Tuesday, March 7, 2017

TIPS MENGHASILKAN DESIGN YANG MENARIK



Assalamualaikum dan hi! 

Entry kali ini akan membincangkan bagaimana untuk anda menghasilkan satu persembahan atau design yang menarik dari segala aspek. Pernah tak kadang-kadang anda rasa buntu bila nak menghasilkan sesuatu seperti poster, banner, bunting atau brochure? Sometimes anda dah ada pilihan warna yang anda suka, tetapi masalah lain pula ialah anda tidak tahu nak masukkan dengan warna apa bagi nampak lagi sesuai. Lepastu bila dah ada warna yang sesuai, anda tak tahu macam mana nak susun segala maklumat dalam poster tu supaya dapat menarik orang yang melihat atau membaca. Saya akan cuba untuk huraikan segala masalah yang anda hadapi di dalam entry ini.

Sebelum saya mula menaip dengan lebih lanjut lagi, izinkan saya membuat penafian bahawa saya bukannya seorang pelajar dalam bidang grafik, teknologi atau yang sewaktu dengannya. Saya hanya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang grafik suatu masa dahulu. Pernah bercita-cita menjadi seorang pereka grafik tetapi saya lupakan impian tersebut bila saya percaya menjadi pereka grafik ini bukan kerja yang mudah. Saya belajar menggunakan perisan Adobe Photoshop sejak di sekolah menengah lagi. Tidak mampu untuk pergi kelas-kelas photoshop yang kosnya berjuta, saya belajar dan meneroka bidang ini dengan sendiri. (kau ingat orang kisah ke apa kau tulis panjang-panjang pasal kau ni Syed oi! hahaha)

Dalam bidang mereka grafik ini kita ada satu konsep yang kita gunakan untuk menjadikan hasil yang kita buat tu presentable dan menarik di mata orang lain. Konsep yang digunakan dalam penghasilan poster, bunting dan sebagainya ini dipanggil sebagai CASPER.

C - Contrast
A - Alignment 
S - Simplicity
P - Proximity
E - Emphasis
- Repetition
Contrast
Contrast ialah kontra atau perbezaan yang ada di dalam hasil kerja kita. Pada pendapat saya kontra ini merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam setiap design yang kita hendak hasilkan. Cara untuk anda apply elemen kontra ini ialah dengan mengetahui warna-warna yang sesuai untuk dipadankan di dalam karya anda. Penggunaan warna yang kontra mampu membuat karya anda kelihatan lebih menarik. Lihat contoh di bawah,

Konsep Kontra di Dalam Design Anda

Gambar bernombor 1 menunjukkan aplikasi kontra yang baik. Biru merupakan warna yang gelap, maka warna yang gelap harus dipadankan dengan warna yang lebih cerah seperti warna putih. Dengan itu, ia menaikkan perkataan yang hendak saya fokuskan di dalam gambar nombor 1. Bagi gambar yang bernombor 2, saya cuba untuk gabungkan warna biru gelap dan juga merah. Nampak tak gambar nombor 2 lebih tenggelam dan langsung tidak menarik untuk dibaca? Itu menunjukkan bahawa warna yang anda pilih tidak bersesuaian dan anda perlu tukar warna yang lebih sesuai.

Elemen Kontra Dalam Design

Warna background sesuatu gambar dan juga font memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan design anda. Jika warna background yang anda gunakan lebih gelap, maka warna font yang anda pilih perlu lebih terang supaya apa yang anda ingin sampaikan lebih mudah dibaca dan diinterpretasi. Sekaligus, anda akan menarik orang untuk membaca maklumat yang anda ingin sampaikan.
Alignment
Alignment ni ialah susunan setiap element yang ada di dalam anda punya karya. Pastikan setiap maklumat yang anda masukkan disusun dengan baik agar tidak kelihatan janggal. Pentingnya keseimbangan di dalam karya anda ialah untuk karya yang lebih kemas dan menandakan bahawa ia bukanlah satu kerja yang "cincai". Saya akui, sebelum ini, saya juga ada masalah dalam menyusun segala maklumat di dalam poster kerana kadang-kadang maklumat yang diberikan terlampau banyak untuk saya letakkan di dalam satu gambar. Lihat contoh di bawah,

