Saturday, April 1, 2017

MARCH IN A NUTSHELL | PAGEVIEWS BLOG SEORANG SYED DAH 100K!

MARCH IN A NUTSHELL

Assalamualaikum dan Hi!

Alhamdulillah, tanpa kita sedar bulan Mac telah pergi meninggalkan kita. Aku rasa macam bulan ni pantas sangat berlalu. Pejam celik, pejam celik dah bulan April. Untuk entry kali ini aku nak review sedikit tentang kehidupan dan blog aku sepanjang bulan Mac yang lalu. Bulan Mac bagi aku merupakan bulan yang penuh dengan rezeki yang melimpah ruah dariNya. Izinkan aku mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara-perkara menarik yang berlaku kepada aku sepanjang bulan Mac yang lalu :)
Dapat kerja sementara
Fast Food Worker Meme

Sebenarnya aku tak expect pun nak kerja dekat Kuantan ni. Aku saja jalan-jalan rumah tok dekat sini lepastu tak sangka dia bawa pergi intverview kerja terus dan kerja itu ialah sebagai cashier di salah sebuah fast food restaurant. Fast food yang aku kerja ni bukannya fast food macam McD atau KFC okay! tapi yang ayam organic punya, kira keluaran bumiputera lah. Aku nak cerita pasal kerja aku ni tapi maybe di entry yang lain lah. Aku interview harini esoknya terus dapat masuk kerja, rezeki sangat. It's a good experience lah even gaji kerja dekat sini murah sahaja. Alhamdulillah, esok cukuplah sebulan aku kerja sebagai cashier tapi aku dah hantar surat resign sebab nak prepare document untuk posting. Duit yang aku dapat dari kerja ni aku nak guna bila dah dapat posting nanti. Haraplah cukup walaupun tak banyak mana haha.
Keputusan temuduga dah keluar
Tawaran Pelantikan Tetap Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Antara penyebab aku yakin nak berhenti kerja awal ialah sebab dah keluar keputusan temuduga dan sekarang ni hanya menunggu penempatan sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat aku lulus temuduga tu walaupun aku rasa macam aku goreng habis-habisan waktu tu hahaha. Aku harap rezeki untuk posting awal  bulan April ni. Tak sabar nak masuk sekolah balik! (walaupun takdalah bersedia sangat untuk menempuh cabaran dan alam pekerjaan) :)

Boleh baca entry aku excited sangat lulus temuduga di SINI
Peluang untuk collaborate dengan Traveloka
Traveloka Promotion

Sebagai seorang blogger baru dan picisan, dapat collaborate dengan company yang dah terkenal merupakan satu peluang keemasan bagi aku. Siapa sahaja yang tak tahu Traveloka ni kan? Kalau kau nak tempat hotel ke apa, dengan menggunakan Traveloka ni memang mudah. Dah la banyak discount. Rasa macam terharu bila blog macam aku diberi kepercayaan untuk review produk mereka dan urusan dengan mereka pun semua berjalan dengan lancar. Kalau ada yang nak collaborate boleh email di syedhakimalyahya@gmail.com ya. (sempat lagi promote)
Dapat hadiah daripada blogger
Bagpack Hadiah Daripada Blogger

Aku ada review pasal dapat hadiah daripada seorang blogger iaitu Kak LZ. Best sangat okay bagpack yang akak ni bagi dah jadi beg favorite aku dah hahaha. Kalau pergi mana-mana setakat ni memang angkut beg ni sahaja kalau tak banyak barang. 

Boleh baca sebab apa aku dapat beg ni di entry Terima Kejutan Daripada Blogger
Pageviews dah 100K!
Pageviews Blog Seorang Syed

Sepanjang dua bulan aku buat blog ni, Alhamdulillah pageviews blog ni dah mencecah angka 100K! Tak sangka pula boleh capai angka 100K pageviews! bila aku punya angka pageviews dah mencecah ke 100 ribu ni aku memanglah happy tapi aku tak yakin pula dengan apa yang aku tulis. Maksud aku, betul ke apa yang aku tulis memang betul-betul bagus dan berguna? Kadang-kadang aku tengok bahasa aku tunggang langgang bila baca balik. Selalunya bila baca balik semula aku akan edit apa yang perlu hahaha.

