Wednesday, February 1, 2017

5 SEBAB KENAPA NAK JADI CIKGU

sebab mengapa kena jadi cikgu

Kenapa nak jadi cikgu? Sebagai seorang pelajar IPG ataupun Institut Pendidikan Guru (sebab sesetengah orang tak tahu kewujudan IPG ni) aku percaya ramai diantara kami dibebani dengan soalan macam ni. Kadang-kadang kau tak tahu nak jawab apa dekat orang keliling kau especially bila kau masih freshie kat IPG tu. 

Sedia maklum, profession keguruan ini bukanlah pilihan ramai orang. Dari aku sekolah rendah lagi, kalau cikgu tanya siapa nak jadi cikgu, adalah beberapa orang murid sahaja yang angkat tangan. Itupun mungkin terpengaruh sebab mak/ayah dia cikgu. Pada pendapat aku, ramai orang berpendapat jadi cikgu ni sesuatu yang mudah dan gaji pun tak boleh buat jadi kaya. Nak pula dari kecil lagi budak-budak dah dididik supaya jadi doktor atau engineer supaya dapat gaji banyak boleh buat rumah besar-besar huhuhu. 

Macam aku sendiri, I don't have solid reasons kenapa aku masuk IPG and nak jadi cikgu. Aku bukan suka budak-budak. Aku tak reti langsung macam mana nak handle budak-budak. Nak berdiri depan orang ramai dan mengajar? Jauh tak terfikir langsung. Tapi, orang cakap rezeki kita ni Allah dah atur siap-siap. Aku masuk IPG selama 5 tahun setengah, aku berjaya ubah diri aku dalam banyak aspek Alhamdulillah. Berikut merupakan 5 sebab kenapa aku nak jadi cikgu.
1. BUDAK-BUDAK
Aku rasa ni merupakan satu sebab yang paling kuat kenapa aku nak jadi cikgu. Budak-budak ni kelakar tahu tak? Walaupun kerja sebagai seorang cikgu ni banyak, tapi kadang-kadang bila tengok gelagat budak ni kau rasa macam hilang stress kejap. Aku dah pergi lebih kurang 7 ke 8 sekolah dah sepanjang tempoh aku menjadi guru pelatih. Mula-mula tu rasa macam tak boleh nak adapt juga dengan situasi tu (maybe sebab tak pernah masuk sekolah sebagai cikgu lepastu kena ajar and diri depan budak-budak semua). Tapi lama kelamaan rasa macam aku dah boleh adapt and enjoy kerja dengan budak-budak.

Kids can be so random, kadang-kadang tu kita tak expect pun dia punya respon macamtu, tapi dia jawab lain. Ada juga budak-budak yang jenis melawak tak habis-habis. Kita sebagai cikgu pun terus teringat zaman kecik-kecik kita dulu terkenangkan dosa-dosa lalu. Sebagai cikgu, kena pandai ambil hati budak-budak and kena sentiasa tahu yg mereka ni budak-budak. tak boleh ambil hati sangat.

2. TOP 10 SEXIEST JOB FOR MEN
Menurut satu artikel yang aku baca di https://www.collegeatlas.org/sexiest-jobs-for-men.html , cikgu ni merupakan salah satu pekerjaan yang seksi untuk lelaki. Bila difikir balik ada betul juga apa yang dia tulis dalam artikel ni. Dia mengatakan bahawa "knowledge is power and power is sexy". Okay aku setuju dengan yang ni. Knowledge is everything kot, siapa je tak suka tengok orang yang pandai-pandai. Orang yang pandai and berilmu ni dia punya cara berfikir tu lain sikit. Aku tak kata pulak yang kerja lain semua tu tak pandai. No. Tapi bila sebut je cikgu terus dalam fikiran kita bahawa dia ialah seorang pendidik and seorang pendidik itu mestilah berilmu. Aku malas nak hurai panjang artikel ni korang baca sendiri kat website atas tu ok?

3. KOD ETIKA PAKAIAN
Sebagai seorang guru, kita ada etika pemakaian kita sendiri. Tak boleh main hentam sahaja pergi sekolah pakai skinny jeans dengan tshirt round neck. Cikgu kena tunjuk penampilan yang kemas dan baik kepada budak-budak dan masyarakat. Aku seorang yang lebih selesa pakai kemeja lengan panjang dengan tali leher and name tag. Aku rasa pakai macamtu kemas dan serius aku takda masalah nak pakai macamtu setiap hari. Bila pakai pakaian macamtu aku akan rasa confident serius tak tipu try lah dulu kahkah.

Lagi satu, takdelah bosan sebab every day pun kau boleh tukar-tukar baju. sebab nanti kalau kau pakai baju yang sama tiap minggu akan ada yang tanya "cikgu takda baju lain ke?". Hari Isnin hingga Selasa pakai baju kemeja, Rabu pakai uniform, Khamis pakai baju batik and Jumaat pakai baju melayu. Serius weh dah macam model kot kena ada banyak baju and pakai baju berbeza tiap hari. Aku sorang je ke yg suka benda ni? hahaha okay :(

4. WAKTU KERJA
Ramai orang pertikaikan waktu kerja cikgu ni. Mereka kata jadi cikgu senang kerja pun ikut waktu budak sekolah lepastu cuti pun sama. Budak-budak cuti cikgu pun sibuk juga nak cuti. Bagi aku, biarlah orang kata apa yang dia nak. Sebabnya diorang tak tahu skop kerja kita macam mana. Depa ingat masuk kelas bebel-bebel sikit lepastu keluar lepastu balik and tunggu gaji masuk bulan-bulan. Cikgu ada banyak kerja yang kita kena hadap even di luar waktu kerja. Aku tak tahu nak ulaskan macam mana sebab aku bukan jadi cikgu lagi. Tapi realiti kerja tu dah dapat rasa dah macam mana. 

