Wednesday, February 15, 2017

NIKMATI PEMANDANGAN INDAH DI BUKIT BROGA ATAU BROGA HILL

Bukit Broga : Bukit yang menarik untuk pendaki

Untuk entry kali ini, aku nak bawa korang semua jalan-jalan sikit (padahal takda idea nak update apa dekat blog hahaha) Disebabkan aku ni seorang yang agak menggemari aktiviti hiking ni (kalau ada member ajak lah dan juga ada kewangan yang cukup) so aku akan randomly naik mana-mana bukit atau gunung ganang lautan api semua aku sanggup renangi. Jadi, aku nak bercerita sikit lah tentang bukit broga ni sebelum aku cerita apa yang menarik sangat dekat sini. 

Broga hill ni sebenarnya antara bukit yang paling senang lah nak naik kalau dekat kawasan KL ni. Ia terletak di Semenyih. Jalan nak ke sini agak mencabar juga haha. Ketinggian bukit ni ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga ini antara bukit yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai waktu hujung minggu. Pemandangannya yang menarik dan treknya yang tidak begitu sukar membuatkan ramai yang mendaki bersama keluarga sebagai aktiviti hujung minggu. Biasanya kalau kita naik bukit bukau ni dia punya view semua hutan kan? Tapi yang uniknya Broga ni dia dipenuhi dengan lalang dekat atas tu. So, dia punya pemandangan memang perfect kalau kau nak buat photoshoot kahwin ke apa. Sebab tu ramai photographer yang mengambil peluang untuk merakam gambar matahari terbenam atau terbit. Memang awesome view dia! 

Bukit Broga Route

Aku dah pergi broga ni dua kali. Kali terakhir aku pergi sini ialah bersama dengan practicum mates dengan cikgu sekolah praktikum aku. Aku tak tahu lah plan nak naik Broga ni dirancang dengan baik ke ataupun unplanned trip. Rasanya dah rancang awal-awal kot? 

Parking Kereta di Bukit Broga

Ini pulak sekitar tempat parking kereta dekat broga ni. Bila kau dah sampai dekat broga, parking dia macam ni lah. Dekat kawasan pokok kelapa sawit. Tak ingat kena bayar ke tak. Rasanya macam ada kena bayar parking dah. Entahlah aku dah nyanyuk kot haha. Tapi don't worry, kereta kau kalau parking sini memang selamat punya and kalau datang weekend memang ramai orang takda nak nampak kosong macamni. Waktu yang ideal untuk naik bukit ni ialah waktu awal pagi sebab orang tak ramai lagi, kalau petang memang ramai. 

Tapi time ni aku naik nak dekat pukul 5 petang dah aku rasa. Since bukit ni takda lah ambil masa pendakian sampai 2 3 jam pun, so kau boleh take your time dan rehat secukupnya kalau tercungap-cungap. Trek nak naik ke atas tu tak susah mana pun. Sepanjang jalan tu just mendatar sahaja mula-mula. Cuma dah nak sampai ke puncak tu dia ada 2 bukit kecil (tak silap aku) yang kau kena naik. Trek yang tu agak tinggi sikit lah dan agak curam juga kena pegang tali bagai. Tapi takda sampai kena gayut gayut semua pun. Just kena berpaut pada tali tu untuk tak bagi tergelincir and so on. 

