Saturday, February 11, 2017

ATASI KETAKUTAN KETIKA BERUCAP DI HADAPAN ORANG RAMAI

Atasi ketakutan ketika berucap di hadapan orang ramai
Credit to Google.
Aku percaya, ramai diantara kita mempunyai masalah apabila berucap dikhalayak ramai. Hal ini diklasifikasikan sebagai glossophobia. Glossophobia ini ialah satu jenis fobia dimana seseorang individu itu takut untuk berucap di depan orang ramai. Benda ni tergolong dalam golongan fobia juga. Contoh-contoh bagi fobia yang lain ialah Arachnophobia (takut labah-labah), Acrophobia (takut tempat tinggi), Philophobia (takut nak jatuh cinta). Tapi entry aku kali ini ialah mengenai Glossophobia which defines the fear of public speaking.

Sejak dari sekolah lagi aku takut nak berucap depan orang ramai. Keinginan tu ada, tapi bila nak berucap tu mesti ketar habis kaki tangan rasa tak tahu macam mana haha. Tapi dalam masa yang sama aku teringin sangat nak masuk public speaking dan pidato waktu sekolah dulu. Waktu aku sekolah rendah, aku tak berjaya pun masuk mana-mana pertandingan (well, obviously kau tak berbakat). Lepas masuk sekolah menengah, aku punya rasa nak cuba untuk join public speaking ni masih lagi menebal. Tapi at the same time, aku masih malu-malu. Sehingga pada satu hari, waktu tu aku tingkatan 4. Aku kumpul seluruh keberanian aku untuk masuk public speaking (dalam bahasa Inggeris). Aku pergi audition semua, dan aku berjaya, terus pergi bertanding mewakili sekolah selama dua tahun. So, aku join public speaking untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5. 

Pengalaman pertama aku waktu berucap depan orang ramai tu, memang betul-betul mencabar. Sebelum pergi bertanding dekat sekolah lain, aku kena buat raptai dulu dekat tapak perhimpunan depan sekolah. Aku ketar kaki tangan semua for the first 5 minutes. Kadang-kadang bila nervous tu dengan text ucapan dia sekali aku lupa hahaha. Suara aku pun jadi ketar-ketar sebab aku rasa macam thousands of eyes tengah tenung aku kat depan. Aku kena make sure pronunciation aku, struktur ayat aku semua betul time tu (which I believe time tu mesti kelaut punya hahaha). Waktu pertama kali aku join public speaking ni, aku dapat nombor dua (okaylah I think I did quite well even lupa lines sikit). Waktu aku tingkatan 5, aku join lagi dan dapat nombor dua juga lagi. Tapi sebenarnya aku boleh dapat nombor 1, cuma aku punya impromptu speech aku teruk. 

Impromptu speech ni kira macam kau kena cakap spontan, kau cabut undi dan kalau kau dapat certain tajuk tu, kau kena cakap pasal tajuk tu. Aku dapat tajuk pasal parents haritu aku rasa. Skrip semua tu memang dah ada and dah prepare even before the competition. Aku perhati time tu orang lain semua berdiri kat depan and just merely reading their scripts. Aku ingat nak buat kelainan lah kan, kononnya aku yakin yang aku boleh berucap spontan dalam bahasa Inggeris. Tapi aku silap hahahaha. The moment aku berdiri kat depan tu untuk berucap, idea-idea spontan and perkataan yang ada dalam otak tu terus hilang! Aku macam kelu tak terkata kat depan tu. Ayat tonggang terbalik macam kena landa tsunami. Maka, aku redha dapat nombor dua pun. 
CARA ATASI KETAKUTAN
1. Practices make perfect. Kalau kau nervous sangat nak cakap dekat depan, banyakkan berlatih. Seriously it works wonders. Kau berlatih depan kawan-kawan, parents atau adik beradik kau. Anggap diorang tu semua macam kau punya audiences nanti. Kalau kau nak buat presentation dalam kelas or pembentangan research yang ada markah tu, praktis dulu dengan classmate kau. Get their feedback dan tanya diorang apa yang kau kena improve. Daripada situ kau dapat tahu kelemahan dan kekurangan kau. Kalau kau dalam bilik, bayangkan bilik tu ialah stage kau nanti and you're going to rock that stage. 

2. Relax and be postive. Apa yang kau perlu bila bercakap dekat depan ialah ketenangan. Kau tak boleh ada rasa tegang dan tergugat. Kena tarik nafas panjang-panjang, relaks dan bagitahu diri sendiri yang "everything is going to be okay". Fikir positif, anggaplah orang yang tengok kita tu kawan-kawan kita dan bukan orang lain. Kalau kita banyak berfikir benda-benda yang negatif waktu berucap di hadapan orang, benda-benda tu akan terus menghantui kita and kita takkan dapat buat yang terbaik. Lagi satu bila kita relax ni, cara penyampaian kita smooth je dan tak rush. Biasanya kalau kita nervous dan tak relaks, kita akan lebih cenderung untuk cakap laju and that's not good.

