Wednesday, April 26, 2017

PENGALAMAN SEORANG PELAJAR TESL - APA YANG TELAH DIPELAJARI

Pengalaman Seorang Pelajar TESL

Assalamualaikum dan Hi!

"English saya lemah boleh ke saya nak apply TESL?"
"Kalau ambil TESL belajar English saja ke?"
"Saya speaking English tak boleh sangat, macam mana nak interview TESL nanti?"
"Kalau ambil TESL tak nak jadi cikgu boleh ke?"

First of all, sebelum aku mula untuk menaip dengan lebih panjang berjela-jela 10 muka surat, kau tahu tak TESL tu apa? Kalau tak tahu, TESL ialah singkatan kepada Teaching English as a Second Language. The word "teaching" indicates that TESL students are going to be an English teacher in the future. Beza diploma/ijazah Bahasa Inggeris dengan TESL ialah, TESL ni more specific to education. Kau akan belajar cara-cara nak handle budak, cara-cara nak mengajar and all that kind of school-related stuff. Manakala, kalau kau ambil course Bahasa Inggeris sahaja, jurusan tu lebih general (aku tak tahu sangat apa content dia so tak boleh nak ulas). Ambil TESL tak semestinya kau kena jadi cikgu, boleh sahaja kau jadi benda lain sebab bidang bahasa ni luas.

English merupakan salah satu subjek kegemaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Kalau ada subject English dekat sekolah, aku lah manusia yang paling excited nak belajar. Kalau teacher English tak masuk kelas waktu tu, I was the one who disappointed because the only subject I love is English. Tapi still, English aku wasn't that good walaupun dapat A on paper kan. Grammar apa semua berterabur. Since I love English very much, I decided to further my studies in TESL.

Jujur aku cakap, sebagai pelajar lepasan sekolah agama, aku macam culture shock juga lah bila ambil TESL ni. Sebab apa? Masuk sahaja maktab tu semua orang speaking. Time dekat sekolah agama dulu memang boleh kira berapa kali sahaja kami communicate guna English (only during English classes and club to be exact). Aku rasa macam awkward dan malu nak cakap bahasa Inggeris waktu aku foundation. Lepas aku dah go through macam-macam latihan, kuiz, assignment dan sebagainya, baru tahu yang aku punya level English tu biasa sahaja. Aku memang lemah sangat grammar waktu tu. Even simple grammar rules pun aku boleh tak tahu (sebenarnya time dekat sekolah pun markah English aku rendah bahagian grammar). Daripada situlah terbitnya rasa macam menyesal ambil TESL
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI DALAM BIDANG TESL?
1. Grammar

Waktu foundation ialah waktu kau menguatkan segala knowledge kau tentang bahasa especially grammar. Seriously grammar yang kau belajar dekat sekolah tu baru sikit sebenarnya. There's a lot more type of grammar yang tak pernah didengari. Aku bayangkan bila ambil TESL ni akan belajar singular plural sahaja (sebab nak ajar budak-budak kan) hahaha rupanya lebih daripada tu. Bila masuk degree pula kau akan didedahkan dengan phonetics. Sebutan setiap huruf, macam mana nak baca simbol yang kau selalu tengok dekat dictionary tu. Waktu foundation pun ada tapi tak cukup mendalam la.

Bawah ni merupakan contoh phonemic chart yang aku dah belajar 
fuhhhhh complicated juga benda ni time buat assignment dulu haha.
Phonemic Chart
2. Teaching

Bila kau dah dilengkapkan dengan basic English yang kau perlu tahu, kau akan diajar cara untuk mengajar English pula. There are many fun ways to teach English. Itu yang lecturer-lecturer aku ajar dekat maktab. Kalau dulu waktu aku kecil, belajar English best tapi agak bosan sebab teacher-centered. Cikgu sahaja yang akan bercakap dan kita just dengar sambil buat latihan. Sekarang ni, selepas KSSR diperkenalkan ada elemen Language Arts di dalam subjek English. Language arts tu best sebab budak-budak akan belajar melalui lagu, cerita, seni dan sebagainya. So, sebagai seorang pelajar TESL, kau juga akan diajar cara untuk menerapkan elemen-elemen fun dalam pengajaran

Cakap sahaja apa yang aku tak buat zaman aku belajar dulu. Kalau nak ikutkan aku punya pemalu ni, nak berdiri depan orang ramai pun tak boleh. Tapi disebabkan aku ambil TESL ni, macam-macam perkara aku dah harungi. Antaranya ialah berlakon, menyanyi (yeah I sang during my lesson in school), story-telling dan sebagainya. Mula-mula tu rasa malu sebab aku memang tak biasa buat kerja macamtu. Tapi memang tuntutan course macamtu, kalau buat nak tak nak sahaja rendah la markah kau. Struggle jugalah nak berlakon dalam English dulu tu. Rasa macam tak natural langsung sebab speaking pun sangkut-sangkut huh!