Bagi aku, kalau kau jenis yang kuat minum air, sediakan air secukupnya sebelum naik atas. Kalau macam aku, aku bukannya rajin sangat nak bawa beg and air nak naik atas ni. Disebabkan malas punya pasal, kadang-kadang aku tumpang beg orang letak satu air dalam tu dan pandai lah bergilir-gilir bawa beg haha. Boleh juga kalau kau nak bawa jajan atau keropok ke untuk naik atas tu. Sebab syok juga tengok matahari terbenam dari atas tu sambil kunyah keropok. Ada orang tu aku tengok siap bawa megi lagi tu. Bau dia sedap pula rasa nak minta sikit. Nasib baik aku pemalu huhu.
TIPS SEBELUM MENDAKI
- Gunakan kasut yang sesuai (untuk elakkan dari tercedera)
- Makan sekadar alas perut sebelum mendaki (untuk bagi tenaga)
- Baca doa (minta semoga perjalanan tu selamat)
- Bawa keperluan yang mencukupi seperti air, makanan, ubat-ubatan, torchlight (sebab kita tak tahu apa yang boleh terjadi dekat dalam hutan kan?
- Jangan lupa energy bar atau energy drink just in case tetiba ada kawan yang pengsan 
- Buat regangan badan 
TIPS SEMASA MENDAKI
- Waktu mendaki ni ada certain tempat yang curam tu agak licin sebab tempat dia agak berpasir so watch your step. Langkah dengan berhati-hati
- Semasa pendakian tu, alert dengan laluan trek dia. Gunakan jalan yang dah biasa orang guna. Boleh tengok tanah yang seolah-olah macam tangga. (sebab orang dah biasa lalu situ so dah terbentuk macam tangga dah)
- Tak payah nak dengar muzik semua pakai earphone. Bagi aku, kau mendaki untuk menikmati alam sekitar kan, so this is the time that you can run away from your routine. Baik dengar bunyi serangga apa semua dalam hutan tu lagi menenangkan. Lagi satu nanti kau terleka pula bila dengar muzik lepastu orang panggil kau pun tak dengar. Then... (sambung sendiri)
- Jangan petik atau ambil apa-apa yang kau nampak sepanjang mendaki tu. (common things bila kau masuk hutan, mulut pun kena jaga juga)
SEWAKTU DI PUNCAK
Waktu di puncak tu, ya Allah mulut ni memang tak habis-habis memuji Allah di atas kebesaran-Nya. Sumpah cantik gila pemandangan dari atas tu. Nak pula time tu aku sampai puncak dah nak terbenam matahari. Sampai bawah pun dah nak dekat pukul 7 petang. Langit time tu betul-betul cantik kot. Teruja betul tengok. Kalau kau naik kat atas tu, apa sahaja makanan yang kau makan, sampah tu tolong lah simpan bawa sekali dengan kau. Tak elok sangat bila kau dah melantak kenyang kenyang dekat atas tu lepas tu tinggal sampah. Kau ingat ada orang nak kutipkan untuk kau ke apa? Aku tak faham juga sejenis manusia macam ni kadang-kadang.

Puncak Bukit Broga

Ni antara gambar aku yang sempat aku tangkap dekat puncak tu. Cantik kan pemandangan dia? Rasa macam nak terus duduk atas puncak tu and tak nak balik! haha okay over.

Gambar Menarik di Broga Hill
Ni muka bangga sebab dapat naik puncak kahkah.

Broga Hill : Tempat Menarik Bagi Photographer

Antara gambar lain yang sempat ditangkap ketika menaiki puncak. btw, gambar ni semua bukan dari camera aku pun. Sebab time tu phone aku rosak and aku takda camera yang berkualiti untuk tangkap gambar. Thank god ada Ken (baju putih dalam gambar) so dapatlah aku simpan pemandangan indah ni sebagai memori di hari tua nanti. Betul tak aku cakap pemandangan ni sangat superb dan cantik? the moment kau sampai puncak tu hilang segala penat lelah kau mendaki hahaha. Aku dah pergi sini dua kali dah but still teruja nak bergambar dekat sini. 

Pada pandangan aku, kalau korang suka menghayati keindahan alam sekitar, tempat ni sangat recommended! Nak naik dia tak susah sangat dan trek dia pun okay takdalah sampai tahap mencabar sangat. Mostly kalau kau pergi sini, banyak ibu bapa yang bawa anak-anak dan ada juga jumpa yang agak berusia tapi masih pergi hiking dekat sini. Salute!. Selain dapat menyihatkan badan, dapat menghargai keindahan ciptaan tuhan. Cuma kena effort sikit la nak naik atas tu. Untuk beginner yang baru nak try hiking, tempat ni pun okay kalau nak cuba. 
Jom pergi Broga Hill! :)

70 comments :

  1. MasyaALLAH...cantiknya pemandagan tu Syed. Akak belum pernah hiking. Tak tau la lepas ke tidak naik Bukit Broga tuh. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? hehehe lepas punya kak. kena confident! hehe

      Delete
  2. dah lama merancang nak ke sini tapi masih belum berkesempatan..adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah yeke takpa nanti satu hari nanti sampai lah tu.

      Delete
  3. bestnya. dri dok uitm shah alam lagi nak kesana. tp smpai skrng tak tercapai. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke? benda ni takleh tangguh-tangguh. kena pergi terus. kalau tangguh selalu tak jadi haha.

      Delete
  4. Jealous lah kim tengok gambar hang. hang pakai enset apa? Nanti lepas habih training aku tukar lah hp aku ni. Aku pakai note 2 je dari tahun 2014 pakai. kih2.. tukar phone sebab nak camera lawa.

    Ayat ni:
    Cantik kan pemandangan dia? Rasa macam nak terus duduk atas puncak tu and tak nak balik! haha okay over.....

    hang jangan, kang kena tahan puteri bunian baru ada akal. haha. ajar kahwin terus dok atas broga hill tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku pakai Nexus 5X. Tapi yang gambar kat atas ni semua iphone 5S. Sebab iphone orang and time tu aku tak pakai lagi phone Nexus tu.

