Wednesday, April 29, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI MURTABAK DAGING


Assalamualaikum kalau tak jawab dosa, kalau jawab? saaayaaang (ok stop it Syed)

Korang suka murtabak tak? I'm not a big fan of murtabak tapi tulah waktu bulan puasa ni, mesti kena rasa juga murtabak. Kiranya tak lengkap la Ramadan aku kalau tak makan murtabak hahaha. Actually puasa kedua haritu aku dah beli murtabak dua keping dekat kawasan perumahan aku ni tapi tulah, tak berapa kena dengan selera aku. Maka, aku pun mengambil keputusan untuk membuat murtabak aku sendiri. MASALAHNYA AKU DECIDE NAK BUAT MURTABAK NI PUKUL 12.00 MALAM KOT. Tapi takpa,sebab nak mencabar diri punya pasal aku teruskan.

Aku akui la benda ni macam agak extreme la untuk aku buat especially nak buat kulit murtabak tu. Agak susah la nak uli tepung tu haha tapi it's ok bagi aku benda ni yang penting ialah inti dia. Kalau inti sedap, maka sedaplah murtabak kau. Kulit dia tu hanya mempengaruhi 10% ja daripada rasa keseluruhan murtabak (tiba masuk subjek Maths kau hahaha). So, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan!

BAHAN-BAHAN
KULIT MURTABAK
 - Tepung Gandum (4 cawan)
- Telur (1 biji)
- Susu Pekat Manis (1 sudu)
- Marjerin (2 sudu)
- 1 1/2 Cawan Air (dicampur garam)
INTI MURTABAK
- Daging Cincang (400gram) *lebih pun okay ja*
- Bawang Besar (1 atau 2 biji ikut saiz ya) *dipotong dadu*
- Kentang (4 biji) *dipotong dadu*
- Bawang Putih (5 biji) *dipotong dadu*
- Halia (1 cm) *dihiris halus*
- Rempah Kari (5 sudu) 
- Garam dan Gula (secukup rasa)
- Minyak masak (untuk menumis)
- Jintan Manis (1/2 sudu)
BAHAN CAMPURAN INTI
- Telur (4-6 biji atau secukupnya)
- Bawang (dipotong dadu atau dihiris halus)
BAHAN BAWANG JERUK
- Bawang Besar (1 biji dihiris halus) 
- Cuka 
- Gula
- Garam
- Lada

CARA MEMASAK
KULIT MURTABAK

1) Masukkan tepung gandum, marjerin, telur dan susu ke dalam bekas dan gaulkan. Aku ada dengar orang kata kalau nak kulit murtabak kita cantik kena pakai tepung gandum yang mahal tu baru cantik sikit senang nak tebar nanti.

2) Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terus masukkan semua air tu nanti susah pula nak budget. Part ni kau kena adjust la mana yang kurang. 


3) Pastikan tepung yang kau uli tu tak melekat di tangan. Bila bancuhan tu tak melekat maksudnya jadilah bancuhan kau tu. Selagi dia melekat kat tangan maksudnya kau kena pandai lah adjust letak marjerin or tepung. Kalau bancuhan tu macam lembik sangat, meaning lebih air la tu so kena tambah tepung. Faham tak? (ceh macam hebat sangat kau Syed)


4) Bila dah siap uli tepung tu dan dapatkan texture yang dikehendaki, kau kena bulat-bulatkan doh dan sapukan marjerin disekeliling doh tu supaya doh-doh tu tak melekat antara satu sama lain. Perapkan sehingga 2 ke 3 jam. In my case, aku perap lama juga haha. Siap gaul ni pukul 1 pagi. Pukul 5.00 petang baru keluarkan dari peti ais sebab nak tebar dah. Okay selesai satu bahagian
INTI MURTABAK

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris dan dipotong dadu sebentar tadi. Tumis sehingga berbau wangi dan berubah warna (betul ke ayat aku ni? haha)

2) Kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga warna daging berubah. Seterusnya, masukkan rempah kari dan jintan manis dan kacau sehingga sekata.

3) Masukkan kentang ke dalam kuali tersebut diikuti dengan air. Jangan letak air banyak sangat, cukup sekadar untuk melembutkan kentang tersebut. Kemudian letak sedikit garam dan gula.