3. Banyakkan pergerakan. Bagi aku, bila aku nervous untuk bercakap, aku lebih cenderung untuk gerakkan tangan aku hahaha. Tapi seriously body gestures semua tu memang penting dalam public speaking. Tapi jangan buat pergerakan yang over, jangan sampai orang nampak yang kau bergerak tu sebab kau nervous. Biasanya bila aku bercakap dengan hand gestures, aku rasa macam aku dapat cover aku punya nervous tu berbanding aku duduk diam sambil bercakap. Lagi satu, penyampaian akan jadi lebih menarik kalau disertai dengan pergerakan badan dan juga yang paling penting ialah, senyuman. Jangan lupa untuk senyum bila berada di hadapan. Jangan buat muka ketat sangat nanti nampak sangatlah yang kau tak selesa berdiri dekat depan tu.
KESIMPULAN
Pengacara Majlis
Seorang Syed yang awkward ketika berada di atas pentas
Nak atasi ketakutan untuk berdiri depan orang ramai ni bukannya mudah. Kau perlukan banyak pengalaman dan latihan. Bukannya harini kau pergi depan, esok terus boleh bercakap dengan lancar. No, it doesn't work like that. Ada orang yang memang tak boleh nak bercakap dekat depan. Ada yang berpeluh, ada yang stutter sebab nervous sangat dan ada yang gelabah. Banyak benda yang kau kena belajar untuk jadi seorang yang mampu bercakap dan mempengaruhi orang di hadapan.

Aku sangat admire dengan pemimpin-pemimpin yang mampu berdiri di hadapan ratusan rakyat mereka untuk menyampaikan ucapan. Walaupun dia tahu yang bukan semua rakyat suka dia, bukan semua orang setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi dia berjaya menyampaikan ucapan dia dengan baik. Kadang-kadang bila kita dengar pun kita rasa berminat nak tahu apa isi kandungan ucapan dia. Soft skill macam ni penting sebenarnya yang tak ramai orang kuasai. Aku rasa aku nak attend course la untuk improve aku punya skill untuk berucap di hadapan. At least kita dapat belajar teknik-teknik lain yang diperlukan untuk menjadi seorang public speaker yang baik kan? hehe terima kasih kerana membaca dan saya harap penulisan ringkas ini dapat membantu anda.  

55 comments :

  1. sy pun ada masalah ni. haha. ada satu hari saya mng pertandingan mencipta sajak dan tetiba je cikgu suruh sy deklamasi sajak depan perhimpunan. mmg ketaq habih ah. dahlah tak pandai bersajak, dipaksa pulak deklamasi sajak. =.= terpaksalah baca je sajak tu bukan deklamasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpa asalkan berani pergi depan dah mencuba. itu yang kita mahu :)

      Delete
  2. Blogwalking here. anyway jom la singgah blog sy..sy budak barubelajar http://liyanazafril.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Cik Anis. Kalau cik Anis baru belajar, saya ni tak tahu la macam mana haha.

      Delete
  3. great blog and post. http://najwazahid94.blogspot.my/
    good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nanti saya melawat blog awak :)

      Delete
  4. Practice make perfect. Time kak Ana diploma dulu selalu join MPP prog. Ada masa tu bila jadi ketua biro kena berucap atas pentas. Mula2 jer takut lama2 tak sedar diri. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah itulah, dia mula2 memang macamtu. bila dah mula rasa selesa rasa nak teruskan bercakap ja.

      Delete
  5. Kalau impromptu speech memang habis lintang-pukang ayat biasanya. Tambah2 kalau dalam English. Well, practice makes perfect. Untuk atasi masalah, memang kena hadapinya dulu.

    ReplyDelete
  6. KEMMAHIRAN PERLU DIGILAP SEBAIKNYA BARULAH MENYERLAH HASILNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah cara yang sebenarnya kecuali kalau memang dia gifted.

      Delete
  7. hahaha.. Nurul paling takut kalau kena cakap dekat atas pentas.. tapi Nurul suka.. pelik tak pelik.. hahaha.. ada sekali tu pensyarah main bantai je suruh Nurul jadi mc untuk majlis dinner.. nak tak nak kena la terima cabaran tu. and yes, sangat2 betul.. practice makes perfect.. Alhamdulillah time jadi mc tak rasa janggal langsung ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! hehehe bukan senang tau sebenarnya nak overcome perasaan takut ni. it takes a lot of courage and confidence. kalau tak janggal tu maknanya baguslah, boleh teruskan hehe.

