*My editing skill has turned out really bad since I haven't used it frequently these days. Sorry for that.
Assalamualaikum and Hi!
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapatlah kita bersama-sama menyambut bulan syawal setelah sebulan berpuasa (dah macam muqadimmah kerja kursus dah ni aku rasa). Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terlebih dahulu saya ucapkan kepada semua pembaca blog Seorang Syed dan juga buat semua rakyat Malaysia yang menyambut. Aku rasa masih belum terlambat rasanya untuk aku menulis tentang hari raya since sekarang pun masih dalam bulan Syawal lagi kan?
I don't really know what to write about in this entry. I don't have pictures of me celebrating raya with families and that's the worst thing during hari raya that I could think of. Seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, phone aku rosak and masih tidak berganti. I am planning to buy an iPhone but yeah tunggu masa yang sesuai lah dulu haha. Line internet dekat sini pun masih lagi sama, kadang-kadang sahaja dapat 3G and nak blogwalking tu bapaklah susah loading dia lambat betul sampai aku dah give up.
Erti Sebenar Hari Raya
Waktu aku budak yang masih innocent dulu-dulu, aku selalu ingatkan raya ni semuanya pasal duit raya, baju baru dan makanan. Kalau duit raya sikit, baju raya pun tak cantik dan tak banyak rasa macam tak semangat nak sambut hari raya. Kadang-kadang demand nak baju raya yang mahal saja, yang murah sikit tak nak. Lepastu boleh pula minta-minta duit raya dekat orang dengan tak malunya (tapi budak-budak memang macamtulah kan?).
Bila kau semakin membesar, kau punya perception tentang hari raya tu dah lain. Aku tak kata aku semakin dewasa atau berfikiran matang. Tapi seriously kau punya perception tentang hari raya tu sekelip mata dah berubah. Kalau dulu kau yang minta duit raya, tapi bila dah besar kau yang kena hulur duit raya. Baju raya? tak rasa macam benda tu perkara wajib pun (sebab takda gaji kot? hahaha). Walaubagaimanapun, still perasaan nak sambut raya tu masih sama. Excited macam biasa sahaja cuma priority kau tu dah berbeza. Erti hari raya tu bukan terletak pada baju baru, duit raya dan sebagainya. Pada aku, hari raya ni cukuplah dapat bersama dengan keluarga.
Raya tahun ni aku cuma ada 2 pasang baju raya sahaja. Satu baju melayu, satu lagi baju kemeja dengan jeans. Kalau ikutkan nak beli baju melayu sahaja. Tapi tak tahulah macam mana boleh terbeli jeans dengan kemeja tu. Mungkin sebab jeans aku semua dah ketat-ketat so ini sajalah peluang aku nak tambah koleksi jeans baru (memang biasanya tambah seluar baru bila raya sahaja hahaha). Hari raya aku tetap happening walaupun ada dua pasang baju raya sahaja, Alhamdulillah.
"Bila Nak Kahwin?"
Ni antara soalan "maut" yang wajib ditanya oleh sanak saudara semua termasuk mak cik sebelah rumah kan? Aku personally rasa soalan tentang perkahwinan ni biasa sahaja. Takdalah maut mana pun. Kadang-kadang tak faham kenapa orang nak triggered sangat dengan soalan ni. Pada pendapat aku, kalau orang tanya tentang kita, that shows they care about us. Mungkin kadang-kadang mak cik pak cik kita ni tak tahu nak mulakan conversation tu macam mana. So, apa yang terlintas itulah yang mereka akan tanya.
Tak perlu nak jawab soalan ni secara sarcastic sangat pun. Jawab dengan baik seperti "InshaAllah, doa-doakanlah saya dapat jodoh yang baik" ataupun jawab secara berseloroh "boleh ja kalau pak cik/mak cik nak sponsor majlis saya". Kan lebih baik tu? Tak payah nak tarik muka awkward ke apa. Benda tu benda normal, dah berusia mestilah kena kahwin. Bezanya cuma jodoh kita dah sampai ataupun tidak sahaja. Don't make things difficult.
Tak Dapat Gaji Lagi
Bulan ni dah masuk 3 bulan aku bekerja Alhamdulillah sekejap sahaja rasanya masa dah berlalu. Kawan-kawan yang sama posting dah ada yang dapat gaji 2 bulan. Aku setakat ni masih belum dapat lagi, agaknya mungkin 25.7 ni kot? Ingatkan sempatlah dapat sebelum raya. Hajatnya nak bagi duit raya dekat budak-budak, tapi takda rezeki lah nak buat macam mana. Boleh tahan juga struggle dalam kehidupan nak pergi kerja takda gaji ni. Baju raya nak beli sendiri pun tak lepas haha. Harapnya segala urusan gaji ni selesai la bulan ni.
Bila dah syok sangat menulis ni tak perasan dah entry ni jadi sebuah novel dan dah boleh dibukukan (cuma takda orang nak beli lah haha). Ingatkan takda idea nak tulis apa, sekali haaa ambik kau. Memang dasar Seorang Syed, bila menulis tak reti nak berhenti. Okaylah aku rasa setakat ini sahaja entry aku pada kali ini. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca diari Aidilfitri Seorang Syed yang tak fun langsung ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua! :)
Selamat hari raya Aidilfitri juga buat cikgu Syed.
ReplyDeleteMrs. A pun sama tau mohon maaf zahir dan batin.
Al-maklumlah Mrs. A ni kalau komen ikut suka hati jer...mungkin ada kekata Mrs. A yang terasa hati harap diampun ya... salam kosong-kosong :-)
Bab internet slow tu memang APTB samalah macam time raya hari tu kat kg Mrs. A pun sama. Tapi takpelah take it positively
Terima kasih kak. Ehhhh, takda hal kak. Suka ja baca komen-komen akak dekat blog saya yang tak seberapa ni hehehe. Tahu takpa nasib baik internet kat kampung laju pula.
Deleteselamat hari raya syed..maaf zahir batin, inshaAllah hujung bulan ni dapatlah gaji syed tu
ReplyDeleteInshaAllah kak, terima kasih :)
DeleteSelamat Hari Raya Syed, Maaf Zahir Batin.... Soalan maut tu memang confirm dapat kan... hihi...
ReplyDeletehaha soalan maut tu memang kena hadap la sampai bebila mulai sekarang hihi. terima kasih bro azlan.
Deleteselamat hari raya syed..:)
ReplyDeleteSelamat hari raya kak! :)
Deleteselaamat hari raya syed...kak lina sentiasa menunggu celoteh syed....hihi suka baca penulisan syed...semoga syed dapat gaji cepat n buat giveaway okeyyyy hahaha
ReplyDeleteYa Allah betul ke ni kak? terharu pula saya baca hihihi. Aminnn inshaAllah kalau ada rezeki nanti haha.
Deleteselamat hari raya!
ReplyDeleteLama tak nampak btw
Itulah, ada banyak kekangan pula lately so jarang la boleh muncul dekat blog sobs.
DeleteSelamat hari raya Syed.
ReplyDeleteOnce dpt gaji nnt, bolehlah blanja anak2 buah duit raya...
Betullah, relax saja bab soalan kawin tu, jawab ja yg elok2...
Kot2 bertemu jodoh bila ramai yg mendoakan..
Cheers.
Anak2 buah takda lagi. Ada sepupu yang kecik2 ramai la haha.
DeleteBetul tu kak, nak marah-marah sangat buat apa kan? hehe.
Salam eid Mubarak cikgu Syed yea, mzb juga.
ReplyDeleteAlolo, ciannya blm dpt gaji yea, tapi best nnt sekali dpt terus sedebuk gitew, haaa..jgn smp teruja tak tentu arah plak.hihi
Trima kasih kak. Memang best dapat sekali sedebuk tapi nak survive tu punyalah tough haha.
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeleteMoga cpt cpt dpt gaji & bagi murid2 duit raya. ahhaha k just kiddin.
;)
hihihi mekaseh! by that time raya dah habis dah tapinya.
DeleteTakpelah, tunggu tahun depan la pula nampaknya diorang tu haha.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin Cikgu Syed...sekejap dah 3 bln berkhidmat ya...
ReplyDeleteItulah kak, pejam celik sahaja dah 3 bulan. Rasa macam baru je lagi masuk sekolah haritu. Selamat hari raya juga kak.
DeleteHahaha, ok lah baca novel macam ni, fun jugak la..
ReplyDeleteXpe, semoga murah rezeki kerana bersabar kali ni~
AMIN.
Salam Aidilfitri !!!!
hahaha serious ah fun ni nona?
DeleteAminnn terima kasih! :)
SALAM IDILFITRI SYED MAAF ZHR BTN..BERSABARLAH TUNGGU GAJI PERTAMA YG LUMAYAN HASILNYA
ReplyDeleteInshaAllah kak, tengah bersabar sesangat ni hehe. Terima kasih :)
DeleteBersabar tunggu gaji,dapatnya berganda2 tu Syed...
ReplyDeleteYg makcik ni pulak bila ank dah abis belajar ,mereka2 bertanya bila nk bermenantu...boring juga kdg nk jawab.
Dapat berganda-ganda sebab nak bayar hutang yang berganda-ganda juga haha.
DeleteOhhh mak mak pun ada dilema juga kan haha.
Lek lek je bila makcik pakcik tanya bila nak kahwin. Sampai seru, kewangan stabil boleh lah nikah. Hahah! Selamat Hari Raya Syed! Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeleteYessss betul tu! jawab je macamtu kan mudah hehehe. Terima kasih! :)
Deleteselamat hari raya syed! xpe la kalau bukan rezeki gaji sebelum raya, suruh mak pak budak tu la plak bagi duit raya dekat syed...haha! IQ pun tak gaji lagi ni. menangis di hujung bucu bilik
ReplyDeletehahahah umur macam syed ni dah tak layak dapat duit raya dah kot kui3.
DeleteHujung bucu bilik ja? kenapa tak nangis bawah shower? kahkah.
selamat hariraya
ReplyDeleteSelamat hari raya juga! :)
Deletekami pon beli n sedia kelengkapan raya mn yg patut ja sebab gaji masuk 30/6...huhuhuhu tp lepas ry poket still penuh lg la cuma duit ry anak2 sedara kena cut ckit.
ReplyDeleteSelamat hari raya syed
Itulah yang untungnya kan? kalau masuk awal nampak gayanya lepas raya kering la poket. hehe. Terima kasih.
Deletelama sangat akak x singgah sini.. hiii. btw selamat hari raya Syed..maaf zahir batin.. yang akak punya ni tak fikir sangat pasal baju raya.. dah pandai mendewasakan diri ..tak payah nak meroyan sangat kalo tak de baju raya :D..
ReplyDeletebiasalah tu lepas 3 bulan ni gaji masyuk.. pandai2 la nak budget pulak..
Itulah, mesti akak dah lupakan blog saya ni hahahaha. Nak buat budget tu yang susah kak. Rasa macam nak beli semua benda.
DeleteWow .. selamat hari raya cikgu syed :)
ReplyDeleteSelamat hari raya juga! :)
DeleteSelamat Berhari Raya Syed.. Lambat juga gaji tu.. kesian pulak beraya takde gaji.. Nasiblah bujang lagi, hihi
ReplyDeletehahaha kesian kan? tengok ja orang pakai baju raya lawa-lawa.
DeleteBujang pun nak juga bergaya! hehe.
selamat hari raya syed :)
ReplyDeleteTerima kasih. Selamat hari raya juga :)
DeleteSalam Aidilfitri Syed. Bertabahlah tunggu gaji ya. Hihihi
ReplyDeleteInshaAllah, terima kasih hihi :)
DeleteSINGGAH SYAWAL 11
ReplyDeleteMekaseh! :)
DeleteKesiannya tak dapat gaji lagi. Kalau dapat nanti harap ada sekali bonus raya? Anyway, selamat hari raya syed. Abaikan soalan maut tu okay?
ReplyDeletep/s : tag syed dekat GA ni http://fws00blog.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html
Kesian juga la, nak beli baju raya tak dapat. Sedih haha. Terima kasih tag syed! :)
DeleteTak teringat pon nak tangkap gambar since we were busy doing things. Tak pernah pon actually kena tanya bila nak kahwin so can't really relate but then, twitter akan memperbesarkan benda ni. Triggered sangat kenapa tahh.
ReplyDeleteAnyway, Selamat Hari Raya!
p/s: I don't get any baju kurung pon. rasa matured sangat walhal malas nak fitting what not.
// afifahaddnan
Kalau perempuan memang selalu la bertungkus lumus di dapur. Kesian nengok kadang-kadang hehe. Orang-orang yang tweet dekat twitter melebih-lebih pulak kan?
DeleteThanks afifah! :)
p/s : baju kurung kena fitting awal kan kalau tak orang tak nak ambil.
Selamat Hari Raya Syed! kenangan raya masa kita kecik2 takkan pernah pudar dalam ingatan kan? meriah nya lain macam. Nowadays bila dah besar dan bekerjaya..terus bertukar kan makna hari raya. Semoga cepat duit gaji masyuk. Boleh la ganti HP baru.
ReplyDeleteBetul tu kak. Raya masa kecik-kecik dulu memang best! nak pula waktu tu tok semua ada lagi. InshaAllah kak, doakan gaji saya masuk cepat-cepat haha.
Deleteselamat hari raya cikgu!!! hahaha. kan soalan maut bila nak kahwin tuh memang tak best betul tapi tahun nih uyul tak terima soalan macam tu sebab beraya dengan anak buahhh, semua ingat anak sndiri, ahaha
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
hahahaha macam lawak pula uyul. Jatuh la saham kalau macamtu nanti.
DeleteSELAMAT HARI RAYA SYED.. SABAR MENUNGGU YA
ReplyDeleteALAMAT !! TER CAPS LOCK LA PULA HUHU
hahaha inshaAllah tengah bersabar ni ha cik tie.
DeleteTengah menjerit ke tu :P
Selamat hari raya..
ReplyDeleteSelamat hari raya juga! :)
DeleteSelamat hari raya Syed.
ReplyDeleteMaaf zahir batin.
i lagi lah you.
tak bernafsu dah nak beraya..
aka boleh puasa lah sampai tahun depan.
Terima kasih kak.
Deletehaha menarik juga tu berpuasa sampai tahun depan kan.
kenapa dah tak bernafsu nak raya tuuu.
Selamaat hari raya syed. Maaf zahir batin
ReplyDeleteSelamat hari raya juga kak! :)
DeleteSelamat Hari Raya Syed! Samalah soalan tu yang berkumandang kat telinga ni haha
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki Raya Haji ni pun boleh la nak bagi duit raya kat bebudak nanti kot ngeh3
Alamak, raya haji takda orang bagi duit raya kan? hahaha.
DeleteBertabahlah mellya hihi.
Jumpa ayat ni kat twitter,
ReplyDelete"Peratusan orang meroyan bila ditanya pasal kahwin -95%
Peratusan makcik yg tanya bila nak kawen - 0%" xD
Makcik2 sekarang dh lebih berhati-hati time nak tanya soalan sensitif ni. Kalau ada yg tanya sekalipun boleh je jawab baik2 kan
Selamat hari raya btw!
Omg that's soooo accurate!
DeleteExaggerate je lebih depa ni padahal benda takda apa pun.
Selamat hari raya too! :)
Haha.. teringat sorang opismate yg masih bujang sampai taknak pergi reunion raya sebab selalu dapat soalan dari kawan2 "anak berapa dah?" Pening katanya nak menjawab. Nak tipu susah, tak tipu pun susah. Diakan dia bertemu jodoh. Umur member tu dah 41 thn ni. 😂
ReplyDeleteKesiannya opismate akak tu. InshaAllah semoga bertemu juga jodohnya satu hari nanti. Kalau tak di dunia di syurga mungkin?
DeleteSelamat hari raya Syed. Hahaha pasal raya pun dah boleh terbit buku ni, barulah penulis sejati, hahaha.
ReplyDeleteSoalan tu takdelah maut sangat. Soalan lagi maut tu, "Awat nampak makin gemuk ni."hahahaha
hahahaha mengarut memang nombor satu kan syed ni.
DeleteMai selalu kena makin gemuk ka? kahkah syed tak pernah lagi setakat ni.
Selamat hari raya Syed! Lama betul tak nampak sebelum ni. hehe. bab gaji tu tak lama lagi masuklah tu. hehe
ReplyDeleteItulah busy sikit lately so tak boleh buat apa pun dekat blog ni ha lepastu internet juga masalah. InshaAllah.
DeleteSelamat hari raya syed. X wat opeb houseee ke. Nanti leh akk dtg mnyibuk makan. Hahaha..
ReplyDeleteAlamak kak haha takda open house pun. Tapi kalau nak datang boleh ja tak payah tunggu open house hehe.
Deleteoke latu entry syed always bermanfaat jeles nauuu hahaha, dari kita ni asyik merapu tak henti ii mcm mana lak ni. haha apa pun selamat hari raya! Maaf zahir batin naa kalau ada salah silap tang mana ii :D
ReplyDeleteAllahu celah mana bermanfaat tu yana hahaha. Okaylah tu tulis pasal cerita kita mana ada merapu kan? hehe. Selamat hari raya juga yana! :)
Deletesalam syed..
ReplyDeleteterlewat x kalo nk wish lagi
SELAMAT Hri raya...
hehe
Belum terlewat lagi ni. Kan masih bulan syawal? hehe.
DeleteSelamat hari raya juga! :)
selamat hari raya. sistem yang bayr gaji lambt bagi pekerja baru tu wajar dikaji semula.
ReplyDeleteSelamat hari raya juga kak. Entah la, mungkin banyak benda nak kena settle ke apa? haha.
Deletemacam dah lame tak datang sini.. selamat hari raya syed.. mintak maaf kalau ade salah silap ye..
ReplyDeletehehehe itulah tuannya pun dah tak update blog selalu hihi
DeleteKak ekin orang tanya pasal anak... kadang2 stresss huhuhuhu
ReplyDeletehuhuhu itulah kadang-kadang stress tapi takpelah minta doakan yang baik2 jelah kan.
DeleteMacam lupa pulak dah ucap selamat hari raya ke belum. Selamat hari raya maaf zahir batin! Banyak salah silap nih, sebab suka komen pepanjang kadang ada mengguris hati mohon dimaafkan ye. Salam kosong kosong! #rayakansebulan 😝🙆
ReplyDeletehahaha rasa macam dah ucap ja fairuz! takpa nak ucap banyak kali pun boleh. Selamat hari raya juga! ampun salah silap hehe.
DeleteSelamat hari raya Syed :D
ReplyDeleteSelamat hari raya Lya! :)
Deleteselamat hari raya syed.. sabar ye nanti dapat gaji 3 bulan terus blink2 mata hehehe..
ReplyDeleteSelamat hari raya kak hihih tu tak sabar nak dapat tu.
Delete