Showing posts with label Dapur Bujang. Show all posts
Showing posts with label Dapur Bujang. Show all posts

Wednesday, May 6, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI


Assalamualaikum and Hello!

Blog aku sejak bulan Ramadan ni dah macam blog mak-mak ya. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempoh PKP haha. Aku harap korang semua hadap jelah dengan segala juadah yang aku nak buat ni. Untuk entri kali ni aku nak tulis pasal resipi donat gebu!
Actually aku ada terbaca dekat satu blog (tapi tak ingat blog siapa) pasal resipi donat ni. Aku tak save pula link blog dia. Cuma ingat dalam otak ja. Lepas baca post dia, aku jadi macam nak try la sebab ada bahan dia yang "rare" sedikit hehe.
RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
 BAHAN-BAHAN

- Yis (15 gram)
- Fresh Milk
- Susu Pekat Manis (2 sudu)
- Marjerin/Butter (2-3 sudu)
- Gula kastor
- Tepung Gandum (500gram)
- Garam (secubit)
CARA-CARA
1) Masukkan yis serbuk ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan air. Biarkan selama beberapa minit (jangan biar lama sangat okay?). Kacaukan yis sehingga ia hancur.

2) Kemudian, masukkan 500gram tepung gandum ke dalam bekas (bekas ambil yang besar sedikit supaya memudahkan proses menguli doh) diikuti marjerin, susu pekat, garam dan juga fresh milk. 

3) Bila dah campurkan semua bahan yang disenaraikan, uli semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Jika adunan keras, tambahkan fresh milk ke dalam adunan. 

4) Setelah selesai menguli doh, biarkan doh selama 30 minit (benda ni actually depends on yis kau. Kalau yis elok, sekejap ja doh akan kembang. Kalau tak elok, biar sejam pun doh tak nak naik)

Hasilnya apabila doh sudah kembang dan sedia untuk diacukan
5) Seterusnya, bulat-bulatkan doh tersebut sebelum kita tekap menggunakan acuan donat

Untuk tak nak bagi doh melekat di acuan, golekkan doh ke atas tepung dan tekapkan dengan acuan
6) Selesai diacukan, tunggu dalam 5 ke 10 minit sebelum menggoreng.

Donat yang telah selesai diacukan. Adunan ni dianggarkan boleh menghasilkan 30-40 biji donat kot?
Donat harus digoreng dengan api yang sederhana besar. Sambil tu rajinlah balik-balik kan donat tu kalau tidak warna dia gelap la sikit hehe


Gaulkan bersama gula kastor apabila sudah selesai! Kalau nak letak topping coklat pun boleh. Ikutlah masing-masing punya selera hehe. Tapi aku akui la resipi ni memang menjadi sebab donat ni LEMBUT SESANGAT. Aku buat ni untuk berbuka puasa, now dah pukul 2 PAGI still lembut. Aku rasa sebab kandungan fresh milk tu dia menjadikan donat ni lembut. Aku sangat berpuas hati dengan donat aku harini hehe. Sebab donat ni banyak sangat, aku dah sedekahkan kepada jiran-jiran dan juga sedara aku yang duduk satu taman perumahan dengan aku ni. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana membaca dan Selamat mencuba! 

Tuesday, May 5, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI ROTI JOHN PALING SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi!

Bila bulan Ramadan tiba, ada dua juadah yang kita memang tak boleh miss. Kedua juadah itu ialah Murtabak (Resipi Murtabak Daging) dan juga Roti John. Aku dah cuba untuk buat murtabak pada entry yang lalu (boleh la check dekat sidebar tu). Kali ini aku nak cuba untuk buat Roti John pula. Yang menariknya, Roti John aku kali ini memang aku tak refer dekat mana-mana resipi. Aku buat ikut citarasa aku sendiri dan hasilnya memang sedap! 

RESIPI ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN

- Roti (kalau ada roti panjang yang besar tu lagi bagus)
- Bawang Holland (setengah biji) *dipotong dadu*
- Bawang Putih (4 ulas) *dipotong dadu*
- Lada (depends on level kepedasan kau)
- Daun sup 
- Burger Daging (pastikan Ramly! baru beli)
- Seasoning 
- Telur (5 biji)
- Daging Cincang (200g)
- Kobis 
- Mayonnaise (mayonis lah tu)
- Sos Cili
PENYEDIAAN INTI DAGING

1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. (minyak tak perlu banyak sebab nanti minyak dari daging cincang akan keluar ya)

2) Kacaukan sehingga bawang-bawang tersebut layu dan berubah warna. (kau kena rilek ja masa ni, jangan terus masuk daging, tunggu ja sampai dia warna coklat sikit)

3) Kemudian, masukkan daging cincang ke dalam kuali dan juga hirisan lada merah. Kacau sehingga tekstur daging dan warnanya berubah.

4) Masukkan juga sedikit garam dan perasa (in this case aku guna Maggi cukup rasa) secukup rasa. Kemudian kita sprinkle kan sikit dengan lada hitam.

