Satu persoalan yang belum terungkai. Kenapa kita kena bandingkan jurusan yang kita ambil dengan orang lain? Bagus atau tidak membuat perbandingan course/jurusan/kursus (pilih la yang mana satu) yang anda ambil dengan orang lain? Bagi saya, ia bukan satu benda yang salah dan tidak boleh dilakukan. Tapi, benda ni bergantung kepada individu tersebut. Kalau membuat perbandingan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu jurusan itu, then it's fine. Tapi kalau tujuan kau buat perbandingan course yang kau ambil dengan orang lain semata-mata nak tunjuk yang course kau ambil paling susah di dunia, that's definitely not healthy.
KENAPA WUJUDNYA PERBANDINGAN
Kita sebenarnya telah dididik sejak dari kecil lagi mengenai perkara ni. Contohnya, waktu di sekolah menengah, aku selalu beranggapan bahawa kalau orang yang ambil aliran Sains Tulen itu merupakan pelajar-pelajar bijak bestari, manakala yang ambil Sastera/Seni merupakan golongan yang tidak berapa cemerlang akademiknya. Jadi, stereotype tu memang sejak sekolah lagi dah ada. Terutamanya bila kita sendiri sebagai seorang pelajar pun sedar kadang-kadang cikgu di sekolah pun lebih mengutamakan pelajar-pelajar aliran sains. Dari pemerhatian aku, kebanyakannya budak-budak aliran sains ni dia lebih rasa superior berbanding pelajar lain. Maybe sebab dia rasa aliran dia susah and you're only qualified to be in that stream kalau keputusan PMR/PT3 kau cemerlang.
Contoh dialog yang ada kalau time exam, "Weh, trial kau dapat berapa A? Aku dapat 5A je". "Ohhh, aku dapat 4A, alah kau bolehlah kau bukan ambil sains tulen". See? benda macamni sebenarnya menjadikan orang lain rasa lebih rendah diri dan tak berkeyakinan. Padahal, if you work hard, walaupun kau duduk aliran mana sekalipun, kau layak kot untuk dapat markah tu. Kalau kau pindah dari aliran sains, pergi aliran sastera pun mungkin kau tak dapat markah sebaik tu juga. Boleh ke kau melukis sebaik budak-budak yang ambil aliran seni? Cuba renung-renungkan. Pada pendapat aku, sistem berorientasikan peperiksaan semata-mata inilah yang menjadikan pelajar kita mempunyai pemikiran yang sebegini.
Masa aku sekolah dulu, aku bukan seorang yang minat Mathematics. Seriously aku tak boleh ambil add math dan akaun. Tapi, masa tu aku berada dalam kelas aliran Perakaunan. I had to struggle walaupun aku tak boleh bawa langsung subjek tu. Pada masa yang sama, aku tak nak masuk aliran Seni sebab orang selalu cakap orang ambil aliran seni ni loser, tak boleh pergi jauh dan sebagainya. Aku rasa kejam sangat sebab ada pemikiran yang macamtu. Aku sepatutnya teruskan dengan apa yang aku nak. Kalau rasa memang tak boleh bawa, tinggalkan. Pedulikan kata-kata orang lain. Akhirnya, aku dapat markah yang sangat teruk dalam keputusan SPM aku untuk subjek Akaun.
PERBANDINGAN DI UNIVERSITI
Itu baru dekat sekolah menengah. Belum lagi tengok senario yang lagi hebat dan dahsyat di universiti. Dekat universiti ni orang selalu membeza-bezakan course. Contohnya course TESL dengan Medical. Orang cakap subjek TESL ni senang. Nanti masuk sekolah, ajar budak sekolah bahasa Inggeris je pun. Apa yang susah sangat? Setakat belajar grammar, A for Apple, B for Ball, C for Cup tu. Aku pun boleh buat. Walaupun hakikat sebenarnya lebih dari tu. Nak mengajar pun mesti kena ada skill. Kau kena belajar teori pembelajaran, psychology in Education, teori perkembangan budak. Banyak benda yang kau kena tahu. Bukan sekadar masuk kelas mengajar and that's it.
