Tuesday, April 25, 2017

MEMANG 'EASY' DENGAN EZBUY

Memang Easy Dengan Ezbuy

Assalamualaikum dan Hai! 

Shopping merupakan satu bentuk terapi sebenarnya especially untuk kaum wanita (habislah kena bash kejap lagi ni haha). Namun, itu tidak bermakna lelaki tidak terlepas dari aktiviti shopping ni. Kadang-kadang ada beberapa kekangan yang membuatkan kita susah nak bershopping. Salah satu faktornya ialah kekangan masa. Bagi yang bekerja, sudah pasti sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Bagi suri rumah pula, sudah pasti sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Nak keluar rumah pun tak sempat! Bila dah penat tu, cuti pun rasa macam nak spend waktu dekat rumah sahaja kan?

Langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan membeli-belah secara online. Zaman sekarang ni dah mudah dah, nak beli apa pun semua dihujung jari. As long as kau ada internet connection, dunia pun kau boleh beli. Even kalau nak beli barang dapur pun kau dah boleh beli secara online siap dengan khidmat hantar depan pintu rumah lagi. Oleh itu, harini aku nak memperkenalkan satu website untuk korang shopping secara online dengan mudah. Website yang aku nak perkenalkan dekat korang semua ialah,


Korang pernah dengar mengenai Ezbuy? Kalau ada yang masih belum tahu, Ezbuy merupakan satu platform dimana korang boleh shopping secara online dengan mudah. Apa yang menariknya tentang Ezbuy ialah, barang-barang yang dijual di website tersebut merupakan barangan daripada China, Taiwan dan USA. Kalau kita nak shopping dekat overseas banyak juga kos yang perlu kita laburkan. Tiket flight sahaja dah menelan belanja beribu. Tetapi dengan Ezbuy, korang tak payah travel dekat luar negara pun dah boleh beli barangan daripada negara mereka. Malah harga yang ditawarkan di Ezbuy ni pula sangatlah berpatutan dan murah!

Interface Ezbuy.my
Interface Ezbuy.my
Banyak barangan yang dijual di ezbuy. Antaraya ialah baju wanita, baju lelaki, barang sukan, kasut, baju, beg dan sebagainya. Kalau aku nak list satu-satu sampai esok pun tak habis. Pilihan barang di ezbuy juga banyak dan pelbagai. Kalau korang nak survey barang pun boleh rambang mata juga nak pilih yang mana berkenan di hati sebab semua cantik cantik (of course aku dah survey dulu hehe). Interface website ni bagi aku sangat mesra pengguna sebab tersusun dan senang untuk aku mencari barang yang aku nak.
Harga barangan bawah RM30
Harga barangan bawah RM30 sahaja

Antara perkara yang menarik perhatian aku untuk menggunakan platform Ezbuy ini ialah kerana terdapat harga barangan di bawah RM30. Aku selalu berpendapat kalau nak beli barang dari overseas ni bukannya murah, belum kira nak convert kepada matawang negara mereka lagi. Tetapi dekat Ezbuy ni, barang-barang yang dijual semuanya menggunakan matawang negara kita. Lepastu ada section "Under RM30" pula memang sedap la kalau korang nak beli barang. Mana tahu tiba-tiba barang yang korang cari tengah promotion dekat situ. Bolehlah terus beli dengan gembiranya.
Things I want

/Diskaun yang banyak


Aku dah study habis website Ezbuy ni. Banyak sangat barang sampai aku tak tahu nak beli yang mana satu. Tapi seriously ah bila aku tengok this bed sheet nampak cantik sangat! Aku ni memang seorang yang sukakan typography. So anything yang ada typography nampak sangat cantik dan kemas di mata aku. Besides, dia punya design pun minimalist. Tak terlampau crowded dengan bermacam-macam pattern. Aku ni dah macam sindrom mak-mak dah ni tiba-tiba usha cadar katil. Kalau korang tengok harga asal bed sheet ni, daripada RM1700 dia bagi offer sampai harga dia jadi RM127.14 sen sahaja! 92% kot dia punya diskaun. Gila tak murah?

