Monday, March 20, 2017

5 SEBAB KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN

Kelebihan Belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Sebab aku yakin, so aku letak gambar aku ala-ala cover magazine macamtu!
hahaha yakin betul aku
Assalamualaikum dan Hi! 

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan satu institusi yang melatih bakal-bakal guru di sekolah rendah. Ramai actually yang tak tahu kewujudan IPG ni. Aku sebagai seorang bekas pelajar IPG, rasa serba salah nak jawab soalan "belajar dekat mana?" dulu. Sebab bila aku cakap aku belajar dekat IPG, orang akan tanya aku balik IPG tu apa? Bila makin lama dapat soalan ni, aku makin bijak lah. Aku jawab sahaja belajar dekat maktab perguruan. Dulu IPG terkenal dengan nama maktab perguruan sekitar tahun 2004 macamtulah. Setelah dinaik taraf kepada IPG, barulah IPG ni ada menawarkan program ijazah sarjana muda. 

Aku merupakan seorang bekas pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA). Punyalah tak famous IPG ni sampaikan masa aku nak masuk IPG tahun 2011 dulu, aku search kat google takda pun maklumat pasal IPG KBA ni. Aku ingat lagi, time tu dah la aku nak pergi interview. Sorang-sorang pula tu, nasib baiklah aku jumpa senior yang kebetulan aku memang kenal dekat facebook. Tujuan aku tulis entry kali ni tak lain tak bukan nak famouskan IPG supaya dikenali oleh orang ramai! haha. At least bila orang search maklumat dekat google tu keluar juga la benda yang mereka perlu tahu sebelum nak masuk IPG ni kan?

Namun begitu, pada pendapat aku IPG sekarang makin mendapat perhatian dan tempat dikalangan pelajar lepasan SPM. Ramai juga yang dah aware dengan kewujudan IPG ni. Setiap kali pengambilan memang ramai yang akan apply tapi syarat pengambilan sangat ketat sekarang ni. Kalau masa zaman aku dulu, nak masuk IPG ni kau kena datang sekali sahaja untuk interview. Kalau kau pass maksudnya kau berjayalah. Tapi sekarang ni siap ada "fitness test" lagi. Kalau kau dah lepas target untuk fitness test tu, baru kau boleh ke peringkat yang seterusnya. Kira macam ada saringan lah. Sebab itu aku perasan yang masuk IPG sekarang ramai budak yang fit dan bersukan.
KENAPA INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) MENJADI PILIHAN?
Pada pendapat aku, banyak kelebihan-kelebihan yang kau boleh dapat kalau kau pilih untuk belajar di IPG. Tapi kau kena tahu juga yang kau akan menjadi seorang guru. Kalau rasa tak sanggup nak jadi guru, better tak payah cuba nak masuk IPG.

1) Elaun

Perkara penting sekali yang kau akan dapat bila masuk IPG ialah elaun. Tahukah anda bahawa elaun di IPG akan dibayar setiap bulan selama 5 tahun setengah tempoh pengajian? (tapi sekarang program dah dipendekkan kepada 5 tahun sahaja). Aku tak akan nyatakan nilai elaun yang kau akan terima bila kau masuk IPG, tapi Alhamdulillah duit yang ada tu kalau kau guna elok-elok dan untuk tujuan yang betul, boleh sahaja survive. Berdasarkan pengalaman aku, waktu aku belajar dulu aku tak pernah minta duit dekat mak aku bila dah dapat elaun. Bila fikir balik rasa kagum pula selama 5 tahun setengah tu, boleh kira berapa kali sahaja aku minta duit dekat mak aku. Itupun kalau kereta buat hal dan elaun lambat masuk sikit haha.

Selain daripada elaun bulanan, banyak lagi elaun yang kau akan dapat. Antaranya ialah elaun praktikum, elaun buku (sekali sahaja setiap tahun) dan elaun thesis. Namun begitu, dengar cerita tahun 2017 ni dah dipinda semua elaun ni. Maknanya kau dah tak dapat dah elaun-elaun ni dan elaun bulanan juga telah dikurangkan. Aku tak tahu atas sebab apa dan tak nak comment lah pasal ni, mungkin nak jimat perbelanjaan etc. Paling best sekali kau tak perlu buat pinjaman PTPTN untuk belajar. Untung kot dapat ijazah tapi tiada hutang pendidikan yang perlu dibayar.

2) Kemudahan hostel

Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Asrama Pantai Puri Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Bila kau masuk IPG, tak payah susah-susah nak fikir pasal rumah sewa semua. Sebab tempat tinggal memang dah disediakan untuk kau tinggal sepanjang tempoh pengajian. Kalau kau tengok gambar di atas, obviously asrama aku yang warna coklat tu. Sebelah asrama tu pula Zhen Apartment yang harga dia mahal nak mampus tahap kau mampu tengok sahaja haha. Kalau nak tahu Sheikh Muszaphar Shukor duduk situ lah! hehe. IPG aku ni dah la memang tengah-tengah bandar KL, so kalau nak ikutkan nak sewa bilik sahaja pun harga dah cecah RM300. Apa lagi yang kau nak? memang bangunan asrama kat sini agak lama, tapi bersyukur sahaja lah dah disediakan tempat tinggal.

