Tuesday, May 5, 2020

DAPUR BUJANG : RESIPI ROTI JOHN PALING SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum and Hi!

Bila bulan Ramadan tiba, ada dua juadah yang kita memang tak boleh miss. Kedua juadah itu ialah Murtabak (Resipi Murtabak Daging) dan juga Roti John. Aku dah cuba untuk buat murtabak pada entry yang lalu (boleh la check dekat sidebar tu). Kali ini aku nak cuba untuk buat Roti John pula. Yang menariknya, Roti John aku kali ini memang aku tak refer dekat mana-mana resipi. Aku buat ikut citarasa aku sendiri dan hasilnya memang sedap! 

RESIPI ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN

- Roti (kalau ada roti panjang yang besar tu lagi bagus)
- Bawang Holland (setengah biji) *dipotong dadu*
- Bawang Putih (4 ulas) *dipotong dadu*
- Lada (depends on level kepedasan kau)
- Daun sup 
- Burger Daging (pastikan Ramly! baru beli)
- Seasoning 
- Telur (5 biji)
- Daging Cincang (200g)
- Kobis 
- Mayonnaise (mayonis lah tu)
- Sos Cili
PENYEDIAAN INTI DAGING

1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. (minyak tak perlu banyak sebab nanti minyak dari daging cincang akan keluar ya)

2) Kacaukan sehingga bawang-bawang tersebut layu dan berubah warna. (kau kena rilek ja masa ni, jangan terus masuk daging, tunggu ja sampai dia warna coklat sikit)

3) Kemudian, masukkan daging cincang ke dalam kuali dan juga hirisan lada merah. Kacau sehingga tekstur daging dan warnanya berubah.

4) Masukkan juga sedikit garam dan perasa (in this case aku guna Maggi cukup rasa) secukup rasa. Kemudian kita sprinkle kan sikit dengan lada hitam.

5) Bila rasanya telah sempurna, boleh diangkat daripada dapur.


6) Bila dah selesai buat inti daging tadi, ambil beberapa keping daging burger dan masakkan terlebih dahulu.  Pastikan kau letak sedikit marjerin di atas kuali. Semasa memasak daging, letakkan sedikit seasoning di atas setiap daging dan juga sprinkle sedikit black pepper supaya rasanya lebih sedap (aku selalu perhati orang jual burger and that's how they do it!)

7) Pastikan kau memasak dengan api yang sederhana supaya tekstur dan warna daging masih dalam keadaan yang cantik (manusia kan suka yang cantik-cantik. heh.)
PENYEDIAAN ROTI JOHN

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti daging yang telah disediakan, perasakan dengan sedikit seasoning dan serbuk lada hitam. Turut dimasukkan juga daun sup yang telah dihiris halus dan kacau bancuhan sehingga sebati.


2) Menggunakan kuali leper, letak sedikit marjerin di atas kuali. Apabila marjerin telah cair, tuangkan bancuhan telur bersama inti daging di atas kuali

3) Potong roti panjang kepada separuh (pastikan tidak putus ya) dan telekupkan roti tersebut di atas bancuhan telur sebentar tadi (boleh rujuk gambar di atas). Tekan sedikit roti supaya ia mesra dengan bancuhan inti daging tersebut.

4) Tunggu selama 2 ke 3 minit, sapu sedikit marjerin di bahagian atas roti. 


5) Terbalikkan roti ke bahagian yang lain pula. Pastikan anda tidak membiarkan roti tersebut terlalu lama. Bahagian atas dia tu cepat masak, kalau biar lama sikit nanti hangus la jawabnya haha (actually aku pun overcooked sebab aku busy sangat multi-tasking! hahaha)


6) Seterusnya, kau boleh letak sos cili, mayonis, kobis dan sayur-sayur yang diminati ke dalam roti yang telah siap dimasak. Macam aku, aku tak berapa gemar sangat tomato dan timun. So, untuk sayur aku cuma letak kobis haha. Letakkan juga daging burger yang telah dimasak tadi. Jika anda penggemar cheese, boleh juga untuk letakkan bersama.
ROTI JOHN TERSEDAP DI DUNIA SEDIA DIHIDANG! 

Walaupun presentation OUT sikit sebab aku overcooked (tulah, busy sangat tengok phone) tapi SERIOUSLY RASA DIA SEDAP. Menyesal pula terbiar lama atas dapur. Dah hitam sikit rotinya tu. Kalau beli dekat kedai biasanya dia akan guna kari tapi aku tak suka kari dalam Roti John sebab nanti dia akan rasa macam murtabak. That's why aku come up dengan resipi ni and it turned out GREAT! 

Terima kasih kerana membaca dan selamat mencuba!

56 comments :

  1. Sedapnya resipi roti john. Haha. Singgah jap ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang sedap Shahril. Thanks singgah ya :)

      Delete
  2. Tak leh lawan skil ambil gambar syed tau haha
    Btw nice sharing, selalu juga nampak resepi roti john nie.. tp x pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ambil gambar biasa2 ja boleh la.
      Thanks Nurul, nanti ada masa boleh la cuba.

      Delete
  3. Buat sendiri puas makan nak boh apa pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Roti John saya mewah sangat dengan daging hahaha.

