Friday, May 1, 2020

5 CARA TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI


Salam and Hello everyone!

Aku percaya bahawa bukan semua orang dikurniakan dengan keyakinan diri yang tinggi. Aku sendiri pun bukan tergolong dengan orang yang sangat yakin dengan diri, but I always try to be better. Ramai orang diluar sana yang masih struggle untuk menaikkan keyakinan diri masing-masing. Benda ni mungkin nampak remeh pada sesetengah orang tapi dalam kita tak sedar, keyakinan diri ni memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau kita takda keyakinan diri yang tinggi, kita akan selalu rasa "insecure" terhadap diri kita sekaligus "self-esteem" kita pun akan terjejas. 

Disebabkan aku aware dengan isu ini, aku ambil peluang yang ada untuk aku kongsikan tentang cara-cara untuk meningkatkan keyakinan diri kita. Ada banyak cara dan jalan yang boleh diambil actually tapi apa yang akan aku share ialah antara cara-cara yang paling relevant dan berkesan untuk kita amalkan bersama. Dah ready? Okay ambil buku nota cepat!
1) JAGA CARA BERINTERAKSI DAN PENAMPILAN DIRI
Perkara ni aku rasa antara benda yang paling basic sekali. Kenapa aku galakkan untuk kita ubah diri kita dari segi penampilan dan cara kita berinteraksi? Sebab manusia akan ada first impression bila dia tengok someone. Bila kita jumpa someone, mesti kita akan nilai dia berdasarkan penampilan dia kan? contohnya baju apa dia pakai, handphone apa yang dia guna, kereta apa dia pandu dan sebagainya. Selain itu, kita juga akan perhatikan cara mereka berinteraksi dengan kita sebagai contoh bahasa yang digunakan, body language dan cara seseorang itu bercakap. 

Apabila kita hendak bercakap dengan seseorang, pastikan kita buat eye-contact dengan orang tersebut. Put a smile on your face untuk buatkan orang tersebut lebih selesa dengan kita. Orang yang kurang keyakinan diri akan selalu avoid daripada buat eye-contact. Serious! (it happened to me back then, so I could relate). Jangan bercakap terlalu laju. Orang yang cakap laju ni actually dia menggambarkan yang dia nervous which maksudnya kurang keyakinan diri la tu. Sebaliknya, cuba gambarkan diri kita seorang yang berkeyakinan dengan bercakap secara jelas dan tenang



Selain itu, penampilan diri juga amatlah penting untuk dijaga. Macam aku sendiri, aku seorang yang suka jaga penampilan diri sebab benda tu buat aku lebih berkeyakinan (tapi takdalah stylo and handsome pun aku ni kahkah). Perkara yang paling penting untuk dijaga dari segi penampilan ialah kau punya grooming la. Sebelum keluar atau pergi kerja, make sure rambut tu sikat elok-elok. I can't live my day without my pomade. Baju pula sila iron dengan kemas tanpa ada sebarang kedut. Yes, I am that particular with how I appear in public. Kalau baju aku tak iron, mesti aku rasa akulah insan paling serabut hari tu haha. Last sekali, wear perfume. Some people yang ada body odor dia akan rasa kurang yakin dengan diri dia. Hence, wear perfume helps you a lot! trust me. Bagi aku, perfume ni macam menaikkan semangat kau untuk melalui hidup kau seperti biasa. That's how important it is!
2) STAY AWAY FROM NEGATIVITY

Pernah dengar kata-kata di atas ni? Aku selalu juga dengar waktu sekolah dulu haha. I hate to agree on this tapi itulah realitinya. Kawan kita ni ada macam-macam perangai and jenis. Tanpa kita sedar, kawan-kawan kita main peranan dalam membentuk diri kita. Pernah tak kau rasa macam nak buat sesuatu tapi kawan-kawan kau bangkang dengan mengatakan bahawa kau tidak mampu melakukan perkara tersebut? Kau pun terus tak yakin sama ada kau mampu melakukan perkara tu ataupun tidak. Nampak tak implikasi dia? Kawan sepatutnya yang mendorong kau dan yang memberi semangat untuk kau supaya lebih berjaya dan yakin dengan diri kau sendiri. Bukannya yang menjatuhkan semangat kau.

Ambil masa untuk "evaluate" semula kau punya circle. Dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita berkongsi masalah, dengan siapa kita rapat semuanya perlu diambil kira. Orang yang kurang keyakinan diri usually akan telan sahaja apa yang orang lain kata dan terus meragui dengan kebolehan diri sendiri. Aku bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan dan circle yang sangat supportive masa zaman aku belajar dulu. At times aku rasa aku ni bodoh tak macam kawan yang lain, tapi they'll never say things that could bring me down. Pada aku, biarlah circle of friends kita ni kecil sahaja tak besar mana tapi kawan-kawan yang kita ada itu ialah yang ada pada masa susah dan senang kita. Kawan-kawan aku jugalah (waktu di IPG) yang banyak membentuk aku supaya jadi lebih yakin dengan diri sendiri.
3) UBAH PERSEPSI DIRI KITA 

 "Don't be too hard on yourself

Salah satu punca kenapa kita kurang keyakinan diri ialah kita selalu ada persepsi yang buruk dkat diri sendiri dan selalu fikir negatif dalam kepala kita. Contohnya sebelum nak buat sesuatu mesti selalu fikir "boleh ke aku ni?" "macam mana kalau aku gagal eh?" "aku tak rasa aku boleh buat benda ni". Benda ni selalu terjadi dekat diri aku, selalu rasa yang aku ni tak cukup bagus dan tak mampu untuk buat sesuatu benda tu. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya dah membenarkan benda-benda tu semua berlaku terhadap diri kita. All the negative thoughts yang kita fikirkan akan slowly menjadikan siapa diri kita pada hari ini. It seems scary enough kan?