Elemen Align Dalam Grafik


Ini contoh hasil kerja saya tahun 2015 rasanya. Nampak tak cara saya susun setiap details di dalam gambar ni? Saya ada masalah sikit kalau nak align kan kita punya details and semua benda dekat dalam gambar. Sebab apa? Sebab saya buat design ni untuk orang, bila orang lain yang suruh buat, banyak pula dia suruh letak itu ini. Sekaligus rasa macam tak berkenan dengan design sendiri. Especially part font tu. penat nak fikir macam mana nak alignkan bagi sama. Walaupun saya tak berapa berkenan, tetapi saya terpaksa juga lakukan sebab "client" yang minta kan. (sebab tu saya rasa saya tak boleh jadi designer, sebab saya ada taste sendiri haha)
Simplicity 
Kebanyakan di antara kita, ramai yang tak faham konsep simplicity ni macam mana terutamanya mereka yang bukan seorang pereka grafik. Simplicity ni bermaksud sesuatu grafik yang kita hendak hasilkan itu haruslah simple dan mudah dibaca. Dari segi font, pemilihan gambar semua tu memainkan peranan dalam hasil kerja kita. Terlampau banyak informasi yang ada dalam grafik pun menjadikan sesuatu gambar itu serabut dan confusing. Pembaca ni bila dia tengok gambar, dia tak berminat untuk membaca dengan banyak. Sebab itu perlunya kita untuk hasilkan sesuatu grafik yang tidak begitu sarat dan simple.

Contoh Design Bunting

Dua bunting di atas ni merupakan hasil kerja saya pada tahun 2015. Saya suka kedua-dua design tersebut kerana sangat simple tetapi nampak dengan jelas apa yang saya cuba sampaikan. Disebabkan bunting tersebut lebih kepada rasuah. saya cuba tekankan rasuah itu dengan penggunaan font yang lebih tegas. Akaun instagram dan juga facebook tampak lebih menyerlah walaupun hanya menggunakan latar belakang yang simple. Terlampau banyak item di dalam background menjejaskan grafik anda dan mungkin menganggu perhatian pembaca. Font yang digunakan di dalam grafik juga pastikan tidak lebih dari 3 jenis. 2 would be enough. 
Proximity
Seterusnya ialah proximity. Ia merujuk kepada kesinambungan item-item yang ada di dalam sesebuah gambar itu. Pastikan setiap item yang anda masukkan di dalam gambar mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Contohnya jika anda hendak menghasilkan poster mengenai produk kecantikan, anda haruslah meletakkan gambar-gambar seperti lipstick, mascara, eye shadow and some related beauty products. Takkanlah nak buat poster kecantikan tetiba letak peti ais? nampak tak ia takda kaitan dan tak kena mengena langsung dengan produk yang anda iklankan.

Lihat contoh di bawah,

Disebalik Header Blog Seorang Syed

Disebabkan nama blog saya ialah "Catatan Seorang Syed", saya memilih untuk memasukkan elemen seperti tab, pensel, cermin mata dan juga notepad di dalam header blog saya. Ia merupakan simbolik kepada "catatan". Manakala, gambar epal dan air di dalam cawan merupakan simbolik kepada "santai". Kandungan yang ada di dalam blog  saya ini disampaikan dengan cara yang santai. Manakala "paper-plane" yang ada di sebelah nama blog saya simbolik kepada perjalanan hidup saya. Apabila elemen-elemen ini disatukan dalam satu header ia memberi identiti yang lebih kuat dan makna yang lebih jelas bagi saya. Bukannya main pilih sahaja nak letak gambar apa hehe.
Emphasis 
Seterusnya ialah elemen Emphasis atau penekanan. Penekanan ini boleh dilakukan dalam banyak cara.  Benda ni tak perlukan anda untuk gunakan terlampau banyak elemen lain di dalam satu grafik. Sebab apa? Nanti orang yang akan lihat grafik yang anda hasilkan akan terganggu dengan elemen lain yang anda persembahkan. 