Berbeza pula dengan course medical. Sebagai seorang pelajar TESL, aku rasa course perubatan ni memang susah dan aku confirm tak boleh buat. Kalau aku sebagai seorang budak medic, aku akui aku juga takkan mampu nak menjadi seorang guru. Apa-apa course pun, kau kena juga belajar dulu untuk mahir dalam bidang tu. Kalau tak clear tentang sesuatu bidang tu and apa yang dipelajari dalam bidang tu, tanya terus dekat kawan tu. Jangan terus judge course dia senang and nak dapat pointer pun senang. Lagi satu, tak adil untuk kita bandingkan course kita dengan orang lain, sebab setiap course tu ada cabaran dia sendiri. Kalau course senang pun, takda usaha dan tak belajar still kau tak akan ke mana.
PERBANDINGAN ANTARA UNIVERSITI
Kalau perbandingan antara universiti ni aku selalu baca dekat media-media sosial seperti Facebook dan Twitter. Sesetengah pelajar ni dia punya semangat "keuniversitian" dia kuat sangat. Dia rasa universiti dia tu lagi bagus dari orang lain. Universiti dialah yang paling susah nak dapat dekan. Universiti dia juga yang paling susah nak masuk, hanya yang bijak geliga sahaja boleh masuk universiti dia. Benda ni sangat merimaskan dan aku sangat annoyed bila baca statement-statement yang berupa macamni.
Aku sebagai bekas pelajar IPG, akui yang IPG selalu dibandingkan dengan UPSI. IPG ialah maktab perguruan yang menghasilkan guru-guru sekolah rendah. Manakala UPSI pula merupakan universiti yang menawarkan jurusan pendidikan dan menghasilkan guru-guru sekolah menengah (tak pasti ada atau tidak untuk sekolah rendah). Selalu baca dekat facebook orang bezakan kualiti guru lepasan IPG dengan guru lepasan UPSI. Bagi aku, kedua-duanya sama sahaja. Universiti hanyalah medium untuk menyampaikan ilmu sahaja. Kemenjadian seseorang individu tersebut, sebenarnya berbalik kepada diri sendiri. Even if you lepasan universiti Harvard pun, kalau attitude entah apa-apa, kerja pun selalu datang lewat still tak guna juga.
Bagi aku, aku memang akan cakap yang aku belajar banyak benda dekat IPG. Bagi aku juga, IPG merupakan satu institusi yang terbaik untuk melahirkan guru. Sebab dalam tempoh masa 5 tahun setengah, banyak yang aku dah pelajari dekat situ. Kurikulum dia menyeluruh bukan fokus kepada akademik sahaja. Tetapi, aku tak boleh juga buat perbandingan IPG dengan UPSI sebab aku tak pernah masuk sana. Aku tak merasai macam mana suasana dan cara pembelajaran di sana. So, ia merupakan satu perbandingan yang tidak adil. Jadi konklusi dia, bukan institusi yang harus dinilai sebaliknya individu itu sendiri. Kalau diri sendiri tak nak buat yang terbaik, hasilnya tetap sama.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, seperti yang aku katakan tadi, orang yang merasakan course dia lebih susah, universiti dia paling susah sebenarnya dia nak rasa dia tu superior berbanding orang lain. Dalam erti kata lain, nak rasa diri dia hebat walaupun takdalah hebat mana pun. Ataupun jenis yang tak boleh terima bila pointer kita lagi tinggi dari dia, and start to mention yang course kita ambil tu senang sebab tu boleh dapat pointer tinggi.