4) Kacau dan tunggu sehingga air kering. Tadaaa! Dah siap inti murtabak anda.

BANCUHAN INTI

1) Next, kau ambil satu bekas kosong. Pecahkan telur beberapa biji kemudian masukkan bawang besar yang kau dah hiris halus tadi dan masukkan sekali inti yang dah siap ke dalam bekas tersebut. Kemudian kacau la mereka tu sampai sebati.


2) Bila dah bancuh inti tu, bersedialah untuk tugasan yang lebih mencabar! haha. Part ni paling susah juga sebenarnya. Kalau kau reti tebar, kau tebar lah. Kalau tak reti kau tarik-tarik jelah roti macam dalam gambar. Aku guna tepung gandum cap apa tah ni, macam tak cantik sangat tepung aku haha. Kalau tarik lebih sikit nanti dia koyak, tapi rasa sedap ja huhu (tak nak kalah tu)


3) Bila dah tebar and letak inti, bungkus elok-elok lepastu letak la atas kuali. Aku tak tahu pun yang mak aku beli kuali ni. Rasa macam tak pernah nampak pun selama ni? haha tapi okaylah ada benda ni memudahkan juga. Kalau takda boleh guna non sticky pan tu okay? Api jangan terlalu besar. Masak dengan api yang kecil ja sebab kalau tidak nanti dalam dia tak masak. 
BAWANG JERUK

1) Alamak! aku takda gambar bawang jeruk pula. Untuk bawang jeruk ni mudah sahaja. Kau ambik bawang yang kau dah hiris tu, potongkan lada dan masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. JANGAN MASUKKAN AIR. Kalau korang beli murtabak kat bazar tu, diorang usually akan tambah air. So, dia punya bawang jeruk tak sedap and cepat basi. Lagi satu, jangan letak sirap sebab nak bagi dia merah. Mengarut lah, makan ja colourless macamtu lagi menyihatkan hehe.
MURTABAK DAGING SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN


Thanks for reading and selamat mencuba! 
*korang kena try buat sendiri sebab seriously puas hati. Aku dapat buat dalam 20 keping murtabak tapi aku adjust sendiri la bancuhan tu. Kalau nak buat lebih, kena tambah la tepung semua tu*


53 comments :

  1. ok..boleh buat nnt. murtabak taknak bawang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti hehe. Tak bestlah kalau takda bawang.

      Delete
  2. Salam mr. syed, wow bravo untuk resepi murtabaknya...boleh request dari chef import sy ni..(well little bit shy referring to your steps, detailing, effort dan end result tak payah guest for sure sedap!!!!..Dapur bujang terbaik...). Kalau ada resepi yang sy refer mintak halal yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Takda la, biasa2 ja ni. Saja nak try benda baru sebab takda kerja kan duduk rumah haha. Okay, saya halalkan! hehe

      Delete
  3. Adoi sedapnya murtabak tu! Betul, kalau kena inti dia memang terangkat haha! Datang follow sini. dan blog yg cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah! inti dia memang main peranan hahaha. Thanks! :)

      Delete
  4. Fuhhh, nampak sedap betul... air tangan sendiri haruslah padu! Kan! Terima kasih info! Boleh cuba nantiiii, walaupun nampak susah sangat step nak tebar tuu. HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! hahaha cuma part kulit dia tu tak expert la nak bagi lawa. Sama2, MEMANG SUSAH OKAY.

      Delete
  5. Tq share resepi...mmg wajib mnu ni tiap ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu cikgu, dia macam tak lengkap kalau tak makan murtabak kan?

