Friday, February 24, 2017

SEBAB KENAPA ANDA PERLU TONTON DRAMA SUAMIKU PALING SWEET

Suamiku Paling Sweet
Jangan lupa tonton setiap hari Isnin - Khamis pada jam 7 - 8 petang. Semestinya di TV3
Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua pembaca,

Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk merepek di blog ni pada hari ini. Sebenarnya aku tak tahu sangat nak tulis pasal apa hari ini. Disebabkan aku takda idea nak tulis pasal apa, tiba-tiba pula teringat cerita Suamiku Paling Sweet ni, so apa kata aku cuba untuk review drama yang baru ditayangkan di TV3 ni.  

Aku memang dah jarang sangat tengok drama petang-petang dekat TV3 especially bila aku dah ada blog ni. Seharian memang duduk menghadap laptop jelah kalau boleh nak tidur pun kena depan laptop sekali kahkah okay tu tipu. Drama-drama sebelum ni macam "7 Hari Mencintaimu" dan "Biar Aku Jadi Penunggu" pun aku tak tengok sangat. Aku cuma tengok biar aku jadi penunggu tu sikit-sikit itu pun dah episod akhir. Tapi kalau 7 hari tu memang aku tak tengok langsung sebab dah banyak miss jalan cerita dia. Tapi aku tahu la ada buntat yang berlakon. Eh, buntat berlakon dalam drama mana satu entah? hahaha okay tak tahu. kalau dia tak viral mesti aku tak tahu cerita tu.

Lepastu aku try lah tengok cerita "Suamiku Paling Sweet" ni. Memanglah daripada tajuk drama pun dah dapat agak dah ni mesti drama melayu tipikal ni. Aku tengok drama ni dari episod satu kot. Sekarang ni dah dua minggu dah bersiaran. Bila aku tengok cerita ni aku macam tertarik dengan Qisha tu. Aku suka dengan character dia yang manja, selalu kena usik dengan abang dia and ego sikit haha. Aku tanya mak aku siapa yang berlakon jadi Qisha ni? Mak aku cakap pelakon baru. Aku pun macam siapa entah pelakon baru ni kenapa aku tak kenal. Rupa-rupanya yang berlakon sebagai Qisha tu ialah Mawar Rashid! Patutlah muka macam familiar sebab Mawar Rashid ni actually dulu seorang viner kan? Aku selalu layan video-video dekat vine waktu dulu. Patutlah macam familiar sahaja muka dia and one thing, sekarang memang dia dah pakai tudung ke? Alhamdulillah, kalau betul harap terus istiqomah ya. 

Siapa tak kenal Mawar Rashid ni macam bohong lah kot. Dulu kan pernah heboh pasal dia bagi pendapat pasal GST tu haaaa. Macam-macam netizens kecam dia time tu. Tapi dia tabah sahaja dan teruskan hidup seperti biasa. Kalau ada yang tak kenal, ni serba sedikit pasal dia

Tentang Mawar Rashid

Nama Penuh : Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid
Nama Glamour: Mawar Rashid
Tarikh Lahir : 3 April 1995
Asal : Kelantan

Qisha dalam cerita ni sangatlah sopan weh. Lemah lembut je tengok dia layan si Haffiey tu. Kalau tengok betul-betul dah memang macam anak beranak kot. Cuma kelemahan dia tak boleh masak sahaja. Bila dia duduk rumah Iz (Syafiq Kyle) mak dia la selalu ajar Qisha ni memasak. 
KENAPA CERITA NI BEST
Cerita ni best sebab aku rasa jalan cerita dia best (at least bagi aku la). Aku dah dapat baca dah dia punya storyline ni macam mana. Mesti ada dengki-dengki punya lepasni. Aku syak minggu depan ni nanti diorang semua terpaksa kahwin sebab kena tangkap basah. Aku rasa yang perangkap diorang ni mungkin makwe kepada adik Syafiq Kyle ni sebab dia kan cemburu dengan Qisha? Dalam cerita ni aku benci betul dengan Deena tu (aku tak tahu nama dia apa). Dah la orang tak nak dia tapi still terhegeh-hegeh kejar cinta orang yang tak sudi. Dah la tak tahu malu, nak ambil hati Izz tapi tak nak ambil hati anak dia sekali. Mana boleh macamtu, dah tahu kan yang Izz tu sayang gila dekat anak dia. 

