RM129 ja kot nak expect apa kan? Nak yang kukuh betul kena beli dekat IKEA lah.
3) FOREST UNDERWEAR
Price : RM20 (free shipping)

hahaha okay ni sangat random. Aku buka Shopee lepastu tengok Shocking Deals tu and ternampak underwear ni harga RM20 ja lepastu dah la free shipping and dapat 3 helai pula tu. Aku tak fikir banyak dah, terus beli ja (penting ke aku nak masukkan underwear ni dalam list? HAHA)
4) LOCAUPIN OFFICE A4 FILE STATIONERY STORAGE
Price : RM 45.62 include shipping (tapi dapat 399 Shopee coins)

Dalam bilik aku ni, aku letak baju dalam chest drawer from IKEA tu. Atas drawer tu memang penuh la segala barang. Sebelum ni takdalah terganggu sangat sebab jarang duduk dalam bilik haha. Tapi sejak PKP ni memang duduk dalam bilik ja, mata aku pun tak tenteram tengok keserabutan tersebut. Aku pun decide untuk beli storage box nak letak barang-barang. Kalau tengok dekat Shopee banyak sangat pilihan storage box, kau kena pandai pilih yang cantik dan berkualiti.

For me, aku sangat berpuas hati dengan barang ni sebab sangat cantik dan berkualiti. Seller dia ship barang sangat cepat, order harini esok dah post. Lepastu barang pula sampai dalam keadaan yang sangat baik. Tiada sebarang kecacatan yang berlaku terhadap barang tersebut. Harga berbaloi dengan kualiti barang. Boleh muat banyak benda dalam tu, so lepas ni aku akan masuk kan ja semua barang dalam storage box ni! hehe
5) KEREPEK UBI PEDAS BASAH
Price : RM23.97 (beli 3 pek dan dapat free shipping)

Waktu PKP ni bila kau duduk rumah mesti kerja nak mengunyah ja kan? (lepas tu nanti meroyan bila gemuk haha). Bila keluar beli groceries, banyak juga aku shopping kudap-kudapan tapi cepat sangat habis. Buka Shopee sentiasa ada solution! Aku memang suka makan kerepek ubi pedas ni. Tapi macam biasa, susah betul nak cari yang PEDAS dan TAK MANIS. Biasanya mesti orang buat benda ni manis sangat sampai boleh dapat diabetes tu. Aku pun bila baca review from this one seller, semua orang cakap sedap. I was like "why don't I give it a try?" Aku pun beli 3 packs of this kerepek ubi (1.5kg)

1 Ramadan haritu terus sampai depan pintu rumah! Aku order sebelum puasa, esoknya dah sampai. Dia punya penghantaran memang cepat dan YANG PALING PENTING, SANGAT SEDAP OKAY! Aku even recommend benda ni dekat Twitter, lepastu ramai yang terpengaruh untuk beli sekali. Kalau korang nak try, cari seller farah_1234 di Shopee. Seriously korang memang akan puas hati dengan kerepek dia. Aku beli 3 pek haritu now dah tinggal 1 pek ja lagi. Padahal belum seminggu lagi haha dah la bulan puasa! Aku dah plan nak beli banyak lagi kerepek ni untuk raya nanti hehe.
6) 3W CLINIC SUNBLOCK
Price : RM26 (untuk dua unit dan free shipping)

Tak, aku tak pakai sunblock pun duk rumah! hahaha. Ini semua sebab aku terpengaruh dekat benda-benda yang aku baca dekat Twitter. Aku ada terbaca orang cakap yang sunblock ni underrated tapi dia best and ramai pula yang sokong. Maka, aku pun terjebak la untuk cuba sunblock ni. 

Lepas dah cuba beberapa kali, betul lah apa orang kata! memang best sunblock ni. Dia tak sticky and it feels good on your skin. Then, dia takda whitecast. Bila kau sapu ja sunblock ni dekat muka, takdalah nampak kelabu asap ke apa. Memang dia nampak macam kau tak pakai apa-apa pun. Aku siap beli dua lagi and tak menyesal la (semua benda aku tak menyesal ni dah kenapa)
KESIMPULAN
Tak sangka, banyak juga aku beli rupanya! HAHA. Tapi hikmah daripada semua ni, aku dapat duduk dalam bilik yang lebih kemas dan cantik. Aku seriously lebih suka duduk bilik sekarang ni. Nanti aku update Part 2 pula sebab ada lagi barang yang aku order dan tak sampai hehe. Thanks for reading guys and selamat berpuasa! :)