Thursday, April 6, 2017

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI SELERA WARISAN TOMYAM IKAN BAKAR PETAI

Tempat Makan Sedap di Kuantan "Restoran Selera Warisan Tomyam Ikan Bakar Petai"

Assalamualaikum dan Hai! 

Disebabkan aku masih lagi baru di Kuantan ni, so banyak tempat-tempat makan di Kuantan yang aku tak tahu. Bagi aku Kuantan ni memang banyak sangat restoran dan kedai-kedai makan, tapi tak tahu kedai mana yang betul-betul sedap. Pada mulanya aku ajak akak aku keluar just nak jalan-jalan tengok bandar Kuantan. Tapi tak tahu tempat mana yang menarik dekat Kuantan ni. We ended up went to Teluk Cempedak again. Aku dah naik cemuih jugalah pergi Teluk Cempedak dengan Taman Gelora sebab tempat tu sahaja yang wajib pergi setiap kali datang Kuantan. Kadang-kadang pergi Teluk Cempedak tu just untuk bayar parkin RM2.10 tu lepastu jalan-jalan kejap ambil angin dan balik hahaha. Nak try makan dekat situ tapi tak boleh la, aku tengok macam tak cukup menyelerakan restoran-restoran yang ada dekat Teluk Cempedak and a bit crowded.

Akhirnya, setelah melilau sana-sini dekat pantai Teluk Cempedak tu, kami pun decide untuk pergi cari makan dekat Tanjung Api. Untuk pengetahuan semua manusia dimuka bumi ini, Tanjung Api ni memang tempat yang terkenal dengan masakan panas. Kalau kau lalu jalan dekat sini memang kiri kanan penuh restoran. Cuma tinggal kau sahaja yang nak pilih restoran yang best (inilah cabaran paling mencabar sekali bila nak cari makan). So, disebabkan restoran kat situ semua nampak sedap, lepastu aku dengan akak aku cari lah kedai yang ramai orang (sebab biasanya kedai ramai orang memang sedap kan?) dan restoran yang kami kunjungi semalam ialah Restoran Selera Warisan Tomyam Ikan Bakar Petai

Tempat Makan Sedap di Kuantan "Selera Warisan Tomyam Ikan Bakar Petai"

Ini ruang legar restoran ni. Alamak aku nampak tisu lah dekat lantai tu! hahahaha baru nak puji cakap bersih restoran ni. Tapi mungkin brother yang tengah makan tu kot yang jatuhkan tisu dia, so tak perasanlah kahkah. Aku pergi sini semalam ramai juga orang dan kebanyakannya makan dengan family and order banyak-banyak. So, indirectly aku rasa mesti sedap ni sebab family besar kot makan banyak-banyak. Kalau tak sedap takkanlah dia order banyak-banyak kan? :)

Menu di RestoranSelera Warisan Tomyam Ikan Bakar Petai

Tak sabar nak order makanan dekat sini. So, bila dapat menu aku pun study lah kejap menu tu macam nak jawab exam. Akak aku pulak kemain serius lagi muka dia, aku tak tahu dia jawab exam apa dekat phone tu hahaha. Akak aku tengah meroyan kulit muka dia dah sama tona dengan aku sebab sibuk dengan sukan dekat sekolah dia kahkah and dia single lagi boleh pm for best price.

Nasi Goreng Daging Pedas yang Sedap

Ni menu yang aku order malam semalam. Nama nasi goreng ni ialah Nasi Goreng Daging Pedas. Yang bestnya dekat restoran ni, kau tak payah tunggu tujuh hari tujuh malam pun, sekejap sahaja nasi dah sampai dekat meja kau. Walaupun orang boleh dikira agak ramai juga, tapi servis yang dia bagi sangat cepat. 5 bintang for your service! hehe.

Rasa : Seriously aku cakap, rasa nasi goreng daging pedas ni memang sedap. Biasanya kalau kau pergi restoran mana-mana, nasi goreng dia rasa kosong sahaja kan? rasa macam nasi goreng biasa yang kita buat dekat rumah tu. Tapi nasi goreng dia ni rasa lain sikit. Aku rasa dia campur perencah tomyam sikit. Tapi serious ah memang sedap dan cukup masin, pedas semua. Daging yang dia bagi pun banyak dan takdelah macam kau tercari-cari dekat mana dagingnya. Kadang-kadang ada restoran yang kau pergi, bawang sahaja yang lebih dari daging. Tetapi tidak untuk restoran ni.

Harga : Harga untuk Nasi Goreng Daging Pedas ini ialah RM5.50. Untuk portion nasi dan lauk yang banyak macam ni, aku rasa harga yang dia charge sangat reasonable. Biasanya ada certain restoran harga untuk nasi berlaukkan daging ni at least RM6 ke atas dah tapi rasa dia tak seindah harga yang diletakkan. Tapi untuk restoran ni aku memang puas hati la bayar RM5.50 (bukan aku pun yang bayar haha).

