Sunday, April 9, 2017

5 TIPS TERBAIK STUDY LAST MINUTE YANG BERKESAN


Salam dan Hi! 

Aku memang jenis yang suka study last minute. Bukannya sebab aku pandai or genius ke apa, tapi memang aku dah dibiasakan dengan study last minute sejak dari bangku sekolah lagi. Kadang-kadang waktu sekolah dulu tak study langsung hahaha buka buku untuk buat syarat sahaja. Asyik fikir nak main je waktu kecil dulu sampaikan mak suruh belajar pun tak nak dengar! Lepastu dah besar ni mulalah menyesal tak sudah sebab dulu tak belajar sungguh-sungguh. Masuk zaman belajar waktu degree, baru kesedaran untuk study tu ada walaupun tetap study last minute

Bagi aku, aku lebih selesa untuk study last minute sebab aku lebih senang "catch up" benda yang aku baca tu. Aku ni sejenis yang kena ada pressure baru aku boleh mula buat sesuatu. So, kalau aku nak study awal-awal tu memang tak boleh sebab tak ada rasa "pressure" untuk aku study. Aku tahu bila waktu aku perlu study bila pressure tu datang sendiri tengok kawan-kawan yang dah mula study tapi aku satu benda pun tak baca. Lepastu bila terbaca nota and banyak benda lagi yang aku tak faham dan tak tahu. Daripada situ, aku tahu I should begin studying at least to get A- for the exam hahaha (kau dah la study last minute, kalau kau expect nak dapat A+ macamlah genius sangat kan!?)

Untuk entry kali ini aku akan berkongsi beberapa tips yang berkesan untuk study last minute. At least it works for me kalau untuk kau tak boleh guna, kena panggil bomoh la jampi bagi muncul jawapan time jawab exam kahkah.

#1 Focus on your weak area
Bila kau dah mula study last minute ni, you don't really have time to read the whole book and go through chapter by chapter. Kalau kau baca the whole book pun belum tentu kau akan ingat semua content buku-buku yang kau dah baca tu. So, be smart. Fokus kepada perkara yang kau lemah sahaja. Biasanya bila kita dah belajar ni mesti kita tahu di mana kelemahan kita. Konsep ni kira macam "sediakan payung sebelum hujan". Since kita tak tahu soalan apa yang akan keluar dalam exam, kita prepare sahaja untuk sebarang kemungkinan. Mana tahu perkara atau topik yang kita lemah tu masuk dalam exam? Kalau soalan tu keluar dalam exam, at least kau dapatlah jawab based on apa yang kau dah study tu :)
#2 Tulis apa yang kau tahu
Get yourself a piece of paper. Tulis apa benda yang kau tahu. Contohnya kalau kau tengah study Bab 1. Bab 1 tu pula pasal faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. So, tulis la apa yang kau tahu pasal bab tu. Jangan refer buku! I repeat, don't refer to your book. Kalau kau rasa macam banyak benda yang kau tak tahu, that's how you're going to be in the examination hall. Benda yang kau tahu tu lah yang kau akan tulis dalam kertas peperiksaan kau. Jangan panic kalau kau rasa macam banyak benda yang kau tak tahu, tapi ambil beberapa minit, untuk baca balik dan refresh balik otak kau. Bila kau dah dapat recall informasi-informasi tersebut, then baru mula tulis balik dan compare apa yang kau tulis dengan apa yang ada dalam buku
#3 Study group
Sesetengah orang tak prefer untuk study secara berkumpulan, tetapi aku rasa study secara berkumpulan ni sangat membantu especially bila kau study last minute. Pada pendapat aku, study group tu akan berkesan kalau ada 4 hingga 5 orang sahaja ahli dalam kumpulan. Kalau lebih dari tu memang tak jadi study group, kau akan end up main game "warewolf" (macam aku zaman degree dulu hahahaha okay rindu pulak). Kenapa pentingnya study group?

