Thursday, September 7, 2017

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, syukur. Akhirnya berjaya juga menghabiskan pelajaran dan menggenggam segulung ijazah (tapi dia tak bagi dalam bentuk gulung pun actually) setelah selama 5 tahun setengah berhempas pulas mempelajari segala teknik, pedagogi dalam pendidikan. Tidak terungkap kata-kata kerana diri ini sebenarnya masih lagi tidak percaya akan pencapaian yang bermakna ini. 
Flashback
I'm not a bright student to begin with. Aku bukannya budak pandai pun, dulu masa sekolah rendah pernah jadi budak target 5A UPSR but I flunked my UPSR. Aku dapat 1A sahaja and turun kelas 2 kali. Okay. Sebab apa? yes, banyak main. Dulu waktu sekolah rendah aku banyak pergi Cyber Cafe. Tempat tu dah macam rumah kedua aku. Pantang ada duit mesti dekat situ jadi tempat persinggahan and to make it worst, aku mula terjebak pergi tempat tu since I was 9 kot! Tapi aku tak buat apa pun selain dari main game. Kerja sekolah apa semua memang tak sentuh (so aku datang pagi ke sekolah and buat kerja sekolah waktu pagi tu). Itu sahaja waktu aku buat kerja sekolah aku haha.

Benda ni berlarutan sehingga aku masuk sekolah menengah. Aku merupakan lepasan pelajar sekolah agama sebenarnya. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah merupakan tempat yang aku banyak belajar pasal kehidupan. It was an eye-opening experience bila waktu form 1 aku duduk asrama walaupun rumah dekat. Macam-macam aku belajar waktu dekat sekolah agama. And, yeah aku masih lagi "ketagih" pergi Cyber Cafe. Waktu tu aku diperkenalkan dengan online games. Segala jenis game online semua aku dah main. Paling banyak main waktu tu ialah DOTA. Bayangkan berapa banyak duit aku habis kalau main dota tu 1 game = 1 jam. 1 jam = RM2 kau kena bayar. Sanggup ikat perut nak pergi cc kot.

Hasilnya? Keputusan PMR tidak memberangsangkan. Disebabkan aku ni bukan gifted student, tak study apa memang tak dapat cemerlang lah. Tapi Alhamdulillah takdalah teruk sangat walaupun malas nak study. Waktu form 4 ada peperiksaan besar juga untuk sekolah agama, SMA (sijil agama). This one aku dapat Pangkat 2 (Jayyid Jiddan), waktu tu paling tinggi ialah Pangkat 1 (Mumtaz). Kira not bad juga result aku tapi Bahasa Arab teruk.

Waktu SPM pula, aku dah mula fikir nak sambung study dekat mana. Kebiasaannya pelajar sekolah agama akan melanjutkan pelajaran ke Kuliyyah Pekan, untuk ambil STAM (Sijil Tinggi Agama). Taraf STAM ni dah macam diploma lah tapi yang bestnya, dalam masa setahun kau dah boleh habis and terus boleh further ke degree. Waktu form 5 tu kira macam kau ada conflict juga nak decide mana satu terbaik untuk kau. Aku tak tahu aku bagus dalam bidang apa, aku memang nekad tak nak ambil STAM sebab aku tak berapa bijak menghafal dan bahasa arab aku pun teruk :( . Aku suka bidang graphic design, tapi mak aku tak bagi and susah dapat kerja (thank god mak aku tak bagi).

Dalam banyak-banyak result, result SPM aku sahajalah yang aku boleh banggakan. Walaupun result aku cukup makan je sebenarnya. Aku bersyukur. So, bila dah dapat result SPM semua tu aku dah mula fikir macam-macam. Dengan result yang tak seberapa, boleh ke aku nak masuk universiti? For your information, aku tak credit Mathematics. Mathematics aku sangat teruk sebab I don't like maths. Kesian kadang-kadang dekat cikgu yang ajar banyak kali, tapi aku masih bebal. Mula-mula aku macam nak jadi lawyer, tapi sebab bengap sangat tak kredit Maths aku tak rasa dapat jadi lawyer sebab syarat nak ambil law pun kena at least credit Maths kot?
Bidang yang aku minati