      Delete
  6. Wowww dah macam meniaga ni, sedapnyaaa...puasa ni belum ada lagi dapat makan murtabak...mana nak cari ni haaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe saya cuba-cuba ja ni, lega bila masakan jadi. Buat sendiri ja sis! hahaha

      Delete
  7. murtabak ni mmg favorite umi sekeluarga tapi suka yg kat Kg Baru tu..kalau kat tempat lain tu mmg so far x ikut tastebud..part nak buat ni yg mencabar masa nak menebar....mmg boleh menangis kat bucu dapur..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, part nak uli and menebar tu memang boleh buat stress haha. Kita ni duk pelik macam mana orang yang jual roti tu boleh tebar and tepung dia cantik

      Delete
  8. isi tebal tu yang nampak lagi meliurkan haha.. baru semalam makan tapi rasa dia tak kena.. boleh pakai resipi ni la kalau nak buat sendiiri nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha isi tebal lepas tu letak daging banyakk memang kena la. Boleh la pakai kalau nak buat murabak hehe

      Delete
  9. Terernya. Lepas PKP ni boleh lah buka gerai Murtabak.....nampak yummy ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makan sendiri boleh la, untuk jual belum mampu lagi kot? hahaha

      Delete
  10. dapnyer, lelaki ni klau masak mesti sedappp..
    rajinnya buat kulit dia, kite xconfiden nak buat, so maybe beli yang dah siap dah..haha, buat inti je sendiri, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tah la sedap ke tak, tapi orang kat rumah ni cakap sedap ja. Saja nak rasa macam mana orang jual murtabak tu tebar tapi ya Allah susah juga nak tebar tu

      Delete
  11. Sedapnya.. Pandai Syed memasak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 tu boleh la kak. Nak lebih2 tak dapat ler hahaha.

      Delete
  12. menarik bro
    resepi air tangan bujang
    nanti boleh mintak mak buatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cuba-cuba ja ni. mintak mak buat lebih sikit. Nak jugakkk rasa hehe.

      Delete
  13. First time singgah ini, tak sangka pula suka share pasal resipi memasak.

    Terbaik bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah! hehe waktu PKP ni macam2 bakat masak la keluar

      Delete
  14. oitt sedapnyeee.. COD sini sikit.. haha..

    ReplyDelete
  15. pandainya buat martabak sedap tu

    ReplyDelete
  16. Wah! Pandai nye buat murtabak.
    Cik Pya buat murtabak mini tapi guna kulit popia je heheheh
    Done follow #420 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi takdala perfect macam orang jual dekat bazar tu haha.
      Thanks Cik Pya! :)

      Delete
  17. Ramadhan tak sah kalau takde murtabak! Sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Mesti at least nak kena makan sekali dua haha.

      Delete
  18. Pergh..sy yg perempuan ni pon x pernah terlintas nak buat..sebb mcm susah n remysh..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dia agak renyah la sebab banyak benda kena buat haha.
      Tapi sebab teringin punya pasal kita redah jelah.

      Delete
  19. Gegeh siot..kol 12 malam ha uli tepung..syabas..wehh lapa terus tengok gamab..dah la mmg fav murtabak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan? Sejenis kegigihan tu. Tak sangka pula boleh rajin nak buat. Try la buat sendiri mana tahu sedap.

      Delete
  20. wah..salute buat sendiri. Gigih sis baca step2 dia tapi surrender la..tak rajin nak buat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia renyah sikit sis hahaha tapi kalau dah siap tu memang puas hati la.

      Delete
  21. Wahh padu betul inti dia! haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kulit murtabak tu dah out, so kita fokus tang inti la.

      Delete
  22. Waow terer ni, dah kira boleh jadi calun suami mithali lah kiranya ek, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, hahahaha tapi untuk makan sendiri boleh la.

      Delete
  23. Saya tak reti masak.
    Hebatlah teacher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kita cuba ja ni.
      Try la buat benda yang mudah2 dulu.

      Delete
  24. that looks just nice. ray x suke kalau tebal sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr? me too.
      tapi kurang daging. kena tambah banyak lagi la next time haha.

      Delete
  25. Pergh..rajinnya buat kulit sendiri . Ingat pakai kulit popia. Kalau Syed dah berjaya buat kita pun nak cubalah bila rajin. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kita cuba2 ja ni. Try la nanti, sekali sekala cuba benda baru kan.

      Delete
  26. Buat dalam 20 keping? Berapa orang makan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bancuhan dia tu dapat dalam 20 keping.
      Tepung tu letak dalam peti ja dulu. Haritu buat 10 keping ja.

      Delete
  27. rajinnya buat murtabak, tak cconfident nak buat sendiri..hehe

    ReplyDelete