Tuesday, February 14, 2017

MELANGKAH KELUAR DARI ZON SELESA


Kenapa perlu untuk kita melangkah keluar dari zon selesa? 
Bagaimana untuk keluar dari zon selesa?
Apa yang kita dapat jika melangkah keluar dari zon selesa?

Saya akui bahawa melangkah keluar dari zon selesa merupakan satu perkara yang susah untuk dilakukan bagi kebanyakan orang termasuklah saya sendiri. Walaupun kalau kita tengok di internet, banyak inspirational quotes yang menggalakkan kita untuk keluar dari zon selesa dan buat perkara yang tidak biasa kita lakukan dalam kehidupan seharian. Namun, it takes guts to get out of your comfort zone. Sebab apa? Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku kalau kita melangkah keluar dari zon selesa. Kita juga tak berani terima risiko sebab takut keselesaan yang kita kecapi selama ni hilang begitu sahaja.  

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan zon selesa atau "comfort zone"? Sebenarnya zon selesa ni merujuk kepada pattern kehidupan kita yang kita lalui setiap hari. Apabila kita melalui perkara dan rutin yang sama setiap hari, kita akan berasa selesa dengan keadaan itu. Jadi, bila wujudnya satu idea yang baru yang mengganggu kita punya rutin, kita akan merasakan bahawa perkara itu menyusahkan dan sedikit sebanyak menjejaskan kita punya keselesaan. Sebab itulah pentingnya untuk kita melangkah keluar dari zon selesa kita.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua satu pengalaman saya sendiri. Berdiri di hadapan orang ramai dan diperhatikan membuatkan saya sangat gugup. Tetapi, kadang-kadang saya teringin untuk berdiri di hadapan orang ramai sama ada untuk menyampaikan ucapan ataupun untuk menyanyikan sebuah dua lagu. Pada satu hari ni, setelah diyakinkan oleh ramai orang, saya cuba untuk menyanyikan lagu semasa sambutan hari raya di kampus. Saya bersetuju untuk menyanyi di hadapan kerana saya fikir saya perlu atasi ketakutan dan perasaan malu saya. 

Maaf zaman ni pakai camera 360 lagi 
Dengan membuat keputusan untuk menyanyi di hadapan orang ramai, ia menunjukkan bahawa saya telah melangkah keluar dari zon selesa saya. Walaupun suara saya bukanlah semerdu buluh perindu, tetapi kadang-kadang kita kena bagi peluang kepada diri kita untuk buat sesuatu yang baru. Jujur saya katakan, perasaan waktu itu memang sangat nervous. Tetapi setelah habis menyanyikan lagu, saya rasakan seperti tidak percaya bahawa saya telah buat sesuatu yang baharu dalam hidup saya. Saya telah berjaya melangkah keluar dari zon selesa saya! :)
BAGAIMANA UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA
Buat perkara yang berbeza setiap hari

Maksudnya kalau harini pergi kerja pakai Jalan Melati, esok pergi kerja pakai Jalan Cempaka. Kalau pergi restoran mana-mana, jangan order makanan yang sama. Cuba order menu yang tak pernah kita makan lagi. Walaupun benda ni nampak macam kecil sahaja, tetapi percayalah bahawa ia meninggalkan impak yang besar kepada kita. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan jangan terlampau negatif. Saya faham, bila kita hendak membuat sesuatu yang baru, kita akan cenderung untuk berfikir tentang implikasinya dari sudut yang negatif. Dengan adanya pemikiran negatif tersebut, ia akan menghalang kita untuk melakukan perkara yang baru.

Percaya pada diri sendiri

Bila buat satu keputusan, pastikan kita percaya dengan kebolehan kita untuk buat sesuatu perkara tu. Bila kita percaya dengan diri dan kebolehan kita, saya percaya bahwa semuanya jadi lebih mudah. Niatkan dalam hati supaya semua benda akan menjadi lebih lancar dan lebih baik. Manusia ni dia mampu berubah kalau dia ada kesungguhan dan dia percaya kepada diri sendiri. Sebab itu jangan ambil rendah dengan kesungguhan orang lain. Kalau kita betul-betul nak berubah dan buat sesuatu yang baru, we'll definitely make it
APA YANG KITA DAPAT JIKA KELUAR DARI ZON SELESA
Kita akan lebih produktif

Siapa sahaja yang tak bosan asyik buat benda dan perkara yang sama setiap hari? Kadang-kadang mesti kita nak lari dari kehidupan kita dan buat sesuatu yang baru kan? Jadi, inilah masanya. Bila kita dah rasa terlampau selesa dengan hidup kita, kita akan buat sesuatu benda tu sambil lewa saja. Dalam erti kata lain, kita tak bagi yang terbaik pun. Lagi satu, bila kita buat sesuatu yang lain dari rutin kita ni, dia ada satu perasaan yang puas. 

