Tuesday, November 7, 2017

"MAKE 11.11 FLY!" TAWARAN PENERBANGAN TERHEBAT DI TRAVELOKA


Assalamualaikum and Hello everyone!

Apa khabar korang semua? Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Harini aku ada berita baik untuk dikongsi dengan korang semua. Rasa excited pulak nak share pasal benda ni hehe tapi sebelum aku share berita ni, aku nak tanya korang satu benda. Korang ada plan tak untuk melancong kemana-mana bulan 12 ni? ataupun tahun depan? Kalau ada plan untuk travel dan bercuti bersama keluarga, teruskan pembacaan anda. Tapi kalau korang takda plan nak kemana-mana pun takpa, still boleh teruskan pembacaan mana tahu tiba-tiba tergerak hati tu nak bercuti bila ada tiket murah kan (eh spoiler pulak)

Untuk pengetahuan semua, seperti biasa 11.11.2017 ni memang berebut-rebut company buat sale besar-besaran! Traveloka juga tidak ketinggalan dalam menawarkan harga istimewa untuk penerbangan anda. Bagi yang masih tidak tahu tentang kewujudan Traveloka, meh sini aku nak cerita sikit. Traveloka ni actually satu online platform yang disediakan untuk korang semua menempah hotel ataupun flight korang sebelum korang pergi travel. Kiranya kalau korang guna Traveloka sebelum pergi travel, dapatlah survey hotel-hotel dan tiket kapal terbang dengan harga yang murah dan berbaloi. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa korang dan tak perlu lagi pening nak cari hotel on-the-spot. Kadang-kadang bila tiba waktu cuti ni harga hotel pun akan turut naik. So, better korang prepare awal sebelum menyesal.
APA TAWARAN MENARIK YANG ADA?
Traveloka 11.11 Flight Campaign
Date : 11.11.2017

Traveloka bakal menawarkan harga istimewa pada 11.11.2017 di laman web mahupun di aplikasi mudah alih mereka. Kenapa aku cadangkan korang semua untuk take part dalam flight deals ni? 

1) Sebab selalunya kalau kita survey tiket kapal terbang selalu out of budget. Susah nak dapat penerbangan yang betul-betul memenuhi kita punya budget kan? So why not kalau kita ambil peluang ni. Mana tahu ada harga murah yang bersesuaian dengan budget korang?

2) Korang boleh pergi mana-mana negara yang korang nak. Okay antara benda yang paling menarik aku rasa ialah yang ni. You have all the rights to choose your own destination. Maksudnya disini, tawaran yang diberikan bukannya tertakluk kepada certain destinations only but untuk semua destinasi yang ada dekat dunia ni! MENARIK GILA WEI. Kalau aku dah sah-sah la aku nak survey tiket kapal  terbang untuk ke Indonesia. Teringin nak travel ke luar negara weh. I guess I should take my first big step kot? Mungkin ada rezeki aku untuk sale kali ini kan who knows?

3) Oh yes, untuk flight campaign ini juga flight yang ditawarkan ialah minimum untuk 2 orang sahaja termasuk tiket pergi dan balik. Maksudnya kalau sorang tak boleh la. Boleh lah korang ajak jiran tetangga, sahabat handai, classmate, roomate dan segala mate mate yang lain. Tiket dah include pergi dan balik sekali. Untung kan?
HOW TO USE TRAVELOKA
First step, apa yang korang perlu buat ialah to sign up for a new account. Bila dah daftar akaun pengguna barulah korang dapat nikmati keistimewaan yang hanya akan dinikmati oleh ahli-ahli Traveloka sahaja. Macam mana nak daftar? Layari sahaja www.traveloka.com. Dekat atas ni antara faedah-faedah yang korang akan dapat as a member.

1) Price Alerts

Dapat alert la dengan harga-harga flight yang ada di website Traveloka. Bukan itu sahaja, korang juga boleh pilih flight mana yang korang nak, seat mana korang nak dan berapa transit korang. Mudah sebab interface website Traveloka ni tersusun dan tak complicated untuk korang fahami.

2) Seamless Booking Experience

Smooth booking experience. Bila kau nak booking tu senang sahaja. Tak payah nak isi segala borang, alamat, nama dan maklumat kad korang seribu kali. Dengan Traveloka ni, korang hanya fill in kan maklumat korang sekali sahaja. So nanti kalau nak booking untuk next flight, boleh select sahaja nak bayar pakai kad mana. Tak perlu lagi nak keluarkan kad debit/kredit korang lepastu kena tulis nombor kad dan sebagainya.


Ini yang aku cakap dekat korang tadi. Dengan adanya My Cards di Traveloka, jadi lebih secure lah korang punya details tu and it saves a lot of time. Tak payah nak tulis banyak kali. Korang juga boleh tambah kad Visa atau Master Card sebanyak 3 kad. Waktu nak book flight nanti just pilih sahaja kad mana yang korang nak gunakan untuk bayar. EASY right? 

