Wednesday, February 22, 2017

GUNA DUIT BR1M UNTUK TRAVEL

Semakan Status Permohanan BR1M

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!

Bantuan Rakyat 1 Malaysia ataupun BR1M telah mula diagihkan ke akaun anda pada hari ini. Untuk menyemak sama ada permohanan anda berjaya ataupun tidak, anda boleh rujuk link [SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017]. Kalau status permohonan anda ialah "sedang diproses" itu bermakna anda tidak tergolong dalam kelompok 1. Mungkin nama anda tersenarai dalam kelompok 2 dan tunggu sahaja sampai status BR1M anda bertukar kepada LULUS.

Alhamdulillah. Ini merupakan tahun pertama seorang Syed dapat BR1M. Kalau tahun sebelum-sebelum ni dapat baucer buku sahaja. Ingatkan dah tak lulus dah sebab baru graduate kan. Mana tahu nama masih ada dalam senarai yang menerima baucer buku hehe. Aku sangat teruja tunggu BR1M masuk ni sebab sebagai seorang penganggur berjaya yang berjaya memetik anggur mencecah 5 angka setiap hari, syed perlukan kewangan lebih untuk pergi travel. Alhamdulillah, pagi tadi terus check akaun bank dan bertambah sikit angka dalam akaun bank tu. Perasaan dia rasa boleh bernafas dan seperti mati hidup semula (hiperbola betul). 

Tengah malam semalam ada blogwalking dekat blog Miss Obsesi ni lepastu terbaca satu entry dia yang bertajuk Apa Aku Nak Buat Selepas dapat BR1M Bujang 2017 (panjang betul tajuk sampai tak sempat nak bernafas syed baca haha). Lepas tu aku macam "aah kan cool juga buat entry macam ni. Aku ni dah la fun, mesti semua orang nak tahu apa aku nak buat dengan duit BR1M ni"(confident). So dari entry tu la aku terinspirasi nak menghasilkan satu entry tentang hala tuju duit BR1M aku, ataupun Bajet BR1M 2017. Actually, aku akan gunakan duit BR1M yang aku dapat ni untuk tujuan travel. Best kot travel, siapa tak nak travel kan? Antara tempat yang aku akan kunjungi ialah,
CAPPADOCIA
Hot Air Balloon in Cappadocia, Turkey

Ya Allah, aku kalau tengok pemandangan dekat Cappadocia ni macam Subhanallah cantiknya! Sebab tu aku nak sangat pergi sini. Kalau ada yang masih tak tahu akan kewujudan tempat ini, Cappadocia merupakan salah satu tempat bersejarah di Turkey. Tempat ni terkenal sebab keunikan batu-batu dia kat sana. Batu-batu dekat sana dia ada bentuk macam kon (tengok contoh dalam gambar) unik kan? Lepastu Cappadocia ni dah diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 1985.

Selain dari tempat yang cantik, yang turut menjadi tarikan di sini ialah hot air balloon. Boleh search nama tempat ni di Google memang banyak gambar belon udara panas ni cantik-cantik! rasa macam nak pergi sana harini juga. Aku rasa mesti cool duduk dalam tu sambil terbang keudara menikmati pemandangan Turkey. Kalau aku pergi sana surely I'll take a lot of photos every second takda masa dah nak bersembang ke nak tidur ke apa haha. Dengar cerita dia punya charge kalau nak naik, convert ke dalam Ringgit Malaysia mencecah beribu juga kot.

Travel

Namun begitu, setelah aku cuba berpijak di bumi yang nyata, baru aku sedar bahawa angan-angan di atas hanyalah sekadar "Angan-angan Mat Jenin" yang tidak mungkin boleh dilaksanakan dengan menggunakan duit BR1M hahaha. Aku redha dan bersyukur kerana walaupun tidak mampu untuk travel jauh ke Cappadocia tetapi mungkin aku akan travel ke tempat yang lebih menjimatkan. Travel ke tandas awam jelah macamtu, kena bayar 20 sen je kot. 

Okay-okay, here's the REAL story. Aku berkemungkinan akan kerja sementara di Puchong. So, I need to travel there and rent a room maybe? Setakat ni aku tiada tempat tinggal lagi dekat sana. Tengah cuba cari bilik sewa area Puchong if possible. Since aku memang takda duit langsung melainkan duit BR1M yang baru dapat tu, aku akan gunakan sebaiknya untuk perbelanjaan aku sebelum dapat gaji pertama. Tak tahu la possible atau tak nak bertahan sebulan dengan duit tu. Nak cari bilik sewa pun sekarang ni memang dia minta deposit and bayaran satu bulan. Aku dalam dilema ni tak tahu mana nak tinggal. Sedihnya kena merantau tapi tak cukup budget untuk teruskan kehidupan sebagai perantau.