Cara Menghasilkan Design Yang Menarik

Bila tengok gambar di atas ni apa interpretasi anda? Ya, mestilah mengenai pembuangan sampah. Disebabkan saya hendak menyentuh isu pembuangan sampah, saya cuba mencari gambar yang terbaik bagi menggambarkan apa yang hendak saya katakan. Maka, pembaca telah mendapat idea yang hendak anda sampaikan hanya dengan melihat gambar walaupun belum membaca secara lebih terperinci. Ini merupakan satu contoh penekanan melalui gambar, ada yang menekankan melalui warna font dan sebagainya. Ia bergantung kepada pereka grafik itu sendiri.
Repetition 
Repetition atau pengulangan merupakan aspek yang terakhir di dalam konsep CASPER. Ia merujuk kepada pengulangan item-item yang ada di dalam grafik anda. Saya pecahkan pengulangan ini kepada tiga bahagian,

1) Warna
2) Jenis font
3) Bentuk dan gambar

Dari segi warna, seperti yang saya telah ingatkan di atas, pastikan anda menggunakan warna yang tidak terlalu pelbagai. Kalau warna yang digunakan  tiada kesinambungan dan tak konsisten, ia akan menjejaskan grafik yang anda ingin hasilkan. Selain itu, pengulangan jenis font yang anda gunakan juga merupakan satu elemen yang harus dititikberatkan. Jangan menggunakan terlampau banyak font yang datangnya dari "family" yang berlainan. Terlampau banyak jenis font juga mencacatkan pemandangan si pembaca. Akhir sekali, bentuk-bentuk dan gambar yang anda gunakan di dalam grafik haruslah disamakan. Janganlah sekejap ada bentuk hati, petak, diamond, payung, sampan dan macam-macam lagi. Nampak sangat tidak sesuai dan menyakitkan mata pembaca.

Sekian sahaja perkongsian saya hari ini mengenai cara menghasilkan design yang menarik dengan menggunakan konsep CASPER. Saya harap melalui perkongsian ini anda memperoleh sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk anda hasilkan grafik anda sendiri pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca :)


112 comments :

  1. Bila semuanya menarik .barulah ramai yang tertarik

    ReplyDelete
  2. nak design logo utk bisnes sndr pon aku pakai powerpoint ja. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya tak pandai sangat nak pakai powerpoint ni. sebab dah biasa photoshop kot.

      Delete
  3. Syed ni memang kreatif lah.... Tangan kidal ke? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah kreatif mana pun biasa2 je rasanya haha. Tak lah right-handed okay.

      Delete
    2. Hehe same here. Selalu jugak orang tu tangan kidal ke kalau nampak kreatif sangat :D

      hanisamanina.com

      Delete
    3. hahaha orang tangan kidal memang kreatif ke?

      Delete
  4. pandainya syed olahkan semua tips hehe. syed dah boleh open tempahan design blog dah lepas nieyh hakhak. elsa memang takkan dapat nak buat semua tu sebab elsa memang tak kreatif nak melukis apatah lagi huhu

    singgah :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebab pernah belajar benda ni dulu masa dekat IPG tapi takdalah mendalam mana pun. olah balik ikut pengalaman sendiri ja hehe. Tak reti design blog nanti pening kah2. Syed pun tak pandai melukis juga elsa. Tapi lega boleh buat design simple2 macamni.

      Delete
  5. Berbakatnya abang syed ni.. dah la hensem..dah berpunya ke?

    Ok terima kasih atas tips2 ni.. kena banyak belajar lagi dari abang syed ni.. boleh la nanti saya cuba try test kat blog saya pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYED DH BERPUNYA BELUM? Jawab jangan x jawab.. haha

      Delete
    2. hahaha takda maknanya berbakat. Mestila single lagi sebab tak hensem lol. Sama-sama silalah belajar dan cuba nanti hehe.

      Delete
    3. hahaha belum berpunya la sis hawa. Nak carikan calon untuk saya ke macam mana.

      Delete
  6. Kalau dah kreatif tu buat apa pun cantik ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takda la kreatif sangat kak. sikit2 tu saya boleh la hehe.

      Delete
  7. Oleh kerana Mrs. A memang kurang kreatif orangnya konsep Casper ni baru 1st time tahu. Casper si kartun tu tahulah hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mula2 dulu saya pun ingat CASPER yang kartun hantu tu ja. lama2 bila tahu ada benda lain rupanya.

