Bila sebut Krabi mesti kita terbayangkan pantai dan pulau-pulau dekat sana kan? At first aku ingatkan nak beli pakej pulau ni semua time dah sampai Krabi. Lepastu, bila aku buat research and baca review from others, ramai yang suggest untuk book dekat Klook. Klook ni actually platform untuk korang beli pakej-pakej aktiviti yang ada dekat certain countries. Dekat Krabi ada banyak juga pakej yang disediakan. Korang kena decide la mana satu aktiviti yang korang nak buat sepanjang berada di sana. So, aku decide untuk pergi 7 islands tour dengan buat white wafter rafting (since tak pernah try dekat Malaysia kan).
Flight aku ke Krabi pada waktu tu berlepas pada jam 5.00 petang. So, sampai Krabi pun dah malam macamtu. Oh ya, kalau nak tahu waktu dekat Krabi ni lambat sejam and pukul 6 pun dah gelap. Waktu landed tu macam blur sikit sebab time zone tak sama hahaha (padahal sejam ja pun tapi mengada kan?). Lepastu dah sampai dekat situ, belilah sim card siap-siap untuk internet. Harga sim card tu dalam 140 bath unlimited internet. Kalau korang beli dekat Ao Nang dia mahal sikit harganya sebab tempat pelancong kot? Lepas dah beli sim card, pergi la cari shuttle bus untuk pergi ke hotel.
Disebabkan sampai di hotel pun dah malam and battery phone pun dah habis, aku pun
mencari tempat charge la untuk bagi nyawa dekat phone kesayangan. Rupanya, aku baru perasan yang aku tak bawa pun universal adapter. So, memang tak boleh charge pun lah cerita dia. Malam tu, selepas solat Maghrib, terus memusing sekitar bandar Ao Nang untuk cari adapter supaya boleh masukkan kepala charger aku.
First impression aku waktu berjalan sekitar Ao Nang tu ialah,
kawasan tu sangat memudahkan. Full of 7Es and Family Marts. Memang penuh dengan kedai tu ja sekitar Ao Nang tu. Kedai-kedai tu juga merupakan kedai runcit mereka aku rasa sebab kalau kau tengok barang-barang dia, daripada shampoo, shower gel, makanan semuanya ada!
Aku macam impressed teruk ah dengan 7E dekat Thailand ni. Aku pun berjaya mendapatkan adapter dengan harga yang murah dekat 7E, Alhamdulillah boleh bagi nyawa dekat phone. Kalau korang datang ke Krabi, hari Sabtu ada pasar malam dekat Krabi Town. Boleh sewa motor atau naik Tuk Tuk untuk ke sana. Itu antara MUST VISIT place la kalau korang datang ke Krabi ni.
Lepas dah habis jalan-jalan tu, aku dengan kawan aku pun pergi lah cari makan. Disebabkan aku berada di Thailand, aku pun ambil kesempatan untuk order tom yam based food. Gambar dekat atas ni ialah Nasi Goreng Tom Yam. Pada aku, takdalah sedap mana tapiiii better than Nasi Goreng Tom Yam dekat Malaysia la haha. Dia punya rasa tom yam tu memang sedap!
Cuma aku rasa macam diorang ni boleh buat yang lagi sedap ataupun ada kedai yang lagi sedap daripada ni. Restoran ni around Masjid Ao Nang ja. Dekat kawasan tu memang penuh dengan restoran. Aku pun pening kepala nak pilih restoran mana satu untuk makan.
24 NOVEMBER 2019 (second day)
Aktiviti aku pada hari kedua ialah island tour! Untuk pakej island tour yang aku dah book awal-awal tu, dia akan pick up aku dan kawan aku dekat lobi hotel at 12.00.
Pagi tu kami free lah tak tahu nak buat apa haha. Bangun awal-awal pagi lagi dah pergi pusing kawasan sekeliling sambil ambil gambar mana yang patut. Aku suka gila view pantai dia pagi-pagi tu sebab cantik! tambah pula bila ada longtail boat tu.
Breakfast kami pula pada hari tersebut ialah Nasi Lemak.
Actually dekat kawasan sini susah sikit nak cari makanan yang halal pada waktu pagi. Tak banyak kedai-kedai atau warung macam dekat Malaysia. Cuma this one stall aku rasa maybe femes lah sebab semua orang Malaysia makan dekat situ haha. Owner dia pun orang Kelantan aku rasa sebab elok ja cakap dialek Kelantan dia. Nasi Lemak dia rasa lain sikit dengan Nasi Lemak yang kita selalu makan dekat Malaysia tu. Aku syak dia punya beras ni dia guna beras wangi kot. That's why the taste is slightly different. Sambal dia pun lain sikit haha. Tapi okaylah sedap!