Kalau ikutkan aku, if memang betul-betul susah sangat better tak payah kerja lah senang. Duduk rumah sahaja dan tunggu sehingga dapat penempatan. Tapi masalah lain pula, bila dah dapat penempatan nanti mesti nak kena duit juga sebab nanti 3 bulan tak bergaji. Mana nak cari duit bayar rumah sewa, kereta etc. So, nak tak nak still kena kerja juga dan tengoklah kot-kot ada jumpa orang yang boleh nego tentang bayaran bilik sewa ni. Bukannya nak duduk lama pun, dalam sebulan dua sahaja tapi mostly memang penyewa tak nak ambil yang short-term ni. Kalau boleh dia nak penyewa tu duduk sampai tua dan beranak pinak kat situ (huh emosi).

Sedikit pesanan buat semua, gunakan duit BR1M anda untuk kegunaan yang baik. Jangan duk kalut pergi beli iPhone. Banyak lagi kegunaan lain selain dari beli phone baru. Dengan ekonomi sekarang ni semua benda pun mahal. RM450 tu memanglah jumlah dia tak banyak mana tapi siapa yang nak bagi kita RM450? Kalau tak reti manage dan boros berbelanja memang sekejap sahaja habis tak nampak hasil pun kan? Tiba-tiba aku rasa aku dah macam perunding kewangan dan ejen jualan insurans hahaha maybe boleh apply kot aku rasa.

Okay, konklusinya memang duit BR1M tak boleh nak buat pergi travel overseas. hahahaha

85 comments :

  1. Haha... nice sharing... kita x dpt brim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ala takpa mungkin ada yg lebih memerlukan.

      Delete
  2. SYUKURLAH DPT DUIT BRIM GUNAKAN SEBAIKNYA IKUT KEPERLUAN DIRI...

    ReplyDelete
  3. Syed ni tak membantu betul la.. hahaha.. Baru semangat nak baca, kot la ade tempat yang ngam dengan bajet br1m tu.. Kejam betul tp betul la tu, RM450 tu nampak sikit tp boleh la nak membantu.. But i doubt it would help for the whole month dengan ekonomi sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah kejam ke ala saja nak buat mengarut sikit. Itulah macam tak cukup je kan entahlah i dont really have any plan yet.

      Delete
  4. Yess.sbnrnya Unni nk ke penang awal bulan depan konon nk pakai duit br1m.. Last2 x dpt.. Hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sama la kita ni. tak tercapai :(

      Delete
  5. brim saya baru masuk tadi...alhamdullillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. gunakanlah dengan bijak hehe

      Delete
  6. entry yg menarik. hehe. best kan kalau dpt travel ke tempat yg kita suka.. busyra pun ada baca entry di blog mai. dan busyra nak guna duit tu untuk bayar yuran konvo bulan 3 nnti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah busyra memang best pun kalau dapat travel tapi entah la bila boleh lepas hehe. Okay la guna untuk bayar yuran konvo. jimat sikit duit poket.

      Delete
  7. Selamat berbelanja dgn duit brim tu. Guna dgn sebaiknya. Cik ahkak ni tua beruban sekalipon tak kan berjaya dpt bantuan tu.. Hihi alahai, redha je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terima kasih kak, ala ahkak jangan bersedih maybe ada yg lebih memerlukan. think positive hehe.

      Delete
  8. Memang tak dapat nak gi oversea guna duit BR1M tu, nak pergi over the sea pun belum tentu lepas... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah, kot2 habis beli makanan je nanti.

      Delete
  9. Alhamdulillah ada rezeki dapat BRIM. Semoga dipermudah segala urusan seorang syed 😊👍

    ReplyDelete
  10. yup rm450 tu memang tak banyak mana. lainlah kalo 1k kan . sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu takpa tapi siapa yang nak bagi 1K kalau kita tak cari sendiri? :(

      Delete
  11. Simpan je.. pi hiking dalam negeri je... Banyak tempat hiking yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengah fikir untuk hiking juga ni tapi takda geng lagi hehe

      Delete
  12. arrrrr. ingt betul pi cappadocia pakai duit brim. nnti nak buat entry arah tuju baucer buku laa. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saja gurau-gurau kasar. haaa buatlah nanti saya nak baca.

      Delete
    2. saya guna baucer buku buat beli buku rujukan travel.. hahahha

      Delete
    3. tapi buku untuk travel pun boleh tahan mahal juga kan kak?