      Delete
  4. Kalau hbis pkp ni, next year ramadhan boleh bukak bazar dh ni..hahah xpon open tapak dekat pasar malam, side income..caya laah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha untuk masak sendiri okay la.
      Nak masak untuk orang tak yakin lagi.

      Delete
  5. Wah! Hebatnya dapur bujang! Kalah roti johndi luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah hebat mana haha biasa2 ja.
      Tapi memang kalah kot roti john kat luar sana! hahaha.

      Delete
  6. sedapnya! bulan puasa wajib makan roti john! eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! tu pasal la gigih juga nak buat ni haha.

      Delete
  7. Wah guna daging cincang dan daging burger. Selalu rasanya di pasar malam dorang letak daging/ayam cincang. Ini memang resipi sendiri. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kat pasar malam biasanya dia cincang burger daging tu ja. Dia tak guna daging cincang yg sy guna tu haha.

      Delete
  8. good idea, mewah inti roti john tu..sedap dan puas hati kalau dapat roti john macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mewah sangat hahaha boleh rugi rasanya kalau jual.
      Tapi puas hati sebab sedappp.

      Delete
  9. Replies
    1. memang sedappp hahaha (puji diri sendiri ni)

      Delete
  10. meleleh2 roti john dia..husband nk buat juga tp tk buat2 lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu kecik sangat tak muat nak letak isi haha.

      Delete
  11. Replies
    1. Sedappp! terbayang lagi kesedapan dia haha.

      Delete
  12. wow sedapnya roti john buat sndiri rajinnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kakkk. Rajin sebab nak buat content blog haha

      Delete
  13. sedapnya buat sendiri roti john ni. senang je kan. lain kali boleh la cuba..
    saya follow back sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! hehehe cuba la. Thanks follow saya.

      Delete
  14. itu diaaa roti john viral..hahah taoi tu la tak minat makan..klo tak boleh follow..burger pon mmg ada dalam peti

    ReplyDelete
  15. ohh daging burger tu nak letak last sekali ek, jadi burger daging john lah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kira jadi macam burger daging john la haha.
      Kalau order kat pasar malam john special dia letak daging macamtula.

      Delete
    2. ooo baru tahu...dahsyat kakak ko ni hanya tau roti john biashe biashe je...haha

      Delete
  16. ya allah harini dia buat roti john pulakkk. ahahha nasib baik semalam buka dapat merasa sikit. roti john ni sedap bila gabungan sos2 dia tu dengan inti. umphhhh tak pandang nasi dah (hehe esok baru pandang) >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah! gabungan sos dia tu main peranan. Kalau pakai sos tak sedap dia potong sikit la haha. Semalam berbuka makan 1 ja dah kenyang.

      Delete
  17. Rajinnya Syed masak..
    Sedap akak tengok..
    Terima kasih follow blog akak yg suam2 kuku Tu🤭

    Selamat menjalani ibadah puasa Syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tengah tak buat apa ni boleh la cuba2 kak
      dah kerja nanti takda dah
      It's okay kak, saya pun sama juga suam2 kuku hehe

      Selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga.

      Delete
  18. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    membalas kunjungan.. blog yang sangat cantik dan menarik. terima kasih perkongsian yang bermanfaat. baru tengok dah kecur air liur. Mhn keizinan utk copy resepi dan skill membuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, inshaAllah.
      Terima kasih juga di atas kunjungan di blog yang biasa2 ni hehe.
      boleh2, silakan.

      Delete
  19. wah roti john, terus teringin. dah lah inti banyak, sedap aar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe buat sendiri boleh letak inti banyak2. Nak jual tak dapat la.

      Delete
  20. Meriah lah roti john depa hahaha!!

    ReplyDelete
  21. Jom tukar link. Saya dh letak di blog sy ^_^

    ReplyDelete
  22. Wah dah tukar job jadi chef pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah dia WP. Takda kerja lain dah nak buat.

      Delete
  23. another recipe in my notebook! should surprise my mom with this!! thank youu!! <3

    ReplyDelete
  24. I think I can manage with mini roti john sbb xde pan yg besar.XD

    ReplyDelete
  25. Tak pernah lagi try buat sendiri, nampak mcm senang je ek Syed. Rasanya mmg lagi sedaplah guna daging berger ni sebab dia dah siap siap perasa kan berbanding daging hancur yg biasa tu...
    Macam tak kekok je masak ni, mmg ambik course masak ek?

    ReplyDelete
  26. antara makanan feveret mama.. rajin syed masak. sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
  27. biasa saya beli sahaja roti john di pasar malam dan bazaar..

    sekarang sudah tiada kerana PKP.

    jadi buat sendiri lehih baik dan awesome

    ReplyDelete
  28. Fav food bila ke bazar atau pasar malam. Kalau letak cheese lagi terangkat ni syed. Roti john leleh nama dia. Hehe

    ReplyDelete
  29. senang kan nak buat roti john, melepas keinginan nak makan roti john kat param. buat sendiri lagi puashati

    ReplyDelete
  30. Perghh..kemewahan inti yang tiada tandingan ni. terbaiklah chef!

    ReplyDelete