Tuesday, April 4, 2017

SUNSHINE BLOGGER AWARD TAGGED BY SAYIDAH NAPISAH

Sunshine Blogger Award

Assalamualaikum dan hai,

Aku sebenarnya ada banyak idea nak update entry dekat blog aku ni. Tapi since aku tak tahu macam mana nak organize idea-idea yang aku ada ke dalam bentuk entry, lepastu aku macam malas nak cari gambar yang sesuai so aku ketepikan dulu semua tu. Aku percaya kalau aku malas memang tak siap punya entry tu hahaha. Entry ni merupakan entry ke-2 aku tulis pasal sunshine blogger award. Award ni hanya orang-orang layak sahaja boleh dapat. Kiranya macam bukan calang-calang orang lah, dan kami ni antara golongan yang terpilih!. Kalau kau tak dapat award ni better kau pergi menangis tepi bucu dinding sana! hahaha okay takdalah gurau je kot jangan ambil hati.

First of all, I would like to thank Sayidah Napisah for nominating me this award. Since soalan yang diberikan oleh beliau ialah dalam Bahasa Malaysia, so aku akan jawab dalam BM juga lah (padahal memang entry-entry kau sebelum ni pun dalam BM kot Syed mohon sedar diri). Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita mulakan sesi soal jawab,
Soalan-soalan yang diberikan ialah seperti berikut (100 Markah)
1. Lagu apa yang paling anda suka & layan sekarang ni? (boleh lebih dari satu)

- Sedalam Dalam Rindu (Tajul)

Aku suka lagu ni sebab dia adik kepada Achik Spin yang nyanyi. Lagu dia pun just nice ada sentuhan-sentuhan lagu lama. Untuk pengetahuan semua aku ni memang penggemar lagu-lagu zaman 90 an (lagu jiwang karat tu) so apa sahaja lagu yang bunyi dia macam lebih kurang jiwang-jiwang tu aku suka lah. 

- Demi Cinta (Ezad Lazim)

Lagu ni pula antara lagu yang aku suka sebab penuh dengan makna. Actually kalau kau tengok video clip dia, ia menunjukkan perjalan hidup Ezad Lazim yang merupakan seorang bekas penagih dadah dan macam mana dadah tersebut memporak-perandakan kehidupan dia. Kiranya lagu dia ada jalan cerita dan sangat menyentuh jiwa.

- Ku Rela Dibenci , Permata Cinta (Aiman Tino)

This is not supposed to be my favorite songs but since I listened to his songs like thousand times when I was teaching my tuition students, I kinda like it. Bila dengar lagu-lagu ni aku teringat dekat budak-budak tuisyen yang aku ajar sebab diorang siap karaoke lagu-lagu ni lagi time kelas aku. MANA TAK STRESS haha sekarang ni bila dengar balik suara Aiman Tino ni hmmmm (no comment)

2. Teringin nak travel kat mana? Kenapa di sana?

Cappadocia, Turkey


Cappadocia, Turkey

Sebab dia ada hot air balloon yang awesome tu lepastu view sangat cantik dan merecik. Kalau aku duduk dalam hot air balloon tu tak berhenti la tangkap gambar view-view yang sangat cantik tu :')

3. Lebih rapat dengan mak atau ayah?


Syed dan Umminya

Mestilah rapat dengan mak. My mother is my everything :)

4. Time sekolah dulu, subjek/ mata pelajaran apa yang paling anda suka? Sebab?

Time sekolah dulu memang sangat suka subjek English. I have no solid reasons why I love English but seriously kalau English aku tak dapat A aku rasa macam geram betul and down. Maybe dulu masa sekolah aku suka main online games dan bila kau main online games, kau akan jumpa orang dari pelbagai negara and the only language they speak is English. So, dekat situ tercetusnya minat aku dengan bahasa Inggeris. Lepastu dah besar, ambil TESL dan inshaAllah jadi cikgu bahasa Inggeris. At least I will do something I love :)

5. Pernah tak rasa putus asa dalam hidup? Bilakah?

Pernah juga rasa putus asa dalam hidup. Waktu tu masa aku mula-mula melanjutkan pelajaran dalam bidang TESL la. Aku ingat English aku dah habis baik la masa sekolah tu. Rupanya bila masuk foundation baru tahu English aku tunggang langgang macam apa tak tahu. Kadang-kadang aku rasa macam "betul ke pilihan yang aku buat ni? boleh ke aku boleh survive untuk jangka masa 5 tahun setengah?". Bila waktu degree pula aku kena buat praktikal di sekolah untuk pertama kali. Mestilah aku cuak, nervous semua ada. Dapat feedback dari lecturer yang buat aku down sangat-sangat sampai aku rasa putus asa. Boleh baca pasal tu di entry INI

6. Apakah kata-kata perangsang/motivasi yang selalu anda kata pada diri sendiri when things get tough in your life?

"When Things Get Tough, The Tough Get Going"
it's a cliche quote but that the only appropriate quote I could think of hahaha.

