Firstly, semua kena tahu yang aku memang potato-head (gila kentang). Aku suka gila makan fries atau wedges atau apa-apa sahaja yang berkaitan kentang lol. Dekat mekdi tu kalau boleh borong dia punya fries tu, dengan restoran dia sekali aku borong letak tepi rumah aku so tiap hari boleh makan fries haha. Since menganggur dan tak berduit ni, bukan sahaja mekdi. Kepsi, pizza hut, domino's semua tempat aku tak pernah jejak dah. Sebab tak tahu nak bayar pakai apa. Kalau boleh bayar pakai duit jutaria tu dah lama aku guna haha. Maka aku pun terdetik nak buat potato wedges aku sendiri. Tak payah susah-susah beli dekat kedai dan yang penting murah dan dapat makan sampai terlentang kekenyangan.
Aku tak rasa ada orang nak tahu macam mana buat benda ni hahaha. Tapi disebabkan aku excited nak cover pasal masakan dalam blog aku ni, aku cerita la proses pembuatan benda ni. Yang tak pandai memasak pun takpa, jangan runsing. Cara buat potato wedges ni tak perlukan kepakaran memasak tahap masterchef pun. cukuplah kalau anda tahu apa itu kentang, tepung serbaguna dan juga garam. Punyalah mudah, sambil pejam mata pun dah boleh siap ni. Okay, jom mula memasak.
LANGKAH PERTAMA
Langkah pertama, pastikan anda ada kentang dan tepung serbaguna (tapi kat dalam gambar ni tepung goreng ayam hahaha). Kupas kentang tersebut selicin-licinya tanpa sebarang cela ya adik-adik dan akak-akak serta abang-abang. Kentang tu pastikan dipotong 8 tak silap aku. Senang cerita, potong sahaja ikut bentuk wedges yang anda makan dekat kfc tu. Selagi tak dapat bentuk macamtu, jangan proceed ke langkah yang seterusnya! haha. Sebab bentuk tu penting untuk memastikan feeling dia sama macam anda memakan wedges kfc kahkah.
LANGKAH KEDUA
Selepas sahaja anda selesai memotong kentang-kentang tersebut dengan jayanya, basuh dan masukkan kentang-kentang yang telah dipotong ke dalam periuk. Masukkan air sehingga kentang tersebut ampuh. Seterusnya, letak garam sehingga secukup rasa. Garam tu kalau boleh jangan letak banyak sangat la. Sekadar ada rasa sikit sahaja dah cukup sebab nanti tak syok la kan kalau kentang tu tawar tak letak garam. Biarkan kentang di atas dapur sehingga ia empuk. Nak tahu dia empuk atau tak, anda cucuk la dengan pisau atau garpu. Agak-agak dah rasa dia empuk tu, boleh terus angkat. Jangan terlampau empuk sangat nanti hancur tak sedap rasa dia.
LANGKAH KETIGA
Langkah ketiga, bancuh tepung yang anda beli tadi dengan menambah air kedalamnya. Apa yang menariknya tepung Bestari ni ialah rasa dia sangat sedap. Aku suka flavor yang spicy, kalau yang pedas tu dia punya pedas memang ada rasa. Tapi yang ni aku guna perisa yang asli dan campur dengan tomyam. Memang asli betul rasa dia, takda rasa pedas langsung haha dan yang tomyam pula not bad juga. Lagi satu, tepung ni menarik sebab tak payah guna telur kalau nak salutkan kentang tu, just masukkan kentang dan kacau sahaja. Mudah kan? Kalau tepung biasa tu kena pecahkan telur and coating dulu baru boleh masuk kuali. Tapi dengan adanya tepung serbaguna Bestari ni, kerja menjadi lebih mudah. Anda boleh dapatkan dengan harga RM2.40 sahaja satu pek. Murah, sedap dan terjamin. (ada macam ayat review produk tak? HAHAHA.
LANGKAH KEEMPAT
Tadaaaaa! semudah empat langkah sahaja, potato wedges ala KFC sudah berjaya disiapkan. Anda kini boleh menikmati hidangan ini bersama keluarga yang tersayang sambil menonton televisyen. Anda juga boleh impress teman wanita anda. Contohnya kalau dia tanya "tengah buat apa tu abang?". Anda boleh jawab "tak buat apa, tengah masak-masak sikit ni". Walaupun masak benda yang sangat mudah ni. Hidangan ini juga sesuai kalau nak buat untuk makan petang, lepak tepi pantai sambil menghirup udara segar. Selain itu, lelaki bujang yang takda skill memasak pun boleh mencuba resipi ini. Yelah, kalau dah bosan asyik goreng telur je kan? so why not kita makan potato wedges ala kfc ni hahahaha. Dijamin sedapnya hingga menjilat jari.