Beg untuk budak sekolah tapi aku tak peduli

Walaupun dia tulis dekat description backpack tu "high school student" tapi aku peduli apa hahaha. Aku ni forever 17 kot. Lepas ni nak masuk sekolah balik ha. Sesuai sangat lah kalau aku nak beli beg ni. Aku sebenarnya dah nampak banyak kali beg macam ni dekat Malaysia ni tapi not sure berapa harga dia. Bila tengok dekat Ezbuy ni harga dia after discount 82% dah jadi RM92.14 terus aku bercita-cita tinggi untuk beli beg ni! Bukan apa, bila ada beg ni senang nak letak barang-barang macam laptop, phone, dslr dan sebagainya. Aku tak suka bawa laptop briefcase (betul ke briefcase?) untuk pergi kemana-mana. Lebih prefer untuk pakai backpack. Feeling-feeling budak sekolah lah sikit.
Harga postage?
Disebabkan barang-barang yang ada di Ezbuy ni merupakan barangan luar negara, mesti korang risau tentang harga shipping yang akan dikenakan apabila korang berbelanja kan? Jangan risau, pada pendapat aku harga yang dikenakan sangat reasonable dengan barang yang dijual. Contohnya macam bed sheet di atas, harga untuk shipping adalah RM22.50. Manakala bagi backpack pula, harga shipping yang dikenakan sebanyak RM9 sahaja. Bergantunglah pada barang apa yang korang pilih selepas diambil kira berat, kuantiti semua tu.
PRIME MEMBERSHIP
Keistimewaan PRIME di Ezbuy
DON'T BE SURPRISED!

Untuk makluman semua, Ezbuy memperkenalkan "PRIME" kepada pengguna-pengguna mereka. Apa itu PRIME? PRIME ni dikira macam satu keahlian yang korang kena bayar sekali sahaja untuk setahun. Apa keistimewaannya? Kalau korang jadi ahli PRIME, korang akan menikmati harga shipping yang tetap iaitu hanya RM8.80 SAHAJA. RM8.80 ni harga shipping untuk apa-apa barang tak kira jumlah, saiz, kuantiti dan sebagainya. Untung sangat kan? Banyak sangat yang korang boleh save. Hanya cuma bayar RM188.00 sahaja untuk setahun bagi menikmati keistimewaan tersebut. Namun, ada sesetengah barang yang tidak dibenarkan untuk menggunakan PRIME. Kalau anda masih ragu-ragu, boleh cuba 5 Days trial dengan hanya RM18.80 dan nikmati harga shipping yang tetap sebanyak RM8.80 selama 5 hari.

TAWARAN ISTIMEWA!

Disebabkan korang setia membaca coretan aku sampai habis, aku nak belanja korang RM15 baucer beli-belah di Ezbuy.my! Tanpa melengahkah masa, jom daftar di Ezbuy menggunakan LINK INI <-- click untuk daftar . Selepas sahaja anda daftar akaun, anda akan memperolehi baucer sebanyak RM15. Selamat bershopping! Memang easy kan dengan Ezbuy ni? :)

Thanks for reading. Nanti aku akan update barang apa yang aku beli dekat sini. jeng jeng jeng.

81 comments :

  1. Syed, ketawa akak baca bila kamu suka bebel pasal cadar tu...haaa baguslah ada sindrom mak mak...siapa ckp lelaki tak suka dekorasi...akak pun suka minimalist...suka yg simple dan sedap mata memandang...ritu akak usya ezbuy ye perabot...cantik dan murah!...tggu rumah akak siap lg beberapa tahun...x sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya suka tengok cadar yang lawa-lawa ni kah2. Boleh join geng mak-mak tengok katalog la ni. Kalau murah elok la, boleh la beli dekat ezbuy ni ha kak kan. hehehe seronok la rumah baru and perabot baru.