Pandai pilih pelakon. Lagi satu aku suka barisan pelakon yang ada dalam drama ni. Walaupun ramai pelakon baru tapi watak yang dia bagi untuk setiap pelakon tu macam sesuai dengan karakter pelakon tu sendiri. Aku suka juga budak kecil Nik Adam tu berlakon. Suara dia kelakar hahaa okay. Lagipun budak tu takda nampak kekok sangat pun berlakon. Aku kalau boleh nak Mami Qisha tu jadi mak dia! Please kahwin dengan daddy dia cepat next episode nanti okay Qisha? haha. Aku rasa drama macam ni sesuai la untuk yang suka berfantasi.

Okay dah habis part review drama ni. Aku rasa aku tak boleh lah nak review drama ni sebab aku rasa macam tak menarik hahaha. Dah la nama pelakon pun susah betul nak ingat :(
DAPAT HADIAH DARI BLOGGER
Hadiah daripada blogger

Okay harini sebenarnya aku dapat hadiah dari rakan blogger. Terima kasih Mek sudi bagi book tag corner ni dekat Syed! Benda ni kira macam penanda buku la. Haaa tengok dekat buku tu ada ladybird yang comel di hujung hehe. Walaupun pemberian yang ringkas seperti ni tapi sumpah aku rasa bermakna sangat. Bukan senang nak buat benda ni + nak pos lagi tu. Thanks sangat-sangat syed sangat menghargainya. Saya doakan supaya akak sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dan juga selamat melahirkan baby yang comel hehehe :) Jom terjah blog mek ni,


Sekian, terima kasih (tak nak review drama dah lah susah takda idea hahahaha)

80 comments :

  1. Wow dapat hadiah.... Saya kadang-kadang tak tengok drama tu, selalu dengar sinopsis dari wife je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni tengok pun sebab mak selalu tengok cerita petang-petang ni.

      Delete
  2. Tak sangka seorang syed layan jugak drama2 ni. Hehe. Kak ana dah berkurun tak tgk drama dekat tv3 tu. Sebab takut addicted. Hehe.

    Ingt mawar ingt GST 😀

    Comel lah book tag corner tu. Lepas ni lagi rajin lah baca buku ye 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha akak saya terpaksa tengok sebab memang kalau petang-petang mak akan layan drama hehehe.

      Kisah GST dia memang tak boleh lupa la kak haha. inshaAllah akan rajin sikit.

      Delete
  3. Haha drama kalau best macam 7 hari mencintaiku haritu serius best. Jalan cerita dah macam similar reality life.. Btw tak sangka lelaki pun layan drama ni 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yeke? kalau suamiku ni macam fantasi sikit kan? ahahaha tapi best juga.

      Delete
  4. Best juga cerita ni, novel dia pun best kalau baca!

    ReplyDelete
  5. drama skrg makin lama makin mengarut. tapi tatau la kalau cerita ni lain dri cerita2 sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je kot macam cerita melayu lain hahaa. tapi suka tengok mawar rashid dengan budak kecil tu.

      Delete
  6. Rajin juga syed buat review dramatv ya...biasala dlm drama ada watak antogonis protogonis baru meriah citernya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja cuba-cuba kak hehe tapi susah juga nak buat review drama ni sebab tak ambil port sangat dengan pelakon2 semua ni

      Delete
  7. Layan drama jugak ye. Pelakon2 baru memang sy tak kenal. Sy ada jugak tengok drama ni kadang2. Not bad lah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan juga la sebab bosan tak tahu nak buat apa and kebetulan mak pun memang layan cerita ni hehehe.

