Thursday, April 20, 2017

1001 RAGAM CUSTOMER DI RESTORAN FAST FOOD

Ragam customer di restoran fast food

Salam dan Hi!

Dah genap 6 hari aku berhenti dari menjadi cashier di salah sebuah restoran fast food di Kuantan. Alhamdulillah, I'm happy that I've learnt a lot of new things especially about life. Kadang-kadang kau tak pernah sangka pun benda-benda simple yang berlaku disekeliling kau actually helped you a lot to understand how life works. Kalau kau baca entry Pengalaman Bekerja di Restoran Fast Food, aku ada kongsikan beberapa perkara tentang kenapa aku tak sesuai jadi cashier. Tapi sebenarnya boleh sahaja kalau aku kerja lebih lama dekat situ. Walaupun sekejap, percayalah pengalaman yang aku dapat dekat situ sedikit sebanyak membuka mata aku tentang beberapa perkara.

Entry kali ini aku akan berkongsi tentang beberapa ragam customer yang aku pernah hadap semasa menjadi cashier. To deal with customers is not an easy task. Sebelum ni aku tak sangka pula kerja dekat kedai fast food ni kadang-kadang menduga emosi aku juga. Ingatkan senang sahaja just ambil order, ambil duit dan bagi balance. hahaha rupanya sangkaan kau jauh tersasar Syed! Berikut aku kongsikan beberapa ragam customer yang aku masih ingat di dalam benak fikiran aku.

1) Nak study menu

Ada sesetengah customers ni memang suka study menu lama-lama. Kaunter ambil order tu dah macam tempat study diorang dah kadang-kadang. Aku tak kisah pun kalau customer ni nak study menu lama mana pun sebab aku pun kadang-kadang ada masalah nak fikir "nak makan mana dan nak makan apa". Walaubagaimanapun, biarlah bertempat kalau nak study lama-lama pun. Kalau ada customer yang tengah beratur belakang kau tu, faham-faham lah. Mereka pun tunggu lama juga untuk order. Sepatutnya sebelum sampai turn kau, kau dah fikir siap-siap nak order apa. Tak pun duduk tepi dulu, dan tengok menu dari jauh. Tak payah masuk beratur dulu pun takpa. Bukannya apa, kesian dekat orang lain yang mungkin nak order seketul ayam sahaja tapi kena tunggu 1 jam sampai kau habis order (exaggerate habis aku ni haha)

Kalau customer lain takda yang beratur, aku okay sahaja. Nak ajak aku study sama dengan kau pun takpa. Kadang-kadang study dah lama lepastu cancel order. Pilu betul hati ini.


2) Makan bersepah

Aku bukan nak jadi social justice warrior. Not at all. Makan bersepah ni nampak kau seorang yang sangatlah takda adab. Kalau satu family besar yang makan ramai-ramai dekat restoran and bersepah sebab ada budak-budak kecil, takpa aku faham. Bukannya nak suruh kau kemas dan basuh segala pinggan yang kau guna tu. Cukuplah sekadar tinggalkan meja tu dengan keadaan yang tersusun sedikit. Mula-mula aku kerja aku rasa macam geli jugaklah nak kutip sisa-sisa makanan yang mereka tinggalkan. It took time for me to cope with it haha dalam 2 3 hari macamtu (maklumlah tak biasa buat kerja macamtu). Bila dah lama-lama rasa macam, okay kot sebab benda tu makanan and it's a part of my work. Nak tak nak, aku terpaksa buat juga.

Tak faham kenapa kalau yang dah tua-tua ni makan nasi, ayam semua bersepah atas meja. Kalau budak-budak kecil yang makan macamtu aku boleh faham lagi la. Kalau yang dah tua tahap boleh kahwin dan yang berumahtangga buat macamtu aku macam tak boleh nak brain lah. Is it how you eat at home? Macamtu ke agaknya kau makan dekat rumah? Aku faham, kau memang makan dekat restoran, tapi kenapa ada sahaja orang yang boleh tinggalkan mereka punya sampah sarap dengan keadaan yang tersusun. Kita mudahkan kerja orang, inshaAllah nanti kerja kita akan dipermudahkan. 

