Saturday, August 19, 2017

TEACHER'S DIARY: THE JOURNEY OF A NEW TEACHER

Teacher's Diary

Assalamualaikum and Hello dear readers!

Again, this post would not be written in English because I'm lazy and it's already 12.44 a.m. Aku dah sepatutnya tidur waktu sekarang ni tetapi since aku rasa macam dah lama sangat tak menaip apa-apa dekat blog ni, better aku tulis sesuatu. Rasa kekok pula sebab dah lama rasanya tak menulis, tak tahu nak mula dari mana dan tulis macam mana haha

Okay, sebelum ni kalau kau ingat aku ada cakap yang aku akan update tentang perasaan (yeke perasaan? haha macam pelik) menjadi seorang guru. Ingatkan haritu lepas sebulan posting dekat sekolah, dapatlah aku nak cerita panjang lebar dekat sini. Tetapi tangguh punya tangguh sebab banyak hal yang menimpa, finally today is the day! *mohon buat kenduri kesyukuran okay!
Posting dekat mana?
Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum

Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum, Kuala Krau Pahang. Alhamdulillah, dapat daerah kelahiran aku juga. Jarak rumah aku ke sekolah ni ialah 45 km. Aku memang lahir, membesar apa semua dekat Temerloh. Tapi tolonglah percaya aku tak tahu pun kewujudan sekolah ni haha. Gunong Senyum ni aku pernah pergi tapi bukan pergi buat aktiviti apa pun, hantar akak aku pergi kem sahaja. Itupun waktu aku tingkatan satu. Disebabkan malas nak rushing gerak pagi-pagi unuk ke sekolah, aku duduk di rumah sewa. Aku rasa bersalah sebagai anak jati Temerloh tapi tak tahu dan tak pernah lalu langsung kawasan sekolah ni! (please punish me)

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum
Do I look like their dad? Of course not

Sekolah aku ni dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan juga kubur (serious ada kubur tepi kantin so kau boleh reflect siap-siap cukup atau tak amalan kau nak bawa pergi mati haha). Murid-murid pun tak ramai ada 160++ orang sahaja dan guru-guru pula ada dalam 17 orang. Bila aku masuk sekolah ni, cikgu English dekat sekolah aku tu pun dah dapat pertukaran ke sekolah lain. Akulah guru yang bertanggungjawab untuk mengajar English tahun 6 dan juga ketua panitia. Believe me, mula-mula rasa kekok lama-lama Alhamdulillah I can adapt.
Sibuk ke jadi cikgu?
Calon-calon UPSR SKGS
Aku sendiri tak tahu macam mana nak menjawab persoalan ni haha. Apa-apa pekerjaan pun semua ada sibuknya yang tersendiri lah kan? Cuma kalau kau jadi cikgu, kau rasa macam penat nak membebel. Every day rasa macam ulang benda yang sama. Kadang-kadang rasa macam aku ni membosankan and ada juga rasa macam I failed as a teacher bila budak-budak tak faham apa yang kau ajar. Then setiap hari Sabtu kena buat kelas tambahan untuk budak-budak ni belajar. Aku faham juga usia macam diorang ni kalau dekat rumah memang takda nak sentuh buku dah. Keinsafan tu hanya akan datang sehari sebelum UPSR! (macam ada pengalaman je kan? kahkah)
Best tak mengajar dekat Pahang?
Tak reti kemas ke?
Tempat Mr. Syed yang agak bersepah waktu itu  

Mula-mula rasa macam kecewa juga dapat Pahang sebab dekat sangat dengan rumah. Ingatkan dapatlah jauh dari rumah kononnya atas dasar nak berdikari etc. but nope. Allah knows best. Baru-baru ni aku ada pergi KL nak beli phone baru (ehem dah ada phone) lepastu kena hadap jalan penuh sesak sangat menginsafkan! Aku rasa macam bersyukur sangat-sangat sebab tak posting dekat Selangor atau KL. Bayangkanlah sewa rumah/bilik sahaja sekurang-kurangnya RM300 nak kena ada dah kot. Aku dekat sini sewa RM150 sahaja. Jalan pun tak sesak, tol pun takda. Cuma life lah tak berapa nak ada (sebab aku suka life kl banyak tempat makan bukan nak pergi kelab malam lol)

