Sunday, February 26, 2017

TERLEPAS PELUANG BERCUTI DI PULAU TIOMAN

Peluang Bercuti di Pulau Tioman

Salam dan selamat berhujung minggu semua

Aku tak tahu la apa yang aku patut rasa sekarang ni. Ingat tak aku pernah update pasal aku kena interview guna video call through whatsapp? Kalau tak ingat aku ada update dekat entry INI. Yeah, aku memang dapat kerja tu di Pulau Tioman. Kerja yang aku apply tu actually kerja jadi receptionist untuk one of the resorts there. Aku memang tiada pengalaman langsung dalam bidang hospitality ni. Tapi masa aku apply tu aku banyak buat ayat golden words like "I'm eager to learn new things, I am a fast learner etc" maybe dia tertarik lah kot and offered me the job lepas interview tu. Supposedly aku kena lapor diri on 25th February (semalam) but something happened that I decided to turn down the job offer.

Mula-mula memang aku excited nak kerja dekat Pulau Tioman tu sebab resort yang aku akan kerja tu memang Mat Saleh punya resort. Mostly, tourist yang stay dekat situ pun semua Europeans punya orang weh. Aku ada baca reviews dekat tripadvisor. Memang ramai orang recommend untuk stay dekat resort tu. Dalam banyak-banyak review tu aku jumpa seorang sahaja Melayu yang menginap dekat situ. Masa dia call aku tu, actually dia tak bagi aku jadi receptionist terus tapi dia suruh aku duduk dekat cafe diorang. Aku pun mula-mula macam okay lah kan, tapi bila aku tanya skop kerja apa, dia cakap kena serve beer juga kalau ada yang minta. So, I said no, memang dalam religion tak boleh serve beer (even kerja dekat tempat yang ada beer pun tak boleh kan?).

Then, dia cakap dia akan berbincang dulu dengan manager lain dan dia bersetuju untuk letakkan aku terus dekat receptionist lepas dia consider aku punya kelayakan and experience lain lol. Aku pun macam happy lah sebab dah dapat kerja plus meal and hostel are provided. Tak payah fikir benda lain dah, so I agreed. Minggu lepas aku ada dapat whatsapp dari pihak mereka katanya excited nak jumpa aku etc and aku pun tanyalah apa etika pemakaian semua. Dia cakap, sebab bekerja dekat beach, aku kena pakai short dengan baju kerja yang dia bagi. Aku dah mula rasa tawar hati dah bila kena pakai short ni. Aku bukannya suka pakai seluar pendek. In fact, aku takda seluar pendek pun. Dia cakap memang kena pakai short sebab nanti nak sambut tetamu takut seluar basah etc. nanti tak selesa. Aku pun fikir aku nak cari short yang labuh sampai lutut sebab macam awkward ja pakai seluar pendek dah la kaki buruk lol.

Nak dipendekkan cerita, minggu lepas kawan aku offer untuk ganti tempat dia kerja sebagai guru tuisyen merangkap kerani. Tempat dia dekat Puchong and katanya boss dia suruh cari pekerja baru secepat mungkin sebab dia memang nak pakai orang. So, aku ada dua pilihan sekarang either to work in Tioman or Puchong. Lepas aku fikir semua consequences aku rasa better aku kerja dekat Puchong tu. Lagipun aku takkan buat keputusan sorang, aku siap consult mak aku dengan kakak aku. Semua suggest aku untuk kerja dekat Puchong. Aku pun macam tertarik juga nak kerja dekat Puchong sebab tak jauh dan tak menyusahkan mak aku kalau nak pergi sana. Aku boleh drive sendiri sahaja macamtu. Alhamdulillah, aku fikir rezeki aku dah ni nak kerja.

Namun, tiba-tiba pula ada beberapa halangan yang membuatkan aku memang tak boleh nak kerja dekat Puchong. Dah la aku dah tolak tawaran kerja dekat Tioman. Lepastu tak dapat pula nak kerja dekat Puchong. Entah lah, aku tak tahu apa hikmah disebalik semua ni. Aku tak salahkan sesiapa pun sebab aku tak dapat kerja sana. Tapi rasa sedih sikit sebab terlepas semua kerja. Sedih kot tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin kalau aku pergi Tioman tu pun aku tak yakin macam mana situasi dekat sana and apa yang bakal terjadi dekat aku. Mungkin belum sampai waktunya untuk aku betul-betul bekerja, so tengoklah macam mana nanti. Aku dah rasa give up dah nak cari kerja sementara ni. Aku jangka posting paling awal pun bulan 4. Nak cari kerja yang takda contract ni susah juga. Mostly kalau kerja swasta memang dia nak more than 3 months of service baru boleh berhenti. InshaAllah mungkin ada rezeki lain :)
Maka, betullah kata pepatah yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran. Sedih pula bunyinya