Selepas sahaja tengok sunset, mereka bawa kami untuk
makan malam ke satu tempat ni. Aku tak pasti tempat tu pulau ataupun apa tapi memang ramai-ramai kumpul dekat situ untuk makan malam. Aku tak sure juga lauk pada malam tu apa, tapi rasa macam tomyam hahaha.
Kau bayangkan the whole day tak makan (except the fresh fruits la) lepastu manalah kau tak lapar. Aku nak tangkap gambar makanan and tempat tu pun tak sempat sebab dah malas nak fikir. Aku nak makan ja haha.
Waktu makan tu sempat la make new friends. Both of the girls are from Germany and Russia if I'm not mistaken. Muda lagi dua-dua ni. Sorang 19 tahun sorang lagi 20 tahun. Mereka ni solo travelers. Tak berkerja pun tapi boleh pergi travel sampai sebulan dua keliling dunia. Inspiring juga dengar cerita diorang ni.
Tapi kita ni nak pergi travel keliling dunia dengan duit Ringgit Malaysia ni payahlah sikit cerita dia haha.
MALANG TIDAK BERBAU
Actually sebelum sampai tempat makan tu,
boat yang kami naik ni rosak. Semua cuak waktu tu bila tengok muka sorang-sorang. Aku pun cuak juga lah.
Daripada terang terus gelap gelita tak nampak laut. Muka masing-masing nampak gusar ja waktu tapi semua tengah menenangkan diri sendiri.
Macam-macam benda dah bermain difikiran masa tu. Tapi Alhamdulillah, stuck dekat tengah laut tu dalam setengah jam ja. Orang tu baiki dia punya boat balik. Lepastu nak balik semula ke jeti aku dah tak naik boat yang sama dah.
Aku lari naik boat besar sebab rasa selamat sikit HAHA.
Kami tiba di jeti tu dalam jam 9.00 malam and sampai ja terus pulang Goggle dekat counter lepastu ada fire show. Okay la menarik juga.
Waktu tu aku tak fikir nak tengok show tu sangat dah. Dalam otak aku cuma aku nak balik and cari makanan yang proper sikit untuk dinner haha. So, 30 minutes later dah sampai hotel, driver tu drop tepi jalan ja.
PULANG DARI PULAU
Balik dari pulau tu dah sampai hotel terus siap-siap mandi.
Lepastu terus keluar nak cari makan malam yang proper. Aku tak tahu kenapa aku tak puas hati selagi tak dapat makan tom yam yang best dekat Krabi ni. So, we've decided untuk order tomyam semangkuk besar tu dengan kailan ikan masin.
Restoran ni memang femes ja kalau dekat Ao Nang tu, BAMBOO rasanya nama restoran ni. Pekerja dia pun ada yang boleh cakap melayu. Rasa tomyam dia tak mencapai KPI aku tapi still sedap la cuma tak capai KPI hahaha.
Lepas makan ni kami pun balik dan tidur.
25 NOVEMBER 2019 (third day)
Bermulanya hari ketiga kami mestilah dengan breakfast! Makanan halal dekat sini pada aku susah juga la nak cari kalau waktu pagi (
rasa dah tulis dah kat atas haha). Ada satu warung tu ja yang jual Nasi Lemak tapi since ni dah hari ketiga kan, macam bosanlah makan benda yang sama. Maka kami pergi 7E dekat sana and makan burger famous ni.
Orang kata kalau pergi Thailand wajib la try makan burger ni and memang tak mengecewakan. Sedap weh! Aku suka both Spicy Chicken dgn BBQ Burger tu. Kalau BBQ tu rasa sos blackpaper dia banyak gila memang memuaskan hati!
WHITE WATER RAFTING
Aktiviti kami pada harini ialah
White Water Rafting. Dalam pakej tu included sekali melawat Temple dengan tengok Elephant & Monkey show (which aku tak berapa berkenan sangat pun). Perjalanan nak ke tempat ni (aku tak ingat nama daerah dia haha) memakan masa dalam 1 jam 45 minit. Bayangkan kau kena duduk dalam van selama nak dekat 2 jam untuk sampai ke destinasi. Pada aku this part of Krabi sama ja macam jalan nak ke Taman Negara tu.
Very kampung-kampung and rasa macam ada dekat Malaysia ja waktu tu.
Lepas dah berapa kali tidur and bangun, finally kami sampai ke destinasi! Mula-mula tu dia bagi main flying fox dulu. Flying fox dia hambar teruk hahaha sekejap sangat sampai ke hujung. Tak mencabar langsung tapi since we're here for the rafting activity, so kami tak expect much la. Lepas dah habis ja flying fox ni, terus proceed untuk ke rafting.
