Tuesday, February 7, 2017

DUNIA NI BUKAN MILIK KAU SEORANG! BE CONSIDERATE, MALAYSIANS

Be considerate Malaysians

Untuk kali ni aku rasa terpanggil untuk menyentuh isu-isu sosial di Malaysia. Bukan nak cakap aku baik ke apa tapi nak cerita realiti yang berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, benda yang aku akan tulis ni ialah berdasarkan pendapat aku dan pemerhatian aku di atas apa yang berlaku sekeliling aku. Tak semestinya pendapat kau dan aku kena sama dan satu kepala. Kalau kau rasa tak setuju dengan aku, mungkin kau boleh comment di bawah. Tapi make sure kau baca sampai habis dulu.

BUANG SAMPAH MERATA-RATA
Buang Sampah Dari Tingkap Kereta

First sekali, aku pelik dengan orang yang boleh sesuka hati dia buang sampah dari tingkap kereta dia. Tak tahulah takda sivik ke atau memang dah biasa buat macamtu so tak heran lah kalau takda rasa bersalah. Kalau tak menyusahkan orang takpa, masalahnya bila dia buang sampah ikut tingkap tu, kena pula dekat kereta belakang. Macam mana perasaan kau kalau orang buang sampah lepastu kena muka kau? Ada rasa marah tak kalau diperlakukan sebegitu? Pandai makan pandai buang lah takkan benda macamtu pun nak ajar. Itu dah kira salah satu asas untuk hidup kot. Apa masalahnya kalau simpan dulu sampah tu dalam kereta and then kalau jumpa tong sampah mana-mana (contohnya dekat stesen minyak) kau buang lah dekat situ. 

Haritu benda ni memang aku nampak berlaku depan mata aku dekat pasaraya. Ada satu aunty ni dia beli makanan. Lepas je habis makan, boleh pulak tak pandang kiri kanan pakai buang je sampah tu dekat tepi jalan. Aku ni bukan apa, nak tegur karang rasa bersalah pula. Kita kena hormati orang yang lebih tua katanya. Geram betul aku tengok time tu. Padahal time tu bukan dalam kereta pun. Boleh je cari tong sampah dikawasan yang terdekat. *geleng kepala*
BERKHEMAH DI TEMPAT ISI MINYAK
ganggu laluan orang lain di stesen minyak

Selama 24 tahun aku hidup dekat dunia ni, aku percaya yang  stesen minyak ialah tempat untuk kita isi minyak. Tak pernah lagi aku pergi stesen minyak ada waterpark and siap boleh berkelah dekat situ. Satu lagi perangai sesetengah rakyat Malaysia ni, bila isi minyak susah betul nak alih terus kereta tu bila dah selesai. Kau nak pergi beli jajan ke kat kedai atau tak tahan sangat nak terberak, kereta tu minta tolong sangat alih dulu. Kalau tak boleh alih sendiri sebab tak tahan sangat, minta tolong sesiapa yang ada dengan kau time tu. Dah la kadang-kadang orang beratur panjang tunggu nak isi minyak. Dapat pula ada yang buat perangai macamni lagi lah naik marah.

