Friday, February 3, 2017

BLOG SUDAH TIDAK RELEVAN?

blog sudah tidak diperlukan lagi

Adakah blog masih relevan digunakan pada masa kini?
Kalau ianya masih relevan, untuk tujuan apa?

Aku pernah aktif dalam dunia blog satu ketika dahulu iaitu pada tahun 2010. Dah lebih kurang 7 tahun juga berlalu. Time tu aku rasa keseronokan berblogging tu. Walaupun waktu tu aku baru berusia 17 tahun tapi masih gigih buat blog. Bila ingat balik waktu tu, komuniti blogger sangat berkembang, kami aktif di group-group facebook dan melawat blog satu sama lain. Kadang-kadang siap buat gathering dan buat aktiviti-aktiviti sekali (tapi malangnya aku noob lagi time tu tak dapat join banyak gathering sebab malu, low self-confidence hahaha). Lepastu kalau nak pergi mana-mana event semua kena ada transport. Lama-lama, motivasi nak menulis pun kurang. Lagi-lagi bila aku dah sambung belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Time mula-mula aku belajar tu aku aktif lagi la untuk bulan-bulan terawal and aku rasa macam loser gila duduk dalam bilik terperap tak buat apa sambil update blog. Ada juga yang perli aku tak reti keluar bilik, antisosial, tak bersukan semua hahaha tapi aku terima dengan rela hati. Aku tak tahu kenapa tapi waktu tu aku rasa kawan-kawan aku semua dekat dunia blog. I feel like I don't belong to the real world. Kalau boleh nak duduk dalam blog je taknak tunjuk muka kat orang. Haaa sampai tahap macamtu sekali sebab tak biasa dengan persekitaran baru dan kawan-kawan baru.

hari bertemu bloggers
Nah, aku belanja satu gambar yang memalukan masa aku join gathering buat pertama kali dekat Mid Valley. Dengan edit gambar sampai over exposure ni, SIAPA NAK BERTANGGUNGJAWAB. Geleng kepala bila tengok balik gambar ni hahaha.

*********************************************************
Back to the topic, kalau orang tanya blog masih relevan atau pun tidak pada masa sekarang ni, 
aku rasa YES, BLOG MASIH RELEVAN
I NEED MY OWN SPACE
Pada pandangan aku, antara sebab aku mula untuk berblogging semula adalah kerana aku perlukan ruang untuk aku sendiri. Ruang dekat sini maksudnya ruang untuk menaip panjang-panjang dengan kebebasan. Dekat facebook kan boleh tulis panjang-panjang juga? Facebook sangat berbeza dengan blog. Satu, sebab dekat news feed ada banyak post-post orang yang kadang-kadang bila kita baca buat geram je hahaha. Dua, people are not going to read lengthy posts dekat fb sebab depa malas. Jadi, buang masa juga kalau tulis panjang-panjang tapi orang tak baca? Tulis kat blog ni ingat orang baca sampai habis ke? Yeah, kalau orang tak baca sampai habis pun, at least dia ada usaha juga tu nak buka blog kita. Kalau kat fb tu kalau orang malas baca memang dia scroll terus sambil dipandang sepi. 

Lagi satu, aku ni memang jenis suka bercerita. Kalau tulis satu benda tu kalau boleh nak jadi novel dah HAHAHA. so, bila nak cerita ni aku kena ada medium sendiri kan? medium yang memudahkan untuk aku baca balik bila aku bosan satu hari ni. Percaya atau tidak, aku seorang yang akan baca entry-entry dekat blog aku bila aku bosan. Kalau nak baca tweet-tweet atau status dekat facebook kau kena scroll sampai jari kau pun dah lenguh semua. Tapi, dengan adanya blog, mudah sahaja. Just buka link entry dan scroll beberapa kali untuk habiskan pembacaan. Kau juga boleh berkarya kalau kat blog ni. Sambil tulis entry tu boleh la letak gambar sampai 10 keping untuk menjadikan pembacaan lebih menarik? 
MAKLUMAT YANG LEBIH TELUS
Telus tu maksud dia tepat kan? HAHAHA ok confuse jap. Aku paling menyampah betul kalau buka facebook dengan twitter bila nak cari maklumat ni. Banyak maklumat yang tak boleh pakai langsung. Kadang-kadang post untuk dapat likes beribu dengan RT berjuta. Kononnya nak "pancing" orang siapa yang terkena dengan tweet tu. Sumpah, tak lawak langsung. Nampak bodoh lagi adalah. Kalau trend kat fb pula suruh komen "hujan" nanti ada hujan keluar dekat screen. Motif? Lepastu tajuk post tu tak nak kalah gambar ambil dari mana entah pakai letak ja buat macam gambar sendiri.