Sepupu Syed Kahwin

Semalam aku tak update blog sebab pergi wedding cousin dekat Bentong. Cousin aku yang ni umur sama dengan aku, 24 tahun. Semua sepupu-sepupu aku yang sebaya dengan aku dah menamatkan zaman bujang mereka. Takpa, rezeki masing-masing dapat kahwin awal kan. Aku pula banyak benda yang lebih penting lagi aku kena fikirkan. Orang kata apa, kalau ada jodoh kita kahwin takda jodoh kita travel hahahaha tapi nak travel pun duit takda masalahnya lol

86 comments :

  1. Ada rezeki yg lebih baik lepas ni InsyaAllah. Semua dah tertulis. 👍👍

    Nanti dah kerja boleh lah travel selalu ye 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak, saya pun fikir positif macamtu ja hehe.
      Aminnnn :)

      Delete
  2. Takpelah, ada rezeki dekat tempat lain tu inshaAllah. Keep trying!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah syed pun rasa macamtu. Thanks fatihah :)

      Delete
  3. ehemm first, Mila-mula memang aku excited nak kerja dekat Pulau Tioman tu sebab resort yang aku akan kerja tu memang Mat Saleh punya resort. Tak tahu pulak nama samaran kau Mila. aku cuba fikir positif... nak cari income lebih kot budak ni.

    kena pakai short sebab nanti nak sambut tetamu takut seluar basah etc... kalau short macam boardshorts (bawah lutu) orang selalu pakai pi surfing tu ok lah, takdelah kau melabur saham sangat dedah aurat..

    Kadang-2 mesti kau terfikir kau macam menolak rezeki kan. tapi takpa, kalau family and instinct kau kuat cakap jangan better jangan lah. maybe kau diberi lebih masa untuk luangkan dengan family. Nanti dah dpt offer jd cikgu. Memang akan berjauhan lah... Nak dpt kat Sarawak tak? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kau dah kenapa nak bahan typo aku. aku baca berkali-kali kot tapi still typo ishhh. Aku tak berkenan sangat part kena pakai short tu sebenarnya and memang ada rasa berat hati pun nak kerja situ. So, macam kau cakap better aku luangkan masa dgn family hehe. Okay juga Sarawak! tapi jangan pedalaman la huhu.

      Delete
  4. bekerja di pusat peranginan perlukan iman yang kuat...kat sana terdedah dengan budaya buka-buka dan sebagainya..

    jadi blogger pun ok juga buat sementara waktu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan bro, takut juga iman rapuh pula kat sana hahaha.
      Jadi blogger pun okay kan. Terima kasih :)

      Delete
    2. bagus la kalau faham..iman terlalu bernilai bro..

      Delete
    3. betul tu, thanks atas nasihat :)

      Delete
  5. Syed, sabar ya syed... ada yang menganggur lebih lama dari syed... berbulan-bulan... Sekarang masa untuk rehatkan diri... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun fikir positif macamtu ja. InshaAllah soon kan?

      Delete
  6. Don't be sad syed! InsyaAllah akan dapat kerja lain yg lagi better sementara nak tunggu posting tuh. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik broo hehe, harap-harapnya macamtulah. Aminnn.

      Delete
  7. Stay strong! InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang berlaku, especially it's a good move la you tolak kerja dekat Pulau Tioman tu since dia berkait dengan agama kan. May everything (in the future) goes well for you. Don't give up, okay.

    Kite sebaya la Syed and yeah mostly kawan2 and sedara mara yang sebaya semua dah kawen but hey who cares. muda lagi lah, enjoy dulu! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab rasa tak sedap hati pula kalau terima pun. Takpalah ada rezeki lain nanti kot. kan? better enjoy puas-puas dulu baru fikir pasal kawen kemudian hehe.

      Delete
  8. kerje bisnes jual beger jer lah. sonang. modal sndiri. hahaha. takpe syed, ada tu hikmahnya. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa kalau boleh dah taknak kerja meniaga dah. penat, sebab mak pun meniaga hehe.