Kalau time tu kau sorang-sorang and even bunyi cengkerik pun kau boleh dengar, takpelah kau letak la kereta kau kat situ sampai esok pagi. Takda sapa pun nak halang (kot). taktaulah kalau manager stesen minyak tu yang marah kahkah, Kesian lah dekat orang-orang yang belakang kita tu. Bukannya kita sorang je yang nak isi minyak. Ramai orang lain lagi nak isi and orang lain pun ada urusan dia sendiri. Jangan fikir nak lepaskan diri sendiri je, fikir orang lain sekali ya?
KETIKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM
Utamakan yang lebih memerlukan
Klik pautan ini untuk baca berita penuh
Seterusnya, perkara yang selalu tular di media sosial iaitu perangai sesetengah masyarakat kita ketika menggunakan pengangkutan awam seperti LRT. Ni lagi satu masalah dia, aku tak tahu mana pergi common sense sesetengah orang ni. Dekat tingkap LRT tu dah siap label dah tempat duduk tu keutamaan dia untuk siapa. Masih tak faham kenapa orang tak boleh nak ikut. Malahan ada yang mempersoalkan lagi. Apa salahnya kalau bagi tempat duduk tu buat yang lebih memerlukan, contohnya ibu mengandung, orang kelainan upaya dan warga emas. Tapi yang aku tengok, kebanyakan orang yang bebal ni semua golongan muda mudi. Muda lagi kot, berdiri lah kejap apa salahnya. Kadang-kadang ada pasangan kekasih duduk bermesra-mesra depan orang ramai sampai rasa naik meluat dah tengok. Dah la mesra-mesra dikhalayak ramai. Mereka buat orang sekeliling macam tak wujud je. Memang dah hilang perasaan malu ke apa? Aku sendiri tengok pun malu.
KESIMPULAN
Aku rasa banyak lagi benda yang aku nak senaraikan tapi cukup tiga perkara ni dahulu. Pendapat aku cikgu-cikgu kat sekolah ni kena kerja keras sikit selitkan benda-benda common sense macam ni kasi masuk dalam akal murid-murid. Tapi aku percaya setiap cikgu pun ada buat benda ni. Cuma kita ni takda setiap masa untuk tengok dia praktikkan atau tidak. Aku takda cakap aku tak pernah buang sampah merata-rata semua ni. Dulu pernah jugaklah, tapi bila aku dah nak jadi cikgu ni, aku rasa malu kalau anak-anak murid aku tahu perangai aku pun teruk. Katanya cikgu kena jadi contoh yang baik kepada murid-murid. Tiap kali nak buang sampah merata-rata tu mesti terlintas "Okay aku cikgu". hahaha. Lepastu malu juga sebab bila dalam kelas selalu bagitahu anak-anak murid suruh jaga kebersihan, kutip sampah dalam kelas, tapi perangai cikgu dekat luar? Sama je, buang sampah merata juga. 

Selain tu, ibu bapa juga kena bagi contoh yang baik. Sebab most of the time budak-budak ni dengan mak ayah dia. Walaupun cikgu dah pesan jangan buang sampah merata, tapi kalau depan mata dia nampak ayah selalu buang sampah ikut tingkap kereta, mesti dia akan ikut juga. To achieve something great, start with something small. Benda-benda buang sampah semua ni benda kecil je, tapi daripada benda kecil ni la yang akan buat hidup kita lebih bahagia. Tiada pencemaran, bertoleransi antara satu sama lain. Kan lebih indah hidup kalau macamtu? :) . Be considerate.

37 comments :

  1. Yang no 1 tu memang mengundag kemarahan.. Kalau kat rumah sendiri tau pula buang sampah dalam bakul sampah bila kat tempat awam, selamba je dia buang merata-rata..
    didikan bukan takat disekolah je.. dekat rumah pun perlu juga..
    mak bapa harus beri contoh yang baik pada anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pokok pangkal dia dari rumah sebenarnya. peranan ibu bapa sangat penting dalam menyemai budaya yang baik dalam diri anak-anak.

      Delete
  2. No 1 dah jadi adab Malaysianstak tahu nak cakap macam mana dah. No 2 selalu sangat jadi. Paling best, dia bukan nak isi minyak pun sekadar park kereta je dekat tempat isi minyak. Tuan punya kereta sedap je pergi atm lah, toilet lah wah bagus punya perangai. No 3 pun sama. selalu naik LRT tengok je warga emas, kakak kakak mengandung tu berdiri. semua orang buat muka selamba tengok phone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kadang2 tu sedih juga kan, tak tahu mana silapnya. But something really need to be done. Kata kaya dengan adab ketimuran tapi kalau benda kecil macamni tak boleh nak buat malulah.

      Delete
  3. TIme sek patut kena ada subjek adab ni patutnya. Macam dekat Jepun. Adab no 1 kena mahir dulu baru yang lain2. Kak Ana paling tak suka kalau dekat traffic light ada orang datang potong que, lepas tu masuk tak bagi signal. Haish geram jadinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada satu subjek khusus untuk adab pun tak tahu samada berjaya ataupun tidak. Sebab mentaliti rakyat kita berbeza dengan orang jepun huhu. Haaa yang tak bagi signal tu lagi pun bagi orang bengang juga.