      Delete
  8. Alhamdulillah nice sharing...kak PC merasa sekolah hari Ahad (Johor)...setiap kali ada perhimpunan besar..mesti setiap kelas kena hantar wakil buat persembahan....hihi...kak PC terpilih..sekali jena bersyair da......hancur tisu buat lap peluh..dah macam ada air mata air kat dahi..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau kena bersyair kak saya pun meraung kat depan tu. malunya kalau tak sedap haha, terima kasih kak :)

      Delete
  9. OMG! I posted a new entry entitled "How to Fight Nervousness" just now, without knowing that you've posted something similar here! Alahaiii, what a coincidence.
    Berani bercakap depan orang ramai erh, I lead baca ikrar kat depan masa perhimpunan sekolah dulu pun macam ghaib je sumorang depan mata ni. Pastu ada suara suara sumbang yang ajuk suara kartun I. Haisy 😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan! ternampak dah tadi macam lebih kurang ja hehehe takpa. Dulu zaman sekolah memang la ada lagi budaya ejek mengejek ni. Tapi tu antara pengalaman yang bermakna juga tu haha.

      Delete
  10. ok, baru tau kalau takut jatuh cinta tu golongan Philophobia 😂 dulu time skola nakal, jd ustazah denda suh bagi tazkirah di phimpunan rasmi. lgpun masa form 6 bnyk pbentangan. pastu, kat kolej mmg akan ada amal lisan utk setiap sbjk. lagi gugup time public speaking 😂 bila tlebih gugup, otomatik bcakap pun laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp, kalau dalam bahasa melayu pilufobia kot hahaha. nakal kena bagi tazkirah? bagusnya denda macam tu! hahahaha. Haah, bila tengah gugup dan tak relaks memang kita akan cakap laju.

      Delete
  11. Masa sekolah dulu rajin naik pentas untuk bercakap.. tapi bila dah berusia nie debaran dia lain macam.. hehehe..
    Nice topic Syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau dah berusia ni kita pass kat anak-anak la pula kak. biar diorang sambung legasi.

      Delete
    2. ye.. setuju dengan syed.. next generation please.. hehehe

      Delete
  12. ckap dkat depan la paling nervous . hahahha . aril ade entri baru . jom baca ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap kat depan kalau dalam kelas okay ja. tapi kalau dekat dewan ke apa ha tu nervous. done baca aril :)

      Delete
  13. saya kalau setakat present depan kelas tu okaylah boleh lagi, kalau disuruh berucap kat depan pentas yg ada ramai orang memang terima kasih jelah xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kelas okay ja sebab dah biasa dengan classmates semua kan. tapi kalau kat dewan tu lain macam sikit haha.

      Delete
  14. satu perkongsian yang menarik syed. Banyakkan pergerakan. haha memang aku akan buat tarian kat depan kalau nervous.

    Kalau lecturer aku cakap, nak elak nervous, ketawa kat diri sendiri, bila buat mistake ke, grammar mistake ke, ketawa kat mistake yang kita buat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jangan buat tarin singa ke naga ke sudah lah. a little bit of humor would be good but if its too much tak bagus juga haha. ketawa kat diri sendiri pun boleh eh? nak try la nanti kah2.

      Delete
  15. After this time, still hard to communicate with many people in front of me! Too shy haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha keep practicing. It'll help you a lot :)

      Delete
  16. Assalamualaikum Syed,

    Bagus sangat perkongsian ini.. Teringat masa jadi Moderator setahun lalu.. Gementar, berminggu-minggu susah nak tidur.. Perkara kita tak biasa buat memang sangat merisaukan..

    In shaa Allah dengan perkongsian Syed dapat meningkatkan confident level..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak. Betul tu, kalau lama-lama dan dah biasa takdehal pun nak bercakap kat depan. Silap-silap taknak berhenti pula bercakap haha.

      Delete
  17. Teringat masa viva dulu, Mai tak nervous langsung, dan relax2 je. Malangnya sebab hyperthyroid ni, separuh jalan tak cukup nafas, lepastu tremor pula, lec ingat tak prepared dan gelabah, sedih betul, nasib baik masa tu baru viva proposal.

    final viva memang prepared lebih termasuk pernafasan supaya tak semput separuh jalan lagi. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai hyperthyroid tu macam mana? thyroid yang ada dekat leher tu eh? Dugaan betul nasib baik proposal baru kan. Alhamdulillah time final dah prepared and dah berjaya. haritu masa syed buat viva pun cuak mula2 tu haha.

      Delete
  18. first time brucap bhdpn public memang mgeletar..klw dh biasa ... hilang getar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, so kena praktis banyak2 la jawabnya.

