Tuesday, April 11, 2017

BLOG SEORANG SYED LULUS GOOGLE ADSENSE

Blog Seorang Syed lulus Google Adsense

Salam dan Hi!

Semalam aku tengah penat bekerja, time tu pukul 11 malam dan nak balik kerja dah. Aku main phone dan buka blog untuk baca apa yang menarik dan tiba-tiba masuk satu e-mail dari Google AdSense. Aku pun dah rasa macam nervous nak buka, sebab takut kena reject hahaha. Tengok subject dekat email tu "Your site is now connected to GoogleAdSense". Okay, it's a good news! Aku pun terus gembira tak tahu nak cakap apa time tu. Nak kongsi kegembiraan dengan rakan sekerja tapi memang tak faham jawabnya.

Alhamdulillah, tak sangka blog picisan macam aku ni berjaya diterima oleh Google AdSense! Untuk makluman semua (kalau ada yang tak tahu), Google AdSense ni ialah satu jenis pengiklanan daripada pihak Google yang disediakan untuk para bloggers. Aku tak pasti macam mana bloggers akan dibayar, sama ada dalam bentuk clicks ataupun visitors. Nampak sangat aku pakai apply sahaja tetapi tak buat research. Duit yang diterima dari Google AdSense ialah dalam bentuk US dollar ya kawan-kawan. So, mungkin ini peluang untuk menjana sedikit pendapatan sampingan
Pernah kena reject
Disapproved by Google AdSense
Actually, sebelum lulus AdSense ni, aku pernah kena reject sekali dengan pihak AdSense. Ini memang aku dah expect dah sebab masa tu aku baru buka blog sebulan lebih dan blog aku pun masih belum diindeks di dalam google search. Tapi sedih juga time tu sebenarnya sebab kena reject hahaha siapa suruh yakin sangat pergi apply time tu kan. Walaupun pihak Google AdSense reject aku waktu tu, tetapi dia ada bagi suggestion apa yang kita perlu perbaiki untuk lulus Google AdSense

Berikut merupakan sebab kenapa blog aku tidak diluluskan waktu tu

Sebab kena reject dengan Google AdSense

Insufficient content

Waktu aku apply Google AdSense sebelum ni, entry dekat blog aku baru ada less than 50. Kalau tak silap aku dalam 28 macamtu kot? Untuk diapprove oleh AdSense, blog kau kena ada text yang mencukupi untuk team Google review kau punya blog ni tulis tentang apa. So, kalau kau punya content dalam blog tak mencukupi, macam mana pihak Google nak approve? apa guna advertisement kalau content dekat blog kau pun kurang? bila aku fikir balik, betul juga tu

Suggestion yang dia bagi tu memang tepat sangat kena batang hidung aku especially point yang ke-3 tu, "ensure that your website is fully built and launced before you apply for AdSense". Sebenarnya waktu aku apply tu, blog aku memang tengah under construction hahaha. Aku tengah adjust macam mana nak bagi aku punya blog ada navigation bar. Lepastu sibuk juga edit HTML code untuk bagi SEO friendly yang menyebabkan kadang-kadang image dan header dalam blog tu lari sikit dari tempat asal. AdSense taknak benda macamtu, kalau boleh before kau apply for AdSense make sure website/blog kau tu dah 100% ready to be viewed dan jangan ubah apa-apa for the time being.

Antara cadangan yang lain ialah "provide a clear navigation system for your visitors so that they can easily find all of the sections and pages of your website". Disebabkan waktu aku apply tu aku tengah berusaha untuk buat navigation bar ni, so blog aku memang takda clear navigation system. Itulah sebab kenapa aku punya application kena reject waktu tu. In simple words, make sure blog kau ada page-page seperti "about me, home, sitemap, disclaimer" aku rasa benda ni one of the things you should have to be approved by AdSense.
Berapa lama ambil masa sebelum diapprove?
Lulus Google AdSense
Welcome to my blog Adsense! 