      Delete
  8. Kombinasi warna memainkan peranan penting.. Setuju sangat dengan apa yg Syed nyatakan..

    In shaa Allah esok atau lusa sampailah gift dari akak. Tungguuuuu 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak. kalau tak reti match kan warna memang tak naik la sesuatu design tu hehe. ni buat eksaited ni nak menunggu hadiah ni.

      Delete
  9. Saya ada belajar sikit2 pasal benda macam ni utk subjek sastera, hampir sama saja yg cgu ajar. Cuma x de guna photoshop, buat bunting banner apa semua tu. Haha, saya teringin jgk nk bljr guna photoshop. Tgk kat youtube mcm x phm ah cpt sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa nanti try la buat pakai photoshop. Photoshop ni lebih efektif kalau kita study sendiri ja. Sebab kalau refer youtube lain orang lain cara dia.

      Delete
  10. Syed thank you! lama da cri aspek2 yg penting dlm nak membuat artwork. btw syed, yg ada taste sendiri tulah yg paling layak jd designer, kind of perfectionist. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure. haha sebab kita tahu apa yang kita nak kan? jadi, bila orang minta kita designkan untuk dia, syed akan rasa stress sebab permintaan dia kadang2 tak kena dgn kita punya taste.

      Delete
  11. pergh patutla cantik-cantik gambar. I have photoshop but I forgot how to use it after 5 years of not doing anything with the program.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasa-biasa ja rasha. You better try to use it, it's quite easy to use.

      Delete
  12. Pernah gak buat freelance buat banner. Bab pilih warna tu yang paling susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab warna, font dan juga konsep. Tu semua memang sakit jiwa nk fikir haha.

      Delete
  13. wahhh cantik2 banner tu. memang ada ciri2 seorang designer dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks BV, itu cita2 yang tidak kesampaian.

      Delete
    2. takpe, boleh je tercapai, buat servis design kat blog jadi freelance/part time. jadi pendapatan jugak tu :)

      Delete
    3. itulah tapi rasa macam dah malas dah sekarang nak hadap benda22 macamni haha.

      Delete
  14. Perghh, terbaik sifu!
    Minat jugak design2 ni, tapi jiwa seni tu kureng sikit. Design yg terhasil pun kurang WOW nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sifu terus! takpa fatihah kalau nak belajar tu slow-slow nanti dia improve la.

      Delete
  15. nice entry, sis datang ambil ilmu :D

    ReplyDelete
  16. If I'm at your place, memang dah la give up.. Sanggup order kat org.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sampai macamtu sekali kan. tapi memang ada orang yang dia malas nak pening2 mendesign ni. better order dekat orang lagi cepat.

      Delete
  17. Untung orang berbakat dan kreatif macam Syed ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kreatif sikit-sikit tu ada lah kot. takdalah kreatif sangat pun hehe btw terima kasih.

      Delete
  18. Nani kan kalau benda benda macam ni semua tempah dekat orang. Hahaha! Memang dasar tak berseni lepas tu tak kreatif langsung nak buat design apa semua ni. Lol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha syed tak boleh tempah kat orang nanti mesti banyak songeh nak suruh dia tukar itu ini. tak pun syed yang akan tukar sendiri nanti keh2.

      Delete
  19. mmg cntik la design syed. busyra masa first time masuk blog syed. dh terpegun tngok header blog. hehe. sbb kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks busyra. Takdala kreatif mana pun tapi sikit2 tu boleh la hehe.

      Delete
  20. Kreatif la ..
    Untung org2 yang ada seni dlm diri ni..
    Buat apa semua nampak cantik, tersusun and rapi...
    Blog ni pun secara keseluruhan, design n warna mmg mrs pip impress *kerana aku suka biru*, LOL ..
    Keep designing...
    Cheers....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takdelah berseni sangat Mrs Pip. Kalau setakat sikit2 tu boleh lah. Haha thanks Mrs. Pip.

      Delete
  21. Ada bakat terpendam rupanya syed ni. Patutlah pandai main warna dan design. Even header yang seketul tu pun ada maksud-maksud tertentu, daebak la. Mai ni header pun tempah, hahaha.