Antara sebabnya ialah,  kau boleh share apa yang kau tahu dengan kawan-kawan kau dan pada masa yang sama, benda yang kau tak tahu pun kau boleh belajar dengan kawan kau. Aku percaya kalau kita share dengan orang ilmu yang kita ada, mesti lebih senang urusan kita nanti. Kalau ada soalan-soalan yang kau tak faham, masa ni lah kau nak tanya dekat kawan-kawan kau. Bila dengar penjelasan daripada kawan kau, mesti kau akan ingat benda tu sampai nak masuk dewan peperiksaan tu nanti. Kadang-kadang ada juga yang berkongsi cara dan formula untuk ingat sesuatu maklumat. Kan bagus tu? 
#4 Past year questions
Biasanya setiap kali nak exam, mesti lecturer ataupun cikgu akan bagi soalan-soalan tahun sebelumnya dekat pelajar kan? so, aku cadangkan kau supaya manfaatkan soalan-soalan tu! Kebiasaannya memang ada soalan tahun lepas yang masuk dalam exam cuma bentuk soalan tu diubah sikit. Kadang-kadang benda yang nak ditanya tu sama sahaja tetapi cara soalan tu ditulis seoalah-olah kita nampak macam ia satu soalan yang berbeza. Kalau dapat skema jawapan untuk soalan-soalan tu, baca juga sebab macam tu jugalah kau punya jawapan akan dinilai nanti. Jangan terpengaruh dengan soalan ramalan semua tu. Kalau kau terlampau meletakkan harapan terhadap soalan ramalan, nanti kau akan cenderung untuk study soalan tu sahaja. Akhirnya kau yang akan kecewa bila soalan yang diramal tak masuk
#5 Be positive 
Sebelum tidur tu, make sure yang kau dah habis buat semua perkara di atas. Kalau kau dah buat, don't worry everything will be fine inshaAllah. Yang penting kau jangan overthinking. Jangan rasa macam apa yang kau baca tu tak cukup untuk buat bekalan masuk dewan peperiksaan nanti. Believe yourself! "kau dah pergi kelas semua kot lepastu kau baca lagi takkanlah tak dapat jawab". Aku selalu pesan kat diri sendiri macamtu, sebab aku tahu apa yang aku dah belajar dan aku dah berusaha yang terbaik (walaupun last minute). Dengan apa yang kau pelajari dalam kelas dan apa yang kau dah belajar untuk exam, mustahil kalau tak lulus.

Akhir kata, study last minute ni bukan satu perkara yang sihat untuk kau contohi. Kalau boleh study awal-awal tu, aku nasihatkan better untuk kau mula study awal-awal sebab banyak advantages yang kau boleh dapat kalau kau study awal. Bila study last minute ni kalau kau tak dapat handle pressure benda tu akan affect kau punya diri juga. Sebab study last minute jugalah aku tak dapat first class degree! hahaha tapi Alhamdulillah berbaloi la dengan usaha aku kan? Good luck! 

72 comments :

  1. Akak dulu pun jenis yang kena last minute jugak. Pagi ni ada test, malam sebelum tu barulah nak baca nota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha samalah kita kak. Memang tak boleh mula awal-awal ni tak tahu kenapa.

      Delete
  2. sy pun study last minute jgk tp kalau buat study grup jd makin glbh pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang ada orang rasa macamtu. sebab dia rasa orang lain lebih banyak tahu daripada dia.

      Delete

  3. Akak dulu..tak berani nak study last minute..takut gabra in case tak sempat katam nota2...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya dah biasa kak, biasanya tak khatam pun nota-nota. baca mana yang terpilih ja haha.

      Delete
  4. saya pun jenis study last minute juga...alhamdulillah boleh dapat keputusan yang baik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kebetulan apa yang baca last minute tu kadang-kadang masuk dalam exam kan hehe.

      Delete
  5. Last minute study hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tidak blur dalam kelas. Kalau tidak panic akan menguasai diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa saya setuju. memang sesetengah orang yang gelabah dan insecure tak payah cuba la study last minute haha.

      Delete
  6. tu dia, saya dulu kira last minit gak no matter how i try to schedule earlier

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kadang-kadang bila nampak ramai sangat orang dah mula study baru la saya mula awal hahaha.

      Delete
    2. haah kak betul sangat tu haha.

      Delete
  7. Amboi! siap ada tips ha!

    Kalau boleh janganlah study last minute berdasarkan pengalaman Mrs. A bila study last minute rasa stressed bila semua benda rasa tak cover lagi. Baca sini sikit pastu rasa pulak eh! itu pun aku tak baca lagi haish! haru-biru.

    Moral of the story jangan, jangan, jangan moxyxt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mestilah ada tips kak. kahkah.

      Setuju kak, memang akan rasa stress bila banyak benda tak cover lagi. sebab itu, orang yang study last minute ni orang yang jenis pasrah ja macam saya. Betul, kalau tak kuat jangan sesekali cuba.

      Delete
  8. Tak berapa boleh 'go' study awal sebab nanti lupa! 😅
    So, study lah last minute pulun balik dari awal sampai habis. Tapi go through je lah. Yang mana lecturer bagi hint suruh tekankan tu, paham-paham sendiri lah. Pastu pasrah je lah, tawakkal bebanyak. Walaupun last minute. WALAUPUN... 👼

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa itulah pasal. selalu kalau study awal akan lupa punya kan!? (alasan je padahal). Yesss, betul sangat tu. Mana yang lecturer sebut banyak kali tu mungkin yang tu akan masuk exam kan. so kena bijak la study WALAUPUN last minit kan.