Aku dari sekolah rendah minat English! Macam mana boleh timbul minat mendalam dekat bahasa penjajah ni? Semuanya bermula bila aku pergi Cyber Cafe dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. .I started to speak in English (dalam game jelah kahkah) walaupun Grammar ke laut. Waktu tu aku rasa macam yakin sangat that my English was up to the standard and Grammar aku semua bagus. Subjek ni antara subjek yang aku target A, kalau tak dapat A memang aku frust. Biasanya kalau exam pertengahan tahun susah sangat nak dapat A, mesti score teruk dekat bahagian karangan sebab tulis panjang tapi grammar ke laut cina selatan wei! Tapi Alhamdulillah aku dapat A waktu SPM so that would be a big advantage for me to apply for TESL course.

Nak dipendekkan cerita, aku tak dapat panggilan ke universiti langsung! satu universiti pun tak nak panggil aku.Tapi bersyukur Alhamdulillah, nasib baik aku lulus temuduga IPG dan dapat bidang yang aku minati iaitu Bahasa Inggeris! dan bermulalah cerita macam mana aku boleh jadi seorang guru sekarang ni. (panjangnya cerita kau, mesti ramai skip kot Syed! haha)
Majlis Konvokesyen Kali Kelapan Institut Pendidikan Guru KPM
Aku banyak belajar benda-benda baru dekat IPG. Aku juga banyak improve English aku dekat sana. English aku teruk gila kot sebelum ni, I don't even know basic Grammar (sedih kan?). Cikgu dah ajar banyak kali dah tapi aku yang mudah confuse. Aku tak boleh ingat rules semua tu tapi bila masuk IPG agaknya kita praktikkan benda tu, and selalu tulis dalam English so lama kelamaan you'll learn and improve. Kawan-kawan dekat IPG pula dah macam family sendiri semua supportive and buat apa-apa semua sama-sama for the 5 and a half years. So seriously bila dah kerja ni rasa rindu dekat kawan-kawan and memang tak sabar nak jumpa semua masa konvokesyen tu.


Dapat jubah sahaja masing-masing terus sakan bergambar walaupun jubah aku tu macam selekeh gila haha. Please believe me nak pakai benda dekat leher tu betul-betul satu penyeksaan. Nak iron jubah and benda tu payah sangat haha. Punyalah berhati-hati gosok benda-benda ni supaya nak kemas dan jadi lelaki paling handsome waktu konvo haritu (yakin kan?)


Ini pula suasana dewan pada waktu tersebut. Berdebar juga rasanya nak konvo ni sebab yang akan menyampaikan ijazah pada pagi tersebut ialah Dato' Seri Mahdzir bin Khalid. Nervous bila nak sampai waktu tu sebab takut buat benda bodoh je atas pentas tu haha. Mana tahu kot tersadung lepastu jatuh depan orang ramai tu. Boleh tahan malu juga kan? Alhamdulillah nothing happened dan aku cuma berharap gambar yang diambil waku atas pentas tu lawa lah sebab rasanya macam aku pandang kamera waktu tu tapi tak tahu lah hahaha. Dia punya awkward nak pose depan orang ramai tu memang real weh. 


Alhamdulillah, B.Ed TESL (Hons)


Pada mulanya aku ingat nak hire professional photographer for my convocation day, tapi disebabkan aku rasa macam awkward sahaja nak pose depan camera (aku tak reti nak posing wei!) nanti malulah dekat orang asyik buat gaya yang sama sahaja so rasa macam tak berbaloi pula bayar mahal-mahal tapi end up 10 keping semua gambar sama kan? Lastly aku decide tangkap gambar pakai kamera iPhone jelah. Nampak la juga macam DSLR walaupun tak secantik tangkap gambar pakai DSLR. At least dapat jugalah jimat duit, mungkin ada benda lain yang lebih penting kan?