3) Berbudi bahasa

Paling suka dengan customers yang bila dia cakap lembut sahaja. Ada sekali tu, customer ni anak dia tumpahkan air dan makanan dekat lantai. Dia nampak macam bersalah sangat sebab lantai tu memang kotor habis. Dia tanya aku ada penyapu atau mop tak sebab dia nak tolong bersihkan. Lepastu aku cakaplah, "takpa nanti kami yang akan bersihkan" (sebab time tu ada customer, aku tengah ambil order). Then, aku nampak dia kutip sendiri makanan dekat lantai tu dengan tangan dia dan letak atas pinggan. Kesan kotor dia lap sikit dengan tisu. Dia tinggalkan tempat tu dengan kemas walaupun ada kesan kotoran lagi dekat lantai tu. Ya Allah, terharu rasa tengok :')

Kita ni sebagai manusia tak lari dari kesilapan kan? kadang-kadang tu adalah aku tersalah ambil order. Lepas aku bagitahu, dia tenang sahaja dan willing to wait for another minute. Itu membuatkan aku rasa lega sedikit. Bila aku hantar makanan ke meja makan pula, ada yang tak putus-putus cakap terima kasih dan menolong aku untuk ambil dia punya makanan. Entahlah, aku rasa macam terharu sangat! bila dengar perkataan terima kasih tu rasa macam terus semangat buat kerja. Rasa nak overtime terus kerja! (okay tu tipu)

4) Selalu bersedekah

Ada satu pak cik ni, dia memang regular customer dekat restoran tempat aku kerja tu. Setiap hari dia akan datang untuk beli chicken porridge. Dan yang menariknya, setiap hari dia beli, duit balance bubur (25 sen) akan dimasukkan ke dalam tabung derma yang disediakan. EVERY DAY GUYS. "Bagusnya pak cik ni, rajin bersedekah"- selalu bermonolog dalam diri. Lepastu mula lah aku reflect diri sendiri. Bila last time aku bersedekah? Pak cik tu sedikit sebanyak mendorong aku untuk membuat perkara yang sama. Walaupun nilainya sedikit, tetapi keikhlasan tu yang penting. Kadang-kadang dia tak nak pun ambil baki tu. Aku yang masukkan sendiri duit tu dalam tabung. Thanks pak cik kerana memberi contoh yang baik kepada saya :)

5) Rajin bersembang

Aku takda masalah pun nak sembang dengan orang. I seriously enjoy any type of conversations (sebab aku dah banyak bercakap kot sekarang haha). Ada sekali tu, waktu tu aku tengah rehat selama sejam. Aku duduk sekejap dekat depan surau nak beristirehat katanya. Lepastu datang this one abang, duduk dekat aku. Sembang punya sembang dah sampai habis waktu rehat aku dah. WE HAD A CONVERSATION FOR AN HOUR GUYS. Bapak lamanya haha. Kadang-kadang aku tunggu sahaja bila dia nak stop bercakap. Tapi takpalah, agaknya seronok kot dapat bersembang dengan aku. Yelah, aku kan Seorang Syed! HAHAHA okay kidding. 

Topik yang dicover oleh abang tu sangat best sebenarnya. Dia nasihatkan aku banyak benda pasal hidup. Lepas dia tahu aku ni bakal bekerja dan jadi cikgu, dia nasihatkan aku untuk beli rumah dahulu sebelum beli kereta. Lepastu dia cakap lah yang dia tak nak aku menyesal macam apa yang dia rasa. Lepastu ada juga sembang tentang ekonomi, perniagaan melayu, kerja susah nak dapat dan sebagainya. Aku rasa macam aku seorang yang sangat ilmiah waktu tu! Walaupun tak berilmu mana, tapi terpaksa acah-acah seperti ilmu penuh didada haha. Thanks random brother for your kindness and time to have a conversation with me :) . At least sejam waktu rehat aku tu bermakna jugalah.
Tak pernah sangka benda-benda kecil yang berlaku dalam hidup kita macam ni boleh memberi banyak pengajaran kepada kita sendiri. Jauh berjalan luaslah pemandangan, kalau aku tak kerja dekat situ, aku tak pernah tahu dan mungkin takkan pernah rasa seperti apa yang aku rasa sekarang. Thanks for the priceless experience my dear customers :')
Thanks for reading!  