Antara entry aku yang paling meletup dekat blog ni ialah entry pasal 5 Sebab Kenapa IPG Menjadi Pilihan yang ditulis pada bulan Mac juga. Terima kasih buat yang sudi membaca dan meninggalkan komen di entry tersebut. Entry tu mendapat sambutan sebanyak 23518 pageviews sehingga ke hari ini.
Menang Lazada birthday blogger contest
Lazada Birthday Blogger Contest

Alhamdulillah, yang ni aku masuk sekadar nak cuba-cuba nasib sahaja. Tak tahu pula ada rezeki untuk aku. Menang jugalah walaupun hanya tempat ketiga. Tetapi tetap merasa RM150. Aku plan duit tu nak beli jam tangan kot dekat lazada hadiah untuk birthday aku bulan April ni! yeayyyy syoknya beli hadiah sendiri bagi dekat diri sendiri kahkah okay.

Kesimpulannya, bulan Mac aku dipenuhi dengan rezeki-rezeki yang Allah berikan. Terima kasih Ya Allah. Harapan aku untuk bulan April ni ialah supaya dapat posting cepat-cepat. Aku berharap sangat posting akan dapat bulan April ni. Kalau betul Alhamdulillah, itu merupakan hadiah hari lahir paling bermakna untuk seorang Syed! Selain itu, aku harap semoga aku sentiasa diberi inspirasi dan kekuatan untuk terus merepek di dalam blog aku ni. Bulan lepas terkandas pula. Tak mampu nak update tiap hari. 7 hari tak update sebab busy asyik over-time sahaja kerjanya hehe

Terima kasih kerana membaca! :)

105 comments :

  1. Hebat nya. 100k dh PV tu. Tahniah syed.

    ReplyDelete
  2. Kipidad dongibab..feel free visit my blog www.kickstory.net

    ReplyDelete
  3. tahniah..tahniah Syed...seronok kan kalau pageview dah 100k ni...ni yg buat makin seronok berblogging...keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak seronok sangat kot hehehe. Thanks! :)

      Delete
  4. TAHNIAH SYED BARU SAJA BLOGGING PV SUDAH 100K...HEBAT TU XMUDAH JUGA NK CAPAI ANGKA TU BAGI BLOGGER BARU.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. murah rezeki Syed bulan Mac ini..
    Semoga hajat Syed nak potong bulan April ini akan dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Aminnnn. Terima kasih :)

      Delete
    2. Macam salah je ayat akak tu.. tapi tak ingat lagi type apa.. stress betul bila keyboard nie auto type.. lain nak taip, lain yg keluar..

      Delete
  6. Tahniah. JM dah 9 bulan 50k pv pun susah

    ReplyDelete
  7. wuuu abam femessss... haha.. Ok ade a few entries yg anis miss nak comment this months but rasanya 1-2 je kot..
    p/s: part beli jam sendiri tu kan, macam sedih je kena beli sendiri.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha femes la sangat. Ohhh yeke? kenapa syed rasa macam semua entry anis dah komen kah2. Sedih la kena beli sendiri! :(

      Delete
  8. Alhamdulillah, tahniah.
    Moga bulan april nanti rezeki bulan mac berterusan gak ;)

    ReplyDelete
  9. Wahh! Tahniah Syed! 100K tuh!!! Hebat tuh! 😄
    Tahniah juga menang Lazada tu :) Rezeki syed bulan March kan :)
    Anyway, selamat maju jaya :) Bakal cikgu hebat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fatina! Takdelah hebat pun. ada orang yang lagi hebat ni haha.
      Rezeki je tu menang. InshaAllah, aminnn.

      Delete
  10. nampaknya bulan mac ni bulan bertuah buat syed ye. kipidap, semoga april lebih baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, betul tu. bulan yang penuh dengan kejutan hehe. Aminnn terima kasih.

      Delete
  11. Alhamdulillah murah rezeki bakal cikgu kita ni. Moga terus success ye :-)

    ReplyDelete
  12. Selamat Maju Jaya Syed ^^ Tahniah untuk kesemua perkara diatas ~

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, happy baca kisah Mac yang bertuah untuk seorang Syed. Haha. Tahniah & selamat maju jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai pun bertuah juga apa! hehehe. Terima kasih mai, harap bulan April ni lebih baik :)

      Delete
  14. Bravo Cikgu Syed, hard work deserves reward 👏👏👏.. Never stop doing your best!

    Keep it up, don't stop blogging.. Syukur alhamdulillah atas rezekiNya 👍..