Dapat belajar perkara baharu

Sudah pasti bila kita keluar dari zon selesa, kita akan mempelajari sesuatu yang baharu. Contohnya, sebelum ini kita berpendapat bahawa mendaki gunung itu merupakan satu aktiviti yang memenatkan dan menyusahkan. Tetapi, bila kita cabar diri kita untuk mendaki, baru kita tahu bahawa pemandangan yang sangat cantik dari puncak gunung membuatkan ia satu aktiviti yang menarik. Kita takkan tahu keseronokan sesuatu perkara itu kalau kita tak cuba. 
Perasan tak dalam entry ni aku guna kata ganti nama "saya" dalam entry ni? hahaha wei serius ni biggest struggle ever. Susahnya nak tulis guna saya ni, automatik aku punya idea macam tersekat. tak reti la nak tulis macamni haha :( 

62 comments :

  1. Follow sini. Jum followback beeha. Kemas betul blog awak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for following me hehe simple je blog saya ni.

      Delete
  2. Bila guna saya maknanya Syed dah cuba untuk keluar dari zon kebiasaannya... InsyaAllah boleh. Betul tu, kalau kita sentiasa berada pada tahap selesa sebenarnya kita dah kerugian. Contoh orang sibuk makan durian, kita tak pernah cuba walhal bila dah cuba, tiap2 hari nak makan durian. Maknanya mungkin perkara baru yang kita tak berani cuba adalah perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup. Siapa tahu kan. Tak cuba takkan tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan betul juga tu, tak perasan pula hehe. Sebab tu kita kena berani mencuba untuk cari keseronokan lain kan? setuju sangat tu. Ni belum cuba lagi dah cakap macam-macam. Macam mana nak berjaya hehe.

      Delete
  3. zone selesa .. bak kata kekata haha : Zon selesa adalah satu tempat yang cantik, tapi tiada apa yang berkembang di situ.

    Setahun aku menganggur. memang selesa habislah . kalau boleh aku nak nganggur lama2. but then ada panggilan kerja tetap. Kena pi training 9 bulan. siapa tak cuak ngan training askar kan. tapi itulah, kehidupan ini memang kena keluar dari zone selesa.

    Bak kata pepatah (proverb) lagi haha : A smooth sea never made a skilled sailor.

    Aku masih belum ada keyakinan nak menyanyi depan orang syed. Tahniah lah kat hang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal tak balas comment aku. sedang busy buat entry baru ke ? haha.. sebab ni aku tak approve dulu syed. takde idea nak balas comment orang dulu. kang aku lupa balas nanti.

      Delete
    2. haha tahu takpa, bila dah menganggur lama sangat nak buat kerja pun rasa malas. Tapi aku rasa sekarang ni aku kena kerja, dah naik bosan dah ni haha. Lebih banyak kita keluar dari zon selesa kita, semakin berkembang lah kita punya pengalaman etc. Siap proverb sekali bagi haha mantap lah. Aku tetiba confident lebih time tu kahkah terima kasih.

      Delete
  4. fae masih dlm comfort zone fae and still trying hard to step out from it huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okay, take a small step. Slowly but surely :)

      Delete
  5. mcm pakar motivasi..entry full dr fikiran dan hati hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha acah-acah pakar motivasi je ni kak. berpesan dekat diri sendiri ni.

      Delete
  6. good info syed...untuk menjadi seorang yg berjaya, kena keluar dari zon selesa...

    done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih and thanks for following me :)

      Delete
  7. wah..guna 'saya' sebab nak keluar dari zon selesa ye..hehe.tapi ada kalanya zon selesa pun bagus jugak kalau itu buatkan kita lagi kreatif.yang penting dalam hidup kena berani mencuba. good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tapi kurang berkembang la sebab kita keep on doing the same thing. Kadang kala nak sesuatu yang baru kan? hehe thanks :)

      Delete
  8. Honestly, I tak pernah lagi berdepan dengan any big challenge since I pon bukan seorang yang berani sangat nak ambik risiko dan lebih selesa hidup dalam my comfort zone. Suatu hari nanti, mungkin.