Plating : (kau ingat kau juri masterchef ke syed? hahahaha) Cara dia letak nasi, sayur dan hiasan dia bagi aku okay lah. Takdalah cincai-cincai. Nampak juga usaha dia nak bagi nasi tu nampak menarik dan yang penting sedap. Biasanya aku tak makan salad yang orang buat hiasan tu, tapi sebab sedap, aku makan sampai habis semua sekali termasuklah bawang-bawang tu haha.

Mee Hun Tomyam Sedap

Akak aku pula order Mee Hun tomyam. Dekat kedai ni dia menggunakan tomyam putih untuk mee hun tomyam dia. Akak aku cakap dia suka tomyam putih, aku pula tak kisah putih ke oren ke yang penting rasa dia sedap so okay lah boleh makan dengan gembira kan.

Rasa : Aku rasa beberapa suap sahaja so tak dapat nak comment macam aku comment makanan aku order tu hahaha. Tapi memang sedap jugalah. Kalau kau tengok gambar dekat atas tu pun dah boleh nampak yang dia punya mee hun bukannya mee hun tomyam kosong yang takda isi dekat dalam. Rasa dia pun sedap! 

Harga : Harga untuk Mee Hun tomyam ini ialah RM5.00 / RM6.00 semangkuk (aku dah tua lah tak ingat dah! hahahaa). Berpatutan lah dengan harga yang dicaj sebab isi banyak dan mee hun dia pun banyak. 


Menjamu Selera di Selera Warisan Tomyam Ikan Bakar Petai
Ni namanya muka malu nak tangkap gambar sebab nanti kalau ada orang tengok lepastu orang cakap "nak makan pun kena tangkap gambar ke?" HAHAHAHA" and boleh pula brother belakang tu nak inter-frame gambar aku!
Untuk air pula, aku order air SkyJuice. Memang sedap air tu, terasa betul juice dia. Bila kau minum air dia ni terasa macam di awang-awangan. hahaha takdelah, aku order ais kosong sahaja sebab dekat tempat kerja dah banyak kali minum air manis so rasa tak sedap pula tak minum air kosong. Minum manis-manis lepastu jogging apa pun tak, perut dah makin kedepan so selepas consider benda-benda macamtu aku decide untuk minum air kosong sahaja

Kesimpulannya tempat makan ni memang recommended untuk sesiapa yang tak tahu nak makan mana tapi nak makan masakan panas yang sedap. Serious tak mengecewakan, akak aku siap nak order lagi nasi aku makan ni sebab dia kata sedap, tapi nak share dengan aku. hahaha memang taklah aku nak makan lagi, boleh meletup agaknya makan dua pinggan nasi. inshaAllah kalau ada rezeki lagi lepas ni, aku akan singgah makan dekat sini lagi sebab dah kena dengan selera aku. Ini bukan entry berbayar ya, ni memang review ikhlas dari hati seorang Syed haha.
Terima kasih kerana membaca, selamat menjamu mata!

91 comments :

  1. Macam best ja. Boleh la singgah kalau gi kuantan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ni hehehe singgah la nanti kalau ke kuantan.

      Delete
  2. parking pun berbayar rm2.10..hehe ..harga makanan takde mahal sangat..standard tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau dekat Teluk Cempedak tu la CCL. Kalau kedai makan ni pun kena bayar parking, taknaklah syed pergi haha. Betul tu harga dia standard la.

      Delete
  3. Wahhhh..best nii.. kalau dtg kuantan blh cari kedai nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kalau ke kuantan cari la kedai ni hehe tak menyesal punya.

      Delete
  4. murah sangat tu..kalau kat jb memang tak dapatlah nak dapatkaan harga makanan cenggitu dengan harga RM5.50...kalau akak ke kuantan,puaslah makan seafod dengan harga yang reasonable sesangat
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak, tapi dekat kuantan ni pun bukan semua kedai murah kak. ada juga kedai yang mahal-mahal. kena pandai mencari lah hehe.

      Delete
  5. Replies
    1. tengok pun dah menyelerakan belum lagi rasa hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. Ehhh orang Brunei tak makan pedas ke fae?

      Delete
  7. Ank akk kt Kuantan juga tau, tapi dia jata makanannya mahal, yelah org tgh belajar manalah tak rasa mahal, duit kena ready utk assignment, utk toiletries, biasiswa takde, elaun pun tak dapat.

    Tapi mmg murahlah nasi goreng tu kalo lauk daging camtu, nampak pun sedap tu. Eh, dulu akk tak tau sky juice tu apa, haha..org kampungla katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, memang makanan dekat kuantan ni boleh tahan mahal cumanya kita kena pandai la pilih kedai makan. teringat zaman saya belajar dulu makan megi ja kak kalau takda duit haha.