      Delete
  2. Bila ada sindrom mak mak sebenarnya awak seorang yang bertanggungjawab. Hehe. Untunglah siapa yang Syed pilihkan cadar nanti😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macamtulah kan kak hehehe. Siapalah yang beruntung sangat tu hahaha.

      Delete
  3. sha baru terniat nak beli kat ezbuy ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh bolehla cuba beli dekat sini sha. lepasni syed nak beli juga ni haha.

      Delete
  4. Memang mudah sangat dengan EzBuy ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Ramai dah share sal ezbuy ni. Menggoda lak bila tgk brang2 dlm ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, menggoda sangat. dah la banyak barang yg murah-murah haih.

      Delete
  6. hi syed.. memang murah kan barang2 kat ezbuy ni.. cantik pulak tu.. selamat bershopping... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak hihi itulah, tak sabar rasanya nak beli belah dekat sini. thanks kak :) jom la shopping sekali.

      Delete
  7. haishhhh....tergoda tgk bedsheet tuuu....

    ReplyDelete
  8. best sgt shopping dgn ezbuy. kak dah selamta order ahad lepas. tggu brg sampai je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh akak order apa? nanti update la dekat blog hehe nak juga tahu kan.

      Delete
  9. hahahahahahahahahahahahahahahahaha *tengok dalam wallet... sambung gelak* hahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. *hulur wallet syed* Nahhhh la ambil. kesian pulak hahahahahaa..

      Delete
  10. nak beli tapi kawan cakap kena pandai sebab kalau tak pandai, postage dia berkali ganda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada betul juga kak, sebab barang dari luar kan.

      Delete
  11. jap2 Nak check duit.

    😭😭😭😭😭😭

    pantang betul saya dengar shopping online ni. mesti nk click😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha check la! kalau ada sesen dua tu boleh la shopping! dah cukup syarat. Ehhh.

      Delete
  12. Umi baru nk jengah tabung tak cukup penuh lagi...mood jengah EZBUY terus terbatal tapi tetiba tengok entry Syed ni...membara pulak semangat tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpa umi. kumpul slow-slow kasi duit tabung penuh nanti boleh laburkan sikit dekat Ezbuy. Kira sebagai motivasi la tu umi hehehe.

      Delete
  13. sekarang semuanya ez kan, yang penting ada fulusnya hehehe..tengok memang menarik cadar tu pun cantik..ehemm memang boleh geng dengan mak-mak dah ni syed, pakat pilih cadar ramai2, tapi ahkak ni kan tak pandai sangat nak shoping online hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. semuanya ez sampai duit pun ez ja mengalir hahha. kannn cantik kan cadar tu haha. saya pun jarang juga beli online, sekarang baru nak berjinak-jinak.

      Delete
  14. Forever 17, forever amik spm lah kalau macam tu seorang syed oiiii... Bhahahaha!
    Hmm, macam pernah dengar je ezbuy ni. Lupa pulak dengar kat mana. Iklan tv kot. Eh, ye ke... Pape je lah! Yang pastinya, syed telah berjaya buat fairuz klik ezbuy tu. Adoiiii padah nampak gayanya nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha ambik SPM sampailah dapat straight A. Okay lah tu kahkah. Ada ke dekat tv? macam tak pernah dengar ja hah. Yeahhhh dah click tu beli la sekali.

      Delete
    2. Sanggup erh demi dapat straight A's? Kalau fairuz, hmm kena fikir jugaklah berjuta kali nak ke taknak macam tu. Macam tak sanggup je. Haha.. Haa, tu lah orang kata 'macam' je MACAM. Tengok tu, menghasut lagi suruh beli. Licik betul! Hahahahahahaha...

      Delete
    3. HAHAHA MESTILAH TAK SANGGUP. Masalahnya mmeang takda dekat tv la fairuz. So tak valid nak guna MACAM. Tak boleh tak boleh hahahah. Syed dah selamat dah beli satu barang kah2.

