Friday, April 7, 2017

DAPAT GAJI PERTAMA BEKERJA SEBAGAI CASHIER DI RESTORAN FAST FOOD

Gaji Pertama Sebagai Cashier di Restoran Fast Food

Salam dan Hi! 

Alhamdulillah, setelah sebulan beberapa hari aku kerja dekat tempat sekarang, finally aku dah dapat gaji pertama untuk bulan Mac. Cepat betul rasanya waktu tu berlalu, pejam celik pejam celik dah pun 7 April 2017. Tak perasan pun yang aku dah bekerja di restoran tu selama sebulan. Kalau nak ikutkan tak sangka juga aku mampu survive sejauh ni, sebab banyak kali rasa macam nak berhenti je kerja haha. Nak berhenti pulak di atas sebab-sebab tak munasabah seperti kena complain cara kerja kau dan etc. Bagi aku benda tu is a part of learning kan. Cuma biasalah, lain orang lain cara dia. Ada yang tak reti cara menegur dan bercakap dengan elok. So, apa kita mampu buat kita respect sahajalah dan buat tak tahu. Kadang-kadang kau rasa macam kau tak diberi peluang langsung untuk justify kau punya reason sendiri semuanya kau salah haha okay.

Gaji Bulan Mac

Gaji bulan ini hanya RM794.50 sahaja, lepastu tolak pula harga topi RM5.30. Balance lepas dah tolak topi dapatlah aku RM789.20. Gaji ni dah dicampur dengan overtime semua tau dan waktu bekerja pula 8 jam dan ada shift. 

Buat adik-adik yang rasa berminat nak kerja dekat fast food, abang nak nasihatkan lah bahawa gaji yang korang dapat takkan capai tahap RM1300 pun melainkan kau supervisor ke apa boleh la dapat. Ataupun kalau kau kerja KL memang RM1300 tu boleh dapat lah. Kalau setakat jadi cashier atau backup memang harapan lah nak dapat gaji sebanyak tu. Kenapa aku cakap macamtu? Sebab ramai adik-adik lepasan SPM dan ada yang baru habis belajar semua datang nak minta kerja dekat tempat aku. Tapi dia tulis dekat bahagian "salary expectation" RM1300. Tak salah pun kita nak letak berapa-berapa haha tapi aku dulu pun tulis RM1000 je sebab aku rasa minimum wage dekat Malaysia ni RM1000 kan? (tak sure pula aku). Kalau kau memang nak cari pengalaman dan sekadar ingin mengisi masa lapang macam aku, well go for it! 

Sambal Garing Che' Nor

Dapat je gaji pertama, terus terpandang Sambal Garing Che' Nor ni. Sambal ni boleh tahan laris juga dekat restoran aku kerja ni! Aku macam terfikir juga nak beli sebab nampak macam sedap and orang yang letak sambal ni pun banyak kali dia restock. Tinggal satu ni sahaja yang orang tak beli lagi. Aku ada post gambar ni dekat Twitter and ramai orang yang comment cakap sambal ni memang sedap! So, aku akan beli juga sambal ni nanti. Sanggup korbankan RM10 semata-mata sambal ni haha. Mula-mula rasa macam mahal, tapi since orang cakap sedap why not kita cuba kan? Ada rakan blogger yang dah try sambal ni ke? 

Indera Mahkota 8

Bila baru dapat gaji of course kau nak reward diri kau sendiri kan? dah penat-penat bekerja apa salahnya spend seringgit dua (sebab gaji sikit kahkah) untuk beli barang yang kau nak. Kebetulan pula harini hari Jumaat, dan aku punya shift pula waktu pagi. Habis sahaja kerja pukul 8 malam, aku terus pergi pasar malam dekat Indera Mahkota. Walaupun agak jauh juga perjalanan ke tapak pasar malam tu, tapi orang cakap "jauh perjalanan luas pemandangan" so aku gagahkan juga melangkah lol.

