Wednesday, October 4, 2017

SENARAI TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS YANG WAJIB DILAWATI

Senarai Tempat Menarik di Cameron Highlands yang Wajib Dilawati

Assalamualaikum dan Hai!

Entry kali ini aku akan berkongsi tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang korang WAJIB lawati. Actually it was my first time going to Cameron Highlands. Dah lama teringin nak pergi sini and Alhamdulillah my dream comes true (even it takes many years until it finally happened). Sebelum aku mula menaip, I just want to remind you guys that if you guys nak pergi sini, make sure you go on WEEKDAYS. Kalau korang rasa korang dah cukup kental nak hadap traffic jam dan nak tempah hotel yang murah dengan harga yang mahal, pergilah on weekends or public holidays.

Bagi aku, Cameron Highlands ni antara tempat yang senang juga untuk korang pergi since tempat-tempat menarik dia semua berdekatan. Maksud aku, you can go there without knowing anything about the place but you indirectly know where to go or what to do bila sampai sana. Aku pergi sana tanpa buat research apa pun but we managed to go to a lot of interesting places. Another thing to expect bila korang pergi sini ialah "fee entrance". Since tempat ni kan macam banyak ladang-ladang, so kau kena expect la untuk bayar duit nak masuk. Takkan semua tempat nak free kan? Mereka pun perlukan duit untuk mantain mereka punya farm and stuff so don't complain.

1) LADANG TEH
Ladang Teh BOH Sungei Palas
Boh Tea Centre Sungei Palas

Actually banyak ladang teh yang ada dekat Cameron Highlands tapi one of the famous tea plantations ialah Boh Tea Centre Sungei Palas. Ladang dia ni terletak dekat Brinchang. Aku tahu tentang ladang ni pun bila tanya akak dekat restoran yang ada dekat Brinchang tu haha. Tempat ni seriously sangat cantik! Sepanjang jalan korang lalu untuk sampai ke ladang ni mesti tak kelip mata pun tengok kehijauan alam. Cuma, jalan nak ke ladang ni agak sempit. Kalau korang pergi time weekend boleh sesak kot dekat atas tu. Bila berselisih jadi agak sukar sebab ada certain tempat memang sangat sempit and it can only fit a car. Kena give and take lah bila berselisih lepastu sabar banyak sikit.

Cafe Ladang Teh BOH Sungei Palas

Ladang Teh BOH ni juga ada sediakan cafe untuk korang semua bersantai sambil menikmati pemandangan indah. Memang lawa dia punya view dari atas ni. Cuma pada pendapat aku makanan dia agak overpriced so aku tak makan lah dekat sini. Selain itu, korang juga boleh membeli belah dekat kedai BOH yang terletak bersebelahan dengan cafe. Ada beberapa teh yang hanya boleh didapati di Cameron Highlands sahaja dan ada juga yang harganya lebih murah berbanding di kedai-kedai biasa. Ladang ni sangat recommended untuk korang pergi sebab view memang memuaskan! Selain dari Sg. Palas, korang juga boleh pergi dekat ladang BOH di Ringlet (jalan ke Kuala Lipis) tapi lain lah sikit landskapnya.

Cameron Valley Tea House

Cameron Valley Tea

Selain dari ladang teh BOH, aku juga berkesempatan untuk singgah di ladang Cameron Valley (2 kali kot pergi sini). Kalau korang nak tahu, ladang teh ni antara yang paling dekat kalau nak dibandingkan dengan BOH tu. Korang sampai sahaja di Brinchang, ladang ni antara salah satu tempat yang kau nampak dulu. Ladang dia tak sebesar dan secantik BOH aku rasa. Ladang teh BOH jauh lagi cantik tapi disebabkan aku suka Cameron Valley ni punya teh, aku singgah lah sini! hehe. Korang kalau pergi ladang ni boleh naik kereta dia untuk round ladang. Boleh main ATV juga dekat sini (tapi kena bayar la okay? banyak cantik nak free?)