Aku tak pasti berapa lama masa yang diambil untuk blog aku kena approve dengan AdSense. Aku rasa aku apply dulu dalam tengah bulan 3 kot? Kurang dari sebulan la tapi almost sebulan juga tunggu baru kena approve. Untuk permohonan yang kedua, memang lambat sikit dia akan review kau punya blog.  Tak sama macam masa kau apply untuk pertama kali. Kalau kau jenis yang tak boleh nak tunggu lama-lama, guna email lain la untuk apply AdSense. Aku tak expect pun yang aku akan diapprove oleh AdSense, so yeah aku main apply sahaja lagi sekali dan bila rasa lama sangat baru aku hantar "feedback" dekat dia dan tanya soalan kenapa lama sangat hahaha.

Iklan-Iklan Google AdSense

Happy sangat dapat tengok iklan AdSense dekat blog aku ni! hehehe walaupun tak tahu macam mana nak jana income dari AdSense ni. Kalau rasa nak bersedekah sesen dua, click la iklan dekat blog syed ni, kalau tak nak pun takpa lah hak masing-masing kan hahaha. Yang tak boleh blah tu barang-barang yang aku selalu tengok dekat Zalora selalu keluar dekat iklan ni stress pula sebab rasa nak beli.


Thanks for reading! :)

123 comments :

  1. Zalora melambai memanggil kamu untuk membeli bersamanya hahahhaha. Tahniahhhh. Nanti kita tolong sedekahkan sesen dua untuk kamu ye. Majulah blog untuk negara, eh ? hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah pasal. bahaya betul. dah la tak boleh tekan iklan sendiri kan? kahkahkah. Terima kasih ira! Yesss majulah blog! *sambil angkat sepanduk

      Delete
  2. Tahniah. Blog kak ana tak lepas2 lagi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak, tak lama lagi lepas lah tu kak hehe :)

      Delete
  3. tahniah
    xpenah lak apply..
    blogging pon suke2
    nnt aku sedekah kan sesen dua ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks hehe.
      sama la saya pun blogging suka2.
      tapi sebab dah tahu pasal ni kan, apply jelah.
      ok thanks :)

      Delete
  4. perghhh terbaik.. akak penah apply dan pernah lulus.. satu masa dah tukar domain semua berkecai.. huhuhu.. apply lagi x lulus dh.. pastu dh malas nk apply..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh bila tukar domain memang tak boleh dah ke kak?

      Delete
    2. Bukan tak boleh syed... boleh tapi peluang tu macam tipis plak sebab akak pernah dengar ramai yang apply lepas guna domain x lepas2.. tu lah akak x berani sangat nak buat... ..by the way ..congrats.. bertuah tu bukan senang.. ramai lagi yg dah apply x lepas2

      Delete
  5. Blog mai tak lepaa2 lg. Congratulations syed!!! Yippiee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkkk. mai guna nama sendiri ke apa? hahaha
      Thanks Mai! takpa nanti ada la tu.

      Delete
  6. wow! hebatlah! selamat menjana wang USD! dan jangan sesekali main black. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks mrejoy. main black tu apa eh? alaaa tak faham.

      Delete
  7. akak dulu still hosted acc..dah boring last2 cancel dgn adsense...sekarang ni try dengan email baru pulak..harap2 kali ni berhasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh hosted acc tu guna hosting sendiri ke macam mana kak?
      tak lama lagi tu kena approve la tu kak :)

      Delete
  8. Yeaayyy! Tahniah, seorang syed! 👏👏👏

    ReplyDelete
  9. When I still used blogger as my blog platform I was approved quite fast (it didn't even took me a week) so I was surprised seeing so many bloggers got rejected by google adsense. I think if you write in English it'll have better chance to get approve

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not really Rasya, there are few bloggers I know who write in English but they didn't even receive any answer from AdSense. We don't really know what the criteria is, maybe it depends on luck? haha idk.

      Delete
  10. Salam singgah sini dik...Wahh...tahniah yer

    Terima kasih sudi singgah dan follow blog Anugerah Terindah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! hehehe. Terima kasih juga kerana sudi singgah blog saya :)

      Delete
  11. waaahhh, menarik. IQ guna nuffnang je, tapi income xbrape nk naik...haha..kalau ikutkan ciri2 tu macam blog IQ pun tak lepas...haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuffnang saya pun sama ja IQ. macam hidup segan mati tak mahu ja naiknya haha. Try la dulu mana tahu ada rezeki kan.