Namun begitu, ada sesetengah IPG yang memang tiada tempat tinggal disediakan bila kau dah masuk degree. Mungkin sebab kolej kediaman dia kecil sikit kot so tak dapat nak memuatkan semua orang dalam satu kolej. Walaubagaimanapun, kalau kau tak duduk dekat asrama, kau boleh dapat RM80 duit asrama. Duit tu nanti kau kumpul lah dengan kawan-kawan kau yang lain untuk buat sewa rumah. Aku tak dapat nak cerita lebih tentang ni sebab aku memang tak payah menyewa luar. 

Kalau kau masuk IPG KBA ni, memang kau sangat heaven sebab asrama dia betul-betul tengah bandar. Kau nak pergi mana-mana pun senang kot. LRT stesen Kerinchi dengan stesen Universiti sebelah-sebelah sahaja. Lepastu kalau guna Uber atau Grab memang tak payah tunggu lama. Aku pernah tunggu 2 minit sahaja dah sampai. Memang kawasan tu ramai uber driver. Diorang boleh ambil sampai depan blok kau lagi (itupun kalau guard kasi masuk lah). 

3) Suasana pembelajaran

Dinner Batch PISMP Januari 2013

Di IPG, kau akan ditempatkan di dalam satu kelas seramai 20++ orang. Kelas tu akan menjadi kelas tetap kau selama 5 tahun setengah! dah macam sekolah kot haha. Gambar dekat atas ni merupakan gambar classmates aku yang dirindui. Sejak dah habis belajar ni rasa rindu pulak nak hadap perangai sorang-sorang hahaha. Seriously bila kau duduk dalam satu kelas selama 5 tahun setengah, banyak yang kau discover tentang perangai masing-masing. Masa tu jugaklah kau nak create memories banyak-banyak sebelum kau tamatkan pelajaran kau

Suasana Kelas dan Pembelajaran di IPG

Ni contoh kelas yang kau akan duduk selema 5 tahun setengah tu haha. Memang dia punya environment sebijik lah macam kelas kau masa sekolah menengah dulu tu. Kau kena hias and decorate segala benda dalam kelas tu untuk jadikan kelas kau menarik dan kondusif. Nampak tak? dekat IPG lagi kau dah dilatih untuk menghias kelas sebabnya time kau dah jadi cikgu nanti kau kena hias kelas kau juga bila jadi guru kelas kahkah. Kalau kau ada lecture, kau akan masuk hall. Untuk kelas tutorial pula kau akan berpecah sekejap dari kelas asal kau mengikut lecturer  yang kau pilih

4) Jaminan pekerjaan

Kau kena tahu yang kau sebenarnya dah selangkah ke alam pekerjaan. Walaupun kalau perjalanan kau untuk habis pengajian tu lama lagi, tapi kau dah kena bersedia untuk bekerja sebagai guru. Ni antara perkara yang paling utama bila kau masuk IPG. Kau tak payah nak fikir masalah pengangguran yang berlaku sekarang ni sebab kau akan dapat penempatan di sekolah tetapi cuma cepat atau lambat sahaja. Walaupun kau dah ada jaminan pekerjaan, itu bukan sebagai tiket untuk kau belajar secara acuh tak acuh. Still, kau kena bagi yang terbaik dan jangan gunakan alasan "alah, pointer tinggi pun jadi cikgu juga". Itu merupakan alasan paling lame sekali bagi aku. Berusahalah meningkatkan potensi diri semasa kau menuntut di IPG tu nanti.

5) Waktu cuti

Jika nak dibandingkan cuti pelajar IPG dengan universiti, sudah tentu ketara sekali perbezaannya. Pelajar-pelajar IPG bercuti mengikut waktu cuti sekolah sama ada sekolah menengah mahupun rendah. Kalau sekolah cuti, kau pun akan tetap cuti sekali. Kalau ada kelas ganti, kau pun kena ada kelas ganti. ha macamtulah. Best juga sebab kau takdalah cuti lama sangat. Kalau cuti lama-lama sampai 3 bulan macamtu bosan juga tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma cuti yang paling lama di IPG aku rasa ialah cuti bulan 11 sampai bulan 1. Itu memang sangat lama. Walaupun kau bercuti, tapi kau tetap dapat elaun untuk meneruskan hidup. Waktu itulah kau akan merasai betapa penatnya menahan nafsu untuk tidak menggunakan elaun yang kau dapat tu haha
MACAM MANA NAK MOHON IPG?

Permohonan Kemasukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) 2017

Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke IPG 2017 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Permohanan IPG bagi 2017 akan dibuka pada 23 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 secara online.

Untuk mendaftar boleh klik link permohonan berikut : https://pismp.moe.gov.my/

149 comments :

  1. Dulu kalau sebut IPG ramai yang geleng kepala ..kalau sebut maktab baru lah diorang tahu ...
    Adik CCL pernah apply IPG ..tapi tak lepas fitness test ..mungkin bukan rezeki dia .. tapi ada rezeki lain yang menanti dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sekarang ada segelintir la yang masih tak tahu ipg tu apa hehe.
      Alhamdulillah, mungkin rezeki dia dalam bidang lain kan? :)

      Delete
  2. elsa kenal je ipg nie dari dulu hehe. cuma nak mohon tu pikir banyak kali yelah kita belajar pun terkontang kanting nak mengajar orang pulak

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed fikir macam tu juga mula2 elsa, but then I gave it a try and struggling with myself and I could see the rainbow now.

