Tuesday, February 13, 2018

SEORANGSYED DOT COM TURNS ONE!

Assalamualaikum and hello everyone!

Yes! Akhirnya aku berjaya jugaklah melawan segala perasaan malas nak arwah untuk menulis beberapa coretan dekat blog buruk aku ni. Selepas beberapa ketika aku berfikir untuk mengetuk papan kekunci aku, so here I am. Pejam celik dah masuk setahun sebenarnya aku buka blog ni. I started this blog on the 1st February 2017. Sekarang dah 13 February rupanya haha (pura-pura tak tahu padahal from the very first day of February dah kalut nak update blog tapi still hangat-hangat tahi unta). Actually aku pun tak tahu nak tulis apa dekat post kali ni. Mungkin aku just akan buat beberapa throwback yang bermakna sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ni sejak February tahun lalu. So kalau kau rasa penting untuk hidup kau, bacalah. Kalau kau rasa it's just a big waste of time, pergi baca buku (kalau kau student) or pergi tanda buku budak-budak! (kalau kau cikgu lah) haha.

REASONS WHY I'M BLOGGING

#1 Mengisi masa lapang

Aku rasa dulu lagi aku dah pernah mention bahawa aku berblog ni hanya sekadar untuk mengisi masa lapang. Waktu aku buka blog ni tahun lepas, aku mana ada kerja lagi, waktu tu pishang gila beb nak tunggu posting. Duduk rumah macam takda kerja dan hala tuju. So dengan adanya blog ni at least terisi sedikit masa lapang aku dengan perkara-perkara yang berfaedah (at least for me). THIS IS THE MAIN REASON WHY I STARTED THIS BLOG.

#2 Berkongsi cerita

Kedua, blog ni juga aku gunakan untuk berkongsi cerita-cerita merepek aku. Kalau kau perasan, banyak cerita-cerita dalam blog aku ni semua berkaitan dengan hidup aku. Even though kadang-kadang aku share tips ke apa, mesti tips tu bersangkut paut dengan kehidupan aku. Aku rasa bercerita tentang diri sendiri lagi mudah (bukan narcissist okay). 

Aku rasa kedua-dua sebab ni sahaja dah cukup membuatkan aku sangat "aktif" berblog sebelum aku ditempatkan disekolah tahun lepas. Lepas sahaja aku masuk sekolah, semuanya terkubur. Blog dibiarkan bersarang, dashboard dibiarkan sepi tanpa kata-kata, comments diabaikan tanpa sebarang balasan (melainkan kalau aku rajin nak reply haha). AKU TAK TAHU AKU NI TAK BOLEH MULTITASKING KE APA, TAPI SERIOUS BILA DAH KERJA TERUS RASA MALAS NAK MENAIP. I actually have so many things to share but the thing is MALASNYA NAK TULIS. Laptop aku sekadar digunakan untuk menaip lesson plan. Tak bernafsu dah nak tengok movie ke apa (I'm that workaholic huh?). 

VISITORS IN A WEEK


Here are some things that I'm grateful for. Walaupun aku tak update blog aku setelah berkurun lama, but still traffic blog aku dalam keadaan yang memuaskan la untuk aku (mungkin salah satu sebab kenapa aku tak update blog kot?). Setiap hari 250 ke atas unique visitors yang singgah blog aku walaupun aku tak tahu apa yang diorang baca but hey thanks for reading my crappy stories here. Pageviews pula setiap hari memang atas daripada 1000. Alhamdulillah, I don't even know how I could do that. Sebelum ni aku pernah ada blog lain juga, tapi kalau tak update memang takda traffic la jawabnya but this time it's different. Aku tak tahu la blog aku mesra google ke apa. Most of the traffics are coming from Google. 

ALEXA RANK

Surprisingly, blog aku punya ranking dalam Alexa pun kira not bad la. Yelah, dah la tak update lepastu takkan kau nak expect ranking tinggi pula dekat Alexa. Dapat banyak ni pun dah cukup bersyukur. Aku bukannya nak bertanding sebagai calon blogger paling popular haha. Cukuplah blog aku hanya dikenali oleh rakan-rakan blogger yang lain (which I bet no one remembers me already). 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tahun ni aku nak cuba buat yang terbaik untuk update beberapa entry dalam masa sebulan haha. Tapi tak janji la sebab aku ni selalunya awal-awal sahaja yang semangat. Bila tiba waktu nak update tu, selalunya ada ja alasan aku (aku tulis panjang-panjang ni actually ada yang baca ke tak?). Okay aku rasa cukup sampai di sini sahaja sebab lagipun esok sekolah. Aku dah sepatutnya tidur ni sebab dah pukul satu pagi kot. Thanks for reading guys dan terima kasih juga yang comment entry-entry lama walaupun Seorang Syed takda update apa-apa entry selama beberapa bulan. I will hit you back soon (again, if I have the time). Till we meet again.

20 comments :

  1. Haha saya pun sejak start belajar terus bersawang blog. Time cuti semester je try nak update balik. Ni pun try update sikit2. Kadang banyak je idea, tapi bila start nak tulis terus blank tiba2 haha.

    Tapi untung la blog terbiar pun trafik OK lagi. Saya punya lama dh bersawang tu haha.

    Jemput la kalau nak tengok2 lol: http://willyou-readthis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Jadi yang ke 1 buat blog awak. Haha. Ala, kira bagus sangat tak update but still ada org dtg jenguk baca. Haha. Belum lagi update. Memang org datang berpusu pusu baca blog ni hee.
    https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. wahhh.. dah setahun blog ni.. tahniah ! ^^ selamat berblogging kembali.. :D

    ReplyDelete
  4. tahniah dah setahun umur blog in, hebatnya trafik blog T__T saya yg dah nak dekat masuk 8 tahun blogging ni pun belum cecah 400 ribu pageviews lagi HAHAHAHA! nampak sangat cite banyak merapu jee

    ReplyDelete
  5. and finally! You updated your blog! haiyaaa, penat tunggu laaa,

    ReplyDelete
  6. Finally Syed update jugak kan setelah berkurun lama 😂
    Happy birthday seorangsyed.com

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun yang pertama buat blog seorangsyed, takde potong-potong kek ke? ngeh! ngeh! ngeh!

    Oh! sekarang barulah Mrs. A faham sebab utama berblog mengisi masa lapang.

    Dah kerja mana nak ada banyak masa lapangkan kan..kan...??

    ReplyDelete
  8. Tahniah cikgu Syed... pageviews pun mencanak-canak walaupun baru setahun...

    ReplyDelete
  9. tahniah cikgu syed!!! walaupun lama tak update tapi pageviews dia fuhhh...daebak!!

    ReplyDelete
  10. wah dah setahun. bestnya tak update blog pun pv naik banyak. tahniah cikgu syed hehehehe

    ReplyDelete
  11. Jangan malas cikgu. ramai tunggu nak baca entry ni haha

    ReplyDelete
  12. Always fun baca blog seorangsyed so keep blogging plishh :)

    ReplyDelete
  13. Waah.. semoga terus konsisten menulis blog

    ReplyDelete
  14. Tahniah dah setahun. All the best for 2018 amd future :)

    ReplyDelete