      Delete
  8. wuuuuuu layan drama tv3. begitulah kehidupan kalau takda nak buat apa. hahaha.. mesti terlayan drama tv3. aku drama apa erk lasst tengok.. rasanya drama Janji Adam, sebab tu drama ulangan , tahun 2013 cita tu, tpi aku tengok ulangan kat tv3 bulan 4.2016, Kau bolehlah layan jugak cita tu mcm best je haha.

    cita tv3 drama tu memang tak leh ikut sangat, confirm melekat. sebab tu aku elak2 buka tv3 kalau boring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu takpa, bila dah mula tengok satu episod tu and dah tahu dia punya perkembangan cerita tu terus nak tengok sampai habis rasanya. tapi aku tak suka cerita eksperimen cinta tu sebab aku dah miss banyak and tak suka ada 1 orang pegang dua watak. entah apa2. nanti la aku cuba jauhkan diri dari tv3 haha.

      Delete
    2. hahahah... aku selalunya macam ni, cerita tu dah nak abis, baru aku layan. Macam cerita cinta ibadah tu... tapiii cinta ibadah tu lah paling tak berfaedah nyeeee. nyesal aku layan. CIta terbaru aku layan, Lara Aishah tu, best jugak jalan cerita nya. tp aku start layan time minggu akhir je lah... tak boleh diamalkan sngat tengok drama ni, tak berblogging nanti dibuatnya haha

      Delete
    3. aah la aku pun sama ja macam kau hahaha suka tengok dekat-dekat episod nak akhir tu. Cerita apa Lara Aishah tu? okay aku tak tahu haha. Cuma cerita ni aku tengok awal sebab banyak bloggers post sinopsis dia sooo aku macam terpengaruh kejap tapi tak terganggu waktu blogging lagi la.

      Delete
    4. Lara Aishah tu, dorang gaduh pasal pasar tu kan. tp aku start layan bila Aishah jumpa dengan Ibu kandong dia, dan mak tok (musuh aishah) sebenarnya Nenek aishah. tapi sampai ke akher episode nenek dia nak bunuh aishah. Rajin pulak aku membalas comment hang.

      Delete
    5. okay aku tak tahu cerita tu hahahaha weh kau kenapa rajin sangat ni. ke kau bosan mer? serius dah macam chatroom ni baik kau approve comment aku dekat blog kau tu! haha.

      Delete
  9. aduhhh macam kelakarlah pulak baca entri ni. ni entri review ke entri kelakar? hahahahaha. rajin jugak layan drama melayu eh. sy yg perempuan pun tak rajin nak layan. haha. btw tak tahu pulak mawar tu tua setahun je daripada sy huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala entry review la ni bukan entry kelakar hahahaha sorry sebab takda idea nak review ni susah betul. Rajin la sebab petang-petang mak tengok cerita ni so kena tengok sekali hihi. ohhhh muda lagi la korang ni.

      Delete
  10. Alamak! akak betul kak kenal Mawar tuh sapa. Mawar berduri akak taulah Syed! HAHAHAH! Akak dah lama tak layan drama TV3. Sebab masa kot. Sibuk dengan anak-anak. Timing tuh pun tak kena gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dia ni dewi remaja dulu kak. Kira macam Neelofa semua tu. tapi tak tahu dia dewi remaja tahun berapa tak ingat. Saya pun jarang layan tapi terlayan pula yang ni. Timing dia memang tak berkenan sikit la orang nak solat semua kan.

      Delete
  11. lepas drama 7HMK tu, tak layan dah drama jam 7. tapi, dah prnh baca novel Suamiku Paling Sweet ni. sy bagi 3/5 la, best tu memang best tapi macam fake. dah nama pun novel kan 📖. macam drama 7HMK, saya dah baca novel tu dulu, tu yg beriya nak tngk dramanya sebab jln cerita yg betul2 mcm real punya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang kebanyakan cerita yang diadaptasi dari novel dia punya jalan cerita macam fake. Tapi dah novel kan nak buat macam mana. saya tak tengok 7HMK tu tak tau sebab apa.