5) Bila rasanya telah sempurna, boleh diangkat daripada dapur.


6) Bila dah selesai buat inti daging tadi, ambil beberapa keping daging burger dan masakkan terlebih dahulu.  Pastikan kau letak sedikit marjerin di atas kuali. Semasa memasak daging, letakkan sedikit seasoning di atas setiap daging dan juga sprinkle sedikit black pepper supaya rasanya lebih sedap (aku selalu perhati orang jual burger and that's how they do it!)

7) Pastikan kau memasak dengan api yang sederhana supaya tekstur dan warna daging masih dalam keadaan yang cantik (manusia kan suka yang cantik-cantik. heh.)
PENYEDIAAN ROTI JOHN

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti daging yang telah disediakan, perasakan dengan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam. Turut dimasukkan juga daun sup yang telah dihiris halus dan kacau bancuhan sehingga sebati.


2) Menggunakan kuali leper, letak sedikit marjerin di atas kuali. Apabila marjerin telah cair, tuangkan bancuhan telur bersama inti daging di atas kuali

3) Potong roti panjang kepada separuh (pastikan tidak putus ya) dan telekupkan roti tersebut di atas bancuhan telur sebentar tadi (boleh rujuk gambar di atas). Tekan sedikit roti supaya ia mesra dengan bancuhan inti daging tersebut.

4) Tunggu selama 2 ke 3 minit, sapu sedikit marjerin di bahagian atas roti. 


5) Terbalikkan roti ke bahagian yang lain pula. Pastikan anda tidak membiarkan roti tersebut terlalu lama. Bahagian atas dia tu cepat masak, kalau biar lama sikit nanti hangus la jawabnya haha (actually aku pun overcooked sebab aku busy sangat multi-tasking! hahaha)


6) Seterusnya, kau boleh letak sos cili, mayonis, kobis dan sayur-sayur yang diminati ke dalam roti yang telah siap dimasak. Macam aku, aku tak berapa gemar sangat tomato dan timun. So, untuk sayur aku cuma letak kobis haha. Letakkan juga daging burger yang telah dimasak tadi. Jika anda penggemar cheese, boleh juga untuk letakkan bersama.
ROTI JOHN TERSEDAP DI DUNIA SEDIA DIHIDANG! 

Walaupun presentation OUT sikit sebab aku overcooked (tulah, busy sangat tengok phone) tapi SERIOUSLY RASA DIA SEDAP. Menyesal pula terbiar lama atas dapur. Dah hitam sikit rotinya tu. Kalau beli dekat kedai biasanya dia akan guna kari tapi aku tak suka kari dalam Roti John sebab nanti dia akan rasa macam murtabak. That's why aku come up dengan resipi ni and it turned out GREAT! 

Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba!

Monday, May 4, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI POPIA CARBONARA CHEESE SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi! 

Okay first of all, mula-mula aku quite confused nak eja popia ni as popia or popiah. Nasib baik aku macam bijak sikit harini so aku Google la dulu untuk tahu ejaan yang sebenar. Menurut kamus dewan edisi ONLINE (HAHA), ejaan yang sebenar ialah POPIA yang membawa maksud "kuih yang berinti sayur-sayuran". Tapi sekarang ni kan zaman dah moden, we don't need SAYUR anymore! ALL WE WANT IS CHEESE! Nasi Lemak Cheese contohnya hahah gurau ja.

Entry aku kali ini aku akan membebel sikit la pasal cara nak buat Popia Carbonara Cheese. Resipi ni sangat simple dan cepat untuk disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Boleh ambil buku nota dan catat resipi ni sekarang! haha
BAHAN-BAHAN

 - Kulit Popia
- Bawang Holland (1 biji dipotong dadu)
- Bawang Putih (4 ulas dipotong dadu juga)
- Sosej Daging (pastikan jenama Ramly!)
- Isi Ayam (ataupun boleh masukkan daging/ayam cincang)
- Sos Carbonara 
- Cheese Slice (2 ja, jangan letak semua pula)
- Lada (aku letak lada tapi takda la dalam gambar ni haha)
CARA-CARA
1) Panaskan minyak dalam kuali dan setelah panas, masukkan hirisan bawang besar, lada dan bawang putih. Tumiskan sehingga bawang tu bertukar warna dan layu sedikit.

2) Kemudian masukkan isi ayam yang telah dipotong halus. Kalau kau nak guna daging cincang atau ayam cincang pun okay. Next time kalau aku buat aku nak guna daging cincang pula.

3) Setelah isi ayam bertukar warna dan tekstur, masukkan pula potongan sosej daging Ramly tadi dan kacau selama beberapa minit. To be honest, Ramly punya sosej ni sedap gila. Rasa dia tak sama macam kita makan sosej jenama lain. Memang agak mahal la tapi rasa dia okay and I guess dia macam sihat la sikit kot? hehe.

4) Setelah semuanya telah masak dan bertukar warna, masukkan Sos Carbonara. Oh ya, aku salah beli tu! aku terbeli sos Mac and Cheese! HAHA tapi okay la sedap juga rasa dia. Kacau selama beberapa minit.

