Tuesday, February 21, 2017

TEMPAT MAKAN MURAH, SEDAP DAN PORTION YANG BANYAK DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Tempat Makan Murah, Sedap dan Berbaloi di Kuala Lumpur
Anda mencari tempat makan yang murah, sedap dan portion yang banyak di Kuala Lumpur?
Anda nak makan banyak tapi tak nak bayar mahal?
Tak tahu nak makan dimana dan sukar membuat keputusan?

Pada hari ini aku nak perkenalkan satu restoran yang agak famous di sekitar Kuala Lumpur ni
 iaitu Restoran Murni Discovery

Sebagai seorang pelanggan, sudah pasti kita hendak mencari yang terbaik untuk diri sendiri kan? Terutamanya bila bab-bab makanan ni. Aku ni takdalah cerewet mana pun bab makan ni (adalah sikit) tapi yang pasti bila aku makan tu portion mestilah kena yang berbaloi dengan harga. Tak nak lah makan sandwich satu tapi kena charge RM10. Padahal sandwich je pun? Mula-mula belajar dekat KL dulu aku terkejut juga bila pergi restoran-restoran makan mahal tapi portion sikit. Time tu aku baru nak membesar so kalau makan mesti kena makan banyak. Bila makan sikit tu rasa macam akan lapar balik malam tu.

Aku tak tahu macam mana aku boleh discover tempat makan ni. Aku rasa through twitter or blogs kot? aku tak ingat. Zaman foundation aku dulu kalau nak pergi restoran ni punyalah payah sebab takda orang yang bawa kereta. So we had to go there with our seniors or sometimes with rented cars. punyalah nak sangat pergi kan haha. Bila dah masuk degree sahaja, memang tempat ni akan selalu jadi restoran pilihan aku bila orang tanya "nak makan mana ni?" ataupun bila elaun dah masuk. Yelah, bila elaun masuk sahaja boleh makan sedap-sedap dan keluarkan duit sikit. Kalau elaun tak masuk nak makan sini memang makan pasir lah kau sampai hujung bulan. Bukan sebab harga makanan sini mahal, tapi sebab rasa nak order semua benda sebab tengok menu semua sedap! 
KEISTIMEWAAN RESTORAN MURNI DISCOVERY
SS2 Murni

1) Portion yang banyak

Kalau tengok gambar kat atas ni memang nampak banyak kan? Hakikatnya memang portion dekat restoran ni sangat banyak! Pinggan dia sangat besar dan kau boleh kongsi satu kampung aku rasa. Menu kat atas ni aku order Mee Raja Tomyam . Kalau nak tahu, Mee Raja ni kira macam dia punya signature la. Memang orang yang pergi restoran ni wajib try dia punya Mee Raja. Kalau Mee Raja biasa RM8.00 sahaja. Kalau yang macam kat atas ni RM10. Tapi serius, dah la portion dia besar lepastu isi dia pun tak kedekut. Selak je mee tu penuh dengan isi. So, jangan risau kalau nak cuba confirm berbaloi dengan harga yang dibayar dan takkan menyesal.

Berdasarkan pengalaman aku makan dekat restoran ni, kalau pergi dengan kawan-kawan perempuan, memang diorang tak boleh habis satu plate tu. Wajib bawa balik bungkus untuk kawan-kawan yang ada diasrama. Senang cerita, satu tu kau boleh makan untuk dua hingga tiga orang. Tapi sebab masa zaman aku nak membesar tu aku pelahap sangat, satu pinggan tu aku bantai makan sorang sahaja hahaha lepastu tak larat nak bangun macam paus terdampar atas kerusi dah rupanya.

Murni Discovery Restaurant
Credit to Google
                                                                  2) Orang yang sentiasa ramai

Serious setiap kali aku pergi sini memang aku kena beratur untuk dapat tempat duduk. Aku selalu pergi dekat cawangan restoran di SS2. Kalau kau pergi situ, dia buka meja sampai kaki 5 kedai pun still orang beratur juga. Dulu dia ada satu je restoran dekat ss2 tu. Tahun 2015 tak silap aku dia dah buka lagi satu tempat makan dekat sebelah tu. Boleh tahan selesa dan cantik! tapi kalau kau pergi lambat memang kau kena beratur lah jawabnya. Dah macam nak ambil BR1M pula. EH. Jadi pada pendapat aku, kalau orang ramai beratur tu mesti ada benda yang special dekat restoran tu. Kalau tak sedap takdalah orang beratur panjang kan? hehehe.