3. Teori

Okay ini antara benda yang kau kena hadap bila ambil TESL ni sebab banyak sangat teori-teori yang kau kena hafal. Teori-teori ni memang berguna untuk kau ingat dan tahu sebab bila kau nak buat assignment kau kena ada reference. At least boleh kau kaitkan dengan penulisan kau tu. Selain itu juga, banyak teori lain lagi kau kena tahu seperti teori perkembangan kanak-kanak, teori pembelajaran dan sebagainya (sebab dah lupa hahaha). Mostly teori ni kau rasa susah waktu foundation sahaja sebab waktu tu semua benda pun kau kena hafal. Bila kau dah sambung ke degree, fokus dia lebih kepada teaching content and strategies sahaja.

4. Elektif

Walaupun kau ambil TESL, itu tak bermakna kau takda belajar subjek lain. Kalau dekat IPG, kau kena ambil subjek elektif. Antara pilihannya ialah Seni, Sains, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan sebagainya. Lain IPG lain subjek elektif yang ditawarkan. Kiranya kalau kau masuk sekolah, if kau tak ajar English, kau boleh la ajar subjek yang lain. Itulah pentingnya ada elektif. Aku dulu ambil seni. Walaupun aku ni tak berseni mana, tapi inshaAllah kalau aku kena ajar subjek seni kira dapatlah aku ajar sikit-sikit walaupun lukis gambar kucing jadi panda.

Aku rasa itu sahaja yang aku boleh share pada entry kali ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang aku nak ceritakan, tapi aku rasa macam dah boleh dibukukan pula bila nak cakap pasal TESL ni. Nasihat abang kepada adik-adik yang nak ambil TESL, just go for it! Takpa, kalau tak reti boleh belajar. Yang penting ada minat dan usaha. Kalau nak ikutkan, dulu abang pun nak give up dah adik oi. Tapi bila fikir "inilah jalan yang aku ambil, takkan nak berhenti di tengah jalan?" lepastu fikir pula "kalau orang lain boleh? kenapa kita tidak?". Lemah takpa, yang penting usaha tu kena lebih sikit dan jangan give up. Rajinkan bertanya kawan yang boleh membantu dan praktis bahasa tu (practice makes perfect kan?)

Note: Penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tak pasti pula macam mana program TESL di Universiti lain macam mana. Most likely sama sahaja kot rasanya. Kalau ada beza pun tak jauh sangat.

57 comments :

  1. Wahh bestla ada minat kat english hm sis minat jugak tapi tak penah pandai HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sis, kena guna bahasa tu banyak-banyak nanti pandai la hehehe.

      Delete
  2. owh menariknya. macam-macam benda belajar rupanya tesl ni kan. hihi. baguih la syed minat english tu mendalam sampai jadi cekgu english . hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la haha. mula2 minat English ja, takda terfikir pun nak jadi cikgu. tapi rezeki kan.

      Delete
  3. Kalau minat..serta dengan usaha,,terasa lelah pun kayuh jugakan Cikgu...dan berkat usaha itu...insyaAllah yang kurang dapat ditambah...belakang parang diasah boleh bertukar tajam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, kalau tak usaha setakat tu jelah kemampuan kita pun. Alhamdulillah sekarang dah makin baik dah hehe. Thanks kak.

      Delete
  4. Samalah Bro Syed. Syed. Saya memang minat dengan subjek english ni. Tapi itulah kadang-kadang gramar bukan betul sangat. hahaha... Nak buat karang pun terkedek-kedek lagi. Salute gila dengan Syed.