5) Masukkan pula Cheese Slice ke dalam kuali dan kacau sehingga cheese tersebut cair.

6) Seterusnya, masukkan garam dan gula serta perasa tambahan sehingga secukup rasa. Kacau sehingga campuran garam tadi larut and we're done!

7) Tunggu sehingga inti tersebut sejuk, dah sejuk sikit baru boleh kita gulung.
MENGGULUNG DAN MENGGORENG

Part nak menggulung tak lah aku tunjuk sebab aku rasa semua orang tahu kot nak gulung popia? haha. Kalau tak tahu, ikut la kau nak gulung cara macam mana asalkan nampak bentuk popia tu kira halal lah okay? Lepastu lekatkan dia dengan telur. Kalau buat banyak-banyak boleh letak dalam peti, bila nak makan kita ambik ja dari peti and goreng. Ataupun bila tetamu datang rumah dan kau tak tahu nak hidang apa, buka ja peti ais dan gorenglah popia tersedap ni! confirm tetamu kau datang rumah tiap hari lepasni kahkah.

Actually benda ni senang sangat nak buat, cuma part nak menggulung tu ja maybe leceh la bagi sesetengah orang. Kalau dah expert, sambil pejam mata pun boleh siap okay! haha. Bahan-bahan tu semua kau boleh adjust ikut citarasa kau. Mudah bukan?

TADAAAAA! SEDIA UNTUK DIHIDANG KEPADA MAKWE, PAKWE, TUNANG, SUAMI ATAU ISTERI ORANG KORANG 



Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba! :) 

Wednesday, April 29, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI MURTABAK DAGING


Assalamualaikum kalau tak jawab dosa, kalau jawab? saaayaaang (ok stop it Syed)

Korang suka murtabak tak? I'm not a big fan of murtabak tapi tulah waktu bulan puasa ni, mesti kena rasa juga murtabak. Kiranya tak lengkap la Ramadan aku kalau tak makan murtabak hahaha. Actually puasa kedua haritu aku dah beli murtabak dua keping dekat kawasan perumahan aku ni tapi tulah, tak berapa kena dengan selera aku. Maka, aku pun mengambil keputusan untuk membuat murtabak aku sendiri. MASALAHNYA AKU DECIDE NAK BUAT MURTABAK NI PUKUL 12.00 MALAM KOT. Tapi takpa,sebab nak mencabar diri punya pasal aku teruskan.

Aku akui la benda ni macam agak extreme la untuk aku buat especially nak buat kulit murtabak tu. Agak susah la nak uli tepung tu haha tapi it's ok bagi aku benda ni yang penting ialah inti dia. Kalau inti sedap, maka sedaplah murtabak kau. Kulit dia tu hanya mempengaruhi 10% ja daripada rasa keseluruhan murtabak (tiba masuk subjek Maths kau hahaha). So, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan!

BAHAN-BAHAN
KULIT MURTABAK
 - Tepung Gandum (4 cawan)
- Telur (1 biji)
- Susu Pekat Manis (1 sudu)
- Marjerin (2 sudu)
- 1 1/2 Cawan Air (dicampur garam)
INTI MURTABAK
- Daging Cincang (400gram) *lebih pun okay ja*
- Bawang Besar (1 atau 2 biji ikut saiz ya) *dipotong dadu*
- Kentang (4 biji) *dipotong dadu*
- Bawang Putih (5 biji) *dipotong dadu*
- Halia (1 cm) *dihiris halus*
- Rempah Kari (5 sudu) 
- Garam dan Gula (secukup rasa)
- Minyak masak (untuk menumis)
- Jintan Manis (1/2 sudu)
BAHAN CAMPURAN INTI
- Telur (4-6 biji atau secukupnya)
- Bawang (dipotong dadu atau dihiris halus)
BAHAN BAWANG JERUK
- Bawang Besar (1 biji dihiris halus) 
- Cuka 
- Gula
- Garam
- Lada

CARA MEMASAK
KULIT MURTABAK

1) Masukkan tepung gandum, marjerin, telur dan susu ke dalam bekas dan gaulkan. Aku ada dengar orang kata kalau nak kulit murtabak kita cantik kena pakai tepung gandum yang mahal tu baru cantik sikit senang nak tebar nanti.

2) Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terus masukkan semua air tu nanti susah pula nak budget. Part ni kau kena adjust la mana yang kurang. 