3) Spaghetti yang sedap!

Besy Spaghetti Ever

Aku bukan jenis yang gemar makan spaghetti sebenarnya. Dulu aku selalu pelik macam mana depa semua ni boleh telan spaghetti. Tapi, lepas aku try makan spaghetti dekat sini memang rasa macam nak makan spaghetti tiap hari weh! Kalau kedai western yang lain biasanya nak makan spaghetti ni mesti mahal. Tapi kalau dekat sini siap ada tambahan chicken chop lagi tak sampai RM20 pun! RM12 sahaja. Kalau macam yang dekat atas ni mahal sikit. Sebab dia aku tak tahu hahaha tapi nama dia Arabiatta something. Datang dari Arab kot? tu pasal mahal sikit lol.


Restoran SS2 Murni Discovery

Okay kalau yang macam ni nama dia Spaghetti Seafood. Nampak tak dia punya isi dalam tu banyak kan? Ada onion ring, ada oyster ada isi ketam tu. Memang sedap ni aku tak tipu. Harga dia around RM12 macamtu sahaja. Still affordable untuk makan sekali sekala kan?

Tempat Makan Sedap

Sekarang ni aku perasan dia nak jadi hipster sikit restoran ni. Dah mula serve makanan dalam pan dah. hahahaha walaupun nampak macam tak senonoh kan makan dalam kuali. Tapi  memang syarat nak jadi hipster kena buat kelainan. So, aku terpaksa makan dalam kuali sebab tu aku hitam macam kuali juga huhuhu ok takda kaitan sebab aku memang hitam. Nasib baik boleh process masuk photoshop dulu fuh. Kalau menu macam kat atas ni Spaghetti apa entah nama dia aku tak ingat. haa! Spaghetti Benzema. This one agak mahal sikit dalam RM15 something kot? sebab apa mahal aku tak sure. Guna minyak berkualiti tinggi mungkin (haha suka hati aku je). Tapi sedapppppp.

Okay aku rasa aku dah cerita panjang lebar dah pasal tempat ni, nampak sangat aku memang regular customer dekat sini selama 5 tahun setengah ada dekat kl tu. SERIUS ANDA SEMUA KENA SERBU RESTORAN NI SEBAB MEMANG ANDA TAKKAN MENYESAL. lepastu nanti kalau dia perasan aku punya entry ni kot-kot lah aku dapat tajaan free makan selama setahun ke? mana tahu kan hahahahaha okay berangan kot kau syed.
In case kalau korang nak datang dekat Restoran Murni Discovery ni tapi tak tahu dekat mana restoran dia ada, boleh rujuk details di bawah:

SS2
Aman Suria
USJ
Sunway Mentari
Kepong
Bukit Jalil
Bandar Sri Permaisuri
Shah Alam 




58 comments :

  1. Ewah nama makanan satu satu taknak kalah. Tapi betul lah, kalau harga mahal tapi isi tak kedekut macam tu memang tak ralat nak makan sekali sekala kan.

    Menggoda betul satu satu makanan tu. Sedih betul duduk jauhh T_T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa memang berbaloi sampai nak habiskan tu pun boleh give up kadang2 haha. Nama air dia lagi fancy. Ada "I love you, I miss you, Kiss Me Baby" lawak kan? hehe. Datang la kl mai, nanti boleh makan sini huhu.

      Delete
  2. perghhhh lapaqqq perut aku kimmm hahaha dah lah kena jaga fitness badan skang niii.. hang buat aku terliuq nak makan westernn lah pulakkk.

    Aku ingat hari ni tiada update dari kau. Ada rupanya. Syabas syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sorry buat perut hang mengidam western. ala lepas makan nanti jog la pulak. Aku actually takda idea nak update apa kah2 ini pun aku fikir nak post malam semalam atau hari ni ja. hehe.