      Takdaklah saja main-main tu ahaha aku tarik balik la kalau macamtu.

      Delete
    2. aahaha... owh iphone 5s. boleh tahan lawa gambar dia... hurmm dilemma pulak aku nak tukar ke iphone ni. mcm boring je jadi iphone user haha :D

      Delete
  5. dah banyak kak Ana tengok gambar dari puncak Broga tu. teringin tapi belum berkesempatan. kalau nak pergi macam kena bawa si kecik sekali. tapi kena make sure kena fit dulu lah. kalau tak confirm pancit. hehe.

    P/s: naik dekat FRIM pun dah semput. Macam mana tu??? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, kena berlatih banyak2, tak pun jogging sikit kasi stamina tinggi haha nanti naik la. Tapi trek dia biasa ja kak, ramai juga saya tengok orang yg berusia naik kemain laju lagi.

      Delete
  6. Saya pernah pergi sekali, tapi bukan mendaki, buat kerja... pemandangan memang cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? kerja apa la tu kan hehe. okay la tu sambil kerja sambil menikmati pemandangan.

      Delete
  7. salam kenal dr mama jue.. ya Allah broga dengan umah akak ni dekat jer.. duduk sini dekat 10 tahun baru naik 2x.. hahahha... semputttt akak naik atas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal ya mama jue hehe. akak kena naik selalu ni. mungkin setiap weekend kot untuk elak dari semput haha.

      Delete
  8. Wahhh... awak pun apa kurangnya.. Banner awak nampak cantik :D suka hiking rupanya. saya selalu berharap nak hiking juga tapi niat tak kesampaian lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak hehe banner simple je tu. Suka juga lah kalau ada geng sekali. Mungkin kena cari geng dulu kot awak baru boleh kesampaian.

      Delete
  9. awat tak approve lagi comment nii.. ceq nak tau hang pakai enset apa... enset cokia ka. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saja nak kumpul-kumpul macam hang la. Aku pakai Nexus 5. Okay dah ulang 2 kali ni.

      Delete
    2. hahahaha .. dah boleh jadi duta nexus 5 dah kau... Akim, nanti kalau kau nak apply google adsense. Yang babab.net tu kalau boleh jangan letak dlm blog. maksud aku babab.net yang mcm related post tu. ada post suggestion pergi ke entry 18sx dari tadi lagi aku perasan. takut adsense cakap blog hang blog 18sx ke atas.

      contoh post : http://babab.net/artikel/waduh-senarai-10-selebriti-terseksi-indonesia.html&ref=anothersyed.blogspot.my

      Delete
    3. hahahaha yeke wei macamtu? okay kalau macamtu aku remove jelah benda tu, lagipun bukan dapat trafik sangat pun dari situ huhuhu. terima kasih wei bgtau dekat aku.

      Delete
  10. Ada lah a few of my friends ajak pergi Broga ni tapi sebab Nani bukan jenis yang kaki hiking memang awal awal lah tolak. Hahah! Memang lawa lah view dekat sana tu lagi lagi kalau waktu nak terbit matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cuba dulu nani. belum cuba belum tahu. Bila sampai atas tu best tau tengok pemandangan dia.

      Delete
  11. Tak pernah lagi try hiking. Dan Broga adalah salah satu yang duduk dalam wishlist untuk ditawan satu hari nanti (yang entahlah bila-bila) haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah tak lama dah tu. Kalau ada niat dan ada wishlist lagi tu sekejap ja akan direalisasikan kot hehe.

      Delete
  12. huhuhu.. bestnyeee.. teringin sangat nak pergi.. tapi ntah bile akan dapat pergi >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi nanti pergi la bila-bila ada masa. InshaAllah satu hari nanti.

      Delete
  13. Bukit Broga ni memang wishlist sangaat tapi jauhh XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sangat jauh tak dapat nak tolong la melainkan memang sanggup nak travel pergi kl semata-mata nak naik broga haha.

      Delete
  14. salam kenal.
    selalu dengar Broga Hill ni. tapi tak pernah sampai.
    bukit bukau kat tpt org yg asyik dipegi nya..
    satu hari nanti kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kak. bukit bakau saya pula yg tak pernah dengar.
      Betul kak, mungkin satu hari nanti tu InshaAllah terima kasih singgah sini :)

      Delete
  15. dh lama tak hiking. dh x fit dah kot T.T

    ReplyDelete
  16. seronoknya, ramai yang dah sampai ke puncak kan.. singgah malam ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga hehe. terima kasih, nanti saya buat lawatan balas :)

      Delete
  17. aril prnah prgi broga hills ni . actually ni tempat famous untuk mahasiswa tenangkan fikiran pasal assignment. hahhaha

    aril singgah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii, singgah dan follow balik 😘

      Delete
    2. hahhaha betul juga tu. Ramai mahasiswa datang sini kadang2 untuk aktiviti kelab atau persatuan

      Delete
    3. Thanks Cik Shuya sudi singgah sini :)

      Delete
  18. Mai duduk Shah Alam dulu 2 tahun tak pula terfikir nak pegi Broga, ruginyaaa...Cantik gilos view atas tu, hahahaha siap watermark pakai header tu Syed,kekekeke.