3) Pastikan tepung yang kau uli tu tak melekat di tangan. Bila bancuhan tu tak melekat maksudnya jadilah bancuhan kau tu. Selagi dia melekat kat tangan maksudnya kau kena pandai lah adjust letak marjerin or tepung. Kalau bancuhan tu macam lembik sangat, meaning lebih air la tu so kena tambah tepung. Faham tak? (ceh macam hebat sangat kau Syed)


4) Bila dah siap uli tepung tu dan dapatkan texture yang dikehendaki, kau kena bulat-bulatkan doh dan sapukan marjerin disekeliling doh tu supaya doh-doh tu tak melekat antara satu sama lain. Perapkan sehingga 2 ke 3 jam. In my case, aku perap lama juga haha. Siap gaul ni pukul 1 pagi. Pukul 5.00 petang baru keluarkan dari peti ais sebab nak tebar dah. Okay selesai satu bahagian
INTI MURTABAK

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris dan dipotong dadu sebentar tadi. Tumis sehingga berbau wangi dan berubah warna (betul ke ayat aku ni? haha)

2) Kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga warna daging berubah. Seterusnya, masukkan rempah kari dan jintan manis dan kacau sehingga sekata.

3) Masukkan kentang ke dalam kuali tersebut diikuti dengan air. Jangan letak air banyak sangat, cukup sekadar untuk melembutkan kentang tersebut. Kemudian letak sedikit garam dan gula.

4) Kacau dan tunggu sehingga air kering. Tadaaa! Dah siap inti murtabak anda.

BANCUHAN INTI

1) Next, kau ambil satu bekas kosong. Pecahkan telur beberapa biji kemudian masukkan bawang besar yang kau dah hiris halus tadi dan masukkan sekali inti yang dah siap ke dalam bekas tersebut. Kemudian kacau la mereka tu sampai sebati.


2) Bila dah bancuh inti tu, bersedialah untuk tugasan yang lebih mencabar! haha. Part ni paling susah juga sebenarnya. Kalau kau reti tebar, kau tebar lah. Kalau tak reti kau tarik-tarik jelah roti macam dalam gambar. Aku guna tepung gandum cap apa tah ni, macam tak cantik sangat tepung aku haha. Kalau tarik lebih sikit nanti dia koyak, tapi rasa sedap ja huhu (tak nak kalah tu)


3) Bila dah tebar and letak inti, bungkus elok-elok lepastu letak la atas kuali. Aku tak tahu pun yang mak aku beli kuali ni. Rasa macam tak pernah nampak pun selama ni? haha tapi okaylah ada benda ni memudahkan juga. Kalau takda boleh guna non sticky pan tu okay? Api jangan terlalu besar. Masak dengan api yang kecil ja sebab kalau tidak nanti dalam dia tak masak. 
BAWANG JERUK

1) Alamak! aku takda gambar bawang jeruk pula. Untuk bawang jeruk ni mudah sahaja. Kau ambik bawang yang kau dah hiris tu, potongkan lada dan masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. JANGAN MASUKKAN AIR. Kalau korang beli murtabak kat bazar tu, diorang usually akan tambah air. So, dia punya bawang jeruk tak sedap and cepat basi. Lagi satu, jangan letak sirap sebab nak bagi dia merah. Mengarut lah, makan ja colourless macamtu lagi menyihatkan hehe.
MURTABAK DAGING SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN


Thanks for reading and selamat mencuba! 
*korang kena try buat sendiri sebab seriously puas hati. Aku dapat buat dalam 20 keping murtabak tapi aku adjust sendiri la bancuhan tu. Kalau nak buat lebih, kena tambah la tepung semua tu*


Tuesday, April 28, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI JEJARI KENTANG (POTATO FINGERS) VIRAL


ASSALAMUALAIKUM AND HELLO GUYS!

Alhamdulillah harini aku nak berkongsi satu resipi yang simple nak mampus untuk korang semua try. Aku rasa resipi ni bukan hanya untuk golongan orang yang "expert" memasak sahaja bahkan orang bujang macam aku ni pun boleh buat. Bahan-bahan yang diperlukan and steps semua memang sangat mudah. It's either kau malas atau rajin sahaja. Okay resipi kali ini diberi nama Jejari Kentang atau Potato Fingers bak kata orang kampung aku. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan!
BAHAN-BAHAN


Kentang (3 biji)
Tepung Jagung (5 sudu)
Tepung Beras (1 sudu) *tak letak pun okay*
Ayam Cincang (kalau nak ganti dengan daging cincang pun ok)
Daun Sup (dihiris halus)
Lobak (dipotong halus)
Lada (kalau sejenis yang tak boleh kalau tak pedas)
Garam (secukup rasa, jangan terlebih!)
Perasa (Maggi cukup rasa tu pun boleh)
CARA-CARA
 1) Rebuskan kentang sehingga empuk. Kentang ni actually kalau kau nak buat banyak, banyakkan la kentang tu. 3 Biji tu kalau untuk makan sorang dua lepas la haha. Buat dalam 10 biji kentang lepastu rebus la selama 10-20 minit. Lagi empuk lagi senang nak lenyek.

2) Lenyekkan kentang yang telah empuk tersebut. Make sure lenyek betul-betul sampai takda ketul-ketul. Baru sedap nak makan nanti.

3) Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Actually kalau takda tepung beras pun okay sebab aku pun tak letak tepung beras ni. Tapi kalau ada tepung beras mungkin kau punya jejari tu lebih crunchy camtu.