      Delete
    2. try la tngk 7HMK kalau lapang 😉

      Delete
  12. baru jer lepas layan..first first tuh acah acah tgk jer..lepas tuh terjebak pulak.haha

    ReplyDelete
  13. Last layan drama time TEDUHAN KASIH, fuh lamaaaa sangat tu, masa diploma. Hehehe, kadang2 kita tak minat,tapi janganlah menghentam minat orang lain kan (pesan kat diri sendiri), hahaha, tapi betullah, jemu dengan drama melayu ni. tolong lah ada drama lain dari yang lain sikit. tapi rasanya yang Akulah balqis dulu tu okay la kot jalan cerita dia tu walau tak ikut sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhhh mai teduhan kasih tu dah lama sangat dah tu hahaha. betul tu kalau kita tak minat pun jangan hentam minat orang lain hehe. Memang drama melayu ni macamtulah, jarang sangat nak ada yang lain sikit especially kalau ambil dari novel hehe. Okay Akulah Balqis tu bolehla syed tengok juga! haha.

      Delete
    2. Hehehe mampu tengok yg tv biasa ja punya, sbb rumah tak da astro, ketinggalan betul kalau cakap pasal tuan ehsan ke pilot lofattah ke semua tu tak tengok.ahahahaha

      Delete
  14. Tak layan cerita ni, so no comment! Haha.. Haritu memang hari-hari dok tunggu nak tengok 7 hari mencintaiku tu. Sebab hero dia Syukri Yahya! 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab Syukri Yahya ja? ingatkan tengok sebab apa kah2. Cuba la tengok cerita ni hehehe.

      Delete
  15. layan jgak cerita ni kalau balik kerja awal. best jgak so far cerita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn kak. rasa tak sabar nak tunggu episod seterusnya haha

      Delete
  16. Okay okay . Pelakon dalam drama Suamiku Paling Sweet ni memang mantoppp . Hahaha terjebak gak . Fav pelakon pulak tu berlakon dalam cerita ni . Memang melting habis . Hahaha .

    ReplyDelete
  17. Lepas drama Asam Pedas untuk Dia memang akak x pernah tengok drama TV3 ni.. Tengok cerita asam pedas tu pun sebab akak suka makan asam pedas 😫..

    Kalau Syed minat drama Suamiku Paling Sweet mungkin memang best kot drama ni. Akak kena tengok dulu baru boleh bagi pendapat, hehehe 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha macam lawak la kak tengok cerita sebab suka makan asam pedas. Cuba la akak tengok dulu cerita tu hehehe best juga.

      Delete
  18. Kalo tanye, um.. Awal2 tgk tajuk tak menarik. Tp part plg menarik budak tu comel sgttt

    Tbe2 teringat zmn ipg rajin gle blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss! budak tu comel hahaha antara sebab suka tengok juga tu. Ohhhh sekarang dah jadi cikgu dekat mana hehe.

      Delete
  19. Alahai.. Sweet yang seorang Syed nie.. Hahaha..
    Akak memang tak tengok Syed drama drama nie.. tak pernah yang dapat.. selalunya anak2 akak conquer nengok Keluang Man dgn Upin Ipin..
    Yeah!! Sep sikit.. Book tag tu memang comel kan.. tahniah Syed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sweet la sangat kak. kalau dengan anak-anak terpaksa mengalah la ibunya walaupun dah bosan tengok kartun asyik ulang episod sama haha. Akak pun dapat juga book tag? hehehe thanks kak.

      Delete
    2. Biasalah Syed.. Bukan kadang-kadang dah.. Hari-hari kena mengalah.. hehehe.. Tu yang bila diorang tak tengok tv akak pulun nengok drama Korea.. hehehe.. Ha a, akak pun dapat booktag.. comelkan.. Sesama Syed..

      Delete
  20. Ada masa boleh nonton.. Biasanya kurang ada masa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau macamtu spend masa untuk benda lain lagi bagus hehe.

      Delete
  21. wahhh..layan drama ke Syed? hahaha. takdan nak layan, byk sgt . hehe. tp tgk si mawar ni comel jugak dalam drama tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan la since menganggur ni dan takda kerja lepastu mak pula memang suka tengok drama hehe. Aah dia comel la dalam cerita tu.