Kedua-dua ladang ni takda bayaran masuk. Korang boleh masuk banyak kali dari pagi sampai malam pun tak kisah okay? Kalau nak tidur situ pun boleh aku rasa, itupun kalau tak kena halau lah haha. Teh Cameron Valley Strawberry
Secara jujurnya aku suka teh Cameron Valley lagi berbanding Teh BOH. Kenapa? Sebab dia ada flavour Strawberry, Lemon, Blackcurrant, Mint dan Oren. Paling aku suka perisa Strawberry dengan Blackcurrant lah. Korang juga boleh minum teh dan makan dekat cafe Tea House dia. Cafe dia aku recommend sebab harga reasonable dan portion pun macam banyak! cuma aku still tak makan dekat cafe dia sebab kena beratur panjang dan aku tak cukup gigih untuk benda macamni. Lagi satu Tea House Cameron Valley ni ada dekat Ringlet juga. Tapi yang tu macam hambar sikit aku rasa entahlah haha.

Kedua-dua ladang ni takda bayaran masuk. Korang boleh masuk banyak kali dari pagi sampai malam pun tak kisah okay? Kalau nak tidur situ pun boleh aku rasa, itupun kalau tak kena halau lah haha.

2) ORCHID AND ROSE GARDEN
Orchid and Rose Garden

Bagi aku tempat ni antara tempat yang wajib dilawati untuk korang yang pertama kali singgah Cameron Highlands. Walaupun nama tempat ni kebun orkid dan bunga ros, tapi bila korang masuk dalam tu macam-macam jenis bunga ada. Bayaran yang dikenakan kalau korang nak masuk sini ialah sebanyak RM6 sahaja (if I'm not mistaken). Mula-mula ingatkan macam takda apa pun dalam tu, tapi bila melangkah masuk ke dalam, Ya Allah cantiknya bunga-bunga dekat sini! Kalau biasanya kita tengok bunga ros, susah nak jumpa yang betul-betul segar. Tapi dekat sini, semua bunga ros dia segar bugar dan bau wangi. Bau dia macam air sirap tu, kalau aku dahaga aku boleh telan terus bunga-bunga dekat sini.

Bunga-bunga segar di Cameron Highlands

Antara bunga-bunga cinta layu di pusara yang berjaya aku abadikan dalam gambar. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar bunga yang lain, tapi macam kena main treasure hunt pula nak cari gambar dalam gallery. So, ini sahaja yang mampu aku tunjukkan! tapi serious ah bunga-bunga dekat sini memang cantik-cantik! :)

Pokok Unik di Cameron Highlands

Selain dari pokok-pokok bunga yang korang dah biasa nampak, dekat sini juga ada pokok yang agak "rare" bagi aku. Sebab apa? Sebab aku tak pernah tengok pun lagi pokok macamni seumur hidup aku haha. Pokok ni bentuk dia bulat and bila kau tekan macam kosong lepastu rasa macam ada angin dekat dalam. Sebelah kanan tu merupakan rupa pokok/buah ni apabila dia meletup. Ya Allah unik betul. Tak pernah lagi aku jumpa pokok macamni dekat tempat lain

Pokok Unik di Cameron Highlands

Okay pokok yang ni pun antara yang pelik juga bagi aku. It looks like a plastic fruit macamtu tapi bukan buah pun and IT'S REAL. Itu memang pokok tapi aku tak tahu buah apa. Bentuk dia nampak macam terung tapi bila kau picit-picit benda tu, takda isi pun dekat dalam. Ada angin je weh! aku ingatkan itu pokok hiasan mula-mula. Rupanya pokok betul. 

