Thursday, April 13, 2017

NIKMATI DOMINO'S PIZZA DI TEPI PANTAI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN

Domino's Pizza Kuantan

Salam dan Hi!

First of all, ini bukan entry berbayar ya adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian. Aku tak tahu nak buat tajuk entry kali ni dengan nama apa. Takkan nak tulis "Sambutan hari lahir di Pantai Teluk Cempedak" kan awkward sangat bunyinya tu. Hari semalam kan birthday aku, so hari semalam juga aku pau kakak aku untuk belanja aku Domino's Pizza. Aku dah lama teringin nak makan pizza since kerja dekat Kuantan ni. Memang aku craving teruk lah nak makan pizza, kebetulan birthday aku and akak aku cakap nak belanja makan! Aku tengah kerja time tu terus rasa excited lah apa lagi

When it comes to pizza, aku suka Domino's punya pizza. Dia punya rasa better dari pizza-pizza yang lain. Tak tahu la kalau aku sorang sahaja yang rasa macamtu ataupun kau pun rasa macam apa yang aku rasa. Sebab itu jugalah aku tulis "Domino's Pizza" dekat tajuk entry siap-siap sebab aku nak semua orang tahu aku suka Domino's Pizza! (macam penting sangat kan). 

Aku habis kerja pukul 7.30 petang semalam. Dengan gigihnya aku balik rumah, bersiap solat maghrib dan mandi semua lepastu kakak aku ambil dekat depan rumah aku. Dapat lah rehat dalam 15 minit macamtu dan terus gerak keluar. Mula-mula plan nak makan pizza dekat tempat dia so senanglah tak payah nak bawa pergi mana-mana. Tapi disebabkan waktu tu dah pukul 10 malam, dia pun nak kemas apa yang patut dan tak dibenarkan makan dekat situ. Boleh take away sahaja. Terganggu lah kejap plan nak makan pizza! Namun, disebabkan kegigihan aku nak makan pizza, it's okay lah. take away sahaja. Nak makan dekat mana nanti fikir kemudian.

Menu Domino's Pizza

Dah lama tak makan Domino's, sampai aku dah lupa cara-cara nak order pizza ni dan tak ingat dah flavour apa yang best. We have decided to order 2 regular pizzas. Pilihan akak aku ialah Classified Chicken dengan crust Chilli Cheese Burst. Aku pula pilih Flaming Tuna dengan Crunchy Thin Crust. Kalau nak beli pizza dekat Domino's, now ada promotion. RM30 dapat 2 regular pizza 🍕 dan banyak lagi promotion yang lain. Boleh check dekat website Domino's ya. 

Sementara tunggu pizza siap, maka kami pun bergambarlah sekeping dua (lebih sebenarnya) untuk  mengisi masa lapang.

Seorang Syed dan Kakaknya

Aku happy semalam sebab akak aku dia punya sunburn teruk gila lepas hari sukan dekat sekolah dia. Tiba-tiba aku jadi lagi putih dari akak aku dan itu sangatlah satu kejadian yang luar biasa. Banyak gambar yang kena reject just because akak aku rasa dia punya muka lagi gelap dari aku but I'll just put it here and let you guys judge. Kejamnya syed.

Kalau korang pernah baca blog aku, aku ada cakap yang aku suka makan dekat tepi pantai. So, malam tu aku pun ajak akak aku pergi Teluk Cempedak dan menikmati pizza yang dibeli ditepi pantai. Serious memang literally tepi pantai kot. Letak pizza atas pasir sambil duduk bersimpuh bersila.

Classified Chicken Pizza by Domino's

Sebab gambar pizza ni cantik gila, so aku kena share gambar ni dekat sini. Bagi aku pizza Classified Chicken​ ni sedap sangat! Tak sia-sia akak aku order yang ni. Dia jadi sedap sebab crust dia sangat cheesy lepastu ada rasa pedas-pedas. Memang terbaik weh serius! Lagi sedap bila kau makan pizza ni sambil mendengar deruan angin laut dan bunyi ombak. Subhanallah! Cantik sangat pemandangan 😍

Flaming Tuna by Domino's

Flaming Tuna ni bukanlah tak sedap, tapi aku rasa aku salah pilih crust. Dia tak sesuai dimakan dengan crust crunchy ni. Should be eaten with cheesy crust. So most of the pizzas aku yang habiskan hahaha. Akak aku makan sikit sahaja kot. Aku dah la tengah lapar so memang sedap lah nak makan pizza banyak-banyak. Pizza is love, pizza is lyfe kot.