Nasihat aku satu je, tinggalkanlah pemikiran macamni di sekolah. Once kau dah masuk universiti, benda tu takda guna lagi. Kau SPM 10A dan kau lepasan MRSM pun takda apa yang nak dibanggakan. Masuk universiti semuanya sama cuma apa yang berbeza usaha kau masa tengah belajar tu. Kalau kau tak struggle nak belajar bersungguh-sungguh, kau lepasan sekolah mana dan aliran apa pun tak guna. Nak masuk alam pekerjaan nanti orang bukan tanya kau sekolah mana pun, orang tengok experience and skills yang kau ada masa kau apply kerja tu. Jadi, buat yang terbaik dan berhenti merendah-rendahkan course orang lain. Terima kasih.
Untuk menjadi guru cemerlang bukan lulusan yang menjadi keutamaan... Seorang guru yang cemerlang perlu menjiwai pekerjaan guru sebaiknya dan mendidik dengan ikhlas agar melahirkan budak yang pandai bukan sahaja dalam akademik tetapi mempunyai sifat menjadi yang baik sebagai seorang manusia... Semoga Syed mampu memikul amanah sebagai pendidik...
ReplyDeleteSatu ulasan yang menarik. betul tu, kalau takda jiwa seorang pendidik tu memang susah sikit nak jadi cikgu. Amin, terima kasih.
DeleteYes, setuju sangat. Setiap course berbeza, jadi tak boleh la nak bandingkan atau merendahkan satu sama lain. Dah grad nanti, yang dapat pointer excellent pun belum tentu dapat job yang bagus. Kawan-kawan saya ramai yang pointer average je tapi alhamdulillah dapat job yang bagus. Apapun semua tu bergantung pada rezeki jugak, yang penting kita rajin berusaha dan berdoa untuk dapat yang terbaik ;)
ReplyDeleteBetul tu, hal kerja ni sebenarnya banyak bergantung pada rezeki. kadang2 ada ja orang yg pointer tinggi still tak bekerja lagi. saya setuju kena banyakkan berdoa :)
Deletebetul tu. sy sejujurnya xsuka sikap2 suka banding2 ni. kita ni SIAPA nk banding2 antara manusia? kita ni sama je..
ReplyDeletehaah, manusia juga kan. takda apa pun yang nak dibandingkan.
DeletePerkongsian dan kupasan yang sangat menarik.. Nie semua mentaliti zaman tok kaduk.. Suka sangat nak banding-bandingkan.. Padahal setiap orang itu istimewa.. dan saling melengkapi.. kalau dah semua belajar aliran sains siapa pula nak belajar sastera dan seni serta akaun.. Ingat dalam dunia nie sains je penting.. Semuanya ada keseimbangan.. ibu bapa perlu menerapkan dalam minda anak-anak yang mereka istimewa walau apapun bidang yang mereka belajar dan kerja.. just pandangan akak la.. hehehe..
ReplyDeleteaah kak, ibu bapa tu kalau boleh jangan bagi tekanan dekat anak-anak. Kalau anak tu berbakat dalam seni, biar dia explore dunia seni. banyak je rezeki mana-mana aliran pun kalau rajin. saya setuju dengan akak hehe.
Deletebtullah tu, kdg2 rasa kecil hati jgk bila guru2 di sekolah lbih pntingkan bdk2 aliran sains dan juga selalu pntingkan pljr2 pndai. yg lemah ni selalu dipandang hina, dikutuk apa entah. kdg2 siksa sgguh bljr mcm tu. bukan beri semangat utk terus bljr, malah melemahkan smgt.
ReplyDeletewalaupun saya tak tahu awak siapa, tapi betul juga tu sepatutnya yang lemah harus diberi motivasi dan galakan untuk terus belajar.
Deleteterima kasih cikgu..
ReplyDeletedone follow
sama-sama, terima kasih follow saya :)
Deleteumpama bandingkan kereta buatan Mercedes dengan proton. udah2 la membandingkan. tak elok. klu ia boleh naikkan motivation tu tak apa juga
ReplyDeletebandingkan kereta buatan mercedes dengan proton tetapi kedua-duanya ialah kereta. Boleh membawa kita ke mana sahaja.