7. Posisi favourite bila nak tidur?

Aku tak rasa aku ada favourite position bila nak tidur. Bila nak tidur aku akan tidur jelah hahaha. Biasanya akan baring tengok atas la. Tapi biasanya kalau aku bangun pagi esok, I could be beside you! hahahaha scary tak? 

8. Tajuk buku/novel yang paling latest/last anda baca?

Alamak aku tak ingat la novel apa yang aku baca. Ohhhhhh! masa dekat tempat kerja aku, ada seorang kakak ni dia bawa novel. Suri Rumah Sepenuh Masa, aku baca sampai Bab 3 sahaja sebab time tu tengah kerja kan? itu pun baca curi-curi bila takda customer.

9. 5 perkara yang anda TERINGIN SANGAT SANGAT nak buat sebelum umur mencecah 50 tahun [bucketlist/wishlist]

- Naik Gunung Kinabalu

Aku tak pasti lagi mak aku bagi ke tak untuk aku naik Gunung Kinabalu, tapi kalau diizinkan aku teringin nak berada atas puncak Gunung Kinabalu tu. Tengok gambar sahaja tak cukup buat aku mengagumi ciptaan Allah, belum lagi kalau kita experience sendiri benda tu kan?

- Paragliding

Sebab aku rasa macam cool la boleh terjun dari atas langit sampai ke bawah sambil menghayati ciptaan Allah. Walaupun agak seram dan gayat bila difikirkan tapi best kot!

- Dapat bahagiakan mak aku 

Setelah susah payah mak aku besarkan aku jadi seorang insan, aku tak minta lebih pun. Cukuplah kalau aku dapat bahagiakan mak aku dan beri segala apa yang dia nak. InshaAllah yang ni boleh direalisasikan even before 30 tahun pun kan? hehehe.

- Travel satu dunia

Walaupun aku tak yakin kalau aku punya angan-angan yang ni boleh tercapai ataupun tidak, tapi apa salahnya untuk kita bermimpi kan? mana tahu daripada angan-angan akhirnya menjadi satu kenyataan? Aku serius memang minat travel tapi setakat ni memang tiada budget untuk travel jauh-jauh. Setakat dalam negeri tu okay lah kan? Kalau boleh complete keliling satu dunia mesti best kan?

- Pergi menunaikan haji dan umrah

Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah pasti aku juga nak menunaikan haji dan umrah sebelum mencapai umur 50 tahun. Menunaikan haji kan merupakan rukun islam yang ke-5, so harap impian aku ni boleh tercapai dan boleh aku bawa mak aku sekali pergi :)

10. Nyatakan hobi pelik yang anda buat tapi orang lain tak buat atau jarang-jarang buat

Disebabkan aku ni bukan seorang yang pelik, so aku tak rasa aku ada hobi yang pelik. Aku rasa semua benda yang aku buat, orang lain dah buat. Kalau aku cakap hobi aku main game, main game tu bukannya pelik! hahaha. Hobi aku, mungkin suka membebel sorang-sorang and laugh at my own stupid speech. Tu consider pelik ke? ahhh I have no idea to answer this question haha sorry.

11. What do you think of my blog? sincerely eh jawab hehehe

First impression aku rasa blog Sayidah Napisah sangat kemas especially dia punya template. Aku suka jenis template yang putih dan simple. Tak banyak sangat widget-widget yang tak diperlukan dan juga sedap mata memandang. Header pun cantik. Betullah orang cakap, less is more. Tak payah nak buat crowded pun dah nampak cukup cantik dah. 