      Delete
  9. "I'm eager to learn new things, I am a fast learner etc"- perghhh sama tu janji janji freshgrad semalaysia, hahahaha.

    Part kaki buruk tu kelakar lah, ahahahahaha sampai kesitu fikir, tapi itulah, ada juga kerja sementara yang Mai tolak atas sebab-sebab yg kalau org tahu, org gelak je,hahah.

    Ada la tu hikmahnya Syed, all the best masa depan tuuuh, semoga kita berdua cepatlah dpt kerja betulnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah fresh grad memang kena pandai melobi macamtu lah. Betul la kaki buruk nak pakai short pulak kan hahaha. InshaAllah mai, semoga cepat dapat kerja, Aminnn.

      Delete
  10. Alahaaiii... Bukan rezeki lagi lah tu maknanya, Syed. Chill! Entah-entah Allah nak bagi yg lagi best n gaji berkepuk. Husnudzon je dgn Allah, insyaAllah Dia akan bagi yang terbaik aje utk Syed nanti. Teruskan usaha cari keje tanpa jemu k! 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah takda rezeki. InshaAllah thanks fairuz :')

      Delete
  11. Tak apalah Syed.
    Harap2 cepat dapat posting.
    Rasanya ke pedalaman Sarawak or Sabah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, haha tak nak la pedalaman tapi kalau dapat redha je lah kan WP hehehe.

      Delete
  12. There must be something good waiting for you.. Always believe in Allah's fate.. Anyways, maybe Syed boleh try apply as instructor in Kumon? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, haha there's someone from KUMON asked me to apply for instructor as well but mostly they look for Math instructor. I kenot la kalau math.

      Delete
  13. kerja resort tu iman tak kuat habis.. nevermind Allah nak bg kerja tempat lain tu. be positive. in Shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun fikir macamtu juga. Aminnnn, InshaAllah. thanks ya :)

      Delete
  14. xmo sedih-sedih eh syed. Bnyk hikmahnya tu. Mungkin kita x prsan je. Mana thu slh satu sbb nti kna posting jauh dr fmly ke. So, skrng ni luangkn msa dgn fmly dlu. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu kan, adalah hikmah disebalik semua yang terjadi ni bila fikir balik. Thanks syamimie :)

      Delete
  15. Takpelah.. kalau belum rezeki tu, nanti2 ada lah tuu..
    banyakkan berdoa.. dan banyakkan update blog! nanti dah kerja haa susah nak update blog. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha yeahhhh betul tu. Nak update blog kemain susah lagi kalau ada kerja lain! InshaAllah ada kerja lain ni nanti :)

      Delete
  16. Ade hikmah sebaliknya tu. mana tahu nanti dapat panggilan mengajar kan. ameen

    ReplyDelete
  17. insyaallah dik..ada hikmahnya... kalau dah rezeki tertulis, takkan kemana... :)

    ReplyDelete
  18. Lahai kesiannya.. Takpe jgn putus asa ye.. Mungkin bukan rezeki syed lagi tu.. Ada yg lebih baik sedang menanti tu nanti... yg penting terus usaha ye... Akak pown tak sokong keje kat tioman tu.. Ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan kak? huaaaaa. haha tengok la kalau rajin lagi nak cari kerja lain ni. Memang bila fikir balik, better tak payah pergi kot.

      Delete
  19. In Shaa Allah, ada rezeki tempat lain :) #bestrongbro

    ReplyDelete
  20. Alahai, sygnya trlepas, tapi tkpe, ada rezeki kat tmpt lain lah tu, just jangan putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang sayang tapi takpalah, think positive. mungkin ada hikmah kan :)

      Delete
  21. Mungkin ada rezeki yang lebih baik..siapa tahu kan...

    ReplyDelete
  22. Siannya sebab tak dapat dua dua. No worries inshaAllah ada rezeki lain yang datang. Try lah tanya dekat pusat tuisyen ke mana tahu ada nak pakai extra cikgu. Goodluck & jangan give up 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa sedih kan haha. itulah inshaAllah ada rezeki lain kot. Pusat tuisyen dekat kawasan saya ni ada yang nak org kerja lama ja haha. Thanks :)

      Delete
  23. bersabar lah.. ada rezeki yang lebih baik sedang menanti.. insyaAllah...