Aku tak tangkap gambar sangat waktu aktiviti ni sebab I was busy enjoying myself haha! best kot main rafting ni. Seronok bila kena tempat air yang laju tu lepastu diorang ni main simbah-simbah air so a bit terhibur la dekat situ. Sepanjang jalan ni ada la nampak gajah tengah bermain-main dekat hutan tu. Air pun sejuk gila okay! Lepastu kalau korang nak lagi challenging,
boleh bayar duit untuk upgrade dalam berapa bath entah. Aku tak upgrade pun sebab duit tak banyak. Cuma yang aku tak berapa suka sangat ialah orang yang guide kami ni suka sangat minta tips.
Selagi kita tak bagi dia duit, selagi tu dia akan sibuk meminta kat kita.
KO FAHAM TAK AKU PUN TAK TUKAR BANYAK DUIT HAHA. Last2 kami tak bagi pun dia duit hmmm. Sebelum kami proceed ke destinasi kami yang seterusnya, dekat sini dia bagi lunch free tau. Lepas habis aktiviti rafting tu, kau boleh makan lunch secara buffet.
Makan la banyak mana pun and lauk dia not bad! sedap jugalah. Kira berbaloi bayar pakej ni.
Selepas berwater rafting tu, kami dibawa ke satu tempat ni untuk tengok persembahan gajah dengan monyet.
Aku tak suka sangat aktiviti tu sebab aku rasa macam animal abuse pula bila tengok benda macamtu. Kesian pula dekat gajah-gajah and monyet dekat situ.
So, I decided not to put the pictures here la. Right after that activity, baru kami dibawa untuk ke tempat yang terakhir iaitu melawat gua. Aku tak ingat nama gua ni apa tapi it's a temple la. Dalam dia ada patung emas besar. Okayla kalau untuk tengok benda-benda baru. Kami pun balik ke hotel masing-masing dan macam biasa, perjalanan untuk ke Krabi mengambil masa hampir 2 jam ya. So, kami pun tidur ja dalam van tu.
DINNER AT PAKNAM KRABI SEAFOOD
Okay sebelum ni aku dah bagitahu kan yang restoran tomyam aku makan pada hari sebelum tu tak menepati KPI aku? haha.
So, malam tu juga kami pergi sewa motor sehari di Ao Nang untuk ke Krabi Town semata-mata nak cari tomyam yang sedap. Restoran ni ada orang yang suggestkan masa kami jumpa dia time buat water rafting tu. Katanya restoran Paknam ni sedap,
gigih la bawa motor 45 minit nak ke Krabi Town tu haha. Restoran ni jujur aku kata nampak mewah. Sangat cantik dia punya restoran. Mula-mula rasa takut nak masuk sebab takut mahal tak mampu nak bayar. Sekali tengok menu,
lebih kurang ja dengan harga makanan dekat Ao Nang.
Malam tu kami order banyak juga lah Tomyam, Kailan Ikan Masin, Lala dengan Pad Thai.
Semua juadah ni portion dia sangat banyak ya tuan-tuan dan puan-puan. Kami habiskan semua makanan ni dua orang ja.
Ya Allah dia punya masakan memang sedap! I mean,
SEDAP GILA. Aku puas hati gila dengan dia punya masakan.
SEMUA HABIS KAMI MAKAN OKAY HAHA. Kalau ikut makanan yang kami order ni, dah boleh makan 4 orang kot sebab memang banyak. Alhamdulillah, aku dah puas hati dapat makan tomyam sedap. Kami pun ride pulang ke Ao Nang.
Disebabkan malam tu merupakan malam terakhir kami berada di Krabi, balik dari Krabi Town tu
terus pergi pusing bandar Ao Nang sekejap sebab baru teringat dah 3 hari di sini tapi masih tak try lagi makan pancake yang famous di sini. Orang kata (bukan aku kata)
kalau pergi sini WAJIB la try pancake ni haha. Aku pun macam teringin juga nak rasa kesedapan benda ni. Pendapat aku okay la, rasa dia macam roti canai ja cuma ada flavour and dia lagi crispy daripada roti canai. Harga pun tak mahal, boleh makan banyak kali kalau nak hehe.
26 NOVEMBER 2019 (fourth day)
Finally dah hari ke-empat berada di Krabi! untuk hari terakhir ni kami plan tak nak buat apa-apa aktiviti dah. Flight kami ke Kuala Lumpur petang nanti dalam jam 5 petang. Motor ni dah sewa dari malam semalam jadi kami decide untuk pusing-pusing jelah bandar Krabi dan Ao Nang naik motor untuk hari terakhir ni. Cuaca di Krabi ni sangatlah panas ya tapi aku pelik panas dia ni macam tak menghitamkan aku sangat haha berbeza dengan panas dekat Malaysia tu.