Kalau nak comment pasal entry-entry dekat blog dia aku rasa aku tak layak kot. Dia dah start blogging tahun 2012 kot (sifu blog la orang panggil) of course lah pengalaman dia dah banyak gila dalam bidang blogging ni. I have no problem to read her entries. Semuanya menarik dan bahasa pun okay tak macam aku yang masih tunggang langgang lagi penulisannya hehe.
Okay selesai menjawab kesemua 11 soalan! Penat okay jawab semua soalan ni. Sebenarnya aku nak tulis panjang lagi tapi masa mencemburui kita. Aku nak kejar pukul 12 ni. Target aku kena update blog sebelum 5 April untuk memastikan setiap hari aku update satu entry dekat blog hahahaha loser gila. Untuk next entry kena fikir betul-betul la bila aku nak update. Thanks kalau ada yang baca! :)

65 comments :

  1. Perghhh.. full mark tu dpt syed.. hahaha.. Terbaikk semua jawapan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yelah tu full mark. banyak salah eja sebab nak taip cepat2. kah2.

      Delete
  2. Ni baru habis bacalah nii... Nak tidur dah. Kroh krohhh 😪😴💤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cehhhhh, mesti membosankan! hahahahaha fine la fine.

      Delete
  3. Okaylah tu awak sentiasa ada idea nak taip entri baru. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat memerah otak mencari idea hahaha.

      Delete
  4. Enjoy baca sampai bawah.

    Haa itulah haritu dapat BRIM membazir lagi, kan dah tak dapat pergi Cappadocia, Turkey, kekekekekeke.

    Best "When Things Get Tough, The Tough Get Going", I love "Life doesn't get easier, you just get stronger."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah BR1M syed tak habis lagi okkkkkk hebat tak? Haaa yang mai tu lagi best dan tak cliche sangat hahaha.

      Delete
  5. Bila baca entry nie kan, banyak gila yang anis tak minat tapi syed minat, lebih2 lagi tang lagu rock kapak tu.. hahaha.. Anis anti gila kot..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ala yeke. Cuba anis try dulu dengar lagu tu best kottt aduiii mana boleh anti2. Syed selalu paksa kawan2 dengar suria fm hehehe.

      Delete
  6. waa.. bagus2.. enjoy plak kakak baca haa.. hee~ nombor 9 tu kakak suka !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paragliding tu memang teringin nak try sebab macam best sangat kak!! Hehehe

      Delete
  7. Best baca entri ni...terbaik syed😊

    ReplyDelete
  8. cappadocia mmg menarik sgt. banyak gambar gambar yang cantik pernah saya tengok kat ig

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Teringin sangat nak pergi sana.

      Delete
  9. Berjaya baca sampai habis. Hee. Lagu Tajul tu pun akk suka dengar jgk. Dannn teringin jgk nk g Cappadocia tu. Lagi2 lepas tgk filen Manisnya Cinta di cappadocia dulu. Jon wat rombongan geng2 blogger ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh tahniah kak! Hahaha. Best kan kak suara tajul tu? Saya sejak tengok gambar2 kat Cappadocia​ terus rasa nak pergi.

      Delete
  10. Eeee apa nie minat aiman tino nieee!!!! Hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaahah suka lagu dia je dulu. Sekarang ni macam hmmmm.

      Delete
  11. ni mesti jiwang karat ni, tengok lagu semua tangkap leleh..hehe.Untunglah Mak Syed nanti dapat naik hot air balloon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takdelah jiwang karat pun. Suka layan gitu2 je hehe. Best la naik tu. Kena bawa mak juga.

      Delete
  12. Jawapan yg padat, yang penting jgn lupe bahagiakan mak.

    ReplyDelete
  13. anak mak..good boy... lagu ezad lazim tu memang best
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn, lagu tu memang best la. Anak mak? hahaha of course.

      Delete
  14. Hahaha jawapan pun ala-ala cikgu juga.. Btw tahniah sbb dapat 100 markah hehe
    :D..

    Sy suka baca entry Syed haha cara penulisan yg agak santai seolah-olah kita berbual walaupun tak jumpa.. hahaha tue yg bestnya jadi seorg blogger nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk ala-ala cikgu ke tu atika? hehehe. Yeay dapat full mark! balik ni nak tunjuk kat mak la dapat 100.

      Ya Allah, terima kasih hehe. Saya pun rasa macam saya tulis dalam nada yang berbual, takut orang yang tak pernah jumpa saya tak faham pulak.

      Delete
  15. haha...best baca sunshine blogger award ni..dapatlah tau sikit sebanyak tentang seorang syed ni..akak pun suka lagu tajul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha saya suka mengarut-ngarut je kak tulis. best kan kak lagu tajul tu?