    Paling seriau bila ada orang cakap english dengan kita dah kita tahu apa yang dia cakap tapi kita tak tahu nak balas balik sedangkan kita tahu macam mana nak balas. '

    Agak-agak itu dinamnakn self-confident tak sukup kut. Biasanya orang yang cakap english lancar ni memang keyakinan dia tinggi. kennn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa kalau ada salah grammar pun. kita kan belajar dari kesilapan hehe. Tak payah nak salute sangat ah hahaha. Kita seriau tu sebab tak biasa guna bahasa tu. Kalau dah selalu guna rasa macam nak cakap English ja haha. Yes, self-confidence and self-esteem. Sebab kita terlampau fikir apa persepsi orang tu sampaikan kita tak yakin nak speaking hehe.

      Delete
  5. Mek dulu minat jg nak ambil TESL. tapi takder rezeki dgn TESL.
    Still English is something fun to learn. great things for those yg suka nak balajar English.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh takpa Mek, rezeki orang lain-lain kan. Tapi memang best la belajar English ni tak tahu kenapa haha.

      Delete
  6. Ooooh Cikgu bahasa ingress lah ni yeee...
    all the best Syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya macamtulah kak hehe.
      Thanks kak! :)

      Delete
  7. Lepas ni bolehla Syed buat entri ajar Grammar yang simple, hehee
    English tak susah mana, yang confuse grammar. HAHA

    Orang kita takut nak bercakap bahasa Inggeris sebab risau nanti malu kalau kena kecam kesalahan grammar - Termasuk husni jugak, heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe boleh ja kalau rajin. Sebab nak explain grammar punya rules ni susah sikit sebab dia benda yang abstract hahaha.
      Betul tu husniey, sebab orang selalu judge sebab tu takut nak speaking haha tapi kalau cakap asal konfiden ja okay dah.

      Delete
  8. Dari kecik mai suka sains, darjah 2 or 3 camtu mak belikan set laboratory yg mini punya, punyalah happy..tangkap serangga pastu tengok bawah microscope. tak sangka sampai degree masih diatas landasan yang sama.

    :)

    Tabik ngan Syed, ajaq english please! hahaha kita tau bahasa sains jela, asalkan boleh tulis report sudah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan bila dapat belajar benda yang kita suka? hehehe. Menarik betul darjah 2 dah ada set lab mini haha. Boleh ja ajar English tapi mahal sikit la yuran dia kalau untuk mai kahkahkah.

      Delete
  9. Menarik jugak TESL ni ye.
    Akak berapa pandai dengan BI ni, grammer memang hancur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe menarik kak. Memang fun sangat kalau belajar tu.
      Takpa kak, as long as boleh communicate guna English dah ok dah.

      Delete
  10. tq sebab share...adik akk mcm syed,suka sangat english..cikgu pun sarankan ambik tesl ni..adik akk baru abes stpm...ada nasihat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kak, kalau adik akak tu memang minat jadi cikgu, boleh ja suruh dia ambil TESL. Sebab dalam TESL ni akan banyak belajar tentang cara mengajar bahasa inggeris. Kalau nak tahu tentang sejarah, perkembangan English or literature semua tu better ambil degree in English sahaja.

      Delete
    2. ok syed...time kasih ye bagi pendapat

      Delete
    3. Sama-sama kak, hope it helps :)

      Delete
  11. oo awk ambik tesl la ya. bagus tu. al the best ya

    ReplyDelete
  12. menarik juga TESL ni ya.. tapi tulah susah la nak belajar subjek BI ni. boleh hilang mood hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik sangat aktiviti-aktiviti yang ada dalam course ni. Kadang-kadang kena debate semua hehe. Boleh hilang mood eh cik tie haha dasyat tu.

      Delete
  13. Perkongsian yang bagus sangat untuk yang nak masuk IPG terutama yang nak ambil kos TESL 👍👍 Kalau Nani subjek phonetics tu ok lagi lah berbanding subjek grammatical analysis. Hahah! Lagi pening belajar grammar ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nani. Harap berguna lah untuk adik-adik yang nak ambil TESL haha. Aah grammatical analysis pun pening hahah. Phonetics ni menyampah nak hafal sound2 dia keluar ikut mana ja.

      Delete
  14. perghh....ambik TESL rupanya, ingatkan cikgu matematik tadi, sebab jarang tengok syed write in English dalam entry..hehehe...

    ALl the best English Teacher!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha memang tak la kalau cikgu matematik tu IQ! pernah tulis entry dalam English, tapi sekali ja hehee.