Tempat Makan Hipster di Kuala Krau
Tempat lepak paling hipster di Kuala Krau

Lagi satu, kawasan sini memang line internet teruk sangat. Dekat rumah sewa aku 4G boleh dapat tapi line 3G memang tak dapat (pelik kan?). Memang cepat drain lah aku punya bateri sebab 4G punya pasal. Dekat sekolah pula memang angan-angan lah kalau kau nak dapat 4G. 3G pun belum tentu boleh dapat. Kawasan-kawasan tertentu sahaja yang kau boleh dapat 3G. Kadang-kadang tu memang GPRS sahaja. Paling teruk no service. Aku tak tahu kenapa kawasan sini semua telco teruk. Celcom ni kalau nak ikutkan antara telco yang mempunyai rangkaian terluas dah tapi still line internet semput. 

Aku pun redha sahajalah guna line 4G. Memang sangat laju tapi dia punya quota pun laju macam air habis. Aku baru upgrade ke plan RM98 dapat 40GB. Kalau habis juga aku stop la main internet. Aku nak pergi main congkak ke, main guli ke. Internet pun mahal stress pula haha. Bila kita complain dekat customer service sama juga. Still takda perubahan apa-apa. 
Apakah harapan anda?
Kelas Tahun 5 SK Gunong Senyum

Sebagai seorang guru, I always want the best for my children. Aku harap depa semua ni membesar menjadi orang yang berguna, hormat ibu bapa, guru-guru dan juga orang sekeliling. Aku takda apa pun nak bagi dekat diorang selain sedikit ilmu yang aku ada. Nak bagi tanah ke, kereta honda ke memang tak mampu lagi rasanya haha. 

Aku rasa setakat ini sahaja catatan aku untuk kali ini. Rasa macam banyak benda lagi nak tulis tapi baru teringat esok aku ada kelas pukul 8.30 pagi. Sekarang dah pukul 2.00 pagi dah. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku berehat dan menikmati tidur yang singkat. Gigih betul aku update blog pagi-pagi buta ni. Tolong doakan Seorang Syed supaya mampu menjadi pendidik yang baik dan juga doakan kejayaan anak-anak murid Syed dalam UPSR :) 

Terima kasih kerana membaca.

68 comments :

  1. Oh syed org temerloh je ye, eh dah dekat2 juga la dengan akak ni tapi takde la dekat sangat, akak lancang, eh raya hari tu akak pergi gunung senyum tau, kalau tau syed dekat2 situ boleh pergi beraya hehehe

    Akak doakan dipermudahkan urusan syed dan semoga anak2 murud syed berjaya cemerlang dalam upsr.

    Setiap yg Allah aturkan itu paling terbaik, bila anak murid sedikit dapt tumpukan lebih perhatian, anak akak di selangor ni 1 kelas dah 42 org murid cikgu siap cakap dekat akak ibubapa kena tolong ajar juga dirumah sebab cikgu x dpt nak berikan tumpuan pd semua pelajar dlm satu2 masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh dekat sangat tu akak Lanchang dengan Temerloh hehehe. La yeke kak? akak pergi kampung gunung senyum ke? dah dekat sangat dah tu hihi.

      Aminnnnn kak. Terima kasih di atas doa. Betul tu, boleh fokus lebih sikit bila budak tak ramai ni. Tapi budak sikit/tak, ibu bapa still kena bagi kerjasama untuk pastikan budak buat kerja dekat rumah kan haha.