      Delete
  12. eh, syed tlg tanya cik nor punya..bila dia lulukan..haha..dah lama review ni..apa2 pun tahniah syed..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh ke tanyakan kak. akak buka ja adsense tu punya web lepastu tekan feedback tu. Thanks kak! :)

      Delete
  13. Replies
    1. Thanks kak! saya pun merangkak lagi haha.
      tapi boleh la nak share apa yg saya tahu.

      Delete
  14. Yay akhirnya! Hakhak. Jadikanlah lulus google adsense nie sebagai hadiah birthday syed hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa alaaa tak cukup ni. nak kek, jam tangan, baju, kasut semua okay over.

      Delete
  15. Tahniah dik.. Aummmmmm... Ahkak belum sedia.. Masih baru lagi.. Hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe syed pun baru lagi kak. lebih kurang ja kita. slow-slow pun boleh kak.

      Delete
  16. Wah macam lulus final exam.
    Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lagi best dari lulus final exam ni hehe terima kasih.

      Delete
  17. Ohhh lebih kurang mcm Nuffnang lah ek Google Adsense ni. Malas hakak nak mahamkan Syed hihi.... Nuffnang tu pun kejap timbul kejap tenggelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lebih kurang la macam Nuffnang tapi dia bayar dalam dollar la. lagi masyuk kot rasanya tahla.

      Delete
  18. Tahniahhh! Lajulaa income naik pasni sebab blog ni macam sntiasa meriah je.. Kena kuat Syed, jangan terpengaruh dgn iklan sndiri. Tak pasal2 habis duit shopping kat zalora. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! hahaha kalau laju Alhamdulillah rezeki. Itulah bahaya betul la iklan dekat blog sendiri ni haha.

      Delete
  19. TAHNIAH SYUKUR ALHAMDULILLAH MURAH REZKI SYED

    ReplyDelete
  20. waaa, samalah kita, baru je kena approve. congrats syed :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks cik kaella! tahniah untuk awak juga :)

      Delete
  21. TAHNIAH SYED~

    Aah husni pun pernah kena reject dengan adsense T_T
    Tak tahu pulak boleh mohon lagi.. Thank you for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks husniey.
      Memang boleh mohon banyak kali sampai dia approve haha.
      You're welcome :)

      Delete
  22. Alhamdulillah..
    Tahniah Syed.
    Moga terus suksess

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. Alhamdulillah hasil sokongan bloggers-bloggers macam tmdci hehe :)

      Delete
  24. Tahniah syed lulus peksa, hehe.
    Akk pun baru ni ada mohon juga, tapi sedih tak layak, yelah blog akk tu blog main2 je, tapi tu ank akk punya keje, dia yg apply, akk kata tak payah, haa, kan tak dgr ckp mak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak hehe. takpa kak, kan dia ada bagi suggestion sebab apa tak layak kan. ikut je yang tu lepastu nanti try apply balik semula bila dah memenuhi syarat dia.

      Delete
  25. Tahniah, bukan mudah nak dapat tu..salam perkenalan daripada saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya :)

      Delete
  26. I applied for it, dapat like months ago tp tak tau how it works.. Income pun mcm tak bergerak je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena baca banyak lagi la tu anis dekat blog2 lain. Letak la iklan dekat sidebar sekali. syed tengok anis ada iklan dekat header sahaja.

      Delete
  27. blog sy sampai sekarang tak approve2 hahahha apa kes?? huhuuhu sedih
    btw salam perkenalan jugak..thanks singgah blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih juga kan kalau dah lama apply tak approve2.
      Try hantar feedback dekat AdSense banyak2. Salam perkenalan, thanks sudi singgah blog saya juga :)

      Delete
  28. baru dpt email disapprove.sedehhhh betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, nanti ikut dia punya recommendations lepas tu ikut lah hehe.
      InshaAllah nanti lepas la tu.