    ReplyDelete
  15. congrats! I see you posts almost every day and you have proved that with hard works will pay off. I wish I could get some of your dedication lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks rasya for reading my posts! hehe. We need to work hard if we want something, I believe you can do it! :)

      Delete
  16. tahniah bro..tumpang gembira sangat-sangat.

    sangat seronok mendengar kawan-kawan blogger beroleh kejayaan..

    selepas ini..terusakan menulis blog..

    ReplyDelete
  17. Beeha ni bnyak bg penyumbang, everyday dua tiga blogwlking sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh yeke Beeha!? terharunya syed hehehe. Thanks menyumbang traffic dekat blog syed! :)

      Delete
  18. Alhamdulillah...rezeki ALLAH SWT itu datang pelbagai bentuk kan Syed?. Akak pun kadang lepas tulis blog tuh rasa macam caca merba jugak menulis. HAHAH! tapi ok lah kot, lama-lama kita akan improve. InshaALLAH..semoga Syed terus diberi kesihatan yang baik untuk menemupuh hari2 yang bakal mendatang! :) dah posting nanti jangan lupa share ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, Alhamdulillah syukur. Nak improve tulah yang take time tu kan kak. hehehe. Aminnn, inshaAllah nanti saya share.

      Delete
  19. Alhamdulillah tahniah syed..perghh laju pv blog menaik dan terus menaik tggi..Semoga berjaya sebagai pendidik ya Syed..Semoga terus maju dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Alhamdulillah kak rezeki. Terima kasih sangat kak! Aminnn.

      Delete
  20. Alhamdulillah syed ! Bnyk rezeki dpt :) Tu smua atas usaha awk jugak :) smoga berterusan dpt mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat gambar dari mek lagi tu syoknyaaa haha. Aminn terima kasih kak.

      Delete
  21. Wahhhh tahniah Syed. Hope your April more live a colourful life :D

    ReplyDelete
  22. Alhamdulilah murah rezeki syed tu.. tahniah untuk jawatan tu..

    ReplyDelete
  23. Tahniah tahniah. Terbaik lah. Moga murah rezeki ye. (Y)

    ReplyDelete
  24. wah. banyaknyaaa rezeki bulan lepas, tahniah buat smua. :)

    ReplyDelete
  25. perghhhhhhhh..... jeles laaaaaaa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah tak payah jeles la neeza punya blog lebih dari ni lagi achievement nya hehe.

      Delete
  26. Wah nmpknya besday kita dlm bln yg samala syed, bulan april juga. Murah rezeki tu, byk betul kemeriahan di bln mac ye, semoga rezeki posting bln april pun kira hadiah jugalah buat syed kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, banyak betul April babies yang saya kenal hehe. Alhamdulillah banyak rezeki. Itulah, mampu berharap yang terbaik sahaja kak.

      Delete
  27. tahniah ! cepat buat giveaway haha

    ReplyDelete
  28. Tahniah syed...semoga terus sukses selalu.

    ReplyDelete
  29. wow wow wow, dah cecah 100k tu 😱 tahniah, semoga rezeki semakin murah mencurah-curah ameeen 😉

    ReplyDelete
  30. memang meletup2 la entry pasal ipg tu kan. lepas nie boleh share lagi pasal ipg, sebab jarang jumpa blog yg share pasal ipg nie :)

    wahhh, tahniaaahh ya, murah rezeki bulan march nie. harap bulan april pun begitu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah tapi bosan pula asyik cerita pasal ipg je kah2.
      Thanjs BV! aminnnn, haraplah macamtu juga.

      Delete
  31. Hebat ah. Rezeki pun byk dapat bulan mac

    ReplyDelete
  32. tahniah bro! minta posting ke mana. mana tahu kat johor jugak ke. kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks muja. minta dekat selangor dengan pahang. takpelah taknak la johor hahaha.

      Delete
  33. waaaaH!!! Tahniah cikgu syed dah dapat kerja tetap.. tahniah. tahniah.. rezeki datang bergolek lepas jadi blogger kan..

    ReplyDelete
  34. tahniah, bagi blog baru ini pencapaian yang membanggakan

    ReplyDelete
  35. Replies
    1. Terima kasih Mar for the invitation.
      Nanti kalau free boleh la saya join.