Nampak tak beza gambar yang aku tangkap dengan gambar yang akak aku tangkap? haha. Aku stress betul kalau suruh akak aku tangkap selalu tak kena dengan citarasa aku. Tapi kalau gambar yang aku tangkap, tak pernah tak cantik haaa sabar jelah, nasib baik kau belanja aku pizza kak long! hahaha. Lama juga sesi makan pizza tepi pantai ni. Siap boleh baring lagi atas pasir tu, sebab best kena tiup angin semua. Kalau ada yang dating tepi-tepi pantai tu aku dengan akak aku buat-buat tak nampak sajalah.

Aiskrim Hershey Chocolate

Bila perut kami dah kenyang makan pizza, pergi beli aiskrim McD pula. Aku punya all-time-favourite of course lah Hershey chocolate sundae cone! Walaupun rasa dia a bit sweet tapi okaylah sebab dah lama nak cari aiskrim ni! lepastu try tangkap gambar, macam cantik pula tengok gambar ni, padahal guna camera smart phone biasa saja pun :)

Seorang Syed Dah Tua

Sebelum balik, kena tangkap gambar dulu satu sebagai kenang-kenangan untuk diabadikan. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih kerana memberi aku satu lagi peluang untuk teruskan hidup di muka bumi ini. Thanks to my sister for your effort (beli pizza) dan ambil aku kesana-sini sepanjang aku di Kuantan ini. Walaupun takda sambutan gilang-gemilang dan takda kek, yang penting aku dapat makan pizza dah berjaya buat aku senyum sampai ke telinga! :)

p/s : yeay esok last kerja, goodbye Kuantan! :)
Thanks for reading.

94 comments :

  1. Besar atau kecil sambutan untuk meraikan itu bukan utama...tapi bagaimana kita mencipta suasana yang boleh dikenang selagi adanya hayat..
    Seronok makan tepi pantai...dengan anginnya..subhanaAllah..nikmat..kak PC dengan suami duduk tepi pantai sambil makan mamee je pun..oleh sebab persekitaran tu...rasanya pun lain...kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kata-kata akak tu. Asalkan kita ada kenangan yang boleh kita ingat sepanjang hidup ni kan? :) . Betul! padahal makan simple-simple pun boleh jadi sedap hehe.

      Delete
  2. happy birthday to you syed ...
    bestnya dapat merap kakak belanja pizza .. berkelah tepi pandai kena pulak angin sepoi - sepoi bahasa,,hehe ..

    moga panjang umur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks CCL. Nak pulak jarang pergi pantai, kalau dah dapat pergi tu memang syok lah haha.

      Delete
  3. lama tak makan dominos. sekarang slalu beli pizza hut je sejak ada promotion tu.
    untungnya kakak belanja makan, tepi pantai pulak tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan la Domino's pulak hehe. Pizza hut punya promotion pun not bad juga kan. Tapi tak berapa suka crust dia kot.

      Delete
  4. Kalau lapar Pizza Hut sesuai sebab rotinya tebellll bangett. Tapi Dominos memang awesome la, tambah2 bila makan dengan chilli flakes tu memang tak ingat dunia. Huhuhu.

    Syoknya berkelah macam ni dengan kakak, dulu selalu jugak dating berdua. lepas dia kahwin maka semuanya berubah, hahahahahaha. Redho jeler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan Mai, chilli flakes tu bukannya rasa pedas pun haha. Tahun lepas sebelum kena buang appendix banyak kali makan domino's punya chilli flaes tu. fuhhh.

      Itulah mai, selagi akak tak kahwin lagi ni, boleh la nak ke sana sini berdua hehe. dah kahwin memang takda dah kot.

      Delete
  5. Alahai.. sweet sangat dua beradik nie.. Domino's nye pizza memang lagi sedap dari pizza2 yang lain.. It's my feveret..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sweet la sangat kak :P
      kan kak? saya pun suka domino's lagi daripada pizza yang lain.

      Delete
  6. Eh, akk pun lebih suka domino pizza, lagi best kalo dia lmbt smp destinasi dia bagi free satu piza, tapi next odwrla, pandai dorg.
    Akk suka pilih kerak dia yg crunchy tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak? alahhhh saya jarang order pakai delivery ni. selalunya terus makan dekat restoran dia ja. Syok juga kalau free satu pizza hehehe.
      Saya suka yang cheese burst sebab hantu cheese kan haha.