      Delete
  9. Ira pun amalkan apa yang syed pointkan. Lepas tulis biasanya ira kan bercakap sorang then repeat note tu sampai lekat dekat otak hehe.

    Last minute itu perkara biasa memang perangai sejak azali kot. Lepas tu menyesal sebab tak study awal kononnyaaaa hahahahhaha --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa sama sangat macam syed. hahaha syed pun akan cakap sorang-sorang macam orang gila. buat2 tanya soalan dekat diri sendiri kahkah.

      Perasaan menyesal tu memang ada tapi kita akan repeat the same cycle masalahnya

      Delete
  10. IQ pun suka study last minit tapi bila study last minit ni masalah akan timbul bila tetiba rasa mcam weyhhh, banyaknye kena cover!! hahaha~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa betul tu. Bila rasa macam banyak sangat perkara yang kena cover tapi masa tak cukup lepas tu ha mula gelabah kahkah

      Delete
  11. Teringat zaman sekolah dulu .. nak present apa-apa selalu baca last-last minit . Tapi make sure baca part-part memang dah tahu akan masuk dalam exam or nak present kan ..lagi satu ccl paling tak suka study group ..dalam setengah jam ja mampu bertahan . Lepas tue mula la nak bersembang sana sini.tapi bergantunga pada kawan-kawan yang join study group tue .kalau niat nak study group slma sejam . InsyaAllah teruskan.kalau study + sembang kosong ..bye2 je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat CCL. kena pandai pilih kawan untuk study group ni. Sebab itu syed cakap study group tu akan berkesan kalau ahli dia dalam 4 hingga 5 orang je maximum. kalau lebih tu serius tak jadi study group nanti haha.

      Delete
  12. study last minit tu mmg biasa Fiza buat mase waktu study dulu. Yg penting perkara yg kita study tu mmg kita dah faham dan hadam sbb laSt minute nie selalunya utk refreshkan otak untuk esoknya. Kalau esok nk exam, hari nie baru nak faham mmg tention la jawabnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya setuju juga. Make sure topic2 tu kita dah tahu pasal apa cuma kena baca sikit just to recall the information kan. Tapi syed pernah juga buat macamtu hahaha yakin betul. takde tension mana sebab dah biasa kot.

      Delete
  13. haha Mell pun jenis last minute. Cara nak ingat, baca, tulis. Nak tidur tengok balik, test ingat tak apa yang kita study tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yeah geng la kita. syed pun buat macamtu juga. Time nak tidur tu wajib letak sebelah apa yang kita tulis tu

      Delete
  14. Last minute memang the best way 😂
    Tapi kalau subjek kena hafal okay lah.. Kalau subjek macam Matematik tu haa kena banyakkan buat latihan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh sebab itu i'm bad at maths. Dulu time sekolah tak pernah lulus math except untuk exam yang ada sijil la macam PMR dan SPM. sebab dia ialah lack of exercise. Tak pernah buat latihan pun macam mana nak jawab exam haha.

      Delete
  15. Thanks for sharing syed! Hahaha sama laa suka study last minute. Nasib baik laa last minute tu boleh masuk macam macam jugak alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sesama. kalau syed memang last minute tu lah senang nak masuk. Especially kalau nak buat assignment kan memang terbaik.

      Delete
  16. saya pun dulu suka study last minute. kalau awal cepat lupa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya pula, awal2 tu tak tahu nak study apa. hahaha macam banyak sangat.

      Delete
  17. saya study last minit...buat kerja last minit

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terlampau biasa sangat hehehe nanti susah nanti.

      Delete
  18. Perghhh! scorer lah Syed ni.Akak dulu tak boleh last minute study..kena early minute. HAHAH! Anyways, sokong sangat tips yang tulis apa yg kita tahu atas kertas. Jangan tengok buku or nota. Masa tu baru tau..paham ke idak sebenarnya apa yg lecturer ajar tadi kan. And yes! study group also very helpful ..tapi kalau dah ramai sangat jadi benda lain pulak. Too many cooks spoil the broth. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah scorer la sangat kak. takda maknanya. saya score untuk survive dalam course je. Study macamni takda lah nak dapat 4 flat tapi 3 ke atas tu boleh la. Itu la yang saya selalu buat kak hihi. Study group dulu tak suka sangat tapi baru sedar time degree yang berbincang dalam group ni very helpful.

      Delete
  19. Mai pun jenis study last minute. Tak salah pun, dan tak mustahil nak skor dengan cara ni, cuma pastikan masa study tu jangan kelaut la, betul2 fokus.

    Macam mana main warewolf tu.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhhh nak betul2 fokus tu susah mai! banyak betul cabaran dia, phone duk melambai-lambai ja kat sebelah haha.