DeleteDuk sibuk membanding banding xkemana juga sudahnya yg penting jaya menempuh cabaran hidup
ReplyDeletebetul tu kak, saya setuju dengan akak. siapa yg dapat menempuh cabaran hidup dialah yg berjaya sebenar-benarnya.
DeleteBebudak TESL power kot. Biasanya kalau dengar kawan yang mbik TESL, mesti kagum sangat dengan depa!
ReplyDeleteMemang sangaaat tak suka dengan stereotype masyarakat yang macamtu. Kalau dulu kitorang amik Sains Komputer, orang anggap sebab result matrik rendah. Padahal ramai je dari kitorang yang ambik sebab minat dan memang first and second choice.
Tapi tulah, pedulikan apa orang kata. Yang penting kita tau apa yang kita buat. Panjang pulak komen. Ter'emo lebih. Haha
haha takda power mana pun, sama ja semua. Stereotype macam tu bukan senang nak kikis, sebab dah lama bersarang. Apa pun, kita buat ja apa yg kita suka. Asalkan kita tahu apa yg kita tengah buat hehe rilek2 jangan emo :)
DeleteYes! Setuju dgn ape yg ditulis tu. Kdg² ramai sgt yg suka membandingkan aliran diaorg or U diaorg dgn yg lain. For me, its okey kalau aliran/U org ckp low/kutuk selagi niat nk belajar tu ade. Everyones ade their own struggles. Nice sharingg :)
ReplyDeletebetul tu awak, saya setuju. Asalkan niat kita nak belajar tu ada, kita abaikan ja apa yg orang nak kata kan. thanks :)
DeletePerbandingan tu akan terus terjadi sampai kita beranak pinak. Haha. Tu lah realiti kehidupan. Tengok je lah nanti. Haha.
ReplyDeleteKak Ana time PMR hancur subjek sains. Memang2 confirm lah tak layak masuk aliran science kan. Maths pun sama. Tapi nak jadikan rezeki, 2 subjek tu jadi fav subject time akhir2 form 5. Struggle betul nak target A untuk 2 paper tu. Hehe.
Tahniah kak! haha kalau saya, subjek maths tu memang tak boleh score. sebab tak minat, buat la macam mana pun haha.
DeleteBanding-membanding. Ramai yang masih membandingkan antara satu sama lain. Bukan saja dalam hal pelajaran. Hal kerjaya, keluarga. Dalam tak sedar bila ada perbandingan dari sudut negatif akan mengganggu emosi tau. Cuba berlapang dada dan raikan perbezaan itu. Kan lebih baik?
ReplyDeletebetul tu, setuju sangat dengan cik rose. macam hidup ni satu perlumbaan pula nak dibandingkan.
DeleteSetuju teacher. utk apelah dok nak banding2 ni kan. mmg betul part dari sekolah tu asal aliran sains tulen je pelajar panndai lah apelah. then bila masuk univ in the end, yg sains tulen tu satu univ n satu course je dgn aliran sastera tu. tsk.
ReplyDeleteItulah, balik-balik semua pun sama ja tak kira aliran pun. Satu kelas lagi tu haha.
Deleteelsa segan nak cerita tapi terpaksa cerita jugak hehe. elsa spm 5A alhamdulillah dan elsa dapat sambung diploma perakaunan dekat uitm. malangnya dekat situ elsa banyak sangat saingan. elsa tak sepandai diorang. masuk sem 3, elsa dah jadi malas belajar dan rasa nak tarik diri dari uitm. dan elsa memang menarik diri. sebab elsa rasa tercabar dengan diorang yang takde paper repeat, yang dekan, elsa tak boleh nak lawan semua tu jadi elsa kalah huhu. apa apa pun thanks for sharing ye :*
ReplyDeletesinggah isi tabung. elsa ada entry baru hehe http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/apa-elsa-buat-bila-elsa-badmood.html
by the way jatuh cinta pulak dengan header blog teacher hehe
Elsa give up awal sangat kot? Saingan tu dekat mana-mana pun akan ada elsa. Tapi mungkin ada yang lebih baik untuk elsa kan? siapa yang tahu hehe. Takpa elsa, jadikan itu satu pengajaran yang bermakna dan bukannya satu kegagalan tau.