      Memang puas hati kak, serius saya cakap hehe. Takpa sekarang dah tahu kan kak? :)

      Delete
  8. boleh try kalau ke kuantan lagi.

    JJCM kak ana ndi Kuantan yg lepas masih dalam draft. tunggu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh! ok nak tengok la entry akak tu nanti mana tahu ada tempat yang boleh saya pergi kan.

      Delete
  9. AREA TANJUNG API MMG BNYK RESTORAN TINGGAL PILIH MAA K MASUK PERNAH JUGA KE SITU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak betul tu memang kawasan tu banyak sangat restorannya tak tahu nak singgah mana satu.

      Delete
  10. Tak pernah lagi g area tanjung api. Nanti nk pergi la.
    Nampak sedap nasi greng tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bila-bila datang kuantan, singgah la sini memang sedap nasi goreng tu hehehe.

      Delete
  11. Replies
    1. Sutun? salah tengok ni haha. mana ada sutun.

      Delete
  12. tengok gambar nasi goreng tu seriously nampak sedapp.

    ReplyDelete
  13. banyak betul nasi dia.. murah pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi banyak dan harga pun murah.
      puas hati :)

      Delete
  14. Reasonable la harga food kat situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, reasonable lepastu rasa pun sedap memang nak repeat lagi la.

      Delete
  15. model nasi goreng yg malu2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak boleh jadi model la macamtu kan kak.

      Delete
  16. alolohhhh... alaaa... nnt nk makan ajak la skali syed. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ehhhh, duduk kuantan ka? kalau duk kuantan sekali boleh la ajak makan hehe.

      Delete
  17. Tolong jadi juri masterchef.. haha.. Tapi serius nampak menu dia macam sedap.. Menyesal plak klik dalam kelaparan ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay nanti syed cuba apply untuk jadi juri masterchef. jangan lupa tengok dekat tv tau hahaha padan muka.

      Delete
  18. Tak sabar tunggu suami kak PC cuti ni...nak ke Kuantan..sambil ziarah anak buah baru..ha boleh la mencuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa nanti bolehlah akak bagi review pula macam mana rasa dia hehe.

      Delete
  19. Murahnya makanan kat restoran tu...kalau kat sini mau nya dah 6/7 rm .
    Terima kasih lah singgah blog akak...balas follow juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak? murah sangat dan makanan pun sedap.
      Sama-sama dan terima kasih juga singgah blog saya :)

      Delete
  20. Review panjang dan puas baca..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah cuba pendekkan namun tidak berjaya.

      Delete
  21. Klau saya nasik dengan salad mungkin boleh habiskan, tapi bawang tu i kenott.

    Brother kat belakang tu berjaya buat hari saya jadi ceria kejap. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang-kadang bawang tolak tepi juga sebab ada bawang yang rasa macam dah lama huhu.

      Sibuk je kan brother tu? spoil gambar betul haha.

      Delete
  22. Nampak sedap sungguh Nasi Goreng daging tu.. Murah betul RM 5.50 je..Berbaloi laa rasa pun sedapp mesti rasa nak repeat lagi cuba menu lain di lain hari 😍

    Soalan :
    Syed asal mana sebenarnya? Kira datang kuantan bekerja sementara kan kat sana. If i'm not mistaken 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul sangat! memang rasa nak repeat dan order menu lain pula next time hehehe.

      Syed asal Temerloh, Pahang. Betul tu, datang sini kerja sementara je dan duduk rumah yang disediakan haha.

      Delete
  23. alaa kenapa tak ajak? boleh mintak belanja hahaha. lapar pulak tengok makanan sedap2 malam malam nie hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ekeleh elsa ni. macamlah dia duk kuantan kan.

      Delete
  24. Menyesal pulak pergi baca entry ni tengah tengah malam. Hahah! Sedapnyaaa & murah. Dekat sini mimpi nak dapat harga makanan murah macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kesian nani. Dekat Kuantan ni pun bukan semua restoran murah. Banyak juga yang mahal, kena pandai cari la.

      Delete
  25. Replies
    1. Kalau tengok je dah nampak sedap, kalau makan memang sedap hehe.

      Delete
  26. tak marah ke akak tu letak gambar dia dalam blog? caption pulak takboleh blah punya. kalau adik BV macam nie, kena luku dah. hahahhahaha (gurau2 :3)

    nampak sedap sangat nasi goreng daging pedas tu, kalau dah diletak dalam pinggan, dgn hiasan2 tu boleh je makan kot. kemain ayat air skyjuice tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sebab syed tahu akak takkan baca entry ni so yeah, kalau in case dia baca and suruh padam pun memang tak nak padam haha jahatnya.