      Delete
  3. Fuhhh bergaya la cikgu Syed. Tapi Ira memang failed kalau jadi cikgu sebab sejenis tak suka berjumpa dengan bilangan orang yang ramai untuk tempoh masa yang lama dan tahap kesabaran yang rendah ehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bergaya la sangat kan. Ohhhh, syed pun dulu macamtu juga. Bila jumpa ramai orang mesti nervous. tapi bila dah biasa jumpa budak2 okay la hehe. Cuma syed memang penyabar la orangnya.

      Delete
  4. Bertuah terpilih menjadi cikgu... tanpa Cikgu siapalah kami.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kak, rezeki saya hehe. Terima kasih :)

      Delete
  5. To be frank, anis baru tau pasal ipg.. hehe// Kenapa syed tak kenalkan ipg dari 3 tahun lepasssss...!! Kalau tak dah apply jd junior sini dah... Q_Q
    Tapi takpe, bersyukur dgn mara yang ada.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha serius lah anis baru tahu ni? aduiiii 3 tahun lepas mana start blogging lagi kah2. Kalau tak boleh ja anis masuk. Anis pun ambil TESL kan sekarang. Mungkin rezeki ada di tempat lain la tu hehe.

      Delete
  6. Dari tadika sampailah tingkatan 5..orang tanya nak jadi apa???yakin jawab Cikgu!...sekarang...surihati dan suri rumahtangga..IPG dah bertapak lama tapi mungkin masa itu kak PC kurang mendapat pendedahan..sungguh..tapi tidak mengapalah..pasti berhikmah..dan untuk adik-adik yang layak untuk mohon..mohonlah..manfaatkan sebaik-baiknya..kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dulu2 kan takda internet kan kak? jadi penyebaran maklumat tu macam susah sikit lah. InshaAllah kak, ada hikmah dia. Mungkin kalau bukan akak, anak-anak akak yang akan meneruskan perjuangan tu? siapa tahu kan.

      Delete
  7. I respect those who signed up for the education program. couldn't imagine myself as a teacher

    ReplyDelete
    Replies
    1. You never know how it's like until you give it a try. hahaha who knows you might be an excellent teacher.

      Delete
  8. cikgu ni pekerjaan yang sangat bagus,mereka mendidik anak2 bangsa untuk menjadi orang yang berguna.
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  9. PILIH IPG UTK SAMBUNG PENGAJIAN MMG TERBAIK...ADA REZEKI INSYAALLAH DPTLAH MASUK KE SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, semoga adik-adik lepasan spm yang berkelayakan boleh memohon sini :)

      Delete
  10. Ada jugak kawan belajar kat IPG Sungai Petani, tak ingat apa nama IPG tu. Tapi memang environment IPG tu macam sekolah! Bangunan dia semua. Hehehe persediaan awal, seolah-olah "macam inilah nanti tempat korang nak berbakti pada anak bangsa". Perghhhhh tabik habis lah!
    Seronok erh, dapat sama kelas sampai habis. Tak payah nak berebut-rebut register kelas. Perangai masing-masing, bonding mesti dah macam adik-beradik bloodbrother bloodsister dah. 🙆💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau fairuz masuk mana-mana IPG pun bangunan and environment dia semua macam sekolah. Undang-undang pun macam sekolah juga. Tak boleh langsung nak feeling2 student universiti haha. Seronokkkk. tapi kena berebut juga untuk register kelas tutorial kahkah. Aah kira macam adik beradik dah buat benda semua sama sama haha..

      Delete
  11. Replies
    1. hahahahah siapa doh ni. mesti hitam juga ni kan.

      Delete
  12. Itulah apo ko bondo IPG tu? Sewaktu dengan maktab ghupernya.

    Thanks for sharing this information. Bolehlah Mrs. A war-warkan kat niece yang baru habis SPM tu.

    Kat Nilai ada satu IPG teknik baru jer... tahu itupun sebab hantar anak ada pertandingan silat di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah, bila sebut maktab barulah orang tahu kak. Boleh ja suruh dia apply kalau dapat 5A ke atas. Aah IPG teknik tu yang baru buka tu. cantik lagi bangunannya.

      Delete
  13. hehe..kalau sebut IPG memang tak tau tapi kalau maktab tu tau la hikhik. thanks for sharing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah cik tie ramai sangat yang tak tahu hehe. You're welcome, bagitahulah dekat sesiapa yang berminat.

      Delete
  14. kakak sedara airah ramai jugak masuk IPG ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh kalau macamtu mesti tahu dah kan pasal IPG. hehehe.

      Delete
  15. baru tahu IPG ada banyak elaun. Not bad la kalau masuk sini. Jimat pun jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang banyak elaun tapi sekarang elaun bulanan sahaja yang tinggal. itupun dah dikurangkan sedikit.