Apa yang menarik dengan MAEPS ni ialah tempat dia dekat dengan Putrajaya. So, lepas habis sesi konvokesyen tu terus bergerak ke Putrajaya untuk tangkap gambar dekat tempat-tempat yang menarik di sana. Thanks to my sister yang banyak korbankan diri sendiri untuk melayan kerenah aku nak tangkap gambar haha. Aku ni boleh tahan cerewet juga bab gambar ni. Kalau boleh composition, angle semua tu mesti nak on point. Banyak kali lah akak aku kena tangkap gambar hehehe.
Perancangan masa hadapan?
waktu nak ambil jubah sempat lagi berwefie

Bila cakap pasal masa depan, of course aku nak sambung master pula lepasni. Tak tahu kenapa but I feel like apa yang aku belajar tu tak cukup lagi. Kalau boleh nak sambung master dalam bahasa Inggeris juga. I wanna go deeper into the language. Tetapi bila dan bagaimana itu aku tak tahu. Setakat ni perancangan nak sambung tu adalah, cumanya masa, wang dan berbagai benda lagi takda. Biarlah masa yang menentukan. Merancang sangat pun kalau tak diizinkan tak boleh juga kan? :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru saya daripada saya tadika sehingga ke sekolah menengah yang mengajar saya ABC mengeja dan membaca. Tanpa kalian mustahil saya dapat menjadi seorang guru pada hari ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah di IPG yang banyak membantu dan membentuk kami supaya menjadi seorang guru yang baik. Jasa dan budi baik kalian tidak terbalas. Tidak dilupakan juga sahabat seperjuangan yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang saya sepanjang pengajian. Thanks to those who stay and those who left. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian! :)

(Aku terpaksa stop di sini sebab rasa macam dah panjang sangat merapu! Thanks for reading this entry. Mesti ramai skip ni sebab panjang sangat kahkah)

67 comments :

  1. Alhamdulillah..tahniah syed, moga cita2 untuk ambil master pula akan terlaksana nanti inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Pujaan ramai lah syed ni... apa2 pun tahniah ya syed... semoga terus sukses..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pujaan ramai lah sangat. terima kasih bro :)

      Delete
  3. Masa Lya konvo dulu kecewa bab bergambar sebab tempat tak menarik pulak pi amik gambar plus kejar masa nak balik. Haih. Kena sambung master untuk merasa konvo yang betul2 puas hati lepas ni hehe.

    Anyway tahniah Syed, moga terus sukses :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya Lya. Tapi kebetulan Putrajaya memang banyak tempat menarik nak ambil gambar hehe. Boleh further studies lagi tu lya. Terima kasih.

      Delete
  4. Tahniah...kita konvo dulu hujan lebat sepanjang petang , lepas tu semua nak balik cepat pasal habis konvo dah lewat ... apapun, semoga menjadi cikgu yg baik ... semua english teacher saya best best, agaknya jadi english teacher ni memang best kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kesiannya kak, macam-macam benda jadi kan time konvo ni. Banyak juga benda tak sempat syed pun. Terima kasih kak! Aminn haraplah betul statement tu haha.

      Delete
  5. tahniah!! dah grad dah...semoga terus berjaya di masa hadapan *ucapan klise. hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah Syed! Yess English is really really fun! Yang lambat pick up bila belajar subjek Math tu memang setuju sangat. Hahah! Mostly kalau yang ambil subjek bahasa memang slow sikit bila belajar Math segala. Duluu pernah dapat 19/100 untuk Math time form 4. Apebendaaa entah. Memang akan ingat seumur hidup lah dapat markah macam tu 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! siapa ja yang ambil English and pandai math? boleh kira dengan jari ja haha. Syed pun memang math tak pernah lulus waktu sekolah menengah dulu haih.

      Delete
  7. wah nak sambung master pulak lepas ni, goodluck sir syed! :)
    btw congratulations Syed~

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah la husniey hehe doakan ya!
      Terima kasih :)

      Delete
  8. tahniah syed! alhamdulillah dah grad! nmpak muka ceria tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceria lah dah grad! hehehe banyak cabaran yang ditempuhi kehkeh.
      Terima kasih busyra.