4) Kemudian masukkan garam dan perasa terlebih dahulu (senang masuk awal-awal sebab nanti bila dah campur semua bahan takut tak rata pula garam semua tu) dan gaul sehingga semuanya sebati.

5) Masukkan lobak, daun sup dan ayam yang telah dicincang. Macam aku cakap tadi, nak masuk daging cincang pun boleh. Lagi sedap aku rasa! 

6) Gaul semuanya sehingga sebati dan mesra. Adunan tu akan jadi kalau tepung tu tak melekat dekat tangan. Kalau melekat dengan tangan lagi maknanya kau kena tambah tepung jagung la. Lepas semuanya dah nampak perfect and sedap, rasa la dulu sikit kot-kot kena tambah garam or perasa lagi.


7) Bila dah selesai menggaul semua bahan, bentukkan adunan tadi kepada bentuk di atas. Kalau kau rasa nak buat bentuk kapal terbang ke, helikopter ke boleh ja. Tapi taklah nama dia jejari kentang haha. Mungkin nama dia akan bertukar jadi helikopter kentang? KAHKAH OKAY HAMBAR.

8) Selepas dah selesai menggentel semua kentang seperti gambar diatas, goreng dengan api yg marak semarak cintamu padaku.

9) SEDIA UNTUK DIMAKAN! Senang ja kan? ikut ja semua langkah-langkah di atas inshaAllah jadi punya.


Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba! :)

Wednesday, November 13, 2019

DAPUR BUJANG : RESIPI LAKSA LEMAK TERSEDAP DI DUNIA


Assalamualaikum and Hello guys! 

Actually sekolah aku ada buat potluck sikit harini sempena jamuan akhir tahun bagi meraikan guru-guru dan murid-murid. Aku pun kemain ligat la duk berfikir nak bawa apa untuk potluck harini. Disebabkan aku actually memang dah berniat nak bawa laksa ni since last few weeks (tapi tak berhasil kerana kekangan masa). So, aku pun mengambil kesempatan ini untuk bawa laksa kuah lemak ni sebagai juadah potluck. 

Kebiasaannya, aku akan bawa makanan yang mak aku masak la, tapi kali ini aku macam terlebih rajin tetiba, I decided to cook my own laksa! Aku tak tahu mana datang semangat rajin aku untuk cuba sendiri masak laksa ni. To be honest, aku tahu la bahan-bahan semua untuk buat laksa ni tapi aku tak pernah tahu step-step macam mana nak buat. Sebelum buat tu, aku pun tanya mak aku langkah-langkah dia and after that terhasil lah laksa lemak yang sedap gila tersedap di dunia okay! *hahaha sumpah perasan*

Disebabkan aku menerima beberapa pertanyaan daripada peminat-peminat setia aku (okay Syed, please) tentang resipi laksa lemak ni, aku pun mengambil keputusan untuk berkongsi ramuan-ramuan serta segala benda yang aku letak untuk menghasilkan laksa yang paling sedap di dunia bahkan di alam semesta

Pada pandangan aku nak masak laksa ni senang ja, bahan dia semua simple cuma dia agak renyah (faham ke?) sebab banyak benda yang kau kena buat. Aku akan tulis bahan-bahan yang diperlukan berdasarkan saiz hidangan aku untuk potluck tu ya! Kalau korang nak buat sikit ja, korang boleh la kurangkan mana yang patut.
BAHAN-BAHAN
 1. LAKSA (4 BUNGKUS)

Nak buat laksa, kenalah ada laksa! haha. Kalau takda laksa dia tak jadi laksa la. Tapi yang penting make sure sebelum mula apa-apa rendam la dulu laksa tu dalam air untuk menjimatkan masa.
2. SANTAN (1 KILO SETENGAH)

(Sumber: Google)

Nak buat laksa lemak ni make sure santan yang korang beli tu ialah santan segar. Santan kotak tu rasa dia tak sama dengan santan yang segar. Kalau boleh beli santan tu banyaklah sikit kalau untuk makan sendiri. Jangan kedekut santan gais nanti rasa dia tak cukup creamy.
3. IKAN SELAYANG (1 KILO SETENGAH)


Okay, Ikan Selayang ni kalau kau nak kenal bentuk dia senang ja. Ikan ni bentuk dia macam kurus and tajam sikit haha (betul ke description aku ni?) Kalau korang tak tahu pun ala tengok jelah label dekat pasaraya tu. Mak aku ajar, kalau nak pilih ikan yang segar kena tengok mata dia. Kalau kau tengok mata dia and turun ke hati kau, maksudnya tu ikan yang segar lah. Kalau tengok mata ja dah rasa menyampah, itu kena elakkan! Sebenarnya korang boleh juga guna ikan lain selain Ikan Selayang ni tapi aku tak tahu nama ikan tu.
4. REMPAH-REMPAH



- bawang Holland (4 ulas)
- lada hitam (dalam segenggam kecil)
- serai 3 batang
- halia (1-2 inci)
- lengkuas (1-2 inci)
- bawang putih (5-7 ulas)
- asam keping (3 keping)