Dekat blog pun ada juga jenis artikel copy paste. Tapi, kita sebagai blogger at least dapat cam la yang mana genuine mana tak haha. Dengan adanya blog, kita juga senang nak refer maklumat seperti tempat makan menarik, destinasi pelancongan yang menarik atau tempat rekreasi. Lebih memudahkan bila penulis blog dah siap tulis dengan terperinci tentang sesuatu tempat tu. Secara tidak langsung, ianya memudahkan. Even if you google pun, search results yang akan keluar ialah daripada blogs bukannya daripada facebook atau twitter.

Maka dengan itu, aku pun mengambil keputusan untuk menulis kembali. Masalahnya sekarang aku start daripada zero. Tak tahu macam mana nak bagi followers ramai and nak bagi orang baca macam dulu hahaha. Sebab komuniti blog sekarang aku tengok ramai yang berblog untuk bisnes, bukan untuk kongsi cerita lagi dah haih. Takpalah, kalau ada sorang dua baca pun aku dah happy kot :')

Kesimpulannya, penggunaan blog pada masa kini masih lagi relevan untuk digunakan. Walaupun dengan adanya media sosial seperti facebook, instagram dan juga twitter, namun penggunaan blog juga ada peranannya sendiri. Terima kasih 😀

30 comments :

  1. welcome back to blog. hehehe.. awak yang mana satu dr gmbr atas tu ? ternampak bro framestone lak situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sy yg hujung sekali tu, dulu time aktif pernah jumpa bro beberapa kali juga la.

      Delete
  2. Setuju. Memang ramai blogger dah slow down berblogging tapi for some, blogging masih relevan! :)

    Nice blog anyway. Pojie here!

    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
  3. kita serupaaaaa... kita serupaaaa... (tetiba teringat lagu tu). mmg kita serupa, zaman kita berblogging dulu dah tak sama dgn skrg dan mana nak cari balik blogger lama? ntah... tak tahu.. so nak tak nak kena lah mula dari bawah semula dan terkapai-kapai macam bot hilang enjin. But its ok, sbb kita ada pengalaman lama yang boleh di keluarkan semula. (sis baca citer awak awal smpai abis, x skip ye.kiki)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn, tak tahu macam mana nak cari blogger dulu-dulu haha. wowww terharunya sis baca sampai habis. thanks sis.

      Delete
  4. Mestilah relevan, tambah2 zaman kejap kejap nak google,semua benda nak google, so kebanyakan maklumat jujur lagi ikhlas ni dari blogger la, iklan tak termasuk eh, hahaha, yang tu tak pasti jujur ke dikaburi upah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ya saya setuju tu. yang iklan tu hmm depends on blogger juga sebenarnya kan.

      Delete
  5. Memang releven lah..
    so.. teruskan menulis tau..

    ReplyDelete
  6. dekat blog best bila kita nak share story ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, sebab boleh letak gambar and boldkan tulisan semua so jadi macam seronok :)

      Delete
  7. Aku sampai sekarang masih intim dengan blog sebab bagi aku blog ni lain tau. Aku lagi suka nak share atau sembang thru blog dari facebook atau wechat even IG sekalipon. Blog tetap dihatiku. Gitchew 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku sejak ada blog ni dah tak heran dah dekat benda lain. cuma fb tu guna untuk ping entry ja.

      Delete
  8. hai another syed..singgah dan follow sini mgkn kita pernah bertegur sapa dlu2 heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh sila2. terima kasih. mungkin pernah agaknya.

      Delete
  9. selamat berblogging..jom follow my blog..blog rabiahtul adawiyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. done follow your blog :) thanks for following me.

      Delete
  10. setuju, sehari tak mengadap blog memang akan rasa kurang seronok hehehe jadi hari2 mmg kena selalu post something kat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul sangat tu. saya rasa resah je kalau takda benda nak update dekat blog ni.

      Delete
  11. Setuju sangat... memang masih relevan. Rekod pun tersimpan baik dalam arkib...

    ReplyDelete
  12. Oh baru tahu syed rupanya blogging dah lama jugak. Hihi . Welcome back =)

    ReplyDelete