83 comments :

  1. pernah jadi cashier tapi kt supermarket la.
    memang banyak pengalaman dapat dan dapat jumpa macam2 jenis orang. :D

    selalu bila kt mana2 kedai makan, mak dah ajar jangan suka sepahkan makanan dan kemas lepas makan. so, dah jadi tabiat kot kemas meja sendiri lepas makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, banyak pengalaman and happy juga la kadang-kadang bila jumpa macam-macam jenis orang hehe.

      Baguslah macamtu. Takdalah susahkan orang nak kemas kan hehe.

      Delete
  2. No 4 tu memang terbaik sebab ia mengajar kita secara tidak langsung untuk turut bersedekah
    No 2 tu orang kita kekdgn tu memalukan bila bab kebersihan dia boleh jer sepah2kan makanan sebab fikir dia dah bayar dan tugas pelayan restoran utk kemaskan..such a pathetic attitude

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, indirectly kita pun rasa nak buat benda yang sama macam dia hehe, Itulah pasal, masih kurang kesedaran rakyat Malaysia kalau bab kebersihan ni.

      Delete
  3. Dah dibiasakan kemas lepas makan tu, tak kira makan di mana. Malu juga bekas makan bersepah, nampak macam pengotor 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macamtu. Memang buat malu ja kalau tinggalkan meja dengan makanan bersepah.

      Delete
  4. selalunya lpas makan confirm my mom suruh bersihkan meja and susun balik kerusi sebelum keluar,kalau tak mmg kena ceramah panjang lah,mula2 tu annoying gak hahaha lol tapi lama2 dah terbiasa pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha baguslah mak dah ajar siap-siap. Memang nampak macam remeh ja kan? tapi tak ramai yang praktikkan benda macam ni.

      Delete
  5. Kerja apa pon mesti akan ada pengalaman dan pengajaran tentang kehidupan. Bagus betul pakcik tu sedekah, reflect diri sendiri yang kadang2 10sen pon berkira :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lya. Kalau jadi cikgu lain pula pengajaran yang dapat hehe. Tahu takpa Lya memang setiap kali tengok dia derma tu rasa macam wowww.

      Delete
  6. One good thing about new experience is that there would at least contain a lesson to be learnt.. :)

    ReplyDelete
  7. Okay terasa jap sebab kekadang indah memang ajak cashier study menu sesama hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, ala kalau kejap takpalah. kalau lama-lama ada org tu yang tak berapa sesuai hehe.

      Delete
  8. Haha. gelak weii baca part rajin bersembang :D Bapak lamanya. Hihi. Amazed tau dengan orang yang sekali jumpa dah sembang macam kenal lama. Banyak betul idea nak bercakap. Hihi.

    bab study menu tu betullah sangat. Haa sepanjang beratur tak nak fikir, bila dah depan kaunter baru nak fikir, nak tanya, "u nak makan apa?" . Kita kat belakang agak bengang jugaklah. CUma mampu diamkan diri saja. Macam-macam perangai manusia, kelakar dan geram bercampur baur gak. Haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama kot Siqah. kita ni duk fikir bila lah abg tu nak berhenti bercakap hahaha. Mungkin sebab pengalaman dia banyak agaknya.

      Itulah pasal. padahal boleh ja decide nak makan apa awal-awal. ni dah sampai turn dia baru nak decide memang kesian la dekat orang lain kan. Tahu takpa, hehe suka tengok ja perangai manusia.