    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn, harapnya macamtulah.
      Yeayy Alhamdulillah tak sabar nak tahu siapa pemenang! hehe :)

      Delete
  24. mybe ada lagi perancangan Allah swt yang lebih baik dari ni..think positive..

    ReplyDelete
  25. Hahah, tergelak saya baca pasal pakai short tu. Tengah imagine macam manalah awak pakai short labuh lutut.

    Latest from me, http://lynk.my/jlwD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha okay ja baru menutup aurat kannn.

      Delete
  26. Tak apalah... inshallah awak pasti dapat kerja yang lebih lagi lepas ni. Mungkin bukan rezeki awak kat sana tapi kat tempat lain. sekurang2nya awak sedang mencuba nasib apply kerja , dont give up~:)

    ReplyDelete
  27. Amo amo, amo syedih2 syed hihi. Ada hikmah tu syed. Dongibab okay! InsyaAllah, ada rezeki syed. Byla doakan syed dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah byla. Terima kasih doakan syed ya :)

      Delete
  28. rezeki luas beb. dont dont worry la. keputusan yang bagus pada aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah aku pun rasa macam tu ja. thanks bro :)

      Delete
  29. sedihnya... takpelah mungkin Allah dah tetapkan rezeki di tempat lain. jangan putus asa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn, inshaAllah. terima kasih fieyqa :)

      Delete
  30. Replies
    1. hahah bagi saya boleh kawen kalau dah cukup semua benda. kalau takda apa-apa sabar jap hehehe.

      Delete
  31. Rezeki Allah itu luas. Insyallah ada rezeki awak di tempat lain nanti ye. Good luck :)

    ReplyDelete
  32. be strong. maybe ada rezeki kat tempat lain kan. sabar je semua ada hikmah tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu BV mungkin ada rezeki ditempat lain kan. :)

      Delete
  33. Alahai... Klo dh x ada rezeki nk buat mcmana kan.. Mesti ada rezeki lbh baik lps ni.. Kdg2 bila y dirancang x mnjdi tu ada jgk hikmah y tersembunyi.. Percaya pd aturanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp, takda rezeki kan. InshaAllah semoga ada peluang yang lebih baik :)

      Delete
  34. kalau terlepas or x dpt tu bkn kempunan atau tak ada rezeki tapi DIA nak beri yg lebih baik lg... jd teruskan berusaha selagi masih ada kudrat

    ReplyDelete
  35. mungkin offer kerja yang lebih baik akan datang tak lama lagi. sabar k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya pun rasa macamtu. Thanks puteri :)

      Delete
  36. tak dapat kerja tu ..belum rezeki lagi,
    tggl kat puchong ye,samalah kita...
    ada rezeki lain,
    ada modal boleh pasarkan product sendiri
    ke china&dubai...
    menarik tak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh taklah, saya tinggal dekat Pahang hehe.
      Menarik juga tu tapi modalnya takdak haha.

      Delete
  37. sabar ya.. mungkin belum rezeki lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mungkin ada rezeki lain. thanks cik tie :)

      Delete
  38. ada hikmat disebaliknya...insyaAllah ada rezeki lain akan menyusul...

    ReplyDelete
  39. Hey! Clickbait! I thought you truly missed an oppurtunity for a good vacay and so ready to be sad with you. Nonetheless,it is such a good oppurtunity but I would turn down the offer just like you did. Pleasing Him would grant so much more insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sorry for that bcs I couldn't think of any suitable title to be put there. Couldn't agree more Afifah, thanks for the comforting words. InshaAllah Aminnn.

      Delete
  40. Jangan mengalah..
    Insya Allah, bila tiba masanya Syed pasti akan bekerja.. Akak sokong Syed tolak tawaran kerja kat resort.. Dugaan dia lagi berat..Iman tak kuat, boleh hanyut.. Puchong tu bukan rezeki Syed.. Insya Allah, akan ada yang lebih baik nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak, saya pun fikir macam tu juga kak. Nasib baik dah tolak, Amin, harap ada kerja yang lebih baik nanti hehe.

      Delete
    2. Insyaallah sampai jugak nanti. Girlfren dah ada ke belum?
      Solat istikharah Syed mintak petunjuk. Hakak ingat Syed ni grad perguruan...

      Delete
    3. takda lagi kak nak carikan ka hahahah. memang la saya grad perguruan kak. nak kerja sementara ja ni hehehe.

      Delete