      Memang sedap betul ni BV fuhhhhh. Skyjuice la baru nampak macam grand sikit.

      Delete
  27. Adik ipar akak duk kt tg api tau syed...kuantan ni kampung suami kak julia...so kak julia pun kerap balik kuantan...bagus review syed ni...bakal jd food blogger tak lama lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh yeke kak? haha takdalah kak tapi InshaAllah kalau ada rezeki okay juga tu. Suka review makanan ni hehe.

      Delete
  28. hmm nampak sedap menu2 tu..bila2 pergi kuantan boleh akak cuba pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pun kak hehe. nanti cuba la kalau pergi sini.

      Delete
  29. Adui Syed..terliur ahkak nengoknya. Kalau tempat makan tu best memang kita nak repeat lagi yer dak? . Nasi goreng adalah antara satu menu kegemaran hannah dan suami akak. Tapi penin nak pilih nasi goreng apa sebab banyak sangat menu nasi goreng nya. HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul sangat tu kak. memang rasa nak repeat lagi haha. Ada satu kedai dekat Petaling Jaya kan kak, dia punya menu dia dah boleh buat satu novel. Serius tebal, itu lagi susah kita nak decide haha.

      Delete
    2. Hahaha! kena bersiri lah gitu nampaknya. Apa nama kedai tuh Syed?

      Delete
  30. tak pernah sampai lg Pahang tp makanan tu nampak sedap sangat..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan berbaloi. puas hati la makan.

      Delete
  31. pergh sedapnya tu syed bila nak mai kl pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa nanti ada rezeki syed mai la sana hehe.

      Delete
  32. Eleleleleleeee muka tuuu acah acah sangaatttt, nyampah! 💁😂
    Ala, kat sini mana ada dalam menu nasi goreng daging pedas. Jauhnyaaa nak pergi pahang semata makan nasi goreng daging pedas. K, kempunan je lah sini. 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahha manade acah. tak payah la pergi pahang fairuz, dapur kan ada masaklah sendiri hihihi.

      Delete
  33. Haa.. murahnyaaa. makanan pun nampak sedap-sedap ni Syed. Sayangnya jauh benar tempat kena turun makan angin dulu ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang sedap dan puas hati. takpa, nanti kalau ada rezeki datang makan angin dekat sini bolehlah try.

      Delete
  34. Hmm I tak dinner harini Syed, thanks lah buat air liur meleleh tengok nasi tu.

    Anyway lepas ni tau dah nak makan restoran mana kalau sampai Teluk Cempedak ni haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel bad for that hahaha siapa suruh tak dinner dulu kan kah2.
      Ni bukan dekat Teluk Cempedak, tapi dekat tanjung api.

      Delete
  35. Nasi macam banyak je? Ke effect gambar hahaha. Kalau banyak + pedas mau tak habis kalau ira yang makan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nasi dia banyak portionnya ira! tak rugi la kalau beli hehee. takpa, boleh share dengan orang lain haha.

      Delete
  36. Mujurlah Kuantan tu bukan sebelah ini je.. Kalau tak jadi menu makan malam akaklah nasi goreng daging pedas malam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpa, kalau teringin akak boleh juga masak sendiri. kot2 lagi sedap ni masakan akak hihi.

      Delete
  37. Dekat dgn Tg Lumpur ke Tg Api ni Syed.... Rasanya mmg banyak ikan bakar yg ada petai petai ni kat Tg Lumpur. Tak tau nak pilih kedai mana. Sudahnya cari kedai yg tak ramai orang. Tp kurang fresh pulak ikannya. Rasa gas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkkkk tak pasti la hahahaha. Tanjung Lumpur kot. Sebab banyak sangat kedai kan kak, jadi tak tahu nak pilih kedai yang mana. Tak best la kalau makan ikan rasa gas. Better pergi restoran ramai orang or at least ada orang.

      Delete
  38. nasik tu nampak sedap dan harganya murah... paling win, model yang standby nak makan tu.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha model muka kebulur tapi sempat lagi nak tangkap gambar before anything else.

      Delete
  39. SkyJuice! Tak boleh lupa kisah sy dgn skyjuice 😂 Bila sekeliling penuh dengan restoran, di situlah timbulnya ujian nak pilih restoran mana 1 untuk isi perut 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kisah dengan skyjuice tu? hehehe mohon update di blog. Memang lah, kalau banyak restoran tak tahu la nak pergi mana satu.

      Delete
  40. sedapnyaaa. tomyam always my fevret! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed kurang sikit tomyam tapi okay ja boleh ja makan hehe.

      Delete
  41. tercari2 jg mn ikan bakar petai nyer... tp kuar gmbr lain ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak mampu lagi nak ber ikan bakar. makan yang biasa-biasa ja dulu hehe.

      Delete