      Delete
  16. Kalau sebut IPG mungkin ramai lagi yang tak tau.
    Tapi kalau sebut 'Maktab Perguruan' okay.
    Brzanya kalau keluaran maktab dulu terus kerja, sekarang kena ikut keperluan.
    Tahniah Syed, semoga menjadi guru yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pakcik, sekarang ni kena ada kekosongan barulah dapat kerja.
      Tapi inshaAllah la kerja tu ada, cuma cepat atau lambat tu yang kita tak tahu.

      Delete
  17. Baguslah kau punya entry..aku suka baca! banyak info. tetiba feeling nak apply plak haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro hehehe bolehlah apply laa kalau cukup umur keh2.

      Delete
  18. Maktab perguruan.. Tak sangka ada elaun disediakan. Sangat bagus info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang ada elaun disediakan :) terima kasih.

      Delete
  19. Cuti tu yang paling best sbb cuti sekali dengan cuti sekolah kan?
    Cita cita dulu ada je nak jadi cikgu matematik tapi takde rezeki dalam bidang ni gamaknya. Fail iv IPG. Haha. Harap tercapai jugak impian Lya nak.jadi lecturer lepas ni, amin.
    Nice info on IPG btw Syed, buat orang yang fail iv IPG ni merasa la jugak walaupun sekadar melalui tulisan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tapi yang tak bestnya bila kita cuti, kawan-kawan kita yang masuk U tu tak bercuti kah2. Jadi, waktu cuti tu kita spend masa sorang-sorang jalah. inshaAllah lya, mungkin ada rezeki yang lebih baik tu. Syed pun inshaAllah macam nak jadi lecturer juga hehe. Terima kasih lya :)

      Delete
  20. Teringin nak join UPSI tapi hm... takde rezeki .. untunglah siapa yang dapat masuk dekat situ. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post ni bukan pasal UPSI la tapi IPG! hahaha. Ke amer cerita yang amer teringin masuk UPSI? ok confuse dah.

      Delete
  21. Pernah ada impian utk masuk ke IPG. Tapi tak kesampaian. Last2 jadi akauntan. Pilihan terbaik untuk diri kak ana. ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah kak, jadi akauntan lagi best! hehehe. Saya tak boleh jadi akauntan sebab kena bekerja dengan mesin dan nombor. Both are my weaknesses.

      Delete
  22. nama lama IPG ni maktab perguruan kan? family saya majoritinya cikgu hehe jadinya IPG ni macam familiar sangat. ayah mak abg pakcik makcik sepupu sepapat memang ramai, kalau duduk semeja memang haru rasa nak dengar cerita2 diorang pasal pendidikan ni. Rasa asing sbb sy bidang lain. :D

    waktu cuti tu memang best lah, sebab senang nak rancang dengan family.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp betul tu Hanis, biasanya orang yang family dia majority cikgu memang tahu dah pasal IPG ni hehe. Samalah, mak sedara saya ramai cikgu. Bila sembang ja memang duk cerita pasal pendidikan hehe. Takpalah hanis, boleh juga tahu senario terkini dunia pendidikan hehe.

      Kan? Nak pergi mana-mana pun senang sebab cuti sama dengan sekolah.

      Delete
  23. Punyalah ketinggalan zaman, lebih tepat tk ambik tau perkembangan semasa, smp tak tau maktab perguruan dah bertukar nama jadi ipg. Nak tau maktab perguruan nilah first choice akk dulu, tapi tkdo rezeki, tk pas test, last2 ikut pengajian tadika, jadilah cikgu tadika, jadilah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, yang penting tercapai juga akak punya impian nak jadi guru tu. Guru tadika lagi mencabar kak. Saya tabik betul guru tadika sebab nak layan kerenah budak2 kecil ni bukannya senang.

      Delete
  24. ini pilihan yang terbaik, all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh semoga mereka yang apply IPG ni berjaya masuk ke IPG.

      Delete
  25. peh! bakal cikgu rupenye syed nie.. patut laa tulis blog macam karangan.. kbai!

    hahaha.. gurau je taw.. jangan marah..

    e'in nie orangnye jenis tak sabar.. so memang tak boleh laa nak jadi cikgu cikgi nie.. semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha. tulis blog macam karangan eh. boleh juga macamtu.
      Syed ni tak tahulah kenapa ada kesabaran yang tinggi sikit.
      Cuma kalau melebih tu memang meletup la kah2. Thanks e'in! :)

      Delete
  26. Nani tak berapa nak sebati jadi cikgu ni. Dulu apply pun sebab mak ayah suruh. Hahahah! Memang banyak manfaat bila masuk IPG ni, paling penting bila lepas grad dah nampak hala tuju :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Inani. Tak payah nak fikir kerja lagi dah sebab memang hala tuju kita dah nampak kearah pendidikan. Sementara menunggu tu pun boleh la kerja pusat tuisyen atau private tutor kan.

      Delete
  27. sekarang ni memang betul susah nak masuk ipg. kira nasib baik jugaklah zaman sekarang siapa yg lepas test dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, test dia tu yang susah. Lepastu syarat dia pun ketat. Nak yang 5A ke atas sahaja. fuhhh untungla siapa yang dapat.

      Delete
  28. IPG dulu maktab yer.. patutlah dah tak dengar org guna term maktab perguruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupppp, sebelum dia naik taraf jadi IPG, dia guna maktab perguruan la.

