Assalamualaikum dan hai!
Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati aku untuk membuat sedikit eksperimentasi tentang masakan. First of all aku minta maaf sebab kualiti gambar dekat atas ni betul-betul menjatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang Syed. Biasalah, pakai phone murah sahaja kualitinya pun lari habis. Kecewa pula bila tengok gambar ni. Walaupun gambar buruk, aku still appreciate gambar ni sebab finally aku masak something yang berbeza (sebab biasanya goreng telur sahaja kahkah).
For those yang tak tahu ikan lampam tu rupa dia macam mana, nah aku belanja gambar sedikit. Actually aku pun tak tahu jenis-jenis ikan sungai ni haha. Akak dekat sekolah aku offer nak bagi ikan untuk buat masak-masak. Mula-mula aku rasa macam malas juga sebab ikan sungai kan banyak tulang. Tapi disebabkan waktu tu aku puasa and macam sedap sahaja kalau dapat makan ikan, aku pun ambil la seekor. Kalau tak ambil, berbuka goreng telur la malam tu haha.
Dah dapat ikan, akak dekat sekolah aku juga bagi tempoyak (ramainya akak-akak Syed hehe). Mula-mula ingat nak buat gulai tempoyak, tapi disebabkan ikan ni bertulang banyak aku fikir nak buat goreng sajalah. Pergi keliling sekolah petik lada (omg first time petik lada dari pokok bila dah besar ni) dan ambil kunyit hidup dekat sekolah juga. Sekolah aku ni dah boleh buka pasar malam dah kot, banyak sangat sumber tanaman ni hehe.
Bila dah ada bahan, aku pun menuntut ilmu macam mana nak masak ikan ni. Alhamdulillah, disebabkan aku sejenis yang cepat tangkap bila bab masak-masak ni, takda masalah pun nak masak Ikan Lampam Tumis Tempoyak Cikgu Syed I Love You ni. So, entry kali ini aku akan share resipi masakan ni dengan semua pembaca blog aku. Hasil dia memang sedap, serius tak tipu. Kalau kau jenis yang suka makan kering dengan sambal memang terbaik la resipi ni untuk korang semua.
Bahan-bahan
Ikan Lampam - 1 ekor (kalau makan banyak boleh goreng 2 ekor
Kunyit hidup
Bawang putih
Serai
Bawang kecil
Cili kampung
Tempoyak
(Aku takda spesifik sukatan pun berapa bahan-bahan yang perlu disediakan. Korang pandai-pandai lah agak mengikut berapa ekor ikan yang korang nak buat)
Cara-cara
1. Terlebih dahulu, gorengkan ikan lampam di dalam kuali dan biarkan sehingga ia garing dan rangup. Kenapa perlu goreng sampai betul-betul garing? Sebab biasanya bila kita goreng garing (deep fried) tulang ikan tu akan menjadi lembut dan takdalah susah nak makan ikan nanti. Oh, jangan lupa untuk gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Seterusnya, tumbuk bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, cili kampung sehingga lumat.
3. Masukkan bahan yang telah siap ditumbuk tadi ke dalam kuali dan juga tumbuk serai sebatang (tumbuk hujung tu sahaja) dan goreng bersama bahan-bahan di atas.
4. Tunggu sehingga bahan-bahan tersebut garing (waktu tu rasa macam lapar gila sebab bau dia MashaAllah semerbak masuk hidung).
5. Bila bahan-bahan yang ada tu dah naik bau dan agak-agak dah garing, masukkan tempoyak dan gorengkan bersama bahan-bahan tadi. Tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.
6. Campurkan sedikit air ke dalam bahan-bahan tadi supaya tidak terlalu garing dan hangus. Lagi satu, pentingnya letak air ialah untuk bagi masakan kita berkuah sikit. Maksudnya takdalah kering sangat, boleh gaulkan dengan nasi banyak sikit kalau makan tu hehe.
7. Masukkan ikan goreng tadi kedalam bahan-bahan yang digoreng dan kacau bersama sehingga semua bahagian ikan disaluti dengan tempoyak.
8. Siap dan sedia dihidang!
Senang kan? Nak buat benda ni serius tak makan masa lama pun. Orang kata memang sesuai sangat untuk orang bujang yang malas memasak macam aku dan korang semua ni hahaha. Berselera lah aku makan haritu dengan resepi baru ni. Cubalah try! confirm tak menyesal.
Terima kasih sudi membaca, jom cuba resepi ni!