      Delete
  3. entri ni menggugat keimanan betul.. Disebabkan this entry, I checked out the nearest outlet and skrang ni tunggu brim masuk, nak pergi try.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yeay! berjaya mempengaruhi orang. Tapi try laa mana tau kot kena dengan selera awak juga kan.

      Delete
  4. Bila tengok gambar makanan2 diatas, terasa macam nak makan jee lepass. (ehh, ak le.. larut malam da. hehe ) Lamanya saya tak makan spaghetti. Tapi itu pun makanan spaghetti yang biasa2 je..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sorry buat rocky mengidam. takpa nanti kalau pergi kl boleh la cuba makan dekat sini.

      Delete
  5. haaa ..nak tergelak2 baca .. yang part last sekali.. kuat makan nampaknya syed.. oklah tu .. memang affordable harga.. puas hati tengok dari segi rupa dan portion tu nampak banyakk.. terbaikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak! itu pun saya tak reti nak tangkap gambar bagi dia nampak banyak lagi haha. Memang saya kuat makan kak, duit banyak habis ke makanan ja.

      Delete
  6. Alahai tengok makanan malam malam terasa lapar pulak. Hahaha. Btw Nice sharing. Nanti pergi Shah Alam wajib singgah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe rsorry buat awak rasa lapar. thanks nanti pergi la singgah mana tahu kena dengan selera kan.

      Delete
  7. terliur nampak... mmg kena la kalau murah sedap dan banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn kak, terutama untuk golongan student ni. sebab kalau students mesti makan banyak haha.

      Delete
  8. Mee Raja is always my fav menu 😘😘

    Boleh kongsi 2 orang. Order macam2 lepas tu tukar2 pinggan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kakk. memang berbaloi. tapi saya lebih suka spegeti dia sekarang ni. Mee Raja tu banyak sangat and kadang2 rasa agak stuffy macamtu hehe.

      Delete
  9. Done follow G+. Google follower saya masih belum dapat follow. Ada masalah teknikal maybe. Semoga berjaya ditempatkan kelak. Negeri awak tak ada interim ker? Course ape? Saya Sejarah.

    Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak. Saya punya negeri takda interim sebab hanya ada dekat Sabah dan Sarawak sahaja. Course bahasa inggeris kak.

      Delete
    2. Sebena-benarnya kan. Kita sebaya. Hahah. Jangan panggil saya kakak please. Hahah.

      Delete
    3. hahahahahaha la yeke sorry tak tahu. aduiii malunya.

      Delete
  10. menarik bagi yang suka makan bolehlah pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, yang suka makan + makan banyak hehe.

      Delete
  11. bgs nya pgusaha restoran ni, mmg xlokek dgn pelanggan. bsesuaian dgn size pinggan pula bila di hidang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, sebab itu orang selalu ramai makan dekat sini hehe.

      Delete
  12. ehemmm ehemmm sodap nampak menjamu selera.. tak ajak akak pown ye.. hahahaha... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak! hehehehe ala saya pun tak duduk kl ni tak dapatlah nak ajak :(

      Delete
  13. Boleh tahan murah harga kat situ kalau dibandingkan dengan kat sini tapi semua kedai tu jauh dari rumah akak.
    Paus terdampar atas kerusi... kelakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa yeke kak. akak duduk mana? hahaha betul kak sebab kenyang sangat so macam paus lah kot hehee.

      Delete
  14. Nampak sedap mee raja tomyam tu. Jadi student memang always cari tempat yang makanan portion banyak. kalau boleh beli satu share satu bilik. hehe

    I will follow your blog later sebab ada masalah dengan blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan sangat spicy hehehe. Memang bila nak makan banyak-banyak akan singgah dekat restoran ni la sebab harga pun berbaloi.