      Delete
  29. untung terpilih belajar kat sana tau syed.. Dulu bukan senang nk dpt belajar kat sana.. asek x lulus exam je.. hahaha..

    lama x jenjalan kat rumah syed ni.. sori ye.. hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Alhamdulillah kak. belajar mana2 pun sama ja sebenarnya hehe depends pada rezeki kita la kan.

      haaaaaa tak jumpa jalan kerumah syed ke.

      Delete
  30. goodluck kepada lepasan spm yang memohon. harap tak persia peluang yang ada ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, peluang yang datang hanya sekali. so manfaatkannya hehe :)

      Delete
  31. Nice entry syed, indeed IPG is one of the jaminan pekerjaan yang baik InsyaAllah. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks eyqa. tapi still kena tunggu la untuk posting. not that you don't have to wait at all.

      Delete
  32. tahniahhhhhhh cikgu syed! hehehe. dan alhamdulillah rezeki dari DIA untuk syed.. busyra hepy tngok syed dh dpt kerja. nnti up entri plis first day mngajar.. hehe.. apapun kerja elok2 ye syed. :)

    ReplyDelete
  33. sy x boleh bab ngajar ni. dah try ngajar budak upsr hjg minggu, tp mmg x masuk sebab sngt menguji kesabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yeke? hahaha budak2 ni memang menguji kesabaran. kena banyak2 bersabar la kalau nak mengajar.

      Delete
  34. Bagus usaha Syed nie.. Maybe lepas nie boleh cerita lagi pasal IPG nie.. lagi banyak lagi bagus.. Budak-budak sekarang nie Google je Sume maklumat.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau rajin kak boleh la saya tulis haha.

      Delete
  35. Terima kasih Syed atas infonya. Peluang untuk budak lelaki mesti cerah dpd budak pompuan kan agaknya..... Menarik jugak bila dengar elaun dia tu...
    Cikgu ajar Bahasa Inggeris ke? hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab biasanya yang apply ramai perempuan dari lelaki.
      Tapi sekarang ni elaun dah kurang sikit dah kak. Aah kak saya ajar bahasa inggeris hehe.

      Delete
  36. untung kalau sesapa dapat rezeki ke sini... so yg terpilih tu, jgn laa berpatah balik.... bkn semua org dpt peluang ke sini dan sy slh seorg drpd nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa anies, ada rezeki yang lebih baik untuk anies nanti :)

      Delete
  37. Kakak saya dulu belajat di maktab bahasa melayu..lupa apa namanya..tahniah syed
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. IPG KBM tu. sebelah tempat saya je hehehe.

      Delete
  38. nasib baik la saya tahu IPG tu apa sebab mostly saudara mara saya ni lepasan IPG. kalau cousin lepasan SPM memang disyorkan masuk IPG. dulu masa UPU saya ada apply UPSI tapi tak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh kalau keluarga background cikgu mesti tahu kewujudan ipg ni biasanya hehe. Mungkin rezeki bukan kat situ kan? :)

      Delete
  39. Kalau boleh diputar masa rasa nak masuk IPG je, hahaha. Apapun, semoga berjaya Syed, budak2 zaman sekarang ni boleh tahan juga kan.

    Atok mai dulu pun cikgu juga, keluar upsi lagi, tapi masa tu hanya kolej ,bukan universiti. Tapi setakat ni sorang pun tak ikut jejak atok, harap adalah sorang nanti. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks Mai, itulah pening juga nak handle perangai budak zaman sekarang ni ha. Nanti ada lah yang ikut jejak langkah atok tu hehe. Saya pun mak sedara ja ramai cikgu2.

      Delete
  40. hehe saya dh apply kemasukan ke IPG ni dn kalau sy terpilih ke ujian ukcg nnti...semoga saya lulus sbb sy tak aktif sangat fitness test... heheh

    ReplyDelete
  41. Punya lama belajar s...5 tahun sekolah menengah dan tambah lagi 5 tahun setengah

    di IPG..terbaik la gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa tahu takpe. sepanjang hidup belajar hehehe best la juga.

      Delete
  42. Asalamulaikum.saya baru saja dpt twrn ipg utk ujian ukcg..ermmm,saya nk mntk pendpt laa...saya dulu mint jugak nk jdi cg,tpi lama kelamaan mint tu mkin kurng sbb saya lebih mint ke arah masscomm..ayh saya sarankan masuk ipg sbb senng..n keluar nnti konfem dh ada kerja..tpi tu laa..minat tu kurng sikit..hati saya dok berbolak balik..jap2 rasa mcm ok ja jdi cg...jap2 rasa xok....dulu abg mmg nk jadi cg ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik. minat tu sentiasa boleh dipupuk, and for your information jadi cikgu pun fun juga. dalam course TESL contohnya ada jugak menari, berlakon, story telling and banyak juga benda-benda yang perlukan kreativiti kita macam masscomm tu. Lagi satu, kalau adik rasa taknak berhutang untuk belajar masuklah IPG. At least ada elaun dik. Fikir lah zaman sekarang ni, nak ke kita kerja untuk bayar hutang PTPTN? walaupun elaun sekarang dah dipotong sikit, at least still membantu kita sebab IPG takda yuran setiap sem yang kita kena bayar. Abang dulu pun tak pernah terlintas nak jadi cikgu tapi Alhamdulillah everything went well for me dekat IPG dulu :)