Nasi Kerabu

Harini dekat tempat kerja memang aku tak makan nasi langsung sebab aku dah target nak guna duit gaji untuk beli nasi dan makanan dekat pasar malam hahaha. Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk berkunjung ke pasar malam. Sebelum ni tak dapat sebab aku tak pernah dapat shift pagi bila hari Jumaat. Rasa seronok sangat dapat makan nasi ni hasil titik peluh aku bekerja! hahaha okay macam over pula. Aku ada life hack bila nak membeli nasi kerabu dekat pasar malam ni. Biasanya orang jual nasi kerabu lauk ayam RM6.50 and paling murah pun kadang-kadang RM5.50. So, aku ambil nasi kerabu kosong sahaja. Baru RM2. Untuk lauk dia pula aku beli lah lauk cucuk-cucuk dekat gerai lain. Bila campur-campur baru RM4. Haaa kan dah jimat! haha aku bukan kedekut, tapi kadang-kadang ayam goreng dia pun rasa biasa-biasa ja. mana ada rasa rempah sangat pun. 

Nasi kerabu aku beli ni okay-okay sahaja rasa dia. Tapi ada rasa macam dah tak sedap and nak basi sikit. Sayur dia kot aku rasa. Tapi okaylah sebab nasi dia banyak dan aku kenyang gila lepastu harga pun murah so aku maafkan hahaha. Paling best sekali ialah jus durian belanda yang aku beli tadi. Aku beli dengan harga RM5 cawan besar. Memang puas lah minum sebab durian belanda dia memang fresh and bila kau minum banyak isi-isi dia yang kau dapat sekali. Aku tak tahu sejak bila aku jadi penggemar durian belanda, I just randomly like it! hahaha. 

Ini sahajalah cara yang mampu aku lakukan untuk celebrate gaji pertama. Selebihnya nak simpan buat bekalan di hari tua nanti. Harap aku mampu simpan semua duit gaji aku ni, kalau nak guna pun RM50 sahaja maximum.

Sorry kalau ada blog-blog yang aku tak sempat aku nak jejak dan balas komen sebab aku busy sangat-sangat sekarang ni. Kalau dulu aku boleh curi-curi masa sebab aku tidur pukul 4 pagi untuk make sure aku dah blogwalking and tulis entry siap-siap. Tapi sekarang ni aku dah tak mampu nak tidur lambat dan bangun awal macamtu haha. InshaAllah kalau aku ada masa terluang aku akan cuba yang terbaik untuk balas jejak rakan-rakan blogger. Terima kasih! :)

94 comments :

  1. Tak tau pulak saya syed dah bekerja skrg. Anyway, selamat menabung ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kerja sementara ja kejap. thanks fae :)

      Delete
  2. Sambal garing che nor the memang best..! hehehe.. Actually, your gaji tu ok lagi syed.. Ade kwn sekelas anis, kerja sekelas kat one of the fastfood in kl, somehow gaji bulanan dia rm24 je.. Walaupun part time, I expect it to reach a hundred at least..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan ke anis? ramai cakap sambal tu sedap! tu rasa macam teringin nak beli tu. Kenapa murah sangat RM24? huaaaa. ke dia jarang datang kerja? tapi macam mustahil ja sebab biasanya rate dia ikut jam kan.

      Delete
    2. Pernah ler, in fact baru beli lagi untuk buat stok.. Kakak anis la kenalkan, dia sendiri kalau beli,satu bekas tu memang boleh tahan paling lama 2 hari, sebab dia suka makan sambal tu dengan roti.. hehe.. Dia lepas kelas terus gi keje kot tapi anis pelik jgk, knape rm24 je.. Padahal fast food tu femes kot..

      Delete
    3. waaaa macam memang sedap je! okay nanti syed nak try beli haha. Hmmmm kesiannya kawan anis tu macam tak berbaloi je dapat RM24 sebulan. kena tipu ke apa. sepatutnya tanya details dulu kot sebelum start kerja?

      Delete
  3. Hahaha. Sama la kalau beli nasi kerabu biasa mek akan beli nasi kerabu tanpa lauk sbb lg best beli lauk asing. Murah lagi compared to beli skli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn, kalau beli sekali dengan lauk tak tahu kenapa mahal hahhaa. saya selalu buat macamtu mek.

      Delete
  4. tahniah Syed..dah dapat gaji pertama tu rasa teruja dan pasti sayang duit sebab baru susah payah kerja kan
    btw sambal goreng che nor tu not to my taste..mmg fail rasanya kat selera ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, sayang sangat nak guna hahahaha. nak simpan je rasa.
      Yeke kak? tapi setakat ni memang ramai yang cakap sedap cuma ada yang cakap bilis dia kurang.