      Delete
  2. I respect teachers the most! nak layan kerenah semua orang plu szaman sekarang ni majoriti mak ayah asyik nak push the blame dekat cikgu.

    Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu Rasya tapi sekolah ni Alhamdulillah, parents semua bagus :) . Thanks!

      Delete
  3. Seronok baca post ni. Sebab dilahirkan dalam keluarga penuh cikgu, dapat relate sangat hampir semua points.

    Hebat sangat ni masuk2 terus jadi guru tahun 6 sekali ketua panitia. :D haha teringat mak masa dia masih berkerja... tiap2 tahun jadi cikgu tahun 6 sampai sekolah tiba2 gelabah bila mak hantar borang nak bersara awal. Terus setahun last tu mak akhirnya tak jadi cikgu tahun 6 sbb baru nak train cikgu lain ganti. haha

    Setuju jugak pasal life KL Selangor yg pack tu. Even kalau turun KL sekali sekala, urut dada jugak dibuatnya tgk hectic life semua orang jalan laju sangat2

    Alhamdulillah Syed dapat line phone. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takdelah hebat pun tapi takda pilihan. Memang kena jadi guru tahun 6 sebab ambil TESL kan (the only option teacher there). haha memang kena gelabah la tetiba nak bersara kan. Syed pun sempat ditrain kejap ja dengan English teacher sebelum ni.

      Dah lama tak rasa jem macamtu, bila pergi haritu rasa macam stress betul ah haha. Alhamdulillah! Doakan rajin sikit update blog kah2.

      Delete
  4. sukanya tengok muka2 suci kanak2 ni. seronok hari2 boleh ajar diorang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok juga melayan kerenah budak2 ni.

      Delete
  5. Seronok kan cikgu dpt mengajar area kampung asal xde mslh nk balik kampung. Kak tak tau juga ada kampung gunung senyum. yg tau sekitar gunung senyum kampung felda jengka 23, 24, 22, je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, memang takda masalah langsung nak balik kampung haha. Tiap minggu pun balik, kadang-kadang belum hari minggu pun dah ada kat rumah juga hehe. Haaa betul lah tu kak, dia kawasan situ la.

      Delete
  6. bukan mudah untuk menjadi seorang cikgu.. ramai yang nampak Nurul ada potensi jadi cikgu.. tapi minat bukan ke arah situ.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Nurul belum cuba belum tahu. Mana tahu memang ada bakat semulajadi untuk jadi cikgu tu.

      Delete
  7. Seronoknya bila dapat baca tulisan Syed.Lama betul die menyepi. Yerla kan, sekarang dah ada kerja hakiki ditambah pulak dengan line semput. Ni memang kegigihan yang bernama seorang guru dan blogger. Semoga Syed mampu mendidik anak-anak murid dengan jayanya. Bab penat membebel tu ..I can feel you. Sebab nak educate anak pun sama juga gayanye. Gitulah...kena sokmo cakap. Don't give up ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah kak, lama sangat menyepi sebab takda internet ni haih. Rasa bersalah sangat dah lama tak update. Idea nak update apa tu ada ja tapi malaih dah bila lama sangat diam. Aminnnn terima kasih kak. Sure, teruskan usaha akak didik anak-anak juga. Suka tengok aktiviti akak dengan anak2! :)

      Delete
  8. memang kena senyum hari2 cikgu and budak2... kalau x senyum, silalah tukar sekolah! hehehehe...gurau sajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha macamtu pun boleh juga. Nampak masam sikit ja muka tu terus kena keluar sekolah.

      Delete
  9. Semoga sukses menjadi sorang cikgu ya ...
    So lepas ni nolehlah terus berblog since ada 4G dah kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, InshaAllah kak haha kalau semangat dan idea nak bercerita tu ada bolehla update selalu hihi

      Delete
  10. Alhamdulillah.. Dapat posting tak jauh dari rumah.. Tu semua pengalaman.. Yup.. Setiap kerja ada kesibukkannya yang tersendiri.. Apa pun akak doakan syed terus sukses dan sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak murid syed..