      Delete
    2. Terima kasih abg^^kalau dpt ipg,kan nnti keluar jadi cg sr..macam mana nak jadi cg sklh menengah?.
      #saya pun skrng bnyk fikir,takut jugak kalau bljr benda lain,tpi xdpt kerja..sekurng2nya,cg ni insyaallah dh konfem dpt.cuma saya akan try pupuk mint tu^^

      Delete
    3. Ohhhh nak jadi cikgu sekolah menengah itu abang tak berapa pasti. Tapi rasanya boleh apply kot? ataupun nanti sambung la master jadi pensyarah terus haha. betul, sekarang kerja memang susah sangat nak cari. Kalau IPG ni at least terjamin la juga kerja tu cuma cepat atau lambat sahaja.

      Delete
  43. dulu spm dapat berapa? saye dpt 5A,syarat minima masuk IPG. and ade harapan tak ye utk sye berjaye masuk IPG? sbb mesti ramai saingan yg dapat banyak A. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPM saya bawah 5A. InshaAllah ada harapan kalau dapat panggilan interview. Kalau pass UKCG, buat interview tu elok2. Memang banyak saingan but be different. dah masuk situ nanti tak tengok dah keputusan SPM tu.

      Delete
  44. Boleh tak nak tahu UKCG tu apa dia? . Rabu ni ada interview . Email saya nurliyananorisam@gmail.com thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. UKCG is ujian kecergasan. Dia akan uji sama ada kita ni fit atau tak. Banyak tahap2 dia. Bila dah lulus ujian kecergasan baru dapat panggil interview.

      Delete
  45. Assalamualaikum. Hai. Saya dah selesai ukcg dan tengah tunggu panggilan interview.

    1. Saya minta SJ as the first choice dan 2nd choice, BM. Saya memang minat both subjects. Both dapat A+ dalam spm. Tapi saya agak risau sebab SJ bukan subjek upsr kan? Tak penting ke?

    2. Saya ada mintak Asasi Bi di UIA. Plannya degree nak ambik TESL.Tapi masalahnya, saya kurang fluent dan confident nak speaking depan orang. Writing is okay but not speaking. Spm BI saya dapat A solid. (Saya tak mintak TESL untuk ipg sebab dekat upu dah mintak. Ingat nak try something else yang saya minat. Tapi ada jugak rasa menyesal) Can you give me some comforting advices?

    3. Dekat ipg bukan belajar subjek yang kita mintak je kan? Dengarnya macam ada banyak subjek kena belajar?

    4. Lepas habis ipg, kena tunggu posting atau boleh terus sambung master?

    6. Gaji cikgu sk rendah dengan smk lebih kurang je ke? (Trust me, saya malu nak tanya tapi saya teringin nak tahu)

    Ipg atau UIA adalah top choices yang saya letak. Harap ada laa rezeki saya kat sana. Tq in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. First of all congrats!

      1. Actually benda yang kita minta tu tak semestinya dapat. Isi BM, tapi nanti interview tiba2 dapat course TESL. Anything can happen and memang ada intake SJ. Don't worry tentang subjek tu penting atau tidak. Tapi biasanya TESL banyak guru yg diperlukan (brighter chance)

      2. Sy tak pasti tentang TESL di universiti macam mana mereka diajar. Tapi I can assure you that TESL students from IPG memang antara yang bagus. Sebab dekat IPG ni kita dah diajar untuk menjadi guru dan environment dia pun macam sekolah. Lecturers pula macam cikgu, sangat concern with your studies. Tapi it's okay, belajar mana-mana pun balik kepada diri kita sendiri juga. As long as you know what your goals are, work towards it. InshaAllah it'll be fine.

      3. Yessss we have a lot of subjects! Hahaha but its quite fun though. You've to take minor (arts, music, science etc.). Ada juga subjek2 untuk education. Macam psychology in education, child development and etc. Maths pun ada sikit2.

      4. Boleh terus sambung master if you want. Now ada UKM buat master mode cuti sekolah. Ada juga kawan2 saya yg dah sambung.

      6. Gaji sama ja sekolah men or sek rendah. Takda beza. Still gred DG41.

      InshaAllah, good luck and all the best. Looking forward to know your iv result! Hehe. My pleasure.

      Delete
  46. Satu lagi,kampus penempatan ditempatkan camne? Ikut subjek atau random?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut subjek and random. And yeah, jangan risau kalau tak fluent in English. You don't have to be fluent to take TESL. You're going to learn a lot during the course. It'll help you to improve yout language 😊

      Delete
    2. Thank you very much teacher syed. Nanti saya inform kalau dapat iv hehe

      Delete
  47. Bro, nak tanya sikit, kalau masuk ipg, memang akan jadi guru sekolah rendah or boleh apply jadi guru sekolah menengah? And lagi satu, boleh ke apply jadi guru under Mara? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. IPG untuk mengajar di sekolah rendah kerajaan sahaja.