      Delete
  22. Lya tak pernah berjaya follow drama Melayu. Soz not soz. haha.
    Bestnya dapat hadiah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpa movie omputeh pun lagi best.
      hehehe my first gift ever.

      Delete
  23. Lama tak layan drama melayu. Masa nak tgk tv pun tiada kblkgn ni. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, dah jarang juga tengok tv lately tapi tertengok pula cerita ni hehee.

      Delete
  24. Disebabkan kerja ..tak sempat pulal nk follow drama2 ni ..klw betul2 bminat ..tgk ja dlm internet..episod2 yg tertinggal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kalau dah kerja memang takda masa dah nak layan drama ni kan. sebab menganggur and takda kerja ja sempat tengok tv haha.

      Delete
  25. omaigodd dah lamaa sangat tak layan drama melayu sebab jalan cerita semuanyaa hampir samaa. nak support tapi tulahh tak menarik perhatian kahkahkahh =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tahu takpa, jalan cerita semua hampir sama ja. cuma pelakon je yang lain sikit.

      Delete
  26. wahhh layan drama ke? haha.. last layan drama 7 hari mencintaimu. lepas tu tak tengok dh mana2 tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ala cuba la tengok yang ni. Syed layan pun sebab mak memang selalu tengok cerita ni petang2 hehe.

      Delete
  27. Bukan senang lelaki nak layan drama melayu. Hihi. Last drama tengok, Patahnya Sebelah Sayap kat Tv3. Lepas tu tak tengok drama dah. Malas nak follow. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni sebab free sangat ni takda benda nak buat tu pasal la tengok ja semua benda keh3.

      Delete
  28. sis pilih jugak tgk drama melayu berepisod ni sbb kebanykannya adaptasi novel yang memang sis dah baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhh so sis tengok untuk make sure jalan cerita dia sama atau tak la dengan novel. Macamtu ke? hehe.

      Delete
  29. Tak pernah tgk drama ni.. Last tgk 7hari mencintaiku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah miss banyak episod dah ni sebab tak duduk dekat rumah. haha sedih betul.

      Delete
  30. sy jarang tgk drama2 kol 7 ni sbb selalunya smpi umah dah nk pukul 8... plus, sy x berapa suka sgt drama yg adaptasi dr novel ni KECUALI novel dari penulis kegemaran sy hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab drama yang diadaptasi dari novel memang jenis cinta fantasi macamtu. So, agak cliche and tak masuk akal kadang2 tu haha. sapa fav penulis anies tu.

      Delete
  31. Ok. Serius sebenarnya nak be at awe with Malaysian dramas but alas, masih tak minat. But your review is rather thorough and detailed. Nice work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seriously? it's thoroughly written with craps here and there. I don't really know how to write a good movie/drama review.

      Delete
  32. akak jarang sangat la layan drama2 ni...org sibuk2 citer 7 hari mencintaimu la...haram tak tau cite ape...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah 7 hari mencintaimu tu memang meletup2 sampai berjuta penonton tapi saya tak tengok pun haha. cuma yang ni baru mula tengok pula.

      Delete
  33. Pelakon tak berapa minat so malas nak layan...gitu! haha....
    Hakak ni entah pesen apa agaknya Syed, nak kena tengok pelakon dulu. Uit...date lahir tu samalah cuma tahun jer berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha camtu pulak ya kak. kalau saya bedal ja asalkan jalan cerita dia menarik so bolehlah layan. Wahhhhh ingatkan akak yang mawar rashid tadi hihihi.

      Delete
  34. Haha. Haritu tengok jugak masa mula mula cerita ni tapi lepastu, malas dah nak tengok sebab takut terjebak, nanti petang petang dah tercongok depan tv.Lepastu rasa bersalah bila miss episod. Haha

    ReplyDelete
  35. I bet you try to watch 7 hari mencintaiku sebab best and lain dari yang lain. Maybe nanti air mata jantan akan jatuh hahaha

    ReplyDelete
  36. tak pernah tgk drama ni... mlm2 lps isyak terus Zzzzzz.... hehe

    ReplyDelete