      Delete
  5. Kalau awak tulis entri pasal kerja di fast food restaurant ni awal2 sure kak ana singgah masa pergi Kuantan baru2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu lah kak. sepatutnya saya tulis awal-awal lagi kan dapat jumpa kak ana hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. Boleh la! hehe kalau pergi pasar memang wajib beli nasi kerabu.

      Delete
  7. Alhamdulillahh ... dapat jugak merasa gaji kan... hasil titik peluh sendiri..rasa macam tak terucap rasa.. ok lah tu sekali sekala reward untuk diri sendiri... .. mahaiiinyaaa nasi kerabu !!!.. sampai 6 hinggit lebih ... kat sini pon kalo standard dalam 3.50 ke rm 4 dah rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak rasa macam syoknya dapat gaji lepas penat-penat kerja haha. Memang harga dia macamtu kak kalau beli dengan lauk sekali.

      Delete
  8. tahniah syed ... rezeki gaji pertaman bolh tahan banyaknya tue , jangan lupa kongsi sikit gaji tue dengan parents .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks CCL. of course kena berkongsi hehehe :)

      Delete
  9. Alhamdulillah, rezeki daripada pengalaman bekerja, hasil titik peluh sendiri. Best tak? 😁👏
    Wehhhh, sedaplahhh sambal garing tu! Serious makan dengan nasi panas sedap gila.
    Alahaiii pasal blogging tu, takpe je lah. No worries! Chill. For me lah, takpe je. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah best sangat kot fairuz. Rasa puas sangat dapat guna duit hasil kerja sendiri kahkah. Yeke sedap? fuhhhh ok serius kena try juga ni. Mana tahu kot ada yang taknak datang blog syed dah sebab tak dapat nak balas lawatan hehe.

      Delete
  10. Tahniah untuk gaji pertama. Ada lebih lagi tak gaji tu, belanja pleasee! haha gurau2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe mesti ada lebih, takkan nak guna semua. Boleh je belanja kena datang kuantan lah kahkah.

      Delete
  11. Kerja sekadar cari sedikit rezki n pengalaman syed walau dirasa gajinya lngsung xsepadan dgn tenaga yg dibayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak, kadang-kadang bila penat tu rasa tak berbaloi tapi sebab nak cari pengalaman kan, apa salahnya.

      Delete
  12. Alhamdulillah...dapat merasa duit sendiri selepas penat lelah bekerja.
    Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Ehhhh takpa, terima kasih kerana sudi berkunjung :')

      Delete
  14. ya ampun dedua makanan fav airah.nasi kerabu dengan jus durian belanda.masa study kt penang confirm beli kat pasar malam. kalau balik perak susah nak jumpa jus tu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke airah? memang sedap kan dedua ni! hehehe. Syed memang wajib beli nasi kerabu ni kalau pergi pasar malam. Jus durian belanda ni baru-baru je lagi. Kat perak takda durian belanda ka?

      Delete
  15. Saya je ke yang tak suka nasi kerabu kat sini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah awk sorang jelah yang lain semua suka hahaha mohon cari geng lain.

      Delete
  16. wawawa air durian belanda paling sedap kot ! dapat pulak great deal macam tu rm 5 jee memang puas hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. RM5 big cup kot! memang puas habis la lepastu suruh dia letak kurang ais haha.

      Delete
  17. aah. bila dapat gaji haruslah mereward diri sendiri. at least tgk wayang sebulan sekali pun xpe. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah syed pun terfikir nak pergi tengok movie malam ni hehehe tapi taktau lah.

      Delete
  18. my frist salary masa jadi part time dulu, buat cover duit belanja dekat uni.. huhu.. bila dah habis bljr, buat byr hutang bljr je.. T_______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah at least dapat juga cover dan bantu sikit2 kan. memang kalau nak ikutkan hutang kita ni sampai bila tak habis huaa.

      Delete
  19. btw tag awak kat sini http://www.ziziezack.com/2017/04/sunshine-blogger-award.html

    ReplyDelete
  20. kalau saya memang dah habis belanja dah duit tu hahaha.
    nampak nasi kerabu tu tiba2 rasa lapar lah pulak >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe kena berjimat sikit la sebab fikir banyak benda nak guna duit keh2.

      Delete
  21. Sambal goreng tu memang femes betul eh, sini pun ramai orang jual :) Sedaaapnya nasi kerabu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, macam semua orang pun tahu sambal ni! hehe nampak sedap tapi rasa biasa-biasa je bagi saya.