      Delete
  4. satu lagi sis nk tambah. Double parking! menyirap tau. kita dah la dengan anak kecik, nak cepat-cepat drive balik rumah sebab baby dah meragam, boleh plak mamat minah ni double park belakang. Aduhhh tension!!! sakit seluruh jiwa raga rasa macam nak maki hamunnn je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! kalau kena orang yang panas baran kan, dah lama kereta kena calar. Kalau nak double park, tinggalkan nombor telefon. at least kita boleh contact dia kan.

      Delete
  5. Mentality masih belum terbuka itulah akibatnya
    Kakak dah selalu jumpa hal macam 'pergi shopping' selepas/sebelum isi minyak.
    Kereta parking di tempat isi minyak buat tak tahu.
    Memang menagih kesabaran tinggi bila jumpa begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. susah nak ubah mentaliti rakyat Malaysia ni. macam dah biasa sangat buat macam tu. self-centered people ramai sangat.

      Delete
  6. Betul, memang semua perkara tu berlaku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan banyak lagi perkara lain yg berlau yg menyakitkan hati kadang2 haha.

      Delete
  7. Setujunyaaa dengan semua point yang disebutkan. Tu baru sikit tu, belum masuk bab toilet awam, belum masuk bab lorong kecemasan highway, belum cakap pasal tidur depan mesin ATM, kekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak senaraikan semua tu dah boleh buat buku ni agaknya haha.

      Delete
  8. Lagi menyirap bila ada orang buang sampah dekat highway pastu melayang ke kereta belakang. Dia sedap je buang sampah luar tingkap. Dia tak tahu ke yang tindakan dia tu membahayakan nyawa orang lain?! No 2 tu saya jarang nampak. Yang selalu saya nampak, orang parking betul betul depan mart tu sebab nak tunggu bini dia 'shopping'. Habis semua kereta dekat situ sangkut sebab orang tu halang satu satunya jalan keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa yg tu la maksud saya. time dekat highway tu. Ya Allah sakit hati betul. Parking depan mart tu pun saya pernah nampak. semua takda common sense.

      Delete
  9. Waahhhh. Ni baru 4 bulan duduk Malaysia, yang pernah nampak berlaku depan mata tu point no. 1 ah, tapi ni memang problem yang ada all around the world. Sedih jugak kan, nak tegur pun tak dapat sometimes... Rasa geram je bila baca semua point tu, mana lah pergi akal ngan manners manusia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh memang ada seluruh dunia eh? tapi still tak bertamadun kot. kita dah 2017 dah ni bila lagi upgrade jadi minda kelas pertama.

      Delete
  10. My goodness! Pernah kena, kereta depan selamba buang tisu byk byk helai berterbangan. Pastu satu lagi kulit rambutan. Haisyy rasa rasa?? 😤

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa sakit hati!! tak bertanggungjawab kan orang macamtu? menyusahkan orang betul.

      Delete
  11. aku rase kalau bab bab ni yg btl2 adab ketimuran ialah org jepun n korea..1 lg bab signal,mmg rmai rakyat malaysia xreti bg signal nk tukar lorong or nk belok,lnggar lmpu isyarat xyh kira la..kalau nk citer bab atas jln ni mmg org malaysia xberadab..aku?aku ckp ni sbb aku xbuat la,sbb tu aku marah sgt sbb kalau ikut simple je nk beradab kt jln raya,mcm signal tu paut je btg signal tu bukn ssh pun,sampah? selit je dlu celah doortrim pintu,nnt jmpa tong smpah buang la..potong barisan?kluar rumah awal skit so xperlu berbaris panjang2 n xperlu potong barisan..so simple..aku aritu hmpir nk trlanggar kete bila kete belah dpn bertentangan buat u-turn disaat belah dia tu tarffic light masih merah dan belah aku hijau..mujur aku bwk slow..bukn suh jdi mat skema sgt bwk 80kmh tp sedikit sebnyk undang2 n adab tu ikut la,utk memudahkan semua pihak,jgn pentingkn diri sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn awk. sesetengah orang masih takda kesedaran lagi tentang benda2 macamni. nak kena masuk sekolah balik agaknya.

