Tuesday, February 13, 2018

SEORANGSYED DOT COM TURNS ONE!

Assalamualaikum and hello everyone!

Yes! Akhirnya aku berjaya jugaklah melawan segala perasaan malas nak arwah untuk menulis beberapa coretan dekat blog buruk aku ni. Selepas beberapa ketika aku berfikir untuk mengetuk papan kekunci aku, so here I am. Pejam celik dah masuk setahun sebenarnya aku buka blog ni. I started this blog on the 1st February 2017. Sekarang dah 13 February rupanya haha (pura-pura tak tahu padahal from the very first day of February dah kalut nak update blog tapi still hangat-hangat tahi unta). Actually aku pun tak tahu nak tulis apa dekat post kali ni. Mungkin aku just akan buat beberapa throwback yang bermakna sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ni sejak February tahun lalu. So kalau kau rasa penting untuk hidup kau, bacalah. Kalau kau rasa it's just a big waste of time, pergi baca buku (kalau kau student) or pergi tanda buku budak-budak! (kalau kau cikgu lah) haha.

REASONS WHY I'M BLOGGING

#1 Mengisi masa lapang

Aku rasa dulu lagi aku dah pernah mention bahawa aku berblog ni hanya sekadar untuk mengisi masa lapang. Waktu aku buka blog ni tahun lepas, aku mana ada kerja lagi, waktu tu pishang gila beb nak tunggu posting. Duduk rumah macam takda kerja dan hala tuju. So dengan adanya blog ni at least terisi sedikit masa lapang aku dengan perkara-perkara yang berfaedah (at least for me). THIS IS THE MAIN REASON WHY I STARTED THIS BLOG.

#2 Berkongsi cerita

Kedua, blog ni juga aku gunakan untuk berkongsi cerita-cerita merepek aku. Kalau kau perasan, banyak cerita-cerita dalam blog aku ni semua berkaitan dengan hidup aku. Even though kadang-kadang aku share tips ke apa, mesti tips tu bersangkut paut dengan kehidupan aku. Aku rasa bercerita tentang diri sendiri lagi mudah (bukan narcissist okay). 

Aku rasa kedua-dua sebab ni sahaja dah cukup membuatkan aku sangat "aktif" berblog sebelum aku ditempatkan disekolah tahun lepas. Lepas sahaja aku masuk sekolah, semuanya terkubur. Blog dibiarkan bersarang, dashboard dibiarkan sepi tanpa kata-kata, comments diabaikan tanpa sebarang balasan (melainkan kalau aku rajin nak reply haha). AKU TAK TAHU AKU NI TAK BOLEH MULTITASKING KE APA, TAPI SERIOUS BILA DAH KERJA TERUS RASA MALAS NAK MENAIP. I actually have so many things to share but the thing is MALASNYA NAK TULIS. Laptop aku sekadar digunakan untuk menaip lesson plan. Tak bernafsu dah nak tengok movie ke apa (I'm that workaholic huh?). 

VISITORS IN A WEEK


Here are some things that I'm grateful for. Walaupun aku tak update blog aku setelah berkurun lama, but still traffic blog aku dalam keadaan yang memuaskan la untuk aku (mungkin salah satu sebab kenapa aku tak update blog kot?). Setiap hari 250 ke atas unique visitors yang singgah blog aku walaupun aku tak tahu apa yang diorang baca but hey thanks for reading my crappy stories here. Pageviews pula setiap hari memang atas daripada 1000. Alhamdulillah, I don't even know how I could do that. Sebelum ni aku pernah ada blog lain juga, tapi kalau tak update memang takda traffic la jawabnya but this time it's different. Aku tak tahu la blog aku mesra google ke apa. Most of the traffics are coming from Google. 

ALEXA RANK

Surprisingly, blog aku punya ranking dalam Alexa pun kira not bad la. Yelah, dah la tak update lepastu takkan kau nak expect ranking tinggi pula dekat Alexa. Dapat banyak ni pun dah cukup bersyukur. Aku bukannya nak bertanding sebagai calon blogger paling popular haha. Cukuplah blog aku hanya dikenali oleh rakan-rakan blogger yang lain (which I bet no one remembers me already). 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tahun ni aku nak cuba buat yang terbaik untuk update beberapa entry dalam masa sebulan haha. Tapi tak janji la sebab aku ni selalunya awal-awal sahaja yang semangat. Bila tiba waktu nak update tu, selalunya ada ja alasan aku (aku tulis panjang-panjang ni actually ada yang baca ke tak?). Okay aku rasa cukup sampai di sini sahaja sebab lagipun esok sekolah. Aku dah sepatutnya tidur ni sebab dah pukul satu pagi kot. Thanks for reading guys dan terima kasih juga yang comment entry-entry lama walaupun Seorang Syed takda update apa-apa entry selama beberapa bulan. I will hit you back soon (again, if I have the time). Till we meet again.