      Delete
  36. Tahniah syed... semoga terus sukses berblogging..
    Rasanya, blog syed ni byk pengisian...
    Suka terjah sini..
    And congrats dgn kerja baru, semoga terus sukses dlm segala bidang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! Aminnnn, harap ada la pengisian tu hahaha.
      Terima kasih lagi sekali! :)

      Delete
  37. 0oooo0o0oo kije kat kuantan tak kaboo.. Kije kat Indera mahkota ke? Pape pown tahniah ye buat syed.. Tak lama lagi dah bergelar guru.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe aah kak kije dekat Indera Mahkota je. akak duk sini ke hahahaha. Thanks kak! tak sabar nak bergelar guru ni.

      Delete
    2. hehehe akak memang oram kuantammmm.. hehe.. Tp dok pandan la.. kije kat jalan gambang.. hiks.. Kalau fastfood tu akak penah pergi sekali makan kat sana...

      Delete
  38. befday bulan april jugak ke? wahhh, sama!!

    tahniah! dah nak masuk alam pekerjaan, moga terus sukses!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la IQ! ramai la blogger April babies ni haha.
      Thanks IQ. Aminnnn :)

      Delete
  39. Perghhh banyak sungguh pencapaian! Tahniah, seorang Syed, dah sampai sini... InsyaAllah, kita harapkan semuanya akan baik-baik je saaaammmpaaaiiiiii akan akan datang. Ameen ameen! 💪
    Teruskan berkarya merapu pun takpe. Pembaca setia beratoq weiiiii... 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki seorang syed kot haha. Thanks fairuz, Ameeennn! ada ke pembaca setia? siap beratoq lagi tu hahaha ye ye jelah kan.

      Delete
  40. Wow! tahniah.
    Alhamdulillah rezeki itulah namanya rezeki yang tidaj=k disangka-sangka kan...

    ReplyDelete
  41. Tahniah Syed, selalu dia akan bagi tempat jauh2 macam kat Sarawak ni... hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro, takpelah kalau rezeki ke sana, redha jelah kan hehehe.

      Delete
  42. Wahhh macam macam dapat bulan lepas. Hehe. Moga makin dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki syed la nani. Aminnn. Thanks :)

      Delete
  43. Lah asal TJ ke syed. Nti boleh la akk mtk belanja gaji 1st nanti. Hehehe

    Smga bulan2 seterusnya akan dimurahkan rezeki jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah aah asal TJ. akak tahu ke? hehehe.
      Boleh je kalau ktia berjumpa. InshaAllah, aminn.

      Delete
  44. HI Syed ... suka syed punya header and gmbr part yang thank for the visit . Cantik !!!!

    Congratz , murah rezeki syed dalam bulan mac . Paling best baca tadi baru 2 bulan syed dlm dunia blog viewers dah 100k , followers dah 200++ bestnya. Dah bukan picisan dah syed if mcm tue. Hihi

    Nadia lagi lah blogger picisan . Dah bertahun blogging followers and viewers pun tak byk tau. Sedih sikit part tue tapi kena bersyukur jugak atleast ada jugak orang baca apa yg nadia tulis. Nway salam perkenalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nadiah, thanks for the compliment! hehehehe

      Alhamdulillah rezeki bulan Mac. Picisan la juga tu kiranya hehe. inshaAllah nanti ramai la readers nadiah tu. mungkin diorang tak jumpa jalan kot haha nanti syed baca sana. Salam perkenalan :)

      Delete
    2. tue lah kan .. mungkin betul la kot tak jumpa lagi jalan ke blog Nadia. Insyaallah nnt nadia permudahkan jalan supaya senang blog nadia dijumpai. kikiki .

      Thank you if syed sudi singgah dan baca blog picisan Nadia. =)

      keep on blogging Syed.

      Delete
  45. alhamdulillah...
    mac yg ohsem la ye.
    tahniah.
    moga jadik pendidik yg bertanggungjawab & berwibawa, in shaa Allah.
    cikgu muda yg ensem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ohsem sangat! hehehe.
      Aminnnn, terima kasih.
      Tang hensem tu (hensem la sangat kahkah).

      Delete
  46. Wahhhhh tahniah Syed! Dalam masa 2 bulan PV mencecah 100k++. Congrats Syed dan keep blogging ye. Awesome! 👍😊

    ReplyDelete
  47. Tahniah, semoga dapat terus konsisten dan kekalkan momentum seperti bulan-bulan yang lepas. Kalau boleh jadi lebih baik!

    ReplyDelete
  48. tahniah...semoga april juga akan jd bulan yg ohsem ;-)

    ReplyDelete