Bahan-bahan yang aku nyatakan di atas ni actually ikut korang punya "instinct" sebenarnya. Tapi make sure jangan terlebih. Kalau kau terlebih lada hitam tak sedap juga. Terlebih bawang pun tak sedap. Tak boleh ke guna bawang selain bawang holland? Jawapannya boleh. Tapi kalau korang guna bawang besar yang merah tu, dia punya kuah warna gelap sikit nanti. Tak cantik. Presentation tu penting okay! hehe
5. LADA 
(Sumber : Google)

Aku tak tahu nak explain macam mana. For your information kan, rasa lada hijau and lada merah tak sama tau. Untuk resipi aku kali ini, aku campurkan kedua-dua jenis lada. Nak guna lada kampung yang kecil tu pun boleh takda masalah. Cuma jangan lada besar la sebab tak pedas langsung nanti haha.
LANGKAH-LANGKAH BUAT KUAH LAKSA


1) Masukkan ikan selayang ke dalam periuk dan rebuskan

2) Asingkan isi ikan selayang dengan tulangnya

3) Setelah selesai, masukkan bawang holland, bawang putih, lada hitam, halia dan kisarkan sehingga lumat (selumat hatiku huhu)

4) Seterusnya, kisarkan isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang ikan sebentar tadi dengan menggunakan air rebusan ikan (boleh juga tambah air biasa jika tidak mencukupi). Kisar sehingga lumat dan halus 

5) Kemudian kisar pula tulang ikan dan tambah sedikit air. Pastikan tulang ikan yang dikisar betul-betul lumat dan hancur

6) Masukkan isi ikan dan juga tulang ikan yang telah dikisar secara halus ke dalam periuk. (pastikan korang tak guna tapis sebab nanti korang akan tertapis sekali isi ikan tu. lepas blend tu, biar dulu dalam 1 minit macamtu supaya tulang ikan akan jatuh ke bahagian bawah pengisar. lepastu boleh tuangkan slow-slow ke dalam periuk)

7) Ketukkan 3 batang serai tadi ke dalam periuk yang sama seperti gambar di atas

8) Masukkan 1 kilo santan ke dalam periuk 

9) Letakkan penambah perisa seperti garam dan gula ke dalam periuk (kalau nak guna ajinamoto pun boleh tapi bergantung kepada tekak masing-masing)

10) Oh sebelum terlupa! letakkan 3 keping asam keping (untuk bagi rasa masam-masam macamtu)

11) Letakkan ke atas dapur dan kacau sehingga mendidih

12) Bila dah mendidih sikit tu rasa la okay ke tidak. Kalau rasa macam tak okay, baiki la apa yang patut. Lepastu  aku tambah lagi setengah kilo santan ke dalam kuah laksa tadi untuk lebih lemak

13) Kacau, kacau dan teruskan mengacau. Bila kau masak laksa lemak ni kena kacau sentiasa. Kalau tak kacau nanti kuah tu jadi berketul2 sebab santan tu naik atas (faham tak?)

14) Dah siap kuah laksa yang tersedap di dunia! 
MEREBUS LAKSA
 Okay lepas dah masak kuah laksa tu, aku terus ambik laksa yang aku dah rendam awal-awal tadi dan rebuskan selama beberapa minit. Korang jangan terpedaya dengan laksa tau. Kadang-kadang korang tengok macam dah lembut tapi bila dia dah sejuk, keras ja lagi. So, untuk mengelakkan kekerasan kepada laksa tu berlaku, korang bolehlah rebus dalam jangka masa 15 - 20 minit dengan api yang besar.
MEMOTONG ULAM

Memotong ulam dan kisar lada ni perkara terakhir la yang aku akan buat. Ulam yang digunakan dalam laksa lemak ni senang ja. Korang cuma beli timun, kacang panjang dan juga daun kesum. Hiris ja semua halus-halus atau ikut korang punya kreativiti. Nak potong jadi bentuk helikopter pun boleh kalau nak hahaha. Kalau yang lada tu pula korang kisarkan sekali dengan garam lepastu memang rasa dia meletup habis makan dengan kuah laksa tu! PERCAYALAH!
KESIMPULAN

Kesimpulannya, buat laksa ni memang bahan dia mudah ja cuma pada aku dia jadi renyah sikit sebab kau kena buat banyak benda dalam satu masa. Kena rendam laksa, rebus ikan, potong ulam, kupas bawang, asingkan isi ikan, kisar isi dan tulang ikan, kisar pula lada. BANYAK WEH. Itu yang sedikit sebanyak buat aku annoyed haha. TAPI SUMPAH BILA DAPAT SUAP DALAM MULUT HASIL MASAKAN KAU SENDIRI, MEMANG PUAS. This is actually my first try. Aku jarang sangat memasak sendiri, tapi bila aku rajin tu memang tetiba lah nak masak haha. Mana yang nak try resipi ni, cuba lah. Memang mudah dan sedap! 