      Delete
  9. sama mcm saya yg selalu jadi promoter kat kedai2 ni, macam-macam jenis pelanggan kita jumpa. pengalaman saya lak nk kena handle dgn customer yg dah membeli, pastu esoknya dia dtg kedai mintak refund duit sbb dia tak muat pakai baju yg dia beli tu.

    masalahnya, kalau dh beli mana boleh mintak refund duit, unless kalau nak tukar barang bolehla T__T bukannya baju yg kita jual tu ada defect sana sini punn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promoter pun susah juga kan. Saya sangat respect dengan promoter ni sebenarnya. Bukan mudah nak promote barang dekat orang. Boleh pula ada pelanggan macam dekat atas tu memang panas jelah. Kalau tukar barang boleh la kan. hahaha macam-macam la ragam costumer ni.

      Delete
  10. Hahaha, enjoy baca kisah Syed ni. Nak share pengalaman jadi cashier kedai buku la...

    Ada sorang pakcik tu, hari-hari singgah. Satu hari dia bawa gambar anak lelaki dia, pastu dia cakap "Nak jadi menantu pakcik tak?" , hahahaha apa lagi kawan2 mulalah mengusik ,adeiii.. Memang taknak la, anak dia pun tak kenal. hahaha.

    Ada juga customer peramah habis macam dah lama kenal. Dan ada juga jenis beli buku agama tapi muka ketat giler siap marah lagi lambat kira. Macam2 peel manusia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha alamak mai! tu diaaa siap keluar gambar anak lelaki dia. Kalau time tu mai single lagi, mai nak ke? KAHKAH.

      Sebab itu kita jangan judge orang berdasarkan luaran dia kan? kadang-kadang nampak ja muka ketat, tapi baik ja orangnya hehe.

      Delete
  11. Kak ana kalau pergi mana2 restoran akan make sure Syafi makan kak ana yg suap supaya tak bersepah. Sampai ada sorang pekerja The Fish Manhattan puji kata takde satu nasi pun jatuh. Lepas tu dia pun complain pasal keluarga yg lain yg bersepah2 mkn. Haha dari situ kak ana dpt bygkan betapa letihnya kerja mereka. Kalau bersepah juga kak ana akan kumpul semua yg sepah tu dekat satu tempat supaya senang nak sapu.

    Then setiap kali makan kak ana akn lap meja tu dgn tisu sampai kering. Yg ni mmg dh jadi tabiat dr dulu lagi.

    Tp bab yg baru nk study menu tu mmg menyakitkan hati. Lepas tu dah lah lambat tukar2 order pula. Berbhuhuhuhu je lah org2 blkg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa bagusnya akak ni. Memang penat kak kalau nak bersihkan bila meja tu bersepah sangat. At least kalau ada pelanggan macam akak ni senang lah sikit nak bersihkan hehe. Tabiat macamtu baguslah kak, menyenangkan kerja orang lain kan.

      Tapi ada customer yang concern juga. Dia rasa macam dia dah order lama sangat so dia stop dulu bagi orang belakang. lepas dapat makanan dia datang sambung order balik haha.

      Delete
  12. makan bersepah tu mmg buat sakit mata la hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit mata tapi nak buat macam mana. kerja kan haha.

      Delete
  13. makan bersepah tu rasa sakit hati kan. grr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa kak, jangan buat macamtu ok hehe.

      Delete
  14. kena tadah aje.. tapi i tak berapa setuju dengan slogan " customer always right" Diowg ni customer, kita jadikan dia right sebab semua duit customer yg akan dilaburkan. but mesti juga kita sebagai pelayan ni pun manusia. ada perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa. customer is not always right. Cuma diorang guna duit diorang, so that makes everything right lol. betul tu, tak salah mudahkan kerja orang lain.

      Delete
  15. mmg macam2 ragam customer ni. ada yg okay ada yg tak. bila kena yg tak okay tu kdg mmg geram jugak haahhaa. tp demi kerja terpaksalah bersabar je kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah pasal. yang tak okay tu anggap sebagai cabaran la haha. tapi best juga dapat kenal banyak ragam orang ni.