    ReplyDelete
  11. Selamat majujaya cikgu syed!
    Semoga tabah selalu 👍👍😊

    ReplyDelete
  12. Seronok baca cerita syed....untung tau xdpt kat KL n SELANGOR ni...semuanya mahal...bilik sewa pun cecah 300 kat sini...gaji xnampak apa nnt syed...semoga syed terus mendidik anak2 bangsa kita ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila fikir balik ada juga kebaikannya hehehe. Terima kasih!

      Delete
  13. Rabia cikgu jugak dlu..cikgu tadika,taska,transit.sekarang nak sambung diploma pulak :) doakan rabia semoga berjaya ya.

    ReplyDelete
  14. berjanggut tunggu entry terbaru syed.. isk3.. terlebih bz lak dia skrg ye..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah SYed, yang penting ada kerja tetap dah.... semoga berjaya mendidik anak bangsa....

    ReplyDelete
  16. Kalau dapat KL lagi penat rasanya syed. Jammed satu hal. Perangai budak pun satu hal. Hehe.

    I feel u bila kita mengajar dan org x fhm apa yg kita ajar. Frust juga. Selalu kena pikir the best way nak bg dorang faham kan. InsyaAllah as long kita ikhlas nk mengajar, Allah akan murahkan urusan kita. Semoga terus berjaya Syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, rasanya stress juga kalau dapat KL nasib baik la dapat Pahang ja hehe.

      Betul tu kak, InshaAllah haraplah depa semua berjaya nanti.

      Delete
  17. bagi IQ, internet best line best adalah Digi, celcom dah serupa macam 4G la, bateri habis quota habis. geram.

    duk KL kena tabah dengan jem dan tahan diri dari makin hamun orang lain..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah guna Digi tapi dulu ada hidden charge tu rasa macam tak percaya dah nak guna digi haha.

      Tahu takpa, belum lagi jumpa yang drive macam benda entah.

      Delete
  18. You do look like their dad! Hahahha. Sebab diorang kecil sgt. Darjah berapa tu? Macam seronok je dapat mengajar sekolah ni. Nampak macam rileks sikit. Happy working Syed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha really? darjah 3 baru diorang ni. Seronok jugalah sebab kecil hehehe.

      Delete
  19. Selamat selamat selamat, seorang syedddddd!!! K, dah, tu je. 😂

    ReplyDelete
  20. Salam cikgu Syed, wah kongsi pengalaman sbg seorg cikgu yea, dah jadi cikgu mestilah timbul rasa t/jwab utk tengok anaknya upssss..anak didiknya berjaya dgn cemerlang nya kan. Semoga usaha Syed mendidik mereka berbaloi.

    Betulla tu, duk bandar duk luar bandar Kain suasananya, semua ada kelebihan atau kekurangannya. Tabah jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam kak. hahahaha double meaning tu comment akak ni hehee. InshaAllah aminnn.

      Betul tu kak, suasana yang berbeza tanggungjawab still sama.

      Delete
  21. ok lah tu syed bersyukur sangat dah tu kenapa Allah tempatkan kat situ,, semuaanya ada blessings.. kan sekurang2n ya duit savings lagi banyak boleh simpan nak banding kat tempat sibuk cam KL tu.. nak nak lagi semua ni rege barang jer naik.. gaji x naik2 :@_@

    tak ramai sangat ya anak murid ni ..sekolah agak dalam kampung jugak ke syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, Alhamdulillah la hehe.
      Aah dalam kampung kak tapi takda la ke dalam sangat cuma memang kawasan tu ada sekolah ni ja.

      Delete
  22. Nice story. Nice writting. Good job syed!

    ReplyDelete
  23. tahniah cikgu syed! nasib baik tak dapat kat jb.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks E'in! :)
      Ya Allah jauh sangat tu kalau dapat JB haha.