Cameron Highlands, Pahang

Selain itu, korang juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan haiwan-haiwan yang ada di sini seperti ayam belanda, itik, kambing, arnab dan ikan. Kira okaylah kan korang masuk taman bunga lepastu tiba-tiba dapat beramah mesra dengan haiwan? lepastu dekat taman bunga ni juga ada kebun sayur. Korang boleh tengok pekerja dia petik kobis secara live! Best gila bila kau pegang kobis yang baru dipotong dari pokok dia, sejuk macam kena air batu.

3) LAVENDER GARDEN
Lavender Garden, Cameron Highlands

Destinasi kita seterusnya ialah Lavender Garden. Untuk pengetahuan semua, lavender ialah sejenis bunga yang berwarna ungu dan sering kali dijadikan wangian-wangian seperti shower gel, pewangi kereta, almari dan sebagainya. Aku rasa tempat ni baru lagi dibuka dan mendapat perhatian ramai netizens (lol). Harga untuk tiket masuk kalau tak silap aku dalam RM10 seorang ataupun lebih? Disebabkan jakun tak pernah tengok lavender, so kita bayar jelah untuk masuk ke dalam. Tempat ini terletak di Brinchang. tempat parking susah sikit nak dapat yang dekat. Korang kena jalan jauh sikit la sebab taman lavender ni tepi jalan and parking space dia jauh sikit dengan tempat dia. So, exercise sikit okay?

Lavender Garden, Cameron Highlands

ini dia punya entrance, ada fountain and tempat lepak-lepak dekat situ. Sesuai untuk ambil gambar dan duduk sebentar bagi menghilangkan penat dan mengah didada selepas mendaki bukit.

Lavender Garden, Cameron Highlands

Tadaaa! inilah dia pokok lavender kalau nak tahu. Rupanya lavender ni ada banyak jenis, ada yang purple pekat dan ada yang tak berapa pekat. Ada yang berbunga lebat ada yang tak berbunga lebat. So, bila korang singgah sini you'll see different kind of lavenders. Dekat bawah ni you cannot touch la sebab berpagar but you can go upstairs ada banyak lagi lavender! :)

Aiskrim Lavender

Lavender Ice Cream merupakan salah satu tarikan di Taman Lavender ini. Ramai juga yang beratur semata-mata nak beli aiskrim ni. Harga bagi satu aiskrim ni bukan seringgit dua okay! Kalau tak silap aku dalam RM7 juga satu aiskrim. Kalau korang teringin sangat nak rasa, belilah. Bagi aku rasa aiskrim dia biasa sahaja. Sama sahaja rasa macam aiskrim biasa tu. Cuma this one rasa sabun la sebab buat daripada bunga lavender kan? Boleh tahan pekat juga rasa lavender ni. Ada sorang budak ni aku perasan dia tanya abang dia "Abang, kenapa aiskrim abang rasa sabun?" hahahaha lawak pula conversation budak-budak tu.

Bunga-Bunga di Lavender Garden

Actually ada banyak lagi tempat-tempat menarik untuk korang semua bergambar di sekitar Lavender Garden ni. Memang berbaloi korang bayar mahal-mahal sebab bunga-bunga dia semua nice wei! lepastu kalau korang nak petik bunga daisy, korang boleh petik dengan harga serendah RM2 sekuntum. Selain itu, korang juga berpeluang untuk memetik Strawberry di sini. Itupun kalau waktu tu musim dia lah. Waktu aku pergi sini haritu memang tak dapat petik Strawberry pun sebab buah tak banyak. So, dia tutup tempat Strawberry :(

4) BIG RED STRAWBERRY FARM

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry farm antara ladang strawberry terbesar lah dekat sini. Waktu aku datang sini, it's a bit late. Dah petang, sampai sahaja dekat sini dah macam takda apa yang tinggal. Aku rasa highlight tempat ni ialah dia punya cafe kot. Aku tengok cafe dia boleh tahan menarik and bila tengok gambar-gambar orang yang datang ke Cameron Highlands, most of them akan singgah di sini. Malangnya, aku tak dapat nak bagi review pun sebab waktu aku sampai sini cafe pun dah nak tutup. Tempat petik strawberry pula tak dibuka sebab bukan musim dia. Tapi disebabkan aku rasa tempat ni best, aku senaraikan sekali dekat sini untuk rujukan korang semua.