      Delete
  22. Bestnyaa dpt duit gaji, nmpk dah semua usaha bkrja berbaloi selama ini. Tgok duit gaji, hilg dah kesusahan masa bkrja 😂 smpt lg klau menabung seratus dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe betul tu, terus rasa lega dapat gaji. Seratus dua tu sikit sangat tu RM500 at least.

      Delete
  23. Wah syed, nmpk sangat menghargai hasil titik peluh sendiri tu, yelah lah kan, nak dpt byk tu bukan senang juga kan. Pastu kena spend juga utk the whole april sbl dpt gaji yg seterusnya kan.
    Bijak juga cara syed beli nasi kerabu dgn lauk tu kan, jimat.
    Jus durian belanda, aduhhhh...sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kak, baru first time lah kerja katakan hahaha. Banyak yang harus dilalui untuk dapat duit gaji ni kak so memang kena appreciate habis hehe. saya memang selalu beli asing2 macamtu, carilah durian belanda memang sedap.

      Delete
  24. Alhamdulillah...walaupun gaji tak setimpal kerja namun bila dah daribtitik peluh sendiri tentu lebih bermakna.Pengalaman tu sebenarnya yang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu kak, pengalaman yang mahal. Saya tak kisah sangat pasal gaji. Kalau saya nak gaji mahal dah lama saya kerja lain hehe.

      Delete
  25. I pon selalu fikir yang kerja fast food RM900 tu gaji basic haha. But my friend ada bagitau hakikat sebenar (she worked at Mcd before). Okayla tu for the first gaji Syed. Lepasni boleh belanja rakan blogger pulak ke *pandang kiri kanan*. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan, syed pun fikir macamtu juga mula2. Boleh je belanja tapi kena datang dekat pahang lah hehehe.

      Delete
  26. Alhamdulillah. Walau pun sikit tapi berkat.
    Kalau mak Syed masih ada, jangan lupa bagi mak sikit untuk tambah keberkatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshAllah nanti balik boleh belanja mak makan hehe.

      Delete
  27. Rasa best kan bila kita dapat gaji pertama hasil dari titik peluh kita sendiri. Nadia rasa happy macam syed masa dpt gaji pertama masa tue kerja di MPH bookstores . Happy sgt perasaan masa tue.

    Sambal guring tue pernah rasa , ok lah jugak rasa sambal tue yang penting ada rasa pedasmya. Sebab nadia jenis mmg suka makanan pedas. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang rasa best sangat sebab dah kerja penat-penat kan hehehe. Sambal ni memang ramai orang suka ke apa haha semua orang pun pernah makan setakat ni.

      Delete
    2. Rasanya sambal nie dah viral kot kesedapan nya tue rmai dah permah mkn. Hihi.

      Tapi sambal mcm nie snang if bawak g mana2, paling layan bila makan dgn roti kosong . Sedapppp hihi... lapar pulak tgh mlm mcm nie cerita psl makan kiki

      Delete
  28. Gaji pertama rm700++ not bad la.. Experience tu yang penting, yang sangat tak ternilai... Tahniah syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak saya setuju, pengalaman tu yang penting. duit boleh cari hehe. terima kasih kak.

      Delete
  29. alhamdulillah. jgn lupa bagi mak ayah sikit.

    ReplyDelete
  30. Adehhh ingatkan self-reward apalah dengan gaji pertama syed tu ghupenya makanan pasar malam ye. Hahahaha kelakar betul lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha makanan pasar malam jelah yang mampu dengan gaji banyak tu kahkahkah. nak berjimat sikit.

      Delete
  31. Replies
    1. hehee rasa dia biasa-biasa ja takda sedap sangat pun.

      Delete
  32. Tak kisah gaji sikit ke banyak, yg penting rezeki yg HALAL.. Pon mcm awak cakap, PART OF LEARNING, InsyaAllah esok2 dah ade pengalaman, bole upgrade kerja pulak, hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak :) setuju. lagipun kerja saya ni sementara sahaja so pengalaman tu lagi penting dari duit.

      Delete
  33. Tak sangka masih ada gaji bawah 1K di Kuantan 😭

    Di Kuala Terengganu ni pun begitu juga, gaji kerja still murah. Yang bujang okaylah boleh juga survive dengan gaji kecil sebab takde tanggungan lagi, yang dah kahwin terpaksa buat dua tiga kerja 😭😭

    Semoga murah rezeki selalu Syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masih ada. Dekat Kuantan ni peluang kerja memang banyak tapi gaji yang dibayar ciput je kot. Tak tahu la macam mana kalau orang yang dah kahwin nak bekerja cari rezeki kalau dibayar murah.