      Delete
  24. Betullah tu Allah know best. #syukurselalu.
    Seronok baca pengalaman seorang guru dari cikgu Syed ;-)

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah..dah bermula life sbg cikgu ekk..hehe.. anak sedara dpt kat Temerloh jugak..sekolah cina.. dah bape kali apply nak transfer blk Sarawa tp x dapat...huhuhuu.. mungkin ada hikmah disebalik tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh yeke? siapa anak sedara akak tu? kot2 la kenal kan hehe.
      Biasanya dalam 5 tahun macamtu dapatlah transfer kan. Betul tu, mungkin ada hikmah.

      Delete
  26. Internet tu penting wooo kalo tak tak boleh dudukkk ahahah 😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu takpa, rasa macam katak bawah tempurung sangat kalau takda internet ni

      Delete
  27. semoga dapat menjadi seorang pendidik yg mendidik dengan ikhlas dan sabar cikgu syed..

    ReplyDelete
  28. Salute betul dengan Syed! Nani setakat jadi cikgu ganti pun bila balik dari sekolah, physically mentally drained! Hahah! Penat rupanya jadi pendidik ni tapi besar sangat pahala sebab dapat ajar ilmu dekat orang lain. Moga terus diberi kekuatan menjadi cikgu yang berdedikasi :)

    Nani tak pernah tahu jugak ada sekolah ni. Yang tahu cuma wujudnya Gunung Senyum (itu pun tak pernah pergi) Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sama ja sebenarnya Nani. Syed pun balik sekolah terus jumpa bantal ja! hahaha tapi lama-lama ni dah tak pelik sangat nak tidur. Aminnn,

      Samalah kita! kahkah.

      Delete
  29. Nanti kalau akk lalu sekolah tu aku roger2. Hehehe.

    Good luck syed. Upsr tak lama dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhh roger la nanti jangan lupa! hehehe
      thanks! :)

      Delete
  30. bizi sekarang ni ya syed, jarang blh update. kadang tunggu juga entry baru. syok mengajar budak2 kan, nampak budak2 pun seronok je belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, busyyy tak sempat nak buka laptop. kadang2 ada ja masa terluang cuma penat ja rasa malas nak menaip haha.

      Delete
  31. u mengingatkan akak my diary as a teacher about 26 years ago.
    memang macam mak to all the kids. budak2 darjah satu lah kan.
    it was a lovely memory.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yeke kak? saya tak boleh sangat ajar darjah 1. stress ja rasa haha mungkin takda sifat kebapaan lagi.

      Delete
  32. Alahai seronoknya dah jadi cikgu. best giler tgk environment sekolah dengan budak2 tu. dulu2 pernah berangan nak jadi cikgu tadika atau cikgu sekolah rendah. tu yg jeles aihh rasa.

    Part line tak elok tu je la kowt yang kena sabaq cket. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha best juga tapi line takda tu yang kena sabaq banyak sikit kahkah. InshaAllah mana tahu sampai impian tu nanti.

      Delete
  33. Berat jugak tanggungjawab tu ye Syed.... kena mengajar pulak budak tahun 6. nak ambik pekse tu.... takpelah bila ada cabaran barulah cepat naik pangkat kot....

    Bagus jugak dapt ngajar jauh dari bandar ni... cepat sikit simpan duit...boleh cepat kawen

    ReplyDelete
  34. Untung dik jadi cikgu..bila kita baik dengan kanak2 kanak-kanak doakan kita, Doa mereka maqbul sebab hati mereka masih bersih..dan anak2 sangat menghargai orang yang menyayangi mereka. Macam akak , akak masih ingat ustazah yang sangat baik dengan akak masa akak sekolah rendah . Moga Allah cucuri rahmat atasnya dan tempatkan dia disyurga aaamiin

    ReplyDelete