      Delete
  16. Ini menarik. awk cerita tentang pengalaman awk berkerja di restoran. Bila orang akan baca, boleh nampak awk sangat serius dan mendalami dalam pekerjaan awk. Saya suka baca number 4. Satu inspirasi yg perlu kita semua buat. Biarlah skit macam mana pun kita nak sedekah, tapi jika niat ikhlas, itulah berkat hidup dan rezeki kita nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana, dah tu kerja yang kita pilih. So, kena la mendalami walaupun sementara sahaja haha. Betul tu rocky. walaupun sedikit tapi keikhlasan tu yang penting :)

      Delete
  17. betul apa yang syed cakapkan, IQ pun ada pengalaman yang sama, tapi IQ nak tambah sikit..
    IQ ada kerja fastfood ni masa bulan puasa tau...so, ada plak pembeli LELAKI MELAYU DEWASA nak nak beli ayam SPICY tengahari buta, hahaha! nampak tak maksud IQ? so, ragam manusia di bulan puasa plak gayanya..

    ada dapat customer yang salah order dan nak cancel? KFC susah tau nak delete order yang salah, kena slide kad manager, mahunye manager garang, rasa nak menangis kalau customer mintak tukar order..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha alamak IQ tu dah nampak sangat dah tu siapa yang nak makan tengah bulan puasa tu. Kalau time bazar Ramadhan pun ramai ja macamtu sebenarnya (sebab mak saya memang berniaga di bazar kan).

      Kalau dekat tempat saya tu senang ja nak delete order. Tapi leceh juga la kalaudah keluar resit tu haha.

      Delete
  18. kita kerap memerhati ragam orang. Tak kira siapa orang tu. Ada manis n ada tidak. Kita sebenarnya yg mudah lupa yg kita juga ada ragam tersendiri yg orang lain perhatikan. Kita tak tau penilaian mereka selepas kita meragam.

    Thanks kongsi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan tuan Adam, saya menulis ni hanya berdasarkan pemerhatian saya terhadap ragam orang yang saya jumpa. Disamping itu, ia juga sebagai satu peringatan supaya saya tidak melakukan perkara yang sama pada orang lain :)

      Delete
  19. Hehehe biasala tu ragam org ni macam2... keje kat restoran kecik pon macam2 ragam boleh tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, tapi best juga bila jumpa ramai orang ni hehee.

      Delete
  20. kan..macam-macam orang..ada baik ada urrmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti setiap orang yang kita jumpa tu mesti ada bawa pengajaran hehe

      Delete
  21. Thanks for jenguk my blog, cikgu to be. BTW, anak hakak pun nama syed jugak with the diff spelling S-A-I-D. Akak pun pernah praktikal kat pasaraya jadi artist (bukan penyanyi tau).. kdg kalau staff tak cukup, kena gak la tlg jadik packer kat cashier tu. Mcm-mcm la ragam boleh nengok hehe... tapi ye, tu sume mendewasakan bg kita yg mampu berfikir, insyaallah. BTW, cantiklah blog. Kemaih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama kak! Say Hi to said! hehehe. Artist tu macam mana kak? tangkap2 gambar eh? betul tu kak, makin banyak ragam pelanggan kita jumpa, makin banyak la pengalaman. hehe terima kasih kak! :)

      Delete
  22. kita hanya manusia biasa masing2 ada kelemahan kekurangannya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak, cuma saya tulis pengalaman saya di sini supaya saya tidak buat perkara yang sama seperti apa yg saya tulis tu :")

      Delete
  23. Selepas menetap di Jepun selama setahun setengah. Akak dan family cuba untuk makan dengan yang paling beradab sekali. The least that I can do when I back in my lovely country. Kalau tengok derang punya kedai makan memang customer sumer makan dengan behave. Yang kecik smpi pangkat atok. Termalu dengan diri sendiri. Good entry Syed. Pendapat kita sama. Masyuk laaa ngan akak ni. Owh yer..bab sembang2 macam kita power tuh pun akak pernah buat gak. Kah kah kah.... tapi happy ajer bila tengok orang lain sama happy kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nany,
      Yes,i setuju dgn puan. cara orng jepun makan dan bercakap di meja makan berbeza dgn kita di sini. Saya tau sangat.