    Kalau design, mai suka minimalist. Tapi nak buat minimalist yang cantik dan mempersona tu yg payah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa sebab syed memang suka design2 ni dulu so memang sakit mata kalau org design tak ikut warna yg sesuai etc. Kahkah. Takpelah tempah pun asalkan cantik. Syed pun suka yg minimalist juga actually sbb lebih direct and nampak elegant.

      Delete
  22. cantik sure rasa seronok je kan.. sendiri seronok, org pun seronok.
    tak macam akak..
    pakai hantam saja lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha takpa kak. Hentam pun boleh asalkan entry yg akak tulis tu yang bermanfaat. Hehe.

      Delete
  23. pandai rupanya bab design ni...kalau akak design..mybe kelaut kott..hehe


    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la pandai sikit2 sebab rajin meneroka haha. Ala kak belum cuba belum tahu kot hehe

      Delete
  24. wah untung orang berbakat camni, kreatif. awak boleh buat design untuk wordpress tak? kasi cantik touch up. nanti bgtau tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak reti kak design utk blog/WordPress ni. Benda simple2 ja boleh la haha.

      Delete
  25. Wahhh kali ni informasi yang memang saya nak belajar. saya suka penarangan awak detail dan mudah difahami. Sayangnya saya tak berapa nak mahir sangat bahagian design terutama sekali illustrator. (skit2 je) Tapi kalo guna photoshop tu, pandai juga guna tapi pandai kombinasi yang simple2 je. Teruskan post macam ni ya syed. ada bahan nak rujukan untuk belajar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks rocky. Saya pula memang tak pandai sangat illustrator haha. Photoshop bagi saya lebih mudah. Harap artikel ni membantu ya.

      Delete
  26. Kenal adobe photoshop pun dari zaman sekolah menengah sebab ada a few classmates yang memang handal. Kes Fairuz ni pulak... Bukak photoshop, krik krikkk 🍃, tutup balik. SIS TAK BERAPA NAK TABAH BRO! 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa jangan la bagi krik krik. Tengok la tutorial dekat YouTube atau websites. Nanti cuba la sampai boleh kahkah.

      Delete
  27. waahhh, penuh komen! anyway, sangat bagus info ni, IQ dulu suka juga buat design tapi sejak dah kahwin ni, ilmu design macam dah terkubur jer, haha! last design logo untuk abang ipar tapi betul la kan, kita punya idea macam jadi tak best dah bila client kita ada taste dia sndiri, xbley jadi designer la jawabnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thanks IQ. Benda ni kena buat selalu barulah minat tu berterusan kan haha. Tahu takpa nak pula kalau client tu punya idea melanggar hukum design haha.

      Delete
  28. Thanks for sharing. Very informative and educational.
    You are a very talented young man.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome, I hope you learn something from this as well. Not really talented but thanks for the compliment haha.

      Delete
  29. "(kau ingat orang kisah ke apa kau tulis panjang-panjang pasal kau ni Syed oi! hahaha)" - kalau tak kisah, dieorang tak kan baca kan syed? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha manalah tahu diorang tengok gambar je ke? Kahkah.

      Delete
  30. adik mmg kretif... syabas..teruskan usaha..

    ehh..pesal skema sangat komen hakak arini..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak haha. Aah dah macam juri akademi fantasia dah kak 😂

      Delete
  31. Replies
    1. Haha cuba la dulu mana tahu kot kot menjadi nanti

      Delete
  32. kalau upah syed buat header baru blog akak agak2 berapa syed caj hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah kak. 10 kot? Ke mahal sangat. Entahla haha.

      Delete
  33. Love the idea that you put stuffs on the image/banner on purposes. :)

    Ni dah boleh masuk apa-apa cabaran design ni. Hehe kadang2 tengok design logo hari2 keraian macam hari merdeka etc, rasa macam logo amende laa diorang buat ni.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes there must be a reason why we put this and that to give a kind of identity or theme to the image.

      I don't like to join any design contest because it needs to be originally your ideas. Since I'm not good at drawing, I'm just browsing some free clip arts and combine it. That's how I work haha.