    'aku' would sounds friendlier lah kot tapi 'saya' pon okay pee haha

    Btw, this is a very inspiring write up! Kipidap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, nanti akan tiba satu masa kita terpaksa juga keluar dari zon tu. Slow-slow, syed pun bukan jenis suka ambil risiko sangat haha. cuma kadang-kadang tu ada rasa nak try benda baru juga.

      Okay, so I would use 'Aku' lah lepasni haha. thanks lya :)

      Delete
  9. Keluar dari zon selesa itu menjagar kita erti bertabah..kerana bila kita tinggalkan zon selesa itu bermakna kita sudah bersedia untuk menghadapi 1001 pembaharuan..berkat kesungguhan..kesabaran..keyakinan insyaAllah boleh..kak PC sendiri pun sedang berusaha untuk keluar daripada zon selesa pada sesetengah perkara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, setuju sangat kata-kata akak ni. Memang kita ni tak boleh rasa selesa sangat, kena keluar juga dari zon tu. good luck kak :)

      Delete
  10. ... apa lagi demi utk mencabar kebolehan diri sesekali kena berani melangkah keluar cari confort zone. Macam kakak ni pekerja swasta bila dah selesa kalau tak berani keluar alamat gaji bergerak macam siputlah.. Nak lebih berani dan cabar diri grab yg lebih tinggi. Cabar kemampuan diri. Kita tahu kan dimana kemampuan kita. Barulah hidup agak selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak, kadang-kadang cabaran pekerjaan tu memang tinggi tapi kalau kita tak cuba untuk atasi, bila lagi kita nak maju kan? takkan nak duduk dekat tahap yang sama ja.

      Delete
  11. sopan nye bila guna saya tu. hehe. kak ana pun bukan yang senang untuk keluar dari zon selesa. tapi bila keadaan terdesak, u have to. no choice. u'll see the 'sweetness' then. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah rasa macam sopan sangat. tak boleh la tak biasa pulak. betul tu kak lama-lama nanti nampak la dia punya kebaikan tu once kita dah berani step out dari zon selesa kita.

      Delete
  12. Definitely true. Nak keluar dari zon delesa memang kena buat benda yang tak biasa kita buat. Paling penting percaya dengan kebolehan diri sendiri. Kalau tak nanti sampai bila bila dekat tempat yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kebanyakan orang suka pandang rendah dekat diri sendiri. Saya pun kadang-kadang macamtu. Selalu rasa saya tak boleh walaupun saya tak cuba lagi haha.

      Delete
  13. salam syed. hahaa okay, so guna saya ni sebab nak keluar dari zon selesa lah ye? hehee bagus bagusss ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam haha nampaknya macamtu lah. cuba untuk lari dari kebiasaan walaupun rasa macam pelik sikit.

      Delete
  14. Nice info syed.. Nurul memang susah sangat nak percaua dekat diri sendiri.. hahaha.. tak tahu la kenapa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, syed pun kadang-kadang macamtu. Selalu rendah diri and tengok orang lain lagi bagus dari kita. Sebenarnya tak elok macamtu haha kena atasi juga walau macam mana pun.

      Delete
  15. kalau nak berjaya memang patut keluar dari zon selesa (comfort zone) kita. Lagi lambat kita keluar dari zon selesa, lagi liat kita sebab dah terlalu selesa. haha. pastu orang lain dah berjaya baru kita dah menyesal. huhu..good job dik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aah biasanya kita ni macamtu la. bila tengok orang lain dah berjaya mulalah kita nak berubah. Sebelum tu buat tak tahu ja, tak berani nak terima cabaran hehe. Thanks kak :)

      Delete
  16. Saya hari2 kuar dr zon selesa, yelah, nak g kedai makan rasa nak makan tom yam tp end up with ayam penyet. girls, only God know how our mind can 360 change in sec. bahaha.

    Nice post syed. Sbbnye kalau da biasa buat benda yang kita da mahir, sampai bila2 lah takat tu jer kemahiran kita, tak berkembang gitu. :)

    Ps: Napa tak guna aku jer? Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh eh macamtu, tak tetap pendirian! hehe. haaa itulah masalahnya, kalau duk buat benda sama sahaja memang takkan berkembang. Saja guna 'saya' sebab nak cuba tapi ternyata tak boleh kahkah. thanks ya eyqa :)

      Delete
  17. Tu ah. Perasan gak memula ayat dah saya saya hahaahahahaha.. Syabas, Syed! You made it! Nyanyi lagu apa?

    Bercakap pasal keluar dari zon selesa, dah boleh window shopping sorang diri tu kira ok sgt dah! Hehe 😄👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha saja cuba-cuba guna saya pula. lagu raya apa tah time tu mengarut betul.

      waaaa tahniah berjaya window shopping sorang2! haha tak best juga keluar sorang-sorang kan tapi kalau terpaksa boleh la.