Okay sekian sahaja resipi empat langkah mudah dari Seorang Syed. Ya Allah, dah rasa macam chef ni walaupun goreng kentang sahaja. Terima kasih 😀
WAH RAJINNYA SYED MEMASAK KENTANG SEDAP TU.
ReplyDeletehehe takda buat apa so rajin la :)
DeleteMakan hangat-hangat...sedap tu... :)
ReplyDeleteaah kak memang sedap sangat makan panas-panas,
Deletekalau ada cheese lagi sedap kot haha.
HAHAH! comel nye ko Syed oi. Tahniah dik. Anak-anak akak pun suka sangat potato wedges or macam Syed cakap la. Apa sahaja yang berkaitan dengan 'potato'. Cuma, akak memang limitkan sebab tau fast food sangat tak bagus. Kadang beli juga yang wedges tuh brand RAMLY. Pastuh goreng ajer kat rumah. Kalau rasa bersalah, akak letak dalam oven then sprink dengan olive oil ke kan. Sama gak rasa. Still sedap. Tapi yang Syed buat ni..jauh lagi sihat dan sedap. Sedap tak? HAHAHAH! boleh la akak ko ni cuba. Harap mendapat sambuutan hangat di rumah ni. :)
ReplyDeletehahahahaha. akak kena buat ni kak mesti dapat sambutan. betul tu kak kalau fast food memang tak elok pun makan selalu tapi yang brand Ramly tu ok kot? Sedap kak! Nak pula kalau makan dengan cheese. kalau akak dah cuba bagitahu saya hehe.
DeleteSy pun suka makan potato wedges semua. hihi. Bagus la share resepi. Boleh try masak nanti. :D
ReplyDeletehihihi try jangan tak try ya :)
Deletewow..good sharing
ReplyDeleteTerima kasih :D
Deletewaaaa.. good sharing ^^ kena try ni walaupun tak tahu bila nak buat.. :'D
ReplyDeletehahaha share goreng kentang je yang mampu. try la bila bila free hehe.
Deleteyummy sedapnya kalo de cheezy lagi meletupss!
ReplyDeletebetul! kalau makan dengan cheese memang boleh habis makan sorang! haha.
Deletesinggah...
ReplyDeletesedapnya...
terima kasih singgah :)
Deletethe third step, Syed promote tepung tu macam dah paid sponsor pulak.. haha.. Tapi macam menarik pulak kentang tu lepas masak.. Tetiba rasa lapar pulak..
ReplyDeletehehehe promote ikhlas tu sebab memang sedap. kalau company tu terbaca dia kena sponsor sebulan tepung free kot haha. menarik! cubalah buat.
DeleteRajinnya.. Boleh la ni jadi bakal adik ipar akak ni. Hahahhaa kidding!
ReplyDeleteTerbalik pula dengan akak.. Sebab akak kurang makan fries.. Tapi, kalau fries digoreng garing.. Akak makan!
Selalunya bila makan kat MCD.. KFC.. Fries akak tak akan habis. Kalau ade adk ni, haaaa mesti licin. Tak membazir macam akak ni :p
http://www.reenri.com
hehehehe kadang-kadang je rajin kak. amboi hahaha. saya kalau pergi McD tu mesti order yang large kak. kalau tak cukup, ambil yang member sebelah punya sikit hahaha
Deletedah macam pisang goreng rupa dia hehehe
ReplyDeleteAah memang pun hahaa sebab tepung ni jenis yang tak pakai telur tu.
Deletetapi rasa dia tetap sedap kah2.
Ini bukan je pandai mengajar, pandai memasak lagi! Serba-serbi pandai lah Syed ni! Haa, puji ni puji. So sila pos ke rumah sikit ye potato wedges tu. 😂
ReplyDeletehahahaha takdalah pandai memasak pun. benda goreng-goreng macamni boleh la, kalau nak benda complicated kena belajar dulu. Dah habis tak tak sempat nak pos hehe.
DeleteGantikan kentang dengan ubi kayu ke, ubi keledek ke, ubi keladi ke, tempe ke, ok juga.
ReplyDeletesaya suka tempe pakcik. kalau buat tempe celup tepung cicah dengan sambal kicap memang power la rasa dia hehe.
DeleteSis pun ada resepi widges sendiri, nnti sis up kat entry
ReplyDeleteokay sis nanti saya jenguk sis punya resipi hehe.