      Aminnn. terima kasih :)

      Delete
  34. Hahahahhaha awal-awal dapat gaji habis kat makanan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha memang tu je cara syed reward diri sendiri kahkah

      Delete
  35. Alhamdulillah, merasa juga duit gaji pertama. Selamat menabung ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Tie. Of course dah kena menabung ni hehe.

      Delete
  36. tahniah dapat gaji pertama...
    dulu mase kerja pon cmtu gak..
    biar la xbyk tapi sgt bernilai sbb xpernah pegang duit sndiri byk mcm tu..
    yela mase keje dulu mmg tu duit blnje
    xyh nak bayar mkan tpt tinggal bil2 semua
    ohh sambal che nor tu mmg sedap..
    sntiase ade kt rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ya, betul tu. Nak pula bila gaji dia bayar by hand rasa macam seronok pegang duit banyak2 haha. Saya dah rasa tapi takda sedap sangat pun hehe.

      Delete
  37. Sambal garing tu memang sedap.. Akak dah pernah rasa.. Ada member bagi.. Pergh!! Mengancam okay..
    Tahniah Syed untuk gaji pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak? tapi bagi saya okay lah, takda sedap sangat, mungkin boleh tambah rasa manis sikit dan pedas lagi kot? sebab dia masin ja rasa.

      Delete
  38. Wah syoknyaaaa dah dapat gaji. So bila nak belanja hakak ni hihi...
    Keje fast food ni bukan gaji dia standard ek Syed... Apasal ambik Nasi Kerabu biasa je ni. Kalau hakak sure ambik telur masin, ayam goreng, daging bako...uh completelah senang cakap haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. boleh hakak. tapi hakak kena datang kuantan la baru boleh belanja kahkah. Tak kak, kerja banyak tapi gaji biasa-biasa ja. Nasi kerabu biasa sebab saya beli lauk asing dapat jimat sikit hahaha.

      Delete
  39. Yeyyy dah dapat gaji pertama... syiokknyeee.. Sambal tu akak belum cuba.. Kalau dah org ckp sedap tu rasa nak jugak cuba.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang cakap sedap kak! dekat twitter pun semua cakap best.

      Delete
  40. peghhhh nasi kerabu tu.. alaaaaaaa temptingnya tertambang wish list kita haha apapun memang syok dapat gaji ni lagi2 gaji sebagai blogger hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang best tapi setakat ni takdela merasa sangat gaji sebagai blogger huaaa.

      Delete
  41. alhamdulillah dah dapat gaji pertama mesti seronokkan..betul tu kalau dapat gaji mestilah reward untuk diri sendiri, dah penat bekerja sebulankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok habis la kak hehehe. Nak reward diri sendiri sebab penat kerja sebulan, betul tu kak :D

      Delete
  42. Gaji pertama dulu sy buat belanja sem 1 time study di KUIN 😂 Lagipun masa tu tak pinjam ptptn, dermasiswa pun dapat time sem 2 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay la tu kan, at least dapat jugalah tampung yuran untuk sem tu :)

      Delete
  43. ehhhh. busyra pun suka gila sambal che nor tuuu. sntiasa ada dekat rumahhh. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bagi syed rasa dia biasa-biasa ja. takdalah sedap sangat pun.

      Delete
  44. yap sy mengerti perasaan tu ms mula2 keje dulu ms tggu SPM. walaupun tak smpi RM100 tp puas hati sgt... rs berbaloi dgn usaha sendiri...


    sesekali reward utk diri sendiri... nnt dah bergaji besar, reward pulak yg lbh mahal kan... ipon ke... kete ke... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan, rasa puas hati sebab kita usaha sendiri! hehe. Kalau gaji besar of course la kena beli barang yang lagi mahal kahkah.

      Delete
  45. Salam singgah sini dik Syed....Alhamdulilah dah dapat gaji pertama yer...mesti happy kan sbb gqji pertama tu hasil titik peluh kita berkerja...sama macam akak dulu..terima gaji pertama terus fikir benda apa yang nak d beli dulu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak memang happy betul saya hehe. Rasa macam tak percaya ja boleh dapat duit sendiri.

      Delete