      Delete
  34. Edit menggunakan photoshop memang akan menghasilkan hasil yang lebih puas hati kalau nak dibandingkan sekarang ini terlalu banyak app ala instant photoshop. Im the one who like to used photoshop in designing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. I don't really like to use the apps on smartphone to edit pictures. It's too simple and lack of functions. Photoshop is the best haha.

      Delete
  35. detail sgt ehe sy tak pandai bab design ne. design cincai2 je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takpalah cincai2 pun asalkan cantik dimata.

      Delete
  36. salam bro

    thanks for tips, satu perkongsian yg mnarik
    betul penggunaan colour, front yg sesual memng sangat
    membantu dlm mnghasilkan design yg mantap ")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam bro,

      you're welcome. harap ianya berguna lah ya :)

      Delete
  37. Sangat minat untuk blajar design,,, tp x pandai..huhu

    ReplyDelete
  38. thanks 4 sharing... sy personallt suka design yg lain drpd yg lain. kalu sy buat sy xkesah apa org kt yg penting sy puas hati wpn sekadar gn kaler itam putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome. haha betul tu, kalau kita yang buat sendiri walau apa pun hasilnya tetap lawo kan dimata kita hehe.

      Delete
  39. Syed ni berbakat tau. Teruskan la secara sambilan ke, kalo tknk serius, boleh jadi sumber pendapatan kan. Untung tau ada bakat mcm ni, org2 yg kreatif ni boleh buat mcm2, mak/pak andam, tukang gubah bunga, tukang jahit, boleh buat duit dgn bakat yg Allah bagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak boleh la kak saya rasa. saya cepat stress kalau takda idea nanti. pak anda gubah bunga semua tu memang tak boleh la. takda bakat langsung rasanya. kah2.

      Delete
  40. Wah, kemas dan cantik. Dalam design ni kena ada seni. Kena tahu warna warna yang sesuai untuk teks. Font yang sesuai. Gambar dan susun atur. Tapi sekarang kerja design mendesign ni dibayar murah (atas tempat lah kot..) padahal bukan mudah kerja ni 😭😭)

    Btw husniey dulu budak grafik komputer tapi tak asah bakat. Hahahaa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah husniey itu pasal saya rasa macam tak berbaloi nak jadi designer sebab selalu underpaid padahal susah kot nak design.

      laaaa yeke? haha kalau asah bakat balik ni boleh jadi ni hehe.

      Delete
  41. hantu casper sy tau la �� bab2 design ni mmg sy low ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mula2 pun dengar nama CASPER ni ingatkan hantu tu kah2.

      Delete
  42. thanks ! sangat membantu Mellya tapi nak aplikasikan tu tak reti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ja mellya. tapi sy tengok design mellya pun dah ok dah cantik2 hehe.

      Delete
  43. thank you, memang berguna ni, good teacher!

    ReplyDelete
  44. Good Info bro...cma klau nk buat banner or bunting ni klau sya lbih suggest a.Ilustrator drp photoshop...sbb font dia sharp...then klau xsave actual size pn xkan pcah vector...photoshop ni biasa hnya org gna utk edit pic & buat effect yg tdak bole dibuat if pkai illustrator...tp to be a graphic designer...u must know illustrator & photoshop brpsah tiada, ibarat adik bradik...he3...sowry tlis pnjang ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. saya pun setuju tapi saya ni bukannya pandai pakai AI. Sebab tu end up guna photoshop ja. Orang cakap senang ja nak guna AI ni tapi saya rasa macam susah sangat (sebab malas nak godek-godek sebenarnya). Last2 guna photoshop jelah asalkan jadi. thanks for the comment bro.

      Delete
  45. Senang nak faham bila bagi contoh sekali. Terbaik!

    ReplyDelete
  46. Ooo...baru tahu..biasa hentam saje. Asal sedap dipandang.tq for tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh baguslah nanti boleh apply. You're welcome :)

      Delete
  47. wahhh thanks for the tips.. cgat2 details dan membantu.. sy pun tgah berjinak2 menggunakan photoshop tp software adobe photoshop x dapat support d laptop sy huhu..

    best belajar pasal nie, tambahan pula ia dapat meningkatkn kreativiti kita :)

    ReplyDelete
  48. Bagaimana nak buat segitiga2 yang dalam banner SPRM tu?? :-D

    ReplyDelete