Big Red Strawberry Farm

Dekat sini juga ada banyak bunga kaktus yang korang semua boleh beli. (okay dah tak tahu nak describe tempat ni sebab waktu aku pergi haritu tak best!) Yang penting masuk dekat sini ialah PERCUMA. Disebabkan percuma, tak payah nak complain sangat lah kahkah.

5) PASAR KEA FARM
Pasar Kea Farm, Cameron Highlands

Kea's Farm ni actually dekat Brinchang. Kalau korang book hotel area Kea's Farm ni, korang boleh pergi pasar malam dia dengan hanya berjalan kaki sahaja. Dekat situ juga ada kebun strawberry semua, kira macam lengkap lah. Kalau kau nak berjalan kaki untuk gerak ke mana-mana, aku cadangkan untuk korang book hotel dekat sini. Tetapi, perkara yang agak tidak menarik ialah tempat ni terlalu crowded. Since tempat dia kira jadi tumpuan orang ramai juga so parking space agak limited.

Pasar Kea's Farm ni sebenarnya waktu aku pergi haritu memang terlampau padat (kebetulan dalam gambar ni nampak lengang pula). Kau nak parking kereta pun susah dekat sini kecuali kalau kau bernasib baik tiba-tiba ada kereta yang nak keluar. Kebiasaannya dekat sini jalan akan sesak especially kalau waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Aku suka singgah sini sebab barang-barang yang dia jual best. Korang boleh dapatkan cenderamata, strawberry and yang paling best ialah makanan! Aku pergi mana-mana memang tak sah kalau tak beli makanan (patutlah gemuk). Korang boleh beli cendawan goreng segar dan sweet corn in a cup kot. 

Kalau nak beli sayur pula, pastikan korang tahu la harga semasa sayur. Kadang-kadang semacam ja peniaga letak harga mahal. Murah lagi sayur kita beli dekat Giant. Kena survey banyak kedai, tapi yang bestnya sayur dekat sini segar dan memang manis je rasa. Aku yang tak berapa gemar sayur pun boleh telan apa lagi yang suka makan sayur. Tempat ni sangat recommended cuma kena bersabar sikit lah untuk cari tempat parking. Kalau salah parking nanti kena saman so kalau nak parking tepi jalan make sure ada yang tunggu dalam kereta.

Thanks for reading. Selamat bercuti! Rancanglah percutian anda dengan baik :)

33 comments :

  1. Bila baca entry ini berasa macam berada di sana pula. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Mahalnya ais krim tu, tapi kalau rasa ala-ala sabun mesti anak-anak akak tak berminat.

    ReplyDelete
  3. sy x penah lg jejak CH ni warrghhh

    ReplyDelete
  4. best kan cameron? IQ pun baru sekali pergi tahun 2010 dulu..haha! 7 tahun lepas tu oii. dulu lavender farm tu tak ada lagi. ok, next target! cameron!

    ReplyDelete
  5. wah syed....cuti2 malaysia ye...CH tempat yang kak lina tak pernah jemu...tiap tahun mesti maiii....rindu cemren highlandd hihi

    ReplyDelete
  6. best. lamanya tak pergi sana. selalu je dapat teh strawberry tu bila family balik dari cameron.

    ReplyDelete
  7. Haiihhh... Haritu baru post instastory pasal tetibe rindu cameron. Weh, tapi sumpah jammed gila kottttt kalau pergi sabtu ahad takpun public holiday! Jammed mengalahkan apaaa aje.