      Delete
    4. Kfineeee.... 💁
      Kiranya sindrom mak mak tu memang powerful ah, syed berjaya beli jugak. Adehhh... Takpe, fairuz boleh butakan mata pekakkan telinga lagi bab bab ni. Suka psycho diri sendiri "ini keperluan ke kehendak?" haha bijak, bijak.

      Delete
    5. Tak powerful mana pun sebab tak berjaya beli yang bed sheet tu hahahaha, tak. masalahnya sekarang ni rajin betul bersembang dekat ruangan komen ni hahaha dah macam chatroom pulak jadinya. Tapi kadang-kadang kehendak tu boleh jadi keperluan kita juga Fairuz. Baik fikir elok-elok.

      Delete
  15. Fuh mencabar sungguh Cikgu Syed bila tambah lagi apps membeli-belah dalam talian.. Ditambah pula hassle free.. Hurmmm mmg mencabar kesabaran dan mengugat iman.. Tak keluar rumah pun boleh habis duit, camne tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kan. Memang mencabar habis la haha. Itu atas diri sendiri lah kak. Kena sentiasa beringat dan beli benda yang perlu sahaja.

      Delete
  16. echa dah "jalan2" dlm semua kategori brg yg ada dlm ezbuy ni. haritu cari barang sampai tertidur2 sbb bingung nak beli apa hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kannnn banyak sangat tak tahu nak beli apa. Syed nak buat entry ni pun lama cari barang ja nak beli.

      Delete
  17. Haha sindrom mak mak pulak syed ni 😂 😂

    Ya online shopping sangat memudahkan bagi yang takde waktu nak keluar, macam husni banyak juga duk online shopping sebab kadang jenis barang kita nak takde jual kat luar / kawasan kita stay.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mak mak kan suka beli cadar dekat katalog hehehe.
      Memudahkan tapi kalau tak boleh nak kawal cepatlah keringnya hehe. Syed baru nak berjinak ni sejak ada maybank2u ni.

      Delete
  18. kak ekin usha sokmo ezbuy tu tapi masuk list nak tekan cash out tak jadi sokmo hahhahaha...

    ReplyDelete
  19. Saya baru tau pasal ezbuy ni. Dan bila tengok harga dia murah2, i memang kenotlah. Dari pakaian sampai ke home deco sampai ke kasut (hampir semualah pendek cite) saya pegi usya. Beli je belum. Uhukuhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed pun baru-baru ja tahu pasal ni hehehe. Harga dia memang murah kan? syed pun tadi duk survey semua barang lepastu terus beli satu! hehe.

      Delete
  20. Bestnya info ni..
    Kejap lagi siaplah....akak nak shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha shopping banyak sikit kak.
      Bagi hadiah untuk birthday sendiri katanya :)

      Delete
  21. Replies
    1. Okay amazon prime tu saya tak pernah dengar haha.

      Delete
  22. eh tersama pulak ada sindrom mak-mak . Jangan katakan bed sheet , kalau boleh kusyen rumah pun nak dibeli baru..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yeah ada geng! suka tengok design dia ja sebenarnya hihi.

      Delete
  23. Dah boleh rancang apa yg nk shopping utk persiapanraya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh jom la kak kita shopping dekat ezbuy ni haha

      Delete
  24. Oowh baru tahu pasal ezbuy bila baca entry ni... Ezbuy website ni lebih kurang sama dgn lazada ke syed?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lebih kurang juga lah kak. Tapi barang-barang dia semua from overseas. Kalau macam Lazada ada campur-campur kan.

      Delete
  25. amaigoddd. firstime denga ni, leyyy try japgi nihh xD
    setiap bulan ini la terapinyaaa kan. alahaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, try lah! hehe.
      tak salah nak reward diri sendiri sekali sekala. Tapi jangan sampai kering pula duit dalam bank :P

      Delete
  26. Hahahahaha tetiba tengok cadar, tapi serius la stylo, sayang nak tido nanti.:P . Yang barang bawah RM30 tu bertukar2 kan, baru usha dompet, pastu bekenan. Buka sekali lagi tengok dah jadi barangan baby pulak, adoi, hilang dah. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah random sangat kan, sebab macam banyak sangat barang tak tahu nak pilih apa kahkah. Eh mana ada bertukar pun mai. macam pelik ja jadi macamtu serius la haha.