      Delete
  16. Wahhh byk kisah syed ni ye tahniahhh sis ucapkan! Bab suka paragliding tu menarik perhatian sis juju...please share more about that ok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe banyak juga kak. Tak boleh nak share sebab takda pengalaman lagi huaaaa.

      Delete
  17. complete betul jawapan syed.tunggu kita nak tag pulak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha rasa macam tengah jawab exam pulak.

      Delete
  18. sy pun teringin gak nak paragliding tu 😁

    ReplyDelete
  19. hai cikgu syedddd! uyul baru follow awak.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  20. Lagu dia semua tangkap leleh punya ni. Hahah! Nani pun dulu zaman sekolah rasa macam paling terbaik gila lah dah bila boleh buat essay English tu tapi bila masuk asasi baru tahu macam entah apa apa je. Lol. Semoga tercapai hasrat Syed yang banyak banyak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn nani, aduh rupanya banyak lagi yang perlu dipelajari hahaha. Aminnnn.

      Delete
  21. ceita yang menarik..saya pun anak emak juga...terbaik gitu

    semoga terusa sukses

    ReplyDelete
  22. Complete answer! Mesti dapat full mark kalau exam ni. Cikgu kan. Hii

    Siqah suka sangat lagu Tajul!!!sampai beli dah haa lagu tu. Bukan senang nak beli lagu Melayu. Eh? Haha. Lagu Aiman pun layan jugak. Tanpa sedar nyanyi lagu Aiman biasanya.

    Travel satu dunia!!! Me too! Cuma tuelah faktor kewangan mengatasi segalanya. Insyallah jika diberi peluang nak juga travel kan. Teringin nak pergi Turkey jugak lepas tengok filem Fazura tu. Manisnya cinta di Cappadocia.

    Jaga Mak baik2 ye Syed. Sejuk hati ibu awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah full mark lah sangat kan. Lagu tajul tu best kan? lagu aiman tu dulu suka sangat lah hahaha sekarang lepas ada tajul dengan haqiem rusli tu dah kurang sikit la.

      Betul tu, banyak yang kena fikir kalau nak travel ni. especially soal kewangan la. kalau ada duit semuanya jalan je kan? hehehe.

      Thanks Siqah, inshaAllah.

      Delete
  23. ada banyak idea?? untungnya. hehehhee

    ReplyDelete
  24. akak ada idea, tapi masa pulak tak ada.. sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  25. adik, never stop dreaming k..walapun orang akan kata angan-angan mat jenin. Dari angan-angan la segala benda tu akan menjadi kenyataan, believe me!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak for the words! saya ada idea tapi tak tahu macam mana nak tulis so tak untung juga kak haha masa pun tak berapa nak ada sangat sekarang ni hah. Harap apa yang saya impikan jadi kenyataan :)

      Delete
  26. tag syed di sini http://airahsyahirah.blogspot.com/2017/04/sunshine-blogger-award-tagged-by.html

    ReplyDelete
  27. Moga setiap wish & impian Syed akan jadi kenyataan bila tiba masanya :)

    ReplyDelete
  28. Naik gunung kinabalu is a must! :D

    ReplyDelete
  29. Nak naik Gunung Kinabalu and paragliding nanti ajak titew eh hahaha

    ReplyDelete
  30. Yeah!! Samalah...
    Lagu yg first tu pun lagu kesukaan akak dan reasonnya lebih kurang syed juga.. Satu lagi subjek kegemaran.. Sama lah pula.. BI.. hehehe.. Tapi speaking hancur..
    semoga 5 impian syed tu tercapai.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Tajul tu memang best kan kak! hehehe. takpa, minat tak semestinya kena bagus sangat dalam bidang tu. Kira boleh cakap pun dah bagus. kita bukan native pun kan.

      Delete
  31. cappadocia... sy teringat satu family melayu dia travel seluruh dunia (kalau x silap) dgn caravan. bla ditanya anak dia byk2 tmpt yg plg cantik yg dia pernah jumpa, dia ckp, Cappadocia... kenapa? ms tu dia baru bgn tido, dan bila celik je, dia nmpk matahari tgh terbit dan belon panas sedang berterbangan. view kt situ katanya sgt2 superb cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahhhh rasa macam nak sangat pergi cappadocia tu sebab setakat ni semua komen best best je hehehe.

      Delete