      Delete
  13. Hahahaha ceh, penat cek try hard nak letak keyword seo dalam tajuk, kan dah putus nafas readers. Ampunnn. HAHAHAHA.

    Confident yang penting tu. Ada hati berangan nak pergi oversea pakai BRIM hahah.

    Kerja sementara apa tu? Haritu dapat kerja cikgu tuisyen kat penang, tapi bapak tak bagi sebab nanti gaji tu pun belum tentu cukup nak bayar sewa rumah kat penang. Susah nak cari rumah sewa yang fleksible kan, tapi bagi mai dapat bilik kecik pun jadilah, asalkan sewa mampu milik.

    Apapun betul pesanan Sir Syed ni, janganlah poyo2 nak tukar Iphone 7 pakai brim pulak (macamlah cukup kan,hahah), gunalah dengan bijaksana. Gitchewww.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak la cubaan nak main SEO tu hehehe. Syed saja update entry merepek macamni kah kah konon nak pergi oversea padahal buat beli makanan je pun boleh habis kan mai?

      Kerja jadi guru tuisyen juga la hahaha. Tapi gaji dia not bad juga la sebab dia macam kerani + teacher. two in one la kiranya. Setakat sewa kalau 190 untuk bilik berbaloi je lagi. Cuma takut orang yang taknak ambil sebab nak sewa sekejap ja.

      Yeahhh betul tu mai. Mungkin cukup kalau nak beli android je kot? hahaha. Tapi kalau guna dengan bijak banyak benda yang boleh dibuat.

      Delete
  14. salam...tahniah...pnulisan yg baik dan menarik...kipidap...

    ReplyDelete
  15. elsa dah masuk jugak tadi! hakhakhak excited lebih elsa nie yelah sebab tahun pertama tau dapat brim hahaha. nanti elsa share jugak entry pasal brim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lah excited sebab first time kan? hahaha. Okay elsa cepat lah share nanti syed nak baca hehe.

      Delete
  16. Mungkin tahun ni macam tak dapat je. Harap berada dalam kelompok kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kalau memenuhi syarat dia dapat rasanya.

      Delete
  17. Hahahah bukan takat oversea je.. overroad pon xtentu lagi lepas nih hahahah ..

    AMERZING===> ameridzuan.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macamtu kena buat overtime banyak2 la baru boleh ke oversea hahaha banyaknya over.

      Delete
  18. Seronoknya brim dia dah masuk. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok at least dapat la bantu sikit2.

      Delete
  19. akak pun suka cappadocia..hot air balloon. tengok cerita apa tah fazura dengan shahezy sam tu. cantik kan.

    tong la dpt brim..kita xdpt.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kannnn. cantik sangat kaau buat tangkap gambar dekat situ hehe. Ala kak, Alhamdulillah la dapat sebab saya ni takda kerja lagi hehe.

      Delete
  20. guna laa duit tu buat modal bisnes, boleh duit tu beranak pinak nk gi travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha untuk beli barang-barang sendiri pun tak lepas lagi ni sara.

      Delete
  21. 'Tips' untuk travel - simpan duit dalam tabung ayam. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang banyak tabung ayam. tapi duit nak letak dalam tu yang takdak kah2.

      Delete
  22. ada orang guna duit BR1M buat rebondong rambut. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. berbaloi ke kak buat rebonding rambut? mungkin ikut keperluan orang agaknya.

      Delete
  23. wahh dah ada kerja. alhamdullilah. timba ja dulu pengalaman banyak2. jangan je nanti dah kerja. blog terabai lak Kim.

    Macam aku ni. memang dah terbang mood berblogging aku mengenang nasib akan masuk ke sangkar.. hehe

    duit brimm aku pun dah masuk... Tapi buat aku tunaikan nazar aku 2016 dulu. belum ditunaikan lagi. ish ish ish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha terima kasih mer. Tah lah macam mana dah kerja nanti ni. aku pun macam dah slowly ikut rentak kau je ni aku rasa. Apakah dia hajat yang hendak ditunaikan tu? sila buat satu post haha.

      Delete
    2. perghhh.. hebat lah hang .. dapat reply semua comment orang. tu pun mesti kau tarik nafass panjang2 setiap kali nak reply comment orang kan. haha.. Belum lagi dengan I'm Not Transformer tu.

      Ready je post awal2 Kim. schedule kan siap2 setiap minggu satu post. Aku dah kehilangan idea nak update apa. Memang dah writer's block betul2 dah.

      Nazar aku tahun 2016, jika aku dapat dekan aku ni ni dan ini. Adalah lah tu kim. Benda camtu takleh dicanang kang menunjuk pulak. hehe.