      Delete
  18. terima kasih atas perkongsian ini....aRz suka dengan entri ini.

    ya memang mencuba keluar dari zon yang selesa.

    kalau dulu bermain badminton dengan kenalan di pejabat sahaja...sekarang mencuba di tempat baru yang mana tak dikenali dari rakan rakan yang baru...

    satu untuk menguji keyakinan dan kekuatan diri dan keluar dari zon selesa...

    perkongsian yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih arz, betul tu. selain dapat menguji keyakinan dan kekuatan diri, dapat juga menambah kenalan baru kan? :)

      Delete
  19. Terima kasih syed dengan info mcm ni. Sedikit sebanyak dapat membantu org lain dan juga aku untuk terus tidak duduk dalam zon selesa selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. peringatan untuk diri sendiri juga ni sebab mudah sangat rasa selesa hehe :)

      Delete
  20. Setuju tu... Sesekali mmg kita perlu keluar dr zon selesa kita... Good sharing..

    ReplyDelete
  21. Macam kes Amer Jaya juga, lama menganggur, tapi masih belum ada chance nak bertapak ke zon luar biasa lagi, hahahaha, kena work harder lagi la. Fuh untuk saya menyanyi kat depan orang tu bukan keluar zon selesa, tu cari nahas, suara sumbang mau kena baling telur nanti, hahaha..

    Apapun good tips. Kalau tak mahu keluar dari zon selesa maknanya samalah mcacam rela bertapak pada level yang sama selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada rezeki tu nanti. teruskan usaha jangan berhenti hehe. Kejam sangat tu baling telur hahaha belum cuba belum tahu orang cakap. Setuju sangat dgn kata-kata terakhir tu.

      Delete
  22. terbaik la tipss.. hehehe..
    rasa termotivasi bila baca ni.. kena slow2 ni belajar keluar dr zon selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau termotivasi. takpa take small steps nanti dapat la tu.

      Delete
  23. zon selesa adalah zon paling bahaya

    ReplyDelete
  24. Nek stuju dengan syed :) Betul, kita kne cabar jugak diri kita kadang kamdang ntuk uji kmmpuan diri. Klau org lain bleh buat, knp bukan kita byol tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhh saya setuju dengan nek hahaha. :)

      Delete
  25. payung aaaaaaaaa video tengah nyanyi tu.. hahahahaha..

    e'in memang dari dulu akan gugup kalau kena cakap depan orang ramai walaupun dah banyak kali.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah yang tu untuk tatapan sendiri sahaja hahaha. hmm kalau macamtu kena banyak kali lagi haha.

      Delete
  26. totally agreed! and for me, penting sekali to always do challenge myself, boleh jd dalam term cuba benda berbeza jugak. dia semacam refresh button. kalau tak buatberkala, kita boleh fall back dlm comfort zone. you should just write the way you wanted :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kita ni kadang-kadang kena "refresh" juga. thanks afifah, just wanna try to be different this time by using "saya" haha.

      Delete
  27. memang betul... mmg bukan mudah pada mulanya tp kalu kita tak cekalkan hati kuatkan semangat, smpi bila2 laa kita akn stuck kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, berbalik semula kepada diri sendiri sama ada kita nak maju atau sebaliknya.

      Delete
  28. Hidup akan lebih bermakna dan colourful bila kita berjaya keluar dari zon selesa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh setuju and betul sangat tu hehe.

      Delete
  29. Memang kalau nak keluar dari comfort zone memerlukan usaha. Ia tidak mudah dan tidak juga mustahil.

    Haha. Zaman 360. Samalaa kita dulu, beriya pakai camera 360. Bila tengok balik sekarang, aihh habis rosak gambarku~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, semua gambar dulu-dulu blur macamni rasa sakit hati pulak tengok haha

      Delete
  30. Baguslah orang muda yg ada pemikiran mcm tu. Boleh pergi lebih jauh ni.

    Aduh Syed....hakak kasi chance ajelah kat orang orang muda. Hakak ni dah tak sesuai nak keluar dari zon selesa kot....takut terus gol haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak. hahahaha macamtu pulak eh kak, nak bagi can dekat orang muda kan katanya hehe.

      Delete
  31. Terima kasih cikgu syed.saya pun sekarang ini berusaha keluar dari zon selesa. harap tips kamu dapat membantu saya untuk lebih berjaya di masa hadapan.

    ReplyDelete