Saturday, May 2, 2020

TUTORIAL MEMBUAT SOALAN SENDIRI DI QUIZIZZ


Assalamualaikum dan Hello!

Bagi guru-guru yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan Quizizz, mai sini sekejap saya nak cerita serba ringkas. Quizizz ialah satu website di mana kita boleh bermain kuiz secara interaktif bersama murid-murid. Pada pendapat saya, ia sangat mudah digunakan dan diakses oleh murid-murid dan apa yang penting ia sangat menyeronokkan! Membuat soalan di Quizizz ini sebenarnya jauh lebih mudah kerana penggunaan grafik dan interface websitenya yang menarik.

Entry kali ini saya akan ajar anda langkah-langkah dan cara-cara untuk membina atau membuat soalan anda sendiri di Quizizz. Jangan risau, saya akan pastikan saya menulis secara terang dan jelas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pembacaan anda. Saya akan bahagikan penulisan saya mengikut langkah-langkah supaya lebih teratur dan senang untuk dibaca.
LANGKAH 1

Terlebih dahulu, anda perlu membuka akaun baru di https://quizizz.com/


Selepas itu, click "create a new quiz" seperti dalam gambar di atas. Anda boleh click antara dua kotak merah di atas. Pilih la yang mana berkenan di hati cikgu.
LANGKAH 2

Berikan nama kuiz anda contohnya seperti gambar di atas yang diberi nama "Grammar lesson" dan pilih subjek berkaitan dengan kuiz yang ingin dibuat. Kemudian klik "Next"


Kita ada 5 pilihan untuk pilih kaedah apa yang kita nak. Nanti saya akan tunjukkan contoh bagi setiap satu kaedah di atas.
1) MULTIPLE CHOICE

Soalan berbentuk multiple choice amat sesuai digunakan kalau anda ingin membuat soalan-soalan berbentuk soalan peperiksaan. Soalan boleh dibuat berdasarkan pilihan anda. Anda boleh memilih untuk memasukkan gambar pada soalan dan pilihan jawapan. Selain itu, anda juga boleh tetapkan masa menjawab bagi setiap soalan. Click "save" jika anda telah selesai
2) CHECKBOX

Antara Checkbox dan Multiple Choice actually lebih kurang sama sahaja. Untuk kepelbagaian bentuk soalan boleh la anda selang-selikan penggunaan antara dua format ni.
3) FILL IN THE BLANK

Untuk soalan berbentuk "Fill in the blank", murid-murid perlu mengisi/menulis jawapan mereka sendiri pada ruangan yang disediakan. Guru pula boleh tulis jawapan yang betul dan alternatif jawapan (sebab ada certain jawapan yang boleh diterima)
4) POLL

Untuk soalan berbentuk poll, soalan ini tidak akan digredkan. Dia akan appear sebagai "correct" di bahagian laporan permainan nanti. Bentuk soalan ini sesuai untuk kita gunakan jika ingin membuat tinjauan pada murid-murid. Contohnya soalan saya di atas bertanyakan sama ada murid-murid suka kuiz yang disediakan atau tidak. Murid-murid boleh memilih ya atau tidak. Tiada jawapan yang betul dan tiada jawapan yang salah.
5) OPEN ENDED

Bagi soalan yang berbentuk open ended pula, ia lebih sesuai digunakan oleh anda jika hendak bertanyakan soalan yang berdasarkan pendapat. Jawapan yang diberikan oleh murid tidak akan digredkan. Murid bebas untuk memberi jawapan mereka masing-masing. Kebiasannya, masa untuk menjawab soalan berbentuk open ended ini perlu disetkan lama sedikit kerana murid memerlukan masa untuk berfikir.
LANGKAH 3

Anda perlu click "New Question" untuk menambah soalan. Kalau nak ada 20 soalan dalam kuiz tersebut, maka anda perlu repeat setiap kali selesai menulis soalan. Once dah siap merangka semua soalan yang dikehendaki, click "Done"


Seterusnya masukkan gambar yang dikehendaki, pilih grade sasaran (untuk tahun berapa), setkan kepada public dan tekan "save"


Setelah selesai, click "practice" untuk review kuiz yang telah kita buat sebentar tadi. 
LANGKAH 4

Apabila anda telah berpuas hati dengan kuiz yang telah dibuat sebentar tadi, anda boleh memberi kerja rumah kepada murid-murid/pelajar dengan menekan butang "Assign HW". Seterusnya masukkan tarikh dan masa tugasan untuk dilengkapkan


Paparan seterusnya, anda dikehendaki untuk copy link yang diberikan dan masukkan ke dalam group whatsapp atau telegram sebagai makluman kerja rumah pada hari tersebut. Guru-guru juga boleh memilih untuk share kuiz yang telah dibuat sebentar tadi ke dalam Google Classroom.
KESIMPULAN


Kesimpulannya, Quizizz ni pada saya satu website yang sangat menarik sebab dia very interactive. Selain dari mudah diakses, grafik dan interface yang menarik membuatkan pelajar lebih tertarik untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Selain itu, setiap kali selepas selesai menjawab kuiz, murid-murid akan dapat performance stats untuk menunjukkan prestasi mereka. It's really motivating! Saya lebih prefer untuk menggunakan Quizizz selain Google Form kerana lebih mudah dan menarik untuk pelajar. Saya harap perkongsian saya pada harini membawa manfaat kepada guru-guru lain. Sekian, terima kasih.

12 comments :

  1. Wah menarik..idea yg bagus lah web nih. Moga dpt manfaatnya. Done follow #439

    ReplyDelete
  2. Senang dah. Waktu ni boleh praktis buat.

    ReplyDelete
  3. seronoknya. budak2 sekolah sambil2 tunggu berbuka ke boleh jawab quiz ni~

    ReplyDelete
  4. kaella dah cuba buat dengan student sendiri. ibu bapa pun suka hihi

    ReplyDelete
  5. Semoga dapat membantu para guru-guru menyediakan latihan untuk pelajarnya

    ReplyDelete
  6. Alternatif untuk pelajar2 sepanjang cuti PKP

    ReplyDelete
  7. terima kasih..!! good info. sy forwardkan jgk utk wife sy bg latihan ke anak murid sklah..

    ReplyDelete
  8. wahhh nice! kalo kakak student, mau jugak jawab soklan dari teacher syed ni..haha

    ReplyDelete
  9. Alhmdulillah Cikgu kelas ada beri latihan untuk anak melalui aplikasi ini..

    Mudah...

    ReplyDelete
  10. Stress bila guru anak-anak guna Quizizz nie.. hahaha.. Akak lagi suka cikgu bagi google form atau direct dekat whatsapp je..

    ReplyDelete
  11. sepanjang pkp nak masuk memang susah quizizz ni

    ReplyDelete