      Delete
  12. setuju sangat2 dengan semua contoh yang diberikan... malah ada banyak lagi contoh2 yg menjengkelkan kan... idah pernah dengar anak kecil yg menegur parents nya yg membuang sampah merata2 nie... tapi biasa laa minda kelas ke-3 nie buat derk jer... tak makan saman.. annoying...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm, kalau sy jadi parents tu malu kot dengan anak-anak. boleh pulak dia tak makan saman haih geram.

      Delete
  13. Catatan macam nih memang sangat bagus. Saya pun kena belajar menulis entry bermanfaat macam ni di blog saya. singgahlah ameridzuan.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, dah singgah dah. suka tagline blog "amerzing" tu hehe.

      Delete
  14. Ternyata problem tuh memang lah ada. Kukira, sekejap pandanganku yang salah point no 1 tuh. Waktu tuh aku lagi dalam perjalanan dalam bus, tertampak mobil lewat berlawanan arah yang buang sampah kek gitu. Kupikir maybe from other country (not Malaysian) sebab kutengok taat lalulintas nya. I shocked to see that. But, just A while. Its same in Indonesia merubah perangai susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are u from indonesia? Thanks for the comment and your opinion.

      Delete
  15. Syed. Yesterday was my 1st time using LRT ngan anak-anak. Last guna LRT kat Malaysia was like 5 years ago ke? Huhuhu. Syed bayangkan la perasaan akak ni yang dok kat Jepun or about 1 yr and half. Tak dapat nak avoid bila part nak banding membanding. Memang terkejut sangat! macam langin ngan bumi. Part kecanggihan train tuh akak takmo komen sebab bila Malaysia dah extend laluan LRT ni, dah cukup bangga juga. Tapi part kesopnanan dan kesusilaan tu memang sedih sangat tengok. Macam Syed cakap lah, tempat duduk utk OKU derang dah kebas. Muka tak bersalah. Buat bising dalam train, bergelak ketawa tak de rasa langsung hormat dan malu. Anak-anak akak pun masalahnya aware pasal bende ni. Kat Jepun, tak boleh langsung cakap guna handphone. Kena sound awal2 kat pintu train. Dilarang bercakap-cakap menggunkan handphone. Sekali semalam, amik ko..dapat duduk sebelah orang cakap phone kuat2..macam yang terjerit2 tuh Ha. HAHAHAHHA! mak terus angkut anak-anak pindah tempat lain. Yeayyy!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. kalau nak bandingkan transportation tu memang kita jauh ketinggalan juga tapi part kesopanan dan kesusilaan pun sama ja rupanya. masih ketinggalan jauh di belakang. Taktau kenapa takda rasa hormat dekat orang lain. hahahahahaha dia ingat train dia sendiri ke apa nak cakap dalam phone kuat2. akak azan sikit kat telinga dia sekali baru okay.

      Delete
  16. Yang no 2 tu selalu kena.. kita tunggu punyalah lama

    ReplyDelete
  17. Salam kenal ,Syed...akak mmg suka sgt teguran pedas ni.Sbb akak mmg benci pengotor.kalau line clear,akak nmpk org potong line,buang kereta dr tingkap,smoking in public,akak hon atau buat muka x puas hati...anak akak dr umur 9 tahun dok cakap inilah Malaysian.akak marah jgk dia takut org apa2 kan dia.ka ka ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal hehe. orang macamtu memang kena buat gitu kak. hon je kuat2 bagi dia terkejut hahaha. ada yang lepas smoking tu buang puntung ada api lagi kat tingkap haih. Tegur pun bukannya makan saman kak.

      Delete
  18. betul sangat tu. geram dgn orang2 macam ni. kita ni punya laa sampah penuh dlm beg sbb xjumpa tong sampah tapi sekurang2nya xadalah buang merata

    ReplyDelete
  19. Common sense memanglaa tersangat penting. Kadang rasa pelik pun ye jugak, bila depa buat benda selfish macamtu and buat muka selamba tanpa rasa bersalah. Ke memang dorang rasa benda tu tak salah?? O.o

    ReplyDelete