      Okay no problem :)

      Delete
  15. Bhahahahahahaha amende tah Syed ni, hitam macam kuali pulaakkk... Seriously, tempting sangaatttt tengok semua makanan yg Syed share tuuu! Hmm, tapi mee raja tu mcm pelik sikit sbb dia tomyam erh. Selalu tau kalau nasi goreng tomyam je. Hehe kena pergi cuba nih! Bawak squad sekali, kalau tak tak habis pulak. Selera besar, tapi perut tak cukup besar rasanya nak habiskan macam Syed sampai terdampar! 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la hitam macam kuali kot. Arang pun boleh juga actually but kuali is nicer hahahaha. Tempting kan? ha apa lagi pergi la serbu kedai ni. ukan tomyam sahaja, ada belacan ada seafood banyak lagi. Mula2 rasa pelik juga pertama kali pergi sana tapi okay ja hehe. Wajib baik squad sekali sebab memang confirm tak habis unless kalau fairuz memang sejenis makan banyak hehe. kalau tak nanti jadi terdampar macam syed.

      Delete
    2. Maakkkk aiii, arang tu hitam legam tau?? K, nak gelak jap.
      Alahaaiiii dah la tengah lapar ni! Kalau pergi time perut berkeroncong macam ni, possible lah jugak kot nak terdampar macam Syed. Haha tak senonoh, kbai. :D

      Delete
  16. amboi meyesal pulak singgah entry ni ... hahahahahha lapar...

    Thaks singgah blog akak, balas kunjungan :) done follow #195

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sorry buat perut akak lapar. Thanks kak sudi membalas kunjungan :')

      Delete
  17. kiter suka spageti. tq info nih...bila nk terjah tak tau la..;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa kak, kalau berdekatan dengan lokasi di atas ni boleh ja singgah bila2 kan hehe.

      Delete
  18. kalau harga mahal, tapi portion banyak... x menyesal ohhh 😄 kalau makanan Arab, jarang jumpa yg murah tapi portion banyak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang tak menyesal sebab satu plate boleh kongsi 2 orang kot hihi. makanan Arab memang mahal kann, tapi saya tak tahu spaghetti arabiatta tu memang dari arab ke mcm mana haha.

      Delete
    2. yg sy tau dorang takda sambal belacan 😏

      Delete
  19. Bukan setakat awak je Syed nak makan portion besar tapi murah, hakak pun mcm tu jugak hihi.....hakak ke makcik ye? Aduh....
    Hakak la ek....nampak muda sikit.

    Nampak mcm menarik jugak makanan dia tu Syed. Yelah kalau banyak, tp isi kurang pun tak best jugakkan.
    Jarang makan area situ kecualilah terpergi ke tersesat.
    Awak tak delah hitam pun, tak baik tau merendah diri sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hakak pun boleh la. Kan kak, kalau portion kecil tapi harga mahal siapa ja yang nak makan. Takpa, kalau akak tersesat lagi area ni nanti pergi la try makanan dekat sini. hahahah yeke kak, takdalah saja ja melawak tu.

      Delete
  20. da pernah pegi branch kat usj taipan... x rancang pun nk mkn kat sini tp sbb da x de tempat lain kami msk je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay tak makan dekat sana? menepati selera ataupun tidak? hehe

      Delete
  21. buat orang rasa lapar...nanti terlajak makan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha janganlah sampai terlajak makan.

      Delete
  22. SS2 dekat area PJ dulu selalu orang kerumun lol since dekat gila dengan UIAPJ ._. tapi takpernah pergi hahahahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha alaa rugilah tak pernah pergi padahal dekat je pun. laluan yang sama ja.

      Delete
  23. Duluu masa duduk PJ, memang selalu lepak dekat Murni SS2. Heheh. Nani suka nasi lemak sotong diorang. Sedap gilaa oi, sambal pulak tak kedekut langsung. Memang syok lepak sini tapi selalu kena bertabahlah tunggu meja kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok kan? sebab banyak and tak kedekut. btw sekarang dia dah bukan tempat makan yg baru dekat sebelah so besar sikit and tak perlu tunggu lama lama sangat.

      Delete
  24. Minyak masak kan mahal..sebab tu mahal harga makanan sekarang ni.. Hehe

    ReplyDelete
  25. Tq for sharing. Skarang trademark restoran/kafe ala2 hipsturrr gittu

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome yuppp betul tu memang kena ikut trend sekarang ni haha.

      Delete