InshaAllah lepasni kalau rajin lagi Seorang Syed akan share tentang menu lain pulak ya! Stay tuned :)


Wednesday, July 19, 2017

DAPUR BUJANG : IKAN LAMPAM TUMIS TEMPOYAK


Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga hati aku untuk membuat sedikit eksperimentasi tentang masakan. First of all aku minta maaf sebab kualiti gambar dekat atas ni betul-betul menjatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang Syed. Biasalah, pakai phone murah sahaja kualitinya pun lari habis. Kecewa pula bila tengok gambar ni. Walaupun gambar buruk, aku still appreciate gambar ni sebab finally aku masak something yang berbeza (sebab biasanya goreng telur sahaja kahkah).


For those yang tak tahu ikan lampam tu rupa dia macam mana, nah aku belanja gambar sedikit. Actually aku pun tak tahu jenis-jenis ikan sungai ni haha. Akak dekat sekolah aku offer nak bagi ikan untuk buat masak-masak. Mula-mula aku rasa macam malas juga sebab ikan sungai kan banyak tulang. Tapi disebabkan waktu tu aku puasa and macam sedap sahaja kalau dapat makan ikan, aku pun ambil la seekor. Kalau tak ambil, berbuka goreng telur la malam tu haha.

Dah dapat ikan, akak dekat sekolah aku juga bagi tempoyak (ramainya akak-akak Syed hehe). Mula-mula ingat nak buat gulai tempoyak, tapi disebabkan ikan ni bertulang banyak aku fikir nak buat goreng sajalah. Pergi keliling sekolah petik lada (omg first time petik lada dari pokok bila dah besar ni) dan ambil kunyit hidup dekat sekolah juga. Sekolah aku ni dah boleh buka pasar malam dah kot, banyak sangat sumber tanaman ni hehe. 

Bila dah ada bahan, aku pun menuntut ilmu macam mana nak masak ikan ni. Alhamdulillah, disebabkan aku sejenis yang cepat tangkap bila bab masak-masak ni, takda masalah pun nak masak Ikan Lampam Tumis Tempoyak Cikgu Syed I Love You ni. So, entry kali ini aku akan share resipi masakan ni dengan semua pembaca blog aku. Hasil dia memang sedap, serius tak tipu. Kalau kau jenis yang suka makan kering dengan sambal memang terbaik la resipi ni untuk korang semua.
Bahan-bahan
Ikan Lampam - 1 ekor (kalau makan banyak boleh goreng 2 ekor
Kunyit hidup
Bawang putih
Serai
Bawang kecil
Cili kampung
Tempoyak

(Aku takda spesifik sukatan pun berapa bahan-bahan yang perlu disediakan. Korang pandai-pandai lah agak mengikut berapa ekor ikan yang korang nak buat) 
Cara-cara
1. Terlebih dahulu, gorengkan ikan lampam di dalam kuali dan biarkan sehingga ia garing dan rangup. Kenapa perlu goreng sampai betul-betul garing? Sebab biasanya bila kita goreng garing (deep fried) tulang ikan tu akan menjadi lembut dan takdalah susah nak makan ikan nanti. Oh, jangan lupa untuk gaulkan dengan kunyit dan garam.

2. Seterusnya, tumbuk bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, cili kampung sehingga lumat.

3. Masukkan bahan yang telah siap ditumbuk tadi ke dalam kuali dan juga tumbuk serai sebatang (tumbuk hujung tu sahaja) dan goreng bersama bahan-bahan di atas.

4. Tunggu sehingga bahan-bahan tersebut garing (waktu tu rasa macam lapar gila sebab bau dia MashaAllah semerbak masuk hidung).

5. Bila bahan-bahan yang ada tu dah naik bau dan agak-agak dah garing, masukkan tempoyak dan gorengkan bersama bahan-bahan tadi. Tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.

6. Campurkan sedikit air ke dalam bahan-bahan tadi supaya tidak terlalu garing dan hangus. Lagi satu, pentingnya letak air ialah untuk bagi masakan kita berkuah sikit. Maksudnya takdalah kering sangat, boleh gaulkan dengan nasi banyak sikit kalau makan tu hehe.

7. Masukkan ikan goreng tadi kedalam bahan-bahan yang digoreng dan kacau bersama sehingga semua bahagian ikan disaluti dengan tempoyak.

8. Siap dan sedia dihidang!

Senang kan? Nak buat benda ni serius tak makan masa lama pun. Orang kata memang sesuai sangat untuk orang bujang yang malas memasak macam aku dan korang semua ni hahaha. Berselera lah aku makan haritu dengan resepi baru ni. Cubalah try! confirm tak menyesal. 

Terima kasih sudi membaca, jom cuba resepi ni! 


