Thursday, May 24, 2018

RAMADHAN LAUNCHING | CERIAKAN ANAK-ANAK KURANG BERNASIB BAIK - ANCASA ROYALE, PEKAN


Assalamualaikum and Hello!

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, tanggal 19 Mei 2018 (Ramadhan ke-3) Seorang Syed telah dijemput untuk menghadiri Ramadhan Launching berserta majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana. Majlis berlangsung dengan suasana yang penuh meriah serta keinsafan pada hari tersebut. I'm glad to be invited as one of the bloggers for the event.

Majlis yang telah diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan, Pahang bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan serta penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Di samping itu, ia juga salah satu cara untuk mereka mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding baju memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong mereka sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan ASET UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan Ancasa Hotels telah menyampaikan sumbangan berbentuk duit dan baju raya kepada 50 orang anak yatim. Pada masa yang sama, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan Ramadhan.

Anak-anak SK. Sri Maulana menerima sumbangan daripada Ancasa Royale, Pekan

Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan yang lain kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mengeratkan kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat", ujar beliau


Usai sahaja azan Maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampong Boy" yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. 
PENCUCI MULUT
KERABU, TAHU SUMBAT, BERGEDIL
KAMBING BAKAR
IKAN MASIN, PAPADOM DAN BERANEKA JENIS KEROPOK
 BUAH-BUAHAN
LAUK-PAUK
 MURTABAK, ROTI CANAI & MEE GORENG PANAS
 SHELLOUT
 SATAY AYAM DAN DAGING

Berikut merupakan beberapa juadah yang mampu aku sajikan buat tatapan mata anda semua haha. Sorry, if I'm not mistaken banyak lagi gambar-gambar makanan yang takda dekat sini. Antaranya ialah ikan patin masak tempoyak, daging opor, pita, segala jenis air dan beberapa juadah yang lain. Aku tak sempat nak ambil semua gambar sebab aku bila jumpa makanan ni dah tak ingat nak tangkap gambar dah. Tak sabar nak makan ja sebenarnya! hahaha. 

Antara juadah yang memang favourite aku waktu berbuka puasa haritu ialah kambing bakar (of course) dan Shell out! Shell out dia sedap gila Ya Allah. Aku sampai tambah berkali-kali. Seafood yang dia guna tu memang fresh. Udang, ketam semua rasa manis. Aku menulis ni pun masih lagi terbayang-bayang kesedapan makanan laut tu. Haaaa, bayangkanlah. Memang tak rugi lah kalau korang semua berbuka dekat sini.


Disebabkan dress code haritu katanya tradisional atau formal, aku pun gigih la pakai baju melayu berserta dengan samping dah macam YB dah tu. Lepastu boleh la feeling-feeling model dekat depan lobby hotel tu. Kemudahan dan dekorasi dekat hotel ni memang menarik. Kalau korang semua berbuka dekat sini, memang berbaloi dengan duit yang kau bayar. Sebarang tawaran untuk menjadi model sila email saya di syedhakimalyahya@gmail.com. HAHA.


Kepada yang berminat untuk merasai masakan persis air tangan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, hubungi;

09-4246600
atau layari

11 comments :

  1. Ok dah dengan harganya tu. Murah sangat dah. Banyaknya menu best

    ReplyDelete
  2. Dah macam YB je syed tuu.. Haha 😂
    Malu nak borak panjang dengan syed, btw nice to meet you. Meriah kan buffet Ramadan Ancasa Pekan.. Duk terbayang jugak ni menu2 nya tu.. Payah nak jumpa yang sedap macam gitu.. Tahniah pada Ancasa kerana prihatin

    ReplyDelete
  3. Syoknya berbuka menu Shell out

    ReplyDelete
  4. Rasanya masih sempat lagi Mrs. A nak ucapkan selamat berpuasa dan menunaikan solat tarawih buat cikgu Syed :-)

    Macam-macam food ada dengan harga yang macam tu consider berbaloi-baloi tu.

    Alhamdulillah rezeki anak-anak SK. Maulana dan juga cikgu Syed hehehe...

    Bercakap tentang memberi dan bersedekah ini teringat pula kata-kata DMFK pagi tadi di radio sinar katanya apabila kita memberi sedekah dengan ikhlas sebenarnya ianya adalah untuk diri kita sendiri juga. So lagi banyak dan ikhlas kita bersedekah lagilah banyak kita beri untuk diri kita sendiri. So kekdahnya jangan kedekut kalau nak bersedekah tu. #ingatanutkdirisendiri

    ReplyDelete
  5. Betul tu. anak2 yatim perlu diraikan setiap masa, bknnya pd bln Ramadhan aje. Wah! Sesuai dah jadi model tu. Lama2 pasti glamer mcm Syed Saddiq tu...hehehehe

    ReplyDelete
  6. adoi lapar terus bila tgok gmbr syed, teringat2 lak menu kat sana..
    semua sedap2 kan, harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan syed! wah bestnya dapat join program macam ni. psss sedapnya kambing tu 😂

    ReplyDelete
  8. Tengah baca post ni pukul 2ptg di bulan Ramadhan, sangat menguji perut ai. Haha

    ReplyDelete
  9. Bagusnya, mashaAllah. Macam2 reseki Allah bagi!

    ReplyDelete