Walaupun kadang-kadang ada hari-hari minggu yang kita kena luangkan dekat sekolah untuk menghadiri kem motivasi atau seminar semua, tapi aku percaya cikgu-cikgu ni semua berkorban masa mereka bersama keluarga untuk murid-murid. Aku boleh terima waktu kerja seorang cikgu ni sebab time dekat IPG pun dah hadap macam-macam, campur time praktikal kat sekolah lagi Alhamdulillah masih berdiri teguh.

5. LIFELONG LEARNING
Lifelong learning ni merujuk kepada pembelajaran sepanjang hayat. Jadi cikgu ni bukannya bila kau dah habis belajar kau kena stop belajar. Malahan, dah jadi cikgu nanti pun dah masuk sekolah still kena belajar lagi. Pentingnya pembelajaran sepanjang hayat ni ialah supaya guru-guru di sekolah dapat sentiasa mengukuhkan pengetahuan sedia ada dan menambah pengetahuan yang baru mengikut peredaran masa. 

Bila kita jadi cikgu ni, kita bukan sahaja bagi ilmu dekat budak-budak, tapi kadang-kadang kita sendiri yang belajar dari budak-budak. Banyak juga benda yang budak-budak tahu tapi kita tak tahu. Proses mencari ilmu tu sentiasa berterusan sehingga kita mati pun. Best kot bila kita boleh kongsi ilmu yang kita ada dengan orang lain dan dalam masa yang sama kita pun belajar sesuatu daripada perkongsian kita :)


Okay, aku rasa 5 perkara ni sahaja yang aku nak kupas untuk kenapa aku nak jadi cikgu. Benda ni pun aku pupuk dari diri aku selama 5 tahun setengah tau. Bukannya aku masuk IPG tu terus semangat nak jadi guru. Sebab aku sedar guru ni mempunyai tanggungjawab yang besar. Jadi, baik kita jangan sia-siakan peluang dan cuba buat yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. InshaAllah.

17 comments :

  1. Terbaik syed!macam borak ngan ko kat cafe pulak bila baca blog ni. lol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha aku pernah lepak dgn kau ke kat cafe? hmmmm

      Delete
  2. Pernah g interviu kpli skali.
    Tapi x sukses.
    Adik sy guru di kajang. Suaminya pon.
    Tak semudah yg org tahu kerjaya guru.
    Semakin mencabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, salah satu tugas yang mencabar ialah cikgu. Tapi sesetengah orang tak nampak pun cabarannya.

      Delete
  3. Cayed encem angat !

    ReplyDelete
  4. Satu lagi part bila jadi cikgu, anak murid dah dapat kerja bagus... tetap ingat pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar... kadang tu cikgu dah tak kenal pun bila jumpa di luar, tapi kita as anak murid still ingat cikgu tu... still ucap terima kasih yang tak sudah-sudah atas ilmu yang telah cikgu-cikgu curahkan sampai kita boleh berjaya. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yang ni saya setuju. Masa praktikal pun, bila budak-budak masih ingat dekat saya walaupun saya dah takda kat sekolah diorang pun, saya dah cukup terharu.

      Delete
  5. Kerjaya yang sangat mencabar..
    Part baju tu, tak ramai yang follow..
    kalau ikutkan semua penjawat awam kena pakai macam tu.. tapi berape kerat je yang follow.. sedih kenkadang.. padahal bila berpakaian mengikut tatacara tu akan nampak lebih wow sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju yang tu kak. tak tahu kenapa susah nak ikut (sesetengah guru). mungkin dah bosan agaknya haha.

      Delete
  6. semoga berjaya syed.. kerjaya impian akak satu waktu dulu.. tapi macam syed cakap la.. bukan takdir Allah nak jadikan akak seorang guru jadi tiada rezeki akak di situ.. tapi takpe masih berpeluang jadi cikgu untuk anak-anak dan melalui blog insyAllah.. kan?

    ReplyDelete
  7. yesss. betul, bukan kita je yang ajar murid kita sendiri pun belajar jugak dari murid.

    ReplyDelete
  8. Ajar sekolah rendah ker masa praktikal tu? kalau ajar sekolah menengah pastu semua pelajar perempuan, jenuh dapat surat cinta nanti hehehe

    ReplyDelete
  9. nice point. aku used to be guru sandaran. tapi dah pencen la. skrng kerja travel je

    ReplyDelete
  10. No.3 tu saya FAIL. sebab tu saya tak boleh jadi CIKGU. hehehe

    ReplyDelete
  11. thanks for the info, really really helpful. i like it so much .

    ReplyDelete
  12. Boleh tolong share tips p interview jadi guru?

    ReplyDelete