      Delete
  27. Lawak aa part sindrom makmak tu muahahaha :')

    ReplyDelete
  28. Oh, postage laen. yay dpt voucher! btw, berbaloi la beg tu. selalu tengok dlm rm100 lebih jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah postage kira lain haha. Boleh la guna voucher tu shopping barang yang nak! hehe. Aah and kadang-kadang ada lebih dari RM100 beg jenama tu.

      Delete
  29. Kalau buat perbandingan,memang jelas,nyata dan terang harganya lebih murah...
    tapi nak beli pun kena tunggu kepala rimau atau bulan sabit.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa murah kan hehe. apa dia kepala rimau dan bulan sabit tu? huaaa tak faham.

      Delete
  30. Cik Ila tak pernah lagi shopping ezbuy lagi . Boleh lah usha lepas ni..tengok Syed bercerita macam syiok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try la shopping sini cik ila. Syed dah try dah hehe senang ja.

      Delete
  31. memang terapi sungguh membeli belah atas talian,
    lagi2 kalau website yang jual byk sgt pilihan brg, then harga pula sgt affordable ... habislah incik suami jeling2 tengok kakak ... lepas tu dia tanya beli apa, then last2 dia pun terjebak beli sama, hehe.
    nextime will try ezbuy pula, selalu terpacak dpn website lazada saja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee rajin kan akak beli belah online. saya jarang sangat dapat membeli online ni. Lepasni akak dgn incik suami boleh la try website ezbuy ni pula :)

      Delete
  32. biasalah tu. kalau terrrr bukak laman web shopping online. automatik jadi tamak. lepastu semua benda nak. sampai tatau nak pilih mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa hahaha. banyak sangat barang kot sampai rambang mata nak pilih mana satu.

      Delete
  33. zaman sekarang nie sume benda dah mudah..

    kalau macam e'in, kalau takut asben bebel asek shopping je, kite shopping online laa lepas tu cakap terbeli.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe Ei'm. hahaha tapi alasan terbeli tu macam win betul. Boleh pulak terbeli sendiri kan hahaha.

      Delete
  34. baru nak usha2 barang kat ezbuy ni.. nampak dah menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh usha and beli sekali cik tie. Memang menarik! hehe

      Delete
  35. belom bergaji lg tkt nk klik website tu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kalau belum bergaji baik jangan klik. nanti makan pasir pula hahaha

      Delete
  36. memang terapi la kalau banyak duit..kalau tak masuk la pulak wad pskitri depress sgt x dpt beli huhuh

    ReplyDelete
  37. dah penat cuci mata tapi di bank nya kosong kosong kosong~

    ReplyDelete
  38. Sya dh usya kt ezbuy ni.mcm mna ye syed bli cdar sbb xfham sgt description dia tu.tkut slah plih lgpun bhsa cina kn

    ReplyDelete
  39. Sya dh usya kt ezbuy ni.mcm mna ye syed bli cdar sbb xfham sgt description dia tu.tkut slah plih lgpun bhsa cina kn

    ReplyDelete
  40. salam..nak tanya ezbuy prime yg rm18.80 tu ada tempoh waktu ke? kalau dalam masa 5 hari tak sempat guna kira abis la ye?

    ReplyDelete
  41. Sorry tanya..ezbuy ni ok ke.sbb sy tgok dlm ezbuy punya facebook semua org dk marah2 cakap ezbuy scammer.barang2 xde yg sampai..boleh katakan semua komen2 mcm tu..sbb baru nk try shoping dkat ezbuy..itu yg survey2 tu dulu..

    ReplyDelete
  42. Hi seorang syed, nk tnye klau beli perabot kt ezybuy adkh ia dijamin smpai ? Dn condition utk shipping ke malaysia selamat tak ?

    ReplyDelete