      Delete
  7. mmg best domino pizzas, tp x lama lepas tu kene gastrik. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pulak tak lama lepastu kena buang appendix (tapi tak boleh salahkan pizza 100% jugak kahkah)

      Delete
  8. Seronok nya tengok dua beradik ni rai kan besday ...makan pizza tepi pantai bertambah lah nikmat.
    Nanti wajah kakak dah hilang sunburn nya ,tak putih lagi lah syed ya.
    Apapun semoga kehidupan syed yang masih panjang di hadapan sana akan beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang nikmat lah kak. Sekali orang sekeliling ingat kami ni dating pulak kan. Merasa lah juga putih walaupun sekejap kehkeh. Terima kasih kak, Aminnnn.

      Delete
  9. last kerja dah? owh..nak posting dah ek? hehehe...seronok orang belanja pizza, ai is jeles..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp, last kerja tapi tak tahu bila posting. Dalam waktu terdekat inshaAllah. Sekali sekala ja pau ni IQ hehe.

      Delete
  10. kita pun dah lama tak makan dominos...makan tepi pantai tu memang syok kan...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang syok betul sambil nikmati pemandangan kan.

      Delete
  11. Suka sangat angkat bakul! 😂
    Sedapnyaa pitja! Lagi sedap orang yang belanja dan makan tepi pantai dan di hari ulangtahun kelahiran. Kan? 😝👏
    Alhamdulillah, dah 24 tahun. Fairuz sweet 23 lagi! Mudaaa... Ok je akak syed tangkapkan gambar? Tapi memang pun kan, rasa tak best kalau kita tangkapkan gambar orang tu lawa hasilnya, and bila mintak tolong orang tu tangkap gambar kita fia jadi lain. Hahahahaha fairuz selalu tangkap, pastu tunjuk, nak macam ni! Pangaaiii... Sabor je lah! 😂😂😂
    Ooo pasni habis dah la, tak kerja dah la kat restoran tu dah. Takde dah cashier 'handsome' bagi 'handsome' first impression... 💁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh mana ada syed angkat bakul! angkat pizza ada lah hahahahaha okay.
      Sekali sekala orang belanja best lah. Muda setahun ja pun, tak payah nak feeling muda sangat lah fairuz kehkeh. Mana ada okay, position tak betul tu hahaha. Masalahnya kalau syed buat macam tu dekat akak pun still tak dapat hasil yang sama macam mana syed nak. Sedih betul. Tu lah, kesian lah restoran tu kehilangan seorang cashier handsome :(

      Delete
  12. lamanya tak pegi teluk chempedak. masa dok kuantan dulu every week pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Every week? haha mesti sebab kuantan takda tempat lain dah nak dituju kan?

      Delete
    2. sebab dekat sangat dgn tempat belajar. haha!

      Delete
  13. lama gak tak ke teluk cempedak. bertambah best dengan pizza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nanti bila-bila boleh la buat macamni haha.

      Delete
  14. Sedapnya makan domino pizza di tepian pantai. Kek takde ke?

    Bagi Mrs. A lah kan besar kecil tak penting sambutan tu yang penting tanda ingatan dan keikhlasan orang yang sama-sama meraikan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli kek tapi kedai dah tutup dah kak. Sedih tak? haha.
      Setuju, asalkan ada orang ingat dan ada yang sudi meraikan bersama dah cukup syukur dah.

      Delete
  15. Hi Syed..
    Family akak pun lagi suka makan dominos pizza dari pizza2 yg lain.. dan classified chicken tu mmg my fav... sedapppp sgt.... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak, nampaknya bukan saya sorang jelah yang suka domino's hehe. Memang terbaik kan kak classified chicken tu. especially kalau ambil crust cheese burst. fuhh.

      Delete
  16. Pizza - makan panas panas memang sedap. Minum apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. boleh tarik-tarik tu yang best haha.
      Minum? tak minum pun. Makan aiskrim ja. Balik rumah terus minum haha.

      Delete
  17. lamanya tak makan pizza ..... lepak tepi pantai memang fav..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bolehla beli pizza lepasni. Samalah, my fav too sebab boleh tengok pemandangan and rasa angin bertiup tu tenang ja. Hilang segala masalah.

      Delete
  18. Best pulak tengok tapau dominos panas-panas lepak tepi pantai malam dengan angin sepoi sepoi hehe. Dan faham sangat perasaan Syed bila suruh orang ambilkan gambar kita tapi serabai je hasil hahahhaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kot! try lah nanti hahaha.
      Kadang-kadang rasa macam "nvm, kita selfie jelah" and rasa give up nak ambil gambar haha (over sangat kan)

      Delete
    2. HAHAHA kalau syed boleh kata "nvm"? Takde ira akan paksa jugak sampai gambar jadi macam hasil kita bagi kat dia hahahahhaha (sis memang kejam) :P

      Delete
  19. Ok nasib baik baca entry ni and kebetulan, baru lepas makan pizza hut mak belanja, so takde rasa sakit hati sangat.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ala kenapa mak anis tiba-tiba nak belanja pizza ni. baru nak bagi anis sakit hati sikit.