      Delete
  24. Nak travel luar negara dengan duit brim? emm memang taklah! haha. Byla dapat duit brim bayau hutang, hohoho. Selebihnya, untuk diri sendiri :D hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha berangan sangat kan. Takpalah, dah settle hutang kira at least membantu juga la kan? :)

      Delete
  25. nk p travel gak tp x dpt brim...sobsobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamkkk.. mungkin ada rezeki yang lain menanti tu hehe :)

      Delete
  26. Ey ehhh, over je mati hidup semula! :D
    Mana cukuplah nak beli iphone. Waahhhh, dah dapat kerja kat Puchong? Yeayy, congrats! All the best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sorry la over sikit kekadang (macam selalu ja) aah dah dapat dah hehe mekasehh :)

      Delete
  27. Untunglah dapat brim kan. Hehe. Asalkan dapat duit, syok tak terkata :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah at least membantu la juga kira bersyukur ja hehe.

      Delete
  28. Gunakan duit tu dengan sebaiknya kan :)

    ReplyDelete
  29. Untung la org tu dapat duit brimm... (jeles ni) hahaha.. akak tak dapat dik oiii.. So, tengok org lain jerk la dpt.. hehehe Selamat menggunakan duit brim dengan baik..

    Moga syed dimurahkan rezeki olehNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ala kak sedihnya. takpa, ada rezeki lain tu untuk akak. thanks kak nanti saya gunakan dengan penuh hemah.
      Aminnnnn.

      Delete
  30. kami x dpt br1m so tgk je laa org yg dpt ni g melancong sob sob ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jangan sedih2 kan dah puas melancong hihihi

      Delete
  31. nice sharing tapi sy tak dapat br1m pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe cik tie mungkin ada rezeki lain hehe :)

      Delete
  32. Memula tengok gambar tu macam...
    "Eh.. Syed nie dapat duit BRiM banyak sangat ke?? Cam tak aci je.."
    Pastu bila baca sampai habis.. la.. sabar jelah ngn budak syed nie.. hehehe.. RM450 tu jumlah yang banyak untuk orang macam Syed..
    Akak doakan semoga urusan mencari tempat tinggal di Puchong dipermudahkan.. Permulaan nak hidup berkerja nie memang struggle sikit Syed.. But you have to be strong.. Jadikan ini sebagai pengalaman hidup.. You can do it.. Chayook.. Chayook Syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha saja nak troll orang kak. entahla berjaya troll ke tidak hehehe. Terima kasih kak, memang rasa susah sangat nak mula bekerja ni. haraplah nanti semuanya okay ja.

      Delete
  33. hahahaha lawak betul lah syed nie , nak g travel oversea rm450 ... tapi tak apa angan-angan tu penting mana tahu one day ke sana jugak kan , sewa rumah skrg memang nak deposit bagai, nasib mintak sebulan deposit kalau mintak 2-3 bulan terus haii tak tahu lah... sewa pulak mahal-mahal sekarang nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. angan-angan tu yang penting. tercapai ke tidak kita letak tepi dulu hahahaha. Itulah, saya try minta dekat tuan rumah nak bayar lepas sebulan deposit tu tapi dia tak bagi pula. susah betul hmm.

      Delete
  34. Bestnya dapat BR1M, macam macam boleh buat dengan 450 tu. Guna dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilillah boleh bantu sikit2. Baiklah terima kasih :)

      Delete
    2. Kalaulah duit brim blh pergi travel, cnfirm bngga Pm kita. Hehe..

      Seronoknya hat bujang skrng brim tinggi. Time kita dlu rm250 je. Lajuuuu je hbis. Ahaks!

      Delete
    3. hehehehe Alhamdulillah rzeki ni kak agaknya. kalau RM250 beli mekdi 5 kali dah habis dah tu.

      Delete
  35. ehhh duit br1m habis dh buat tambah duit travel. hahaha.. tulah siapa suruh masukkan time makan angin. mcm tahun lepas masukkan juga dlm asb :)

    Turki tmpt paling sgt nak pergi dan negara2 Balkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah dah habis dah ka? tahu takpa memang nak pergi sangat dekat sini. help meeeeee .

      Delete
  36. untunglah... iolls student lagi, dpt rm250 je kad baucar, sobbbbbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpelah RM250 tu pun kena guna dengan berhemah tau.

      Delete
  37. Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, syukur ja dapat BR1M ni, hehe.

      Delete
  38. travel dalam malaysia boleh lagi tu syed...simpan..boleh beranak duit tu nanti...jgn simpan dalam tanah dah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh lagi ke kak. macam mustahil ja. Hotel ja dah berapa dah kos dia.

      Delete