Deletehehehe simple je header tu elsa btw terima kasih ya :)
memang betul tu...kita kena positif dan hargai orang lain/..
ReplyDeletehehe terima kasih :)
Deletesetuju. setiap aliran/jurusan tu ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. aliran sains dan sastera, dua dua bagus.
ReplyDeleteBetul, benda ni semua bergantung pada individu tu sendiri kan? :)
DeleteSetiap course ada kekuatannya sendiri, kalau nak dibandingkan samalah macam suruh ikan panjat pokok. Sakit hati terutamanya kalau kat twitter depa pakat duk condemn U sana, kutuk U sini seolah2 U depa ja paling hebat paling terer paling mulia. Fuh emosi comment ni. Tapi betul la, semua ada kekuatan dan kekurangan masing-masing, kenapa membanding, baik fokus untuk tingkatkan prestasi masing masing lebih baik.
ReplyDeleteTahu takpa, setiap orang ada kekuatan dan kekurangan sendiri. Lebih baik kita fokus kepada pencapaian kita sendiri dari sibuk dengan orang lain kan.
Deleteyang penting boleh survive, haha
ReplyDeletewww.neezalife.com
betul tu hehe :)
Deletenanti saya melawat ya terima kasih.
Setuju sangat-sangat dengan entry ni.. People keep comparing, till they can't even see the pro and cons of everything.. :/
ReplyDeleteItulah pasal, nak ubah pun susah dah tak tahu macam mana huhu.
DeleteHaiihhhh.... Bab pelajaran ni has always been a very sensitive topic for me. Tapi takpelah, dah asyik nak ber'kalau' aje, taknak redha dgn apa yg Allah takdirkan mcm mana pulak kan. Belajar bidang apa pun, dekat mana pun sama je yg penting usaha masing-masing, strive to do well and pass with flying colours. Tak sepatutnya timbul isu nak banding bagus tak bagus, senang susah what-so-ever.
ReplyDeleteWell said, it depends on the individual itself. tak payah nak compare dengan orang lain. Kalau kita usaha, kita dapat.
DeleteBukan study je, kerja pun. Manusia selalu cari alasan. Tak faham kenapa nak salahkan course susah sebab tu tak dapat pointer/result bagus.
ReplyDeleteTahu takpa padahal penyebabnya semua berbalik kepada diri sendiri juga.
Deletesama laa, dulu saya pun tak sukakan subjek matematik, buatlah camne pun memang tetap tak suka haha, masa SPM dulu mmg dah target akan fail tapi lain jadinya bila lulus la plak hehe mungkin sebab guru matematik masa tingkatan 5 sangat sporting jadi tak rasa tertekan sgt untuk belajar Matematik. Lepas SPM sambung STPM dengan gembiranya sebab x perlu ambik subjek matematik dah haha.
ReplyDeleteAah masa SPM dulu pun target fail dah! tapi Alhamdulillah pass even tak credit hahaha dah cukup syukur dah rasanya. Sekarang ni kalau nampak soalan maths mesti clueless tak tahu nak jawab macam mana.
Deletedalam banyak hal pun ramai suka membanding. setiap orang ni unik. kena jaga emosi sesama kita
ReplyDeletesetuju, tak tahu tujuan buat perbandingan tu untuk apa hmmm.
DeleteTrue statement.. but I love maths so much... Hihi
ReplyDeletehihihi kita berbeza. saya memang tak boleh la kalau maths.
Delete