Sunday, February 12, 2017

DAPUR BUJANG: RESIPI POTATO WEDGES ALA KFC

Resipi Potato Wedges Ala KFC

Firstly, semua kena tahu yang aku memang potato-head (gila kentang). Aku suka gila makan fries atau wedges atau apa-apa sahaja yang berkaitan kentang lol. Dekat mekdi tu kalau boleh borong dia punya fries tu, dengan restoran dia sekali aku borong letak tepi rumah aku so tiap hari boleh makan fries haha. Since menganggur dan tak berduit ni, bukan sahaja mekdi. Kepsi, pizza hut, domino's semua tempat aku tak pernah jejak dah. Sebab tak tahu nak bayar pakai apa. Kalau boleh bayar pakai duit jutaria tu dah lama aku guna haha. Maka aku pun terdetik nak buat potato wedges aku sendiri. Tak payah susah-susah beli dekat kedai dan yang penting murah dan dapat makan sampai terlentang kekenyangan. 

Aku tak rasa ada orang nak tahu macam mana buat benda ni hahaha. Tapi disebabkan aku excited nak cover pasal masakan dalam blog aku ni, aku cerita la proses pembuatan benda ni. Yang tak pandai memasak pun takpa, jangan runsing. Cara buat potato wedges ni tak perlukan kepakaran memasak tahap masterchef pun. cukuplah kalau anda tahu apa itu kentang, tepung serbaguna dan juga garam. Punyalah mudah, sambil pejam mata pun dah boleh siap ni. Okay, jom mula memasak.
LANGKAH PERTAMA

Resipi Potato Wedges Ala KFC

Langkah pertama, pastikan anda ada kentang dan tepung serbaguna (tapi kat dalam gambar ni tepung goreng ayam hahaha). Kupas kentang tersebut selicin-licinya tanpa sebarang cela ya adik-adik dan akak-akak serta abang-abang. Kentang tu pastikan dipotong 8 tak silap aku. Senang cerita, potong sahaja ikut bentuk wedges yang anda makan dekat kfc tu. Selagi tak dapat bentuk macamtu, jangan proceed ke langkah yang seterusnya! haha. Sebab bentuk tu penting untuk memastikan feeling dia sama macam anda memakan wedges kfc kahkah
LANGKAH KEDUA
Rebuskan kentang selama beberapa minit

Selepas sahaja anda selesai memotong kentang-kentang tersebut dengan jayanya, basuh dan masukkan kentang-kentang yang telah dipotong ke dalam periuk. Masukkan air sehingga kentang tersebut ampuh. Seterusnya, letak garam sehingga secukup rasa. Garam tu kalau boleh jangan letak banyak sangat la. Sekadar ada rasa sikit sahaja dah cukup sebab nanti tak syok la kan kalau kentang tu tawar tak letak garam. Biarkan kentang di atas dapur sehingga ia empuk. Nak tahu dia empuk atau tak, anda cucuk la dengan pisau atau garpu. Agak-agak dah rasa dia empuk tu, boleh terus angkat. Jangan terlampau empuk sangat nanti hancur tak sedap rasa dia.
LANGKAH KETIGA
Masukkan kentang di dalam tepung yang dah dibancuh

Langkah ketiga, bancuh tepung yang anda beli tadi dengan menambah air kedalamnya. Apa yang menariknya tepung Bestari ni ialah rasa dia sangat sedap. Aku suka flavor yang spicy, kalau yang pedas tu dia punya pedas memang ada rasa. Tapi yang ni aku guna perisa yang asli dan campur dengan tomyam. Memang asli betul rasa dia, takda rasa pedas langsung haha dan yang tomyam pula not bad juga. Lagi satu, tepung ni menarik sebab tak payah guna telur kalau nak salutkan kentang tu, just masukkan kentang dan kacau sahaja. Mudah kan? Kalau tepung biasa tu kena pecahkan telur and coating dulu baru boleh masuk kuali. Tapi dengan adanya tepung serbaguna Bestari ni, kerja menjadi lebih mudah. Anda boleh dapatkan dengan harga RM2.40 sahaja satu pek. Murah, sedap dan terjamin. (ada macam ayat review produk tak? HAHAHA. 
LANGKAH KEEMPAT
Resipi Potato Wedges Ala KFC

Tadaaaaa! semudah empat langkah sahaja, potato wedges ala KFC sudah berjaya disiapkan. Anda kini boleh menikmati hidangan ini bersama keluarga yang tersayang sambil menonton televisyen. Anda juga boleh impress teman wanita anda. Contohnya kalau dia tanya "tengah buat apa tu abang?". Anda boleh jawab "tak buat apa, tengah masak-masak sikit ni". Walaupun masak benda yang sangat mudah ni. Hidangan ini juga sesuai kalau nak buat untuk makan petang, lepak tepi pantai sambil menghirup udara segar. Selain itu, lelaki bujang yang takda skill memasak pun boleh mencuba resipi ini. Yelah, kalau dah bosan asyik goreng telur je kan? so why not kita makan potato wedges ala kfc ni hahahaha. Dijamin sedapnya hingga menjilat jari.
Okay sekian sahaja resipi empat langkah mudah dari Seorang Syed. Ya Allah, dah rasa macam chef ni walaupun goreng kentang sahaja. Terima kasih 😀