Shopping Malls around Krabi Town:
1) Vogue Shopping Center
2) Big C
3) TESCO Lotus
4) Outlet Village
Kami berdua memang dah habis pusing dah Krabi town tu and even singgah dekat setiap tempat okay! haha. Hajatnya nak cari kasut or anything yang boleh dibeli. Manalah tahu ada sale ke apa kan. Tapi sama ja harganya kalau pergi ke Outlet Village tu. Sama macam premium outlet dekat Malaysia ja. Kalau pergi shopping malls yang lain tu barang-barang dia tak menarik langsung. Aku tak tahu la diorang ni beli barang-barang branded dekat mana haha. Tapi happy la dapat tengok budaya orang. Aku masuk tandas dekat setiap tempat shopping tu sangatlah bersih. Nak berak or kencing pun selesa ja. Takda pun conteng-conteng dekat dinding semua. Walaupun mall yang bukan tempat tumpuan pelancong, tapi still bersih. Itu yang paling buat aku amazed!
Bila dah habis memusing satu bandar tu, terus rasa lapar ya amat tapi nak cari makanan halal punyalah susah dekat situ. Nak singgah KFC tapi tak tau KFC situ halal ke tak. Tengok macam tak ramai orang masuk pun. Tak macam KFC dekat Malaysia. Aku rasa orang Thailand tak makan fast food la hmmm. Last2 kami decide untuk makan dekat Ao Nang ja sebab dekat situ paling mudah untuk makan makanan halal. Lepastu terus pulang motor and book taxi ke airport sebab nak balik Malaysia dah, sedih pulak rasanya nak tinggalkan Krabi huaaaa :(
Selesai menghabiskan sisa-sisa duit yang terakhir, kami pun berangkat pulang. One thing kau kena tahu, dekat Krabi airport ni takda apa yang menarik langsung haha. Kalau boleh jangan duduk aiport ni awal sangat, pergi la jalan-jalan dulu di Krabi town tu lepastu nanti baru datang sini. Kalau tak, termenung la korang sejam dua dekat situ nak tunggu flight.
CERITA SEDIH SEMASA DI AIPORT
Cerita ni a bit sedih la untuk aku hahaha. Masa aku letak barang untuk scan dekat airport tu, aku kena tahan dengan orang dekat situ (kastam ke apa eh nama dia?).
Dalam beg aku ada toner, and perfume yang katanya melebihi muatan yang dibenarkan. Dia cakap English yang tak clear. Aku ingatkan dia cakap dengan orang lain, so aku buat tak tahu la mula2 tu. Then dia marah aku "
I SAID OPEN THE BAG". Aku pun rasa nak termarah la bila dia start marah aku aku kata "
NEXT TIME PLEASE SPEAK CLEARLY". Lepastu dia bawa keluar perfume aku and persoalkan isipadu semua. aku kata la aku tak tahu sebab memang dekat botol tu takda tulis. Manalah aku tahu berapa isipadu dia.
Last-last aku cakap ja "IT'S OKAY YOU CAN THROW IT. I DON'T NEED IT ANYMORE". Kalau nak rampas tu, rampas jelah.
Stress pula aku. Dah la cakap tak clear lepastu nak marah-marah (walaupun memang salah aku la kan haha). So, from the incident aku baru tahu bahawa kita tak boleh bawa barang2 seperti toner, perfume yang besar2. Kalau boleh bawa yang travel size ja unless kalau masuk kargo. Lesson LEARNT.
TOTAL PERBELANJAAN SEORANG
Flight (return) - RM267
Hotel (3 Nights) - RM145
Aktiviti - RM204
Duit belanja - RM300
TOTAL - RM916
KESIMPULAN
Alhamdulillah, total kami untuk seorang hanya
RM916 sahaja selama 4 hari 3 malam.
Krabi is a great place to visit. Seriously kalau korang nak pergi Krabi secara backpacking pun pergi ja sebab bagi aku Krabi ni tempat yang senang untuk kau bergerak. Aku mula-mula risau juga nak pergi sendiri ja dengan kawan aku tapi kalau tak cuba sampai bila pun kita takkan ke luar negara. Kan? So, rancanglah perjalanan anda dengan baik dan banyakkan buat research sebelum ke sesuatu tempat.
Thanks for reading! Sorry la panjang sangat entry ni sampai dah boleh buat buku cerita hihi.