      Delete
    2. Baca akak punya comment ni buat saya teringin pula nak ke sana dan experience sendiri macam mana diorang punya adab tu hehe. Thanks kak, memang selalu sangat sembang2 macam ilmu penuh didada tu kahkah asalkan tak kantoi sudahla.

      Delete
  24. keje fast food restaurant ni memang penat kowt. ramai org datang n cabarannya pun dasyat. semua benda kena cepat n tenaga pun dikerah betul2 lah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nadhie. Nak kejar untuk buat order customer tu memang menduga betul haha.

      Delete
  25. Suka baca pengalaman macam ini Mrs. A pun suka jugak perati ragam manusia.

    Agaknya samalah jugak dengan orang lain yang suka perati ragam kita jugak to be exact perati ragam Mrs. A ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah, as much as we observe others, orang pun akan perati and judge kita. Sebab itu saya tulis entry ni. supaya saya tak buat perkara yang sama macam apa yang saya tulis ni.

      Delete
  26. Study menu pun agak-agaklah weh... Fairuz pun study menu juga kalau kat fast food restaurant yang jarang makan contohnya marrybrown. Tapi, kalau itupun takdelah sampai lima minit tercongok depan cashier tu fikir nak makan apa! Adehhh... Sian orang belakang, mesti hangin je. Makan sepah pulak kalau jenis kutip balik takpe. Ini dah selerak macam apa je lagi, Allah. Yang tengok pun mengucap panjang, yang tukang kemasnya lagilah. Budi bahasa dengan sedekah benda paling simple yang kita boleh buat. Macam fairuz, kalau fairuz suka senyum kat random orang kadang-kadang, pastu i love to say thank you. Thank you is my fav word. Hahah! Tapi fairuz tak rajin bersembang dengan random orang sampai sejam. Tak pernah alami lagi. Setakat beberapa minit tu biasalah, orang beramah mesra, takkanlah kita nak buat tak reti je pulak kan. Hmm, semoga pengalaman syed semua ni nanti bolehlah diceritakan juga pada cucu cicit syed sebagai pengajaran untuk diorang jugak. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fairuz. Kalau makan sepah tu memang tarik nafas dulu la Syed bila nak clean table tu hahaha. Sabar jelah sebab kerja kan nak buat macam mana. YESSS SAMALAH KITA FAIRUZ. Suka senyum dengan sesiapa ja yang syed jumpa. Kalau lupa nak kata thank you ke apa rasa macam bersalah pula. Tapi serius syed sembang dengan orang tu sejam haha takpalah biar cucu cicit baca blog ja lah nanti. boleh dak? kahkah.

      Delete
  27. Bab sedekah tu kak suka.. pernah sorang customer belanja topup rm30 dekat kak dengan member satu shift masa keja kat kedai 7e dulu ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa banyaknya kak. RM30 tu setiap sorang ka? Seronoknya bila jumpa orang macamtu. Semoga insan tersebut dimurahkan rezekinya.

      Delete
  28. Semua betul kecuali makan bersepah. Hahahaha. Sbb makan akan ikut turn. Contoh, makan pencuci mulut dulu, makan main course Then makan yg lain2 mana yg isi perut for the last part

    ReplyDelete
  29. Good job syed. Selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak. selamat berhujung minggu juga :)

      Delete
  30. Makin lama hidup. makin lama kita akan kenal pelbagai jenis orang.

    ReplyDelete
  31. nak study menu tu paling ramai buat. masa tengah beratur taknak study plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa itulah yang saya pelik tu. kalau study awal-awal kan senang. kesian orang belakang tunggu haha.

      Delete
  32. Haha, bab nak pilih menu tu, kdg2 mrs pip pun selalu ambil masa seminit dua nak pilih apa, tp selalu pergi tepi kaunterlah, bagi org lain order dulu...
    Bab kebersihan tu, pelik la org makan bersepah2 .... kat rumah maybe dorg makan mcm tu juga eh?
    Anyway, have a nice weekend seorang syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kalau macamtu takpa lah mrs pip hehe. ni tak, time dah sampai turn baru nak mula fikir. memang lambat jadinya.