      Delete
  48. Fuhhh... mengimbau kenangan betul. bila dah kerja ni, lalu je kat IPBA mmg rasa nak singgah... Hostel blok 3 dah repair ke still mcm tu jgk? btw, dah dpt posting ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bestla dapat kerja area sana lagi. Masih sama ja macam dulu, tidak digunakan dan dibaik pulih pun. Alhamdulillah dah posting dekat pahang :)

      Delete
  49. salam, nak tanya. lepasan spm je ke boleh apply utk ipg? lepasan lain tak boleh apply ipg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam, ya lepasan SPM sahaja. Kalau dah setahun dua lepas SPM and nak masuk IPG still kena guna result SPM.

      Delete
  50. Salam cikgu syed.. saya sekarang tgh confuse.. sbb 21 may ni saya kene daftar uitm.. dalam masa yang sama saya tggu Iv IPG ni.. boleh x bagi pendapat agar saya dapat buat pilihan yg terbaik. Maybe uitm as a backup plan if x dpt IPG.. but sya punye bleep test dapat full mark.. tapi saya takut x lepas die punye IV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sharif. Saya nasihatkan untuk awak pergi ja dulu daftar uitm. Rugi sikit takpa, sebab takut juga kalau tak berjaya iv IPG nanti. Pengambilan IPG bulan 6 nanti daftar, so avoid la dulu untuk bayar yuran sem. Waktu saya dulu ada juga mereka dari UITM semua, rugi duit pendaftaran ja lah dalam RM500 macamtu.

      Delete
  51. em nak tanya kalau saya dapat iv ipg ni dlm bidang pendidikan awal kanak kanak ada tips tak nk dikongsi utk saya ? Thankyouu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips dia berdasarkan pengalaman saya, baca anything that related to the course. Lepastu isu-isu semasa pun kena aware juga. Menteri2 tu apa semua kena tahu juga.

      Delete
  52. Hye, nak tnya. Klu masuk ipg bolehkh smbung stdy untk peringkat lg tinggi? Actually sy dilema nak masuk IPG atau smbung Degree Acc sbb sy lepasan matriks. So tak thu nk decide mana yg lbih baik. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah boleh. kan dah ada degree tu. Kalau rasa hutang dengan PTPN dan sambung belajar, masuk la U biasa. Kalau rasa nak ada kerja yang terjamin dan tak payar bayar pinjaman, masuk IPG. As simple as that hehe.

      Delete
  53. assalamualaikum,sy dapat iv bhs inggeris,so borang penyataan hasrat tu kena isi dalam bhs inggeris or bhs melayu? pastu dalam bentuk essay or poin2 je? then,kena tulisan tangan ke? terima kasih..maaf menyusahkan cg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis dalam bahasa melayu ja cukup dah. Tapi no harm kalau nak tulis dalam English pun in any form would be fine. Essay atau point boleh ja mana-mana. Yes, tulis tangan ja. Sama-sama and good luck for your interview :)

      Delete
  54. Alhamdulillah lps ujian fizikal..mnggu dpn temuduga..hm agak2 soalan ap yg dtnya??takot niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniahhh, jangan risau sangat pasal iv. Interviewers ni nak tengok kita yakin ja masa jawab soalan. So, be confident. Soalan-soalan lain biasanya tentang isu-isu semasa, menteri-menteri pendidikan etc. Ada juga yang suruh kita mengajar, menyanyi, menari. Anything. Get ready for any possibilities.

      Delete
  55. Assalamualaikum teacher syed. Alhamdulillah saya dipanggil untuk interview bagi subjek sejarah. Sijil masa sekolah rendah nak kena sertakan jugak ke? Sebab terbaca macam perlu tapi ramai cakap tak payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah tahniah! Sijil masa sekolah rendah tak payah la unless sijil tu peringkat kebangsaan etc dan berharga baru include sekali :)

      Delete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  57. Thanks for the info Cikgu Syed.. Saya apply IPG ni & alhamdulillah dah lepas fitness test. So sekrng tinggal interview hari Khamis ni ( 25 / 5 ) . Doakan ok. Klu lepas brulh boleh jdi student IPG. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh tu izzat, baca lah tips interview ipg dekat blog saya ni. mana tahu membantu hehe. Good luck! :D

      Delete
    2. ok thanks.. dh baca dh. membantu sgt2 . :)

      Delete
  58. wahhhhh..kalau bidang bahasa inggeris memang dekat IPGKBA ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sini center untuk bahasa inggeris. tapi ada juga course TESL dekat IPG lain.

      Delete
    2. Hai salam cg syed hensem wkakakak..sy bru lps iv di ipgmsultan mizan..so tlg doa2kan sy eyh..hehehe..btw ade soalan..sy ambik kos bimbingan dan kaunseling...so nak tanaya semua ipg ke ade kos bk ni?? Bleh tlg senaraikan x ipg yg ade kos bk ni..sbb penemuduga ade tanya sy nak hantar belajar ipg kat mana sbb bukan semua ipg ade kos ni..die kata perlis or sabah..so boleh explain x (hehe petanda baik yg sy akan diterima insyaallah amin hehehe) barakallahu cg syed..wassalam