      Best okay main tu! cuba download dekat playstore. Susah nak explain sini.

      Delete
  20. Hehehe..ciktie pun jenis study last minute. Tapi bab kerja ni tak boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerja tak boleh la kan sebab kita krja dengan orang hihi.

      Delete
  21. Samalaa, memang jenis last minute study. Even dalam study week tu pun still takleh fokus lg study. Esok exam, okey malamni baru boleh pulun study.

    Sekarang dalam proses cuba nak elak buat macamtu. Tapi, memang bila bukak buku dlm satu dua ayat jerlaa yg boleh masuk. Lepastu memang kelaut~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita fatihah. Cuba elak tapi selalu failed hahaha. Macam syed cakap la, kena ada pressure baru boleh mula untuk study dan fokus.

      Delete
  22. ok anis sendiri jenis study last minit, but with slightly different method.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh, mind to share your method anis?

      Delete
  23. syed. akak pun jenis yang study last minute dari sekolah dulu sampailah skrang.. huhuhu.. Kadang2 tu rasa menyesal gak sebab study last minute tapi tak boleh nak ubah perangai ni. hahahaha (alasan sangat!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha samalah kita kak. Selalu sangat rasa menyesal lepastu still buat benda yang sama juga balik-balik.

      Delete
  24. Kite sama la..
    mmg dr dulu study last minit..
    tapi nape xjmp tips ni mase blaja dulu..
    skg da lama tingglkan zaman study..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam memang tak boleh nak study awal-awal ni kan haih.
      haha kalau jumpa awal dulu okay la kan :P

      Delete
  25. Tips ohsem..
    Akak pun suka study last minit.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks kak. zaman study dulu semua benda nak last minute ish2.

      Delete
  26. Mcm bahaya je tips awak ni dik....dibuatnya yg lemah tak keluar, yg mcm tak lemah tu keluar tapi tak hingat dah mcm mana? Adoiyai kosonglah markah hakak hihi....
    Tp yelah.... org lain, lain pesennya, janji selesa dgn cara memasing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe maksud saya tu fokus kepada yang lemah tu takda lah sampai tak baca langsung yang kita dah hebat tu. Cuma fokus dia lebih kepada yang lemah dan kita tak tahu tu la. Betul kak, lain orang lain cara study kan haha.

      Delete
  27. Hahaha dedulu masa sekolah, mmg suka study last minit.. Kalau study awai2, akibatnya mudah lupa.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu takpa, mudah lupa tu satu. tapi biasanya sebab study lambat ialah sebab malas je.

      Delete
  28. azam tiap sem tak nak study or buat assignment last minute tapi apakah daya manusia itu tidak sempurna hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's like a cycle tau. Tiap sem azam macamtu tapi akhirnya still buat last minute juga hahahaha aduhai.

      Delete
  29. terbaik tips ni. saya dah terlalu tua tuk masuk blaja ke institusi. suka belajar sendiri sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa uncle zuan hehe. asalkan belajar tak kiralah secara formal ataupun tidak. kan?

      Delete
  30. samalah dengan akak dulu syed..semuanya last minute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepastu menyesal kan. tapi lepastu buat balik perkara yang sama haha.

      Delete
  31. Sampai ke degree sy suka study last minute 😂 Cuma yg bezanya, time skola study hanya utk lulus. Study hanya utk exam ja. Tapi time degree, study utk amalkan ilmu yg dipelajari 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss, kita study untuk fahami sesuatu perkara tu. not just baca sahaja and thats it. Zaman degree kebanyakannya ilmu yang saya dapat semuanya saya masih ingat lagi.

      Delete
  32. busyra pun selalu study last minit.. baru nak kalut nak baca itu ini.. haha. mmg dah habit. bila nak exam baru terhegeh2 nak baca. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan, tapi kalau nak ikutkan habit macamtu tak elok juga lah kan? tapi nak buat macam mana sebab dah terbiasa. huaaa.

      Delete
  33. Siqah tak biasa studi last minute dulu. Jadi serabut kepala rasanya. Sekarang, buat kerja pulak last minute. BAru cepat siapnya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha macam terbalik je tu kan. Waktu study tak biasa tapi bila buat kerja dah buat last minute pulak hehe. apa pun jangan amalkan selalu nanti tetiba stress pula kan.

      Delete
  34. sy org nyer yg selalu study last minit... esp subjek2 yg susah... bkn x boleh nk study awal tp cpt sgt nnt dah mengantuk. bla study last minit ni, dlm hati timbul rs takut. so bla takut tak laa mengantuk heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kan! sama lah kita. tapi kalau syed, subjek susah tu study awal sikit dalam 3 4 hari awal la sebab takut punya pasal kan haha.

      Delete