      Itulah benda yang saya selalu fikir kak. Siap pesan dekat diri sendiri lagi, "nanti ada anak-anak nak ajar suruh jaga kebersihan sikit bila makan".

      Delete
  33. i baca dr atas sampai bawah dengan senyuman...i dulu xpernha keje fast food..tp pernah keje kedai kain..jual sayur di pasar..malam keje restoran..alhamdulilah..taklah belajar ringgi sgt...harapkan spm masuk bangkin..dr kerani naik officer...then naik executive n now usia 3 siri as manager...kdg2 kita bukan nilai dr keje apa..tp apa yg kita lakukan dlm.kerja tu akan menjadikan kita siapa 5 tahun akan dtg..tahniah

    amda insan terpilih utk menimba pengalaman dlm fast food job..

    betul kata abg tu..beli rumah dulu baru kereta..tp malangnya bukan semua org melayu kita fikir macam tu..bagi sesetengaj kita..biar papa asal bergaya..bukan nak kondem.
    kdg2 kete mewah masih menyewa..awal bulan makan tempat mewah2..tengah bulan?sbb apa?sbb kita suka lagak dari segalanya..

    ikut kata2"is not about how much u earn every month
    .but how much u can save from.ur income"selamat maju jaya di masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya pengalaman akak ni! inspiring sangat. Moral of the story, apa yang kita buat dan usaha kita tu akan menjadikan kita seperti sekarang kan?

      Bila fikir balik betul juga tu, better berkereta buruk sekalipun tapi rumah dah ada dan tak menyewa. Berlumba-lumba nak tunjuk hidup mewah buat apa kan. Thanks kak for the very motivating comment :')

      Delete
  34. part bersepah salu terjadi suasana sekeliling ni. kadang rasa kesiann. yelaaaa, tahuu makan jaaa. kemaskan sampai xsempat kann.

    part study menu tuu. hahahaha salu xsempat study. sebab dah lapar sgt. amek je yg terlintas dihati. hahahaha

    berbudi bahasa penting. yg penting senyummmm kan. walaupon time tuu lapar sgt kan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, cuba buat macamtu dekat rumah ha. mahu kena baling kuali dengan mak haha. Betul tu, tak payah study lama-lama sangat bukan nak ambil spm.

      Betul sangat, kalau orang senyum kita nak kerja pun seronok ja.

      Delete
  35. Rasanya saya ni customer yang ada ciri2 ke-3 dan ke-4 tu kot. Haha gurau2. Memang salute lah dengan customer yang bersihkan sendiri makanan tumpah tu. Memang terbaikk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha makan bersepah ke fatihah!? Nasib baik gurau. Yang berbudi bahasa dengan sedekah tu baguslah haha. Ya, tengok dia pun rasa macam kagun kejap haha.

      Delete
  36. Bab meja bersepah tu feel sgt. yalah, nak guna meja tu, kdg2 kena sendiri bersihkan sebab kesian tgk yg kemas meja tgh busy. Dulu saya pun jenis biarkan tray padahal boleh je buang sendiri. Nasib dpt bf yg mmg rajin kemas. Skrg sebab pengaruh dia, saya pun rajin kemas meja lepas mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa marry him! tunggu apa lagi hehehe bagus la your bf :)

      Delete
  37. Pernah kerja jadi cashier kat pasaraya dulu. Macam² jenis orang jumpa haha tapi seronok juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan sebab dapat tengok ragam orang hehehe.

      Delete
  38. walaupun sekejap banyak pengalaman yang dapat dikutipkan.

    ReplyDelete
  39. bc entry ni tingat ms keje kedai CD kat petaling street... cuma pembantu kedai je tp tuan kedai beria suh sy jd cashier. sy x nk sbb sy mmg bimbang part2 pegang duit ni... walaupun sekejap tp best juga laa sbb dpt kutip pengalaman... n jumpa mcm2 jenis perangai manusia kat petaling street tu

    ReplyDelete
  40. sha paling taksuka duk kat kaunter lama lama sebab rasa mcm semua orang tgh tunggu hahaha so kalau nak order apa apa mmg ddah decide time tengah beratur.

    ReplyDelete