    Gelak guling-guling kat mamak tadi baca aiskrim lavender rasa sabun! Agagagaaa... 😂 Sebab dia wangi ke? Selalu je singgah tapi macam tak pernah pulak nak beli aiskrim tu walaupun dia purple. Ehhh haha 🍦

    ReplyDelete
  8. Dah tiga tahun tak jejak Cameron Highlands ni. Tapi nampak macam takde perubahan besar...

    ReplyDelete
  9. Lamaa gila dah tak pergi Cameron. Satu yang tak best bila pegi sana sebab jalan jammed tu hazab okay. Hahah! Teringin nya nak rasa aiskrim lavender tu. Serius lah rasa sabun? Hahah!

    ReplyDelete
  10. tempat yang paling saya suka bile ke CH, ladang teh boh. sebab suka tengok hijau.. hehe

    Job berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html

    ReplyDelete
  11. nak pergi sini lama dah tapi bila terkenangkan jam tu hilang segala kempunan

    ReplyDelete
  12. pergi gak kemeren awl julai aritu tp 1st time pergi dlm keadaan sakit (entry pun x update lg)..nak gerak memana payah..menitik air mata tahan sakit tp fikirkan dah bawak mak & anak sedara bercuti gi situ...tahan jugak la..sempat laa pegi tmpt lavender tu, ladang teh, tmpt kaktus dll mana yg sempat.

    balik dari kemeren terus "melawat" hosp Putrajaya.. huhu

    ReplyDelete
  13. bharat tea tu x larat nk kira dah pi berapa kali. pi ride naik moto, minum teh kat situ. lepas tu turun balik.. semata pi situ je.. kalau ada kenduri area KL, ride moto dari penang, singgah situ minum teh, then sambung pjalanan terus pi kenduri.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Baru semalam kawan saya ajak pegi Cameron Highland. Nampaknya mmg betul2 kena pegi ni sbb dah lama nak try Lavender Ice Cream tu. Walaupun rasa sabun, tetap nak beli just for instagram purposes hahaha

    ReplyDelete
  15. bets pergi cameron, tempat2 yang syed cadangkan tu kebanyakannya akak dah pergi cuma orchid & rose farm tu je tak pergi lagi. mungkin nanti boleh pergi oh ada satu lagi yang akak tahu avant chocolate, itupun belum jejak lagi

    ReplyDelete
  16. okay walaupun dah lama gila tak jejak cameron, the only place yg anis tak pernah jejak is ladang lavender tu je.. xD

    ReplyDelete
  17. pernah nak dtg sini dan waktu cuti sekolah..jem sepanjang jalan, terus cancel

    ReplyDelete
  18. Tahun ini setelah sekian lama Mrs. A pun ada gak singgah kat CH.
    One thing for sure kids tak suka sangat CH takde banyak permainan.
    Orang tua dan orang-orang yang di alam percintaan sesuai kot.

    ReplyDelete
  19. antara tempat favourite CT and families. suka benar naik turun Cameron and sometimes sebab nak enjoy chill weather je. best kan.. nyaman je =D

    ReplyDelete
  20. Saya pun baru balik dari Cameron Highlands last 2 weeks!!

    ReplyDelete
  21. Big Red strawberry tak pernah pergi lagi. next year boleh pergi sbb mmg nak plan ke sini. hee

    ReplyDelete
  22. esok lah single day .. ermm so esok mesti website traveloka trafik tinggi. hehe

    ReplyDelete
  23. Rasa cam nak pergi sana la..tapi kena plan next years la.

    ReplyDelete
  24. tq for review tentang cameron highland ni. Baca je dah rasa macam tak sabar nk sampai ladang lavender dan ladang teh tu..hihi..
    by the way tq ye..

    ReplyDelete
  25. TQ sharing info. belum pernah sampai lagi, thn ni ada plan nak ke sana.

    ReplyDelete
  26. Good sharing lah syed. Thanks. Jika sudi boleh lah jenguk blog saya :)

    ReplyDelete