      Thanks IQ! :)

      Delete
  15. adik2 yg bakal amik course ni nnt tlg laa baca entry ni ya... betul kan syed? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah betul tu anies. hahaha harap membantu diorang sikit-sikit.

      Delete
  16. Nanti bukak kelas tusen utk akak la syed.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak macam dah lebih usia sikit so saya terpaksa charge lebih sikit. Okay ke kak hahahahaha.

      Delete
  17. wah cikgu english... feveret subject KA waktu sekolah dolu2 he3 all d best, ade masa KA terjah sini yer

    ReplyDelete
  18. Kucing jadi panda? So, kalau lukis panda jadi apa pulak? Hahahahahahahaha...
    Fairuz dulu lepas spm nak amik tesl tapi ayah tak kasi. Haiihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lukis panda jadi tapir sebab warna sama. Tertukar pula hahahaha k.
      Ala kenapa ayah tak kasi :\

      Delete
  19. Akak tak suka subject english, akak suka matematik. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik dengan saya. Saya memang tak boleh pergi la kalau matematik ni haha.

      Delete
  20. Minat sangat English masa sekolah.. tapi lepas tu cam tak tahu nak kemana.. Sebab zaman akak dulu kurang pendedahan apa yang boleh belajar, dekat mana.. course apa.. Good info Syed..
    Semoga membantu mereka yang nak amik TESL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dulu susah sikit kan nak cari informasi tak macam sekarang. Semua dah boleh buat research sendiri lepas habis belajar tu. Terima kasih kak, harap membantu la.

      Delete
  21. Airah suka bi jugak tapi bab grammar tuuu zzzzz...tabik gila yang pandai speaking ni.kena rajin practice

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha grammar tu kalau lama-lama guna bahasa dia boleh masuk dahla dalam kepala otak. tapi kadang2 tak perasan juga kah2.

      Delete
  22. Mesti minat English baru boleh ke taraf antarabangsa..

    ReplyDelete
  23. yes,no, thank you,welcome ...tu je yang akak tau hahaha.

    nanti jadi cikgu bahasa inggeris la ye, tak lama dah tu nak mengajar..mesti seronok pelajar nanti bila belajar dengan cikgu syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpa kak tahu juga tu.
      InshaAllah la kak. jadi cikgu English la kot nanti haha janganlah bagi subjek lain. Entah la seoronok ke tidak. Akak kena try dulu kot belajar dengan saya hahaha.

      Delete
  24. suke english tapi tak pernah score..hahaha..salute la kat cikgu

    ReplyDelete
  25. Anis dulu sekolah campur and one of the reason ayah tak bagi masuk mrsm and stuff was he felt that I won't speak English if I go to those school since semua melayu kan so bila first masuk tesl, anis tak culture shock at the fact that they speak English.. Anis culture shock part accent diorg.. Ya Allah rasa down kalau dengan sorg2 dengan accent memasing..🤣

    ReplyDelete
  26. Owh..Baru tau Syed amik TESL. Adik akak dulu pun amik TESL gak. Dekat dengan UM tuh..IPBA. Lepaih tuh die sambung pi Ausie. Seronok tengok die pi praktikal kat sana. Budak2 sana macam pelik tengok die pakai tudung,baju kurung. Siap tanye..teacher ni org asli ka? HAHAHAHAHAH! Anyways, bak kata Syed..kalau minat just go for it! I have a friend masa kat MRSM dulu. Subjek sc. die memang lemah yang kena repat ajer kalau exam. Tapi bab bahasa memang SUPERB. Alhamdulillah..seronok tengok dia jadi lecturer english and sometimes jadi emcee. Kelebihan masing2 kan Syed?

    ReplyDelete
  27. Oh sebenarnya TESL ni lebih kurang je dengan ijazah bahasa Inggeris sebab belajar fonetik semua tu cuma TESL ni more to education.

    Btw, tahniah ye sebab sudah pun bergelar guru. Semoga boleh jadi guru yang boleh mendidik anak bangsanya demi agama, bangsa, dan negara.

    ReplyDelete
  28. i am also in english course but people always mistaken the course as tesl.. hmmmm, famous nohh tesl nihhh hahaha

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  29. Taktau pulak Syed ambik TESL. I always adore those yang ambik English-related course ni sebab obviously you guys memang terer speaking kan. Jealous ittew. Hiks.

    ReplyDelete
  30. dulu pernah terfikir nak ambik kos tesl ni huhu

    ReplyDelete