      Delete
  29. tahniah selamat berblog dgn majunya.
    one fine day nak jg la apply for google adsense ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mek! takpa, nanti try la mana tahu rezeki kan :)

      Delete
  30. Fuyooo lepas ni bertambah lah income. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, harapnya macamtulah hehe.

      Delete
  31. Alhamdulillah syukur...tahniah sangat...rezeki...berkat usaha dan tidak putus asa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, tak sangka pun akan diapprove hehe. terima kasih :)

      Delete
  32. Jgn terklik iklan sendiri sudah lah..sy pun dh kena banned sbb terklik iklan sendiri sejak thn 2008..www.kickstory.net...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh klik iklan sendiri boleh kena ban ke? bahayanya! takda bagi warning apa-apa terus ban eh?

      Delete
  33. Replies
    1. hahaha tak kot. Syed mana tahu sangat pasal adsense ni haaa.

      Delete
  34. tahniah bro..saya dah 4 tahun jadi blogger dan selalu kena reject Google Adsence..

    Dulu part time dan kini jadi Full time la pulak..

    very big challenge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro, takpa InshaAllah nanti lulus lah tu.
      Never give up okay? :)

      Delete
  35. Tahniah Syed 🎉 Kalau ada iklan AdSense tu, iklan Nuffnang x boleh letak di blog? Nasib baik iklan AdSense ada keluar kalau sy guna fon, boleh klik2 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nour! boleh ja letak dua-dua hehe. Iklan nuff kadang-kadang takda keluar kan? :(

      Delete
    2. Bukan lagi kadang-kadang, memang x keluar langsung 😂

      Delete
    3. Tapi kadang2 saya buka pakai phone keluar ja iklan tu haha.

      Delete
  36. Congrats Syed. Nice sharing. so sesiapa yang masih tak berjaya, boleh ikut yr tips ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak. Saya ikut recommendations yg dia bagi tu ja heheh.

      Delete
  37. Salam..Wah!Tahniah!!Terima kasih jg singgah ke blog & follow.Semoga trs success ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam. Terima kasih kak sudi singgah blog ni hehe.

      Delete
  38. Tahniah Syed. Bertambah masyuk la lps nie..

    ReplyDelete
  39. Tahniah Syed and..Happy Birthdayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!
    p/s : nanti share camno nak apply AdSense tuh yer. Heheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! And happy belated birthday to you! Akak tak tahu ek? Dekat dashboard blogger ada section earning kan? Akak apply kat situ la. Boleh je sy share apa2 nanti.

      Delete
  40. tahniah syed..dua kali apply, dua2 kena reject
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊 . Ohhh sedihnya macamtu. Cuba ikut dia punya recommendations tu. Lepastu baca tips dekat blog2.

      Delete
  41. Alhamdulillah syed :) teruskan berblogging

    ReplyDelete
  42. wahhh tahniah dikk...majulah blog utk cikgu..ehh.. hahah..pasni dah jd cikgu..kompem lg ramai followers...ehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak! Eh kenapa pula macamtu kak hahaha. Aminnn mana tahu ada rezeki kan. Tapi followers yang ada ni pun dah bersyukur sangat

      Delete
  43. tahniah syeddd! kita sama2 cari income dalam dunia blog ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks busyra! Jommmm mana tahu rezeki kan.

      Delete
  44. Wah tahniah syed. Akk pernah apply ritu tp xlulus. Trus frust mls nk apply smle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh yeke kak. Takpa nanti dah bersedia apply lagi sekali hehe

      Delete
  45. Bestnya Syed! Tahniah!! Boleh shopping online lah lepas ni. Hihi. Siqah masih tak approve lagi. Nanti nak apply lagi. Jangan putus asa. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lulus je tapi tak tahu la dapat income ke tidak hahaha. Harap2 la dapat sikit2 bolehla online shopping bak kata Siqah hehe. betul tu, jangan putus asa.

      Delete
  46. alhamdulillah... tumpang gembira... keep on blogging...

    ReplyDelete
  47. Ya Allah, tahniah idolaku!! Haahahaha :)

    ReplyDelete