    Eh naik masa petang tu time nak turun tak gelap ke? Boleh ke turun waktu malam? hehehe seram pula.

    Setuju dengan saranan untuk nikmati bunyi semulajadi daripada pasang earphone tu. Kalau nak dengar lagu duduk terbongkang atas katil pun boleh dengar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sebab malas nak design watermark sendiri lagi. tunggu la esok lusa ke macam mana kalau tetiba rajin kah2. Gelap sikit la tapi takda gelap sangat, agak menyeramkan juga sebab tu turun laju2. Betul tu mai, terbongkang atas katil pun boleh dengar lagu hahaha okay lawak.

      Delete
  19. One of the hot spots for the hikers, kan? Tak pernah pergi walaupun dekat je dgn seremban tu.. haha..

    ReplyDelete
  20. lama tak buat aktiviti sebegini sejak dah kahwin mmg payah la nk beraktiviti gini... kna tunggu ank besar sikit la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa kak, nanti anak-anak besar sikit bawa semua try hiking hehe, ramai juga saya tengok parents bawa anak2.

      Delete
  21. Seronok kakak tengok tapi jgn sampai lupa jalan balik tu yg nanti jadi isu negara masuk berita bagai. Selalu org tua pesan jangan celupar.

    Broga hills ni memang terkenal kat negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, kalau pergi ramai-ramai pastikan semua orang ada sekali. Mulut memang kena jaga kan kak. Terkenal sangat sebab tiap kali weekend penuh.

      Delete
  22. Salam kenal dr kak nieyl...
    Broga nie x jauh mana pun dr umah dalam sejam cmtu..
    tapi x pernah pun naik..hihihi..maybe one day..InsyaÁllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak. kalau dekat tu bila-bila je boleh naik kak hehehe inshaAllah nanti ada la masa tu.

      Delete
  23. hai. tak pernah lagi smapai puncak ni. ramai duk hiking sini, tunggu la kalau ada masa boleh ke sana, nak jugak merasa hiking kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la nanti hehe memang best sampai atas puncak tu. Ada masa nanti merasa la, plan dulu slow slow hehe.

      Delete
  24. xpnh nak try daki or panjat mana mana bukit..huhu.
    keadaan kaki tak izinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpalah kalau keadaan tak mengizinkan nak buat macam mana kan :)

      Delete
  25. Tiga empat orang kawan Mrs.A dah samapi puncak Broga rajin gak mereka ajak Mrs. A tapi kadang-kadang time tak sesuai.

    In Sha Allah nak pergi jugaklah nanti dengan family kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pergi dengan family mesti lagi best tu Mrs. A :)

      Delete
  26. One of my 2017 Resolutions adalah nak pergi hiking. Dan nak g Bukit Broga ni dulu sebab orang kata tempat wajib pergi for hiking :) Good entry :)

    Salam singgah dan follow sini juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh, bukit ni antara tempat yang wajib pergi kalau nak hiking hehe. Thanks kak singgah sini :)

      Delete
  27. Bab bab mendaki ni mmg hakak lemah Syed....lutut dah berlaga haha...
    Yelahkan... bila dah sampai puncak barulah datangnya seronok, hanya org yg dah sampai puncak je yg tahu ye Syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lutut dah berlaga ya kak? lawak pula saya baca. Takpa kak, boleh cuba aktiviti lain la macamtu kalau hakak lemah yg ni.

      Delete
  28. mmg teringin nak daki broga tapi x de geng ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tanya kawan-kawan tempat kerja ke? mungkin ada yang teringin juga mana tahu kan hehe.

      Delete
  29. Tak dinafikan memang cantik sunrise di Broga Hill. Kebetulan pulak entry sama. Bagus tips sebelum & semasa mendaki tu :D

    ReplyDelete
  30. Tak pernah berjaya lagi naik or datang Broga nie.. Sedih.. Nangis dulu kat tepi bucu katil.. Sobs.. Sobs..
    Tapikan tips Syed tu bagus..

    ReplyDelete
  31. Tak pernah sampai lagi kat sini. InshaAllah one day. Alang2 dah belajar dekat area sini kan..

    ReplyDelete
  32. nice style of writing bro, enjoyable read haha

    ReplyDelete
  33. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete