Wednesday, July 19, 2017

DAPUR BUJANG : IKAN LAMPAM TUMIS TEMPOYAK


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati aku untuk membuat sedikit eksperimentasi tentang masakan. First of all aku minta maaf sebab kualiti gambar dekat atas ni betul-betul menjatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang Syed. Biasalah, pakai phone murah sahaja kualitinya pun lari habis. Kecewa pula bila tengok gambar ni. Walaupun gambar buruk, aku still appreciate gambar ni sebab finally aku masak something yang berbeza (sebab biasanya goreng telur sahaja kahkah).


For those yang tak tahu ikan lampam tu rupa dia macam mana, nah aku belanja gambar sedikit. Actually aku pun tak tahu jenis-jenis ikan sungai ni haha. Akak dekat sekolah aku offer nak bagi ikan untuk buat masak-masak. Mula-mula aku rasa macam malas juga sebab ikan sungai kan banyak tulang. Tapi disebabkan waktu tu aku puasa and macam sedap sahaja kalau dapat makan ikan, aku pun ambil la seekor. Kalau tak ambil, berbuka goreng telur la malam tu haha.

Dah dapat ikan, akak dekat sekolah aku juga bagi tempoyak (ramainya akak-akak Syed hehe). Mula-mula ingat nak buat gulai tempoyak, tapi disebabkan ikan ni bertulang banyak aku fikir nak buat goreng sajalah. Pergi keliling sekolah petik lada (omg first time petik lada dari pokok bila dah besar ni) dan ambil kunyit hidup dekat sekolah juga. Sekolah aku ni dah boleh buka pasar malam dah kot, banyak sangat sumber tanaman ni hehe. 

Bila dah ada bahan, aku pun menuntut ilmu macam mana nak masak ikan ni. Alhamdulillah, disebabkan aku sejenis yang cepat tangkap bila bab masak-masak ni, takda masalah pun nak masak Ikan Lampam Tumis Tempoyak Cikgu Syed I Love You ni. So, entry kali ini aku akan share resipi masakan ni dengan semua pembaca blog aku. Hasil dia memang sedap, serius tak tipu. Kalau kau jenis yang suka makan kering dengan sambal memang terbaik la resipi ni untuk korang semua.
Bahan-bahan
Ikan Lampam - 1 ekor (kalau makan banyak boleh goreng 2 ekor
Kunyit hidup
Bawang putih
Serai
Bawang kecil
Cili kampung
Tempoyak

(Aku takda spesifik sukatan pun berapa bahan-bahan yang perlu disediakan. Korang pandai-pandai lah agak mengikut berapa ekor ikan yang korang nak buat) 
Cara-cara
1. Terlebih dahulu, gorengkan ikan lampam di dalam kuali dan biarkan sehingga ia garing dan rangup. Kenapa perlu goreng sampai betul-betul garing? Sebab biasanya bila kita goreng garing (deep fried) tulang ikan tu akan menjadi lembut dan takdalah susah nak makan ikan nanti. Oh, jangan lupa untuk gaulkan dengan kunyit dan garam.

2. Seterusnya, tumbuk bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, cili kampung sehingga lumat.

3. Masukkan bahan yang telah siap ditumbuk tadi ke dalam kuali dan juga tumbuk serai sebatang (tumbuk hujung tu sahaja) dan goreng bersama bahan-bahan di atas.

4. Tunggu sehingga bahan-bahan tersebut garing (waktu tu rasa macam lapar gila sebab bau dia MashaAllah semerbak masuk hidung).

5. Bila bahan-bahan yang ada tu dah naik bau dan agak-agak dah garing, masukkan tempoyak dan gorengkan bersama bahan-bahan tadi. Tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.

6. Campurkan sedikit air ke dalam bahan-bahan tadi supaya tidak terlalu garing dan hangus. Lagi satu, pentingnya letak air ialah untuk bagi masakan kita berkuah sikit. Maksudnya takdalah kering sangat, boleh gaulkan dengan nasi banyak sikit kalau makan tu hehe.

7. Masukkan ikan goreng tadi kedalam bahan-bahan yang digoreng dan kacau bersama sehingga semua bahagian ikan disaluti dengan tempoyak.

8. Siap dan sedia dihidang!

Senang kan? Nak buat benda ni serius tak makan masa lama pun. Orang kata memang sesuai sangat untuk orang bujang yang malas memasak macam aku dan korang semua ni hahaha. Berselera lah aku makan haritu dengan resepi baru ni. Cubalah try! confirm tak menyesal. 

Terima kasih sudi membaca, jom cuba resepi ni! 


89 comments :

  1. Dah ok lah tu syed...lepas ni kalau selalu masak semakin mahir lah nanti.Dah tentu sedap ikan lampan tempoyak syed ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kakkk, ikan lampam ni dia punya rasa tu macam manis-manis. Berselera jap makan.

      Delete
  2. amboiiii currlasttt betul nama masakan tu ekk..eheheh

    ReplyDelete
  3. Wahhh ada entri resipi lagi. Memang calon pilihan ramai ni nampaknya. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha entri resipi main hentam ni namanya kak.

      Delete
  4. Wah dah lama tak makan ikan lampam. Mujur tak mengidam tengok menu syed tapi ada tempoyak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga ikan lampam ni rupanya. Rasa dia macam manis2 macamtu hehe.
      Tempoyak sedap kot

      Delete
  5. Wah2 syed...pandai masak rupanyaa...dah ada calon ke belum???hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pandai masak la sangat. campak-campak ja boleh la hihi.
      Calon pun takda lagi :(

      Delete
  6. Dah la hensem, pandai masak lagi, beruntunglah mak bapak mertua.. hehe... gurau je syed... pandai syed masak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha thanks bro, takda pandai masak pun. boleh lah untuk lepas perut sendiri orang cakap.

      Delete
  7. rajin n pandai juga masak cikgu syed ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takda la rajin sangat kak. Cuma bila dah bosan asyik makan luar ja, apa salah sekali sekala masak sendiri pula haha. Pandai tak pandai tu kita tolak tepi dulu.

      Delete
  8. wahhh, dah ada resipi dapur bujang plak dah. nais la syed. senang je yer pergi kutip bahan2 dekat sekolah jer, senang tak yah beli.

    boleh jadi calon suami mithali dah ni...haahahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha IQ memang dah ada la dapur bujang ni. Ada lah dalam 2 3 posts kot under label ni. Alhamdulillah, murah rezeki kutip2 ja dekat sekolah.

      PM tepi kalau ada calon yg berminat kahkah.

      Delete
  9. Ikan lampam banyak tulang kan..x pernah masak macam ni lagi...nanti nak buat laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah banyak tulang tapi bila kita goreng garing, tulang tu jadi rangup la sikit hehe. Cuba la nanti kalau ada masa.

      Delete
  10. hebatnya seorang syed.. masak tu..
    i mmg suka food yang ada tempoyak2 ni.
    but i is sedih.
    no one yang sudi makan tempoyak kat rumah i.
    so how... huaaa..huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah hebat la sangat padahal masak benda simple ja boleh la kan.
      Alaaaa meh la jadi geng syed kahkah. kalau makan tempoyak ni tak payah geng takpa.

      Delete
  11. wahhhh masak tempoyak tu. mesti sedappp :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga Bv! kena try la kalau nakk tahu macam mana rasa dia haha.

      Delete
  12. Kemainn nama masakan Cikgu Syed! Hahah! Selalu buat goreng kunyit aje ikan ni. Goreng garing garing peh nikmat! Boleh lah try resepi ni pulak lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nama tak sah kalau tak over hihi. Sedap juga rupanya ikan ni. Rasa manis-manis macamtu. Try la nanti kalau ada masa.

      Delete
  13. Wah dah pandai masak ek, hehe..mestilah, dah hidup membujang kekdahnya kenalah pandai kan.
    Mana nk cari ikan lampam weyh, kena pi Pahang le jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masak sikit-sikit tu boleh la bila rajin. Kena mancing la jawabnya kak baru dapat. ini pun orang bagi.

      Delete
  14. bagus dah tu bagi orang bujang,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah. ini ja yang paling berjaya setakat ni.

      Delete
  15. Bagus Syed! Hidup berdikari sangat ni. Dah ada kemajuan dalam dunia masakan. Say goodbye to Telur Goreng! HAHAHAHAHAH. Kemain kan tajuk Ikan Lampam Tempoyak tuh. Harapnya lepas ni ada la yang balas.."Ikan Lampam Tempoyak I Love You Too". :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cepat bosan kak kalau makan luar ni. Kadang-kadang rasa tak puas makan beli. nak kena masak sendiri juga haha. Telur tu ja paling senang nak buat kak detswai hari-hari telur pun takpa kahkah. Itulah mohon la ada yang balas kahkahkah.

      Delete
  16. Sedapnya....bila la dapat merasa ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah bila tiba hari raya seterusnya #tetiba

      Delete
  17. Yeayyy! Macam sedap je, nanti nak try! Oh, yeah btw. Apa bezanya cili kampung dengan cili biasa? Cili kampung tu apa? Cabai burung ke? (K, takut pulak kena bash tanya soalan cenggini) Kah! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon try fairuz pls! haha. Cili kampung tu cabai burung tu la, yang kecik kecik tu haha. Its okay sebab lain tempat lain panggilannya kahkah.

      Delete
  18. ok la tu dari tak pandai masak langsung kan.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh betul tu, lepas untuk makan and kenyang perut sendiri kira not bad la kahkah.

      Delete
  19. fuh nama resepi kalah title drama fattah amin...hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi gempak dari drama fattah amin kot kahkah.

      Delete
  20. bagusnya Syed pandai masak dah. kahwin nanti takdalah wife je yang masak kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe doakan semoga dikurniakan wife yang pandai masak boleh masak sesama. gituhh.

      Delete
  21. Dah pandai masak dah cikgu syed ni. Hehe

    Ya Allah sedapnyaa tempoyakk terliur pulak macam nak try resepii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata pandai tu takdalah juga. Cuma experiment ja ni haha.
      Try la nanti please!! haha.

      Delete
  22. best gila kat sekolah ada banyak tanaman, boleh petik sendiri
    nama ikan memang curlas sungguh. tpi saya tak reti makan tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesssss boleh petik sendiri tu memang best and seronok kot! hehe.
      Alaaa rugila tak makan tempoyak. cuba la dulu?

      Delete
  23. nasib baikkk x makan tempoyak.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious ah kak tak makan tempoyak? tempoyak sedap gila kottt :(

      Delete
  24. Ini sudah bagus... dah pandai masak tempoyak. Tapi ikan lampam tu kalau buat gulai tempoyak lagi ngam kot cikgu Syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi saya tak pandai sangat makan ikan bertulang nanti. Nanti kena makan berhati-hati haha. Itu pasal buat goreng best juga.

      Delete
  25. x pernah makan ikan lampan. Tapi pernah bela byk dlm akuarium masa akak kecik2 dulu. RM3.00 sekor...lepas seminggu bela mati smua..hahaha. Singgah sini dari https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha macamtu pulak. kesian kesemua ikan-ikan yang mati tu tak panjang umur kan. hehehe.

      Delete
  26. sedapnyaaaa. resepi masak ikan ni sangat mudah. nanti free2x nak try masak juga lah. hihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah. you better try it on your own! hehehe.

      Delete
  27. seronoklah syed dikelilingi oleh akak2 yang mesti terer bab memasak dan ada yang boleh bagi bahan masakan, ini tak lama boleh jadi cikgu chef pulak ni, dah pandai masak tu haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah akak-akak dekat situ semua masak sedap-sedap hehe.
      Cikgu chef tu macam mustahil kak sebab malas nak masak kah2.

      Delete
  28. Jemput join ye semua utk chocolate giveway ni di http://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  29. e'in tak penah makan ikan lampan and tak penah jugak makan tempoyak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah rugilah E'in. Tempoyak sedap gila kot. better cuba makan dulu haha.

      Delete
  30. Wahh sedap tuuu. Syed lagi terer masak dr CR lahhhh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! hehe. Takda terer mana pun CR. Ni pun ikut resepi orang haha.

      Delete
  31. wah nampak sedap..nanti nak try! btw nice blog.done follow harap follow back blog baru saya ye.thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. try lah nanti hehe. Thanks follow! :)

      Delete
  32. Wah memang sedap tu goreng ikan deep fried diperisakan dengan tempoyak fuh mereciks!!!

    Hari-hari goreng telur mudah sangat kasilah susah sikit goreng ikan pulak

    ReplyDelete
  33. Tak pernah makan ikan lampam but boleh guna resepi ni dengan ikan lain aje kan ?
    Walaupun gambar tak cantik tp effect editing tu nampak gambar tu super cantik. :D

    ReplyDelete
  34. Nampak macam sedap je. Dah ada tempoyak mesti sedap punya lah 😋

    ReplyDelete
  35. Banyak jugak ya hasil memancing ikan lampam ni ..berapa ekor yang masak tempoyak tu

    ReplyDelete
  36. Orang lelaki masak biasa nya sedap. Lihat berapa ramai chef lelaki yang successful.

    ReplyDelete
  37. wah abam syed masak. macam sedap je tuh

    ReplyDelete
  38. fuhh meleleh air liur malam-malam nih heheh

    ReplyDelete
  39. Amboi cikgu Syed, dah start bagi resepi haa. hihi

    ReplyDelete
  40. Amboi pandainya cikgu syed memasak, kalah I nii

    ReplyDelete
  41. terbaikkla cihgu syed..makan dengan nasii panass sedapp niie..silap2 hari bulan berkubur nak diet...hihi

    ReplyDelete
  42. wow boleh cuba niii...

    singgah + follow sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  43. Sedapnya.. Memang menu best untuk berbuka nie.. Buat pembuka selera.. Pandai syed masak..

    ReplyDelete
  44. wah wah wah.. hebat tu.. tahniah & keep it up

    ReplyDelete