Jangan biarkan perkara tersebut bersarang terlalu lama dalam kepala kita. Setiap kali kita nak fikirkan benda buruk, terus buang jauh-jauh! Sometimes bila aku sendiri pun ragu-ragu dengan diri sendiri, aku selalu fikirkan kalau orang lain boleh buat, kenapa bukan aku? It takes a lot of time. Bukan sehari dua, tapi benda ni berterusan. Kita kena selalu setkan diri kita supaya berfikiran positif. Lama-lama, we'll be okay. To be honest, benda ni banyak mengubah diri aku. Kalau aku tak ubah cara aku berfikir dulu, aku rasa mustahil untuk aku jadi siapa diri aku pada hari ini.
4) KELUAR DARI ZON SELESA

This is nothing but the truth. In order to gain you self confidence, you must be willing to get out of your comfort zone (eh speaking pulak). Ada satu tahap dalam hidup kita ni dimana kita dah terlampau selesa dengan everything sampai rasa tak nak cuba sesuatu yang diluar kebiasaan kita. Contohnya, kita dah tahu kita takda keyakinan diri yang tinggi tapi kita tak buat apa pun untuk ubah diri kita. Kalau macam tu, sampai bila pun hidup kita memang takat tu sahaja. 

Orang yang berjaya dalam hidup ni semua bermula dengan satu keputusan berani yang mereka buat. Bukannya mereka lahir ke dunia dan terus berjaya. It takes a lot of effort! ketahui kelemahan diri kita sendiri and try your best to fix it. Don't wait for magic to happen (because sometimes it won't happen anyway). Bila kita dah try sesuatu yang baru, we will eventually learn from it and dari situlah kita dapat kita punya keyakinan diri. Kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu kita mampu ke tidak. Betul tak?
5) JANGAN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Last but not least, kita kena stop bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Bila kita mula bandingkan diri kita dengan orang lain, automatik kita akan rasa macam kita tak cukup bagus. Perkara tu akan buatkan kita kurang yakin dengan diri kita. Kenapa kena bandingkan diri kita dengan orang lain? Sedangkan kita sendiri pun boleh jadi a better version of ourselves. 

Hidup ni bukan satu pertandingan ya adik-adik. Kita takda masa nak tengok siapa lagi cantik, lagi laya, lagi pandai, lagi cepat kahwin. NO. Akhirnya, apa yang orang tengok ialah apa yang kau dah achieve dalam hidup ni. Kita kena yakin sahaja dengan apa yang kita dah rancang dalam hidup kita sendiri. Jangan terlampau fokuskan kekurangan yang kita ada, but instead selalu fokus dengan kita punya kekuatan dan keistimewaan yang orang lain tiada. You will be fine!

Thanks for reading! :)

24 comments :

  1. Salah satu cara untuk sy lebih berkeyakinan ialah sy percaya dgn kemampuan dan kebolehan yg sy ada.. Love myself ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, itu pun salah satu caranya kan? Apa yang penting bila kita percaya dengan diri kita semua benda boleh jalan.

      Delete
  2. Lamanya sy x singgah sini. Sy pun x tau camna cara utk tampil berkeyakinan 😂 Yang pntg, kalau membentang atau speech, mmg cara penyampaian sngt laju sbb nervous. Segala sendi bgegar. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh haah la lama tak nampak! hehe. Itulah dia, kena praktis banyak kali supaya tak nervous haha.

      Delete
  3. Nice tips. Btw selamat hari pekerja..😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! tak terasa hari pekerja dah sebab tiap hari cuti haha.

      Delete
  4. Betul, bandingkan diri dengan orang lain buat kita rendah diri. Hargai kelebihan diri.

    ReplyDelete
  5. nice sharing. alhamdulilah sebab keja jumpa customer, mmg perlu beriktraksi selalu lah dgn org ramai. satu lagi yg penting esp part keja, jika nak buat presentation yg bagus, we should know very well what are we doing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, absolutely true. We should have all the things we wanna talk about in our head. Thanks btw! :)

      Delete
  6. done follow back ^_^ tips berguna ..

    ReplyDelete
  7. Tips berguna ni. Biasanya kalau nak tampil yakin ni kena ada something atau someone untuk support kita. Tapi kalau sorang2 tu buat dek je hahaha, kena kurangkan overthinking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul tu, macam saya pun sama. Perlukan orang untuk bagitahu yang we're doing fine.

      Delete
  8. Tips yang boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  9. No 5 tu paling susah nak buat.
    Banyak medium nak compare, paling toxic IG eh! tiiiberrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tulah, scroll laju-laju jelah kalau macamtu

      Delete
  10. stay away from toxic people tu penting. kadang cepat terpengaruh dengan kata-kata orang ni yang boleh buat kita down.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, jangan biarkan toxic people ni mempengaruhi kita.

      Delete
  11. Agree with all the points! :)

    ReplyDelete
  12. Yang paling penting memang jangan bandingkan.. tu yang boleh buat kita teruk down..

    ReplyDelete