      Delete
  20. ya ampun sdpnya pizza dh lama xmkn dominos.slalu mkn pizzahut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak jarnag makan pizza hut. Selalu makan dominos ja haha.

      Delete
  21. Happy belated birthday. May Allah bless!

    Tak suka sangat Pizza, tapi memang bila dicuba Dominos antara yang paling best. Sebab dia macam kurang sikit muak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fatihah! kalau makan banyak sangat memang agak muak la. Tapi pizza sedap laaaaa haha.

      Delete
  22. Lama x makan Dominos. Pizza yang paling dekat 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua pun sama asalkan pizza kan. tapi Domino's yang terbaik la haha.

      Delete
  23. Piza tu tak penting, yg penting tuan dapat menyambung menyedut udara percuma tak kira di mana.

    Selamat hari lahir Seorang Syed.

    ReplyDelete
  24. I love food! Thanks for the idea on what to eat today syed (lari ke pasar sekarang) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh me too! hehehe. You're welcome! pasar ada jual pizza ka?

      Delete
  25. Amboi amboiii dah boleh dah ni hantar portfolio ambil modelling ahaks ::D.. domino kalau jarang makan sedappp... ..tengok syed post pasal domino ..lupa dah bila last makan.. happy birthday syed.. langkah setahun... plak.. harap segala plan syed berjalan dengan lancar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi kak, modelling terus walaupun muka kelaut kan. benda2 macam ni memang tak best makan selalu. kena makan jarang-jarang okay la hehe. Tanks kak! Aminnn.

      Delete
  26. selalunya cam tu, kita tangkap gambar orang punya lawa, gambar kita pula #sisredha hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa itulah pasal tahu takpa. haha selalu amalkan konsep redha jelah.

      Delete
  27. betulke cikgu ni cikgu?macam tak sebab nampak muda sangat u.u habes aa kena ngorat dgn anak murid.hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah amboi mana ada muda sangat. dah 24 tahun dah tu hehe. cikgu tak hensem anak murid tak nak ngorat hehe.

      Delete
  28. dah kenape tak ajak sekali join.. Ckp nak sambut bedey... Leh jugak tumpang 6 kaki.. haha.. Pape pown epi bedey ye cikgu syed... Moga dipanjangkan usia dan diperluaskan pintu rezeki untuk syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha aah kan! lupa pula akak pun ada kat kontan kehkehke. Thanks kak! Aminnn.

      Delete
  29. happy birthday cikgu syed yg muda dan hemsem..cicia..btw i pun penggemar dominos..perghh dpt makan tepi pantai tu macam best je...ada angin2 sepoi..memang best lah...lama tak tengok pantai

    jadi jakun jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hensemlah sangat kan. Thanks kak! memang best kan? hehehe boleh la berkunjung ke pantai yang berdekatan lepas ni.

      Delete
  30. Nadia lmbt wish tak agak2.... happy birthday Syed !!!!

    Nadia setuju dgn Syed . Dominos pizza mmg sedap lagipun dominos ada thin crust tue.
    Bila order dominos suka jugak dgn cake lava with peanut butter tue . Layan woo~ bila mcm panas2

    Bestnyaaaa picnic tepi pantai. Lama tak buat aktiviti berpiknik nie hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat 4 hari kot nadia! hahaha takpelah lambat pun asalkan wis kan. syed tak pernah makan lagi yang cake tu. sedap ka? hehe. Memang best sangat kot lepak tepi pantai tu haaa. lepasni boleh la buat aktiviti macamni pulak kan.

      Delete
  31. Haha, best dapat 'paw' kakak...
    You remind me of my youngest bro, n in fact today is his 27th birthday..
    Dulu adik mrs pil pun cenggini, asal birthday minta blanja makan n kena angkut sana sini ikut suka dia, tapi I is kakak mithali kan, ikut layan ja lah .... today sempat ber whatsapp saja, since he is working ... missed him a lot la juga ...
    Cheers Syed. All the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh is it kak? Happy Birthday to your youngest brother! May Allah bless him hihi. makin lama makin besar kan, susah la nak jumpa nanti lama-lama. Thanks kak :)

      Delete
  32. happy birthday Syed. Semoga sihat selalu dimurahkan rezeki dunia dan akhirat.
    Sedap tu dominozzzzz. huaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mek! hehehe Aminnnn. memang sedap sangat la.