3) Manage Your Bookings

Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Kadang-kadang ada emergency case yang menyebabkan korang tak dapat naik flight pada waktu yang ditetapkan. Sedih juga kalau jadi macamtu, tetapi dengan menjadi ahli Traveloka korang boleh minta refund ataupun reschedule korang punya flights DENGAN HANYA MENGGUNAKAN APP. Tak payah gelabah nak call or email semua (tapi biasanya kalau aku tetap akan call la sebab gelabah juga hahaha)

4) Utmost Account Security

Korang jangan risau dengan maklumat yang korang dah kongsikan dekat Traveloka ni sebab memang betul-betul secure. Selain dari verification code (kalau korang sign in dekat device lain) dekat Traveloka juga ada fingerprint punya authentication. Kalau tak match dengan jari kau tak dapat lah orang lain nak buka. Unless diorang potong jari korang ke apa ha so dapatlah buka (creepynya if it really happened huhu)
PILIH PENERBANGAN ANDA
Bila korang dah ada akaun Traveloka, then it's time for you to look for your flights! YEAYYY. Contoh di atas ni ialah interface yang korang akan nampak kalau korang buka laman web Traveloka. Simple sahaja layoutnya, korang hanya perlu pilih destinasi, waktu penerbangan and kalau nak include ticket balik just click sahaja box "return". Select number of passengers and choose whether you want to be in Economy class or Business class and start searching. 

Seterusnya akan keluar senarai flights yang available. Senang sahaja, korang ikut arahan yang diberikan dekat atas tu. Kalau masih keliru, ada juga live chat disediakan di ruangan bawah website tersebut. Susunan flight kat atas ni from the lowest price to higher price. Korang juga boleh tengok flight mana yang korang akan naik sama ada AirAsia, MAS, Malindo dan sebagainya. Aku rasa takda masalah kot korang semua nak faham since Traveloka memang dah provide step by step untuk memudahkan korang semua :)
BERSEDIA UNTUK BERCUTI

Selepas aku dah tulis panjang lebar penerangan pasal amazing deals from Traveloka ni, mesti korang tak sabar-sabar nak bercuti kan? HAHAHA. So, kalau rasa nak bercuti dengan tiket penerbangan yang murah, jangan lupa tunggu 11.11.2017 ini untuk Traveloka Flight Campaign. Banyak destinasi-destinasi menarik yang boleh anda kunjungi.

Jangan lupa untuk melayari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111 pada 11.11 dan juga untuk pelbagai promosi-promosi menarik yang bakal ditawarkan! Anda juga boleh install applikasi "Traveloka" dengan hanya search "Traveloka" di Apps Store. Selamat bercuti :)

24 comments :

  1. Lama tak datang sini... Hehehe

    ReplyDelete
  2. Murah sokmo promo di Traveloka.. Best tuu 😍

    ReplyDelete
  3. salam syed.. selamat pagi cikgu.
    biasa guna traveloka ni.. mmg berbaloi sangat.
    nak ke mana nanti tu.

    ReplyDelete
  4. WAH LEBIH MUDAH TU NK TRAVEL GUNA TRAVELOKA

    ReplyDelete
  5. wow traveloka pun buat promo masa 11/11 ni

    ReplyDelete
  6. Traveloka memang best. pernah guna Traveloka sebelum ni.
    Harga diskaun mmg awesome.
    dan lama tak dgr berita cikgu Syed ....
    have a great day Syed.

    ReplyDelete
  7. zizie pun tak sabar menunggu..

    ReplyDelete
  8. perghh..entry hot...best tuu dapat travel...

    ReplyDelete
  9. tarikh cantik banyak wat promosi kan.. tapi duit lak tak mahsyukkkkk..
    seronoknyaa kalau dpt travel. sobs sobs

    ReplyDelete
  10. vimax vimax vimax vimax vimax vimax vimax

    ReplyDelete
  11. Dah tengok... tak murah mana pun Syed. Tunggu Airasia buat sale free seat mulai 13/11 ni...

    https://malaysiafreebies.com/airasia-free-seats-2017-2018/

    ReplyDelete
  12. wah harinilah 11.11 haha! bestkan dengan traveloka

    ReplyDelete
  13. jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  14. Belum betul-betul bersedia lah nak bercuti! Masa dan fuluusss... Hihik. Tapi sentiasa bersedia on your mark get set go untuk cuti hujung minggu. It's a me timeeeeee! 😂😂😂👏👏👏

    ReplyDelete
  15. lama Nurul tak melawat sini :D memang best kalau bercuti dengan Traveloka.. boleh dapatkan dengan harga murah ^^

    ReplyDelete
  16. nice sharing ! singgah sambil baca posting traveloka :)

    ReplyDelete
  17. Banyak testimoni kata Traveloka memang berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  18. Traveloka ni buat la promo pun tapi kenapa mesti time tu Nad takde planning and takde duit? Hahahah. Takpelah.

    ReplyDelete
  19. Traveloka ini apps yang paling best.. tapi tak pernah lagi tempah flight.. selalu hotel je..

    ReplyDelete