      Delete
  9. Tahniah Syed! Dulu pernah interview tesl ipg, tapi tak lepas heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, takpa maybe rezeki dekat bidang lain kan.

      Delete
  10. Tahniah Syed. Your story sangatlah memberi semangat utk saya terus berusaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks beeha :) glad that it inspire you. Teruskan berusaha.

      Delete
  11. Jom sambung belajar kat jepun. Simpan duit from now on! 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaaa macam tak terjangkau dek akal ja nak sampai sana haha.

      Delete
  12. Congrats ticer Syed...! Okay anis malas nak komen banyak2 sebab anis dah komen lambat.. haha

    ReplyDelete
  13. tahniah ticer syed. all the best in career

    ReplyDelete
  14. sama la.. dari dulu sampai sekarang lemah math dan lebih pada english & BM

    ReplyDelete
  15. Amboi ramainya awek teacher hehehe (gurau gurau). BTW ! Tahniah moga terus suskes dan bakal menjadi cikgu harapan mungkin. Aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kui3. awek lah sangat, semua classmates tu. Terima kasih! InshaAllah.

      Delete
  16. Wow tahniah syed! Even guna iphone, gambar still cantik. Ingatkan guna DSLR, so tak rasa rugi la tak upah photographer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farhana! hehehe betul tu, takda la rasa rugi sangat kan sebab not bad juga gambar iphone pun.

      Delete
  17. Yeaayyyy alhamdulillah! Congrats! Baru berkesempatan nak baca ni ha. Hehe.. Amboiii dikelilingi bebunga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fairuz! hehehe bunga-bunga yang dah dipetik orang kahkah.

      Delete
  18. tahniahhhhhhhhhhhhh cikguuu..hehe kene panggil cikgu skrg nih... tu org selalu ckp, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..kdg2 kegagalan tu la "cikgu" yg sebenar dalam kehidupan nyata kita.. hihihi

    selamat menempuh masa depan..semoga diberi kesabaran mendidik anak2 zaman skrg nih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! ya Allah tak payah nak bercikgu sangat haha. Yessss betul sangat tu. Mula2 rasa ragu-ragu boleh ke tidak nak survive. Lama-lama, Alhamdulillah. Aminnn.

      Delete
  19. Wow, Congratulations Bro Syed!
    Ada guna jugak main game..hehhe~ mostly memang terror english sebab main game....kalau kat U nona dulu, tengok pon macam tuh....

    OPPS...sama , tak suka maths... especially..ADD MATHS... Crazy jadiknya !

    Btw, I read till the end ~ hahahaha, no skip skip~

    All the best in your life ! Keep writing your journey okayyy ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nona! itulah tak sangka ada benefits dia but disadvantages banyak lagi lah hahaha.

      Ramai rupanya geng tak boleh hadam maths ni hahaha! Thanks la baca sampai habis, terharu la syed hihihi. Sure, will do.

      Delete
  20. Tahniah Syed.... moga menjadi pendidik yang hebat untuk anak bangsa!
    Dapat bayangkan camne seronoknya ibu ayah dan adik beradik meraikan kejayaan awak tu.

    ReplyDelete
  21. Berjalan-jalan di Cameron Highlands memang tak pernah jemu Teacher Syed. Banyak tempat-tempat menarik boleh pergi. Tapi perjalanan ke Boh Tea Center Sg. Palas sungguh mengerikan. Namun berbaloi bila di atas sana..

    Apa pun congrats Teacher Syed..

    ReplyDelete
  22. Tahniah Syed
    Semoga menjadi seorang guru yang cemerlang.
    Ada peluang, sambung lagi belajar utk tingkatkan kerjaya.
    Pakcik iringkan doa.

    ReplyDelete
  23. ajrang nk dengar org minat bahagian bahasa, tambah2 english..

    ReplyDelete
  24. congratulations Sir !! semoga jadi pendidik yang dapat berbakti pada agama and masyarakat.

    ReplyDelete
  25. Tahniah Syed.. semoga terus sukses ya

    ReplyDelete