      Delete
  33. Sedapnyaaa... Dah lama tak pekena dominos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa boleh la pergi ke domino's yang berdekatan sekarang hehe.

      Delete
  34. Selamat Hari Jadi Syed.. hopefully masi belum terlambat.. hahaha Semoga terus berblogging dan teruskan menulis idea2 yg menarik. May Allah Bless you and your family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe orang cakap better late than never kan, so okay lah. Thanks atika! InshaAllah, aminnn.

      Delete
  35. oooo mkn pizza x ajak kami punnnnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe cemana nak ajak kalau jauh kan

      Delete
  36. bestnya makan pizza kat teluk cempedak. akak selalu makan dominos kat umah jer - abang dominos hantar kat umah. hehehe..

    btw, happy belated birthday syed, sorry terlambat wish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan tepi pantai lagi best kak! dapat enjoy pemandangan indah dengan angin-angin laut tu hehe.

      thanks kak! it's okay :)

      Delete
  37. teringat dulu pergi pantai lepas tu ingat nak call domino. bleh pekena pizza sambil layan angin pantai.. sekali call, rupanya kat kawasan tu domino x cover.. sbb jauh sangat.. hahaha..

    last2 kechewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ala kesian pula kalau jadi macamtu kan. Domino's memang ada certain tempat yang takda. lain kali kena check outlet siap2 la.

      Delete
  38. seronoknya makan pizza tepi pantai...

    hepi belated besday syed...moga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sangat kak hihihi tenang ja rasa.
      Terima kasih! Aminnn.

      Delete
  39. pernah dominos pizza ni tu try sebab dapat voucher free dulu ni entri kak ekin kongsi dekat blog https://cikash.blogspot.com/2016/10/menang-baucer-dominos-pizza-dari-page.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa bestnya kak menang voucher macamtu! banyak juga dia punya set kan.

      Delete
  40. Silap betul pergi baca entry ni malam malam hari. Hahahah! Terliur tengok Domino's :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu maknanya kena buat delivery terus tu :P

      Delete
  41. Bestnya lahai dapat adik beradik yg sporting yg masih single mcm ni. Nanti dah kawen dah susah sikitlah....

    Haha....apa yg tak cantiknya kakak tu ambik gambo Syed. OK je hakak tengok. Ko ni mcm mcm lah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak. sementara masih single ni kena ambil kesempatan puas-puas! haha. ala kak, tak berapa jadi anglenya tu. nampak pelik sikit kah2.

      Delete
  42. bestnya makan piza sambil lepak pantai. plus ada adik bradik sporting mcm member

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang best la! boleh la cuba pula anytime lepasni kan.

      Delete
  43. Amboi fefeeling gitu makan tepi pantai. Untungla ada kak boleh nak pau. Kite yg sulung ni, keluar duit je keja :'(
    Happy belated birthday syed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang feeling habis kot makan tepi pantai dengan angin bertiup lagi tu haha. Yang sulung kena belanja diri sendiri la. tak pun tunggu adik2 besar dan kerja haha. Thanks Lya! :)

      Delete
  44. Aduh, macam lambat je nak wish ni, tapi nak wish jugaklah. Hii. happy belated birthday Syed!!

    Yes, Domino memang sedap!! Paling suka pizza nya, peanut choc lava, dan roasted chicken. FUhh sehingga menjilat jari orang kata :D

    Tak kisah sambutan birthday camne sekalipun. Yang paling penting, ingatan dan usaha seseorang untuk celebrate birthday kita kan :) Manis adik dan kakak dalam gambar.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha better late than never kan Siqah!

      Syed tak pernah lagi makan dia punya choc lava tu rasanya. Ayam tu pernah la memang sedap hehehe.

      Setuju sangat dengan Siqah. Asalkan ada ingatan daripada orang lain dah cukup untuk jadikan sambutan tu bermakna. Thanks Siqah :D

      Delete
  45. terclick entry ni. sebab ada nampak perkataan dominos. hahahahah housemate suka sgt makan dominos sbb murah skit dr pizzahut katanyaaa. hehe kite ni jenis makan je orang belanja kan xD

    ingat dengan awek td. hahahaha *tengok gamba dlu baru baca* nak lepaskn tgok gamba mknan je kununnya xD

    ehh. happy birthday. moga rezeki melimpah limpah ;)

    ReplyDelete
  46. Afiq suka tuna temptation. Huhu.

    ReplyDelete