      Delete
  59. assalamualaikum 😊 alhamdulillah rezeki saya dapat interview IPG esok di IPG kampus bahasa melayu hehe sebelah sebelah jew dengan KBA 🙈 doakan yang terbaik untuk saya ya 😭 and thank you sebab share info ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tahniah ya! InshaAllah boleh lepas interview dengan jayanya. Harap membantu dengan sedikit info yang saya ada ni :)

      Delete
  60. Assalamualaikum,cikgu syed...untuk lulusan SMA dan SMU ni ada laluan khas kan?Alhamdulillah,saya dh interview haritu...tpi result saya kurang 1 drpd syarat yg ditetapkan...dan saya juga mempunyai pengalaman selama 4 bulan menjadi guru...Adakah saya masih mempunyai harapan utk ke ipg?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tahniah dah lepas interview. Saya tak pernah dengar pula ada laluan khas etc. sama ja rasanya semua candidates and pengalaman tu maybe would be your advantage. Depends kepada kekosongan IPG la, kalau intake kali ni banyak, inshaAllah lebih mudah untuk dapat. Tak boleh nak predict hehe. apa pun good luck! :)

      Delete
  61. assalammualaikum Cikgu Syed ,Ipg yg tawarkan bidang sains kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, itu saya tak pasti pula. tapi dekat IPG Bahasa Antarabangsa memang takda.

      Delete
  62. Assalamualaikum Syed. Saya nak mintak pendapat abang lah ya :) Saya merupakan pelajar asasi UITM bagi kursus undang-undang, dan saya telah daftar diri sebagai pelajar dah pun. Ni pun tengah dalam dilemma sama ada nak stay atau keluar bila dapat IPG nanti.

    Saya tahu course undang-undang ni tak menjamin apa-apa kan berbanding IPG? Lagipun saya mohon IPG dalam bidang bahasa melayu (subjek yang saya minat).

    And for sure, saya dah jatuh cinta jugak kat law dan environment kat sini walaupun hanya untuk satu tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf kalau terlambat reply. Asasi setahun sahaja kan? and after that kena sambung degree pula. Kalau sambung degree nanti bila dah grad kena bersaing untuk masuk ke alam pekerjaan.

      Andai kata kalau awak masuk IPG, ada elaun sikit dan at least jaminan pekerjaan tu ada. Tapi bagi saya, pentingkan minat awak. Kalau rasa minat dalam undang-undang and nak jadi lawyer, go for it. It depends on you. You're going to work for the rest of your life. So, pilih kerjaya yang awak rasa awak enjoy buat. Harap membantu :)

      Delete
  63. Assalamualaikum...knpe sye ade dngar ura2 yang bukan semua lepasan ipg akan dpt tempat di sekolah rendah nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ura-ura maknanya tak betul lah tu. Takkan diorang dah bagi elaun and laburkan sejumlah wang untuk pelajar tapi tak bagi kerja?

      Delete
  64. Salam....ipg ada yuran pengajian ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. IPG takda yuran. hanya bayar RM500 sahaja masa daftar.

      Delete
  65. Masa saya pegi interview haritu, diorang ada tanya , kalau ipg kena buat pinjaman macam ipta jugak nak belajar ipg lagi tak? Betul ke sekarang/ akan datang ipg kena buat pinjaman jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mustahil sebab sekarang ni pun elaun dah kena cut.

      Delete
  66. Means mungkin utk pismp kena bt pinjaman ptptn la ya? Sbb ppismp elaun diberikan tp utk pismp bergantung pada kerajaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya tak pasti. sebab dari dulu lagi ada dengar pasal elaun akan tukar jadi pinjaman tapi tak tahu la.

      Delete
  67. saya dapat tawaran ppsimp kat sini. doakan saya dapat tempuh 5 tahun sepanjang kat sana nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Welcome to IPBA. Have fun! :)

      Delete
  68. Belajar dekat ipg ni ada peluang tak nak study oversea?

    ReplyDelete
  69. Macam saya minat bahasa asing like bahasa mandarin. Ada tak course mcm tu di ipg? And study di ipg ada peluang tak nak study dkt oversea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandarin ada, german ada, perancis ada and jepun pun ada. You can choose any of these. Mestilah boleh. kenapa pula tak boleh?

      Delete
  70. Saya ada kelebihan bahasa tambahan bahasa cina dan juga ada amik subjek tu masa spm... spm i got 6 As and my parents request me to applied for IPG even I refuse to do so... nak tak nak ikut jelah... saya mohon untuk subjek Bm and Sj , akhirnya , saya tak dapat... heart broken betul... adakah pemilihan ipg ni dia tengok pada bilangan A ? Sebab yg saya perhatikan kawan2 saya yang 7 A keatas ramai yg dapat... but yang 6A , mcm krik2 je.. Lagi satu , hehe masa saya nak g iv , saya terlewat , begitu juga 7 orang yang lain... tapi kita orang masih diberi peluang untuk ditemu duga... tapi sayang , kami semua tak dapat dan sijil kami juga tak diselak sedikit pun TT...walaubagaimanapun saya akan cuba mohon lagi tahun depan... doakan saya jika saya ada rezeki di situ...

    ReplyDelete
  71. Nice post. Very Informative. Oh, how I miss my IPBA days �� (before it was called IPG KBA). We are very fortunate to have all the perks kann??

    ReplyDelete