      Delete
  19. Saya pun ada masalah nak depan public ni. Rasa nak gugur jantung, terketar2x semua ada. Skang cuba sedaya upaya nak lawan bagi boleh public speaking. Belum berjaya lagi tapi tetap berusaha. Good artikel to read. I like it. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, teruskan usaha anda untuk mengatasi ketakutan tu hehe boleh punya tu inshaAllah. Terima kasih sudi membaca :)

      Delete
  20. Bagus tip ini....semoga lepas ni saya menyanyi di khayalak ramai tak gugup 😆😆😆👍👍😇😇

    ReplyDelete
  21. Sebenarnya kan benda ni boleh diatasi.

    Saya dulu pernah rasa tak confident, rasa takut nak bercakap depan orang. Betul la tips-tips yang Syed bagi tu. Kita kena selalu latih dan biasakan diri.

    Masa masuk diploma, banyak kena buat presentation. Kat situ dah naik sikit keyakinan (oleh itu jangan la merungut bila lecturer suruh buat presentation). Tapi tu pun tak cukup lagi, kita kena selalu berjumpa dengan ramai orang, bercakap dengan diorang (kurangkan sikit spend time dalam social media).

    Lepas habis degree, salah satu masalah yang dihadapi ialah nak buat conservation dengan orang lain. Selalu ada masalah, dah kerja ni memang banyak jumpa orang barulah rasa yakin.

    Yang penting, jangan berhenti belajar!

    Suka perkongsian Syed, semuanya berguna. Keep it up!

    Best regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pojie. benda ni makin banyak kita lalui, lama-lama it comes naturally. Tapi it takes time and effort lah. Dulu masa lepas SPM syed banyak spend masa dengan social media. Sambung belajar terus rasa awkward sebab rasa macam dah lama tak bercakap dengan orang. Bila dah nak masuk alam pekerjaan ni, Alhamdulillah dah semakin baik. Terima kasih pojie :)

      Delete
  22. tq 4 sharing,keep it up! sy wlupun nebes pergi je wt presentation ngn selamba padahal takut giler..psycho diri sndiri kata alah presentation je pun.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah samalah, kita kena fikir positive je, kena pandai pujuk diri kita haha. kalau kita rasa takut, automatik perasaan tu akan menguasai diri kita.

      Delete
  23. saya tak pernah terfikir pun nak masuk pidato or pubic speaking 'cos I know I don't have the skills for it haha

    selalu before presentation memang rasa nervous but once dah start present, confidence tu akan datang sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dulu pun tak rasa macam ada skills pun cuma rasa teringin nak join ja and mula belajar dari situ. Tapi tak menang pun lol. Memang for the first 3 minutes tu akan nervous, cuma lama2 bila kita dah selesa memang terus confident haha.

      Delete
  24. Terima kasih berkongsi tips..tak pernah tak takut kalau kena buat presentation apepun..agaknya kalau hari hari berucap baru hilang takutnya tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang kena hari-hari bagi sampai jadi rutin so lama-lama dia akan okay hehe.

      Delete
  25. sharing yg bagus, tp kalau sy nak hilangkan nervous, sy bercakap bnyak berjalan, tak boleh stay satu tempat..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada orang memang macamtu bila nervous, tak dinafikan sebab dia nak control rasa nervous tu kan hehe.

      Delete
  26. good sharing. sy, kalu tgk org nyer mmg takuttt sgt nk berderi dpn org ramai. nak berucap apatah lagi. tapi sy sgt2 berterima kasih kat guru2 sy dulu ms sekolah yg selalu panggil sy ke depan dan paksa msk mcm2 pertandingan (syarahan) dan krn semua tu, berdiri dan berucap dpn org ramai bkn satu ketakutan bg sy. tp yg penting kena ckp point / perkara yg sy tau. yg x tau tu, sy rs lbh baik sy diam ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saya setuju dengan awak. better diam kalau kita tak tahu sesuatu tu. Apa-apa pun, cikgu memang banyak membantu saya untuk lebih berani waktu dekat sekolah dulu. Pembentukan diri kita banyak belajar dari sekolah dan dibawa ke universiti hehe.

      Delete
  27. adeh..dari dulu sampai sekarang, rasa takut tu tak hilang. lagi-lagi kalau bercakap awal pagi dengan pekerja bawahan. waktu bersembang dengan diarang ok je, tapi waktu briefing pagi, nak bercakap tu, lemah lutut. time presentation lagilah, goyang terus semua yang ada. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang last sekali tu deep betul. apa benda yang bergoyang tu kahkah.
      apa pun kena positive dan banyakkan praktis. lama2 okay punya tu.

      Delete