Deleterajin betul! hehe~ senang nih boleh try nnti!
ReplyDeletehehe tak buat apa-apa kan, rajin la sikit. try la nanti kalau ada masa.
Deletebw here^^ www.giftasblog.co.vu
ReplyDeletethanks :)
Deletewow.kecur air liur petang² ni syed oii..
ReplyDeletebuat minum petang ni syok ni :)
haah memang best la kalau minum petang hehe
DeleteKena try buat jugak ni
ReplyDeletehaah kalau dah baca ni memang harus buat! haha.
Deletenampak crispy kentang ni
ReplyDeletekalau ada yg sos cheezy kfc tu lagi best!
Betul, kalau ada sos cheezy tu tak cukup ni rasanya hahaha.
DeleteEwah ewah,
ReplyDeleteSiap bagi section Dapur Bujang tu. Nice!
Berguna untuk mereka yang bujang and nak makan something tapi malas nak belanja banyak.
Cool!
Best regards,
www.pojiegraphy.com
hahahaha saja bosan-bosan takda idea lagi nak update apa so alang-alang update la resipi yang mudah ni hihi thanks
DeleteHuihh mengancqm kentangnya..
ReplyDeletehehehe try la buat.
DeleteRajinnya orang bujang memasak. Kalah I haha
ReplyDeletehaha sebab senang ja buat benda ni so rajin la sikit.
Deleterajinya teacher masak...follow sini juga
ReplyDeletehehehe sebab bosan kan kita main masak-masak la. terima kasih :)
DeleteBoleh order ni... hehe
ReplyDeletehahaha eh tak open order lagi ni.
Deletemana cheese??? sedap ni buat cheese bancuh sendiri tu T.T
ReplyDeleteHaah! teringin nak letak cheese tapi mahal sangat la cheese bancuh sendiri tu haha.
Deletewahhh rajinnya dia... ni dijudukan dgn apa ni? cheese ka? mayonis ka?
ReplyDeleteehhhh biasa-biasa ja mana ada rajin sangat hehe. dengan apa-apa pun boleh, tapi haritu makan dengan sos sahaja.
DeleteSedapnyaaa! Rajinnya nak buat sendiri. Nani selalu beli dekat pasaraya aje. Hahah!
ReplyDeletehehehe sebab dekat pasaraya tu macam tak puas nak makan sikit sangat.
Deleteamboii. rajinnya syed. hehe. busyra pun suka wedges. kalau p kfc yg tu tak lepas. sedap tngok syed masak ni. :)
ReplyDeleterajin sikit sebab ada masa terluang. Sedappp, cuba la buat hehe.
DeleteAlahai.. comel sangat penerangan syed nie.. akak baca sambil senyum-senyum tau depan kaunter.. mujur tak ada orang.. nanti nak try tepung serbaguna tu..
ReplyDeletehahaha saja tulis merepek-repek kak tak sangka akak terhibur pulak hehe. Try la kak. yang jenama bestari ni tepung dia semua best.
DeleteDapur Bujang. dulu aku pernah nak wat entry masak2 cara bujang. Tau je la org bujang masak kalau nak yang simple2 je.
ReplyDeleteAku pernah masak pop corn, kuih tart, dan biskut famous amos. Hanya masak atau bake benda yang aku crave je :D
Teruskan post tentang masak2 ni syed. Mana tahu ada benda yang aku craving tu. Boleh lah belajar dari hang. Yang wedges ni pun nanti nak try atau suruh kakak je buat. hahak .
hahah tahu takpa, malas nak masak benda yang rumit-rumit nanti kena tangkap gambar banyak2 and kena kemas.
Deletewaaaaa advance dah tu buat tart dgn famos amos. Susah juga tu, ajar la aku haha. InshaAllah kalau aku rajin lagi nak masuk dapur. Kalau malas tu takdak lah.
Alahai kenapa rajin sangat niiiiiii.. Sedap pulak tu nampaknyeee... Hehehe.. Meh la kongsi sikit.. ekekeke..
ReplyDeletePersediaan ke alam rumah tangga ye... Cikna prsn gak bnyk betul kegunaan tepung brand bestari ni yg paling best blh buat ayam gunting tu... Dh la mahal skunk ni, baik buat sndri
ReplyDeletekawan akak baru jek syorkan tepung bestari ni..makin teruja nak mencuba..
ReplyDeleterajinnya masak...ni ank msti suka klau buat ni...boleh cuba nanti
ReplyDelete